• Tiada Hasil Ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

Pen. Peg. Tadbir N29 KT- II

PP KJ KK JUM 3 - 2 5

No. Kad Pengenalan: ___________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 KERTAS II

Tarikh : 2 Mei 2019 (Khamis) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)

Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi empat Bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Calon dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu SATU (1) soalan dari setiap bahagian. Setiap soalan bernilai 25 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

Pen. Peg. Tadbir N29 KT- II

2

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

BAHAGIAN A

1. Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi gelagat atau tingkah laku pekerjanya supaya melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi yang berkenaan.

a) Terangkan ciri-ciri pemimpin dan sokongan yang boleh diberi oleh pemimpin kepada pekerja.

(15 markah)

b) Apakah perbezaan di antara Pemimpin dengan Pengurus?

(10 markah)

BAHAGIAN B

2. Penilaian prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sumber manusia yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Justeru, Ketua Jabatan perlu memainkan peranan bagi memastikan penilaian prestasi pegawai di bawah tanggungjawab mereka disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

(a) Jelaskan ciri-ciri kaedah penilaian prestasi yang baik yang boleh digunakan oleh Ketua Jabatan anda.

(10 markah)

(b) Selaras dengan tujuan penilaian, apakah tanggungjawab Ketua Jabatan anda dalam perkara ini?

(5 markah)

(c) Selain daripada pengurusan prestasi, apakah peranan Ketua Jabatan dalam usaha mewujudkan budaya kerja positif di sesebuah Jabatan?

(10 markah)

(3)

Pen. Peg. Tadbir N29 KT- II

3

3. Sistem Pengurusan Fail merujuk kepada proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan, dan menyelenggara fail-fail bagi memudahkan pengurusannya apabila diperlukan.

Huraikan prosedur pengurusan fail yang berkesan agar ia diurus secara sistematik mengikut piawaian dan prosedur rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.

(25 markah)

BAHAGIAN C

4. Dokumen terperingkat diuruskan dengan cara berbeza daripada dokumen tidak terperingkat.

(a) Jelaskan definisi dokumen terperingkat.

(5 markah)

(b) Apakah tugas dan tanggungjawab Pendaftar Rahsia yang menguruskan dokumen terperingkat tersebut?

(5 markah)

(c) Huraikan peraturan memeringkatkan dokumen berdasarkan Arahan Keselamatan.

(15 markah)

BAHAGIAN D

5. Melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 myPortfolio:

Panduan Kerja Sektor Awam, Fail Meja dijenamakan semula sebagai myPortfolio bagi memberikan gambaran menyeluruh terhadap bidang tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan dan agensi.

Huraikan SEPULUH (10) komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

(25 markah)

(4)

Pen. Peg. Tadbir N29 KT- II

4

6. Penggunaan internet dan e-mel yang meluas dalam kalangan pengguna terutama di pejabat mendedahkan kita kepada ancaman siber. Berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003: Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan:

(a) Nyatakan bentuk aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet dalam kalangan penjawat awam.

(15 markah)

(b) Terangkan peranan dan tanggungjawab pengguna dalam tatacara penggunaan Internet dan e-mel yang ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin.

(10 markah)

oooo 0 oooo

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja. Setiap soalan bernilai 25 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan

Setiap soalan bernilai 25 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) dari setiap bahagian dan satu (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian. Setiap soalan bernilai 25 markah. Calon

Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja iaitu satu (1) soalan dari setiap bahagian. Setiap soalan bernilai 20 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu SATU (1) dari setiap bahagian dan SATU (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu SATU (1) dari setiap bahagian dan SATU (1) soalan lagi dari mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai

Anda dikehendaki mejawab EMPAT (4) soalan sahaja iaitu satu (1) soalan dari setiap bahagian dan dua (2) soalan lagi dari mana-mana bahagian. Setiap soalan bernilai 25 markah.