• Tiada Hasil Ditemukan

JMS 213 – Sejarah Politik Malaysia Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMS 213 – Sejarah Politik Malaysia Moden "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

_______________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMS 213 – Sejarah Politik Malaysia Moden

Masa: 3 jam

_______________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

...2/-

(2)

[JMS 213]

- 2 -

1. Banyak perubahan politik dan pentadbiran yang telah dibuat oleh British sejak mentadbir Negeri-negeri Melayu. Jelaskan perubahan-perubahan itu. Bolehkah dikatakan bahawa perubahan-perubahan itu adalah asas-asas pemodenan bagi Malaysia? Mengapa anda berpendapat demikian?

(100 markah)

2. J.P. Ongkili meletakkan peranan yang dimainkan oleh Malaysian Solidarity Consultative Committe (MSCC) sebagai faktor yang telah mengubah pendirian pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak terhadap cadangan Malaysia. Sejauh mana anda bersetuju dengan pandangan ini?

(100 markah)

3. Bolehkah gerakan Islah Islam dianggap sebagai perintis kepada perkembangan nasionalisme Melayu? Dengan merujuk kepada isu-isu utama yang ditekankan oleh gerakan ini, beri alasan-alasan anda.

(100 markah)

4. Penubuhan parti politik PUTERA-AMCJA 1947 menandakan nasionalisme Malaya telah wujud dalam sejarah Malaysia. Bolehkah diterima pendapat ini?

Beri hujah-hujah anda.

(100 markah)

5. Tragedi 13 Mei 1969 tercetus akibat daripada keputusan pilihan raya pada peringkat negeri Selangor. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

(100 markah)

6. Dengan merujuk kepada krisis-krisis politik yang berlaku di Sarawak antara 1965 hingga 1970, bincangkan sebab utama ia berlaku.

(100 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan pernyataan tersebut dengan tumpuan khusus kepada kegiatan awal kongsi gelap di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.. Penentangan Mat Salleh adalah penerusan kepada

Dengan merujuk kepada isu-isu yang diperjuangkan antara 1885 hingga 1 905, nilaikan peranan Kongres Kebangsaan India sebagai sebuah parti politik kebangsaan.

DARI SEGI sejarah, politik pilihan raya di Malaysia tidak mempunyai sistem dua parti; satu pihak parti pemerintah dan di satu pihak lagi parti pembangkang, seperti yang wujud

Ia bertujuan mendedahkan para pelajar dengan konsep dan teori utama yang diperlukan untuk menganalisa isu-isu penting ekonomi politik antarabangsa dalam

Namun, perkara ini telah dinafikan oleh pihak pembangkang sendiri dengan mengatakan bahawa isu politik perkauman yang sedang dibahaskan ini adalah merupakan bahan

Objektif utama kajian ini ialah (i) mengkaji tahap kesedaran terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum, politik, ekonomi dan konsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswa

Majoriti belia India IPTA akan memilih MIC dan BN sebagai parti politik mereka dalam PRU ke-13 jika parti tersebut lebih proaktif dalam menangani isu yang dihadapi oleh

“Ibrahim Yaacob adalah orang pertama yang menulis sejarah politik moden Melayu.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.. -