• Tiada Hasil Ditemukan

SEJARAH DAN FAKTOR PENYERAPAN BAHASA THAI KE DALAM DIALEK MELAYU PATANI DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SEJARAH DAN FAKTOR PENYERAPAN BAHASA THAI KE DALAM DIALEK MELAYU PATANI DI "

Copied!
246
0
0

Tekspenuh

(1)

SEJARAH DAN FAKTOR PENYERAPAN BAHASA THAI KE DALAM DIALEK MELAYU PATANI DI

SELATAN THAILAND

oleh

ROMLEE HAMAD

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Oktober 2016

(2)

SEJARAH DAN FAKTOR PENYERAPAN BAHASA THAI KE DALAM DIALEK MELAYU PATANI DI

SELATAN THAILAND

ROMLEE HAMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2016

(3)

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat saya menyiapkan sebuah tesis yang diberi tajuk: “Sejarah dan Faktor Penyerapan Bahasa Thai ke dalam dialek Melayu Patani di Selatan Thailand”.

Pertama sekali, ucapan sejuta penghargaan kepada Dr.Tajul Aripin bin Kasim dan Dr.Sayed Zanal Ariff bin Syed Jamaluddin kerana membantu, membimbing dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tesis ini. Sekiranya tidak kerana sumbangan mereka sudah pasti tesis ini tidak dapat disiapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat Profesor Dr. Noriah Mohamed kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam usaha saya menyiapkan tesis ini, khususnya dalam bidang sosiolinguistik.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan Universiti Islam Yala kerana banyak memberikan bantuan dalam pelbagai aspek kepada saya dalam usaha saya menyiapkan tesis ini.

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Ruslan Uthai dan Waemaje yang memberi pendedahan awal tentang fonetik dan fonologi kepada saya, dan memberi kata-kata perangsang kepada saya . Saya juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada teman-te

(4)

iii

man saya; Syafie Baru dan Worawit Baru yang telah sama-sama bersusah payah membantu saya menyiapkan tesis ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak tersayang yang banyak berkorban dan memberikan semangat kepada saya, serta memahami kesibukan saya menyiapkan tesis ini.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Harapan saya agar tesis ini sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan positif kepada masyarakat Melayu Patani.

.

(5)

iv

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iv

SINGKATAN KATA x

ABSTRAK BAHASA MELAYU xi

ABSTRAK BAHASA INGGERIS xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Wilayah PattaniI 1

1.1.1 Kerajaan Melayu Patani 1

1.1.2 Wilayah Pattani 10

1.1.2(a) Sempadan Wilayah Pattani 10

1.1.2(b) Penduduk 11

1.1.2(c) Sumber Ekonomi 13

1.1.2(d) Keagamaan 13

1.1.2(e) Pendidikan 14

1.1.2(e)(i) Sekolah Rendah 15 1.1.2(e)(ii) Sekolah Menengah 16 1.1.2(e)(iii) Maktab dan Universiti 17

1.2. Institusi Pendidikan Agama 17

1.3 Pernyataan Masalah 23

1.4 Persoalan Kajian 28

1.5 Objektif Kajian 29

1.6 Kepentingan Kajian 29

1.7 Skop Kajian

1.7.1 Skop Golongan Tumpuan

30 30

1.7.2 Skop Lokasi 30

(6)

v

BAB II LANDASAN KAJIAN DAN KAJIAN LAMPAU 32

2.1 Pendahuluan 32

2.2 Identiti Bahasa 32

2.3 Definasi Bahasa 34

2.4 Bahasa Dinamik 38

2.5 Bahasa Melayu 2.6 Dialek Melayu Patani

39 45 2.6.1 Latar Belakang Dialek Melayu Patani 46 2.6.2 Kawasan Penutur Dan Sosiolinguistik 48 2.6.3 Bahasa Yang Terserap Ke Dalam Dialek Melayu

Patani

49 2.6.3(a) Bahasa Sanskrit 50

2.6.3(b) Bahasa Arab 51

2.6.3(c) Bahasa Inggeris 52

2.6.3(d) Bahasa Cina 52

2.6.3(e) Bahasa Portugis 53 2.6.4 Dialek Melayu Patani dan Dialek Melayu

Kelantan

53 2.6.5 Huruf Tulisan Dialek Melayu Patani 56

2.6.6 Fonem Konsonan 58

2.6.7 Fonem Vokal 2.7 Kajian Terdahulu

61 62

BAB III METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORETIS

68 3.0 Pendahuluan

3.1 Kaedah Pengumpulan Data

68 78

3.1.1 Kajian Perpustakaan 68

3.1.2 Kajian Lapangan 69

3.2 Analisis Data 70

3.2.1 Kritikan Data 70

(7)

vi

3.2.2 Interpretasi Data (Penafsiran Data) 3.3 Kerangka Teori

70 71

3.3.1 Teori Domain 71

3.3.2 Teori Pinjaman Bahasa

3.3.2(a) Proses Perubahan Bahasa 3.3.2(b) Teori Subsrantum

74 76 77

3.3.3 Teori Fonologi Generatif 79

3.3.3(a) Konsep Atur Rumus 3.3.3(b) Prinsip Analisis Fonologi

84 86 BAB IV PROSES PENYERAPAN BAHASA THAI DAN

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DMP

89

4.1 Pendahuluan 89

4.1.1 Kerajaan Sukhothai 90

4.1.2 Kerajaan Ayudhya 91

4.1.3 Kerajaan Thonburi 91

4.1.4 Kerajaan Rathanakosin Atau Dinasti Chakri 92 4.2 Dasar-dasar Yang Dilaksanakan

4.2.1 Dasar Pecah Dan Perintah(Divide and Rule) 4.2.2 Dasar Thesaphiban

4.2.3 Dasar Perundangan Khas Untuk Orang Melayu 4.2.4 Dasar Penempatan Orang Melayu Ke Kawasan Masyarakat Berbahasa Thai

4.2.5Transformasi Penduduk Siam Ke Kawasan Melayu

92 94 100 105 106 108 4.2.6 Dasar Penggunaan Nama Keluarga

4.2.6(a) Kesan Terhadap Bahasa Melayu 4.2.6(b) Kesan Terhadap Kebudayaan Yang Berasaskan Islam

110 111 112

4.2.7 Dasar Penggunaan “Thai Muslim”

4.2.8 Dasar Khana Rasadon 4.2.9 Dasar Ultra Nasional

4.2.9(a) Penubuhan Al-Hai Ah Al-Tahfiz Li- Ahkam Al-Syari Ah

4.2.9(b) Haji Sulong Dengan Tujuh Memorandom

113 115 117 120 120

(8)

vii

4.2.9(c) Penangkapan Hj. Sulong Dan Kehilangannya

4.2.10 Dasar Transfomasi Institut Pendidikan Pondok Ke Sekolah Arab Agama Swasta

4.2.10(a) Transfomasi Institut Pendidikan Pondok Dan Implikasinya

4.2.11 Pusat Pendidikan Kawasan II

4.2.12 Dasar Pusat Penyelerasan Pembangunan Selatan 4.2.13 Dasar Peningkatan Kualiti Pendidikan Wilayah Selatan

4.2.14 Reformasi Politik Di Selatan

4.2.14(a) Pusat Pentadbiran Wilayah-Wilayah Selatan

4.2.14(b) Pusat Gabungan Keamanan

4.2.14(c) Taksin Chinawat Dan Polisinya

122

124 125 129 131 132 135 138 141 142

4.3 Penutup 145

BAB V PROSES PENYERAPAN BAHASA TAHI DAN FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DIALEK MELAYU PATANI

146

6.1 Pendahuluan 146

5.2 Proses Fonologi Dalam Kata Serapan Thai 5.2.1 Pemvelarisasian Nasal

5.2.2 Vokal /a/ Menjadi [ɛ]

5.2.3 Pemendekan Vokal

5.2.4 Pengguguran Konsonan Likuida 5.2.5 Pengguguran Nasal

5.2.6 Pengglotisan Obstruen

5.3 DMP Tidak Digunakan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

146 147 148 151 152 154 155 156

(9)

viii

5.4 Dasar Bahasa Kebangsaan 159

5.5 Dasar Pendidikan Kerajaan 163

5.6 Dialek Melayu Patani Sebagai Bahasa Ilmu 167

5.7 Penghijrahan 170

5.8 Tidak Ada Bahan Bercetak Dan Bahan Elektronik Dalam Dialek Melayu Patani

172

5.9 Penutup 174

BAB VI ANALISIS DATA 175

6.1 Pendahuluan 175

6.2 Hasil Kajian

6.2.1 Domain Penggunaan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar

6.2.1(a) Institusi Pengajian Agama Bandar 6.2.1(a)(i) Madrasah Al-Rahmaniah 6.2.1(a)(ii) Madrasah Al-Tarbiah Bandar 6.2.1(b) Institut Pengajian Agama Luar Bandar 6.2.1(b)(i) Maahad Al-Irsyad

