IKON KEPIMPINAN DALAM CERITA JENAKA MELAYU
Tekspenuh
(2) FYP FTKW Ikon Kepimpinan dalam Cerita Jenaka Melayu Menggunakan Teori Pengurusan Henry Fayol. Nurilisha binti Mohammad Ali C18b0668. Tesis yang dikemukan untuk memenuhi sebahagian daripadasyarat memperolehi ijazah Sarjana muda Pengajian Warisan dengan kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif dan WarisanUniversiti Malaysia Kelantan. 2021.
(3) FYP FTKW.
(4) Cerita rakyat seperti Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Mat Jenin, Sang Kancil dan Buaya adalah tidak asing lagi bagi kita terutama masyarakat Melayu. Cerita-cerita rakyat ini adalah contoh panorama kehidupan yang memaparkan unsur jenaka, emosi, tauladan dan nilainilai kemanusiaan. Ianya juga merupakansimbol warisan di dalam dunia kesusasteraan negara. Sebelum ini, pelbagai kajian telahdijalankan oleh pengkaji dalam memperkasakan pengetahuan masyarakat berkaitan dengan cerita rakyat. Oleh itu, salah satu kajian yang akan dilaksanakan adalah penganalisian ikon kepimpinandi dalam cerita jenaka Melayu. Kajian ini mempunyai dua objektif yang dicapai iaitu mengenalpasti ikon kepimpinan di dalam cerita jenaka Melayu dan menganalisis kerelevenan cerita jenaka Melayu pada masa kini. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menemui terdapat ikon kepimpinan yang ditemui pada setiap watak penceritaan tidak kira pada waktak utama mahupun sampingan dan ianya juga menyokong kepada landasan teori pengurusan Henry Fayol. Kata kunci: ikon, kepimpinan, cerita jenaka Melayu, teori pengurusan. FYP FTKW. ABSTRAK.
(5) Society in ancient times has introduced folklore through oral traditions passed down through word of mouth. This is because life at that time was not influenced by the variety of forms of entertainment. As such, they liven up the entertainment atmosphere by bringing their children to watch folklore performances delivered by the entertainers. After the passage of time, literature on folklore has been innovated into the form of manuscripts so that the existence of folklore is best preserved. Even today, most folk tales have been digitized into the form of animation and film. Folklore such as Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Mat Jenin, Sang Kancil and Buaya are no strangers to us, especially the Malay community. These folk tales are examples of life panoramas that display elements of humor, emotion, example and human values. It is also a symbol of heritage in the world of national literature. Previously, various studies have been conducted by researchers in strengthening the knowledge of the community related to folklore. Therefore, one of the studies that will be implemented is the analysis of leadership icons in Malay jokes. This study has two objectives achieved, namely to identify leadership icons in Malay jokes and analyze the relevance of Malay jokes today. The research methodology uses qualitative methods. The results of the study found that there are leadership icons found in each character of the story, regardless of the main or secondary time and it also supports the management theory of Henry Fayol.. Keywords: icons, leadership, Malay jokes, management theory. FYP FTKW. ABSTRACT.
(6) BAB 1. PENGENALAN 1.1 Pengenalan. BAB 2. HALAMAN. 1,2. 1.2 Latarbelakang Kajian. 2. 1.3 Permasalahan Kajian. 3,4. 1.4 Persoalan kajian. 5. 1.5 Objektif Kajian. 5. 1.6 Kepentingan Kajian. 5,6. 1.7 Batasan Kajian. 7,8. 1.8 Definsi Konsep. 8. 1.9 Kesimpulan. 9. KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan. 10. 2.2 Kajian Lepas Mengenai Ikon 2.2.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Ikon. 11. 2.2.2 Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Ikon. 11. 2.2.3 Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai ikon. 11. 2.2.4 Artikel Jurnal. 12. 2.2.5 Buku. 14. 2.2.6 Lain-lain. 14,15. FYP FTKW. KANDUNGAN.
(7) 2.3.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Kepimpinan. 15,16. 2.3.2 Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Kepimpinan. 17,18. 2.3.3 Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Kepimpinan. 19. 2.3.4 Artikel Jurnal. 19,22. 2.3.5 Buku. 22,24. 2.3.6 Lain-lain. 24. 2.4 Kajian Lepas Mengenai Cerita Jenaka 2.4.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Cerita Jenaka. 25. 2.4.2 Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Cerita Jenaka. 26,27. 2.4.3 Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Cerita Jenaka. 27. 2.4.4 Artikel Jurnal. 27,29. 2.4.5 Buku. 30. 2.4.6 Lain-lain. 31. FYP FTKW. 2.3 Kajian Lepas Mengenai Kepimpinan.
(8) BAB 3. 2.5.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Teori Pengurusan. 32. 2.5.2 Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Teori Pengurusan. 32. 2.5.3 Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Teori Pengurusan. 32. 2.5.4 Artikel Jurnal. 33,34. 2.5.5 Buku. 34. 2.5.6 Lain-lain. 34. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan. 35. 3.2 Rekabentuk Kajian 3.2.1 Rekabentuk Kajian Kualitatif. 35,36. 3.2.1.1 Kaedah Analisis Teks. 37,38. 3.2.1.2 Kaedah Pengumpulan Data. 38,39. 3.2.1.3 Kaedah Kepustakaan. 39. 3.2.1.4 kaedah Internet. 40. 3.2.2 Penerapan teori 3.2.2.1 Teori Pengurusan 3.2.2.2 Pendekatan Pengurusan. 40,41 41,42 42. FYP FTKW. 2.5 Kajian Lepas Mengenai Teori Pengurusan.
(9) ANALISIS KAJIAN 4.0 Pengenalan. 43. 4.1 Cerita Jenaka: Pak Kaduk 4.1.1 Pemimpin yang menjaga personaliti. 44,45. 4.1.2 Pemimpin yang mempunyai nilai menghormati. 45,48. 4.1.3 Cerita Jenaka: Lebai Malang Pemimpin yang berbudi pekerti. 49,51. 4.1.4 Cerita Jenaka: Pak Pandir Pemimpin yang berani. 52-55. 4.1.5 Cerita Jenaka: Pak Belalang Pemimpin yang bijaksana. 56,59. 4.1.6 Cerita Jenaka: Si Luncai Pemimpin yang berkredibiliti. 60,61. 4.2 Kerelevenan cerita pada masa kini 4.2.1 Institusi pengajian rendah. 62,63. 4.2.2 Institusi pengajian tinggi. 64. 4.2.3 Animasi. 65. 4.2.4 Seloka. 66. FYP FTKW. BAB 4.
(10) 4.3 Kesimpulan. BAB 5. 68. KESIMPULAN 5.1. Pengenalan. 69. 5.2. Rumusan Kajian. 69,71. 5.3. Cadangan kajian 5.3.1 Cadangan Kepada Masyarakat. 5.4. RUJUKAN. 67. 71,72. 5.3.2 Cadangan Kepada Pengkaji Hadapan. 74. Kesimpulan. 75. 76. FYP FTKW. 4.2.5 Budaya.
(11) PENDAHULUAN. 1.1. PENGENALAN. Masyarakat pada zaman dahulu telah memperkenalkan cerita rakyat menerusi tradisi lisan yang disampaikan melalui mulut ke mulut. Hal ini kerana kehidupan pada zaman itu tidak dipengaruhi dengan kepelbagaian bentuk hiburan. Oleh yang demikian, mereka menghidupkan suasana hiburan itu dengan membawa anak-anak mereka untuk menyaksikan persembahan cerita rakyat yang disampaikan oleh penglipur lara. Setelah berlakunya peredaran zaman, sastera pada cerita rakyat telah pun diinovasikan ke dalam bentuk naskhah agar kewujudan cerita rakyat terpelihara sebaiknya. Bahkan pada masa kini, cerita- cerita rakyat kebanyakanya telah didigitalkan ke dalam bentuk animasi dan filem. Cerita rakyat seperti Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah, Mat Jenin, Sang Kancil dan Buaya adalah tidak asing lagi bagi kita terutama masyarakat Melayu. Ceritacerita rakyat ini adalah contoh panorama kehidupan yang memaparkan unsur jenaka, emosi, tauladan dan nilai-nilai kemanusiaan. Ianya juga merupakan simbol warisan di dalam dunia kesusasteraan negara. Sebelum ini, pelbagai kajian telah dijalankan oleh pengkaji dalam memperkasakan pengetahuan masyarakat berkaitan dengan cerita rakyat. Oleh itu, salah satu kajian yang akan dilaksanakan adalah penganalisian ikon kepimpinan di dalam cerita jenaka Melayu. Kajian ini turut dijalankan dengan menggunakan prinsip 1. FYP FTKW. BAB 1.
(12) ingin dicapai adalah dengan mengkaji ikon kepimpinan yang terdapat pada cerita jenaka Melayu dan kerelevenan cerita jenaka tersebut pada masa kini. Sungguhpun cerita jenaka merupakan cerita yang bersahaja namun ianya kaya dengan nilai-nilai jati diri yang tinggi sehinggakan sesuai untuk dicungkil dan diangkat sebagai ikon kepimpinan.. 1.2. Latar Belakang Kajian. Kisah Si Luncai, Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang dan Si Luncai adalah sebahagian kewujudan daripada sastera rakyat yang bergenre jenaka Melayu. Lazimnya, masyarakat dahulu telah dihiburkan oleh penglipur lara yang menggalas tugas membuat persembahan di pentas bangsawan dengan menjayakan watak-watak lucu khususnya buat tontonan kanak-kanak pada ketika itu. Namun demikian, lakonan dan penggunaan dialog di dalam cerita didapati berbeza, dimana keseluruhan penceritaan di dalam filem pada bahagian kelucuan mudah difahami dan bersahaja. Sehubungan itu, kajian ini meneliti cerita jenaka Melayu melalui 4 pilihan cerita iaitu Si Luncai, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Mat Jenin. Cerita jenaka Melayu ini mempunyai nilai yang membentuk pengajaran dalam kehidupan kita. Pengkaji memfokuskan untuk meneliti ikon kepimpinan dalam cerita tersebut. Sungguhpun secara zahirnya perwatakan pada cerita jenaka tampak bersahaja namun disebalik pengertian tersirat terkandung ikon kepimpinan yang dipegang pada penceritaan mahupun perwatakan watak pada cerita jenaka Melayu.. 2. FYP FTKW. kepimpinan yang terkandung dalam pendekatan pengurusan Henry Fayol. Objektif yang.
(13) Permasalahan Kajian. Permasalahan kajian bertujuan untuk melihat sejauh mana kebolehpasaran kajian ini dijalankan. Hal ini kerana, apabila sesebuah kajian itu mempunyai permasalahan yang banyak berkenaan tajuk yang ingin dikaji ianya menguatkan lagi tujuan sebenar kajian itu dilakukan. Perkara yang menjadi permasalahan utama bagi kajian ini adalah seperti stigma masyarakat terhadap cerita jenaka Melayu yang tidak masuk akal. Hal ini kerana, apabila kita membaca keseluruhan kisah tersebut mungkin pada logik akalnya sesuatu perkara yang dimulakan tanpa usaha keras tidak mungkin mendatangkan kesenangan di kemudian hari namun kita harus akur dengan pendefinisian cerita jenaka yang hanya mengetengahkan unsur sederhana dan tidak kompleks.. Seterusnya, penggunaan Bahasa Melayu lama dan klasik di pandang enteng oleh segelintir masyarakat. Hal ini kerana, pada naskhah yang telah dibukukan penggunaan bahasa yang disampaikan sememangnya menggunakan bahasa melayu kuno namun begitu kita harus memahami keadaan pada zaman dahulu dan sekarang adalah berbeza. Pada zaman dahulu tidak mempunyai orang yang cerdik pandai dalam menguruskan sistem bahasa para ilmuwan, sasterawan yang yang tidak mempunyai para cara masyarakat dahulu mengekspresikan bahasa pada ketika itu. Sungguhpun naskhah yang telah dibukukan agak sukar difahami namun ianya mempunyai sebuah nilai kesenian bahasa yang harus kita banggakan. Selain itu, segelintir masyarakat yang menggangap bahawa cerita jenaka Pak Belalang hanya sekadar hiburan semata-mata. Berdasarkan permasalahan ini kita dapat melihat senario perwatakan segelintir masyarakat yang hanya membaca tanpa memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam sesebuah penceritaan 3. FYP FTKW. 1.3.
(14) kita seharusnya berusaha gigih untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, sebagai seorang pemimpin kita seharusnya bertindak realistik dalam memastikan kesahihan sesuatu perkara yang terjadi dan macam macam lagi mesej yang terdapat pada cerita Pak Belalang.. Seterusnya, perkara yang menjadi permasalahan utama bagi kajian ini adalah apabila pemikiran masyarakat melayu telah dimonopoli oleh pengaruh asing dalam filem dan novel. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat pada masa kini menerapkan kehidupan yang moden oleh itu bahan bacaan yang digunakan lebih cenderung kepada naskhah antarabangsa seperti Harry Potter. Bagi mereka cerita jenaka Melayu tidak mempunyai nilai kemodenan yang dapat memupuk minat mereka untuk memahaminya. Selain itu, masyarakat sering mengkritik dan terbawa-bawa unsur negatif dalam sesuatu watak cerita jenaka berkaitan perwatakan mahupun logik akal. Hal ini kerana, apabila situasi penceritaan itu menggambarkan perwatakan ibu tiri yang kejam maka persepsi mereka terhadap ibu tiri juga kejam meskipun penceritaan yang disampaikan tidak mempunyai kaitan dengan yang hidup atau pun mati. Selepas itu, ialah kurangnya nilai menghargai usaha para pengkaji yang bertungkus-lumus memartabatkan cerita-cerita rakyat pada generasi masa kini. Hal ini kerana, pelbagai artikel, jurnal dan buku yang telah diterbitkan untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat namun masih ada yang mengganggap sastera dalam cerita rakyat tidak releven pada masa kini. Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa. permasalahan-permasalahan. inilah. yang. menjadi. kekangan. kepada. perkembangan cerita jenaka namun langkah pemeliharaan cerita jenaka telah dilakukan oleh pengkaji dalam memasyurkan kelestarian cerita jenaka Melayu. 4. FYP FTKW. walhal banyak nilai tauladan yang diselitkan di dalam cerita jenaka Pak Belalang seperti.
(15) Persoalan Kajian 1. Apakah ikon kepimpinan yang terdapat pada cerita jenaka Melayu terpilih? 2. Adakah cerita jenaka Melayu masih relevan pada masa kini?. 1.5. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti ikon kepimpinan pada cerita jenaka Melayu terpilih 2. Menganalisis kerelevenan cerita jenaka Melayu pada masa kini.. 1.6. Kepentingan Kajian. Setiap kajian yang dilakukan harus mempunyai kematangan yang ingin dicapai agar kajian yang dilakukan tidak sia-sia. Manfaat daripada kajian menjadikan kajian lebih releven untuk dijalankan. Melalui kajian ini terdapat beberapa kepentingan yang dapat dilihat pada konteks kekeluargaan dan pendidikan. Meskipun cerita jenaka tidak memainkan peranan yang luas di dalam perkembangan kesusasteraan ianya juga meninggalkan kesan yang buruk jika tidak mengambil langkah pemeliharaan kerana cerita jenaka rakyat merupakan warisan tradisional yang diperturunkan dari zaman dulu lagi. Kepentingan yang dapat dilihat dalam konteks kekeluargaan ialah ibu bapa boleh melakukan aktiviti bercerita mengenai cerita-cerita jenaka. Sesetengah ibu bapa cakna akan pendekatan seperti ini dapat memupuk minat anak-anak untuk mengingati sesebuah cerita jenaka Melayu itu. Di samping itu, ibu bapa juga harus menekankan aspek pengajaran yang terkandung pada sesebuah cerita jenaka Melayu. Hal ini kerana, apabila 5. FYP FTKW. 1.4.
(16) sebanyak akan membentuk diri mereka menjadi seorang yang bertauladan. Selain itu, dalam konteks pendidikan pula, para guru dapat memacukan daya kreatif dalam mengolah sesebuah karya jenaka agar menjadi lebih seronok dan mudah difahami. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa klasik yang digunakan pada cerita jenaka kadangkala akan menyukarkan pelajar untuk memahaminya oleh itu, peranan guru-guru mengaplikasikan cara yang kreatif kepada pelajar amatlah perlu agar mereka menjadi lebih bersemangat untuk mempelajari sastera dalam cerita jenaka. Di samping itu, para guru juga haruslah lebih memperkasakan ilmu pengetahuan dalam kesusasteraan dan warisan Melayu. Hal ini kerana, dengan langkah ini akan menyuntik kecendurangan minat pelajar dalam mengukuhkan kefahaman mereka terhadap cerita jenaka Melayu.. Sehubungan dengan itu, mewujudkan program mingguan di sekolah seperti mempertontonkan cerita- cerita rakyat. Hal ini denikiab kerana, ianya merupakan sebagai satu mekanisme kecintaan terhadap penggunaan bahasa klasik dalam aktiviti pembelajaran. Di samping itu, penambahan bahan rujukan kepada pengkaji lain untuk mengkaji berkenaan cerita rakyat akan bertambah. Hal ini demikian kerana, apabila kajian berkenaan cerita rakyat dijadikan bahan utama kajian secara tidak langsung kita telah memelihara cerita rakyat untuk dikongsi dengan generasi muda. Ringkasnya, kajianyang dijalankan ini telah memberi banyak manfaatnya kepada kita dalam memartabatkancerita rakyat Melayu.. 6. FYP FTKW. kita sering mengajar mereka tentang nilai nilai murni dan pengajaran ianya sedikit.
(17) Batasan Kajian. Batasan kepada sesebuah kajian acapkali berlaku dalam pelaksaan sesebuahkajian namun kekangan seperti itulah yang menyuntik semangat kita untuk melakukan kajian dengan sebaiknya. Batasan yang dihadapi dalam menjayakan kajian ini ialah sumber perbezaan kisah dalam versi penerbitan serta plot penceritaan telah menimbulkan kekeliruan dan percanggahan pendapat. Hal ini demikian kerana, apabila kita menonton filem Pak Belalang arahan Tan Sri P.Ramlee terdapat beberapa perbezaan yang dapat kita lihat apabila kita merujuk naskhah. Selain itu, sumber yang sedia ada dan tahap pengetahuan individu yang terhad berkaitan kesusasteraan menjadikan tugasan kajian ini terbatas. Hal ini demikian kerana pelopor yang menghidupkan cerita rakyat pada zaman dahulu telahpun meninggal dunia jadi kita sebagai generasi yang muda adalah pelopor baru yang akan menyemarakkan lagi minat masyarakat terhadap cerita jenaka Melayu. Di samping itu, menjalankan kajian dengan mencari artikel dan sumber di medium yang berlainan menjadikan terdapat kekangan masa disamping mempunyai tugasan pembelajaran yang lain. Hal ini demikian kerana, pelaksanaan sesebuah kajian memakan masa yang lama kerana kajian yang dilakukan haruslah mengikut format yang telah diberikan. Pembinaan dan pemilihan idea-idea yang harus dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang cemerlang.. Jadi ianya mengambil masa lama untuk menghasilkan sebuah kajian yang bermutu.. 7. FYP FTKW. 1.7.
(18) mempunyai niat yang murni untuk berkongsi kajian ini kepada masyarakat. Hal ini kerana, kekangan dari segi masa, perbelanjaan, lokasi, sumber itu adalah perkara yang biasa dalam pelaksanaan sesebuah kajian cuma sebagai seorang pengkaji kita tidak boleh cepat melatah dan harus menghadapi kekangan itu dengan professional.. 1.8. Definisi Konsep Di dalam kajian ini, ikon kepimpinan merupakan konsep utama yang ingin dikaji. menerusi cerita jenaka Melayu. Apabila kita melihat dari sudut kepimpinan agak sukar untuk diramalkan pada cerita jenaka yang bersahaja namun begitu nilai dan tauladan yang terdapat pada cerita jenaka Melayu mempunyai isi yang dapat dikaitkan dengan ikon kepimpinan. Secara umumnya, kepimpinan merujuk kepada perkara yang harus dititikberatkan dalam membina kekuatan sesebuah organisasi. Namun di dalam kajian ini kita tidak merujuk kepada orgnisasi kerana aspek yang ingin dilihat ialah sifat dan sikap masyarakat yang mempunyai nilai kepimpinan. Di samping itu, kepimpinan juga boleh merujuk kepada pembentukan diri kita untuk menjadi seorang yang mempunyai jati diri. Sehubungan dengan itu, keseluruhan penceritaan cerita jenaka Melayu akan dikaitkan dengan nilai kepimpinan.. 8. FYP FTKW. Ringkasnya, keterbatasan kajian ini bukanlah satu halangan yang besar jika kita.
(19) Kesimpulannya, kajian ini dilakukan adalah untuk memberi penekanan kepada masyarakat tentang cerita jenaka Melayu. Selain itu, nilai kepimpinan yang difokuskan di dalam kajian ini akan lebih kelihatan releven lagi pada masa kini. Pembentukan nilai kepimpinan bukan hanya diperlukan pada pemipin sahaja bahkan setiap individu harus mempunyai nilai kepimpinan seperti prinsip kehidupan, jati diri, keazaman yang tinggi, bijaksana, berani, rajin berusaha dan macam-macam lagi nilai kepimpinan yang dapat dikaitkan. Ringkasnya, pada cerita jenaka Melayu terkandung nilai-nilai kepimpinan yang akan diperhalusi sebaiknya. Sehubungan dengan itu, dengan pelaksanaan kajian ini berharap agar ianya dapat memupuk minat masyarakat untuk lebih menghargai ceritacerita rakyat jenaka Melayu.. 9. FYP FTKW. Kesimpulan.
(20) TINJAUAN LITERATUR. 2.1. Pengenalan Karya sastera merupakan bidang penulisan dalam menzahirkan realiti kehidupan. masyarakat. Selain daripada mendeklamasikan sajak, mengarang pantun, sastera juga merupakan sebuah aliran seni halus yang indah. Bahasa yang digunakan mempunyai nilai kematangan yang sukar ditemukan pada masa kini. Kemunculan awal sastera yang dipelopori para ilmuan pada ketika itu mengangkat kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang cerdik pandai. Perkembangan sastera dahulu giat diberikan nafas baru seiring dengan era modenisasi perkembangan digital kini. Dengan usaha yang dilakukan, telah banyak memberi impak positif dalam memelihara perkembangan sastera kini sebagai contoh carian artikel dalam talian mengunakan enjin Google Scholar. Hal ini membuktikan ribuan jumlah kajian lepas pengkaji yang boleh ditemui.. Kajian lepas merupakan kajian lampau yang digunakan dalam mencari lompongan sesuatu kajian sebelum ianya dilaksanakan. Kajian lepas juga ditafsirkan sebagai bentuk kritikan yang baik mahupun buruk kepada penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik utama atau persoalan dalam sesuatu. Kajian lepas berfungsi untuk mencari tujuan sesuatu kajian itu dilakukan hal ini kerana kita boleh melakukan pelbagai kajian namun kajian yang ingin dilakukan harus mempunyai kelainanya dari pengkaji yang lain. Kaedah untuk menganalisis kajian lepas adalah dengan melihat pada kata kunci yang terdapat pada bahagian abstrak. Selain itu, penghasilan kajian lepas yang dilakukan harus melihat keseluruhan 10. FYP FTKW. BAB 2.
(21) Kajian Lepas Mengenai Ikon 2.2.1. Tesis Doktor Falsafah Mengenai Ikon. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Doktor Falsafah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan keterbatasan sumber atau masa yang diperlukan namun begitu pelbagai kajian mengenai ikon yang telah di kaji pada peringkat yang lain. 2.2.2. Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Ikon. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Ijazah Sarjana. Hal ini mungkin berlaku disebabkan keterbatasan sumber atau masa yang diperlukan namun begitu pelbagai kajian mengenai ikon telah di kaji pada peringkat yang lain. 2.2.3. Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Ikon. Terdapat satu kajian di peringkat ijazah sarjana muda yang dijalankan oleh Afinda Rosa Husnia dalam kajiannya yang bertajuk Ikon, Indeks Dan Simbol Dalam Lirik Lagu Album Goose House Phrase #7 Soundtrack. Tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui definisi ikon, indeks dan simbol yang terdapat pada lirik lagu dalam album Goose house Phrase #7 Soundtrack dan nilai moral daripada jalan cerita lirik lagu tersebut. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengumpulkan sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Hasil penelitian pengkaji mengenai ikon telah menjadikan kajian ini antara kajian yang sama seperti kajian lain kerana fokus mengenai ikon telah banyak dilakukan oleh pengkaji lain namun begitu lirik. 11. FYP FTKW. 2.2.
(22) kerana fokus yang dikhususkan adalah pada lirik lagu yang jarang-jarang dikaji oleh pengkaji yang lain. Akhir sekali, tidak mempunyai sebarang penemuan kajian lain mengenai ikon pada peringkat sarjana muda melainkan kajian daripada Afinda Rosa Husnia. Dengan harapan pengkaji di peringkat ijazah sarjana muda dapat menghasilkan kajian yang lebih banyak mengenai ikon agar pengkaji lain dapat menemui bahandaripada peringkat tersebut.. 2.2.4. Artikel Jurnal. Kajian berbentuk artikel jurnal yang dijalankan oleh Zul Pahmi Sahidin dan Norazimah Zakaria yang bertajuk Kajian Ikon, Indeks Dan Simbol Dalam Cerita Lagenda Lombok Berdasarkan Teori Semiotik adalah untuk mencapai dua objektif utama iaitu mengetahui berkenaan ikon, indeks dan simbol dalam cerita legenda Lombok berdasarkan teori Semiotik dan bagaimana elemen itu dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat Lombok. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian ini merujuk kepada ikon keterampilan yang terdapat cerita legenda Puteri Denda Mandalika dan Dewi Anjani. Berdasarkan hasil kajian yang ditemui, kajian ini sememangnya sebuah artikel jurnal yang layak djadikan rujukan kepada pengkaji lain kerana artikel ini menjelaskan secara terperinci pada setiap bahagian kajian mengenai isi yang ingin disampaikan. Tahap kerelevenan kajian ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengisian kajian ini begitu bernas kerana disamping mengetengahkan unsur ikon ianya juga mentakrifkan budaya masyarakat Lombok.. 12. FYP FTKW. lagu yang digunakan masih lagi berbeza. Kerelevenan kajian ini adalah disebabkan.
(23) Kajian Struktural Semiotik Dalam Novel Ayat-Ayat Cinta Karya Habiburrahman El Shirazy. Kajian ini mempunyai tujuan dalam menganalisis ketiga-tiga ikon iaitu ikon tempat, ikon university Al-Azhar sebagai penanda Pendidikan dan ikon ibadah sebagai simbol agama dan kepercayaan. Ketiga-tiga ikon ini dijadikan bahan dapatan kajian. Metod penelitian adalah berdasarkan novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy dan pengkaji telah mengunakan teknik baca dan catat untuk mendapatkan bahanbahan kajian yang sahih. Daripada hasil yang diperolehi menunjukan kajian ini sebuah kajian yang mempunyai kepelbagaian idea kerana pengkaji melihat dari tiga sudut iaitu ikon universiti Al-Azhar, ikon tempat iaitu Kota Cairo, Mesir dan ikon ibadah yang dikaji ialah ibadah solat dan mengaji. Ketiga tiga ikon ini menjadikan kajian ini mempunyai nilai yang bermutu kerana pengkaji memperolehi tiga ikon yang berlainan menerusi novel antarabangsa. Hal ini menyebabkan pengkaji lain lebih mudah untuk mencari bahan rujukan kajian lepas yang berkonsepkan novel antarabangsa. Tahap kerelevenan artikel ini menjadikan artikel ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan pada pengkaji yang lain.. Kajian lepas berbentuk artikel jurnal yang seterusnya dikaji oleh Erwin Yuniar Rahadian, Fadli Wahab, Hendrik Syahputra dan Asep Setiawan yang bertajuk Kajian Karakterisik Bangunan Ikonik Pada Gedung Puspa Iptek Kota Baru Parahyangan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menemui pengaruh ikonik yang terdapat pada struktur bangunan-bangunan yang dibina oleh artkitek. Pengaruh ikon bukan sahaja digunakan pada kajian novel mahupun lirik lagu sahaja ianya juga dapat dilihat pada pengaruh struktur pada bangunan kerana sesebuah bangunan yang terhasil mempunyai ikon yang tersendiri. Hasil penelitian mendapati kajian ini mempunyai pandangan ikonik melalui. 13. FYP FTKW. Seterusnya, kajian artikel jurnal yang dijalankan oleh Imas Juidah yang bertajuk.
(24) penelitian ini menjadikan kajian ini unik berbanding kajian yang lain kerana kajian ini mengfokuskan kaedah penelitian kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menjadikan data sebagai bukti untuk menunjukan tahap ikonik sesebuah bangunan. Tahap kerelevenan kajian ini menjadikan kajian ini layak dijadikan bahan rujukan untuk kajian yang memperincikan ikon kerana sudut ikonik yang diketengahkan dalam kajian ini begitu tepat dan baik.. 2.2.5. Buku. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di kajian buku. Hal ini mungkin berlaku disebabkan keterbatasan sumber atau masa yang diperlukan namun begitu pelbagai kajian mengenai ikon telah di kaji pada peringkat yang lain.. 2.2.6. Lain-lain (majalah/laman sesawang/ akhbar). Sumber majalah, laman sesawang dan akhbar telah menjadi satu bahan rujukan yang dapat menyokong sesebuah kajian lepas. Hal ini kerana, bahan ini lebih kepada perkongsian daripada masyarakat namun yang membezakannya adalah dari segi penulisan dan pengiktirafan. Menerusi keratan akhbar Sinar Harian, Jun 1, dalam keratan akhbar tersebut mengangkat Ungku Aziz Abdul Hamid sebagai ikon ilmuwan negara. Kredibiliti yang terdapat pada diri beliau melayakkan diri beliau digelar seorang ilmuwan, tokoh ekonomi dan budayawan yang tiada tandinganya. Melalui sumber keratan akhbar. 14. FYP FTKW. ciri visual dari segi bentuk, wujud, dimensi, warna, posisi, orientasi dan skala. Selain itu,.
(25) pelbagai sumber.. 2.3. Kajian Lepas Mengenai Kepimpinan. 2.3.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Kepimpinan. Kajian yang dijalankan oleh Muhammad, Ahmad Masrizal and Md Kassim, Dr. Jainabee (2013) yang bertajuk Amalan kepimpinan strategik pengetua dan kelestarian kecemerlangan akademik Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Berdasarkan penelitian pengkaji, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui amalan kepimpian strategik dalam kalangan pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan dua dimensi iaitu kebolehan dalam mengurus organisasi dan perlakuan peribadi serta melihat dari sudut kelestarian kecemerlangan akademik SBP dari tahun 2008 hingga 2020. Seterusnya, kajian ini menggunakan model Kepimpinan Stategik oleh Davis bagi menyokong kematangan kajian Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan analisis dokumen mengenai kelestarian kecemerlangan akademik, manakala data kepimpinan strategik diperolehi melalui kaedah temu bual. Hasil kajian telah membuktikan lima elemen kepimpinan strategik adalah disebabkan status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, membuat perubahan dan membangunkan membangunkan kompetensi menyumbang kepada kelestarian kecemerlangan akademik SBP. Seperti yang telah dinyatakan pandangan oleh guru penolong kanan, ketua bidang dan panitia, kelima-lima elemen ini. 15. FYP FTKW. yang diperolehi telah membuktikan kekayaan nilai ikon yang dapat dipaparkan melalui.
(26) dengan baik. Namun begitu,terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian, agar keupayaan mengurus organisasi dan perlakuan peribadi pengetua SBP dapat dicapai dengan kecemerlangan. Sekali gus, menaikkan imej pengurusan SBP di seluruh negara. Hal ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan, nilai kepimpinan merupakan nilai yang penting dalam kehidupan, bukan sahaja di nilai dalam aspek pengurusan sekolah SBP bahkan nilai kepimpinan dapat diperhalusi melalui cerita jenaka melayu.. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Iskandar Hassan Tan Bin Abdullah dalam kajian nya yang bertajuk Politik Pentadbiran Di Malaysia: Satu Kajian Kes Mengenai Kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). Bidang politik pentadbiran merupakan bidang awal yang menjadi kajian oleh pengkaji di Malaysia. Hal ini telah melahirkan satu bentuk konsep kepimpinan politik pentadiran yang memfokuskan melalui kepimpinan politik pentadbiran Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Abdullah). Kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual Bersama pengundi kerusi Parlimen Kepala Batas. Selain itu, pengkaji juga menggunakan data sekunder seperti penyelidikan perpustakaan dan dokumentasi data untuk memperkukuhkan lagi hasil kajian yang dilakukan. Kajian ini juga melakukan perbandingan antara model kepimpinan dan politik pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sebelumnya melalui kaedah kualitatif. Hal ini telah membuktikan nilai kepimpinan di bawah pentadbiran Abdullah amat menekankan demokrasi dan mengutamakan kebebasan bersuara tidak kira lapisan masyarakat serta melindungi hak-hak wanita dan minoriti seperti yang terkandung di dalam prinsip-prinsip dasar Islam Hadhari. Hasil kajian yang ditemui telah membentuk sebuah rujukan generasi. 16. FYP FTKW. telah membuktikan pengetua SBP di Malaysia telah mengamalkan kepimpinan strategik.
(27) menunjukkan nilai kepimpinan bukan sahaja dapat di ukur pada aspek teladan dalam sesebuah cerita jenaka malahan nilai kepimpinan ini mempunyai taraf kepentingan yang harus diterapkan di dalam diri anak bangsa demi kesejahteraan negara. 2.3.2. Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Kepimpinan. Kajian yang dijalankan oleh Noor Hidayah binti Zainudin dalam kajiannya yang bertajuk Hubungan Antara Kepimpinan Islam Dan Komitmen Kerja Pensyarah: Kajian Di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Kajian ini menyatakan bahawa pengaruh terhadap kecemerlangan dan kegagalan akademik serta sahsiah mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi mempunyai hubungkait dengan kepimpinan pensyarah. Hal ini kerana, pensyarah merupakan teladan dalam perkembangan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi, telah menjadi satu kewajipan untuk menunjukkan kepimpinan yang baik dalam komitmen kerja mereka khususnya dalam aspek pengajaran. Seterusnya, kajian ini dilakukan adalah untuk menjadi garis ukur hubungan amalan kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah KUISAS. Kajian ini menjalankan kaedah kuantitatif dengan menyediakan instrument soal selidik kepada 110 orang responden. Dapatan kajian menemui bahawa sebahagian besar pensyarah di KUISAS menunjukkan kredibiliti dalam mempraktikkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Selain itu, melalui aspek komitmen kerja hampir keseluruhan pensyarah begitu komited dalam melakukan pengajaran berbanding tiga sudut yang lain iaitu penyelidikan, khidmat professional dan penyeliaan. Seperkara lagi, melalui hubungan antara kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah maka lahirlah sebuah hubungan yang positif antara keduanya. Maka, keberhasilan kajian ini menunjukkan bahawa para pensyarah KUISAS khususnya harus melakukan penambahan. 17. FYP FTKW. akan datang dalam membentuk sesuatu kepimpinan politik rakyat Malaysia. Hal ini.
(28) memberi pengaruh kepada pembentukan amalan kepimpinan Islam. Oleh yang demikian, nilai kepimpinan yang menyerupai kepimpinan Rasulullah s.a.w memberi impak yang baik dalam pembentukan kehidupan walaupun nilai itu terkandung dalam cerita jenaka Melayu.. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Shahmila binti Ismail yang bertajuk Amalan Kepimpinan Islam Menurut Model Al-Ghazali Dalam Kalangan Guru Besar Daerah Kulaijaya, Johor bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan Islam menurut model Al-Ghazali dalam kelompok guru besar di daerah Kulaijaya menurut sudut pandangan atau tanggapan para pengajar. Selain itu kajian ini juga ingin mengemukakan perbezaan amalan dari segi umur, pengalaman berkhidmat, faktor jantina dan tahap pendidikan yang dinyatakan oleh sudut pandangan guru-guru. Pengkaji membataskan kajian ini hanya di kawasan daerah Kulaijaya sahaja. Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dengan mengemukan instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa guru besar di daerah Kulaijaya kurang mengamalkan amalan kepimpinan menurut AlGhazali. Dalam menyokong hasil kajian yang dilakukan pengkaji menyatakan lagi guru besar di daerah Kulaijaya sering mengamalkan gaya bersederhana dalam kepimpinan, ianya menunjukkan peratusan ketidakberhasilan mengamalkan amalan kepimpinan Islam menurut model Al-Ghazali adalah tinggi. Natijahnya, perkara ini harus diperhalusi agar kemantapan dalam kepimpinan Islam menurut Al-Ghazali dapat diperkasakan. Melalui kedua-dua kajian tesis lampau ini, jelas terbukti pengaruh islam memainkan peranan dalam pengukuhan nilai kepimpinan masyarakat dan organisasi.. 18. FYP FTKW. dalam menguasai kepimpinan Islam mereka memandangkan komitmen kerja mereka.
(29) Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Kepimpinan. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai kepimpinan telah di kaji pada peringkat yang lain.. 2.3.4. Artikel Jurnal. Kajian jurnal yang dijalankan oleh Muhd Norizam Jamian dan Nursyaza Ilyana Shahruddin yang bertajuk Kepimpinan Wanita Dalam Novel Matriark Karya Samsiah Mohd. Nor menyatakan peranan wanita sebagai pemimpin dalam kehidupan moden kini tidak menjadi satu hal yang aneh kerana ciri-ciri kepimpinan itu bergantung kepada diri tiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Kepimpinan wanita turut diangkat dalam karya kesusasteraan seperti novel Matriark oleh Samsiah Mohd. Nor (2018) Namun kajian yang mengetengahkan kriteria yang membentuk citra kepimpinan wanita dalam novel masih tidak menjadi inti bagi peneliti sastera mengkaji. Lenteran itu, menyebabkan kajian ini terbentuk dengan objektif menganalisis ciri-ciri kepimpinan yang membentuk citra wanita sebagai pemimpin dalam novel Matriark. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Pengkaji menganalisis kandungan novel Matriark dengan menggunakan teknik bacaan rapi, pentafsiran dan penganalisian berlandaskan teori kepimpinan transformasi. Hasil kajian mendapati bahawa kriteriakriteria yang membentuk citra kepimpinan wanita dalam novel Matriark adalah melalui empat aspek, iaitu karisma, rangsangan intelek, pertimbangan individual dan motivasi. 19. FYP FTKW. 2.3.3.
(30) pemimpin organisasi berkualiti begitu jelas di dalam novel Matriark. Ianya bukan sahaja komited dalam mencipta organisasinya malahan pada masa yang sama. komited untuk mematuhi dan menghasilkan pengikutnya. Kesimpulannya, nilai kepimpinan begitu subjektif untuk ditafsirkan kerana ianya dapat di nilai pada sesiapa sahaja malah boleh dikaji dalam pelbagai bentuk antaranya filem, novel, cerita jenaka dan lain lain lagi.. Kajian seterusnya dijalankan oleh Lai Nan Poh, Tai Mei Kin dan Omar Abdull Kareem yang bertajuk Amalan Kepimpinan Teragih Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Semenanjung Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti tahap amalan kepimpinan dalam kalangan guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) di Semenanjung Malaysia. Intipati yang ingin diperhalusi adalah melalui empat aspek visi, misi dan matlamat, budaya sekolah, amalan kepimpinan dan perkongsian tanggungjawab. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen tinjauan. Seramai 379 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Maka, keberhasilan kajian dapat dilihat melalui 4 aspek yang disebut tadi berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa hampir kesemua guru besar mempraktikan amalan kepimpinan teragih dalam melakukan pengajaran di sekolah. Oleh yang demikian, penerapan nilai kepimpinan bukan sahaja penting di dalam sektor pentadbiran organisasi malahan penerapan ini juga dilihat penting dalam kajian terhadap perwatakan dalam cerita jenaka Melayu. Hal ini kerana, nilai kepimpinan ini membawa corak yang baik dalam pembentukan sahsiah diri.. 20. FYP FTKW. berinspirasi. Intihannya, terbukti bahawa keunggulan citra wanita Melayu sebagai.
(31) bertajuk Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Faktor- Faktor Kepimpinan di Sekolah Cemerlang. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan pengamalan faktor kepimpinan guru besar di sekolah penerimaan Anugerah Sekolah Cemelang (ASC) di negeri Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan instrumen soal selidik kepada 20 orang guru. Hasil kajian mendapati, guru besar di sekolah ASC mencatatkan rekod yang terunggul kerana sebahagian besar mengamalkan gaya kepimpinan berorientasi kejayaan. Hal ini kerana, tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang releven antara gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi guru kecuali faktor umur. Lebih menyokong lagi kepada keberhasilan kajian ini adalah apabila aspek kepimpinan budaya mencatat tahap yang tinggi setelah guru besar mengamalkan faktor kepimpinan guru besar dari aspek budaya ilmu berfikir, permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan. Jelas sekali, pengamalan aspek-aspek tersebut membuktikan gaya kepimpinan yang berkualiti menyumbang kepada keberkesanan peranan seorang guru besar.. Yang terakhir, kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah binti Mamat, Roslina Binti Abu Bakar Arbai’e bin Sujud dalam kajiannya yang bertajuk Kisah Sang Kancil Dan Memerang Sebagai Penerapan Adab Kepimpinan Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Pengkaji melihat watak Sang Kancil sebagai watak utama adalah tepat untuk pengkaji menginterpretasi watak pemimpin. Sebagai lanjutan daripada hal itu, pemilihan Kisah Sang Kancil dan Memerang amat bersesuaian dengan pendekatan yang ingin diterapkan. 21. FYP FTKW. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Azizi Yahaya dalam kajiannya yang.
(32) menggunakan kaedah kualitatif dengan instrumen temubual. Kajian ini juga mempunyai dua objektif yang ingin dicapai iaitu yang pertama untuk mengenalpasti elemen adab yang terdapat di dalam cerita binatang dan untuk menganalisis kesan penerapan adab dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan cerita binatang iaitu Kisah Sang Kancil dan Memerang. Setelah melakukan proses pengumpulan data, hasil yang dicapai telah menunjukkan cerita binantang telah membentuk watak binatang yang mempunyai perwatakan seperti manusia kerana watak Sang Kancil mempunyai akal budi serta memaparkan pengajaran dan contoh tauladan kepada masyarakat Melayu. Bersesuaian dengan contoh yang diberikan, cerita binatang bukan sahaja memainkan elemen jenaka dan kelucuan semata-mata malah terselit pengajaran yang menjadi titik tolak dalam pembentukan sahsiah dalam kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, pendekatan adab yang dipaparkan dalam cerita binatang sekaligus mempengaruhi jiwa kanak-kanak supaya mereka berkelakuan baik dan bertanggungjawab sebagai ketua. Akhir sekali, penerapan adab kepimpinan ini bukan sahaja terkandung pada karya agung cerita binatang sahaja malah ianya juga terdapat pada cerita-cerita jenaka seperti Pak Pandir, Si Luncai, Pak Belalang, Mat Jenin dan Lebai Malang.. 2.3.5. Buku. Kajian berbentuk buku oleh Abdul Ghani Abdullah, Ph.D, Abd.Rahman Abd Aziz dan Mohammed Zahir Ahmad yang berjudul Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan menyatakan sebuah organisasi itu harus mempunyai kejayaan bersama. Namun begitu, kejayaan sesebuah organisasi itu terletak pada keberkesanan, keunggulan dan. 22. FYP FTKW. dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya kanak-kanak. Selepas itu, kajian ini.
(33) Wendell Holmes, “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam diri kita.” Maka, keperibadian pemimpin dan perjalanan dirinya adalah penting dalam melahirkan sebuah realiti. Selain itu, buku ini menyatakan pemimpin yang selayaknya diiktiraf adalah apabila dia mempunyai ciri positif. Melalui Latihan yang berterusan, pengalaman dan ilmu menjadikan setiap pemimpin lebih berkaliber kerana pemimpin yang baik tidak lahir dengan sendiri tanpa usaha. Sehubungan dengan itu, telah menjadi satu kewajipan bagi seorang pemimpin untuk memastikan pencarian ilmunya tidak terhenti dan sentiasa ditambah agar segala permasalahan dapat ditangani dengan bijak. Kepimpinan menjadi inti kepada penghasilan buku ini. Kepimpinan didefinisikan sebagai satu cara yang sukar dan rumit kerana ia tidak terikat dengan penghasilan dan pengekalan arahan tetapi ia menzahirkan satu perubahan. Sejak dahulu lagi pemimpin dikenali sebagai individu yang mahir dan bijak mencipta perubahan dalam pelbagai kaedah dengan tujuan bagi mempengaruhi orang lain dan melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, kepimpinan menjadi bualan yang penting dalam pengurusan, organigasi dan pendidikan.. Seterusnya, kajian buku oleh Mohammad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin dan Nor Atiah Ismail yang bertajuk Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Menerusi perkongsian buku ini, ianya memfokuskan kepada nilai kepimpinan Islam yang perlu ada dalam diri individu yang bergelar pemimpin. Antara 14 ciri-ciri kepimpinan yang menjadi intipati buku ini ialah berpegang kepada kebenaran, adil terhadap musuh, tidak berdendam, bersifat amanah, bersifat belas kasihan, menganjurkan ketaatan sebenar, muhasabah diri, menghormati tetamu, pemurah,. 23. FYP FTKW. kecemerlangan sesebuah kepimpinan. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan oleh Oliver.
(34) berhemah tinggi. Sehubungan dengan itu, kesemua ciri-ciri ini harus diterapkan di dalam diri individu yang memegang tugas sebagai pemimpin agar sesebuah pentadbiran dapat diurus dengan baik. Jelaslah disini, ciri-ciri kepimpinan Kesimpulannya, menerusikeduadua naskhah buku ini ciri-ciri kepimpinan juga mempunyai hubungkaitnya dengankajian dalam cerita jenaka kerana ciri-ciri itu mempunyai tauladan yang membentuk jiwa masyarakat untuk menjadi manusia yang baik.. 2.3.6. Lain-lain (majalah/laman sesawang/ akhbar). Sebuah perkongsian melalui lawan sesawang yang dimiliki oleh Asyraf Nordin melalui entri beliau yang berpendapat bahawa ruang lingkup seorang pelajar sifat harus mempunyai sifat kepimpinan dalam kehidupan. Tegasnya lagi, seorang pelajar sememangnya adalah seorang pemimpin namun terdapat dua pilihan antara pemimpin kepada dirinya sendiri atau kepada rakan-rakannya. Meskipun demikian, terdapat segelintir pelajar yang tidak peka akan senario ini. Hal ini menyebabkan, pelajar beranggapan bahawa pemimpin hanyalah individu yang berstatus tinggi dan mempunyai kedudukan di dalam sesebuah organisasi sama ada melibatkan pelajar ataupun sebaliknya. Perkongsian yang dikongsi oleh beliau sedikit sebanyak memberi pendekatan kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun mahasiswi universiti agar menyedari akan tanggungjawab yang dipikul kerana apabila diberikan tugasan yang harus dilaksanakan kita sebagai seorang yang pelajar atau mahasiswi yang berkepimpinan harus menyelesaikan tugasan tersebut dengan cemerlang. Sifat yang terpimpin akan menjadi contoh kepada orang lain untuk mengubah menjadi lebih baik. Selain itu, beliau juga. 24. FYP FTKW. perikemanusiaan, prihatin masalah umat, bijak dan tegas tidak bersifat tamak dan.
(35) beberapa kepentingan tersebut antaranya ialah berdepan dengan pengalaman yang membentuk diri agar sentiasa bersedia dalam menangani apa jua perkara sama ada baik atau buruk, membentuk keperibadian yang mempunyai pengetahuan yang tajam, sentiasa bergerak aktif dalam melakukan apa sahaja tugasan dan lain lain lagi kepentingan menjadi seorang pemimpin. Berdasarkan perkongsian mengenai kepentingan tersebut jelaslah bahawa untuk memahami peranan seorang pemimpin itu perlu bermula dari dalaman kita sendiri. Hal ini kerana, kita seharusnya akur untuk menjadi seorang pemimpin yang baik memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat agar segala isu dapat diselesaikan dengan sepakat. Kesimpulannya, untuk seseorang individu itu mempunyai ciri-ciri kepimpinan ianya haruslah cekal dalam menghadapi cabaran dan sentiasa berfikiran positif agar menjadi tauladan kepada masyarakat lain.. 2.4. Kajian Lepas Mengenai Cerita Jenaka. 2.4.1 Tesis Doktor Falsafah Mengenai Cerita Jenaka. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Doktor Falsafah. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai cerita jenaka telah di kaji pada peringkat yang lain.. 25. FYP FTKW. membuat entri mengenai kepentingan menjadi seorang pemimpin dan menyenaraikan.
(36) Kajian yang dijalankan oleh Muhammad Safuan Bin Ismail yang bertajuk Watak Dan Perwatakan Utama Dalam Cerita Jenaka Melayu menyatakan salah satu cabang sastera rakyat yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat Melayu ialah cerita jenaka Melayu kerana karakter yang digambarkan di dalam cerita begitu lucu sehingga mencuit hati pendengar. Pendapat tokoh barat Winsteadt telah menyatakan bahawa cerita jenaka Melayu mempunyai lima watak iaitu watak Pak Pandir, watak Pak Kaduk, watak Pak Belalang, watak Si Luncai dan Lebai Malang yang berperwatakan bodoh, bodoh sial dan juga pintar. Karakter yang digambarkan oleh sarjana barat ini bersifat negatif walhal mengikut seperti yang digambarkan oleh penglipurlara perwatakan tersebut mempunyai karakter yang baik. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat pandangan yang bersifat negatif itu hanya diukur dengan lapis makna bodoh dan sial sahaja tanpa menilai makna tersirat di dalam cerita. Selain itu, kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk memperlihatkan watak dan perwatakan menerusi cerita jenaka Melayu dan menganalisis watak dan perwatakan yang bersifat positif menerusi cerita jenaka Melayu. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan dan melakukan analisis bahan menggunakan hasil rakaman. Pengkaji menggunakan pendekatan psikologi humanistik.. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perwatakan yang mempunyai sifat positif di dalam cerita jenaka Melayu seperti watak dan perwatakan yang berani dan pintar, watak dan perwatakan yang menurut perintah dan bijaksana, watak dan perwatakan yang menepati janji dan cerdas, watak dan perwatakan yang berdikari dan. 26. FYP FTKW. 2.4.2 Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Cerita Jenaka.
(37) Kesimpulannya, penghasilan kajian ini telah membuktikan bahawa walaupun pada dasarnya watak perwatakan kelihatan negatif namun apabila diteliti dengan baik pasti terselit nilai murni pada watak dan pewatakan tersebut.. 2.4.3. Tesis Ijazah Sarjana Muda Mengenai Cerita Jenaka. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai cerita jenaka telah di kaji pada peringkat yang lain.. 2.4.4. Artikel Jurnal. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Muhammad Safuan Bin Ismail, Roslina Bt Abu Bakar dan Nik Rafidah Nik Muhammad Effendy yang bertajuk Cerita Jenaka Melayu Suatu Manifestasi Watak Dan Perwatakan Positif, mereka menyatakan bahawa kajian yang dilakukan adalah untuk menyanggah pemikiran masyarakat bahawa cerita jenaka Melayu mencerminkan masyarakat Melayu yang bodoh, jumud, taat pada raja secara membuta tuli, tidak bertamadun, tidak pandai berfikir walhal secara dasarnya cerita jenaka Melayu adalah cerita rakyat yang mengisahkan alur cerita yang menghiburkan walaupun mempunyai sentimen yang tidak masuk akal. Justeru, kajian ini mempunyai objektif utama iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan positif yang terkandung dalam cerita jenaka Melayu. Kedua, menganalisis watak dan perwatakan. 27. FYP FTKW. cerdik dan lain lain lagi watak dan perwatakan positif dalam cerita jenaka Melayu..
(38) kaedah kepustakaan dan analisis kandungan yang dipadankan dengan lima prinsip pendekatan Psikologi Humanistik iaitu keperluan kasih sayang, keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan harga diri dan keperluan mencapai kesempurnaan diri. Hasil kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa ciri-ciri negatif yang dikemukakan oleh Winsteadt adalah tidak benar sama sekali kerana pendapat yang dikemukan tidak secara menyeluruh dan cetek. Sekaligus, watak dan perwatakan positif seperti ringan tulang, menurut perintah, berani, mempertahankan hak dan menepati janji menerusi cerita jenaka Melayu berupaya menolak pandangan Winstedt (Saiful Bahari Md Radzi, 2001: 24). Secara tidak langsung, kajian ini berupaya untuk membuka minda masyarakat dalam memahami nilai positif yang terkandung pada cerita jenaka Melayu. Selain itu, ini dapat mencerminkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai keilmuan dan arus ketamadunan yang tinggi sejak zaman tradisional lagi. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Rahimah Hamdan dan Alya Batrisyia Annuar yang bertajuk Perspektif “Melayu Malas” Dan “Melayu Bodoh” oleh Barat Serta Kebenarannya Berdasarkan Cerita Jenaka Melayu. Menerusi penelitian ini pengkaji, pengkaji menyatakan pada abad penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu telah menimbulkan konsep white man’s burden’, kerana penjajah Barat melihat masyarakat peribumi pada ketika itu sebuah golongan yang harus dipimpin berdasarkan kelemahankelemahan yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan. Hal ini menyebabkan, berlaku pelbagai stigma negatif yang menyokong mentality “Melayu Bodoh dan “Melayu Malas”. Maka kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti perspektif Barat mengenai ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu Bodoh’ serta menganalisis kebenaran perspektif. 28. FYP FTKW. positif berdasarkan pendekatan Psikologi Humanistik. Selain itu kajian ini menggunakan.
(39) berdasarkan empat cerita seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang dan Si Luncai. Hasil kajian telah membuktikan bahawa stigma yang diberikan Barat bahawa “Melayu Malas” dan Melayu Bodoh” hanyalah kerana kekecewaan atas kurangnya kerja sama yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu sepanjang penjajahan berlaku. Ianya menjadi peluang untuk mereka menyatakan tanggapan seperti itu tanpa memahami secara intrinsik ke dalam karya tersebut. Kesimpulannya, apa sahaja yang membentuk ke arah kehancuran imej masyarakat Melayu harus ditentang sekerasnya kerana kesannya masyarakat luar akan memandang serong kepada masyarakat Melayu walhal pada suatu dahulu, Melayu pernah mencatat sejarah sebagai satu kuasa besar di laluan Selat Melaka. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu telah membentuk ketamadunan yang bermoral sejak dahulu lagi Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Faradi Rohani dan Mohd Fairuz Mohd Padoli yang bertajuk Bauran Satira Dalam Pak Pandir Moden. Pengkaji menyatakan sejarah perkembangan cerita dongeng begitu awal penemuanya namun begitu, sehingga kini masyarakat masih lagi mengkaji cerita jenaka dengan menggunakan sumber berasaskan media elektronik dan media baharu. Pengkaji juga menyatakan kajian yang dilakukan memfokuskan koleksi kisah Pak Pandir moden yang dikumpul sumbernya melalu media baharu seperti facebook, twitter, dan internet. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur satira yang disampaikan dalam teknik jenaka dengan memfokuskan Pak Pandir moden sebab subjek penganalisian. Hasil kajian menemui bahawa sehingga kini segelintir masyarakat masih mejadikan tradisi Pak Pandir moden sebagai lambing mencerminkan kejelekan masyarakat. Berdasarkan kajian ini, diharapkan agar masyarakat dapat lebih keterbukaan dalam menghargai warisan sastera rakyat yang diberikan kepada kita untuk dipelihara sebaiknya.. 29. FYP FTKW. tersebut berdasarkan Cerita Jenaka Melayu Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks.
(40) Buku. Kajian melalui buku yang dikarang oleh Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra in Shaari yang berjudul Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran. Kandungan buku ini tidak memfokuskan kesemuanya mengenai cerita jenaka semata-mata. Buku ini mengetengahkan unsur ejaan dan sebutan bahasa, tatabahasa dan penggunaan betul, karangan berformat, karangan umum, komponen sastera dan lain lagi isi yang diketengahkan. Buku ini menyatakan definisi cerita jenaka iaitu cerita rakyat yang mempunyai unsur lucu. Isi kandung penceritaan yang terkandung pada cerita jenaka hanya tertumpu pada kehidupan masyarakat sehari-hari menyebabkan fokus utama diukur melalui perwatakan watak yang terdapat pada cerita jenaka tertentu. Antara perwatakan watak termasuklah cerdik, dungu, lurus, dan kejadian secara kebetulan yang mengubah untung nasib watak tertentu. Selain itu, fungsi cerita jenaka ada juga dinyatakan dalam buku ini iaitu sebagai memberikan hiburan, memberi kritikan dan pandangan berdasarkan mesej yang disampaikan. Karya ini juga menyatakan ceritaa jenaka mempunyai dua kumpulan iaitu yang pertama adalah cerita jenaka yang menjadi simbol masyarakat Melayu iaitu Mat Jenin, Pak Belalang, Pak Pandir, Si Luncai dan Pak Kaduk. Yang kedua cerita jenaka yang mempunyai pengaruh asing terutamanya daripada Arab dan Parsi seperti cerita “Musang Berjanggut dan “Abu Nawas”. Sehubungan dengan itu, kedua-dua kumpulan cerita jenaka ini mempunyai nilai tauladan yang menjadi pengaruh dalam melahirkan budaya masyarakat yang bijaksana, bertamadun, tidak menyerah kalah dan lain lain lagi. Kesimpulannya, berharap dengan penghasilan karya bertulis ini dapat memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat agar mempraktikan mesej yang disampaikan melalui cerita jenaka ini.. 30. FYP FTKW. 2.4.5.
(41) Lain-lain (majalah/laman sesawang/ akhbar). Melalui kaedah kajian lepas laman sesawang, pengkaji menemui sebuah laman yang dibina oleh (Nazierah Mohamad, 2011) melalui perkongsian entrinya mengenai fungsi cerita rakyat. Menurut beliau, cerita jenaka berfungsi sebagai memberi kesan lucu kepada pembaca yang membacanya. Cerita jenaka juga menzahirkan watak dan perwatakan yang menghiburkan sehinggakan pembaca berasa terhibur apabila membacanya. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menunjukkan contoh pada watak dan perwatakan Si Luncai. Perwatakan yang digambarkan pada watak Si Luncai ialah seorang yang mempunyai paras fizikal yang pendek, gemuk, perut buncit. Melalui bentuk fizikal yang ditonjolkan jelas tergambar mempunyai unsur lucu. Fungsi kedua yang dinyatakan oleh pengkaji ialah sebagai pengajaran. Pengkaji berpendapat bahawa pengajaran yang ditunjukkan dalam cerita jenaka Melayu sedikit sebanyak memberi kesan dalam kehidupan masyarakat untuk membentuk keperibadian yang baik. Hal ini kerana, kebanyakkan pengajaran yang disampaikan begitu sinonim dengan kehidupan seharian kita seperti sifat suka berjudi Pak Kaduk menyebabkan dirinya kehilangan harta bendanya, Jelas sekali, pengajaran yang ingin disampaikan ialah jangan sesekali bermain judi kerana amalan berjudi boleh menyebabkan seseorang itu hilang pegangan hidup.. 31. FYP FTKW. 2.4.6.
(42) 2.5.1. Tesis Doktor Falsafah Mengenai Teori Pengurusan. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Doktor Falsafah. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai teori pengurusan telah di kaji pada peringkat yang lain.. 2.5.2. Tesis Ijazah Sarjana Mengenai Teori Pengurusan. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Ijazah Sarjana. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai teori pengurusan telah di kaji pada peringkat yang lain.. 2.5.3. Tesis Sarjana Muda Mengenai Teori Pengurusan. Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai teori pengurusan telah di kaji pada peringkat yang lain.. 32. FYP FTKW. 2.5 Kajian Mengenai Teori Pengurusan.
(43) Kajian artikel jurnal oleh Ciptro Handrianto yang bertajuk Peranan Pengurusan Sekolah Berasrama Islam Nurul Hakim Untuk Membangunkan Sumber Manusia Masyarakat Sekitar. Pengkaji telah menggunakan kerangka teori pengurusan dan teori sumber manusia sebagai landasan kajian. Berdasarkan penelitian pengkaji, beliau mengambil beberapa definisi tokoh yang memberi penerangan mengenai teori pengurusan iaitu menurut Afandi (2018) pengurusan adalah bekerja dengan orang-orang untuk mencapai tujuan organisasi dengan pelaksanaan fungsi perencanaan (planning), pengorganisasian (organizing), penyusunan personalia atau kepegawaian (staffing), pengarahan dan kepemimpinan (leading), dan pengawasan (controlling). Pengurusan adalah suatu proses khas, yang terdiri dari tindakan perencanaan, pengorganisasian, pergerakan, dan pengendalian yang dilakukan untuk menentukan serta mencapai sasaransasaran yang telah ditentukan melalui pemanfaatan sumber daya manusia dan sumbersumber daya lainnya. Sehubungan dengan itu, pengaplikasian teori pengurusan ke dalam kajian yang berbentuk ikon kepimpinan adalah sesuai kerana nilai kepimpinan mempunyai nilai yang displin dalam membentuk sebuah pengurusan yang komprehensif.. Seterusnya, pengkaji juga mengambil definisi dari tokoh Denyer (1977) dalam kajian Wan Aziz (2014) pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Berdasarkan definisi tersebut jelaskan sekali proses pengurusan terbentuk dengan melibatkan pengarahan maka proses pengarahan memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar arahan yang disampaikan dapat dilakukan dengan baik. Jelaslah disini,. 33. FYP FTKW. 2.5.4 Artikel Jurnal.
(44) yang berbentuk ikon kepimpinan menerusi cerita jenaka.. 2.5.5 Buku. Menerusi kajian buku oleh Chek Mat yang bertajuk Pengurusan Imej. Pengkaji menyatakan bahawa pendekatan pengurusan melihat unsur kewibawaan individu yang mempunyai organisasi perniagaan untuk memimpin perubahan imej. Individu tersebut haruslah menunjukkan contoh sebagai seorang pemimpin, pengurus dan melakukan sistem pengurusan dalam mencapai tujuan. Sehubungan dengan itu, keperibadian yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin harus memiliki sifat yang positif dan mempunyai ciriciri yang khusus berbanding dengan seorang yang bukan pemimpin. Selain itu, buku ini menyatakan individu yang melakukan pendekatan pengurusan percaya akan latihan yang berterusan akan mewujudkan pengurus dan para pekerja berkualiti. Oleh yang demikian, membentuk keperibadian seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah tanpa fizikal dan yang kuat. Maka, seorang pemimpin harus mempelajari secara mendalam lagi sebelum mahir dalam menguruskan organisasi.. 2.5.6 Lain-lain (majalah/laman sesawang/ akhbar). Dalam tempoh penghasilan kajian ini, tidak menunjukkan sebarang kajian lepas yang ditemui pada majalah, lawan sesawang mahupun akhbar. Hal ini terjadi mungkin disebabkan keterbatasan sumber dan masa yang diperlukan. Namun begitu pelbagai kajian mengenai teori pengurusan telah di kaji pada peringkat yang lain.. 34. FYP FTKW. pendekatan pengurusan merupakan pendekatan yang sesuai dalam menyokong kajian.
(45) METODOLOGI PENYELIDIKAN. 3.1. Pengenalan. Sesebuah kajian memerlukan penghasilan metodologi yang berkesan kerana bahagian ini akan menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan, kaedah pengumpulan data, analisis teks dan internet. Penghasilan kajian memerlukan kaedah penelitian yang jelas. Kaedah kajian yang digunakan berfungsi sebagai menyokong hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang ditemui melalui pengumpulan data, analisis teks, bahan internet dan kepustakaan. Selain itu, bab ini juga menghubungkan teori pengurusan dalam menyokong penganalisian mengenai kepimpinan.. 3.2. Rekabentuk kajian. 3.2.1 Rekabentuk Kajian Kualitatif. Reka bentuk kajian adalah kerangka yang dibina dan diaplikasi oleh sesuatukajian bagi mendapatkan data dan menganalisisnya. Ia juga boleh dianggap sebagai strategi yang disusun rapi yang menjelaskan proses kajian dijalankan (Atkinson, 1983;Creswell, 1998; Bryman,2008; Othman Lebar, 2012). Selain itu, rekabentuk kajian dapat menentukan pemilihan instrument yang bersesuaian dengan kajian agar data yang 35. FYP FTKW. BAB 3.
(46) itu, pemilihan rekabentuk kajian yang sesuai sangat penting agar kajian yang dihasilkan mudah difahami dan jelas.Rekabentuk kajian kualitatif kebiasaanya adalah paling fleksibel dari pelbagai teknik analisis. Ianya merangkumi pelbagai kaedah dan struktur antaranya ialah etnografi, pendekatan teori, kajian kes dan fenomenologi. Apa yang dimaksudkan dengan etnografi ialah pengkaji menganalisis dari sudut geografi, asal usul, puak, budaya atau lokasi.. Menggunakan kaedah etnografik kebiasaanya akan sering menghabiskan masa di kajian lapangan kerana maklumat yang diperolehi melalui persekitaran lokasi, asal usul,budaya dan lain lain lagi. Dari segi pendekatan teori pula setiap kajian yangdilakukan harus berlandaskan pendekatan teori agar penghasilan kajian dapat dilaksanakan dengan prinsip. Pengaplikasian teori ke dalam kajian merupakan tulang belakang di dalam penghasilan kajian kerana kajian yang dilakukan dapat disokong dengan teori yang tepat. Seterusnya, kajian kes. Kajian kes didefinisikan sebagaimenggambarkan individu yang membentuk satu unit seperti organisasi atau institusi. Kajian kes boleh digunakan dalam kaedah kualitatif ataupun kuantitatif kerana ianya melibatkan tinjauan. Akhir sekali, fenomenologi ialah kaedah untuk menggambarkan sesuatu itu wujud dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lebih mudah dikatakan kajian yang mepunyai persamaan dengan apa yang dilalui. Menerusi kajian ini, rekabentuk yang digunakan ialah berdasarkan kepada. 36. FYP FTKW. diperoleh akan menjawab segala permasalahan kajian dan tujuan kajian dijalankan Oleh.
(47) Analisis tekstual dianggap sebagai metodologi kesarjanaan dalam bidang kemanusiaan di mana teks dikaji berdasarkan pengkaryaannya, kesahihannya dan maknamakna teks (Joubish, Muhammad Farooq dan Muhammad Asyraf Khurram,2011). Ini adalah salah satu teknik yang sistematik yang menekankan penggunaan bahasa dan perkataan-perkataan dalam teks yang boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori yang lebih besar berdasarkan sistem pengekodan yang mempunyai kata kunci yang tersendiri (Berelson,1952; Krippendorff, 1980; Weber, 1990 dalam Steve Stembler, 2001). Sehubungan itu, pengkaji menegaskan bahawa, kaedah penganalisian teks bersesuaian dalam menghasilkan kajian ini memandangkan subjek kajian ini berbentuk cerita rakyat. Selain itu, analisis yang dilakukan ke atas sesebuah teks bertujuan untuk kita memahami maksud teks berdasarkan zahir teks. Kajian ini telah memilih teks karya agung iaitu Cerita Jenaka Melayu yang ditulis oleh Mohd. Taib Osman dan diterbitkan oleh Yayasan karyawan. Karya ini mengandungi 449 halaman bercetak. Pengkaji menganalisis teks pada beberapa cerita jenaka Melayu terpilih yang menekankan unsur ikon kepimpinan. Selain itu, teknik yang digunakan oleh pengkaji dalam menganalisis teks ialah membaca keseluruhan cerita. Ianya bertujuan untuk pengkaji mengetahui gambaran keseluruhan penceritaan tersebut lalu pengkaji akan mengeluarkan isi-isi utama yang bersesuaian dengan skop kajian yang dihasilkan sebagai contoh menerusi beberapa cerita jenaka melayu terdapat perwatakan yang menunjukan unsur ikon kepimpinan.. 37. FYP FTKW. 3.2.1.1 Kaedah Analisis Teks.
(48) untuk membuktikan hasil yang diperoleh melalui penganalisian teks. Selain itu, pengkaji menjadikan teori pengurusan sebagai landasan bagi menyokong penghasilan kajian. Pengkaji menggunakan rujukan teks pada artikel dan jurnal bagi mengumpul bahanbahan kajian. Pengkaji juga menggunakan buku melalui google books yang bertajuk Pengurusan Imej oleh Chek Mat. Melalui penganalisian teks yang dilakukan pengkaji menemui pendekatan pengurusan melihat unsur kewibawaan individu yang mempunyai organisasi perniagaan untuk memimpin perubahan imej. Individu tersebut haruslah menunjukkan contoh sebagai seorang pemimpin, pengurus dan melakukan sistem pengurusan dalam mencapai tujuan. 3.2.1.2 Kaedah Pengumpulan Data. Pengkaji menggunakan kaedah sekunder. Menurut Marican (2005), data sekunder boleh dirujukkan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagaicontoh, data-daripada kajian lepas yang dikumpul bagi menjawab persoalan kajian. Namun begitu, sumber tulisan yang digunakan haruslah bersesuaian dengan objektif kajian agar pengkaji dapat mengaitkan bukti yang ditemui ke dalam dapatan kajian. Bentuk tulisan yang digunakan ialah tesis, jurnal, laporan, buku, majalah, dan lain lain lagi. Sehubungan itu, pengkaji mengaplikasikan teknik menganalisis data setelah mengumpulkan sumbersumber yang ditemui. Sumber-sumber yang diperoleh akan membentuk sebuah hasil kajian yang baik. Selain itu, bahan-bahan melalui pandangan dan pendengaran juga dapat digunakan dalam kaedah pengumpulan data seperti tayangan. 38. FYP FTKW. Selepas itu, isi-isi yang ditemui akan dimasukkan kepada bahagian dapatan kajian.
(49) lagi sumber yang ditemui dengan lebih jelas. Berdasarkan kajian yang dilakukan pengkaji merujuk kepada kaedah pengumpulan data dari tesis kajian lepas di peringkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda. Pengkaji membataskan sumber kajian mengikut tema seperti ikon, kepimpinan, cerita jenaka dan teori pengurusan. Melalui carian tesis mengikut tema ianya akan memudahkan pengkaji untuk mengumpul sumber kajian. Selain itu, pengkaji juga mengumpul data daripada artikel jurnal, majalah, dan buku sama seperti pengumpulan tesis untuk menambah lagi bahan bagi memudahkan pengkaji menganalisis data.. 3.2.1.3 Kaedah Kepustakaan. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan secara atas talian. Menurut Mohd Shaffie (1991), kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang penyelidik atau penulis untuk mendapat data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Pengkaji menggunakan platform kepustakaan secara online dengan melayari internet. Pengkaji menggunakan platform secara online kerana keterbatasan untuk pergi ke perpustakaan disebabkan virus pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Maka pengkaji harus bijak dalam memperoleh bahan kajian. Dengan kemudahan perpustakaan secara atas talian ianya tidak menjadi halangan untuk mengkaji memperoleh bahan kajian dengan berkesan.. 39. FYP FTKW. video, cerita, lagu, ucapan dan lain lain lagi. Kaedah seperti ini juga dapat mengukuhkan.
(50) Hampir keseluruhan data yang diperolehi menggunakan instrumen kaedah internet kerana keterbatasan pergerakan disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia. Pengkaji menggunakan platform google scholar, researchgate, slideshare, digital library dan lain lain lagi platform internet. Sehubungan itu, pengkaji memperolehi sejumlah besar bahan yang dapat dijadikan sumber di dalam kajian. Oleh itu, penggunaan kaedah internet pada waktu sebegini begitu bermanfaat kepada pengkaji kerana ianya dapat menjimatkan masa berbanding daripada melakukan kajian lapangan. Selain itu, pengkaji juga mempunyai lebih masa untuk menganalisis semua bahan yang ditemui untuk melaksanakan kajian serta kajian melalui internet mudah untuk ditemui. Pengkaji harus kreatif dan bijak memilih bahan yang bersesuaian dengan kajian.. 3.2.2 Penerapan Teori. Kajian yang dihasilkan menggunakan penerapan Teori Pengurusan oleh Henry Fayol. Setiap kajian yang ingin dilaksanakan harus mempunyai teori yang bersesuaian dengan kajian kerana teori ialah paksi penyatuan keseluruhan proses penyelidikan. Oleh itu, penerapan sesebuah teori amat penting dalam penghasilan sesebuah kajian. Selain itu, teori pengurusan mempunyai 14 prinsip pengurusan namun pengkaji ingin memfokuskan beberapa prinsip sahaja mengikut kesesuaian dengan bahan kajian. Pengkaji memilih untuk menggunakan teori pengurusan kerana tema kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan kepimpinan. Oleh itu, ikon kepimpinan berkaitrapat dengan prinsip 40. FYP FTKW. 3.2.1.4 Internet.
(51) Ini membuktikan teori yang digunakan bersesuaian dengan apa yang ingin diketengahkan oleh pengkaji.. 3.2.3 Teori Pengurusan Heny Fayol. Simbol kepimpinan begitu subjektif untuk ditafsirkan kerana ianya dapat di nilai pada sesiapa sahaja malah dapat dikaji dalam pelbagai bentuk antaranya filem, novel, cerita jenaka dan lain lain lagi. Simbol kepimpinan ini juga dikaji menerusi cerita-cerita jenaka Melayu terpilih kerana pengkaji ingin membuktikan pada cerita jenaka Melayu terkandung simbol kepimpinan yang boleh dicontohi masyarakat. Oleh itu, pengkaji mendapati dengan penggunaan Teori Pengurusan oleh Henry Fayol ianya bersesuaian dengan aspek yang ingin dikaji. Hal ini kerana, teori ini mempunyai 14 prinsip yang dikemukan. Antara teori yang menjadi aspek kajian ialah. Bil. Prinsip. Ulasan. 1.. Pembahagian kerja. Pengkhususan. kerja. yang. membawa. kepada. kecekapan dalam kerja 2.. Autoriti. Hak untuk memberi arahan dan kuasa ketaatan dari pekerja. 3.. Disiplin. Disiplin diperlukan untuk menjalankan operasi organisasi. 41. FYP FTKW. yang membincangkan mengenai kerjasama, tertib, displin, autoriti, pembahagian kerja..
(52) Uniti perintah. Seorang pekerja patut menerima arahan daripada seorang ketua sahaja.. 5.. Satu arah. Semua aktiviti untuk mencapai objektif yang sama mesti diurus oleh seorang. 6.. Utamakan. kepentingan Kepentingan organisasi menjadi prioriti. organisasi 7.. Pengupahan. Pemberian ganjaran mesti adil bagi pihak pekerja dan majikan. 8.. Pemusatan. Objektif pemusatan atau pemencaran ialah untuk penggunaan kebolehan personel yang optimum. 9.. Rantaian skala. Skala rantaian autoriti (hirarki) dan kaluan komunikasi dari atas ke bawah dan juga mendatar.. 10.. Susunan. Semua bahan dan sumber tersimoan di tempat tertentu begitu juga manusia dalam jawatan yang secocok dengannya. 11.. Ekuiti. Pekerja dilayan dengan adil. 12. Kestabilan perkhidmatan. Pengurangan lantik henti dan pengekalan pekerja. personel. dilakukan. 13.. Inisiatif. Menggalakkan pekerja mengambil inisiatif. 14.. Semangat kekitaan. Harmoni dan kerja berpasukan amat tinggi. Jadual 1: 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol (sumber: Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad, 2006).. 42. FYP FTKW. 4..
(53) ANALISIS KAJIAN 4.1. Pengenalan Analisis kajian ialah salah satu bahagian kajian yang menjawab segala objektif. yang dilakukan. Menerusi kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji, analisis kajian ini akan menerangkan dengan lebih terperinci dengan mengenai isi-isi kajian. Pengkaji menjangkakan enam hingga tujuh isi yang bakal dikupas dengan lebih terperinci. Analisis kajian ini terdiri daripada nilai-nilai yang menggambarkan imej ikon kepimpinan menerusi kisah-kisah jenaka Melayu dahulu seperti Pak Kaduk, Pak Belalang, Pak Pandir, Lebai Malang dan Si Luncai. Pada awal kemunculan sastera cerita jenaka merupakan sebuah cerita yang menjadi kegemaran masyakarat dahulu Oleh itu, kajian diteruskan dengan definisi cerita jenaka yang mempunyai unsur humor dan hiburan. Penceritaan cerita jenaka kebiasaanya santai dan tidak memeningkan. Selain itu, cerita jenaka Melayu menghimpunkan kisah jenaka yang sarat akan nilai pengajaran yang menjadi tauladan dalam membentuk nilai murni di dalam diri masyarakat. Terdapat nilai kepimpinan yang membentuk sesebuah keperibadian ikon antaranya pemimpin yang bijaksana, masyarakat yang baik hati, pemimpin yang berani, masyarakat yang bersatu padu dan lain lain.. 43. FYP FTKW. BAB 4.
(54) 4.2.1 Pemimpin yang menjaga personaliti Dalam mengambil kira aspek kepimpinan, penjagaan personaliti merupakan aspek yang harus dititikberatkan apabila berdepan dengan khalayak. Personaliti menggambarkan diri individu itu sendiri. Personaliti itu membentuk imej kepada diri kita. Seperti yang dapat dilihat, rata-rata orang-orang kenamaan dan berpangkat tinggi mereka adalah individu yang sangat menjaga standard mereka apabila berdepan dengan khalayak kerana mata-mata yang melihat akan tertumpu kepada personaliti yang dibawa. Menjaga personaliti merupakan aspek yang penting pada sesebuah ikon kepimpinan. Hal ini kerana, ianya satu cara untuk menambahkan keyakinan diri apabila berdepan dengan khalayak. Menurut pendapat tokoh Schafer (1991) menerangkan yang personaliti lebih kepada hal ehwal yang ditunjukkan secara luaran, berorientasikan sosial dan persekitaran. Menurut beliau,personaliti lebih kepada gaya individu memperagakan pemakaian yang bersesuaian untuk berdepan khalayak dan ianya menganggap itu adalah sesuatu yang dasar. Selain itu, menurut tokoh Allport (1963) yang mengatakan bahawa personaliti digambarkan secara luaran dan berorientasikan produk. Berdasarkan kedua-dua pendapat tokoh ini,ianya terbukti bahawa personaliti adalah sebagai dasar dalam pembentukan nilai kepimpinan namun begitu haris diingatkan apabila membawa imej ikon ianya melatih diri kita untuk membina keyakinan apabila berhadapan dengan khalayak. Maka, imej positif akan menjadi ikutan kepada masyarakat.. 44. FYP FTKW. 4.2 Pak Kaduk.
(55) melambangkan keperibadian seorang ikon berkepimpinan yang menjaga personaliti antaranya ialah peristiwa apabila Pak Kaduk meminta bantuan isterinya Mak Kaduk untuk menjahitkan bajunya kerana dia ingin menyertai aktiviti sabung ayam. Hal ini dapat membuktikan bahawa Pak Kaduk seorang individu yang mengambil tahu mengenai etika pemakaian apabila berjumpa dengan Raja dan orang-orang istana ianya harus mengenakan pakaian yang bersesuaian.Seperti yang kita sedia maklum, berpakaian merupakan perwujudan dari sifat dasar manusia yang mempunyai rasa malu sehingga ingin berusaha menutupinya. Seiring dengan perkembangan zaman, fungsi dasar pakaian mulai dilihat mempunyai kepentingan. Secara amnya pakaian berfungsi sebagai untuk menutupi keindahan tubuh, melindungi tubuh dari cuaca panas dan dingin, Selain itu, melalui pakaian ianya juga melambangkan perbezaan status seseorang di dalam kehidupan sehingga dalam hal ini semakin indah ataupun mahal pakaian seseorang, maka semakin tinggi status sosialnya.. Seterusnya, Pak Kaduk meminta Mak Kaduk menjahit bajunya menggunakan kertas yang baharu. Sungguhpun, perbuatan itu dilihat tidak masuk akal namun semangat beliau yang ingin kelihatan kemas itu harus dipuji. Selain itu, Pak Kaduk bukan sahaja peka akan kekemasan pakaiannya, dia juga ingin kelihatan tampansewaktu hari petarungan maka dia memakai pakaian sedondon bunga tanjung merah, kuning, hitam dan putih dan bertengkolok helang menyongsong angin. Keterampilan Pak Kaduk yang ditunjukkan pada peristiwa ini menunjukkan nilai positif seorang ikonkepimpinan seharusnya bersiap sedia dalam pengetahuan mengenai personaliti. Meskipun kita sedia maklum, hasil yang dilakukan Pak Kaduk tidak mendatangkan faedah namun dia mempunyai hasrat seperti manusia yang berketerampilan rapi. 45. FYP FTKW. Berdasarkan cerita jenaka Pak Kaduk terdapat beberapa peristiwa yang.
DOKUMEN BERKAITAN
ii. Menilai kebenaran perspektif tersebut berdasarkan cerita jenaka Melayu.. Pada akhir kajian, perspektif kolonial Barat ini dapat diberi justifikasi sewajarnya
Oleh yang demikian itu, perwatakan watak Lebai Malang yang berperibadi seperti menepati janji dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya jelas
Seterusnya, kajian yang berkaitan dengan semantik inkuisitif terhadap peribahasa yang telah dilakukan oleh Muhammad Zaid Daud (2019a) bertajuk “Domain rezeki dalam
Kajian mendapati Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang tokoh tafsir yang unik, kaya dengan pemikiran dan pandangan yang jitu dan bernas dalam
Menurut Lasswell dan Kaplan (Lasswell, Harold dan Kaplon, Abraham (1967, hlm. 71), proses sosial sebagai “the totally of value processes for all the values important in
Sebelum pena diskusi melabuhkan noktahnya, dalam kajian yang dijalankan bertajuk Transkripsi Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan
Misalnya kajian ini dapat dilihat dari cerita rakyat seperti yang ditampilkan oleh pengarang tersebut menggambarkan mengenai budaya rasional yang dimiliki oleh masyarakat
Arba’ie dan Nik Rafidah (2011: 67) mengatakan bahawa “Kesusasteraan kanak-kanak ialah bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengandungi unsur hiburan dan juga pengajaran
Kajian mendapati penulisan tentang cerita-cerita naratif masyarakat Melayu bermula pada era tahun 20-an disusuli dengan maklumat-maklumat yang berkaitan pada masa
Oleh hal yang demikian, ternyata, nilai murni melalui sikap belas kasihan, bertimbang rasa dan murah hati dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan mampu dijadikan
Hasil kajian mendapati ritual yang terdapat dalam cerita rakyat di Mukim Bebar Pekan, Pahang mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan masih
Menurut Ismail Hussein (2001) dalam penulisan Nik Anas Nik Salleh (t.th), kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara
Namun masih terdapat juga bahan-bahan penulisan yang berkait cerita lisan dalam kalangan masyarakat orang asli yang telah menjadi tumpuan kajian oleh pengkaji iaitu Ruhaiza Abu
Hal ini merujuk kepada kajian-kajian lepas tentang cerita rakyat termasuklah Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu Sebagai Cerminan
Kajian yang dilakukan menyentuh perihal teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah dalam menghasilkan cerita hantu.. Analisis yang dilakukan berlandaskan
Akibat dari itu, Profesor Dato’ Muhammad Abu Bakar mengumpamakan dilema masyarakat Melayu Islam pada tahap ketiga sebagai masyarakat yang menjadi mangsa kepada kejayaan yang
Cerita jenaka kategori bodoh yang jahil menggambarkan perbuatan bodoh yang dilakukan oleh watak dan ianya tidak dapat diterima akal oleh khalayak yang celik teknologi komputer
Kitab Matla c al-Badrayn ini disusun oleh Syeikh Muhammad bin Ismail dengan gaya yang tersendiri. Gaya ini memaparkan latar belakang pendidikan agamanya yang tinggi dan
Oleh itu, kajian ini sedikit berlainan daripada kajian Bassnett kerana penilaian strategi tidak tertumpu kepada satu watak atau satu cerita tetapi pelbagai watak dan cerita dalam
Nik Amelin Murni Bt Nik Abd Rahman * Nik Muhammad Faiz Bin Nik Muhammad Hanif Nik Noor Atikah Binti Nik Ghazali Nik Nur Farhana Bt Nik Daud * Nik Nur Kamaliah Binti Ibrahim * Nik
Oleh itu, kajian ini akan melihat amalan jenaka yang berlaku dalam kalangan guru pelatih dan pandangan mereka serta murid terhadap amalan jenaka semasa sesi
Huraikan secara kritis transformasi yang dilakukan oleh Muhammad Haji Salleh di dalam sajaknya yang bertajuk “ Ceritera yang Kedua” (rujuk lampiran) daripada episod
Data dikumpulkan pada pelajar prestasi belajar di kedua-dua pra- ujian dan pasca ujian untuk dua topik yang berbeza (Watak dan Nilai Moral) dalam cerita-cerita