• Tiada Hasil Ditemukan

Sejarah dan budaya syiah di Asia Tenggara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Sejarah dan budaya syiah di Asia Tenggara"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(2), 2017: 87 (https://doi.org/10.17576/IMAN-2017-0502-07)

Buku berjudul ‘Sejarah dan Budaya Syiah di Asia Tenggara’

(2013) suntingan Dicky Sofjan ini merupakan sebuah himpunan esei yang sangat bernilai dalam memahami cara hidup dan budaya penganut atau masyarakat Syiah di Asia Tenggara. Terdapat enam belas buah artikel ilmiah yang diperagakan dan membincangkan kedudukan mazhab Syiah di Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Suatu yang inti mengenai artikel-artikel yang dikemukakan dalam buku ini ialah kajian jelas menampilkan penemuan Syiah di alam Melayu sejak kemasukan Islam di rantau ini.

Istilah ‘penemuan’ Syiah ini tentu sangat mustahak diacukan kerana ia bukan sekadar ‘keberadaan’

Syiah. Ini menjadikan buku ini kebalikan dari buku

‘Shi‘ism in South East Asia: ‘Alid Piety and Sectarian Constructions’ yang disunting oleh Chiara Formichi dan Michael Feener. Penerbit buku tersebut, Hurst Publishers membanggakan di lamannya bahawa buku tersebut adalah himpunan kajian pertama mengenai Syiah di Asia Tenggara. Sungguhpun demikian ia terbit pada tahun 2014, setahun lewat daripada buku

‘Sejarah dan Budaya Syiah di Asia Tenggara’. Asas kajian di dalam buku susunan Chiara Formichi dan Michael Feener ialah sekadar memerihalkan

‘kewujudan Syiah’ sedangkan di dalam buku

‘Sejarah dan Budaya Syiah di Asia Tenggara’, para penyelidik yang semuanya dari alam Melayu telah menyarankan bahawa Syiah bukan sekadar ada tetapi telah berakar umbi dan mereka tertarik dengannya kerana ini merupakan satu ‘perjumpaan’

atau encounter yang bernilai. Buku ini adalah sebuah permata untuk pengkaji mazhab Syiah kerana terdapat artikel langka mengenai gerakan Syiah di Thailand oleh Julispong Chularatana yang sebelum ini banyak ditulis dalam bahasa Thai. Kini ia tersedia

Ulasan Buku/Book Review

SEJARAH DAN BUDAYA SYIAH DI ASIA TENGGARA oleh Dicky Sofjan (ed.). Jogjakarta:

Universitas Gadjah Mada. Hlm. Xxvii-340. ISBN: 978-979-25-0118-6

dalam bahasa Melayu. Begitu juga makalah Roque Santos Morales dari Filipina yang menyuguhkan hipotesis signifikan penganut Syiah di Filipinan sejak era pra Hispanik. Selain itu terdapat banyak artikel-artikel mengenai budaya masyarakat Syiah meliputi hasil kesusasteraan mereka seperti karangan berjudul ‘Kesalehan nan Terlampaui: Desakralisasi Ritus Hoyak Hosen di Sumatera Barat’ oleh Yudhi Andoni dan bagaimana amalan menyembunyikan akidah mereka, iaitu ‘Praktis Taqiyah: Strategi Syiah Indonesia Untuk Pengakuan’ oleh pakar mengenai sejarah Syiah di Indonesia, Zulkifli. Kiblat buku ini nyata menghindar diri untuk mempertembungkan mazhab Syiah dan Ahlus Sunnah wal Jamaah kecuali makalah Rima Sari Idra Putri berjudul ‘Mata Rantai Sebab-Sebab Konflik di Antara Syiah dan Sunni di Madura’. Buku ini berhasil menemukan apa yang hilang di alam Melayu, dan menyorot bagaimana Syiah yang asalnya di Timur Tengah tetap dapat menyumbang secara kaya budaya Melayu di rantau ini. Kajian-kajian dalam buku ini juga menampilkan satu gagasan terarah mengapa berlaku de-syiahisasi di alam Melayu iaitu faktor kehadiran Salafisme, amalan bertaqiyah dan neutralisasi ajaran Sunni yang masih mengagungkan ahlul bait atau ahli keluarga Rasulullah SAW. Tidaklah menghairankan Mark R.

Woodward, pengkaji Islam di Asia Tenggara dari Arizona State University sebagai contoh dalam rangsang sari buku ini menyatakan betapa relevan kajian di dalam buku ini kerana ia menggambarkan sejauh mana Syiah telah lama mempengaruhi budaya, sastera, dan tradisi umat Islam di alam Melayu.

Secara keseluruhannya buku ini merupakan satu mercu tanda yang tidak dapat diabaikan, datang daripada masyarakat ilmuwan peribumi dalam membincangkan sebuah gerakan besar di Timur Tengah – Syiah – yang telah meresap ke dalam masyarakat secara positif. Sebagai kajian terawal darihal Syiah di alam Melayu, ia adalah khazanah literatur yang penting.

Mohd Faizal Musa

Institut Aam & Tamadun Melayu Diserahkan: 28 April 2017 Diterima: 28 April 2017

(2)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tesis ini ialah satu kajian mengenai sejarah dan faktor penyerapan bahasa Thai ke dalam dialek Melayu Patani (DMP) di selatan Thailand dan kemerosotan dialek

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan mengenai era yang penting selepas Perang Dunia Pertama dalam sejarah Kurdistan di mana rantau ini mengalami kekosongan politik dan

Untuk artikel yang dikemukakan dari Malaysia atau Indonesia, abstrak perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dan Bahasa Inggeris, sedangkan bagi artikel yang

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu: Suatu Mukaddimah Mengenai Peranan Islam Dalam Peradaban Sejarah Melayu- Indonesia, dan Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa

ABSTRAK : Artikel ini membincangkan sejarah dan pembangunan dalam bidang pengabstrakan dan pengindeksan di Malaysia, dengan menekankan perkembangan perkhidmatan pengabstrakan

Meskipun dari sudut realitinya mereka terpaksa mengamalkan ajaran mereka secara berselindung, namun hal ini kontra dengan situasi di alam maya, khasnya laman sosial

Hasil kajian mendapati bahawa laras bahasa kesihatan sememangnya mempunyai istilah-istilah khusus yang digunakan di dalam penulisan artikel kesihatan di samping

Kertas ini mengandungi 25 soalan berkaitan istilah-istilah fiqh yang telah anda pelajari di dalam buku teks Pendidikan Islam KBSR. Anda dikehendaki menjawab semua