6.2.1(b)(ii) Maahad Al-Islami

6.2.2 Kata Serapan Bahasa Thai Dalam Perbualan Pelajar

6.2.2(a) Institut Pengajian Agama Bandar 6.2.2.(a)(i) Teks Perbualan Pelajar Madrasah Ar- Rahmaniah Dan Madrasah Al-Tarbiah Bandar

6.2.2(b) Institut Pengajian Agama Luar Bandar

176 176 177 177 179 180 181 183 184 185 185

189

(10)

ix

6.2.2(b)(i)Kata Serapan Perbualan Pelajar

6.2.3 Penutup

189

193

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN 195

7.0 Pendahuluan 195

7.1 Kesan Penyerapan Bahasa Thai Dalam Kalanga Pelajar-Pelajar Di Institusi Pendidikan Agama 7.2 Cadangan Kajian

7.4 Penutup

195 198 199

(11)

x

SINGKATAN KATA BM Bahasa Melayu

BMS Bahasa Melayu Standard DMP Dialek Melayu Patani DMPA Dialek Melayu Patani Asal DMPB Dialek Melayu Patani Baru DMK Dialek Melayu Kelantan BS Bahasa Siam

BT Bahasa Thai BI Bahasa Inggeris BA Bahasa Arab

IPA Institusi Pendidikan Agama SAAS Sekolah Arab Agama Swasta SD Struktur Dalaman

SP Struktur Permukaan V Vokal

K Konsonan N Konsonan Nasal FK Fonem Konsonan FV Fonem Vokal FG Fonem Gabungan ED Education

M Masihi

(12)

xi

SEJARAH DAN FAKTOR PENYERAPAN BAHASA THAI KE DALAM DIALEK MELAYU PATANI DI SELATAN THAILAND

ABSTRAK

Tesis ini ialah satu kajian mengenai sejarah dan faktor penyerapan bahasa Thai ke dalam dialek Melayu Patani (DMP) di selatan Thailand dan kemerosotan dialek itu dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Agama Wilayah Pattani berdasarkan disiplin sosiolinguistik yang akan menggunakan teori pinjaman bahasa yang dikemukakan oleh Blomfield (1993), teori domain Fishman (1978) dan pendekatan Atur rumus yang dipelopori oleh Chomsky (1968). Untuk mengetahui asal usul DMP pengkaji telah mendedahkan secara ringkas sejarah kerajaan Melayu Patani yang menggunakan dialek itu dalam komunikasi mereka sebelum kerajaan ini ditakluki oleh kerajaan Siam. Apabila Siam berkuasa di negeri ini beberapa dasar mengasimilasikan DMP kepada bahasa Thai telah dilaksanakan. Di samping itu, kerajaan Siam menggunakan slogan satu negara satu bangsa dan satu bahasa.Setelah perlaksanaan dasar tersebut, DMP semakin hari semakin merosot dan banyak kata dan istilah bahasa Thai telah terserap ke dalam DMP seperti sekarang. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui dan mengenal pasti penyerapan kata bahasa Thai ke dalam DMP dan kemerosotannya dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Agama Wilayah Pattani kerana pelajar di intitusi tersebut yang menjadi benteng kuat dalam mempertahankan DMP daripada terhakis sejak beberapa abad yang lampau.Bab Pertama adalah pengenalan secara umum mengenai latar belakang wilayah Pattani dari sudut sejarah, geografi, penduduk, kepimpinan sosial dan pendidikan. Bab Dua adalah pengenalan secara ringkas mengenai bahasa Melayu dan DMP dan latar belakangnya, kawasan penutur dan sosoilinguistik. Dalam bab ini

(13)

xii

juga mengandungi bahasa – bahasa asing yang telah terserap ke dalam DMP.

Manakala Bab Tiga, pengkaji akan memperlihatkan dasar-dasar kerajaan Thailand yang diciptakan khas demi untuk mengasimilasi DMP iaitu bahasa menoriti ke dalam bahasa Thai yang merupakan bahasa dominan. Dasar-dasar tersebut adalah sebagaimana yang berikut, iaitu : Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Thesaphiban, Dasar Perundangan khas untuk orang-orang Melayu Islam, Dasar Penempatan orang Malayu ke kawasan-kawasan masyarakat berbahasa Thai, Transformasi Penduduk Siam ke kawasan Melayu dan Dasar Penggunaan Nama Keluarga menggantikan bin dan binti yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu Islam di Patani. Bab Empat mengandungi peroses penyerapan bahasa Thai ke dalam DMP yang menyebabkan kemerosotan dialek itu, Proses fonologi dalam kata serapan Thai ialah pemvelarisasian nasal, vokal /a/ menjadi [] , pemendekan vokal, pengguguran konsonan, pengguguran nasal dan pengglotisan. Akhir sekali, Bab Lima membincang dan menganalisis data, kemerosotan penggunaan DMP dalam kalangan pelajar institusi pendidikan agama dan dalam masyarakat Melayu Patani. Bab ini juga membincangkan tentang hasil kajian atau dapatan kajian. Pengkaji berharap tesis ini dapat memberi mamfaat kepada pembaca amnya dan orang Melayu Patani khasnya.

(14)

xiii

THE HISTORY AND THE ABSORPTION FACTORS OF THAI LANGUAGE INTO THE DIALECT OF MALAY PATANI IN SOUTHERN

THAILAND

ABSTRACT

This study explores the history and the absorption factors of the Thai language to the dialect of Malay Patani in Southern Thailand and the deterioration of the dialect among the students of Religious Educational Institutions of Patani based on the discipline of sociolinguistics which uses the theory of language presented by Blomfield (1993), domain theory of Fishman (1978) and set formula approach pioneered by Chomsky (1968). To know the origin of the Patani Malay dialect (PMD), the researcher revealed a brief history of the kingdom of the PMD which was used in their communication before it was overrun by the state government of Siam.

After the Siamese took over the authorities of the country, they implemented some basic language foundation to assimilate the PMD into the Thai language. In addition, the Thai government stands on the foundation and belief of one nation, one race and one language. After the implementation of these policies, PMD increasingly deteriorated and many Thai language words and terms have been absorbed into the PMD as it is now. Therefore, this study was conducted to determine and identify the absorption of Thai words into the PMD and its declination especially in students of Religious Educational Institutions of Patani as the students in this institution are the stronghold in maintaining the PMD from eroding over the past few centuries. In the first chapter, a general introduction about the background of the provinces of Patani, history, geography, population, social setting and the educational leadership were explained.While in Chapter Two, the introduction about the Malay language and

(15)

xiv

Malay dialect of the farmers and their background, the speakers and the sociolinguistics area were briefly elucidated. This chapter also contains the language - foreign languages that have been absorbed into the PMD. Whereas, Chapter Three, the researcher demonstrate the principles of the Thai government, which was created specially in order to assimilate the PMD as they are the minority of the country into Thai language which is the dominant language. The principles are as follows, namely: Divide and Rule Policy, the Thesaphiban Policy, the Basic Legislation specifically meant for the Islamic Malays, the Basic Placement of the Malay into the areas of the public speaking Thai, the Transformation of Siamese to the Malay residential areas and the usage of Surname in replace of the use of „bin‟ and „binti‟

that have been used by the people of Patani Malay Muslims. Chapter Four contains the proses of Thai Language Immersion into the DMP that causes the deterioration of the dialect, as it is said in Thai the absorption process of refinement are nasal velarisation, vowel /a/ becomes [], vowel shortening, consonant deletion, nasal deletion and glottalisation. Finally in Chapter Five is the data analysis, the deterioration of the use of PMD among the students of religious educational institutions of the Pattani Malay society. This chapter also contains the results of studies conducted or the findings.The researcher hopes that the thesis, will benefit to readers especially

the Patani Malay society.

(16)

1 BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Wilayah Pattani

Setiap bangsa mempunyai sejarahnya tersendiri yang akan menjadi nostalgia kepada generasi berikut. Begitulah halnya bangsa Melayu Patani, sejarah silam telah menjadi sebuah memori bagi generasi-generasinya sebagai sebuah negeri Melayu Islam pada satu ketika dahulu. Jika diteliti peta dunia Melayu, mereka akan menyedari bahawa pada hari ini sebuah negeri yang bernama Patani telah lenyap daripada senarai sebuah negara Melayu Patani yang dimaksudkan di sini bukanlah sebuah Wilayah Pattani sebagaimana yang wujud dalam peta negara Thailand sekarang ini, malah ia merujuk kepada persempadanan sebuah negara yang lebih luas, iaitu meliputi Patani, Narathiwat, Yala, Satul dan sebahagian daripada Songkla (Ahmad Fathy, 1994: 3).

1.1.1 Kerajaan Melayu Patani

Menurut pandangan para ahli sejarah tempatan dan luar negeri bahawa negeri Patani dikesan telah wujud sebelum kerajaan Melayu Melaka yang bermula pada awal abad ke-15 (Suara Siswa, 1970: 47). Negeri Patani pada ketika itu ialah sebuah negeri Melayu Islam yang terkemuka di rantau ini. Ia telah ditubuhkan pada sekitar pertengahan abad ke-14 dan ke-15 M. Pendapat ini berasaskan tulisan Tome Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini

pada tahun 1403-1404 (Nik Anuar, 2000: 16).

(17)

2

Pada abad ke-16 Patani menjadi sebuah kerajaan termasyhur dan menjadi salah sebuah pusat perdagangan yang terkemuka di Asia Tenggara dan ramai pedagang dari timur dan barat datang berniaga di Patani. Oleh itu, terjalin hubungan politik dengan negara-negara asing (Hasan, 2001: 11). Peter Floris seorang peniaga dan penulis Inggeris telah menyatakan bahawa Patani ialah sebuah negeri yang indah dan maju yang mempunyai hubungan perdagangan dengan semua negeri di Asia Tenggara (Teeuw & DK.Wyatt, 1970: 13). Newbold (1971: 67) pula menyatakan bahawa Patani merupakan sebuah negeri Melayu Islam yang terbesar dan paling padat penduduknya.

Patani ialah sebuah negeri yang makmur hingga lahir keinginan kuasa- kuasa lain untuk menguasainya. Kerajaan Johor pada tahun 1606 meminta Belanda yang menduduki Melaka supaya menawarkan Patani untuk dimasukan Patani ke dalam wilayah Johor (Suara Siswa, 1970: 47). Sebelum abad ke-15 Patani dikenali sebagai negeri Langkasuka. Ahli sejarah dan pengkaji sejarah bersetuju bahawa Langkasuka terletak di sebelah Pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, iaitu di antara negeri Kelantan dengan Wilayah Songkla, ibu negeri Langkasuka terletak di Wilayah Pattani sekarang (Pearn,B.R dalam Chirawat Chakraphan, 1986:6 dan Seni Madakakul, 1974: 12-28).

Kawasan pemerintahan negeri Langkasuka meliputi Patani, Kedah, Ligor dan Singapura. Raja-raja yang memerintah negeri Patani selepasnya ialah daripada keturunan raja-raja Langkasuka (Mohd.Zamberi, 2006: 21). Menurut Paul Wheatley (1961: 387-412), catatan pelawat-pelawat Cina yang datang ke negeri- negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 M. menyatakan bahawa sebuah negeri yang

(18)

3

bernama Lang Ya Si atau Langkasuka sudah wujud pada ketika itu. Berdasarkan catatan pelawat-pelawat Cina tersebut itu, ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, iaitu di antara Singapura dengan Kelantan. Manakala ibu negeri Langkasuka terletak di daerah Yarang atau Benjarlima dalam Wilayah Pattani (Nik Anuar, 2000: 15).

Tempat tersebut lebih kurang 5 kilometer dengan rumah pangkaji dan pengkaji sudah beberapa kali ke tempat tersebut.

Pada sekitar abad ke-13 M. negeri Langkasuka menjadi sebuah pelabuhan terpenting yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang asing kerana kedudukan yang strategik dan terlindung daripada angin Monson, sementara teluknya pula sangat sesuai untuk dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh serta berlindung daripada ribut pada musim tengkujuh (Kitti, 1990: 1). Menurut Paul Wheatley (1961), Langkasuka dapat menguasai jalan perdagangan timur dan barat melalui Segenting Kera. Kekuasaannya pula meliputi Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Teluk Banggala.

Menurut Mohd. Zamberi (2006: 31), Langkasuka ialah sebuah negara yang termaju sehingga menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang dikunjungi olehpara peniaga dari India, China, Kemboja, Jawa, Bugis, Arab, Parsi dan lain-lain. Penduduk peribumi Langkasuka ialah orang Melayu yang mempunyai rupa paras yang berbeza dengan kaum pendatang. Mereka sudah mempunyai tamadun yang tinggi dan berupaya mentadbir sebuah kerajaan dan jajahan taklukannya. Raja dan rakyat Langkasuka pada ketika itu beragama Hindu-Budha.

(19)

4

Namun pada awal abad ke-15 nama kerajaan Langkasuka hilang daripada catatan bangsa-bangsa asing. Setelah kehilangan kerajaan Langkasuka maka muncul pula sebuah kerajaan Melayu bernama Patani yang diasaskan oleh seorang raja yang bernama Phya Tu Nakpha (Teeuw and Wyatt, 1970: 3). Menurut Ahmad Fathy (1994: 27), raja Phya Tu Nakhpa memindahkan pusat kerajaannya dari kota Mahligai ke suatu perkampungan nelayan yang ditemuinya semasa memburu dan tempat tersebut diberi nama Pak Tani dan lama-kelamaan sebutan tersebut berubah menjadi Patani.

Menurut Nik Anuar (2000: 16), kedudukan pusat kerajaan Patani di kota Mahligai terlalu jauh dari kawasan pantai yang menyukarkan pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang. Keadaan ini telah menyebabkan cucu Phya Tu Nakhpa, iaitu Phya Tu Antara anak kepada Phya Tu Krub memindahkan pusat kerajaannnya dari kota Mahligai ke sebuah kampung nelayan di persisiran pantai yang diberi nama Patani dan dipercayai berpusat di kampung Kerisit dalam Wilayah Pattani. Manakala Menurut Zakir (2008: 42), perpindahan pusat kerajaan Patani dari kota Mahligai ke perkampungan nelayan

tersebut dilakukan oleh Phya Tu Nakpha bukan Phya Tu Antara.

Patani dianggap sebagai kawasan perdagangan yang terpenting bagi Asia dan Eropah (Wan Kadir, 1991: 34). Uzerman seorang pedagang Belanda menyatakan bahawa pelabuhan Patani merupakan pintu masuk bagi pedagang-pedagang yang ingin berdagang di China dan sekitarnya (Nik Anuar, 1992: 11).

(20)

5

Pada tahun 1612, kapal dagang Inggeris yang bernama Globe telah berlabuh di pelabuhan Patani. Antara penumpang kapal tersebut termasuk Peter Floris, beliau bukan sahaja peniaga malahan juga seorang penulis yang membuat catatan mengenai pelayarannya ke Asia Tenggara (Hasan, 2001: 11).

Pada tahun 1516, iaitu zaman pemerintahan Raja Hijau, seorang pedagang Pertugis bernama Manue Kalcao telah menubuhkan cawangan perniagaannya di Patani. Menurut fakta yang ditulis oleh seorang pengembara Portugis Fernao Mendes Pinto, pada tahun 1538 terdapat seramai 3,000 orang pedagang Portugis yang telah berada di Patani (Rong Syamanonda, 1971: 22-26). Selain orang Portugis dan Inggeris, terdapat juga bangsa-bangsa lain di Patani terutamanya dari negara-negara Asia, seperti orang Parsi, Arab, Jepun, Cina dan India yang mengadakan hubungan diplomatik dan perniagaan dengan negeri Patani. Memorandum kerajaan Jepun mencatatkan bahawa kerajaan Jepun telah menghantar diplomatnya ke Patani, kemudian kerajaan Patani pula menghantar diplomatnya mengunjungi raja Jepun pada tahun 1599 dan tahun 1606 (A. Bangnara, 1980: 30-31).

Negeri Patani ialah sebuah kerajaan Melayu Islam yang memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa Melayu1 dan agama Islam di rantau ini. Menurut penyelidikan yang telah dijalankan oleh sejarawan tempatan A. Bangnara, Islam bertapak di sini kira-kira pada abad ke-10. Namun begitu, pada ketika itu Islam tersebar hanya dalam kalangan rakyat jelata. Menurut catatan ahli sejarah, raja Patani memeluk Islam selepas Islam sampai ke Patani lebih kurang tiga abad setelah raja Patani memeluk Islam. Kerajaan Patani secara rasminya diisytiharkan negeri Patani

1 Bahasa Melayu di Wilayah Pattani ini bermaksud dialek Melayu Patani (DMP).

(21)

6

sebagai negara Islam pada Tahun1457 (A. Bangnara, 1975: 6-7). Pengislaman raja Patani sebagai hasil usaha dakwah islamiah yang dilakukan oleh seorang saudagar Arab (A. Bangnara, 1977: 7) Menurut Zakir (2008: 42), islamnya Raja Patani sebagai hasil usaha dakwah islamiah yang dilakukan oleh Syekh Sa‟id dari Pasai Indonesia yang kemudiannya menukarkan nama Phya Tu Nakpha kepada nama Islam, iaitu Sultan Ismail Shah. Menurut D‟Ereda (1930), Patani menerima Islam sebelum kerajaan Melaka, dan dikenali sebagai Patani Darussalam. Patani menjadi pusat pengajian ilmu Islam yang terkemuka di Asia Tenggara melalui institusi pendidikan pondok (Teeuw & Wyatt, 1970: 4). Aktiviti keilmuan begitu penting di Patani sejak abad ke-15 lagi. Pada abad ke-17 aktiviti keilmuan tersebut berpusat di istana raja Patani dan istana juga menjadi pusat mempelopori perkembangan kesenian dan kesusasteraan Melayu. Patani menjadi sebuah pusat tamadun kesusasteraan Melayu berunsur Islam sejak abad ke-17 hingga abad ke-19. Negeri Patani banyak melahirkan tokoh pemikir Islam yang terkemuka di rantau ini.

