• Tiada Hasil Ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

N29(PPT)KT II

PP KJ KK JUM 7 - 2 9

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

KERTAS II

Tarikh : 19 Julai 2017 (Rabu) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam) Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi ENAM (6) soalan berbentuk esei dalam empat bahagian. Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) soalan dari setiap bahagian. Setiap soalan bernilai 25 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

N29(PPT)KT II

2 BAHAGIAN A

1. Menjadi staf yang produktif bukan sahaja menguntungkan organisasi. Jika staf bijak menguruskan masa dengan berkesan, ia menjadikan mereka lebih gembira dan meningkatkan kepuasan dalam menjalankan tugas.

a) Jelaskan kepentingan antara pengurusan masa dan kaitannya dengan produktiviti?

(15 markah)

b) Nyatakan apa yang boleh anda lakukan untuk menguruskan masa dengan berkesan bagi meningkatkan kepuasan kerja?

(10 markah)

2. Kedua-dua misi dan visi berkait rapat dengan matlamat sesebuah organisasi dan biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Secara umum misi dan visi merupakan pernyataan daripada organisasi yang menjawab persoalan berkenaan siapa kita, apakah nilai kita dan di mana halatuju kita.

a) Nyatakan perbezaan antara misi dan visi.

(10 markah)

b) Jelaskan kepentingan misi dan visi bagi Universiti Sains Malaysia yang mendapat pengiktirafan Universiti APEX.

(15 markah)

BAHAGIAN B

3. Pengurusan penilaian prestasi merupakan satu aspek penting yang dimainkan oleh Bahagian Sumber Manusia di dalam sesebuah organisasi. Laporan Penilaian Prestasi (LPP) yang efektif bukan sahaja dapat mengurangkan masalah yang berkaitan disiplin dan kualiti kerja, malah ia boleh memberikan motivasi kepada staf untuk meningkatkan sumbangan mereka dalam bidang tugas.

(3)

N29(PPT)KT II

3

a) Apakah kepentingan LPP di dalam sebuah organisasi?

(15 markah)

b) Apakah masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dalam pengurusan penilaian prestasi yang berkesan?

(10 markah)

4. Inventori dan bekalan pejabat merupakan salah satu asas penting bagi pentadbiran sesebuah pejabat. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah pembaziran, kehilangan, kerosakan dan penyalahgunaan dalam pengurusan inventori dan bekalan pejabat?

(25 markah)

BAHAGIAN C

5. Peningkatan pesat dunia tanpa sempadan dewasa ini membawa kebaikan dan juga keburukan jika tidak ditangani dengan bijak. Bincangkan ancaman-ancaman terhadap keselamatan yang dialami oleh Malaysia akibat kepesatan perubahan teknologi dan dunia tanpa sempadan ini.

(25 markah)

BAHAGIAN D

6. Pengurusan perkhidmatan pelanggan amat menekankan perkhidmatan barisan hadapan yang responsif, mesra, beretika dan sedia membantu bagi meningkatkan kualiti interaksi dengan pelanggan masing-masing.

Selain daripada aspek layanan melalui telefon, perkhidmatan kaunter, aduan dan maklum balas pelanggan, terangkan aspek perkhidmatan Helpdesk yang perlu diberi perhatian dalam memantapkan interaksi organisasi dengan pelanggan.

(25 markah)

oooo 0 oooo

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja. Setiap soalan bernilai 25 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian. Setiap soalan bernilai 25 markah. Calon

Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja iaitu satu (1) soalan dari setiap bahagian. Setiap soalan bernilai 20 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu SATU (1) dari setiap bahagian dan SATU (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu SATU (1) dari setiap bahagian dan SATU (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai