• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 416 – KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 416 – KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH "

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

2/-

________________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2017/2018

Mei/Jun 2018

JMK 416 – KAJIAN PERBANDINGAN GENRE KESUSASTERAAN TERPILIH

Masa: 3 jam

________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH (7) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

3/- [JMK 416]

- 2 -

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

1. Kesusasteraan Bandingan merupakan disiplin ilmu yang sangat luas cakupannya. Pada pendapat anda sejauh manakah kaedah dan kepentingan kajian ilmu sastera bandingan dapat dimanfaatkan dalam perkembangan kesusasteraan di Nusantara?

(25 markah) 2. Dewi Putih karya Ren Shao Tzeng dinukilkan pada abad ke-17 berasaskan gambaran unsur-unsur alam yang sangat menarik. Jelaskan tradisi kepercayaan Taoisme yang dapat dihubungkaitkan dengan unsur-unsur alam seperti yang dipaparkan dalam karya tersebut.

(25 markah)

3. Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan “Tuhan, Kita Begitu Dekat” oleh Abdul Hadi WM adalah karya mistik Islam yang lahir daripada pengalaman cinta transendental.

Ulaskan maksud ungkapan sajak (rujuk lampiran A) untuk menggambarkan tema cinta abadi.

(25 markah)

4. Falsafah abadi terangkum dalam puisi-puisi mistiksme. Falsafah ini ditunjangi fahaman Wahdatul Wujud. Bincangkan falsafah ini dalam puisi Hamzah Fansuri (Lampiran B).

(25 markah)

5. Haiku Jepun dan Haiku Melayu membawa tradisi yang berbeza. Berdasarkan pernyataan ini, bincangkan keistimewaan karya tersebut dengan menggunakan pendekatan perbandingan (Lampiran C).

(25 markah)

6. Merujuk teks One Hundred Years Of Solitude (Sumpah Tujuh Keturunan) karya Gabriel Garcia Marquez, jelaskan unsur-unsur Kristian yang mempengaruhi pembinaan karya tersebut.

(25 markah)

(3)

4/-

[JMK 416]

- 3 -

LAMPIRAN A Padamu Jua

Habis kikis

Segala cintaku hilang terbang Pulang kembali aku padamu Seperti dahulu

Kaulah kendil kemerlap Pelita jendela di malam gelap Melambai pulang perlahan Sabar, setia selalu

Satu kekasihku Aku manusia Rindu rasa Rindu rupa Di mana engkau Rupa tiada Suara sayup

Hanya kata merangkai hati Engkau cemburu

Engkau ganas

Mangsa aku dalam cakarmu Bertukar tangkap dengan lepas Nanar aku, gila sasar

Sayang berulang padamu jua Engkau pelik menarik ingin Serupa dara di balik tirai Kasihmu sunyi

Menunggu seorang diri Lalu waktu-bukan giliranku

Mata hari-bukan kawanku. (Amir Hamzah)

(4)

5/- [JMK 416]

- 4 -

Tuhan, Kita Begitu Dekat Tuhan

Kita begitu dekat

Sebagai api dengan panas Aku panas dalam apimu

Tuhan

Kita begitu dekat

Seperti kain dengan kapas Aku kapas dalam kainmu

Tuhan

Kita begitu dekat

Seperti angin dan arahnya

Kita begitu dekat

Dalam gelap Kini aku nyala Pada lampu padamu.

(kumpulan Anak ALut Anak Angin- Abdul Hadi WM)

(5)

6/- [JMK 416]

- 5 -

LAMPIRAN B

Tuhan kita yang bernama Qadim Pada sekalian makhluq terlalu karim Tanda-Nya qadir lagi dan hakim

Menjadikan alam daripada Ar-Rahman Ar-Rahim

Rahman itulah yang bernama sifat Tiada bercerai dengan kunhi Dzat

Dzat di sana perhimpunan sekalian ibarat Itulah haqiqat yang bernama ma’lumat

Rahman itulah yang bernama wujud Keadaan Tuhan yang sedai ma’bud Kenyataan Islam Nasrani dan Yahud Dari Rahman itulah sekalian maujud

Ma’bud itulah terlau bayan

Pada kedua alam kulla yawmin huwa fi syan Ayat ini daripada surat Ar-Rahman

Sekalian alam di sana hairan

(6)

7/- [JMK 416]

- 6 -

Ma’bud itulah yang bernama haqiq Sekalian alam di dalamnya qhariq Olehnya itulah sekalian fariq

Pada kunhinya itu tiada beroleh thariq

(Hamzah Fansuri Risalah Tasawuf dan Puisi-puisinya Abdul Hadi W.M. 1995 : 113)

*Nota

karim – mulia

mabud – Tuhan yang wajib di sembah bayan – penjelasan

haqiq – nyata qhariq – terbenam fariq – golongan thariq - jalan

(7)

8/- [JMK 416]

- 7 -

LAMPIRAN C

Haiku Jepun

Listen ! a frog

Jumping into the stillness Of an ancient pond

(Matsuo Basho dalam A Haiku Journey, Dorothy Britton, 1980:10).

Haiku Melayu

Diazam Padi

Di benih baru

Cedung azam di sawah

Solat menghijau

(Anbakri & Anasuraya dalam 515 Haiku Melayu. 2012: 2)

-oooOooo-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seperti yang telah diperkatakan di atas bahawa tajuk ilmu badi’ Arab banyak, tetapi dalam artikel ini, penulis cuba membincangkan dan menerapkan beberapa unsur ilmu badi’ Arab

Bincangkan aspek-aspek budaya Melayu yang berkaitan dengan sejarah, andaian, kontradiksi dan kontroversi yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu...

Jadual 4.2 Jadual menunjukkan penemuan unsur kebudayaan kebangsaan berteraskan unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar di dalam karya-karya seni visual artis Bakat Muda

Puisi “PadaMu Jua” oleh Amir Hamzah dan “Tuhan, Kita Begitu Dekat” oleh Abdul Hadi W.M adalah karya Mistik Islam yang lahir daripada pengalaman cinta

Maka proses penyerapan unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti fosforus, kuprum dan zink dapat berlaku dengan lebih eepat dan dalam kuantiti yang lebih banyak.. Ini

Selain aspek mengingat,unsur-unsur tasawuf dalam Meditasi diperlihatkan melalui tingkatan atau maqam (station maqomat)3,iaitu perjalanan kekasih yang menjauh dari penyair,

Kajian ini tidak berhasrat untuk melihat keberkesanan proses kelompok dalam menyelesaikan sesuatu masalah tetapi sebaliknya memfokus kepada kewujudan unsur- unsur

Berdasarkan puisi “Padamu Jua” karya Amir Hamzah dan “The Song of Songs” daripada The Holy Bible yang dilampirkan dalam Lampiran 1, bandingkan unsur-unsur gaya bahasa