PELESTARIAN TARIAN DALING-DALING
Tekspenuh
(2) FYP FTKW PELESTARIAN TARIAN DALING-DALING SEBAGAI WARISAN TIDAK KETARA SUKU KAUM SULUK. DISEDIAKAN OLEH:. JOEL. Projek Penyelidikan Ini Diserahkan Untuk Memenuhi Syarat Kelayakan Bagi Ijazah Sarjana Warisan Dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022.
(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. Joel ...................................... ........................................................ JOEL. DR. NORAZLINDA BT MOHAMED ROSDI. Tarikh: 01/03/2022. Tarikh: 01/03/2022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS.
(4) I hereby certify that the work embodied in this thesis is the result of the original research and has not been submitted for a higher degree to any other University or Institution. OPEN ACCESS. EMBARGOES. CONFIDENTIAL. RESTRICTED. I agree that my thesis is to be made immediately available as hardcopy or on-line open access (full text) I agree that my thesis is to be made available as hardcopy or on-line (full text) for a period approved by the Post Graduate Committee. Date from ____________ until ______________ (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972) * (Contains restricted information as specified by the organization where research was done) *. I acknowledge that University Malaysia Kelantan reserves the right as follows. 1. The thesis is the property of University Malaysia Kelantan. 2. The library of University Malaysia Kelantan has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.. Joel SIGNATURE 981017-12-5979 ____________________ IC/PASSPORT NO. Date: 01/03/2022. SIGNATURE OF SUPERVISOR DR. NORAZLINDA BT. MOHAMED ROSDI NAME OF SUPERVISOR Date: 01/03/2022. Note: * If the thesis is CONFIDENTIAL OR RESTRICTED, please attach the letter from the organization stating the period reasons for confidentially and restriction.. FYP FTKW. THESIS DECLARATION.
(5) Bismillahirahmannirahim. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ ala, kerana dengan izin limpah kurnia dan rahmat taufik serta hidayat daripadaNYA maka dapat saya laksanakan projek penyelidikan ini dengan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek penyelidikan saya, DR. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi, yang banyak membantu memberi tunjuk ajar, sumbangan idea serta sokongan moral dalam memastikan saya dan rakan mahasiswa lain dalam menyiapkan projek penyelidikan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih ini juga saya tujukan kepada responden-responden yang terlibat iaitu seramai 70 orang responden kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama baik dalam proses instrumen kajian yang dijalankan. Kerjasama mereka amat dihargai. Dalam kesempatan ini juga, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan dorongan semasa menjalani tempoh pengajian dan pengkajian ini. Pengorbanan mereka amat dihargai dan dikenang. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat perjuangan yang sentiasa membantu dan menjadi tempat rujukan dan perbincangan sepanjang menjalankan kajian ini. Akhir kalam, Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) khususnya kepada YBsr. Dr Hanisa Binti Hassan, selaku Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan yang telah membenarkan projek penyelidikan ini dilaksanakan. Dengan demikian adalah diharapkan penyelidikan ini dapat memberi manfaat dan rujukan di masa akan datang kepada mahasiswa dan masyarakat umum.. iii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.
(6) TIDAK KETARA SUKU KAUM SULUK ABSTRAK Kajian ini bertujuan meneroka cara tarian Daling-Daling dipersembahkan, Mengkaji perbezaan di antara tarian Daling-Daling dengan tarian Igal-Igal dan cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu soal selidik dan temu bual. Pelestarian Tarian Daling-Daling ditinjau dengan menggunakan Teori Seni tari. Hasil dapatan kajian melalui soal selidik yang dianalisis menunjukkan responden didapati majoriti sangat setuju bahawa Tarian Daling-Daling merupakan tarian tradisional suku kaum Suluk dan Tarian Igal-Igal merupakan tarian tradisional Suku kaum Bajau. Cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling majoriti responden sangat setuju mengadakan program atau pertandingan tarian Daling-Daling merupakan cara terbaik dalam mengekalkan Tarian Daling-Daling suku kaum Suluk. Hasil kajian temubual mendapati responden dapat menjawab dengan baik berkaitan dengan cara tarian Daling-Daling dipersembahkan. Oleh itu, Perkara ini perlu dilihat agar kajian kali ini dapat memberikan satu maklumat yang baharu kepada semua masyarakat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarian Daling-Daling. Kata kunci: pelestarian tarian Daling-Daling, Igal-Igal, suku kaum Suluk, Bajau, warisan tidak ketara. iv. FYP FTKW. PELESTARIAN TARIAN DALING-DALING SEBAGAI WARISAN.
(7) HERITAGE OF THE SULUK TRIBE ABSTRACT. This study aims to explore the way Daling-Daling dance is performed, to study the differences between Daling-Daling dance and Igal-Igal dance and ways to maintain Daling-Daling dance to continue to be preserved. The research methods used in this study are quantitative and qualitative methods, namely questionnaires and interviews. Daling-Daling dance preservation is reviewed using dance art theory. The results of the study through the questionnaire analyzed showed that the respondents found that the majority strongly agreed that Daling-Daling dance is a traditional dance of the Suluk tribe and Igal-Igal dance is a traditional dance of the Bajau tribe. The ways to maintain the Daling-Daling dance is by holding a Daling-Daling dance program or competition is the best way to maintain the Daling-Daling dance of the Suluk tribe. The results of the interview study found that the respondents were able to answer well related to the way the Daling-Daling dance is performed. Therefore, this matter needs to be seen so that this study can provide a new information to all communities to know more about Daling-Daling dance. Keywords: preservation of Daling-Daling dance, Igal-Igal, Suluk community, Bajau community, intangible heritage. v. FYP FTKW. PRESERVATION OF DALING-DALING DANCE AS INTANGIBLE.
(8) HALAMAN PERAKUAN TESIS THESIS DECLARATION PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANUDNGAN SENARI GAMBAR SENARI JADUAL SENARI RAJAH. i ii iii iv v vi x xi xii. BAB I. PENDAHULUAN. 1.0. Pengenalan. 1. 1.1. Latar Belakang. 3. 1.2. Permasalahan Kajian. 7. 1.3. Persoalan Kajian. 8. 1.4. Objektif Kajian. 9. 1.5. Skop Kajian. 9. 1.6. Kepentingan Kajian. 10. 1.6.1 Individu. 10. 1.6.2 Masyarakat. 11. 1.6.3 Institusi Pengajian. 11. 1.6.4 Negara. 12. Organisasi Penulisan Bab. 12. 1.7. vi. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.
(9) SOROTAN KAJIAN. 2.0. Pengenalan. 16. 2.1. Sorotan Kajian Lepas. 17. 2.2. Kerangka Teori. 23. 2.3. Kesimpulan. 26. BAB III. METODOLOGI KAJIAN. 3.0. Pengenalan. 27. 3.1`. Kerangka Konsep Kajian. 28. 3.2. Reka bentuk Kajian. 30. 3.2.1 Kualitatif. 30. 3.2.1 Kuantitatif. 30. Pengumpulan Data. 31. 3.3.1 Data Primer. 31. 3.3.1.1 Soal Selidik. 32. 3.3.1.2 Temu Bual. 33. 3.4. Persampelan Kajian. 34. 3.5. Instrumen Kajian. 34. 3.6. Alat Bantu Kajian. 35. 3.7. Kaedah Analisis Data. 35. 3.8. Kesimpulan. 37. BAB IV. DAPATAN KAJIAN. 4.0. Pengenalan. 39. 4.1. Cara Tarian Daling-Daling Di Persembahkan. 40. 3.3. 4.1.1 Cara Gerakan Tarian Daling-Daling Dipersembahkan. 40. 4.1.2 Jenis Gerakan Dalam Persembahan. vii. FYP FTKW. BAB II.
(10) 45. 4.1.3 Jumlah Penari Yang Akan Membuat Persembahan Tarian Daling-Daling. 48. 4.1.4 Alat Muzik Tradisional Yang Digunakan Dalam Tarian Daling-Daling. 51. 4.1.5 Pakaian Tradisional Yang Digunakan Dalam Tarian Daling-Daling. 52. 4.1.6 Jenis Lagu atau Genre Lagu Yang Digunakan Dalam Tarian Daling-Daling 4.2. 54. Pelestarian Tarian Daling-Daling sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Suluk. 56. 4.2.1 Demografi Responden. 56. 4.2.2 Perbezaan Di Antara Tarian Daling-Daling Dan. 58. Igal-Igal 4.2.3 Cara Untuk Mengekalkan Tarian Daling-Daling. 63. 4.3. Kesimpulan. 67. BAB V. PENUTUP. 5.0. Pengenalan. 70. 5.1. Perbincangan. 71. 5.2. Cadangan Dan Saranan. 74. 5.2.1 Pihak Kerajaan Dan Institusi Bertanggungjawab. 74. i) Memperkasa Aktiviti Kebudayaan Rakyat Setiap Tahun. 75. ii) Menambah Peruntukan Dana Dalam Menjaga Warisan Seni. 75. 5.2.2 Pihak Sekolah dan Institusi Pendidikan. 76. i) Memperkasa Aktiviti Sekolah Menerusi Penglibatan Seni Tarian Etnik. 77. ii)Mewujudkan Persatuan dan Kelab Seni Tarian Etnik. 77. 5.2.3 Pihak Media Massa Dan Media Elektronik. 77. i) Menerapkan Tarian-Tarian Tradisi Dalam Bentuk Filem Untuk dikomersilkan. 78. iii) Menyiarkan Setiap Pertunjukan Tarian-Tarian Di Kaca viii. FYP FTKW. Tarian Daling-Daling.
(11) 79. 5.2.4 Individu, Ibu Bapa dan Masyarakat. 79. i) Menerapkan Nilai Kebudayaan Yang Positif Dalam Diri Sendiri. 79. ii) Membudayakan Ilmu Seni Tarian Kepada Ahli Keluarga. 80. iii) Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni Dan Warisan 5.3. Kepada Masyarakat Sekeliling. 80. Rumusan. 81. RUJUKAN. 83. LAMPIRAN A. 89. LAMPIRAN B. 90. ix. FYP FTKW. Televisyen.
(12) NO GAMBAR. HALAMAN. 1. Gambar Gerakan Jari Ke Bawah. 42. 2. Gerakan Jari Ke Atas. 43. 3. Gerakan Tubuh Badan Atau Lenggok Tubuh Badan. 44. 4. Menari Secara Berpasangan. 48. 5. Menari Secara Solo. 49. 6. Menari Secara Berkumpulan. 50. 7. Gabbang. 51. 8. Kulin Tangan. 52. 9. Gambar Arung Salamiah Menari Tarian Igal Tabawan Bersama Tanjung Klang. 60. SENARAI JADUAL. NO. JADUAL. HALAMAN. 1. Jadual Penentuan Saiz Sample Kerjcie & Morgan (1970). 32. 2. Jadual Pembahagian Soalan Soal Selidik. 33. 3. Simbol-Simbol Transkripsi Untuk Maklumat Temu Bual. 37. 4. Jenis Gerakan Dalam Persembahan Tarian Daling-Daling. 47. 5. Baju Tradisional Kaum Suluk Dalam Mempersembahkan. 54. Tarian Daling-Daling 6. Jenis Lagu Atau Genre Lagu Yang Digunakan Dalam. 55. Tarian Daling-Daling 7. Demografi Responden. 56. 8. Perbezaan Di Antara Tarian Daling-Daling Dan Tarian Igal-Igal. 62. 9. Cara Untuk Mengekalkan Tarian Daling-Daling. 66. x. FYP FTKW. SENARAI GAMBAR.
(13) NO. RAJAH. 1. HALAMAN. Pelestarian Tarian Daling-Daling Sebagai Warisan. 29. Tidak Ketara Suku Kaum Suluk 2. Proses Aliran Pembinaan Soalan Soal Selidik. xi. 33. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.
(14) PENDAHULUAN. 1.0. PENGENALAN. Pemeliharaan sepertimana yang terkandung di dalam Bursa Charter dan ia merupakan satu istilah umum yang bermaksud segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan kepentingan memelihara budaya. Pelestarian adalah cabang untuk memelihara bagi mengekalkan nilai estetika pada warisan termasuk dalam usaha untuk memulihara warisan ini, satu akta telah diwartakan dan dikenali sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang tertumpu kepada usaha untuk memelihara dan memulihara warisan sama ada bersifat ketara mahupun tidak ketara. Akta ini juga bertindak sebagai akta yang menjaga dan melindungi berkaitan dengan pengurusan warisan ketara dan tidak ketara. Kesemua elemen pemeliharaan dinyatakan di atas merupakan definisi yang telah dikemukakan oleh pihak UNESCO ( United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) berkenan warisan budaya tidak ketara melalui konvensyen yang telah berlangsung pada tahun 2003 di Geneva. konvensyen ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada warisan budaya tidak ketara yang semakin hilang dan pupus impak proses globalisasi dan tindakan manusia itu sendiri. Konvensyen ini telah menghasilkan definisi yang sesuai mengenai warisan tidak ketara pada artikel 2 seperti di bawah,. “The “intangible cultural heritage” means the practices, representations, expressions, knowledge, skill-as well as the instruments, objects, artefact an cultural spaces associated there with. FYP FTKW. BAB I.
(15) part of their cultural heritage. This intangible cultural heritage, transmitted from generation to generation, is constantly recreated by communities and groups in response to their environment, their interaction with nature and their history and provides them with asense of identity and continuity, thus promoting respect for cultural diversity and human creativity”. (UNESCO 2003) Definisi ini membawa maksud amalan, perwakilan, ungkapan, pengetahuan, kemahiran serta instrumen, objek dan ruang budaya mengaitkan, masyarakat, kumpulan dan dalam beberapa kes, individu mengenai sesuatu yang menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan mereka. Warisan budaya tidak ketara ini, diperturunkan dari generasi ke generasi, sentiasa diwujudkan oleh masyarakat dan kumpulan sebagai tindakan kepada persekitaran mereka dengan jati diri dan kesinambungan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa hormat kepada kepelbagaian budaya dan kreativiti manusia.. Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diterima secara turun-temurun oleh seseorang dan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi terdahulu. Warisan juga bermaksud tinggalan alam semula jadi yang perlu dipelihara sebaikbaiknya. Hal ini menggambarkan memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunannya. Warisan bermula dengan naluri manusia untuk menyimpan sebagai tanda kenangan dan sumber nostalgia. Desakan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian, mendorong mereka mencari barang–barang tinggalan pelik untuk dijadikan khazanah alam berharga. Kewujudan warisan budaya di Malaysia telah melalui sesuatu proses sejarah yang panjang dan ianya telah menjadi milik bersama dalam mewujudkan rasa kesepunyaan (sense of belonging) dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara umumnya, warisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu warisan ketara(tangible) dan warisan tidak ketara(intangible).. 2. FYP FTKW. that communities, groups and in some cases. Individual recognize as.
(16) peninggalan dari orang dahulu yang diteruskan sehingga menjadi corak dalam kehidupan masyarakat orang dahulu yang menjadi turun-menurun. Warisan tidak ketara yang diperoleh daripada hasil dapatan kajian lebih banyak berkaitan dengan adat resam dan pantang larang dalam pelbagai etnik di Malaysia. Di kalangan masyarakat Malaysia memang tidak dinafikan bahawa, warisan tidak ketara memang banyak ditemui berdasarkan elemen-elemen warisan tidak ketara. Dikatakan lagi bahawa keunikan warisan tidak ketara memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia kaya dengan kepelbagaian warisan ketara mahupun tidak ketara. Warisan Tidak Ketara ini (intangible heritage) ini adalah warisan yang tidak nyata atau tidak nampak melibatkan ilmu dan kepakaran ditafsirkan melalui bahasa, sastera, kepercayaan, adat resam diamalkan dan sebagainya.. 1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN. Di Malaysia misalnya, cukup terkenal sebagai sebuah Negara yang mempunyai pelbagai keunikan. Kewujudan pelbagai kaum telah melahirkan kebudayaan yang cukup menarik. Umumnya, setiap kaum mempunyai bentuk dan asas tarian yang berlainan antara satu sama lain, yang secara langsung telah menjadi tarikan pelancong luar. Tarian sesuatu kaum itu bukan sahaja diwarisi secara turun-temurun tetapi juga berubah mengikut kehendak semasa sekaligus dipengaruhi oleh tariantarian dari luar negara yang mengikut peredaran zaman ke zaman.. Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Suluk atau Tausug ialah kumpulan etnik Filipina dan Malaysia, populasi kecil juga boleh ditemui di bahagian utara Kalimantan Utara, Indonesia. Suluk adalah sebahagian daripada identiti politik Muslim Mindanao, Sulu dan Palawan yang lebih luas. Kebanyakan Suluk telah memeluk agama Islam yang ahli-ahlinya kini lebih dikenali sebagai kumpulan Moro, yang merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar Mindanao, Sulu dan Palawan yang pernah menjalankan. 3. FYP FTKW. Sehubungan dengan itu, warisan tidak ketara juga sebahagian daripada.
(17) Kalimantan Utara dan bahagian timur negeri Sabah dahulu Borneo Utara kini.. "Tausug" (Tausug: Tau Sūg) bermaksud "orang-orang arus", daripada perkataan tau yang bermaksud "manusia" atau "orang" dan sūg (secara alternatif dieja sulug atau suluk) yang bermaksud "arus laut". Istilah Tausūg berasal daripada dua perkataan tau dan sūg (atau suluk dalam bahasa Melayu) yang bermaksud "orang arus", merujuk kepada tanah air mereka di Kepulauan Sulu. Sūg dan suluk keduaduanya bermaksud perkara yang sama, dengan yang pertama adalah evolusi fonetik di Sulu dari yang terakhir (L digugurkan dan dengan itu dua U pendek bergabung menjadi satu U panjang). Kaum Tausūg di Sabah merujuk kepada diri mereka sebagai Tausūg tetapi merujuk kepada kumpulan etnik mereka sebagai "Suluk" sebagai didokumenkan dalam dokumen rasmi seperti sijil kelahiran di Sabah, yang ditulis dalam bahasa Melayu.. Suluk yang juga dikenali sebagai "orang arus", seperti perkataan Tausug secara amnya, dikatakan sebagai salah satu kumpulan etnik Islam terbesar yang terdapat di Filipina menurut Bruno, 1973 dan Kiefer 1972. Suluk boleh ditemui di Jolo yang merupakan pulau utama di seluruh hipelago of Sulu dan dianggap sebagai pusat politik dan budaya masyarakat. Tausug disifatkan sebagai pelaut yang baik, peniaga yang baik dan ahli perniagaan yang cemerlang tetapi mereka tidak pernah mengukur kekayaan antara wang, perak atau emas Jurdam 1978, tetapi mengukur kekayaan material interm untuk mencapai kuasa politik adalah perkara yang berbeza. Dalam laporan bertulis Jurdamand Sabalvaro 1978, tentang Suluk, ramai pemberi maklumat mereka "menganggap panubu (keturunan) sebagai kekayaan mereka yang sangat bernilai. Sebabnya adalah fakta bahawa keturunan membawa nama keluarga dan membantu mengekalkan maruah dan martabat keluarga”. Selain daripada ini, Suluk juga mempamerkan ciri ini yang menganggap kebanggaan dan integriti sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Mereka tidak akan lari dari pertarungan kerana ini dianggap memalukan. Pengecut adalah sesuatu yang boleh mencemarkan nama keluarga mereka justeru, membuatkan mereka mengelakkan perbuatan sedemikian kerana ia mengancam kesombongan dan integriti mereka yang tinggi nilainya.. 4. FYP FTKW. kedaulatan ke atas wilayah Basilan, Palawan, Sulu, Tawi-Tawi, Bandar Zamboanga,.
(18) mempunyai asal usul dan sejarah masing-masing hingga menjadi satu proses kajian dalam masyarakat dunia. Menurut Sachs (1937), kebanyakan penulis sejarah tarian di dunia ini masih tidak dapat menyebut tarikh yang tepat bagi asal usul sesebuah tarian. Jika kita ingin memperluaskan kata asal usul tarian, Rust (1969) menyatakan bahawa asal usul tarian dapat dikenalpasti apabila datangnya jejak sehingga detik asal usul manusia itu sendiri. Kenyataan ini turut disokong oleh Cass (1993) yang menyatakan bahawa kemunculan tarian dikatakan bermula sejak zaman prasejarah lagi menerusi kegiatan ritual dalam masyarakat prasejarah pada masa itu. Tidak lupa juga keyataan yang dikemukakan oleh Ashead-Landsale dan Layson (1994) yang mengatakan dalam lingkungan umum sejarah mengenai tarian dikaitkan dengan spekulasi terhadap fungsi tarian pada zaman prasejarah dan mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti titik penemuan tarian. Ini membuktikan bahawa tarian sangat berpengaruh kepada corak kehidupan manusia hingga membentuk sesebuah tarian tradisional mahupun moden mengikut adat dan budaya masyarakat masing-masing. Walau bagaimanapun tarian adalah salah satu seni yang tertua kerana mempunyai fungsi yang unggul berbanding dengan seni yang lain menurut (FX Widaryanto 2007 terj Peterson (1997).. Dalam satu kajian merumuskan kepentingan tarian dalam mengenal asal usul tarian Rochman (2009) berpendapat bahawa untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai asal usul tarian, maka pengkaji perlu menerokai sejarah penciptaan tarian terlebih dahulu. Jika diteliti dengan lebih mendalam, dapat dikenalpasti bahawa. tokoh-tokoh barat telah mendahului satu kajian berkaitan. dengan teori, definisi dan asal usul tarian ini. Menurut Corrie Hartong ahli tari dari Belanda merangkumkan tarian iaitu gerak-gerak yang diberi bentuk dari anggota tubuh badan dalam ruang bertujuan untuk memberi pergerakan yang sesuai dengan hasil tarian.. Meliputi sejarah perkembangan tarian telah didapati bahawa semakin hari tarian membawa perubahan demi perubahan hingga terwujud dua fokus utama tarian iaitu tarian tradisional dan moden. Jika ditelusuri dari sudut perkembangan tarian 5. FYP FTKW. Setiap tarian tradisional mahupun moden yang ada di pelosok dunia.
(19) kemudian berkembang dalam kalangan rakyat biasa dan sehinggalah kemunculan tarian yang berkonsepkan moden. Untuk kajian ini, pengkaji akan mengupas mengenai tajuk kajian iaitu pengekalan tarian Daling-Daling sebagai warisan tidak ketara suku Kaum Suluk. Di Sabah tarian Darling-daling merupakan salah satu tarian yang unik bagi suku kaum Suluk di Sabah. Menurut Ismail Abbas (1988), tarian Daling-Daling berasal daripada penjajah Sepanyol dan tarian ini di kaitkan dengan satu perkataan yang dipetik dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘ darling’ yang membawa maksud kekasih. Di katakan tarian ini diperkenalkan semasa Sepanyol menjajah negara Filipina, oleh kerana Negara Filipina bersempadan dengan Negeri Sabah, secara tidak langsung tarian ini mula tersebar ke negeri berkenaan terutamanya dalam kalangan kaum Suluk yang tinggal di kawasan daerah Semporna. Di samping itu, kajian kulas (2001) mendapati bahawa tarian ini ada unsur cerita legenda tempatan sendiri hingga membentuk keunikan pada tarian ini.. Dalam mempersembahkan tarian ini kebiasaannya mempunyai dua orang iaitu lelaki dan perempuan yang akan mempersembahkan dengan berbalas pantun dalam dialek mereka. Abbas dan Shaong (1984), hasil pemerhatian mereka telah mendapati bahawa asal usul tarian Daling-Daling berasal dari Filipina ada kebenarannya disebabkan tarian Pangalay Filipina mirip dengan tarian Igal-Igal suku kaum Bajau di Semporna. Kedua-dua penari mempunyai gerakan yang hampir sama iaitu gaya burung yang sedang terbang di awan. Namun yang membezakan tarian Daling-Daling ini dengan tarian Daling-Daling di Semporna ialah rentak iringan muzik yang rancak bagi tarian Daling-Daling orang Filipina. Dalam tarian ini penari akan menggunakan janggay (kuku yang panjang) yang menyerupai kuku burung yang panjang. Ismail Abbas (1998) berpendapat tarian ini dipersembahkan ketika majlis sukaria seperti majlis kahwin, pertunangan, berkhatan, khatan Quran dan sambutan hari raya. Tujuan tarian ini adalah untuk memeriahkan majlis tersebut dan salah satu bentuk tanda kebanggaan tarian suku kaum Suluk. Pada asalnya tarian ini dikatakan hanya berlaku dalam kalangan pembesar sahaja namun disebabkan peralihan zaman dan perubahan corak pemerintahan, ia mula berkembang dalam kalangan etnik lain di sekitar Semporna.. 6. FYP FTKW. yang ada pada hari ini didapati telah berkembang bermula di peringkat istana dan.
(20) Daling-Daling sebagai warisan tidak ketara suku kaum Suluk. Bagi memantapkan lagi perbincangan kajian pengkaji akan menetapkan fokus yang akan di kaji berkaitan dengan tarian Daling-Daling suku kaum Suluk. Walaupun ada sebilangan penulis yang telah melakukan penyelidikan dan kajian mengenai tarian Daling-Daling ini, namun mereka hanya bertumpu kepada asal usul tarian Darling-daling sahaja. Oleh itu, pengkaji akan mengetengahkan beberapa persoalan kajian, permasalahan kajian dan objektif kajian untuk memastikan penulisan ini mencapai objektif yang ingin disampaikan menerusi analisis dapatan data kelak.. 1.2. PERMASALAHAN KAJIAN. Tarian Daling-Daling sangat dipelihara oleh masyarakat Suluk di Semporna. Kesedaran dalam memelihara warisan tidak ketara sangat penting untuk diteruskan demi memastikan kesenian ini terus kekal dan dapat diperturunkan kepada generasi seterusnya. Tarian ini merupakan salah satu tarian khas untuk suku Kaum Suluk yang merupakan lambang identiti mereka sendiri. Tarian Daling-Daling diiringi oleh “sangbai” iaitu pantun memuji yang dinyanyikan seorang penyanyi dan dua orang penyanyi.. Masyarakat zaman sekarang dilihat kurang kesedaran tentang tarian tradisional kerana mereka lebih peka dan meminati tarian barat berbanding tarian tradisional. Tambahan pula, dengan adanya teknologi yang pesat membangun telah menghalang generasi sekarang untuk mengekalkan tarian tradisional termasuklah tarian Daling-Daling itu sendiri. Masalah ini berlaku apabila muncul tarian lain telah mendominasi menyebabkan generasi sekarang berlumba-lumba untuk mencintai tarian tersebut berbanding tarian tradisional mereka sendiri.. Masyarakat di Malaysia amnya diketahui mempunyai kepelbagaian tarian sehingga menyebabkan kesukaran dalam mengenalpasti tarian suku kaum yang ada di Malaysia. Tidak semua masyarakat Sabah mengetahui tarian Daling-Daling kerana di Sabah terlalu banyak jenis tarian tradisional yang ada. Hal ini menyebabkan hanya 7. FYP FTKW. Secara keseluruhan, kajian ini memberi tumpuan kepada pelestarian tarian.
(21) ditambah pula tarian suku kaum yang lain lebih diperkenalkan di Sabah telah menghalang tarian ini untuk ditonjolkan. Perkara ini telah menyebabkan timbul. Permasalahan kepada masyarakat suluk dalam mengetengahkan tarian Daling-Daling. Permasalahan dalam mengekalkan tarian Daling-Daling telah mendapat satu kekangan dan cabaran kerana bersifat mudah berubah-ubah dan mudah terpengaruh oleh corak kehidupan dan perkembangan teknologi bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi memastikan tarian ini dapat dikekalkan dan telah menjadi tanggungjawab bersama untuk merealisasikan impian ini.. 1.3. PERSOALAN KAJIAN. Pengkaji telah menetapkan tiga persoalan kajian demi melihat pandangan dan pendapat masyarakat suku kaum Suluk. Persoalan ini juga akan membantu memberi panduan kepada pengkaji dalam menggariskan penulisan kajian. Ini kerana pengkaji akan menjawab segala bentuk persoalan yang timbul disamping mengikut garisan objektif yang telah ditetapkan. Antaranya ialah:. i). Bagaimanakah tarian Daling-Daling dipersembahkan?. ii). Apakah perbezaan di antara tarian Daling-Daling dengan tarian IgalIgal?. iii). Bagaimanakah cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara?. 1.4. OBJEKTIF KAJIAN. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif kajian untuk mencapai beberapa objektif kajian ini iaitu:. 8. FYP FTKW. segelintir masyarakat Sabah yang mengetahui wujudnya tarian Daling-Daling. Ini.
(22) Mengenalpasti cara tarian Daling-Daling dipersembahkan.. ii) Mengkaji perbezaan di antara tarian Daling-Daling dengan tarian IgalIgal. iii). Menganalisis cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara.. 1.5. SKOP KAJIAN. Skop kajian ini perlu dibuat untuk mengelakkan daripada permasalahan yang dikaji tidak tersasar jauh. Berhubungkait dengan objektif kajian, pengkaji perlulah menjelaskan terlebih dahulu tentang aspek yang akan ditekan dalam kajian. Dalam skop kajian ini pengkaji telah menetapkan skop kajian iaitu mengenalpasti lokasi kajian bagi menyempurnakan kajian ini. Bukan itu sahaja kajian perlu berpandukan kepada objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji mengenai kajian tersebut. Fokus kajian dan matlamat kajian pengkaji adalah dengan menggunakan responden sebagai rujukan utama bagi mendapatkan segala info berkaitan dengan tajuk kajian.. Berdasarkan pembacaan pengkaji, pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan pertandingan Daling-Daling sempena sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai buat kali pertama. Sejak itu, tarian Daling-Daling mula dikenali di daerah Sandakan dan Semporna. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan skop kajian di satu daerah kerana daerah berkenaan terkenal dengan tarian Daling-Daling bahkan tidak semua daerah yang ada di Sabah mengenali tarian Daling-Daling. Ini akan membantu pengkaji untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan kelak. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan matlamat utama dalam kajian ini berdasarkan objektif kajian dalam menyempurnakan kajian pengkaji.. Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada cara tarian Daling-Daling dipersembahkan, cadangan dalam memelihara tarian Daling-Daling sebagai warisan tidak ketara. Hal ini bagi melihat bagaimana cadangan kajian lepas dalam 9. FYP FTKW. i).
(23) pengkaji juga akan melihat alat muzik yang digunakan dalam tarian Daling-Daling kerana tarian ini mempunyai alat yang tertentu yang digunakan semasa persembahan.. 1.6. KEPENTINGAN KAJIAN. Titik fokus perbincangan kali ini ialah mengenai kepentingan kajian yang akan di kupas secara terperinci. Secara umumnya terdapat beberapa fokus utama kepentingan kajian yang akan dibentangkan seperti berikut;. 1.6.1. Individu. Kepentingan kajian ini terhadap individu adalah supaya individu itu sendiri dapat mengenal dengan lebih dekat lagi tentang warisan tarian Daling-Daling yang sememangnya merupakan warisan masyarakat yang perlu dikekalkan kerana ianya adalah identiti bagi suku kaum Suluk. Justeru itu, golongan muda Khususnya golongan mahasiswa institusi kerajaan atau swasta merupakan individu yang penting dalam membantu pihak kerajaan Malaysia dalam memberi kesedaran dan juga membantu bagi memastikan memelihara dan memulihara warisan ini dapat diteruskan. Tambahan lagi, kepentingan kajian ini akan membantu individu yang mengkjai supaya menyelam dengan lebih mendalam tentang tarian Daling-Daling agar terjaga untuk panduan generasi yang akan datang. Dalam hal ini, pengkaji ingin mendedahkan tentang tarian Daling-Daling kepada generasi kini kerana anjakan paradigma telah membawa perubahan terhadap budaya generasi sekarang. Bagi aspek kepupusan, pengkaji ingin menyemai cintakan warisan budaya dalam setiap individu agar nilai warisan ini dapat dipelihara dan dikekalkan sebagai warisan bangsa.. 1.6.2. Masyarakat. Dalam Konteks ini, masyarakat merupakan tonggak yang penting untuk memastikan warisan dapat dikekalkan serta memberikan pendedahan tentang kepentingan warisan 10. FYP FTKW. memelihara tarian agar dapat dikekalkan supaya tidak ditelan zaman. Tambahan pula,.
(24) warisan yang ada pada suku kaum masing-masing perlu dijaga untuk melihat sejauh mana masyarakat peka terhadap warisan budaya kita. Ini akan membuktikan bahawa dengan kepentingan kajian ini mampu membuka minda masyarakat untuk memperluaskan cabang dalam mengekalkan warisan khasnya tarian Daling-Daling Suku kaum Suluk di Sabah. Pada masa yang sama menggambarkan ketinggian pemikiran masyarakat betapa pentingnya untuk menjaga sesuatu warisan yang ada pada kita. Masyarakat juga akan dapat mengambil langkah dalam menjaga warisan tersebut.. 1.6.3. Institusi Pengajian. Melihat daripada kepentingan terhadap Institusi pengajian sewajarnya pihak ini peka terhadap isu warisan bagi memelihara dan memulihara warisan yang ada di Malaysia. Berkait rapat dengan perkara ini dapat dikatakan bahawa institusi pengajian adalah pihak yang paling bertanggungjawab dalam melestarikan warisan budaya bangsa untuk memaparkan keunikan setiap warisan yang ada kepada pihak luar sebagai tumpuan untuk pelancongan. Pihak institusi juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan warisan negara dapat diketengahkan oleh mereka untuk membantu pihak kerajaan dalam menjaga warisan. Sejajar dengan itu, pihak kerajaan juga perlu mengambil berat terhadap impak yang akan terjadi sekiranya berlaku masalah terhadap warisan yang kian dilupakan oleh generasi sekarang. Perkara ini juga selaras untuk membantu para pengkaji bagi memastikan maklumat dan data warisan masih ada untuk kajian selanjutnya. Bukan itu sahaja, institusi juga dapat membantu mahasiswa dalam menjalankan kajian mereka bagi menyelesaikan tugasan tersebut dengan jayanya. Jelaslah bahawa dengan adanya kepentingan kajian ini dapat membantu institusi dalam mengekalkan warisan budaya negara kita.. 1.6.4. Negara. Bagi kepentingan kajian ini telah memfokuskan kepada negara, dapat dikatakan bahawa ia merupakan langkah yang terbaik untuk membantu negara melakar satu 11. FYP FTKW. kepada masyarakat. Umumnya masyarakat adalah peranan utama dalam memastikan.
(25) akan membuka peluang kepada negara untuk mempromosikan warisan budaya sekaligus dijadikan sebagai medium untuk kedatangan pelancong ke negara kita. Perkara ini juga memberi gambaran bahawa dengan adanya kajian yang dijalankan akan memperlihatkan bahawa warisan sememangnya berpeluang untuk menaikkan nama negara. Tarian Daling-Daling adalah salah satu warisan yang perlu diketengahkan oleh pihak kerajaan keran keunikan tarian ini melambangkan kekuatan dalam kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Ini menjelaskan bahawa warisan ini dapat membantu negara untuk memajukan industri pelancongan bagi meningkatkan ekonomi negara kita .. 1.8. ORGANISASI PENULISAN BAB. Dalam Bab 1 iaitu pengenalan akan membincangkan beberapa elemen penting dalam bab ini untuk memulakan kajian. Antara elemen yang terkandung dalam bab ini ialah latar belakang kajian yang menjelaskan tentang aspek yang perlu ditekankan untuk melihat latar belakang kajian yang akan di kaji berkaitan dengan latar belakang tarian Daling-Daling dan konsep warisan tidak ketara. Permasalahan kajian pula pengkaji melihat masalah yang terdapat dalam masyarakat suku kaum suluk terhadap tarian Daling-Daling sama ada masih dilakukan ataupun tidak. Persoalan kajian pula membincangkan tentang persoalan yang timbul terhadap pandangan dan pendapat masyarakat kaum Suluk terhadap tarian tradisional mereka. Selain itu, objektif kajian juga elemen yang terdapat dalam Bab I yang memfokuskan kepada tiga objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam tajuk yang telah dikaji. Objektif kajian bertujuan ialah untuk mencapai matlamat dalam kajian ini untuk melihat beberapa aspek yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Bagi skop kajian pula ialah ditetapkan agar mengelakkan pengkaji tidak tersasar jauh daripada kajian dan skop kajian pengkaji di kawasan daerah Semporna yang telah dibahagikan kepada. empat. kampung. Elemen seterusnya ialah kepentingan kajian yang mana pengkaji telah menetapkan empat aspek untuk melihat kepentingan kajian iaitu, individu, masyarakat, institusi pengajian dan negara. Akhir bagi Bab satu ialah kesimpulan kecil untuk merumuskan setiap bab yang telah dihuraikan dan dibincangkan dalam Bab I. 12. FYP FTKW. nama di peringkat yang lebih tinggi. Dengan adanya satu warisan yang diperkenalkan.
(26) dalam kajian bagi membuktikan setiap hasil kajian ada fakta yang tepat. Terdapat pandangan dalam sorotan kajian lepas yang telah di temui oleh pengkaji dalam tarian Daling-Daling. Contohnya, dalam kajian Kulas (2001), yang menerangkan tentang asal usul tarian Daling-Daling dikatakan bermula di negeri kayangan yang mana terdapatnya tujuh orang puteri. Tarian tradisional etnik yang terdapat di Sabah yang telah diterangkan oleh pengkaji-pengkaji lepas sebagai bahan rujukan. Terdapat 20 sorotan kajian lepas berkaitan dengan tarian Daling-Daling suku kaum Suluk yang telah dikaji berdasarkan jurnal, buku, dan artikel. Setiap sorotan kajian lepas membuktikan bahawa setiap kajian merangkumi penerangan yang berbeza mengikut pandangan responden. Manakala pula, teori yang digunakan oleh pengkaji ialah teori seni tari dan teori fungsi dalam tarian. Terdapat beberapa tokoh yang telah menerangkan tentang definisi seni tari antaranya Aristoteles (384-322 SM) menyatakan bahawa seni tari adalah sebuah gerakan ritmis (lagu) yang mempunyai tujuan khas ciri-ciri manusia yang mereka lakukan dan menderita. Hal ini bertujuan untuk mengaitkan apa itu tarian dan apa fungsi dalam tarian kerana tidak semua tarian mempunyai fungsi yang sama. Antara fungsi tarian yang telah ditekankan ialah Jazuli (1994) iaitu mempunyai fungsi tertentu sebagai pertunjukan dan upacara yang melibatkan kegiatan sosial zaman dahulu. Namun cukup berbeza dengan fungsi tarian Daling-Daling yang haya fokus kepada hiburan dan keseronokan sahaja dan sebagai simbolik tarian tradisional bagi suku kaum suluk di Sabah.. Bab III ialah metodologi kajian dan kaedah analisis yang dibincangkan secara terperinci untuk membantu mencari maklumat kajian melalui metodologi. Kajian ini telah menggunakan kaedah proses awal iaitu kerangka konseptual kajian untuk menerangkan secara ringkas hala tuju kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam proses pengumpulan data bagi satu populasi. Manakala pula bagi pengumpulan data pengkaji menggunakan satu teknik iaitu data primer yang mana ini akan dikumpulkan oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya. Persampelan kajian dan instrumen kajian juga terkandung dalam bab ini. Bagi alat bantu kajian pengkaji menggunakan telefon bimbit untuk memudahkan rakaman dalam proses temu bual bersama responden dan juga digunakan untuk menangkap 13. FYP FTKW. Bab II pula membincangkan sorotan kajian lepas dan teori yang digunakan.
(27) mengorganisasikan dalam suatu pola dan kategori serta unit penerangan dalam kajian kali ini yang bertajuk tarian Daling-Daling sebagai warisan tidak ketara suku kaum Suluk. Penjelasan yang kukuh telah bentangkan dalam setiap bab bagi mengukuhkan penyataan dalam kajian.. Bab IV ialah bab yang membincangkan hasil dapatan hasil kajian yang telah diperoleh berdasarkan kaedah soal selidik dan temu bual bersama responden yang terlibat secara langsung. Bagi kaedah soal selidik segala maklumat yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif statistik dalam bentuk peratusan yang dalam jadual penentuan populasi persempelan bagi borang soal selidik sumber Krejecie dan Morgan, 1970. Borang selidik yang telah diedarkan kepada responden meliputi tiga bahagian iaitu bahagian pertama demografi responden, kedua merupakan objektif perbezaan di antara tarian Daling-Daling dan tarian Igal-Igal dan ketiga ialah objektif cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara. Setiap kandungan dalam soal selidik menepati kriteria yang telah dibincangkan untuk memastikan kandungan soalan tidak mempunyai untuk memastikan kandungan soalan tidak mempunyai unsur sensitiviti dalam perkauman mahupun dalam aspek lain.. Bagi kaedah temubual terdapat lima orang responden yang terlibat dalam sesi temu bual yang di jalankan. Soalan yang telah diajukan berdasarkan objektif 3 iaitu cara tarian Daling-Daling di persembahkan. Mengikut setiap pandangan responden, tarian Daling-Daling mempunyai pergerakan sendiri yang mempunyai persamaan dengan burung terbang di udara dan banyak dikaitkan dengan unsur hidupan laut dan darat. Tarian Daling-Daling juga mempunyai rangka pergerakan dalam tarian yang meliputi tiga aspek penting dalam gerakan tarian ini dan mempunyai sepuluh jenis gerakan dalam persembahan tarian Daling-Daling. Seterusnya mempunyai tiga jenis pakaian dan tradisional yang digunakan dalam tarian dan mempunyai jenis atau genre lagu iaitu jenis pop serta diiringi oleh instrumen.. 14. FYP FTKW. gambar sebagai bukti dalam kajian. Bab III merupakan suatu proses mengatur data,.
(28) SOROTAN KAJIAN 2.0. PENGENALAN. D. N & Beile, P. (2005) telah mentakrifkan kajian literatur adalah membezakan apa yang perlu dikaji daripada kajian dan menemui kebolehan yang relevan dengan tajuk penyelidik. Bagi Bryman dan Bell (2003; Creswell 2005) pula memberikan maksud tentang sorotan literatur ialah rujukan secara kritikal dan sistematik mengenai maklumat terpilih yang ada dalam perpustakaan atau literatur berkenaan topik atau fokus soalan kajian penyelidik. Sorotan itu perlu menghurai, meringkas, baru dan menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.. Dalam sorotan kali ini, pengkaji akan menggunakan kajian lepas untuk mendapatkan maklumat dan panduan bagi mengumpul data kajian pengkaji. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat dalam kajian. Segala fakta-fakta maklumat dan data-data yang diperoleh perlu berpandukan kepada kajian lepas. Oleh itu, pengkaji mencari beberapa kajian lepas sebagai rujukan berkenaan dengan tajuk kajian pengkaji. Maklumat yang pengkaji peroleh akan dikemukakan dalam sorotan kajian ini. Semua maklumat dalam bab ini akan berteraskan kepada tajuk kajian iaitu pengekalan tarian Daling-Daling sebagai Warisan Tidak Ketara suku kaum Suluk. Namun, pengkaji akan melihat rangka yang sesuai bagi membantu pengkaji menyelaraskan kajian ini yang mana pengkaji akan memecahkan beberapa istilah khusus bagi memperlihatkan rangka yang tepat. Sorotan literatur menjadi panduan asas kepada pengkaji tentang apa yang ingin dikaji(Rosnawati 2014). Sumber-sumber sorotan kajian lepas diambil menerusi artikel, buku, ilmiah, jurnal,. FYP FTKW. BAB II.
(29) lepas, pengkaji perlu membincangkan mengenai kekuatan dan kelemahan kajian secara kritikal (Chua Yan Piaw 2011). kajian lepas juga memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat bagi bab sorotan kajian pengkaji.. 2.1. SOROTAN KAJIAN LEPAS. Suluk pula sering dilihat sebagai lanun dan orang yang suka berperang tetapi dalam Bruno (1973) kajian, beliau menekankan perspektif orang-orang yang berpeluang untuk bersama Tausug. Menurut Juanito Bruno (1973) pelawat melihat Tausug sebagai mesra dan damai, melainkan mereka diprovokasi, kerana Tausug bukanlah kumpulan yang mengalir mengikut arus dan tidak membiarkan diri mereka ditelan olehnya, mereka mempunyai rizab dalaman dan keazaman untuk menahan kesan arus atau bahkan untuk mendapatkan keuntungan seperti yang telah mereka lakukan beberapa kali pada masa lalu. Bruno (1973) juga menegaskan bahawa "huraian penghinaan yang diberikan kepada mereka mestilah berasal dari kisah pengembaraan Tausug ke Borneo dan bahagian lain di Filipina. Secara semula jadi mereka adalah peri laut dan adalah wajar bahawa mereka berperang. daripada cubaan untuk menghalang mereka daripada berdagang dengan jiran-jiran mereka. Malah mungkin halangan bahasa menyebabkan pemahaman mustahil ". Dalam persetujuan dengan kenyataan Bruno. Kiefer (1972) berkata, "Adalah mengelirukan untuk mengatakan bahawa semua Tausug adalah ganas-ada yang dan ada yang tidak-, tetapi adalah betul untuk mengatakan bahawa budaya mereka sangat sibuk dengan masalah keganasan. dan kawalannya".. Selain itu, berkenaan dengan perkara ini, saya boleh mengatakan bahawa isuisu yang melibatkan penjajahan Sepanyol dan penukaran agama kepada Kristian mungkin telah menyumbang dalam konotasi yang menghina yang tertakluk kepada Tausug. Jika kita hanya melihat dalam didikan agama mereka, kita akan dapat menyaksikan Tausug "mendakwa sebagai" Muslim sama seperti saudara mereka di seluruh dunia Islam. Fikirkan bahawa ini kepercayaan Islam Suluk akan dapat mengukuhkan kesimpulan yang saya bawa dahulu. Kepercayaan kuat mereka sebagai orang Islam membantu mereka menentang. Kebanyakan Suluk di Malaysia telah 16. FYP FTKW. tesis atau daripada tokoh mahupun pakar bidang. Semasa menulis sorotan kajian.
(30) daripada mereka sebenarnya keturunan puteri Sulu (Dayang Dayang) yang telah melarikan diri daripada sultan Sulu pada tahun 1850-an apabila kesultanan mengambil puteri itu sebagai isteri walaupun sultan sudah mempunyai ramai gundik. Untuk membezakan diri mereka dengan pendatang Tausūg yang baru tiba dari Filipina, kebanyakan mereka lebih suka dipanggil "Suluk".. Namun, lebih baru Tausūg imigran dan pelarian sejak tahun 1970-an pemberontakan Moro (majoriti daripada mereka pendatang tanpa izin) sering menghadapi diskriminasi di Sabah. A Selepas kebuntuan Lahad Datu 2013, terdapat laporan penyalahgunaan oleh pihak berkuasa Malaysia khususnya Tausūg etnik semasa tindakan keras di Sandakan, malah ke atas pendatang Tausūg dengan kertas yang sah. Kira-kira sembilan ribu Tausug Filipina telah diusir dari Januari hingga November 2013. Tausug nampaknya datang ke Sulu dari timur laut Mindanao kerana hubungan dengan pedagang Sama-Bajau. Pergerakan ini mungkin bermula pada zaman Sung awal dan berkaitan dengan pertumbuhan perdagangan Cina semasa tempoh Sung (AD 960-1279) dan Yuan (AD 1280-1368). Bukti linguistik menunjukkan bahawa komuniti penutur Tausug mungkin berasal daripada populasi dwibahasa yang ditubuhkan di Jolo oleh pedagang Sama dan isteri dan anak mereka yang berbahasa Tausug antara abad kesepuluh dan kesebelas.. Menjelang akhir abad ketiga belas Tausug muncul di pulau-pulau sebagai elit komersial yang berkuasa serantau. Tarikh penembusan Islam terawal tidak pasti, tetapi hubungan awal mungkin bermula pada akhir Sungtimes, apabila pedagang Arab membuka hubungan perdagangan langsung dengan selatan China melalui kepulauan Sulu. Nampaknya juga terdapat beberapa dakwah awal oleh orang Islam Cina. Islam kemudiannya dihidupkan semula di Sulu oleh mubaligh sufi, yang datang dari Arab atau Iraq melalui Tanah Melayu dan Sumatera. Kesultanan Sulu telah ditubuhkan pada pertengahan abad kelima belas, diduga oleh legenda Salip (Sharif) Abu Bakkar atau Sultan Shariful Hashim. Penubuhannya menyatukan kekuasaan Tausug dan nampaknya telah meningkatkan lagi perbezaan sosial dan ekonomi mereka daripada Samal yang berbahasa Sama-Bajau.. 17. FYP FTKW. hidup sejak pemerintahan kesultanan Sulu di bahagian Sabah dengan sebahagian.
(31) abad kesembilan belas, apabila pengaruhnya meluas dari Sulu melalui pesisir pantai Mindanao dan utara Borneo. Jolo muncul sebagai pusat perdagangan dan lanun utama dan sebagai usahawan untuk hamba, kebanyakan daripada mereka diambil di Filipina Kristian.. Perhambaan. memungkinkan. peningkatan. pengeluaran. berkaitan. perdagangan dan, di samping diamalkan oleh hamba Tausug, dilakukan oleh Ilanon dan Balangingi Samal di bawah suruhanjaya bangsawan Tausug. Selepas penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada abad keenam belas, peperangan dengan Sepanyol hampir berterusan selama 300 tahun berikutnya. Serangan Sepanyol pertama ke atas bandar Jolo berlaku pada tahun 1578. Pekan ini telah diduduki sebentar pada abad ketujuh belas dan garrison tetap ditubuhkan buat kali pertama pada tahun 1876. Selepas kekalahan Sepanyol dalam Perang Sepanyol-Amerika, tentera Amerika menduduki bandar Jolo pada tahun 1899, tetapi tentangan sengit menghalang mereka daripada menguasai kawasan pedalaman pulau itu sehingga tahun 1913. Pax Americana yang menyusul menyaksikan penghapusan perhambaan, rampasan senjata api, dan pembatasan sementara kegiatan lanun dan perseteruan. Pada tahun 1915, di bawah terma Perjanjian Tukang Kayu, Sultan Jamal ul-Kiram II melepaskan semua tuntutan kuasa sekular, sambil mengekalkan peranan agamanya sebagai pemerintah Islam. Sejak Perang Dunia II bentuk konflik bersenjata orang asli telah dihidupkan semula. Sulu hari ini adalah pusat pemisahan Islam yang besar, tempat kelahiran ramai pemimpin pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro sekarang, dan tapak beberapa pertempuran yang paling merosakkan masa lalu.. Menurut Kulas (2001), asal usul tarian Daling-Daling ini dikatakan bermula di negeri kayangan yang terdapat tujuh orang puteri. Dikatakan lagi mereka berhasrat ingin turun ke bumi. Ketujuh-tujuh orang puteri tersebut akhirnya turun ke bumi tanpa pengetahuan bonda dan ayahanda mereka. Setelah sampai ke bumi, puteri-puteri itu tadi begitu asyik dengan keindahan di dunia dan mengakibatkan mereka lupa untuk kembali ke kayangan. Kehilangan mereka ini di sedari oleh raja. Raja yang begitu murka, akhirnya menyumpah para puteri yang berada di bumi ini menjadi burung helang (ada yang mengatakan burung Linggisan, iaitu burung yang terbang tinggi di udara). Disebabkan oleh hal tersebut, maka penari Daling-Daling memakai Janggay (kuku panjang) yang merupai kuku burung helang. Namun dalam kajian lain pula,. 18. FYP FTKW. Kesultanan mencapai kemuncak kuasanya pada abad kelapan belas dan awal.
(32) jajahan negara Filipina. Oleh hal demikian, tarian Daling-Daling telah meluas ke Sabah terutama bagi suku Kaum Suluk dan Bajau hingga kini.. Sach (1963) pula mengaitkan bahawa tarian Daling-Daling berasal dari tarian burung yang terbang di udara. Terdapat banyak tarian yang berunsur tarian binatang seperti mana tarian-tarain di negeri lain seperti Johor (tarian kuda kepang) dan tarian Ngajat (burung kenyalang) bagi etnik Iban di Sarawak (Ni ketut Dewi Yulianti et al.,2014). Noor Aini Dani (1999) melaporkan bahawa dalam konteks tarian tradisional di Sabah, beberapa kajian telah mendapati banyak tarian etnik peribumi di Sabah yang mendapat ilham daripada pergerakan burung seperti ragam gerak tarian Sumazau juga terlihat seperti tarian burung yang merupai burung Layang-layang. Tarian DalingDaling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan “gabbang” dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang, bengkok ke belakang dan disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk badan, tangan serta pergerakan kaki yang khusus oleh para penari memperlihatkan keunikan tarian Daling-Daling.. Tarian ini adalah tarian hiburan yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari lelaki dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari (Suzan Ahmad, 2009). Pertumbuhan dan campuran antara masyarakat Suluk dan Bajau mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian ini hingga meluas di sekitar Sabah.. Jika diteliti, tarian merupakan seni persembahan yang sudah lama di perkenalkan. Kebanyakan pakar tarian mendapati bahawa kehadiran tarian dalam kehidupan manusia awal daripada keperluan untuk mengendalikan ritual (Turner, 1957). Selain dikaitkan dengan ritual, ada juga yang mengatakan bahawa tarian berkait rapat dengan pergerakan binatang dan burung sebagaimana kajian oleh Sach (1963) dan beliau turut menjelaskan lagi bahawa tarian Daling-Daling berasal dari gerakan burung yang terbang di awan dan tarian ayam gunung, burung bangau, kera betina, angsa dan kijang. Suhaimi Magi ( 2018) dalam kajiannya telah mencatatkan bahawa tarian merupakan sebahagian kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Tarian Daling-Daling adalah tarian yang berbentuk hiburan dan bukanlah berbentuk ritual kerana kaum Suluk telah memeluk agama Islam dan disebabkan itulah mereka kurang mempercayai kepada pengendalian ritual (Ismail dan Shaong, 1984). Dalam. 19. FYP FTKW. Tarian Daling-Daling berasal dari Sepanyol yang telah diperkenal oleh mereka ketika.
(33) ritual ialah seperti tarian Adai-adai etnik Brunei di Papar, tarian Limbai dan Runsai etnik Bajau di Kota Belud dan tarian Daling-Daling etnik Suluk di Semporna. Perkara ini memberikan satu pandangan bahawa tidak semua tarian berunsur penyembahan bahkan juga berfungsi sebagai hiburan semata-mata dalam masyarakat terdahulu yang menjadi tradisi sehingga sekarang. Sebagaimana dalam penulisan Sach (1963) mencatatkan bahawa fungsi tarian terbahagi kepada dua iaitu magis (ritual) dan sebagai tontonan (hiburan). Namun tidak pula kepada fungsi tarian Daling-Daling yang mana tidak dilihat hanya sebagai satu hiburan pada majlis perkahwinan, cukur jambul, berkhatan dan majlis berkhatam semata-mata tetapi turut mempunyai fungsi lain iaitu untuk memeriahkan lagi majlis yang mereka adakan supaya tidak bosan ketika majlis berlangsung.. Tarian sememangnya akan dikaitkan dengan seni persembahan kerana skop bagi tarian adalah seni persembahan yang biasanya disertai dengan alat muzik dan lagu. Menurut Jusoh (2014), seni tradisional dikatakan berasal dari negara China dan India dan kini turut terkenal di negara kita serta masih kekal hingga kini. Seni persembahan adalah sebahagian daripada cabang dalam kesenian Melayu dan yang terhasil daripada pemerhatian dan penelitian daripada gerak-geri, lenggang lengguk dan sebagainya. Tarian juga mempunyai unsur keindahan yang membolehkan seseorang menikmati tarian tersebut hingga mampu memberikan aura yang mengasyikkan. Hal ini kerana, tarian adalah sebahagian daripada hiburan dunia yang dapat memberikan ketenangan kepada mereka yang menari tidak kira apapun jenis tariannya. Kesenian tari melangkah maju dan berkembang seiringan dengan kehidupan yang mana manusia masih mampu bergerak sehingga terciptanya tarian dan seterusnya mula berkembang. Manusia mencipta tarian yang sesuai dengan ungkapan hidup dan juga rangkuman gerak yang bersumber kepada alam sekeliling. Menurut Mjzzuli (2008:7), melalui bukti-bukti yang telah dilaporkan dan dicatatkan oleh pengkaji lepas mendapati bahawa kesenian tarian adalah pertunjukan manusia yang datangnya daripada gerak-geri yang dipengaruhi oleh haiwan.. Amalan pengekalan termasuk kepada konsep besar pemeliharaan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang wujud di Malaysia sebahagian daripada proses. 20. FYP FTKW. penulisan yang sama, antara tarian yang tidak berkait rapat dengan pengendalian.
(34) Fadzil Razali & Badrul Redzuan Abu Hassan (2016). Hal ini membuktikan bahawa warisan yang ada di Malaysia perlu dijaga dan dikekalkan demi kepentingan negara kerana banyak memberikan manfaat kepada sektor ekonomi negara. Tambahan pula, pengekalan. terhadap. warisan. tidak. ketara. sangat. penting. untuk. di. pertanggungjawabkan kepada semua masyarakat bagi melestarikan warisan tersebut. Merujuk kepada satu strategi yang telah dilakukan dalam mengekalkan warisan tidak ketara menyebabkan warisan dapat dipelihara dan dikekalkan.. Sehubungan dengan itu juga, banyak kepentingan yang dapat diperoleh apabila menjaga dan mengekalkan warisan untuk kepentingan negara dan masyarakat pada masa hadapan. Dalam konteks ini, pengekalan warisan akan dikaitkan dengan akta yang telah dilaksanakan bagi melindungi warisan tidak ketara. Warisan tidak ketara dapat diterjemahkan sebagai sesuatu yang diperturunkan kepada generasi akan datang dengan nilai tambah sendiri. Rangkuman daripada ini jelas menunjukkan bahawa tarian Daling-Daling termasuk kepada warisan tidak ketara yang perlu dijaga dan dikekalkan. Oleh itu, tarian Daling-Daling adalah warisan yang ditinggalkan oleh masyarakat zaman terdahulu hingga mempengaruhi untuk berfungsi kepada masyarakat dalam beberapa aspek yang telah dijelaskan oleh pengkaji terdahulu.. 2.2. KERANGKA TEORITIKAL. Uma Sekaran (2005: 56) menjelaskan kerangka teori ialah merupakan asas dalam menjelaskan secara terperinci apa yang perlu dikaji. Tambahan pula, dalam penyataan tersebut menerangkan bahawa apabila tiada teori yang wujud dan dengan sebab tertentu, penyelidik tidak dapat membentuk satu perkaitan antara konsep-konsep yang perlu dikaji (Sabitha Marican, 2005). Beliau turut menambah bahawa teori ialah satu set pernyataan yang abstrak dan umum yang disokong oleh syor (atau hipotesis yang dibuktikan). Manakala, Masri Singarimbun dan Sofian Effendi pula mendefinisikan kerangka teori adalah penting dalam penelitian sebagai landasan teori bagi penulis menyelesaikan masalah dalam proses penyelidikan.. 21. FYP FTKW. memperkasa jati diri bangsa Malaysia yang terkenal dengan kerencaman etnik, Mohd.
(35) mengembangkan idea-idea bagi membantu menjelaskan bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa terjadi. Teori juga merupakan sebuah sistem konsep yang menghubungkan konsep bagi memahami sebuah fenomena dalam kajian Menurut Littlejohn dan Karen Foss. teori juga merupakan konsep-konsep yang berkaitan. dengan satu sama yang lain untuk mengundang suatu pandangan kritikal dari satu fenomena dan merupakan pendapat yang dikemukakan sebagai keterangan mengenai suatu peristiwa atau kejadian. Hal ini kerana, penting bagi penyelidik untuk membina kerangka teori yang mengandungi titik pemikiran yang menggambarkan permasalahan dalam sesuatu kajian. Kerangka teori kemudiannya digunakan sebagai asas teori atau rasional dalam penyelidikan yang dijalankan.. Teori yang digunakan dalam kajian kali ini ialah teori tentang seni tari yang berhubung kait dengan tarian Daling-Daling. Aristoteles (384-322 SM) menyatakan bahawa seni tari adalah sebuah gerakan ritmis (lagu) yang mempunyai tujuan khas ciri-ciri manusia yang mereka lakukan dan menderita. Menurut Suadarsa Pringgo Broto, seni tari iaitu suatu yang ditentukan oleh bentuk-bentuk gerakan yang dihasilkan oleh tubuh badan dan ruang. Jazuli merangkumkan maksud seni tari iaitu kebiasaannya diiringi oleh irama muzik untuk memberikan maksud tujuan yang disampaikan oleh pencipta tari melalui penari. Hawkins menjelaskan maksud seni tari iaitu suatu ekspresi perasaan manusia yang diubah ke dalam sebuah khayalan yang dibentuk menjadi media gerak sehingga menimbulkan simbol yang diungkapkan oleh penciptanya. Ini membuktikan bahawa sesebuah tarian dihasilkan melalui gerakan tubuh badan hingga menghasilkan tarian yang bersifat tertentu.. Umum mengetahui bahawa seni tari adalah satu hiburan yang menyeronokkan yang dapat menimbulkan perasaan pada seseorang penari. Seni tari memang cukup terkenal dan tidak asing kepada semua masyarakat. Malahan setiap negara mempunyai satu seni tari yang terkenal sebagai satu lambang identiti mereka untuk di pamerkan. Namun disebabkan rumpun etnik terlalu banyak telah menimbulkan kesukaran untuk menentukan tarian mengikut kaum sendiri. Misalnya di Sabah, terdapat banyak suku kaum dan setiap kaum ini mempunyai warisan mereka tersendiri termasuklah tarian. Seni tari juga adalah cabang yang melekat erat dengan budaya yang ada di Malaysia.. 22. FYP FTKW. Jonathan H. Turner menegaskan maksud teori ialah sebuah proses untuk.
(36) dan sangat menarik yang mana dibentuk secara harmoni dari sikap yang baik dan bertindak melawan gerakan tubuh yang sopan. Namun begitu, dalam penyataan yang dilaporkan oleh Jazuli (1994:43-46) menjelaskan bahawa dalam tarian mempunyai fungsi tertentu seperti upacara, hiburan, pertunjukan dan sebagai media pendidikan. Tarian juga dapat diketahui dan dilihat dari aspek fungsinya sebagai suatu sistem atau disebut juga semiotik (disiplin) (Risen. T. Segers, 1978).. Dalam unsur tarian, terdapat pola-pola yang menimbulkan emosi dalam tarian yang menyebabkan seseorang mudah berubah emosi ketika menari. Perkara ini telah menyebabkan satu nilai estetika dalam tarian yang memberikan keindahan fizikal pada seseorang yang sedang menari malah dapat menimbulkan jiwa yang sangat baik. Pada dasarnya, manusia sentiasa mengaitkan aktiviti tarian dengan pergerakan yang mereka lihat daripada haiwan. Menerusi pendapat yang telah dinyatakan oleh Soedarsono (1976) mendapati bahawa titik tolak daripada tarian ialah hasil ciptaan pemikiran seseorang yang mempunyai sifat individu dan bersifat sosial. Hal ini kerana, ukuran dalam tarian terlihat dari individu itu sendiri yang merancang pergerakan dan tempoh yang mereka boleh lakukan dalam tarian. Terdapat juga faktor-faktor yang mendorong seseorang tersebut melibatkan diri dalam tarian kerana sepertimana yang telah dinyatakan oleh Jazuli (1994) iaitu mempunyai fungsi tertentu seperti sebagai pertunjukan dan upacara yang melibatkan kegiatan sosial zaman dahulu. Dalam penerangan tersebut, tarian sebagai pertunjukan dimaksudkan untuk memberi pengalaman kepada penonton agar dapat memperoleh tanggapan apresiasi kepada penonton dan memberi kepuasan kepada mata penonton manakala upacara yang dimaksudkan ialah sebagai media persembahan dan pemujaan terhadap kuasa ghaib atau kepercayaan masing-masing kononnya bagi memberikan keselamatan.. Di samping itu,teori fungsional pula memberi fokus kepada tarian serta turut berkait rapat dengan upacara keagamaan dan adat resam sesuatu kaum yang menjadi titik fungsi dalam tarian tradisional. Namun yang membezakan tarian Daling-Daling dengan tarian tradisional suku kaum Sabah yang lain ialah mengenai fungsi dalam tarian tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan tarian berfungsi untuk upacara keagamaan dan ritual namun tarian Daling-Daling hanya fokus kepada. 23. FYP FTKW. John Weaver (1673-1760) berpendapat bahawa tarian adalah gerak-geri yang teratur.
(37) untuk ritual keagamaan. Ini dapat dikukuhkan dengan kajian (suraya Sintang 2007) yang menyatakan kepercayaan animisme banyak berkait rapat dengan ritual dalam tarian Sumazau bertujuan untuk kewujudan semangat yang terkandung dalam objek hidup dan mati. Begitu juga dalam tarian limbai daripada masyarakat bajau asli merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin untuk melakukan istiadat ijab kabul dan lambang mengucapkan selamat datang. Makyung iaitu sejenis tari kepunyaan masyarakat Kelantan, Patani, Terengganu dan Sumatera (kepulauan Riau) juga berkaitan dengan ritual (Mohd Ghazali Abdullah, 2009).. Berdasarkan perbincangan di atas, jelas bahawa banyak tarian di serata tempat di dunia ini berasal dalam fungsi daripada ritual. Hal ini ini disebabkan tarian ritual berkait rapat dengan kepercayaan sesuatu masyarakat. Terdapat tarian ritual yang bertujuan untuk perubatan, mengelakkan daripada gangguan makhluk halus, mengharmonikan rumah tangga dan hal-hal pertanian seperti kesuburan tanaman padi.. 2.4. KESIMPULAN. Secara keseluruhannya, bab ini menghuraikan tentang kajian lepas yang telah dilakukan secara ekstensif oleh para penyelidik terdahulu. Sorotan kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan topik kajian. Keseluruhan kajian lepas dilakukan oleh pengkaji terdahulu adalah tidak terlalu tertumpu kepada tarian Daling-Daling, malah pengkaji terdahulu hanya membincangkan secara ringkas mengenai kajian berkaitan tarian Daling-Daling. Perbezaan pandangan daripada pengkaji-pengkaji lepas membolehkan pengkaji memahami sudut kajian secara lebih menyeluruh. Pandangan-pandangan ini juga boleh dijadikan sebagai garis panduan supaya pengkaji dapat memfokuskan kajian dengan lebih spesifik. Oleh itu, pengkaji menggunakan teori seni tari dan fungsi seni tari bagi kajian ini kerana kesesuaian dengan tajuk kajian iaitu Pelestarian tarian Daling-Daling sebagai warisan tidak ketara suku kaum Suluk. Hal ini, bertujuan untuk melihat sejauhmana pengetahuan masyarakat Suluk tentang tarian ini.. 24. FYP FTKW. hiburan dan kesihatan sahaja. Sebagai contoh bagi tarian Sumazau yang berfungsi.
(38) METODOLOGI KAJIAN. 3.0. PENGENALAN. Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun sekunder. Menurut Webster New World Dictionary, pengertian data adalah “things known’ atau ‘assumed’, yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau dianggap. Hal ini bermakna, sesuatu data itu diketahui ertinya yang sudah terjadi merupakan fakta (bukti). Data dapat memberikan gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan. Data juga didefinisikan sebagai sekumpulan informasi atau nilai yang diperoleh dari pemerhatian sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang boleh dipercayai kebenarannya dan tepat waktu. Data dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Hornby (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian tertentu. Oleh itu bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan.. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul data dan menganalisis supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Pengkaji akan fokus kepada beberapa kajian untuk menghasilkan maklumat yang akan diperoleh daripada kaedah yang digunakan. Hal ini bagi memastikan data dan info yang didapati hasil daripada kajian yang betul bukan rekaan semata-mata. Kajian ini akan memfokuskan kepada objektif kajian pengkaji di bawah tajuk pengekalan tarian Daling-Daling sebagai Warisan Tidak. FYP FTKW. BAB III.
(39) dengan membuat huraian tentang proses kajian bagi membantu memahami dengan lebih meluas dan terperinci. Pada masa yang sama tujuan metodologi bagi membantu pengkaji untuk melengkapkan hasil kajian supaya tidak berlaku sebarang kesalah faham dalam mengumpulkan maklumat yang diperoleh dan membezakan hasil kajian lepas dengan hasil dapatan kajian baru.. 3.1. KERANGKA KONSEP KAJIAN. FYP FTKW. Ketara suku kaum Suluk. Setiap kajian akan berdasarkan pengaplikasikan kaedah. Kerangka konsep kajian bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas berbentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkatperingkat atau fasa dalam kajian. Kerangka konsep menerangkan atau menyatakan idea-idea yang berkait dengan konsep utama dalam menganalisis perkataan yang sistematik untuk menggambarkan ciri-ciri penting bagi konsep tersebut. Kerangka konsep kajian adalah seperti rajah 3.1:. Pelestarian Tarian Daling-Daling Sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Suluk.. Bagaimana tarian. Perbezaan di antara tarian. Cara untuk mengekalkan. Daling-Daling. Daling-Daling dan tarian. tarian Daling-Daling agar. dipersembahkan.. Igal-Igal. terus terpelihara. Kualitatif. Reka Bentuk Kajian. Pengumpulan Data l. Data Primer ( kajian Soal Selidik dan temu bual) Persempelan Kajian l. Populasi kajian 26. Kuantitatif.
(40) l. l. Soal selidik. Analisis Data Deskriptif statistik dalam bentuk peratusan dan Tematik. l l Sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Rajah 1: Pelestarian Tarian Daling-Daling l dalam bentuk peratusan dan Tematik Suluk l. 3.2. REKA BENTUK KAJIAN. Reka bentuk kajian merupakan satu bentuk pengumpulan data dan maklumat yang sistematik terhadap pembentukan rangkaian hubungan antara pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970). Pada masa yang sama, dalam konsep yang di utarakan oleh McMillian & Schumacher (1984) ia merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal puncapunca yang boleh mengganggu dapatan kajian. Dalam reka bentuk kajian digunakan sebagai pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006).. 3.2.1. Kualitatif. Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati menurut Lexy (2007). Penyelidikan dalam kes ini yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu, Nana (2005). Oleh itu, kajian kes digunakan bagi memperoleh maklumat berkaitan dengan cara tarian Daling-Daling di persembahkan melalui pendekatan Etnografi ini bagi memperoleh maklumat yang. 27. FYP FTKW. Istrumen Kajian.
(41) dan analisis.. 3.2.2. Kuantitatif. Pendekatan kuanttatif merupakan satu kajian yang mana umumnya menggunakan analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Menurut John W. Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang dikehendaki oleh pengkaji dengan menanyakan soalan khusus, mengecilkan skop, mengumpulkan data yang boleh dikauntitatifkan daripada responden. Oleh itu, kaedah kuantitatif dalam kajian ini menggunkan satu set soal selidik yang bertujuan bagi mencapai objektif kajian.. 3.3. PENGUMPULAN DATA. Menurut Sulaiman Masri (2005), pengumpulan data merupakan proses pengumpulan pemboleh ubah dan penyelidik akan menentukan prosedur, teknik serta aspek pengumpulan data yang sesuai dengan kajiannya. Kaedah pengumpulan data yang sesuai sangat perlu bagi memastikan data yang diperoleh tepat dan sesuai dengan tujuan kajian yang dilakukan. Lazimnya, penggunaan satu kaedah sahaja tidak menggambarkan yang sebenarnya mengenai sesuatu persoalan kajian. Oleh itu pengkaji perlu menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk mendapatkan maklumat dan data tentang persoalan kajian.. 3.3.1. Data Primer. Menurut Rohana Yusuf (2004), data primer ialah data yang berasal daripada sumber asli atau edisi yang asal. Data primer ini akan dikumpulkan oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya. Bagi mendapatkan data primer, pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian iaitu kaedah yang memerlukan pengkaji untuk mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang mendapatkan hasil kajian dengan menggunakan data primer tentang pengekalan tarian Daling28. FYP FTKW. tepat dan benar agar hasil kajian adalah benar dan tepat dalam menghuraikan fakta.
(42) digunakan dengan perolehan data primer melalui kajian soal selidik dan temu bual.. 3.3.2. Soal Selidik. Jones dan Clarke (1994, berpendapat bahawa kaedah soal selidik amat sesuai digunakan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan sesuatu kajian yang dijalankan. Menurut Ghazali (2003), kaedah soal selidik merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian dan soal selidik juga merupakan satu set borang soal selidik disedarkan kepada responden kajian untuk memperoleh maklumat berkaitan kajian. Populasi kajian adalah seramai 70 orang responden. Pemilihan responden adalah berdasarkan jadual Krejcie & Morgan (1970), seperti di Lampiran A yang dipilih secara rawak. Jadual Krejcie & Morgan ( 1970) yang diubahsuai oleh Chuan Yian Paw (2011) adalah seperti jadual 3.1 di bawah Jadual 3.1 Jadual Penentuan Saiz Sample Kerjcie & Morgan (1970) Populasi. Sampel. Populasi. Sampel. Populasi. Sampel. 60. 52. 75. 63. 90. 73. 65. 56. 80. 66. 96. 76. 70. 59. 85. 70. 100. 80. Sumber :Chua Yian Paw (2011) Borang soal selidik dibina dan dibandingan kepada 3 bahagian iaitu, bahagian A, B dan C bagi Memudahkan masyarakat suku kaum Suluk memahami secara jelas mengenai kajian yang dilakukan. Pada bahagian A, soalan lebih tertumpu kepada soalan demografi iaitu mengenai latar belakang responden. Manakala bagi bahagian B pula soalan mengenai pengetahuan perbezaan tarian Daling-Daling dan Igal-Igal. Sterusnya, bahagian C pula soalan mengenai cara untuk mengekalkan tarian DalingDaling agar terus dipelihara. Jadual pembahagian soalan soal selidik dan proses aliran pembinaan soal selidik ini dapat dirujuk seperti jadual 3.3 dan rajah 3.2 di bawah.. 29. FYP FTKW. Daling sebagai warisan tidak ketara kaum Suluk. Kaedah pengumpulan data.
(43) Bahagian B. Bahagian C. Soalan demografi. Soalan mengenai. Soalan mengenai cara. responden. perbezaan tarian Daling-. untuk mengekalkan tarian. - Jantina. Daling dan tarian Igal-Igal. Daling-Daling.. - Umur - Suku Kaum - Kampung - Agama Jadual 2: Jadual Pembahagian Soalan Soal Selidik. Kenal pasti soalan soal selidik kajian lepas. Bina soalan soal selidik. Baiki dan ubahsuai soalan soal selidik kajian lepas. Soalan soal selidik disemak. Soalan soal selidik sebenar. Rajah 2: Proses Aliran Pembinaan Soalan Soal Selidik 3.3.3. Temubual. Temu bual ialah proses yang melibatkan perbualan antara penyelidik dengan subjek kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang relevan. Melalui temu bual, data diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuhkan dan diperlengkapkan. Ia dimaksudkan sebagai trigulasi bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Temu bual dilakukan secara lisan dan jawapan direkodkan secara bertulis, melalui rakaman kaset, video yang lain dalam analisis dikatakan oleh Chuan Yan. 30. FYP FTKW. Bahagian A.
(44) struktur dan temu bual tidak berstruktur. Untuk kali ini pengkaji menggunakan temu bual berstruktur kerana diajalankan secara formal dan dirancang dengan teliti. Soalan temu bual adalah berdasarkan objektif yang pertama iaitu cara tarian Daling-Daling dipersembahkan.. 3.4. PERSAMPELAN KAJIAN. Menurut Mohd. Majid Konting (1998), definisi persampelan kajian ialah proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian tersebut. Ia juga dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan. Dalam penyataan yang digambarkan, saiz sampel yang biasanya digunakan bagi ukuran saiz kecil ialah 30 orang responden. Hal ini bertujuan untuk meminimumkan kos membuat penyelidikan, menjimatkan masa dan tenaga bagi pengkaji dan juga bagi mendapatkan ketepatan bagi maklumat yang telah ditetapkan dalam kajian. Manakala, menurut Sulaiman Masri (2002), persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel kajian yang mewakili populasi berikut. Segala maklumat yang diperoleh merupakan suatu bentuk data primer yang benar dan tidak boleh dipertikaikan. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan 70 orang masyarakat yang dipilih sebagai persampelan kajian.. 3.5. INSTRUMEN KAJIAN. Instrumen kajian ialah merupakan alat yang digunakan untuk mengumpul data. Menurut Nurinaian (2015), instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan kajian untuk mengumpulkan maklumat dan data yang akan diperoleh untuk dapatan kajian. Instrumen yang digunakan bagi kajian kes ini ialah menyediakan satu set soalan soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terlibat iaitu masyarakat suku kaum Suluk di Semporna. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar daripada set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden tersebut. Tambahan pula seramai 70 orang masyarakat. 31. FYP FTKW. Piaw 2010. Terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual semu.
(45) selidik yang akan diedarkan kelak. Selain itu, menggunakan kaedah temu bual bersama responden bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki bagi mencapai objektif.. 3.6. ALAT BANTU KAJIAN. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan alat bantu kajian bagi mempermudahkan hasil kajian yang diperoleh. Alat bantu kajian yang digunakan adalah telefon bimbit, camera dan buku catatan. Setiap alat yang digunakan mempunyai fungsi tersendiri yang telah ditetapkan seperti telefon bimbit dan camera digunakan untuk merekod cara tarian Daling-Daling dipersembahkan. Manakala pula buku catatan adalah mencatat maklumat hasil temu bual daripada pihak responden.. 3.7. KAEDAH ANALISIS DATA. Menurut Arghana (dalam Lexy J. Moleong 2002) menjelaskan bahawa analisis data merupakan suatu proses mengatur urutan data, mengorganisasikannya dalam suatu pola, kategori dan unit penerangan asas. Taylor (1975) mendefinisikan analisis data sebagai proses yang terperinci untuk merumuskan hipotesis. Penganalisisan data mentah memerlukan penelitian yang terperinci bagi memastikan hasil kajian dapat dibuktikan kesahihannya. Oleh itu, dalam kajian ini. kaedah digunakan bagi. menganalisis data iaitu kaedah kuantitatif. Kaedah ini saling melengkapi dan mengukuhkan lagi kajian serta memudahkan proses penganalisisan data dilaksana.. Analisis dapatan data bagi kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif yang merupakan penginterprestasian terhadap data-data yang diperoleh dan dipaparkan ke dalam bentuk deskriptif statistik dalam bentuk peratusan. Formula yang digunakan ialah jumlah skor jawapan pilihan dibahagikan dengan responden dan didarabkan dengan nilai seratus bagi mendapatkan angka peratusan seperti berikut:. Peratusan= Jumlah Skor Jawapan pilihan X 100 Jumlah Responden 32. FYP FTKW. suku kaum Suluk akan dipilih secara rawak sebagai responden bagi menjawab soal.
DOKUMEN BERKAITAN
Bagi teknik seterusnya iaitu menghasilkan latarbelakang paparan dengan element photoshop, seramai 36.8% (25 orang) menyatakan mereka kadang-kadang menggunakannya , diikuti 26.7%
(a) Satu sistem perisian akan direkabentuk untuk mengawal lif dalam satu pejabat yang mempunyai M tingkat.. Kenyataan-kenyataan di bawah menjelaskan bagaimana lif
Dapatan kajian juga menunjukkan peserta memiliki pengetahuan mengenai kaedah mentaksir dan memahami kaedah pentaksiran yang sesuai untuk murid prasekolah, sepertimana kenyataan
Namun dengan sandaran sumber dalam Islam yang mencapai darjat yaqin iaitu al- Qur’an dan Hadith, tamthil boleh dijadikan strategi penyelidikan Islam, terutamanya
Di samping itu Hadis yang menerangkan tentang kewajipan bapa untuk meminta izin dari anak gadisnyajuga merupakan satu kenyataan yang boleh menyokong kedudukan hukum di
Beliau menyatakan lagi bahawa perlu dibersihkan daripada sistem yang baharu itu pemikiran Barat yang tidak wajar dalam hubungan dengan disiplin- disiplin ilmu bahasa, sastera,
Pihak pembekal perkhidmatan hendaklah menyelenggara secara fizikal dan maya ke atas server Firewall pfSense, router rangkaian maya (VPN), server MS Active
Hasil data menunjukkan bahawa seramai sembilan orang responden menyatakan guru yang garang dan serius menakutkan murid untuk belajar subjek Sains. Seramai sembilan orang
Dapatan kajian menunjukkan bahawa ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano dalam seni Dangkong bukan sekadar tarian, tetapi berkait rapat dengan kehidupan seharian, mempunyai
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan makanan yang disebabkan oleh mikroorganisma dan kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal kerosakan tersebut..
Kenyataan yang manakatr yang TIDAI( BENAR tentang teori pelaziman operan. (A) pelaziman operan juga dikenali sebagai
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak mampu memberi pengenalan dan informasi lebih kepada masyarakat tentang asal usul tarian Mongigol Sumundai, jenis ragam pergerakan
Miskon Bin Karim iaitu respoden pertama menyatakan kaedah yang bersesuaian dalam usaha pelestarian seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor dengan
1.5.3 Institusi: Natijahnya, kajian ini akan menjadi sumber rujukan dan akan dibukukan kepada orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang fakta dan kewujudan
Sumber primer yang telah digunakan oleh pengkaji adalah menggunakan kaedah soal selidik seramai 30 orang responden dan 5 orang informen untuk ditemubual bagi mengenalpasti
Selepas kajian ini dijalankan oleh pengkaji, banyak maklumat baru yang diperoleh termasuklah yang berkaitan sejarah dan perkembangan, perbezaan tarian ‘Langgie Pingadap’ pada
Informan 1 menyatakan bahawa semasa pandemik ini terjadi, kumpulan Dabus tidak lagi menggunakan kaedah latihan secara fizikal bagi menarik minat golongan muda untuk terlibat
Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar menyakini bahawa kecenderungan tenaga pengajar terhadap
Dari segi pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak, kajian ini mendapati sumber pengolahan ragam gerak dalam tarian Sumanggak berasal daripada gabungan pergerakan
Kesimpulannya, terdapat tiga jenis asal usul tarian-tarian tradisional di Sabah telah ditemui dan dibincangkan dalam sorotan literatur ini, iaitu tarian-tarian tradisional
Berdasarkan kenyataan Gardner dan permasalahan kajian yang ditimbulkan, tulisan ini bertujuan untuk membuktikan raja dan orang besar Selangor serta
Tarian ini mengayakan pergerakan tangan yang lemah gemalai dengan pergerakan kaki yang perlahan mengikut rentak tabuhan gendang dan alunan irama bunyian biola. Tarian ini
Bahan bacaan ilmiah hasil penyelidikan tentang isu ekonomi dan kewangan adalah suatu sumbangan yang besar dalam meningkatkan sumber rujukan kepada pelajar dan masyarakat awam