Antaranya ialah Syekh Daud Abdullah Al-Fotani, Syekh Muhammad Zin Al-Fatani, Syekh Wan Ahmad Al-Fatoni dan Syekh Zainal Abidin Al-Fotani (Mohd. Zamberi, 2006: 11). Banyak kitab agama yang berbahasa Melayu ditulis oleh mereka terutamanya Syekh Daud Abdullah Al-Fatoni dan Syekh Muhammad Zin Al-Fatoni (Hasan, 2001).

Kerajaan Melayu Patani yang makmur dan kaya raya telah menarik perhatian kuasa-kuasa di rantau itu untuk menguasainya. Maka berlakulah serangan pertama terhadap kerajaan Melayu Patani pada ketika pemerintahan Raja Hijau kira-kira pada tahun 1603 oleh seorang raja Siam yang memerintah Ayuthaya yang teragung dan

(22)

7

terkenal iaitu Phra Nare Suara Maha Raja. Kerajaan Patani mendapat banyak pertolongan dari negara luar sehingga serangan itu dapat dipatahkan (Ibib).

Hendrik Jansen, seorang pedagang bangsa Belanda yang tinggal di Patani pada masa itu melaporkan bahawa Raja Hijau mangkat pada 28 Ogos 1616 setelah baginda memerintah Patani selama 32 tahun ( Teeuw & Wyatt, 1970: 14).

Kegagalan dalam serangan kali pertama oleh pihak Siam terhadap Kerajaan Melayu Patani meyakinkan Raja Ungu bahawa serangan pihak Siam akan berlaku lagi.

Justeru itu, Raja Ungu menghantar tenteranya mengancam negeri Bhadalung dan Nakorm Sri Thammarat pada tahun 1630 sebelum negeri Siam membuat serangan terhadap negeri Patani. Negeri-negeri tersebut dan juga negeri Songkla merupakan negeri-negeri yang selalu dipergunakan oleh kerajaan Siam untuk menyerang Patani.

Serangan kedua terhadap negeri Patani yang dilakukan oleh kerajaan Siam adalah pada tahun 1633. Seorang Raja Siam yang bernama Raja Prasat Thong membuat serangan tersebut dengan menghantar bilangan terbesar tenteranya ke Patani. Kebetulan pada waktu itu Putra Johor serta tenteranya seramai 3,000 orang datang ke Patani untuk menghadiri majlis perkahwinan antara beliau dengan Putri Kuning. Askar Patani dan askar Sultan Johor berjaya mematahkan serangan tentera Siam itu. Tentera Siam dari Ayuthaya gagal lagi pada kali kedua (Worawit, 1990:

7).

Raja Kuning mangkat pada tahun 1688. Kemangkatan Raja Kuning berakhirnya pemerintahan Seri Mahawangsa di negeri Patani. Sejarah negeri Patani

(23)

8

selepas kemangkatan Raja kuning dikenali sebagai zaman kemerosotan (Saroop, Ritohu, 1986: 971).

Kelemahan dan kemerosotan negeri Patani telah memberikan peluang kepada pihak Siam membuat serangan terhadap Patani pada tahun 1786, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad bersamaan dengan era Ratanakkosin. Serangan ini diketuai oleh Praya Klahom Raja Sena. Patani gagal menahan kemaraan tentera Siam, Patani kalah dalam serangan ini, maka Patani dapat ditakluki oleh pihak kerajaan Siam (Ahmad, 2000: 20).

Setelah Patani berjaya ditakluki, seorang gabenor berbangsa Siam bernama Plad Chana dilantik menjadi raja Patani oleh Rama III. Di samping itu, kira-kira 500 keluarga yang berbangsa Siam dari Songkla dihantar ke Patani untuk menjaga keselamatan baginda. Namun begitu, pertikaian antara pemerintahan Siam dengan orang Melayu sering berlaku. Keadaan ini telah menyebabkan Rama III yang memerintah pada ketika itu merasa curiga lalu menggunakan polisi pecah dan perintah terhadap negeri Patani (Nathawan,1978:4). Sebagai akibatnya, pada tahun 1816 negeri Patani dibahagikan kepada tujuh negeri kecil dan diberi nama Kawasan Tujuh Negeri Melayu yang terdiri daripada Pattani, Nongchik, Yaring, Saiburi, Yala, Reman dan Rangek. Siam telah melantik orang Melayu menjadi raja untuk memerintah negeri-negeri tersebut, kecuali Yaring yang diperintah oleh seorang Siam bernama Nai pai (Ruslan, 2005: 10).

Perjanjian Bangkok yang berlangsung pada tahun 1909 antara Siam dengan Inggeris telah menyebabkan Patani terpisah daripada tanah Melayu. Negeri Perlis,

(24)

9

Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu diambil oleh British dan Patani kekal di bawah kekuasaan Siam. Selepas perjanjian itu, Raja Chulalongkon mengintergrasikan negeri Patani menjadi wilayahnya. Oleh sebab itu, Patani tidak lagi dianggap sebagai negeri Melayu berdaulat oleh Inggeris (Zakir, 2008: 44).

Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan kemangkatan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin pada tahun 1933 (Slamat,1985:5). Setelah kemangkatan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, negeri Melayu yang berdaulat telah berubah statusnya menjadi sebuah wilayah sahaja, iaitu wilayah Pattani.

Pada tahun 1916 istilah negeri dihapuskan dan digantikan dengan istilah wilayah (Zakir, 2008: 42). Oleh sebab itu, terdapat dua istilah digunakan, iaitu Patani dan Pattani. Dua istilah ini sering digunakan secara sinonim, namun pada hakikatnya kedua-dua perkataan tersebut berbeza konsepnya. Menurut Worawit (1990:1), kedua-dua istilah tersebut mempunyai konsep yang berbeza. “Pattani”

merujuk kepada wilayah Pattani yang telah ditetapkan oleh pihak Siam berdasarkan akta pembahagian kawasan pertadbiran negaranya. Manakala “Patani” pula merujuk kepada sebuah negeri Melayu yang meliputi wilayah-wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Satul2dan sebahagian daripada wilayah Songkla3.

2 Wilayah satul pada asalnya ialah sebuah negeri Malayu yang dipecahkan daripada negeri Kedah.

Sejak tahun 1839 Satul diletakkan di bawah pentadbiran Songkla. Kemudian beralih kepada Nakhon Sri Thammarat. Walau bagaimanapun sebelum tahun 1909 Satul masih diperintah oleh raja-raja Melayu . Raja Melayu terakhir Satul ialah Tengku Baharudin (Staban Taksin Khed Seksa 1986:3606-3608)

3 Songkla berasal daripada Songgora yang kotanya didirikan oleh Datok monggol kira-kira pada awal abad ke-17 selepas kemangkatan beliau anaknya Sulaiman menggantikan tempatnya. Pada tahun 1642 Sulaiman mengisytiharkan Songgora sebagai sebuah kerajaan bebas dengan dinamakan negeri Melayu Songgora dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Sulaiman. Beliau mangkat pada tahun 1668 dan digantikan oleh anaknya Mustafa Sultan Sulaiman dan dikebumikan di pinggir negeri Songgora yang terletak di “Hua Khau Deng” di atas batu nesannya ditulis dengan skrip Melayu jawi yang berbunyi al-marhum Sultan Sulaiman Shah Raja Negeri Melayu Songgora. Walau

(25)

10 1.1.2 Wilayah Pattani

Setelah negeri Patani Berjaya ditakluki dan menjadi sebahagian negara Thai, maka negeri Patani dibahagikan menjadi wilayah-wilayah yang kecil, iaitu wilayah Patani, wilayah Yala, wilayah Narathiwat, wilayah Satul dan wilayah Songkla. Pattani ialah satu wilayah daripada wilayah-wilayah negara Thailand. Wilayah Pattani atau Changwad Pattani kini merupakan satu wilayah daripada lima wilayah sempadan Selatan Thai.

Jumlah penduduk di semua lima wilayah tersebut seramai 1,717,174 orang.

Daripada jumlah keseluruhan penduduk di kawasan ini 80.11 peratus beragama Islam dan 18.89 peratus terdiri daripada penduduk yang beragama Budha, dan hanya 1 peratus penduduknya beragama Kristian dan Hindu (Romae Chapakiya, 2003: 14).

Selatan Thai mempunyai 14 buah wilayah dan Pattani ialah wilayah yang kedua kecil di Selatan Thai selepas wilayah Phuket. Keluasan buminya ialah 2,109 kilometer persegi dan jaraknya dengan ibu kota Bangkok sejauh 1,009 kilometer (Kementerian Hal Ehwan Dalam Negeri Thai, 1983: 2-4).

1.1.2(a) Sempadan Wilayah Pattani

Wilayah Pattani yang terletak di Pantai Timur Teluk Siam yang mempunyai sempadan seperti yang berikut :

1 ) Utara wilayah Songkla dan Teluk Siam.

2 ) Selatan wilayah Narathiwat dan wilayah Yala.

bagaimanapun kubu kekuatan negeri Songgora dapat dipecahkan oleh tentera Siam. Pada tahun 1680 Songgora dijadikan sebahagian taklukan Siam (Sulaiman, 1988:102).

(26)

11

3 ) Timur wilayah Narathiwat dan Teluk Siam.

4 ) Barat wilayah Songkla dan wilayah Yala.

Pada umumnya wilayah Pattani terletak di kawasan tanah pamah “Lowland Tropical Rain Forest” dan sedikit “Hill Forest”. Pada musim hujan biasanya berlaku banjir, tetapi wilayah ini kekurangan air untuk kegunaan pertanian pada musim kemarau. Pattani mempunyai pantai yang panjang di sebelah teluk Siam dan pergunungan yang penting yang menjadi sempadan bagi Negara Thailand dan Malaysia, iaitu pergunungan ”Sankala Khiri”. Pergunungan ini panjangnya lebih kurang 428 kolometer yang bermula dari wilayah Satul melalui wilayah Songkla, Yala, Patani dan Narathiwat. Di tengah bandar Patani terdapat sebatang sungai yang bermuara di Kuala Patani, sungai ini dikenali dengan nama sungai Patani (Worawit, 1990: 16).

Iklim wilayah Pattani sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Suhu purata 27.5 c. Wilayah Pattani mempunyai dua musim, iaitu musim kemarau dan musim hujan. Musim kemarau berlaku pada bulan Februari hingga Mei, iaitu lebih kurang tiga hingga empat bulan. Jumlah air hujan sepanjang tahun sebanyak 1,419.8 milimeter. Jumlah purata air hujan dalam setahun sebanyak 118,3 milimeter (Samnak Ngan Changwad Pattani, 1983: 101).

1.1.2(b) Penduduk

Pada Tahun 1985 jumlah penduduk wilayah Patani berjumlah 473,575 orang.

Jumlah ini terbahagi kepada 233,202 orang penduduk lelaki, 240,868 orang penduduk perempuan. Penduduk di wilayah Patani 77.53 peratus beragama Islam.

(27)

12

22.03 peratus beragama Budha dan 0.44 peratus beragama Kristian, Hindu dan lain- lain ( Samnak Ngan Sethiti Changwad Pattani, 1980: 8-10).

Penduduk-penduduk di wilayah Patani terbahagi kepada dua golongan mengikut pembahagian kawasan pentadbiran, iaitu penduduk-penduduk kawasan bandar dan penduduk kawasan luar bandar (Khed thesba dan Khed Sukhaphiban).

Penduduk di kawasan bandar berjumlah 79,737 orang atau 16.67 peratus, sedangkan di kawasan luar bandar jumlah penduduknya seramai 393, 641 orang atau 83.33 peratus (Samnak Ngan Sathiti Changwad Pattani, 1985: 11). Pada tahun 2000 jumlah penduduk wilayah Patani seramai 595,985 orang. Penduduk yang beragama Islam seramai 480,456, iaitu 80.61 peratus (Samnak Ngan Lekha Nukan Krom Kan Pok Khrong, 2000: 115).

Sebahagian besar penduduk di lima wilayah Selatan Thailand terdiri daripada penduduk yang beragama Islam, iaitu 78.48 peratus di wilayah Narathiwat, 77.55 peratus di wilayah Patani, 65.99 peratus di wilayah Satul, 19.97 peratus di wilayah Songkla dan 62.79 peratus di wilayah Yala (Soon Amnuaikan Borihan Chaidaen Phaktai, 1985: 4).

Hampir keseluruhan penduduk beragama Islam dan menggunakan DMP sebagai bahasa komunikasi harian. DMP dan agama Islam di wilayah-wilayah tersebut bukanlah perkara asing bagi mereka kerana pada asalnya mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam (Ibib).

(28)

13

Pada peringkat wilayah sempadan Selatan Thai, kalau kita bandingkan antara penduduk yang beragama lain dengan yang beragama Islam, maka penduduk yang beragama Islam ialah golongan dominan atau majoriti, tetapi sebaliknya pada peringkat negara mereka mempunyai perbezaan identiti yang jauh terpisah daripada golongan yang beragama Budha (Surin Pisuwan, 1982: 3).

1.1.2(c) Sumber Ekonomi

Pekerjaan asasi penduduk wilayah Pattani ialah petani, iaitu berkebun getah, dan kelapa, bersawah padi, nelayan, penternak binatang seperti lembu, kerbau, ayam itik dan lain-lain. Di samping itu, terdapat juga masyarakat di sini yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah dan perniagaan. Akan tetapi sebilangan besar mereka ialah pekebun, pesawah dan bercucuk tanam (Samnak Ngan Lekhanukan Krom Kan Pok Krong, 1991).

1.1.2(d) Keagamaan

Penduduk-penduduk Patani hamper 80 peratus beragama Islam. Justeru itu, agama Islam menjadi pegangan yang kuat dalam kehidupan mereka. Pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19, Patani menjadi pusat penyebaran agama Islam terbesar di Asia Tenggara dan telah melahirkan ulama-ulama besar yang telah memberikan sumbangan mereka untuk rujukan sehingga kini (Ahmad, 200: 34). Al-Quran menjadi pengajian utama yang wajib dipelajari oleh masyarakat Melayu Islam Patani. Pengajian ini dijalankan di masjid-masjid, dan di rumah-rumah guru al-Quran yang terdapat di setiap kampung. Guru-guru al-Quran mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat. Pengajian al-Quran ini menjadi faktor utama pembentukan institusi pendidikan pondok di Patani (Hasan, 2001: 31).

(29)

14 1.1.2(e) Pendidikan

Patani menjadi pusat penyebaran agama Islam terbesar di Asia Tenggara melalui institusi pendidikan agama atau pondok (Ahmad, 2000: 34). Institusi pendidikan agama (IPA) ialah institusi yang mengajar agama Islam, sama ada institusi pendidikan pondok, sekolah Arab agama swasta, masjid tempat mengajar agama dan tadika. Institusi-institusi ini merupakan badan dakwah Islam dan badan penyebaran bahasa Melayu di rantau ini kerana bahasa pengantar di institusi-institusi tersebut menggunakan DMP sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, IPA ini dianggap sebagai kubu mempertahankan agama Islam dan bahasa Melayu di kawasan ini. Akhirnya institusi pendidikan agama atau pondok ditransformasikan menjadi sekolah Arab agama swasta yang dikawal rapi oleh pihak kerajaan (Hasan, 2001: 3).

Setelah pendidikan masyarakat Melayu Patani diambil alih oleh kerajaan pusat, pendidikan berubah mengikut pembahagian kawasan dalam pentadbiran.

Wilayah Patani terletak di dalam Daerah Pendidikan 2. Wilayah-wilayah lain yang termasuk dalam Daerah Pendidikan 2 ini terdiri daripada wilayah Yala, Narathiwat dan Satul. Sistem pendidikan dalam Daerah Pendidikan 2 ini berlainan dengan sistem pendidikan di daerah pendidikan lain di seluruh negara. Oleh sebab perbezaan ras, agama dan kepercayaan, bahasa dan kebudayaan di wilayah-wilayah tersebut, sistem pendidikan juga turut berbeza. Bekas seorang menteri pelajaran yang menjadi pengasas dalam penubuhan Daerah Pendidikan 2, iaitu ML. Pin Malakul menegaskan bahawa empat wilayah Selatan mempunyai ciri-ciri khas dalam sistem pendidikan

(30)

15

yang berbeza dengan daerah-daerah yang lain (Khed Kan Suksa Song, 1985: 2-3).

Kedudukan pelajaran rakyat di empat wilayah Selatan agak mundur. Menurut Samnak Ngan Suksathikan Changwad Pattani (1983:2-3), daripada keseluruhan rakyat di wilayah Pattani, jumlah rakyat yang buta huruf masih tinggi, iaitu sebanyak 14.4 peratus.

Sistem pendidikan di wilayah Pattani berasaskan Sistem Pendidikan

Negara dan Sistem Pendidikan Jabatan Pendidikan Daerah 2, iaitu menggunakan Sistem 6.3.3. Sistem pendidikan dibahagi kepada peringkat-peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah, iaitu 6 tahun bagi pendidikan di sekolah rendah, 3 tahun bagi pendidikan sekolah menengah bawah dan 3 tahun bagi pendidikan sekolah menengah atas. Pengajian selanjutnya ialah pengajian pada peringkat maktab dan universiti (Ibib). Jenis dan peringkat pendidikan di wilayah Pattani boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

a ) Sekolah Rendah b ) Sekolah Menengah c ) Maktab dan Universiti

1.1.2(e)(i) Sekolah Rendah

Pendidikan di sekolah rendah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan tetapi terdapat juga sekolah rendah yang dijalankan oleh pihak swasta yang terdiri daripada beberapa buah sekolah sahaja. Sekolah rendah yang dimaksudkan di sini termasuklah sekolah tadika dan kelas pengajian kanak-kanak kecil iaitu prasekolah. Pangajian di sekolah-sekolah tersebut merupakan kelas persediaan kefahaman bahasa Thai. Pada peringkat prasekolah ini, wilayah Pattani berjaya mencapai matlamat yang diperlukan oleh pihak kerajaan, iaitu menyebarkan bahasa Thai dalam kalangan

(31)

16

pelajar Melayu. Purata pelajar pada peringkat ini berjumlah 35.39 peratus.

Manakala, jumlah purata peringkat sekolah rendah pula ialah 93.09 peratus (Samnak Suksathikan Changwad Pattani, 1985: 3-5).

Sekolah rendah di wilayah Pattani boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Thai. Sekolah jenis ini terdiri daripada 348 buah sekolah. Kedua ialah sekolah rendah di bawah arahan Pejabat Perbandaran Negeri dan Pejabat Perbandaran Kampung. Terdapat sebanyak 11 buah sekolah jenis ini di wilayah Pattani (Ibib).

1.1.2(e)(ii) Sekolah Menengah

Pendidikan pada peringkat sekolah menengah pula memerlukan masa selama 6 tahun, iaitu 3 tahun bagi pendidikan sekolah menengah bawah dan 3 tahun bagi pendidikan sekolah menengah atas. Sekolah menengah dalam wilayah Pattani terbagi kepada dua jenis, iaitu sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah swasta.

Sekurang-kurangnya sebuah sekolah menengah mesti ditubuhkan dalam satu daerah dan subdaerah dalam wilayah ini. Sekolah menengah kerajaan di wilayah Pattani adalah seperti yang berikut:

i. Sekolah menengah kerajaan peringkat menengah mempunyai 12 buah sekolah.

ii. Sekolah menengah kerajaan peringkat menengah atas mempunyai 5 buah sekolah.

iii. Sekolah menengah swasta hanya mempunyai sebuah sekolah.

(32)

17

iv. Sekolah menengah swasta agama Islam terdapat sebanyak 164 buah sekolah. Sekolah menengah ini pada asalnya ialah institusi pendidikan pondok yang telah ditransformasi kepada sekolah agama Arab yang pempunyai dua aliran pengajian iatu aliran akademik dan aliran pengajian agama..

(Samnak Suksathikan Changwad Pattani, 1985: 3-4)

1.1.2(e)(iii) Maktab dan Universiti

Pengajian pada peringkat ini merupakan lanjutan daripada peringkat menengah yang tersebut di atas, iaitu institut pengajian tertinggi di wilayah Pattani yang terdiri daripada :

i. Maktab vokasional mempunyai dua buah maktab di wilayah Pattani.

ii. Pusat vokasional mempunyai sebuah sekolah

iii. Sekolah vokasional swasta mempunyai tiga buah sekolah.

iv. Sebuah universiti.

1.2 Institusi Pendidikan Agama

Berbagai-bagai sebutan telah diberikan kepada IPA. Di Timur Tengah, institusi ini dikenali dengan tiga panggilan, iaitu madrasah, kuttab dan masjid (Nurcholish,1997:

ixx). Manakala, di Nusantara seperti Indonesia khususnya di Jawa institusi pendidikan agama dipanggil Pesantren, di Sumatera Barat dipanggil Surau, di Aceh dipanggil Dayah dan Menusah (Zainal Abidin, 1133). Manakala di Malaysia dan Patani pula, institusi ini dipanggil pondok.

(33)

18

Patani negara pertama di rantau Asia yang mendirikan institusi pendidikan ini. Kenyataan ini, dikeluarkan pada tahun 1977 oleh dua majalah terkemuka di Malaysia, iaitu Majalah Pengasuh dan Majalah Suara Siswa. Majalah ini juga menjelaskan, pengajian Islam yang dilaksanakan oleh para ulama Patani melalui bentuk institusi itu sejak abad ke-12 M. lagi. IPA ialah institusi pendidikan agama Islam tradisional yang terdapat didalamnya rumah guru, asrama pelajar, musalla atau masjid dan lain-lain kelengkapan. Pemimpin institusi ini dikenali dengan panggilan tuan guru atau tok guru. Peranan utama mereka untuk membangkitkan kesedaran umat dan kegiatan yang dapat melahirkan kesedaran beragama agar kestabilan masyarakat tempatan dapat dibentuk. Justeru itu, IPA ini sangat berpengaruh kepada masyarakat Patani pada ketika itu (Muhamad Darwilah, 2000).

Menurut Amran (1993: 22-24), institusi ini mula diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada awal kurun ke-19 yang bermula di negeri Patani.

Kelantan dikatakan lebih awal mengikut bentuk itu kerana negeri itu berhampiran dengan negeri Patani. Institusi tersebut muncul di negeri Patani kemudian berkembang luas ke Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan kepulauan Melayu.

Peranan IPA ini, mengharumkan nama Patani di persada ilmu sebagai pusat kegiatan agama Islam yang terulung di Nusantara (Mohd Zamberi, 2006: 12).

IPA ialah model pendidikan yang disambut baik oleh masyarakat setempat dan berkembang di seluruh Patani. IPA dikendalikan oleh tok guru yang mahir dalam pendidikan agama Islam. Melalui institusi inilah Patani berjaya menarik ramai pelajar dari negeri disekitarnya. Oleh itu, Patani digelar sebagai Pusat penyebaran Islam dan tamadun yang terawal di Asia Tenggara (Hasan, 2001: 13).

(34)

19

Mereka yang lulus dari IPA akan dipilih menjadi pemimpin masyarakat, khususnya dalam jawatan keagamaan, seperti imam, khatib dan bilal. Kedudukan mereka dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Sebaliknya, mereka dipandang serong oleh pihak kerajaan Siam kerana mereka merupakan benteng dalam mempertahankan budaya dan bahasa Melayu (Ibib)

Menurut Hasan (2001), tok guru yang mengajar di IPA secara tidak langsung menyebarkan DMP kerana bahasa pengantar yang digunakan di institusi tersebut ialah DMP. Kenyataannya dapat dilihat daripada kitab-kitab bahasa Melayu yang digunakan oleh IPA dan masih kekal hingga ke hari ini.

Menurut Ismail, Aziz dan Ab.Rahman (1993: 747-748), ulama-ulama Patani memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas mereka sebagai guru yang mengajar di IPA. Oleh sebab itu, lahirlah karya-karya mereka yang ditulis di dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Antara ulama tersebut ialah Syeikh Daud Abdullah Al-Fatoni, Syeikh Muhammad Zain Al-Fatoni, Syeikh Zainal Abidin Al- Fatoni, Syeikh Muhammad Ismail Daud Al-Fatoni dan lain-lain. Ulama-ulama ini juga dikenali sebagai alim ulama di dunia Arab kerana sebahagian mereka itu diberi kesempatan mengajar di Masjidil Haram Mekah.

Syeikh Daud Al-Fatoni seorang pengarang Melayu paling produktif. Beliau telah menghasilkan berbagai-bagai jenis karya tasawuf, fikah dan tauhid yang sejajar dengan perkembangan ilmu tersebut pada ketika itu.Keahliannya dalam bidang itu dianggap ulama dan pujangga Melayu Islam teragung di Asia Tenggara. Dalam

(35)

20

bidang sejarah, jasanya sebagai penyalin kedua yang bertanggungjawab mengolah semula kitab Tarikh Patani. Syeikh Wan Ahmad Al-Fatoni, ulama Patani kedua terpenting. Beliau menguasai 47 cabang ilmu pengetahuan, dan merupakan maha guru kepada semua pelajar Melayu yang belajar di Makah. Di samping menghasilkan kitab-kitab keilmuan Islam, beliau juga menyusun dan mengarang lebih 20 karya sejarah nabi Muahammad dan para sahabatnya dalam Batrul Tamam Wan Nujumu Thawakib pada tahun 1890M. (Mohd Zamberi, 2006: 12-13).

Keadaan seperti itu tidak disenangi oleh kerajaan Siam kerana aktiviti mereka bercanggah dengan prinsip negara dan bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk menguasai IPA agar perkembangan bahasa Melayu dan penyebarannya di Patani dapat dihentikan. Untuk mengawal IPA daripada beroperasi mengikut tujuannya yang asal, kerajaan Siam mengambil perhatian yang serius. Pada tahun 1959 Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Pendidikan 24 dibentuk agar semua IPA di Patani mendaftar dengan pihak kerajaan. Mana-mana IPA yang tidak mendaftar diperintah tutup. Menjelang tahun 1971, bilangan IPA yang mendaftar kepada kerajaan sebanyak 464 buah institusi (Ahmad, 2000: 139).

Menurut Ahmad (2000), setelah IPA mendaftar dengan pihak kerajaan, maka kurikulum khusus yang menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar ditetapkan. Untuk menjayakan tujuan itu, kerajaan telah menawarkan bantuan kewangan kepada IPA yang berdaftar.

4 Sebuah badan yang mengurus dan mengawal kurikulum pelajaran sekolah swasta di Patani, Yala, Narathiwat, Satul dan sebahagian wilayah Songkla.

(36)

21

Kemasukan bahasa Thai ke dalam institusi-institusi pendidikan agama tersebut merupakan dasar utama kerajaan Siam, situasi ini dapat dilihat dan dibuktikan melalui ucapan Raja Phumiphon yang melawat wilayah Yala pada 23 Mac 1959. Antaranya ucapan baginda adalah:

Pendidikan adalah penting bagi semua rakyat. Oleh itu, beta berharap agar kerajaan dapat melaksanakannya dengan baik agar semua rakyat di sini

dapat menguasai bahasa Thai, kerana sebelum ini mereka menggunakan

penterjemah bila berhubung dengan penutur Thai.Oleh itu,kerajaa harus berusaha agar semua rakyat di sini dapat berbahasa Thai.

(Ahmad, 2000: 140)

Bantuan kewangan daripada pihak kerajaan menjadi tarikan utama kepada IPA untuk mendaftar. IPA yang berjaya menerima bantuan tersebut dikehendaki menghantar tok guru ke kota Bangkok menghadap raja Thai untuk menerima bantuan itu secara langsung daripada baginda raja Thai (Ahmad, 2000: 32).

Setelah IPA berdaftar dengan pihak kerajaan, sebahagian besar IPA ditransformasikan kepada Sekolah Arab Agama Swasta (SAAS). Dengan penukaran status itu, subjek-subjek akademik dimasukan ke dalam kurikulum IPA tersebut.

Pelajaran agama dan akademik dijalankan serentak dengan menggunakan dua bahasa pengantar. Subjek-subjek agama diajar dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala subjek akademik pula diajar dengan menggunakan bahasa Thai. Perubahan yang berlaku terhadap IPA ini telah menyedarkan masyarakat Melayu bahawa bahasa mereka akan hilang sebagai akibat pengaruh bahasa Thai yang lebih besar daripada DMP (Ahmad, 2000: 34).

(37)

22

Menurut Tomas (1969) dalam Hasan (2001: 129-130), proses transformasi IPA kepada sekolah Arab agama swasta (SAAS) telah terlaksana dengan baik, tetapi tindak balas daripada masyarakat Melayu terhadap polisi pembaharuan itu pada mulanya agak negatif, kerana ramai masyarakat Melayu berat untuk menerima status SAAS berdaftar. Keadaan ini terjadi kerana masyarakat Melayu mahukan IPA ini mengajar mata pelajaran agama sahaja.

Untuk memastikan SAAS berjalan seiring dengan dasar kerajaan, pihak kerajaan telah menggunakan pelbagai polisi termasuk campur tangan badan-badan tempatan, ketua-ketua kampung, dan pegawai-pegawai daerah. Mereka diarahkan supaya menjadi wakil kerajaan untuk melaksanakan program pendidikan tersebut (Ahmad, 2000).

Pada akhir tahun 1970-an, masyarakat Melayu berubah pendirian dan SAAS yang mempunyai dua aliran menjadi tumpuan utama masyarakat. Sebahagian besar anak-anak Melayu dihantar ke SAAS yang mempunyai dua aliran. SAAS yang mempunyai satu aliran menghadapi kemerosotan. Para guru yang berkebolehan dan berkelulusan pada umumnya berhimpun di SAAS yang mempunyai dua aliran pendidikan. IPA yang masih terbaki dan SAAS yang kecil tidak mendapat perhatian masyarakat (Ahmad, 2000: 28).

Pada tahun 1970-an, ramai orang Patani mula belajar di Timur Tengah terutamanya Mesir. Mereka pulang bersama dengan ilmu yang diperoleh mereka. Di samping itu, mereka juga membawa pengaruh dan budaya asing ke Patani. Mereka

(38)

23

inilah yang banyak memberikan sumbangan kepada perancangan kerajaan ke arah mentransformasikan IPA ke sekolah Arab agama swasta (Ahmad, 2000: 34).

1.3 Pernyataan Masalah

Masyarakat Melayu Patani mempunyai identiti berbeza dengan masyarakat dominan sama ada dari sudut agama, bahasa dan budaya. Masyarakat Melayu Patani beragama Islam, berbangsa Melayu dan menggunakan DMP dalam perhubungan harian mereka.

Menurut Nik Anuar (2000), pada tahun 1940-an Phibun Songkram sebagai perdana menteri pada ketika itu, telah menbangkitkan semangat nasionalisme kesiaman yang melampaui batas peri kemanusiaan. Beliau telah melaksanakan langkah-langkah yang tegas demi menjayakan hasratnya untuk mengasimilasikan orang Melayu Patani dan etnik-etnik lain yang ada dalam negeri Siam. Langkah- langkah yang dilakukan adalah seperti yang berikut:

a. Melarang institusi pendidikan agama mengajar dalam bahasa Melayu kerana bahasa itu bukan bahasa rasmi negara.

b. Menutup institusi-institusi pendidikan pondok yang mengajar dalam bahasa Melayu.

c. Melarang orang Melayu bercakap bahasa Melayu.

d. Memaksa orang Melayu menukar nama Melayu kepada nama Siam.

e. Menukar nama-nama kampung dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa Siam di seluruh wilayah Melayu.

(39)

24

f. Berusaha menimbulkan kesulitan kepada orang Melayu yang bercakap bahasa Melayu apabila berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.

g. Melarang orang Melayu memakai pakaian Melayu.

Diubah suai daripada Ahmad Sombun (2006: 21).

Pada bulan September 1957 seorang panglima agung tentera Sarit Thanarat telah melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan Phibun atas alasan kerajaan Phibun lemah. Setelah rampasan kuasa itu berjaya maka Sarit menaikkan dirinya sebagai perdana menteri. Dalam usahanya untuk mengasimilasikan masyarakat Melayu Patani, IPA menjadi sasaran utama kerana institusi itu dianggap sebagai institusi pendidikan terpenting yang akan menghidupkan ciri-ciri budaya Melayu yang berbeza dengan budaya nasioanal. Beliau menganggap dan berpendapat bahawa pihak kerajaan harus menguasai IPA kerana dengan menguasai IPA itu bererti pihaknya berjaya menguasai kubu bahasa dan budaya masyarakat Melayu (Ahmad, 2000: 137-138).

Pada tahun 1959, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Kawasan 2 telah dibentuk agar semua IPA di seluruh Patani mendaftar dengan pihak kerajaan.

Sesetengah pegawai kerajaan Siam berpendapat bahawa IPA itu bukan sahaja sebagai institusi yang melahirkan tokoh-tokoh Melayu yang aktif malah ia juga menjadi tempat permulaan yang akan mewujudkan budaya, bahasa dan semangat kebangsaan Melayu yang subur (Worawit, 1999: 160).

Menurut Ahmad (2000: 141-142), selain polisi tersebut kerajaan Sarit juga telah memindahkan orang-orang Siam Budha yang berbahasa Siam ke kawasan

(40)

25

orang Melayu dengan tujuan menghapuskan bahasa Melayu dan untuk mengimbangi jumlah penduduk di wilayah-wilayah Melayu. Oleh sebab itu, pihaknya telah memindahkan masyarakat Budha seramai 660,000 orang ke projek yang telah disediakan. Kerjaan telah menyediakan projek untuk menempatkan mereka di Narathiwat, Yala dan Satun. Melalui rancangan tersebut, orang Siam Budha dari wilayah-wilayah lain digalakkan datang dan tinggal di wilayah Melayu. Mereka ini diberi tanah seluas 7.10 ekar setiap satu keluarga untuk diterokai. Rancangan ini, berjaya meningkatkan bilangan pendududuk Siam di wilayah-wilayah Melayu serta dapat menjalankan proses asimilasi budaya dan bahasa Melayu kepada budaya dan bahasa Siam. Apabila projek ini mula dijalankan pada awal tahun 1960-an, masyarakat Budha dari beberapa wilayah lain telah dibawa dan ditempatkan di kawasan perlaksanaan projek-projek tersebut. Bilangan mereka bertambah dengan begitu cepat dan terus berkembang menjadi perkampungan besar yang didominasikan oleh

masyarakat Siam Budha (Ahmad, 2000: 141-142).

Pemerintahan Sarit berakhir dengan kematiannya pada 8 Disember 1963.

Pentadbiran negara digantikan pula oleh penglima agung tentera Thanom Kittikachon. Beliau meneruskan polisi asimilasi masyarakat Melayu yang telah dirintis oleh Sarit (Ahmad, 2000: 142). Pada tahun 1966, kerajaan Thanom telah mengambil tindakan keras terhadap IPA, iaitu dengan mengharamkan penubuhan IPA yang baharu. Manakala IPA yang belum berdaftar dengan pihak kerajaan diberi tempoh enam bulan untuk mendaftar. Institusi-instiusi yang telah mendaftar tetapi tidak beroperasi mengikut arahannya dipaksa berbuat demikian dalam tempoh tiga

(41)

26

hingga lima tahun. Jika tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil (Songkhram, 1975: 117).

Sehubungan itu, orang Melayu Patani tidak ada pilihan kerana mereka terpaksa menerima realiti bahawa Patani ialah sebahagian wilayah Siam. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin Patani perlu mencuba cara baharu untuk membela nasib masyarakat Melayu yang tidak terbela dengan mencalonkan diri mereka dalam pilihan raya Siam untuk menjadi wakil kepada orang Melayu. Sekurang-kurangnya dengan cara itu nasib orang Melayu dapat dibela dengan menyuarakan hak-hak mereka dalam parlimen (Ahmad, 2000: 88).

Menjelang pilihanraya kedua yang diadakan pada bulan November 1937 pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu Patani telah memberikan cadangan kepada orang Melayu supaya mencalonkan diri dalam pilihanraya tersebut. Dengan cadangan tersebut, orang Melayu telah menyertai pilihanraya tersebut. Hasilnya tiga wilayah selatan, Patani, Yala dan Narathiwat dimenangi oleh calon-calon Melayu (Ahmad, 2000: 89).

Manakala dalam bidang pelajaran pula, pihak kerajaan telah membentukkan Pusat Pembangunan Selatan yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan pendidikan Siam kepada orang Melayu. Pelajar-pelajar yang berjaya daripada SAAS diterima masuk ke mana-mana universiti Siam untuk mengikuti kursus yang dipohon. Kelayakan mereka untuk belajar pada peringkat ini ialah Sijil Menengah Tinggi yang diperoleh daripada SAAS yang berdaftar (Hasan, 2001).

(42)

27

Menurut Hasan (2001, 193), pada tahun 1982 pihak kerajaan telah menubuhkan Kolej Pengajian Islam di Universiti Songkla Nakharin Patani yang menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa pengantar. Kolej ini ditubuhkan untuk menyekat pelajar-pelajar Melayu yang ingin menyambung pelajaran mereka ke negara-negara lain.

Dengan sejarah tersebut, banyak kata dan istilah bahasa Thai terserap ke dalam DMP. Antaranya adalah seperti yang berikut ini:

(1) Istilah bahasa Thai

BT DMP DMPA

Maksud

[kha:lu: a] kaluwo [ajngi] gabenor wilayah

[lu: a/] luwo] [ktuw jjaba] ketua pegawai [khu:n] ku] [tulu]

penghulu Diubah suai daripada Worawit (1999)

(2) Istilah-istilah kacukan Thai dan Melayu

BMP + BT DMP Maksud

tengku + phraya [kupra] raja negeri Jering datok +

khun [toku] penghulu

datok + na:i [tona] polis

Diubah suai daripada Worawit (1999)

(43)

28 Nama-nama jawatan dalam majlis agama Islam:

Yang Dipertua Majlis menjadi Prathan Kammakan Islam TimbalanYang Dipertua Majlis menjadi Rong Prathan Kammakan Islam Ahli jawatankuasa Majlis menjadi

Khana Kammakan Islam

Tuan Guru menjadi

Tok Khru

Diubah suai daripada Ahmad (2000).

(3) Istilah-istilah persekolahan

BT DMP BMPA Maksud

[ khru] kru [cegu] guru

[khru:jaj] kru jaj [mud] guru Besar

[wi ca ] wica [plaja] pelajaran [majbantat] [majbanta] [pta]

pembaris

[ho pracum] hopcu] [bilessra] bilik mesyuarat

[ pracum ] pcu [ssra] mesyuarat

Diubah suai daripada Worawit (1999)

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan huraian yang dikemukakan di atas, terdapat banyak persoalan untuk dikaji. Pengkaji akan meniliti beberapa persoalan kajian, antaranya adalah seperti yang berikut:

1.4.1 Apakah berlaku kemerosotan penggunaan DMP dalam kalangan

pelajar institusi pendidikan agama Wilayah Pattani?

(44)

29

1.4.2 Adakah perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan menjadi faktor utama kemerosotan DMP dalam kalangan pelajar institusi

pendidikan agama wilayah Pattani?

1.4.3 Apakah pendekatan yang digunakan dalam menganalisis data tentang perubahan fonem bahasa Thai yang terserap ke dalam DMP?

1.5 Objektif Kajian

Bertitik tolak daripada persoalan-persoalan yang tersebut di atas, maka kajian ini dilakukan berasaskan objektif yang berikut:

1.5.1 Kajian ini dilakukan untuk meninjau, meniliti dan menganalisis

faktor-faktor kemerosotan penggunaan DMP dalam kalangan pelajar Melayu di IPA Wilayah Pattani.

1.5.2 Menganalisis dasar dan perancangan kerajaan Thai terhadap

penggunaan DMP dalam kalangan pelajar IPA Wilayah Pattani.

1.5.3 Menganalisis perkataan bahasa Thai yang terserap ke dalam DMP dengan menggunakan pendekatan atur rumus.

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberikan subangan kepada penggunaan DMP di samping boleh dimanfaatkan sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji yang akan datang. Harapan pengkaji setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang Melayu Patani bahawa bahasa yang diwarisi oleh mereka daripada nenek moyang mereka sudah terancam dan hampir pupus. Oleh sebab itu, kajian ini diharapkan akan

(45)

30

memberi saham yang positif ke arah mempertahankan DMP daripada terhakis di bumi sendiri.

1.7 Skop Kajian

Pengkaji menumpukan kajian terhadap dasar kerajaan dan proses penyerapan bahasa Thai ke dalam DMP hingga menyebabkan kemerosotan dialek tersebut dari aspek- aspek fonologi, morfologi dan sintaksis bahasa Thai yang terserap ke dalam DMP.

Pengkaji telah memfokuskan kajian terhadap pelajar-pelajar Melayu di IPA di Wilayah Pattani untuk mendapatkan data kerana mereka ialah golongan yang menerima kesan secara langsung daripada dasar-dasar kerajaan.

1.7.1 Skop Golongan Tumpuan

Informan dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar di istitusi- institusi pendidikan agama di Wilayah Pattani yang berusia antara 19 tahun hingga 30 tahun. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai informan dan daripada 120 informan ialah pelajar lelaki dan 80 orang informan ialah pelajar perempuan.

1.7.2 Skop Lokasi

Untuk memperoleh data kajian, pengkaji telah memilih beberapa buah sekolah Arab agama. Tempat kajian ialah Sekolah Arab Agama Ar-Rahmaniah, Beraul dan Sekolah Arab Agama Maahad Al-Tarbiah Islamiah, Bandar yang mewakili kawasan bandar. Manakala di kawasan luar bandar pula ialah Sekolah Arab Agama al-Maahad Al-Islamai, Batas Kubu, Mayo, Pattani dan Sekolah Arab Agama Madrasah A- Irsyad, Leweh, subdaerah Tong Yang Deng, Patani. Sekolah-sekolah Arab tersebut

(46)

31

merupakan sekolah yang mewakili semua daerah lain dalam Wilayah Pattani.

Pengkaji berpendapat bahawa lokasi-lokasi ini dapat memberikan data dan maklumat yang dikehendaki untuk menyempurnakan kajian ini.

BAB DUA

(47)

32

LANDASAN KAJIAN DAN KAJIAN LAMPAU

2.1 Pendahuluan

Bab ini membicarakan tentang landasan kajian dan kajian lampau. Aspek-aspek landasan kajian yang akan diberi tumpuan ialah aspek identiti bahasa, definisi bahasa, bahasa dinamik, bahasa Melayu dan dialek Melayu Patani. Manakala, kajian lampau pula membincangkan tentang kajian dan penulisan yang telah dilakukan oleh pengkaji lampau atau ditulis oleh penulis lalu berkaitan dengan aspek-aspek bahasa dan dialek Melayu Patani serta kedudukan dialek Melayu Patani di negara Thailand.

2.2 Identiti Bahasa

Kajian berbentuk ilmiah harus mempunyai objeknya, manakala objek kajian ini ialah bahasa, iaitu bahasa Melayu, dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan sebahagian wilayah Songkla, iaitu di daerah Tiba, Chanak, Sebayoi (Ruslan Uthai, 2005: 4).

Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada penuturnya, bahasa tidak akan wujud dalam sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam masyarakat tersebut sebagai alat perhubungan antara mereka. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa bahasa hak milik bersama oleh sekumpulan individu dan bukan kepunyaan individu tertentu (Asmah,1993:3).

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan penting dalam kehidupan mereka. Setiap anggota masyarakat terlibat dalam perhubungan bahasa sama ada sebagai penutur atau sebagai pendengar. Dalam perhubungan yang wajar

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN