• Tiada Hasil Ditemukan

(2) FYP FTKW TRANSKRIPSI ANALISIS PEMIKIRAN SHAHNON AHMAD DALAM NOVEL SAMPAH DENGAN MENGAPLIKASIKAN TEORI SPB4K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(2) FYP FTKW TRANSKRIPSI ANALISIS PEMIKIRAN SHAHNON AHMAD DALAM NOVEL SAMPAH DENGAN MENGAPLIKASIKAN TEORI SPB4K"

Copied!
80
0
0

Tekspenuh

(1)AHMAD DALAM NOVEL SAMPAH DENGAN MENGAPLIKASIKAN TEORI SPB4K. NOOR AMIRA BINTI SAMSUDIN. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2021. FYP FTKW. TRANSKRIPSI ANALISIS PEMIKIRAN SHAHNON.

(2) FYP FTKW TRANSKRIPSI ANALISIS PEMIKIRAN SHAHNON AHMAD DALAM NOVEL SAMPAH DENGAN MENGAPLIKASIKAN TEORI SPB4K. NOOR AMIRA BINTI SAMSUDIN C18A0202. TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN.

(3) 2021 PENGESAHAN TESIS Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. /. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai TERBUKA naskah keras atatu akses terbuka dalam talian (teks penuh) Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam teks (teks penuh) bagi tempoh SEKATAN yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Dari tarikh ______ sehingga ______ SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972). TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan). Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. Tesis adalah milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. NoorAmira. anis. Tandatangan. Tandatangan Penyelia. 98061306676. PUAN SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI Nama Penyelia Tarikh : 20 Januari 2022. No.KadPengenalan Tarikh : 20 Januari 2022. I. FYP FTKW. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

(4) Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan limpah kurnia dan izinNya saya menyelesaikan tugasan projek Analsis Pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah dengan mengaplikasikan teori SPB4K ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian di Universiti Malaysia Kelantan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Siti Nur Anis Binti Mohammad Apandi, sebagai pensyarah yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi kata-kata dorongan dan sokongan bagi melengkapkan projek penyelidikan ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya dalam melengkapkan kajian penyelidikan ini. Segala kebaikan dan keprihatian kalian hanya Allah SWT membalasnya.. II. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) Menurut Mohd Yusof Hassan (2007:1) menjelaskan bahawa akal adalah bentuk fizikal, manakala minda pula adalah proses penggunaan akal atau pemikiran. Oleh hal yang demikian tercetuslah persoalan mengapa manusia pada hari ini masih tidak dapat membeza antara perkara yang baik dan buruk. Adakah perbezaan darjat seseorang yang. miskin. ini tidak layak diberikan layanan yang baik oleh semua lapisan. masyarakat. Lantaran itu kajian ini bermatlamatkan kepada mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya. Selain itu, kajian ini juga ingin memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah dan yang terakhir menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kualititatif dan mengaplikasikan teori SPB4K sebagai tunjang utama bagi mengupas pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran kerohanian sangat penting dalam kehidupan manusia bagi melahirkan manusia yang tahu menilai erti kekayaan sebenar dalam kehidupan dan tidak membezakan manusia kerana kedudukan seseorang. Secara konklusinya, daripada kerja penyelidikan ini saya telah mendapati bahawa nilai kekayaan seseorang manusia yang miskin adalah nilai ketenangan dan ketenteraman yang mereka miliki serta corak pemikiran kerohanian mereka yang hebat.. III. FYP FTKW. ABSTRAK.

(6) According to Mohd Yusof Hassan (2007: 1) explains that the mind is a physical form, while the mind is a process of using the mind or thought. This raises the question of why human beings today are still unable to distinguish between good and bad things. Whether this difference in the rank of a poor person does not deserve to be given good treatment by all walks of life. Therefore, this study aims to identify the concept of the real value of wealth in the lives of people who are poor in terms of appearance. In addition, this study also wants to understand the thought pattern of Shahnon Ahmad in the novel Sampah and the latter analyzes the spiritual thinking that is the mainstay of human life. This study was conducted with a qualitative method and applied the theory of SPB4K as the main pillar to analyze Shahnon Ahmad's thoughts in the novel Sampah. The results of the study found that spiritual thinking is very important in human life to produce human beings who know how to evaluate the meaning of real wealth in life and do not discriminate human beings because of one's position. In conclusion, from this research work I have found that the value of a poor human being‟s wealth is the value of the serenity and serenity they possess as well as their great spiritual thought patterns.. IV. FYP FTKW. ABSTRACT.

(7) FYP FTKW. ISI KANDUNGAN. PENGESAHAN TESIS. I. PENGHARGAAN. II. ABSTRAK. III. ABSTRACT. IV. BAB 1. PENGENALAN 1.0 Pengenalan. 1. 1.1 Latar Belakang Kajian. 1-4. 1.2 Permasalahan Kajian. 5-6. 1.3 Persoalan Kajian. 6. 1.4 Objektif Kajian. 6-7. 1.5 Skop Dan Batasan Kajian. 7-8. 1.6 Kepentingan Kajian. 9-10. 1.7 Kaedah Kajian. 10-11. 1.8 Definisi Kajian. 11. 1.8.1 Kekayaan. 11-12. 1.8.2 Kemiskinan. 12. 1.8.3 Sampah. 12. 1.8.4 Pemikiran. 13-14. V.

(8) BAB 3. SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan. 18-19. 2.1 Kajian Literatur Berkaitan Dengan Pemikiran. 19-29. 2.2 Kajian Literatur Berkaitan Dengan Shahnon Ahmad. 29-30. 2.3 Kajian Literatur Berkaitan Dengan Teori SPB4K. 30-33. 2.4 Kesimpulan. 33-34. METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORI 3.0 Pendahuluan 3.1 Metodologi Kajian 3.2 Pendekatan Kajian Teori SPB4K. 34 35-36 37. 3.2.1 Prinsip Ketuhanan. 37. 3.2.2 Prinsip Kebitaraan. 37-38. 3.2.3 Prinsip Kesaintifikan. 38. 3.2.4 Prinsip Kekreatifan. 39. 3.3 Reka Bentuk Kajian. 39-40. 3.4 Kerangka Konseptual. 40. 3.5 Keterangan Kerangka Konseptual. 40-41. VI. FYP FTKW. BAB 2.

(9) BAB 4. 41. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. 41. 4.1 Konsep Nilai Kekayaan Sebenar Dalam Kehidupan Manusia Yang Miskin Dari Segi Zahirnya. 41-42. 4.1.1 Manusia Memandang Kekayaan Sebagai Satu Penghormatan. 42-45. 4.1.2 Kekayaan Sebagai Satu Jurang Pemisah Sesama Manusia. 45-47. 4.1.3 Nilai Kekayaan Yang Sebenar Dalam Kehidupan Manusia Yang Miskin. 47-49. 4.2 Corak Pemikiran Shahnon Ahmad. 49-51. 4.2.1 Pemikiran Shahnon Ahmad Dalam Menilai Manusia Yang Miskin Melalui Novel Sampahn. 51-53. 4.2.2 Pemikiran Shahnon Ahmad Mendalami Perasaan Seorang Pengemis. 53-55. 4.3 Pemikiran Kerohanian Yang Menjadi Tunjang Utama Dalam Kehidupan Manusia. 56. 4.3.1 Pemikiran Kerohanian Dalam Keagamaan. 56-59. 4.3.2 Pemikiran Kerohanian Dalam Ketauhidan. 59-61. 4.4 Kesimpulan. 61-62. VII. FYP FTKW. 3.6 Kesimpulan.

(10) KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan. 63. 5.1 Rumusan. 64-65. 5.2 Implikasi Kajian. 65-66. 5.3 Cadangan Kajian. 66-67. 5.3.1 Peranan Institusi Pendidikan. 67. 5.4 Kesimpulan. 67. Rujukan. 68-69. VIII. FYP FTKW. BAB 5.

(11) PENDAHULUAN 1.0. PENGENALAN Sudut ini akan menjadi pengantar projek penyelidikan kajian yang mengandungi. beberapa aspek iaitu latar belakang kajian, konsep kajian, penyataan, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian, Perbincangan kajian ini akan menyentuh mengenai pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel beliau sendiri iaitu novel Sampah dengan mengaplikasikan teori SPB4K yang diasaskan oleh Mohd Yusof Hassan, seorang tokoh pemikir dan sarjana dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum menelusuri dengan lebih jauh dan mendalam tentang aspek yang akan dihuraikan dan seterusnya akan dibincangkan seiring dengan penggunaan teori yang diaplikasikan dalam kajian. Makalah ini menghuraikan dengan lebih jelas dan kefahaman tentang latar belakang kajian pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah yang akan diketengahkan bersama-sama dengan objektif, persoalan kajian, permasalahan kajian, definisi konsep, skop dan batasan, kepentingan kajian, pembahagian bab, dan kesimpulan bab ini. 1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN Novel ialah genre kesusasteraan Melayu yang semakin popular dan tidak asing. lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda yang mempunyai minat membaca dan memahami setiap penyampaian pengarang melalui novel yang telah dikarang oleh mereka. „Novel‟ perkataan yang berasal daripada novella dalam bahasa Itali yang membawa makna “cerita terkini”, “satu benda baru”, “satu benda kecil yang baharu”, “perkhabaran baru” atau “cerita yang pendek”. Maka apa yang dapat kita huraikan perkataan novella disingkatkan kepada perkataan „novel‟ sahaja. Menurut 1. FYP FTKW. BAB 1.

(12) berbentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Kualiti sesebuah novel bergantung kepada kandungan atau mutu fizikalnya. Penghasilan karya-karya yang berbentuk genre novel dapat memberi satu daya fikir bagi pengarang menghasilkan karya yang bermutu. Menurut Shanon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999), mendefinisikan novel sebagai satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Oleh itu, dapat dilihat bahawa dalam penghasilan karya sastera seperti novel akan diteliti dengan beberapa perkara iaitu pemikiran penulis, pengalaman penulis, rencaman hidup dan imaginasi penulis. Di sini dapat dirungkaikan melalui pernyataan Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj Husin dan Siti Hj Abdul Aziz (1999) bahawa penghasilan novel sedikit sebanyak akan melibatkan tentang realiti kehidupan masyarakat. Oleh itu, dengan kajian yang sedang dijalankan dapat pengkaji menafsir corak pemikiran penulis dalam novel yang penulis hasilkan. Berdasarkan kajian yang cuba diketengahkan oleh pengkaji pemikiran dapat didefinisikan sebagai satu bentuk daya berfikir oleh manusia secara rasional. Novel mempunyai ciri-ciri seperti kisah atau cerita yang panjang dan 5000 atau lebih patah perkataan. Di dalam genre novel, novel juga mempunyai beberapa jenis novel contohnya novel seram, novel picisan, novel gotic, novel psikologi, novel romantik dan lain-lain. Dunia penghasilan karya novel akan dibahagi kepada 3 kategori iaitu novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Perkataan pemikiran berasal daripada perkataan „fikir‟ atau „think‟. oleh itu. terciptalah perkataan yang digabungkan dengan beberapa imbuhan yang sesuai iaitu. 2. FYP FTKW. Kamus Dewan dan Pustaka novel dapat ditafsirkan sebagai sebuah cerita yang.

(13) (2007:1) menjelaskan bahawa akal adalah bentuk fizikal, manakala minda pula adalah proses penggunaan akal atau pemikiran. Justeru itu, konsep pemikiran seiring dengan konsep mind. Perkara yang penting dalam kehidupan manusia ialah minda bagaimana seorang manusia berfikir secara rasional dan wajar dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam pada itu, Mohd Yusof Hassan juga ada menyatakan bahawa pemikiran adalah sebahagian daripada proses minda yang berlaku dalam otak. Lantaran itu, bersesuaian dengan kajian ini pemikiran seseorang penulis atau pengarang menunjukkan satu proses minda yang akan diterapkan dalam penghasilan karya sastera. Shahnon Ahmad merupakan seorang penulis Malaysia yang telah mendapat anugerah sebagai Sasterawan Negara. Shahnon Ahmad dianugerahkan gelaran sebagai Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon Ahmad setelah menjadi Sasterawan Negara. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap Sik, Kedah dan telah meninggal dunia pada pada usia 84 tahun kerana mengidap penyakit pneumonia pada jam 8 pagi hari 26 Disember 2017 di Hospital KPJ Kajang, Selangor. Nama ayah beliau ialah Ahmad Abu Bakar yang berasal daripada Medan, Indonesia dan ibu beliau bernama Kelsum Mohd Saman yang berketurunan Melayu Pattani. Keluarga beliau mula berhijrah ke Tanah Melayu pada kurun abad ke 19. Ayah beliau bekerja sebagai seorang kakitangan dalam Jabatan Juruukur dan posmen sebelum diupah tentera British sebagai perisik mengintip pergerakan askar Jepun sewaktu perang dunia yang kedua. Shahnon Ahmad menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah 5 pada tahun 1946, kemudian beliau melanjut pendidikan menengah di Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar sehingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau mula berkhidmat dalam bidang penguruan di Terengganu menjadi guru di Grammer English 3. FYP FTKW. berfikir, memikir, terfikir, pemikiran dan pemikir. Menurut Mohd Yusof Hassan.

(14) Negeri Sembilan. dari tahun 1955 hingga 1956). Kecederaan yang dialaminya. menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959). Novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad sesebuah karya sastera yang unik dan menarik bagi sesiapa yang meminati pembacaan novel. Novel ini mula diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1974 yang merupakan cetakan pertama novel ini dikeluarkan. Novel Sampah ini merupakan novel fiksyen dan sesuai untuk dibaca semua lapisan masyarakat. Novel ini membawa tema kemiskinan seseorang pengemis atau gelandang di tengah ibu kota. Novel ini mengisahkan tentang bagaimana seorang manusia pengemis tidur di merata-rata tempat seperti di tempat letak kereta lain-lain. Pengemis ini menggunakan watak „dia‟ bagi mewakili dirinya watak utama di dalam novel ini. Di dalam novel ini terdapat beberapa persoalan yang dapat ditafsir oleh pengkaji sebagai pembaca. Antara persoalan yang terkandung di dalam novel ini ialah persoalan tentang kemiskinan seorang manusia yang dibiarkan mengemis seumur hidupnya. Selain itu, terdapat juga persoalan tentang kekejaman manusia lain terhadap pengemis kerana memandang mereka dalam keadaan menjijikan dan memberi layanan yang buruk. Novel ini membawa persoalan tentang adakah harta, darjat dan kuasa menjadi penentu dalam mendapat layanan yang baik di sisi masyarakat. 1.2. PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini membincangkan soal tentang konsep nilai kekayaan bagi manusia yang. miskin dan meneliti pemikiran Shahnon Ahmad di dalam novel Sampah hasil karya beliau sendiri. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan teori SPB4K bagi menghuraikan 4. FYP FTKW. School pada tahun 1954. Kemudian beliau bertukar Pegawai Tentera di Port Dickson,.

(15) prinsip kerohanian. Di sini apa yang menjadi persoalan ialah novel Sampah kurang mendapat perhatian masyarakat atau golongan belia untuk membacanya. Hal ini mungkin berpunca sukar untuk difahami jika hanya membaca sekali namun jika diteliti dan difahami berkali-kali novel ini membawa kisah seorang pengemis atau gelandangan yang tidak mempunyai rumah. Karya-karya sastera pada masa kini kurang mendapat sambutan dalam golongan belia dan masyarakat. Hal ini kerana kecanggihan teknologi pada kini kian mematikan hasil karya sastera yang berbentuk buku bagi generasi muda kerana semuanya tertumpu kepada telefon pintar. Walaubagaimanapun, pengadaptasian karya sastera dalam arus kemodenan bukanlah satu perkara yang mustahil dan ianya sedang diusahakan oleh golongan sastera bagi mengangkat martabat sastera dalam masyarakat semula. Selain itu, kajian ini akan membawa konsep nilai kekayaan sebenar bagi manusia yang miskin. Kajian dijalankan kerana terdapat beberapa keruntuhan institusi sosial, ekonomi dan politik tentang nilai kekayaan yang diukur dari bentuk yang zahir. Dengan adanya kajian ini dijalankan diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang konsep nilai kekayaan sebenarnya bagi seorang manusia. Pernyataan masalahnya adakah manusia pada hari ini masih tidak dapat membeza antara perkara yang baik dan buruk. Adakah perbezaan darjat seseorang yang miskin ini tidak layak diberikan layanan yang baik oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini sering menjadi persoalan dalam pemikiran pengkaji bagaimana manusia yang ditakdirkan hidup mengemis mampu meneruskan kehidupan yang tidak teratur namun masih mempunyai nilai kekayaan yang mereka miliki tanpa kita sedar.. 5. FYP FTKW. setiap pemikiran Shahnon Ahmad melalui novel Sampah dengan berpaksikan pada.

(16) Shahnon Ahmad dalam novel Sampah dan seterusnya untuk melihat konsep nilai kekayaan sebenar manusia yang miskin. Kewujudan kajian ini dapat dihuraikan apa sebenarnya pengarang cuba sampaikan kepada masyarakat dan mampu memberi kesan kepada masyarakat untuk memandang mereka yang tidak bernasib baik seperti kita namun layak memberi layanan yang baik. Meskipun mereka miskin harta namun nilai hati mereka disisi Sang Pencipta kita sebagai manusia. 1.3. PERSOALAN KAJIAN Antara persoalan yang menjadi perhatian pengkaji dalam melakukan kajian ini. ialah 1.. Apakah nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin?. 2.. Apakah corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah?. 3.. Adakah pemikiran kerohanian menjadi tunjang utama dalam kehidupan. manusia? 1.4. OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian dalam penyelidikan ini ialah :. 1.. Mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang. miskin dari segi zahirnya. 2.. Memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah.. 3.. Menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam. kehidupan manusia.. 6. FYP FTKW. Justeru itu, pengkaji mengaplikasikan teori SPB4K bagi merungkai pemikiran.

(17) SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini dibatasi kepada konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan. manusia yang miskin dari segi zahirnya dan corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya ini menjelaskan tentang apakah nilai kekayaan sebenarnya pada mereka. Konsep nilai kekayaan sebenar bagi manusia yang miskin ini membawa masyarakat untuk berfikir tentang apa nilai kekayaan sebenarnya dalam kehidupan manusia Kajian ini mengaplikasikan teori SPB4K bagi mencapai beberapa objektif kajian ini. Teori SPB4K ini terkandung empat prinsip asas yang menjadi tunjang utama namun di dalam kajian ini bagi mencapai matlamat kajian prinsip kerohanian dipilih. Teori SPB4K ini sesuai untuk diaplikasikan di dalam novel Sampah karya Shahnon Ahmad ini kerana teori ini mampu membuktikan bahawa pemikiran Shahnon Ahmad tentang kemiskinan sangat tinggi. Hal ini kerana berdasarkan kehidupan Shahnon Ahmad dan pengalaman beliau memaparkan bahawa nilai kerohanian dalam diri manusia perlu ada. Justeru itu skop kajian ini menggunakan teori SPB4K bagi membuktikan kenyataan di atas. Skop kajian dijalankan berdasarkan pada teks novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad. Teks yang dipilih ini akan menyempurnakan kajian penyelidikan pengkaji dalam menerokai tentang konsep nilai kekayaan bagi manusia yang miskin dan meneliti pemikiran Shahnon Ahmad berdasarkan teori SPB4K. Teks novel Sampah ini dipilih kerana novel ini banyak menimbulkan persoalan kepada pembaca tentang isu pengemis dan gelandangan yang nasib mereka tidak bernasib baik. Kehidupan yang tidak terurus dan sering menjadi bahan hinaan masyarakat yang tidak mempunyai nilai. 7. FYP FTKW. 1.5.

(18) berguna seperti sampah. Hanya layak dibuang oleh masyarakat kerana tiada fungsi dan jasa yang mereka lakukan untuk dihargai. Kajian ini berobjektifkan kepada mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam kehidupan manusia yang sering memandang harta, darjat dan kuasa seseorang. Oleh itu, pengkaji ingin menunjukkan bahawa nilai kekayaan seseorang manusia yang miskin bukan hanya kerana tidak mampu memiliki harta benda secara zahir namun kewujudan mereka ini akan memberi satu anugerah untuk mereka bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Batasan objektif kedua pula pengkaji cuba untuk memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Bahagian ini akan diaplikasikan teori SPB4K menggunakan prinsip kerohanian bagi mencungkil pemikiran Shanon Ahmad dalam teks novel Sampah beliau. Di sudut ini pengkaji cuba untuk membawa mesej dan pengajaran yang pengarang cuba sampaikan di dalam hasil karya beliau. Bagi objektif terakhir menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Tujuan objektif ini dibuat ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat bahawa novel Sampah ini sebenarnya mempunyai nilai kerohanian jika diteliti dengan baik dan pandang dengan sudut yang berbeza. 1.6. KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini dijalan adalah untuk mengetengahkan corak pemikiran. Shahnon Ahmad di dalam novel Sampah. Pengkaji memilih aspek untuk menganalisis corak pemikiran Shahnon Ahmad untuk dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji 8. FYP FTKW. kemanusian. Bagi mereka iaitu pengemis kehidupan mereka seperti kosong dan tidak.

(19) maklumat kepada generasi yang akan datang. Kajian ini sedikit sebanyak memberi sumbangan untuk mereka yang mengkaji tentang penulis Shahnon Ahmad yang merupakan Sasterawan Negara kita. Selain itu, kajian ini juga akan memberi dorongan kepada generasi muda untuk mengkritik atau melakukan kajian dengan lebih mendalam samada menggunakan teori yang sama ada teori yang dipilih bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Dalam pada itu, kepentingan kajian ini dijalankan ialah berlaku pertambahan jumlah karya sastera yang dikaji dan dianalisa. yang menjurus kepada konsep nilai kekayaan. sebenar pada manusia yang miskin dari segi zahirnya dan corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Seterusnya, kepentingan kajian ini juga merungkai tentang nilai kekayaan manusia yang miskin bagi membuka mata masyarakat tentang hakikat tentang kehidupan manusia yang perlukan. Kajian ini akan membawa masyarakat sedar bahawa setiap kekayaan tidak hanya melibatkan harta benda sahaja. Melalui konsep ini akan dijelaskan tentang apa itu nilai kekayaan yang sebenarnya dalam kehidupan manusia. Kewujudan kajian ini akan membuka mata manusia tentang nilai kekayaan sebenar kepada masyarakat yang dibutakan dengan kekayaan harta benda dan wang ringgit. Dalam pada itu, kajian diharapkan dapat membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghuraikan dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pemikiran dan konsep nilai kekayaan sebenar manusia dalam novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad.Hal ini kerana konsep nilai kekayaan dalam kehidupan manusia yang miskin ini akan membuka minda para pelajar sedar bahawa bukan harta benda yang menjadi ukuran kepada mereka yang miskin namun mereka memiliki. 9. FYP FTKW. yang akan datang. Hal ini perlu dilakukan bagi memberi satu bentuk menyampaikan.

(20) faktor, punca, kesan dan penyelesaian daripada nilai kekayaan manusia yang miskin ini berdasarkan kepada novel Sampah Shannon Ahmad. Justeru itu, kesan daripada kajian dijalankan bagi melahirlah nilai-nilai kemanusian yang prihatin kepada mereka yang tidak mempunyai apa atau lebih sinonim iaitu miskin harta. Kesimpulannya, berdasarkan kepentingan kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada universiti dan para pelajar. KAEDAH KAJIAN. 1.7. Kaedah kajian merupakan bahagian yang sangat penting dalam proses menjalankan sesebuah kajian. Dalam menghasilkan sesebuah kajian terdapat beberapa kaedah kajian bagi mengumpulkan data-data penting. Kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dan bertepatan dengan data yang diperlukan. Justeru itu, pengkaji memilih kaedah perpustakaan bagi mendapatkan sumber rujukan seperti jurnal, artikel, penulisan ilimiah dan tesis.Pencarian buku dan bahan di perpustakaan melalui sistem komputer telah mempercepatkan dan memudahkan pengkaji memperoleh data. Oleh itu, kaedah kepustakaan digunakan sepenuhnya untuk mencari bahan-bahan dan memperoleh idea berkenaan dengan bidang kajian pengkaji. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pencarian bahan rujukan di laman sesawang. Pada era ini, pencarian bahan-bahan sumber rujukan di laman sesawang semakin mendapat perhatian masyarakat kerana mudah dan menjimatkan kos. Walaubagaimanapun, pemilihan bahan rujukan di laman sesawang perlulah ditapis dan diteliti dengan mendalam agar tidak berlaku sebarang data yang tidak benar. Pencarian bahan rujukan di laman sesawang perlu di cari melalui laman sesawang yang rasmi seperti portal-portal rasmi.. 10. FYP FTKW. sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Konsep ini akan menghuraikan dari aspek.

(21) Ketika melakukan kajian ini terdapat beberapa istilah yang mempunyai kaitan dengan konsep projek penyelidikan yang dilaksanakan. Oleh itu, bagi memastikan kajian ini dilaksanakan dengan baik maka konsep-konsep ini akan digunakan bagi memberi pencerahan di sudut definisi. 1.8.1. Kekayaan. Perkataan asal kekayaan iaitu „kaya‟ yang ditambah imbuhan bagi menunjuk kata adjektif. Perkataan kekayaan ini sinonim dengan berharta, berada, berkuasa, berkemampuan, hartawan dan lain-lain lagi. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan kaya bermaksud banyak harta benda. Hal ini menjelaskan bahawa manusia yang memiliki harta dengan cara mewarisi atau berusaha mengumpul sesuatu benda yang berharga di mata manusia. Secara amnya kekayaan ini diukur di mata manusia dari segi harta dan wang ringgit bagi membukti bahawa seseorang itu kaya. Di dalam sudut pandangan secara zahirnya kekayaan seseorang akan menjadi kasta sosial sesebuah masyarakat. Sistem sosial manusia akan mewujudkan jurang antara golongan yang kaya dan golong yang miskin. Di sini bermulalah perkongsian pemikiran yang berbeza dan budaya dalam masyarakat. Di dalam konteks agama kekayaan seseorang itu bukanlah berpaksikan pada harta semata-mata namun berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda bahawa “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad) Hadis itu menjelaskan bahawa kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona'ah), reda dan tidak 11. FYP FTKW. 1.8 DEFINISI KAJIAN.

(22) SWT bukanlah dari hartanya namun dari hatinya sendiri. Berpaksikan pada kajian, nilai kekayaan manusia yang miskin dari segi zahirnya ialah hati mereka dalam kehidupan mereka. Meskipun nasib tidak menyebelahi mereka ketika di dunia namun mereka jug tidak menginginkan kehidupan begini namun hati mereka tenang dan redha atas apa yang Allah takdirkan. 1.8.2. Kemiskinan. Kemiskinan boleh diertikan sebagai orang yang tidak mempunyai harta benda dan wang ringgit. Perkara dijelaskan lagi kemiskinan ialah satu keadaan yang membawa seseorang tidak mempunyai sebarang pemilikan keatas sesuatu benda dan keadaan yang dialami tidak mampu memenuhi keperluan seharian seperti makan hanya sekadar untuk meneruskan kehidupan.. 1.8.3. Sampah. Sampah bermaksud sesuatu bahan buangan atau sisa buangan yang tidak diperlukan setelah berakhirnya kegunaanya atau tidak boleh digunakan. Sampah merupakan bahan yang digunakan oleh manusia dan apabila ianya tidak berguna atau sudah tamat fungsinya maka ianya digelar sampah. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sampah sebagai persampahan tempat buangan sampah atau timbunan sampah. Selain itu, sampah juga boleh diertikan benda-benda yang dibuang seperti daun-daun kering, kertas-kertas yang kotor dan sebagainya yang menjadi bahan buang manusia.. 12. FYP FTKW. tamak dalam mencari harta. Perkara ini jelas bahawa kekayaan seseorang hamba Allah.

(23) sesuatu atau orang yang tidak berharga atau tidak berguna juga dikategorikan sebagai sampah. Di dunia ini terdapat masyarakat yang digelar sampah kerana beranggapan mereka yang miskin ini tidak berguna kepada masyarakat dan tidak layak untuk digelar manusia.. Ada yang berpendapat bahawa mereka yang miskin ini ialah. manusia yang hina dan sampah kepada masyarakat kerana sering menagih simpati kepada manusia yang mempunyai kekayaan, kuasa dan darjat. 1.8.4. Pemikiran. Pemikiran yang kata suku asalnya „fikir‟ yang diertikan sebagai cara atau memikir sesuatu perkara di akal fikiran. Manusia berfikir dari minda yang memahami tentang dunia yang dialami. Dalam istilah kesusasteraan unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan intipati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi, Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, pemikiran merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan perwatakan. Dalam bidang sosiologi pemikiran didefinisikan sebagai pemikiran yang produktif dengan penciptaan hal-hal atau idea baru dan bernas. Bagi bidang psikologi umum pemikiran ditakrifkan pemikiran lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taksub diri. Menurut Piaget pemikiran ini lebih menumpu kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. Selain itu, bidang psikologi umum juga menjelaskan bahawa pemikiran merupakan salah satu terapi kognitif yang bertujuan untuk mengenalpasti cara-cara mengubah proses pemikiran dan respons normal kepada pemikiran.. 13. FYP FTKW. Di dalam Kamus Dewan Edisi Empat ada menjelaskan sampah juga bermaksud.

(24) berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Bidang pengurusan ini menjelaskan lagi proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama iaitu kreativiti, pembangunan idea dan perlaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk-produk baharu tetapi dengan penambahanbaik terhadap sesuatu produk atau proses yang sedia ada juga pemikiran inovatif . Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pemikiran ini merupakan satu proses yang penting bagi mengeluarkan idea-idea bernas dan mencipta sesuatu yang berbeza dari yang biasa. Pemikiran pengarang dalam sesuatu karya sangatlah penting bagi merungkai mesej disebalik penghasilkan karya ini tercipta bagi mendatangkan sifat kesedaran dalam diri untuk menjadi insan yang baik. 1.8.5. Pengemis. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan pengemis sebagai orang yang meminta sedekah dari orang yang berkemampuan. Perkataan Darwisy atau Al ialah perkataan asal daripada Bahasa Parsi yang bermakna peminta sedekah atau pengemis. Bagi orang-orang sufi iaitu orang yang arif tentang agama menafsirkan darwisy atau Al ini sebagai orang yang zuhud. Orang yang digelar Darwisy ini hidup susah dari segi makan, minum dan pakaiannya. 1.8.6. Kerohanian. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan kerohanian sebagai perihal rohani,sifat-sifat rohani, rohaniah, kebatinan dan merupakan tergolongan dalam hitung setiap penilaian. Dalam bidang pendidikan kerohanian membawa istilah sesuatu yang 14. FYP FTKW. Di samping itu, bidang pengurusan meletakkan pemikiran sebagai keupayaan.

(25) mempunyai istilah di dalam genre novel psikologi iaitu novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan, plot atau aksi dalam novel walaupun sekadar menjalankan cerita. Pengaruh penulisan psikologi ini dipengaruhi oleh Sigmund Freud dan Carl Jung yang memberi fokus kepada kehidupan dalaman dan watak yang selalu menjadi individu yang bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Fokus penceritaan lebih memberi motivasi kepada pembaca melalui setiap aksi watak. Novel psikologi ini wujud bertujuan untuk memaparkan perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. 1.9 PEMBAHAGIAN BAB Kajian ini terkandung beberapa bab yang dibahagi kepada tujuh bab. Bab 1 dikenali sebagai bab pendahuluan. Bab pendahuluan ini akan menjadi struktur kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, definisi konsep, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, pembahagian bab dan akhir sekali kesimpulan. Seterusnya bab dua akan menampungkan kajian-kajian lepas. Hal ini bermaksud kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu menjadi sumber rujukan dan panduan dalam menjalankan kajian mereka. Kajian-kajian lepas yang dipilih adalah berdasarkan fokus kepada pemikiran pengarang novel dan penggunaan teori SPB4K atau mana-mana kajian yang berkaitan dengan kajian novel. Di samping itu, bagi bab tiga pula akan dijelaskan tentang metodologi kajian. Bagaimana pengkaji menjalankan kajian ini dengan kaedah metodologi yang dipilih dan kerangka teori yang dipilih. Di bahagian ini akan diterangkan melalui bagaimana 15. FYP FTKW. bersifat kekal seperti alam kerohanian. Bagi bidang kesusasteraan kerohanian.

(26) Sampah dengan menggunakan prinsip kerohanian. Teknik yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah kualitatif iaitu dengan cara membaca, penerangan, pengelasan dan pentafsiran akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab ini. Bagi bab empat terkandung tentang perbincangan mengenai analisis kajian yang dijalankan.Antara analisis kajian yang akan dijalankan ialah mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dari segi zahirnya. Di bahagian ini akan dirungkaikan segala faktor, punca, kesan penyelesaian bagi manusia yang miskin dari segi zahirnya. Bahagian ini akan dianalisis dengan teliti berdasarkan novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad. Selain itu, bagi bab empat juga akan diteliti tentang memahami corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Bab ini akan menjelaskan pelbagai aspek pemikiran Shahnon Ahmad cuba sampaikan melalui karya beliau. Di samping itu, di dalam bab empat juga akan menerangkan analisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Bahagian ini akan diadaptasikan teori SPB4K bagi menganalisis pemikiran kerohanian yang terkandung di dalam novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad. Di sini hasil kajian akan mendapati adakah novel ini memenuhi pemikiran kerohanian Shahnon Ahmad cuba sampaikan kepada masyarakat. Di bab yang terakhir iaitu bab lima akan menjadi bahagian rumusan dan dan kesimpulan keseluruhan kajian yang sedang dijalankan. Selain itu, akan diselitkan juga beberapa cadangan untuk kajian ini. Seterusnya akan dinilai kajian ini adakah ianya bersifat positif ataupun negatif kepada masyarakat.. 16. FYP FTKW. teori SPB4K diaplikasikan untuk mengkaji pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel.

(27) Secara keseluruhan kajian, setelah dikaji, diteliti berpadukan kepada pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah pengkaji mendapati bahawa beliau cuba untuk memberi kesedaran kepada manusia tentang pemikiran kerohanian yang terkandung di dalam Teori SPB4K yang diasaskan oleh Mohd. Yusof Hassan. Pengkaji mendapati bahawa watak „dia‟ memaparkan tentang seorang pengemis atau gelandangan di tengah ibu kota.Kisah „dia‟ memberi satu kesedaran pemikiran kerohanian dalam kehidupan manusia bahawa harta kekayaan manusia seperti pengemis bukanlah harta semata-mata namun apa yang membuat mereka kaya ialah hati mereka. Mereka mengharapkan seseorang membantu mereka mengubah nasib mereka yang malang untuk menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat bukannya menjadi sampah kepada masyarakat. Penggunaan teori SPB4K amat sesuai diaplikasikan di dalam novel Sampah ini bagi merungkai pemikiran Sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad menghasilkan karya novel Sampah ini bagi membuka mata masyarakat dan minda masyarakat untuk menghargai mereka ini walaupun mereka ini dianggap sampah namun jika bijak dalam menguruskan dan membantu pasti tidak akan ada isu pengemis di tepi jalan atau di mana-mana sahaja. Harapan pengkaji untuk generasi muda pada masa yang akan datang lebih peka dan mempunyai nilai kemanusian dalam mengetahui isu-isu pengemis dan gelandangan. Kehadiran generasi muda yang prihatin kepada mereka yang tidak bernasib baik ini akan memberi satu inspirasi kepada masyarakat sedar mereka bukannya sampah namun mereka juga manusia yang layak diberikan layanan yang baik.. 17. FYP FTKW. 1.10 KESIMPULAN.

(28) FYP FTKW. BAB 2 TINJAUN LITERATUR. 2.0 PENGENALAN Bab ini akan meneliti tinjauan terhadap kajian-kajian lepas yang telah dibuat berkenaan dengan corak pemikiran Shahnon Ahmad. Kajian ini akan mengaplikasikan teori SPB4K bagi merungkai pemikiran Shahnon Ahmad di dalam novel Sampah. Tinjauan kajian akan lebih memberi fokus kepada beberapa faktor yang merangkumi pemikiran dan kajian berkaitan Shahnon Ahmad. Selain itu, tinjuan kajian juga melihat teori SPB4K yang digunakan oleh penyelidik lain bagaimana mereka mengaplikasikan dalam teks dan merungkai setiap pemikiran yang ada pada sesebuah karya. Di samping itu, pengkaji akan lebih meneliti kajian-kajian lepas yang mempunyai kaitan dalam pemikiran kerohanian. Karya-karya Shahnon Ahmad banyak dikaji semula oleh penyelidik dan dirungkai semula dalam pelbagai teori yang digunakan. Kelahiran Shahnon Ahmad dalam dunia kesusasteraan memberi sumbangan yang besar dalam membuka peluang generasi muda untuk melakukan penyelidikan terhadap karya sastera beliau. Karya-karya Shahnon Ahmad banyak diangkat dan diadaptasikan kepada filem, menjadi bahan rujukan serta mendapat tempat di luar negara. Justeru itu, kajian literatur akan melihat pengaplikasian teori SPB4K dalam pemikiran Shahnon Ahmad di dalam novel Sampah.. 18.

(29) Kajian pemikiran pengarang yang berkaitan ialah. Analisis Pengarang Dalam. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Bin Talib. Artikel ini dikaji oleh Noraini Ibrahim dan Ani Omar pada tahun 2017, dalam kajian mereka mendapati bahawa pemikiran pengarang dalan karya beliau tentang peristiwa yang dialami daripada diri pengarang sendiri mahupun melalui pengalaman individu lain yang diadaptasi dalam novel ini. Penerapan Teori Sistem Bersepadu 4K atau Teori SPB4K oleh Mohd Yusof Hasan digunakan bagi mengenal pasti pemikiran pengarang novel ini dan menganalisis pemikiran pengarang. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan yang terkandung dalam Teori Bersepadu 4K diteliti dan mendapati tiada lagi pengkaji yang mengkaji Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Bin Talib. Artikel ini memberi inspirasi kepada saya bagaimana untuk mengaplikasikan teori SPB4K dalam kajian saya. Kajian pemikiran pengarangan turut dilakukan oleh Nasirin Abidillah dan Roslan Abdul Wahid pada tahun 2007 daripada Universiti Malaysia Kelantan yang menjalankan kajian bertajuk Cerita Pilihan Mak Yong seperti “Anak Raja Gondang” , “Eneng Tajali”, “Raja Besar Ho Gading” dan “Dewa Indera Indera Dewa” sebagai kajian mereka. Tajuk kajian mereka ialah Pemikiran Peradaban Melayu dalam Ceritacerita Pilihan Mak Yong Menerusi Perspektif Teori SPB4K. Kajian mereka berfokuskan kepada mengenal pasti isu-isu atau peristiwa dalam skrip cerita-cerita pilihan Mak Yong berkenaan. Dalam pada itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis isu-isu atau peristiwa menggunakan empat elemen pemikiran Teori SPB4K (Sistem Pemikiran Bersepadu 4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan pada tahun 2007. Skrip cerita pilihan Mak Yong dijadikan sumber sandaran 19. FYP FTKW. 2.1 KAJIAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN PEMIKIRAN.

(30) teori SPB4K dapat memenuhi kajian yang dijalankan. Perbezaan kajian ini dengan kajian yang saya jalankan ialah dari aspek karya yang dipilih. Justeru itu, kajian ini penting sebagai bahan rujukan bagi penyelidik lain menganalisis berkaitan Mak Yong. Demikian juga Marzalina Mansor, Nor Hafidah Ibrahim dan Hasmawati Hassan (2016) dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia melalui kajian Pemikiran dalam Novel Sebalik Yamashita dan Percivel. Secara kontekstual, pemikiran pengarang penting bagi mengkaji perkara yang melibatkan idea-idea pengarang dalam sesebuah karya. Kajian ini bermatlamat mengkaji aspek pemikiran pengarang dalam novel Sebalik Yamashita dan Parcivel karya Shaari Isa yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pada tahun 2015. Gambaran dan rangkuman warna warna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu naratif yang lengkap dan sempurna merupakan isu yang cuba dibawa dalam kajian ini. Kaedah kajian ini dijalankan secara kualitatif. Hasil kajian mendapati pemikiran kolonialisme dan imperialisme yang dipamerkan oleh pengarang, pemikiran politik dan kepimpinan, dan pemikiran sejarah terkandung dalam dua buah novel yang dipilih. Kajian ini berkepentingan untuk menunjukkan bahawa pemikiran dan stail yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya terutamanya novel. Kajian ini memberi perbezaan dalam novel yang digunakan dan teori. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku. Mohd. Ali,. Madiawati. Mamat@Mustaffa (2019) daripada Jabatan. Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaysia iaitu Pemikiran Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel pilihan. Kajian bermatlamatkan kepada menganalisis aspek pemikiran yang digarap, dikupas dan dibentangkan dalam 20. FYP FTKW. dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati 4 aspek pemikiran yang terkandung dalam.

(31) kajian ini ialah novel Perempuan Politikus Melayu (2000), 1511H [Kombat] (2004), Surat-surat Perempuan Johor (2005), Tunggu Teduh Dulu (2010), Bahlut (2010) dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? (2016) . Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran-pemikiran yang menjadi fokus dalam novel-novel, adalah pemikiran sosioekonomi, politik dan kepimpinan, keagamaan dan sisi sosial. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah kajian ini menggunakan novel-novel hasil karya Faisal Tehrani berbanding saya yang cuba mencungkil pemikiran Shahnon Ahmad. Demikian juga, Farra Humairah Binti Mohd (2016) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (2016) dari Universiti Putra Malaysia. Kajian yang mereka lakukan bertajuk Pemikiran Kerohanian dalam Cerpen Kanak-kanak Pilihan Mutakhir dan Kesan Positif Kepada Kanak-kanak. Faktor utama kajian ini dilakukan untuk penelitian aspek pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak- kanak pilihan mutakhir. Kajian-kajian ini dilakukan untuk mengklasifikasikan unsur-unsur pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan bagi menganalisis unsur-unsur pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. Bukti dari hasil kajian mendapati cerpen kanak-kanak mutakhir yang dipilih ini sememangnya mempunyai unsur pemikiran kerohanian yang diterapkan oleh pengarang dalam karya yang dihasilkanuntuk menyampaikan kesan positif kepada kanak-kanak, namun konsep sastera kanak-kanak dan psikologi kanakkanak kurang dititikberatkan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah penggunaan jenis karya kerana kajian ini memilih cerpen kanak-kanak berbanding saya menggunakan novel dalam kajian.. 21. FYP FTKW. novel-novel awal hingga novel mutakhirnya. Novel Faisal Tehrani yang dipilih dalam.

(32) menjalankan kajian keatas Pemikiran Marzuki Ali dalam „Khazanah Segala Rimbun‟ dari Aspek Teori Pengkaedahan Melayu pada tahun 2014. Kajian ini membincangkan tentang Mengenal pasti pemikiran dalam Khazanah Segala Rimbun karya Marzuki Ali dan menganalisis pemikiran dalam Khazanah Segala Rimbun karya Marzuki Ali dari aspek Teori Pengkaedahan Melayu. Metodologi yang digunakan bagi mencapai objektif kajian ini ialah dengan kaedah menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu kerana sesuai dengan pemikiran Marzuki Ali dalam menghasilkan karya buku puisi „ Khazanah Segala Rimbun‟ yang mengenai alam persekitaran di samping dapat mencungkil mesej, pengajaran dan estetika yang akan menilai. Perbezaan kajian ini dengan kajian yang saya lakukan ialah perbezaan teori. Dapatan kualitatif memperlihatkan pemikiran yang terdapat karya fiksi Hamka merupakan pemikiran yang bertalian dengan semangat nasionalisme, antidiskriminasi, dan eksistensi perempuan. Hamka bukan sahaja seorang penulis namun sebagai pemikir, seorang sejarawan dan munasafir dalam mencari ilmu. Armini Arbain (2017) dari Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas menjalankan kajian keatas Pemikiran HAMKA. dalam. Novel-novelnya.. Sebuah. Kajian. Sosiologis.Kajian. ini. membincangkan tentang pemikiran Hamka yang terdapat dalam novel-novelnya. Selain itu, Jurnal Hadenan Bin Towpek dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),Universiti Teknologi MARA Sarawak, Malaysia menjalankan kajian yang bertajuk Pemikiran Ekonomi Syeikh Daud al-Fatani pada tahun 2018. Kajian ini menggunakan karya kitab Furu‟ al-Masa‟ildan relevansinya dengan kontrak perbankan Islam di Malaysia sebagai sumber melihat pemikiran Syeikh Daud alFatani.. Penganalisaan. data. yang. didapati. bersifat. kualitatif.. Kajian. ini. membincangkan 5 objektif iaitu analisis mengenai biografi Syeikh Daud al-Fatanidari 22. FYP FTKW. Turut mengkaji ialah Noor Hazwany Haji Arifin dan Noryamisma Ismail.

(33) terbilang sepanjang zaman, meneliti secara khusus bidang pemikiran ekonomi Islam dari sudut konsep, evolusi, idea-idea dan tokoh, analisis khusus terhadap kitab Furu‟al-Masa‟ilkarya Syeikh Daud al- Fatani dengan menumpukan kepada pengenalpastian metode penulisan fiqh, perumusan ciri umum akad muamalat, dan pengenalpastian konsep ekonomi, meneliti secara khusus akad muamalat yang utama dalam perbankan Islam Malaysia dan analisis relevansi akad muamalat menurut Syeikh Daud al-Fatanidengan akad muamalat perbankan Islam Malaysia. Hasil dapatan kajian memperoleh lima penemuan penting mengenai pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatanidalam Furu‟al- Masa‟ildan aspek-aspek relevansinya dengan amalan perbankan Islam Malaysia. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah pengarang. Berdasarkan jurnal yang dikaji oleh Ahmad Zaidi Baharuddin dan Ani Omar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Pemikiran Mana Sikana dalam Drama. Jurnal ini mengemukakan tentang pemikiran Mana Sikana dalam teks-teks drama yang dihasilkannya terhadap sembilan buah drama karya beliau iaitu drama lhsan, Tanah di Hujung Bendang, Pengadilan, Hikmah, Mustaqima, Apa-apa, Di Hujung Taming Sari, Pasir-Pasir di Pasir Salak dan Air Mala Naning berdasarkan tiga zaman iaitu Realisme (1960-1970),Absurd (1980-1990) dan Metasejarah (tahun 2000- 2010) menjadi bahan analisis. Kajian ini menggunakan teori sastera teksdealisme dan berlandaskan 4 prinsip teori iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip keperibadian telah dijadikan kriteria mengukur keunggulan drama-drama Mana Sikana. Dapatan kajian mendapati bahawa drama-drama Mana Sikana mempunyai pelbagai tingkat pengalaman beliau. Beliau telah melakukan pelanggaran terhadap konservasi sastera termasuklah pelanggaran 23. FYP FTKW. pelbagai sudut menunjukkan beliau adalah seorang ulama Melayu Nusantara yang.

(34) yang digunakan. Dalam pada itu, kajian seterusnya ialah Pemikiran Hatta Azad Khan Dalam teks Drama Muzikal Kampung Baru. Kajian ini dijalankan oleh Madzlan Bin Abet dari Pusat. Kebudayaan. Universiti. Malaya. Kuala. Lumpur. (2016).. Kajian. ini. membincangkan tentang pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama Muzikal Kampung Baru. Objektif utama dalam kajian ini ialah menganalisis pemikiran Hatta Azad Khan dalam drama teks Drama Muzikal Kampung Baru melalui model cerminan teori Marxisme. Selain itu, kajian ini mengkaji persamaan persoalanpersoalan politik dan ekonomi yang terdapat di dalam drama Muzikal Kampung Baru dan reality Kampung Baru. Bagi objektif yang terakhir untuk kajian ini ialah mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat di dalam drama Muzikal Kampung Baru dan realiti Kampung Baru. Kajian ini menggunakan kaedah kualititatif. Dapatan kajian mendapati teks drama Muzikal Kampung Baru merupakan refleksi kepada kisah benar yang berlaku di Kampong Bahru di Kuala Lumpur di mana penghasilan karya kreatif itu mempunyai hubung kait dengan penulis.Justeru itu, ia menjadikan Hatta Azad Khan sebagai seorang penulis yang profilik sehingga hari ini kerana beliau gemar mengangkat naskhah yang berkaitan dengan kerencaman social masyarakat marhaen.Kajian ini menggunakan teori Marxisme. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teori yang digunakan. Di samping itu, artikel yang bertajuk Jejak Intelektual dan Pemikiran Akidah Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan hasil kajian oleh Mohd Ammyrul Ashraf Sairan dan Shukri Ahmad dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia. Kajian ini membincangkan tentang pemikiran akidah Muhammad Uthman El-Muhammady yang melibatkan wacana arus perdana iaitu 24. FYP FTKW. terhadap aliran, watak dan teknik. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teori.

(35) arus perdana, ad-din dan Ruhaniyah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah dianggap memadai bagi mewakili pemikiran akidah beliau. Data yang didapati daripada kajian menyatakan bahawa i beliau adalah pejuang tegar aliran arus perdana dalam kalangan ilmuwan Nusantara. Beliau merungkai penyelesaian dengan cara yang bijaksana menerusi ajaran al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Pencerahan sahih dan jelas dapat menghindarkan seseorang Muslim dari terpengaruh dengan pemikiran agama dan falsafah moden. Perbezaan kajian ini dengan saya ialah corak pemikiran pengarang. Seterusnya kajian mengenai pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dalam kumpulan cerpen Cahaya Pelita Nurani (2015) karya Nazri Hussein oleh Normaizatul Anis Ahmad Halis dan Azhan Mohd Hanafiah dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia pada tahun 2019. Kajian ini berobjektifkan dengan mengklasifikasi pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi dan menganalisis pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi untuk melihat perkaitannya dengan masyarakat yang terdapat dalam enam buah cerita yang dipilih. Data-data dikumpul menggunakan kaedah perpustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian Pendekatan Kemasyarakatan bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Dapatan kajian menunjukkan pemikiran Islam dalam konteks sosioekonomi berdasarkan kepada enam buah cerita yang dipilih membincangkan persoalan kemiskinan dan penindasan, kesamarataan hak, pembangunan, pekerjaan dan perbandaran sesuai diterapkan dengan Pendekatan Kemasyarakatan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teks yang digunakan. Sebuah tesis yang dikaji oleh Masrizayu Mustafa (2006) yang bertajuk pemikiran dalam novel-novel Khadijah Hashim. Kajian ini membincangkan tentang pemikiran 25. FYP FTKW. aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kajian ini menfokuskan kepada bingkai pemikiran.

(36) menganalisis dan membincangkan aspek-aspek pemikiran yang diutarakan oleh Khadijah Hashim dalam novel-novel yang dijadikan bahan kajian, untuk mengenal pasti dan membincangkan pemikiran yang paling dominan dalam novel-novel Khadijah Hashim yang dijadikan bahan kajian dan untuk mengenal pasti dan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran Khadijah Hashim dalam novel-novel yang dikaji. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teks novel yang digunakan. Seterusnya, sebuah artikel dari Indonesia yang bertajuk pemikiran ekonomi islam M. Umer Chapra dikaji oleh Anindya Aryu Inayati dari Pesantren Pemikiran Islam, Padepokan. Ilir-Ilir. Karangpandan. Karanganyar. Jawa. tengah.. Kajian. ini. membincangkan pemikiran M. Umer Chapra dalam bidang ekonomi. Hasil kajian mendapati keunggulan dari pemikiran M. Umer Chapra adalah kemampuannya memadankan antara konsep-konsep ekonomi Barat dengan nilai-nilai Islam dan penulis menemukan pemikiran ekonomi Chapra merupakan perpaduan antara ilmuilmu tradisional, ilmu agama dan ilmu ekonomi modern. Pemikirannya didominasi oleh bidang perekonomian makro karena ia banyak berkecimpung di dunia perekonomian negara. Di antara pemikirannya adalah mengenai konsep falah, hayyah thayyibah, dan tantangan ekonomi umat Islam, kebijakan moneter, lembaga keuangan syariah yang lebih ditekankan kepada bank sentral dan kebijakan-kebijakannya, serta konsep negara sejahtera menurut Islam. Jurnal Pemikiran Pendidikan Islam Buya HAMKA yang dikaji oleh Muhammad Alfian dari Program Studi Pendidikan Agama Islam, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Kerinci. Kajian ini mengkaji pemikiran pendidikan islam Buya Hamka, mengawal dan mengembangkan pendidikan keislaman sesuai dengan keadaan zaman. 26. FYP FTKW. Khadijah Hashim dalam 10 buah novel hasil karya beliau. Objektif kajian ialah untuk.

(37) sebuah pemikiran konkrit mengenai pentingnya hubungan dari berbagai alat pendidikan ini. Tujuan pendidikan, yang menurut Hamka untuk mengantarkan peserta didik pada pintu kebahagiaan dunia dan akhirat, pada terbentuknya peserta didik menjadi seorang abdi Allah yang taat, tidak akan bisa terealisasi, jika tidak ada kerja sama antara pendidik, yang dalam hal ini orang tua, guru dan masyarakat. Keharmonisan hubungan antar pendidik ini, merupakan sebuah hal yang sangat penting untuk mencapai tujuan pendidikan tersebut. Selain itu, artikel yang bertajuk Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu dikaji oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia pada tahun 2011. Kajian ini berfokuskan kepada untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Data peribahasa dikumpul daripada empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mendapati peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik), pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian ini menggunakan Teori Relativiti Linguistik dan Hipotesis Sapir-Whorf bagi mencapai matlamat kajian. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teori yang digunakan. Dalam pada itu, kajian yang dijalankan oleh Awaludin Asep (2017) bertajuk Pemikiran Hamka tentang Filsafat Hidup. Kajian ini membincangkan tentang apakah filsafat hidup ? bagaimana pemikiran Hamka tentang Filsafat Hidup ? 27. FYP FTKW. Dapatan kajian mendapati Dalam pemikiran pendidikan Islam Hamka, ditemukan.

(38) kajian digunakan ialah kaedah pengumpulan data-data dari perpustakaan atau lebih dikenali kaedah kualititatif. Menurut Hamka, kehidupan pada zaman sekarang ini sudah memasuki kehidupan modern. Kehidupan yang serba mengikuti gaya kebarat baratan, baik itu dari segi makanan, pola fikir, pakaian, maupun perilaku. Kehidupan pada masa kini sangatlah jauh berbeda dengan kehidupan pada masa lampau. Demikian kesimpulan yang mampu disimpulkan oleh penulis. Kajian yang bertajuk Novel Mencari Cahaya : Penelitian Pemikiran Islam Dalam Lensa Teori Takmilah dikaji oleh Mohd Faradi Mohamed Ghazali dan Nur „Aina Syahirah Binti Azmi dari Universiti Sultan Zainal Abidin pada tahun 2018. Fokus kajian ini ialah mengenal pasti konsep pemikiran Islam yang dilihat dari sisi kemanusiaan melalui peranan watak, membincangkan novel Mencari Cahaya sebagai sebuah karya yang bertepatan dalam konsep penyampaian ilmu dan memperlihatkan nilai-nilai kemanusiaan sebagai cerminan watak yang mendukung ciri-ciri insan Kamil. Kajian ini dijalankan dengan secara kualitatif dan menggunakan teori Takmilah sebagai landasan penganalisisan. Hasil kajian mendapati bahawa Novel Mencari Cahaya karya Salina Ibrahim banyak menampilkan ilmu ketauhidan dalam laras penulisan kreatif. Ketertiban pengarang dalam menggarap hasil karya penulisannya tidak sekadar bersandarkan leka hiburan kepada khalayak semata-mata, namun setiap plot perjalanan cerita yang berlaku disaring selidik berlandaskan unsur kemanusiaan dan kejiwaan yang selaras dengan ketinggian akhlak. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teori yang digunakan.. 28. FYP FTKW. dan bagaimana pandangan filsafat Hidup Hamka tentang kehidupan moden? . Kaedah.

(39) Berpandukan pada kajian saya iaitu Shahnon Ahmad, Azhar Bin Mohd Ali dari USM melakukan kajian Pemikiran Politik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Novel Terpilih Shahnon Ahmad dan Putu Wijaya: Satu Kajian Bandingan pada tahun 2009. Kajian ini meneliti dua belas novel terpilih karya Shahnon Ahmad dan Putu Wijaya. kajian ini meneliti pemikiran politik dan pembinaan negara bangsa di dalam novel-novel berkenaan. Lima konsep pemikiran politik moden daripada Tudor Jones telah digunakan. Lima konsep tersebut ialah kedaulatan, tanggungjawab politik, kebebasan, hak-hak manusia dan kesamaan. Kajian mendapati novel-novel yang diteliti membincangkan konsep kedaulatan, tanggungjawab politik, kebebasan, hakhak manusia dan kesamaan. Walau bagaimanapun, tidak semua pecahan daripada konsep-konsep itu dibincangkan. Perbezaan kajian ini dengan saya ialah novel yang digunakan. Artikel Pemikiran dalam Novel Siber Kasih Darmiadari Aspek Teori Estetika Bersepadu yang dikaji oleh Noor Hazwany Haji Arifin dan Salmah Jan Noor Muhammad dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2019. Kajian ini berobjektifkan mengenal pasti nilai estetika melalui pemikiran dalam novel siber yang dipilih iaitu Kasih Darmia karya Naniey TJ dan menganalisis nilai estetika melalui pemikiran dalam novel siber Kasih Darmiadari aspek teori Estetika Bersepadu. Kajian ini menerapkan Teori Estetika Bersepadu bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran novel siber Kasih Darmia, dapat dilihat keindahan dalaman yang menjawab persoalan estetika dan mutu yang terdapat dalam karya sastera di alam siber dengan menerap teori yang digunakan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teori yang digunakan.. 29. FYP FTKW. 2.2 KAJIAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN SHAHNON AHMAD.

(40) Suatu Kajian Terhadap Elemen-elemen Kemasyarakatan Islam (2008) dikaji oleh Syarul Riza dari Universiti Sains Malaysia bagi memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sastera beliau. Kajian ini berobjektifkan kepada untuk mengkaji teori pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun selain itu untuk menganalisis elemen-elemen kemasyarakatan yang utama berdasarkan pemikiran Ibn Khaldun dan untuk mengkaji aspek-aspek kemasyarakatan yang terdapat dalam proses pendidikan menurut Ibnu Khaldun. Data-data dikumpul dengan kaedah perpustakaan atau lebih dikenali sebagai kaedah kualititatif yang bersifat tekstual dan kontekstual. Hasil dapatan kajian mendapati bn Khaldun juga telah berjaya membangunkan teori-teori pendidikan dalam karyanya yang sama. Selain itu, Ibn Khaldun menyarankan supaya pendidikan yang bermartabat dan bermatlamat tinggi haruslah memerhatikan elemenelemen kemasyarakatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, baik manusia sebagai anggota masyarakat yang suka kepada perkembangan dan perubahan serta masyarakat yang selalu siap dengan perbezaan sesama mereka, kerana ini semua akan menjadi sarana pendokong dalam dunia pendidikan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teks yang digunakan. 2.3 KAJIAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN TEORI SPB4K Teori SPB4K telah diaplikasikan dalam beberapa kajian penyelidik tempatan terutamanya bagi kajian yang merungkai pemikiran pengarang dalam sesebuah karya. Teori SPB4K ini telah diaplikasikan oleh Siti Khariah Binti Mohd Zubir dan Siti Aisyah Binti Abdullah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Artikel mereka bertajuk Pemikiran Khadijah Hashim dalam Novel Badai Semalam dan Laila Azwa Gadisku untuk Membangunkan Sahsiah Belia yang dikaji pada tahun 2015. Objektif kajian ini lebih menjurus ke arah.Mengenal pasti pemikiran penulis dalam 30. FYP FTKW. Tesis yang bertajuk Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran IBN Khaldun:.

(41) penulis dalam karyanya untuk membangunkan sahsiah belia. Kaedah kualitatif digunakan bagi mengumpul data-data kajian ini. Kajian ini menggunakan Teori SPB4K untuk menganalisis pemikiran Khadijah Hashim di dalam karya-karya beliau sendiri. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa 4K memenuhi pemikiran Khadijah Hashim dalam menghasilkan karya-karya beliau. Kajian ini memberi perbezaan dalam dengan penggunaan novel yang digunakan. Kajian seterusnya melalui jurnal yang dijalankan oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Siti Khariah Binti Zubir pada tahun 2015 yang bertajuk Pembangunan Sahsiah Belia dan Teori SPB4K dalam novel Nisah Haron. Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif iaitu mengenal pasti pemikiran Nisah Haron untuk membangunkan sahsiah belia dalam karya dan menganalisis pemikiran Nisah Haron dalam novel Melayu Tewarikh Cinta dan Lentera Mustika. Kajian ini memilih Teori SPB4K sebagai panduan untuk menganalisis novel hasil karya Nisah Haron.Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran saintifik dan pemikiran kekreatifan ditemui dalam diri pengarang Nisah Haron yang berkemampuan berbahasa, cekap mengira dan pembacaan puisi. Perbezaan kajian ini dengan kajian yang saya lakukan ialah perbezaan novel. Demikian juga, berdasarkan jurnal Pembinaan Modal Insan Dalam Novel Komsas Kembara Amira Karya Amer Hmzah L. Kadir yang dikaji oleh Mohd. Faizal Said daripada Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Ani Omar. Kajian ini memberi fokus kepada menganalisis pembinaan modal insan dalam novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L. Kadir yang merupakan salah sebuah novel Komsas untuk Tingkatan Lima Zon Utara. Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang dijana oleh Mohd Yusof Hassan (2007) akan digunakan.Kaedah kajian yang digunakan ialah 31. FYP FTKW. membangunkan sahsiah belia dalam karya yang dipilih dan menganalisis pemikiran.

(42) mengaplikasikan empat pemikiran dalam Teori SPB4K ke atas novel untuk meneliti pembinaan modal insan. Hasil kajian menunjukkan pengarang berjaya merangkumkan keempat-empat pemikiran SPB4K dalam usaha mengangkat keperibadian terpuji Amira. Ini membuktikan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para guru boleh mengangkat Amira sebagai ikon modal insan yang boleh dicontohi oleh pelajar dengan menganalisisnya menerusi pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan, dan kekreatifan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah teks novel yang digunakan. Bersandarkan kepada Teori SPB4K Kajian Unsur Sains dan Sastera dalam novel remaja terpilih (2019) dijalankan dalam mencapaikan beberapa objektif kajian. Kajian ini dijalankan oleh Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi nrafida dari Universiti Putra Malaysia, Antara objektif kajian ini ialah mengklasifikasi unsur sains dan sastera yang terdapat dalam novel remaja terpilih,menganalisis unsur sains dan sastera yang terdapat dalam novel remaja terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dan merumuskan unsur sains dan sastera yang dominan dalam novel remaja terpilih. Bagi pengumpulan data kajian kaedah kualititatif digunakan dalam penelitian kajian. Hasil kajian mendapati bahawa unsur sains antaranya sains gunaan dan sains zoologi manakala unsur sastera seperti nilainilai murni, pemikiran, emosi dan gaya bahasa amat relevan dengan empat prinsip yang terdapat dalam teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K) iaitu Pemikiran Kerohanian,. Pemikiran. Kebitaraan, Pemikiran Kesaintifikan dan. Pemikiran. Kekreatifan. Perbezaan kajian ini dengan kajian saya ialah novel yang digunakan.. 32. FYP FTKW. teknik bacaan rapi dan seterusnya menganalisis isi (content analysis) dengan.

(43) Berdasarkan kajian-kajian lepas, beberapa penyelidik telah menyelesaikan kajian mereka tentang pemikiran-pemikiran pengarang dan sesebuah karya sastera. Kajian mereka telah memberi pandangan yang bernas dan membuka peluang untuk penyelidik lain menjadikan kajian mereka sebagai rujukan. Kewujudan kajian lepas ini telah banyak memberi manfaat untuk mendalami karya sastera dalam pelbagai perspektif penyelidik. Selain itu, pengaplikasian teori SPB4K juga menjadi satu nilai tambah untuk para penyelidik. Mengkaji pemikiran seseorang pengarang atau sesebuah karya dengan mengaplikasikan teori SPB4K dapat meneliti empat pemikiran yang menjadi tunjang utama dalam teori tersebut iaitu pemikiran ketuhanan, kebitaraan, kekreatifan dan kesaintifikan. Justeru itu, dengan kehadiran prinsip-prinsip tersebut dapat merungkai pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah. Penelitian kajian-kajian lepas telah dibuktikan oleh para penyelidik bahawa pemikiran-pemikiran pengarang dan sesebuah karya telah memberi satu impak yang besar kepada masyarakat. Secara tidak langsung mendidik masyarakat supaya sedar daripada sering melakukan kesilapan yang sama. Prinsip ketuhanan di dalam teori SPB4K menjadi asas utama teori ini merungkai pemikiran yang ada. Oleh hal yang demikian, penyelidik lebih menekankan prinsip ketuhanan di dalam kajian ini. Justeru itu, kajian-kajian lepas yang menyentuh teori SPB4K memainkan peranan utama dalam kajian ini. Novel Sampah menjadi sumber utama dalam kajian ini. Oleh yang demikian, kajian-kajian lepas yang meneliti pemikiran dalam sesebuah novel penting menjadi. 33. FYP FTKW. 2.4 KESIMPULAN.

(44) menghuraikan dan menyelesaikan kajian mereka dengan jayanya.. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORI. 3.0 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan metodologi dan pendekatan yang digunakan bagi memantapkan lagi kajian ini. Metodologi kajian sangat penting agar penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji berjalan lancar kerana memilih kaedah yang bersesuaian dengan kajian yang dipilih serta memberi kesan terhadap permasalahan kajian. Justeru itu, Kajian menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenalpasti konsep nilai kekayaan sebenar dalam kehidupan manusia yang miskin dan memahami pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah serta menganalisis pemikiran kerohanian yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Di samping itu, kajian ini adalah berbentuk deskriptif kualitatif. Aspek yang digunakan bagi kajian ini adalah dengan membuat pengumpulan data dan pendekatan teori yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis terhadap kandungan teks iaitu menerusi novel Sampah karya Shanon Ahmad.. 34. FYP FTKW. rujukan kepada pengkaji. Hal ini bagi melihat bagaimana penyelidik lepas.

(45) Skop kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif atau dengan makna lain kajian ini bersifat kaedah interpretasi digunakan untuk menghuraikan tentang maksud tersirat yang terdapat di sebalik unsur-unsur konsep kehidupan masyarakat yang miskin, gelandangan dan pengemis. Kajian ini berbentuk deskriptif kerana ianya paling sesuai dalam menganalisis dengan teliti dan mendalam tentang sesuatu perkara yang lebih detail. Analisis verbal merupakan analisis yang memberikan penekanan terhadap penelitian dan juga pemerhatian terhadap teks. Analisis ini diguna pakai bagi melihat unsurunsur konsep kekayaan dan pemikiran Shahnon Ahmad yang terdapat dalam novel Sampah. a) Bacaan/memoing Melalui kajian ini, pembacaan sangat penting bagi memahami apa yang dikaji. Teks novel Sampah menjadi teras utama dalam bacaan serta bahan-bahan kajian lain seperti artikel, jurnal, penulisan ilimiah dan tesis sebagai data kualitatif. Bacaan ini penting bagi meneliti konsep kekayaan manusia yang miskin dan corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah serta melihat pemikiran kerohanian yang terdapat dalam teks novel tersebut. Memahami dan menghayati setiap apa yang pengarang novel cuba sampaikan kepada masyarakat tentang manusia yang miskin. Dapatan kajian mendapati bahawa novel Sampah hasil karya Shahnon Ahmad ini sememangnya terdapat kisah manusia yang miskin dan hidup sebagai pengemis namun disebalik kemiskinan dia terdapat nilai kekayaan yang dia tahu dalam kehidupannya sebagai seorang pengemis atau gelandangan. Novel Sampah ini mengandungi 103 halaman dan mengisahkan tentang seorang pengemis. 35. FYP FTKW. 3.1 METODOLOGI KAJIAN.

(46) Bagi teknik penerangan kajian ini dilakukan berdasarkan kepada teks novel Sampah karya Shahnon Ahmad sebagai asas kajian. Melalui bahagian penerangan, pengkaji akan cuba untuk menerangkan konsep nilai kekayaan bagi manusia yang miskin dan corak pemikiran Shahnon Ahmad serta pemikiran kerohanian yang terkandung di dalam novel tersebut. Proses penerangan ini memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kajian yang diperolehi dari bacaan teks dan bahan-bahan rujukan. Oleh itu, proses penerangan akan menunjukkan sebuah gambaran yang jelas tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang pemikiran Shahnon Ahmad dengan mengaplikasikan teori SPB4K. c) Pengelasan Bagi bahagian pengelasan pengkaji akan memberi setiap bahagian mengikut kategori yang tertentu.Pengelasan ini dilakukan bagi memberi satu kemudahan dan pemahaman pengkaji secara menyeluruh tentang kajian. Di dalam bahagian pengelasan ini akan digunakan teknik pengelasan iaitu dengan cara mengelaskan datadata yang terkumpul kepada unit-unit kecil dengan tema ke dalam kategori tertentu. Kaedah kajian yang dilakukan bagi melakukan pengelasan adalah dengan cara kualitatif. d) Pentafsiran Bagi sesebuah kajian pentafsiran merupakan bahagian terakhir yang perlukan dilakukan selepas melakukan aktiviti bacaan.. 36. FYP FTKW. b) Penerangan.

(47) Teori SPB4K juga dikenali Teori Pemikiran Bersepadu Pemikiran 4K yang diasaskan oleh Mohd Yusof Hassan. Beliau merupakan seorang tutor, guru dan pensyarah di Universiti. Kejayaan beliau menjadi seseorang profesor telah membuktikan dalam bidang kesusasteraan dengan hasil-hasil karya beliau sendiri serta mencipta satu teori yang mampu memberi satu nafas yang baharu kepada karya-karya sastera berkembang. Teori SPB4K ini memiliki empat prinsip iaitu ketuhanan, kesaintifikan, kebitaraan dan kekreatifan. 3.2.1 Prinsip Ketuhanan. Pemikiran kerohanian merupakan salah satu prinsip ketuhanan yang membawa pemikiran yang syahdu martabatnya, kudus sifatnya, tinggi darjatnya dan suci murni. Pemikiran kerohanian ini dikatakan suci murni kerana ia mempunyai unsur-unsur seperti keagamaan, ketauhidan dan keesaan Tuhan. Pemikiran ini dianggap sebagai pemikiran keimanan kerana ia menggambarkan kepercayaan manusia 6 dan falsafah yang sangat jelas sehingga dianggap sedemikian. Teori Sistem Bersepadu Pemikiran 4K dalam pemikiran rohani ini juga dapat menjelaskan dan memaparkan satu perantaraan hubungan atau komunikasi antara manusia iaitu melalui secara vertikal kerana manusia sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini yang hidup sentiasa berhubung dengan Allah secara terus. Hubungan manusia sesama manusia dan alam adalah satu hubungan maunusia secara horizontal (Mohd Yusof Hassan, 2007). 3.2.2. Prinsip Kebitaraan.. Perkembangan otak manusia yang boleh membawa manusia memiliki kemahiran seperti kepandaian, kebestarian, kegemilangan dan juga kecemerlangan. Kesemua kemahiran ini adalah melibatkan dan berkaitan dengan pemikiran kebitaraan. 37. FYP FTKW. 3.2 TEORI SPB4K.

(48) awal kejadian manusia iaitu sejak sejak dari dalam kandungan rahim ibu sehingga meningkat kepada zaman kanak-kanak. Bermula dengan satu perkahwinan antara suami dan isteri, mengandung, penjagaan pendidikan asas semasa bayi dan pendidikan kanak-kanak ialah menjadi satu kepentingan asas agama islam dalam membina keluarga. Dengan penggunaan pemikiran kebitaraan di dalam karya sastera, adalah untuk menampilkan watak-watak yang bijaksana, cemerlang dan hebat. Dengan perwatakan yang dibawa dapat menggambarkan dengan jelas dari segi peranan dalam karya seperti watak yang sentiasa positif sebagai contoh dapat menangani konflik dan ini menjadi satu inspirasi dan juga teladan kepada pembaca. (Nur Hasimah Bt Ismail, 2014:180) 3.2.3 Prinsip Kesaintifikan. Pemikiran kesaintifikan pula lebih merujuk kepada satu pemikiran yang sentiasa bersifat logik, membawa kepada kebenaran dalam saintifik, kepastian, ketepatan dan boleh juga dalam penggunaan fakta dan angka. Dengan lebih jelas lagi, melibatkan kegiatan harian manusia seperti penulisan, pembacaan, pertuturan dan pendengaran kerana setiap manusia harus menggunakan ilmu logik. Ilmu logik yang dimaksudkan ialah seperti membuat satu keputusan, idea atau fakta ini ialah satu proses yang menyeluruh dan seterusnya menjadikan satu keputusan merujuk kepada bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Karya yang berteraskan kepada pemikiran kesaintifikan ini haruslah mengemukakan latar belakang, latar tempat yang indah atau benar-benar wujud, latar masa yang sesuai dan fakta yang jelas. 3.2.4. Prinsip Kekreatifan.. 38. FYP FTKW. Pemikiran dan perkembangan ini adalah merupakan perkara penting yang terjadi pada.

(49) kreatif dan juga membawa maksud kepada inovatif, idea baharu, kesenian, keindahan serta kecantikkan. Bagi sesetengah manusia yang mempunyai sifat yang estetik serta mempunyai falsafah, pemikiran ini sangat bersesuaian bagi pengkarya kerana pemikiran ini juga bersifat kesusasteraan dan berseni. Pemikiran kreatif ini juga boleh digunakan untuk menganalisis 7 teknik, bahasa, plot dan gaya di dalam karya. Pengkarya juga boleh menghasilkan karyakarya yang lebih yang lebih bagus dengan menggunakan idea-idea baru yang kreatif dan seterusnya dapat menghasilkan karya yang dapat menarik minat dan sebuah karya yang mudah difahami oleh pembaca. 3.3 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini dijalankan berkaitan dengan konsep kekayaan seseorang manusia yang miskin dan pemikiran Shahnon Ahmad di dalam novel Sampah. Reka bentuk kajian didefinisikan sebagai struktur logik sesebuah kajian. Reka bentuk kajian akan menjadi asas kepada sesebuah kajian untuk melihat data-data yang diperlukan, daripada siapa dan bagaimana menjawab persoalan kajian. Secara amnya reka bentuk kajian akan memberi kesan kepada kekuatan sesebuah kajian kerana kunci utama dalam menyelesaikan kajian dengan kaedah yang betul. Bagi kajian ini, kaedah deskriptif kualitatif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Kaedah kualitatif digunakan dalam penelitian penggunaan teks, maka reka bentuk kajian yang sesuai dengan kajian ini adalah dengan kaedah perpustakaan dan kaedah internet. Kaedah kualitatif digunakan bagi menganalisis konsep kekayaan seseorang manusia yang miskin dan pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah.Hal ini seiring dengan objektif kajian di dalam bab satu. Menurut pernyataan Brown & Dowling 1998 kajian kualitatif ini menekankan kepada penghasilan makna.. 39. FYP FTKW. Pemikiran kekreatifan adalah satu pemikiran yang memerlukan idea-idea yang.

(50) yang terdapat di dalam novel Sampah dengan mengaplikasikan Teori SPB4K. Pengkaji turut menggunakan kaedah perpustakaan bagi mendapatkan bahan rujukan serta bahan-bahan seperti artikel, jurnal dijadikan sebagai bahan rujukan juga.. 3.4 KERANGKA KONSEPTUAL. 3.5 KETERANGAN KERANGKA KONSEPTUAL Kerangka konseptual di atas ini dibentuk bagi memudahkan lagi pengkaji untuk melihat konsep kekayaan manusia yang miskin dan corak pemikiran Shahnon Ahmad dalam novel Sampah beliau yang membawa tema kemiskinan seorang pengemis atau gelandangan. Berdasarkan pada kerangka konseptual ini konsep kekayaan seseorang 40. FYP FTKW. Oleh itu, pengumpulan data sangat penting bagi menghuraikan setiap analisis kajian.

(51) teori SPB4K iaitu prinsip kerohanian. Di sini dapat kita lihat konsep kekayaan manusia yang miskin ini mengapa dilihat sampah kepada masyarakat sedangkan mereka tidak minta untuk ditakdirkan jadi seperti itu. Selain itu, corak pemikiran Shahnon Ahmad juga akan dirungkai dengan prinsip kerohanian 3.6 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah membincangkan tentang metodologi kajian, pendekatan yang digunakan terhadap kajian, penggunaan teori SPB4K, Reka bentuk kajian, kerangka konseptual dan juga keterangan terhadap kerangka konseptual yang akan dijadikan sebagai salah satu asas bagi menganalisis teks kajian iaitu cerpencerpen terpilih untuk mencapai objektif kajian. Metodologi yang telah diperincikan melalui bab ini diteliti bagi mendapatkan hasil dan juga dapatan yang jitu bagi memenuhi objektif kajian ini.. BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. 4.0 PENGENALAN Bab ini akan membentangkan tentang analisis dan dapatan kajian yang diperolehi oleh menerusi kajian ini dengan mengaplikasikan teori SPB4K. Analisis kajian dibincangkan dengan menggunakan prinsip kerohanian yang terdapat di dalam teori SPB4K bagi mencapai objektif kajian. Kajian ini akan membincangkan pemikiran. 41. FYP FTKW. manusia yang miskin dan pemikiran Shahnon Ahmad adalah bertuntaskan kepada.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN