• Tiada Hasil Ditemukan

KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK- KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK- KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

5/17/2018 USM News Portal - KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5514-kerusi-pergigian-berimejkan-kartun-tarik-kanak-kanak-lakukan-rawatan-gigi 1/4

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Januari 2018 – Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma dan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang mula beroperasi pada awal tahun ini menjadi tumpuan bagi perawatan pergigian mesra kanak-kanak kerana mempunyai kerusi pergigian unik berimejkan watak animasi yang boleh mengurangkan ketakutan pada kanak-kanak ketika melakukan rawatan gigi.

Hasil daripada kerjasama pintar bersama rakan strategik, Meichen Stomatological Hospital, China, membolehkan Hospital USM menerima dua kerusi pergigian khas yang dihasilkan khusus untuk keperluan rawatan kanak-kanak dan golongan kelainan upaya (OKU).

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK- KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

14 JAN

(2)

5/17/2018 USM News Portal - KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5514-kerusi-pergigian-berimejkan-kartun-tarik-kanak-kanak-lakukan-rawatan-gigi 2/4

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein, selain menerima dua buah kerusi pergigian kanak-kanak ini, Klinik Pakar Pergigian Hospital USM juga menyediakan 29 kerusi pergigian untuk pengajaran dan pembelajaran serta 12 kerusi pergigian untuk rawatan pakar-pakar pergigian meliputi pelbagai bidang kepakaran.

(3)

5/17/2018 USM News Portal - KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5514-kerusi-pergigian-berimejkan-kartun-tarik-kanak-kanak-lakukan-rawatan-gigi 3/4

"Antara khidmat yang ditawarkan ialah pembedahan Oral Maksilofasial, pergigian kanak-kanak dan keperluan khas, Prostodontik, Periodontik, Konservatif dan Endodontik, Ortodontik, perubatan Oral dan Patologi Oral, kesihatan awam pergigian serta rawatan pergigian umum.

"Perkhidmatan Pergigian Hospital USM juga berhasrat untuk menjadi pusat rujukan terkemuka di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa dengan menawarkan rawatan-rawatan khas seperti Pembedahan Ortognatik, Maksilofasial Prostodontik dan lain-lain di samping rawatan-rawatan kepakaran umum," jelasnya.

Majlis perasmian Klinik Pakar Pergigian ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan disaksikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Share This

(4)

5/17/2018 USM News Portal - KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5514-kerusi-pergigian-berimejkan-kartun-tarik-kanak-kanak-lakukan-rawatan-gigi 4/4 Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, 24 Januari 2017 - Unit Urologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah menjalankan kaedah pembedahan batu karang buah pinggang

KUBANG KERIAN, 25 Januari 2017 - Sebanyak 70 hingga 80 peratus pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), bukannya

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Oktober 2016 – Kumpulan GPP-DS, LEAN KRK, Genius Eleven dan Fast merupakan wakil Universiti Sains Malaysia (USM) yang berjaya

USM, KUBANG KERIAN, 1 Disember 2016 - Tiga pasukan futsal akan mewakili Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam Kejohanan Futsal yang bakal berlangsung pada 3

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mac 2016 – Malam Kebudayaan India yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi landasan yang mengeratkan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar pengekstrakan bahan-bahan semula

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia