• Tiada Hasil Ditemukan

PERUBAHAN MENUNTUT PENGORBANAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PERUBAHAN MENUNTUT PENGORBANAN"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 19 Disember 2016 - Perubahan menjadi pra-syarat kepada kemajuan, kemakmuran dan usaha membina masyarakat bertamadun yang lestari yang menuntut pengorbanan yang tinggi.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr.

Sofri Yahya ketika upacara perasmian Sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

"Pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan hikmah dalam mengurus perubahan ini, apatah lagi dengan keadaan dunia yang berubah dan tuntutan terhadap pendidikan tinggi juga berubah. 

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PERUBAHAN MENUNTUT PENGORBANAN

19 DEC

(2)

"Untuk kekal releven kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan tidak boleh dielakkan yang jika kita ketepikannya kita akan diketepikan seperti kata Naib Canselor perubahan adalah istilah baharu dalam kamus orang yang berani," kata beliau.

Tambah beliau lagi, warga USM diseru untuk berubah dalam aspek jiwa dan minda warganya kerana kita sedang berhadapan dengan cabaran abad ke-21, yang menjanjikan lanskap persekitaran yang lebih sukar yang memerlukan kemahiran boleh berfikir dan menyelesaikan masalah.

"Perubahan ini juga menuntut agar kita  melihat kembali  kandungan serta  pendekatan  dalam penyampaian  modul yang diguna dalam pembinaan pelajar yang  perlu kepada sesuatu yang boleh menghasilkan pelajar masa hadapan yang seimbang antara ilmu dan akhlak, bercirikan nilai, berpengetahuan, rentas disiplin, pelbagai bahasa, keusahawanan dan penyedia perkerjaan.

(3)

"Keperluan  kualiti  bakat atau  sumber manusia  untuk staf akademik dan pentadbiran juga berubah kepada yang lebih bersesuaian manakala komuniti akademik perlu mempunyai ketrampilan kerana mereka  akan diminta  untuk sentiasa  bersikap  terbuka  dengan  cara-cara baru bekerja dan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan," tegas beliau.

Jelas Sofri, semua pihak perlu melihat kepada keperluan ini dan adalah wajar orang Islam yang beriman kepada Allah swt dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. kembali kepada Al-Quran dan As- Sunnah  dalam usaha mencari pertunjuk  bagaimana  manhaj atau metodologi  dalam mengurus dan juga memimpin perubahan.

(4)

Sambutan Maulidur Rasul tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal yang mewakili Naib Canselor.  Antara pengisian sambutan ialah ceramah oleh Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir yang  mengupas akan isu perubahan.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Dzulfikar Azmi Muhamad Aripin @ Isa (mailto:Aripin@Isa)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Akibat daripada kegawatan kesan yang diterima oleh agensi pengiklanan perubahan drastik dilakukan untuk terns menjana perkembangan industri ini dimana kita dapat memahami dan

yang membawa maksud bahawa jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan atau penulisan, maka penulisan kita itu diibaratkan seperti bunga yang kembang

"Kita juga akan membatalkan pertandingan jika paras IPU mencecah 200 dan tidak akan mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat,"

"Kita  akan  melihat  dari  pelbagai  aspek  seperti  isu  perumahan,  pendidikan,  kesihatan  yang  meliputi 

"Pengorbanan bermakna kesediaan kita untuk memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik apatah lagi yang tidak baik, kesediaan berkorban untuk menjadikan

Akhir sekali, berdasarkan dapatan kajian, kita akan dapat lihat jika terdapat perubahan bahasa daripada Ceylonese Tamil ke Tamil Tamil atau bahasa-bahasa lain

Kurikulum adalah mencari hakikat tentang siapa diri kita. Kurikulum menarik perhatian kepada mengetahui diri bertujuan mengubah masyarakat - perubahan luaran dan dalaman. Jika

Sungguhpun begitu , bak kata orang , ilmu yang kita tuntut adalah diibaratkan seperti sebentuk cincin yang dilctakkan di tengah-tengah padang bola jika