• Tiada Hasil Ditemukan

EKPLORASI REKA BENTUK MOTIF KAIN BATIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "EKPLORASI REKA BENTUK MOTIF KAIN BATIK"

Copied!
122
0
0

Tekspenuh

(1)KELANTAN SEBAGAI SUBJEK KAJIAN DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN. MUHAMMAD JUNAIRI BIN NAWI C17A0134. Tesis yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi ijazah Sarjana muda Teknologi Kreatif dengan kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.. 2021. FYP FTKW. EKPLORASI REKA BENTUK MOTIF KAIN BATIK.

(2) KELANTAN SEBAGAI SUBJEK KAJIAN DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN. MUHAMMAD JUNAIRI BIN NAWI C17A0134. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2021. FYP FTKW. EKPLORASI REKA BENTUK MOTIF KAIN BATIK.

(3) Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan semuanya.. _____________________________ Tandatangan. Nama pelajar. :. No. Matrik. :. Tarikh. :. Disahkan oleh:. _____________________________ Tandatangan Penyelia. Nama penyelia. :. Cop. :. Tarikh. :. i. FYP FTKW. PERAKUAN.

(4) Pertama sekali, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan internet bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Haris Abadi Bin Abdul Rahim dan Dr. Yuhanis Bin Ibrahim selaku pensyarah bagi elektif seni halus yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diberikan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.. Akhir sekali harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) KANDUNGAN. HALAMAN. PERAKUAN. i. PENGHARGAAN. ii. JADUAL KANDUNGAN. iii. SENARAI JADUAL. vi. SENARAI RAJAH. vii. ABSTRAK. x. ANSTRACT. xi. BAB 1: PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN. 1. 1.2 PENYATAAN MASALAH. 5. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN. 6. 1.4 TUJUAN. 6. 1.5 PERSOALAN KAJIAN. 7. 1.6 PERSEPADANAN DAN BATASAN. 7. 1.6.1 Persepadanan. 7. 1.6.2 Batasan. 8. 1.7 HIPOTESIS. 9. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN. 9. BAB 2: KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN BATIK. 11. 2.2 JENIS-JENIS BATIK. 13. 2.2.1 Batik Canting / Lukis. 14. 2.2.2 Batik Blok / Cop. 15. iii. FYP FTKW. KANDUNGAN.

(6) 17. 2.2.4 Batik Pelangi. 18. 2.3 KAIN BATIK KELANTAN. 19. 2.4 REKA BENTUK MOTIF BATIK KELNATAN. 24. 2.5 JENIS MOTIF BATIK KELANTAN. 25. 2.5.1 Motif Batik Organic. 25. 2.5.1.1 Bunga Padi. 28. 2.5.1.2 Paku Pakis. 30. 2.5.1.3 Bunga Kankong. 32. 2.5.1.4 Bunga Telang. 33. 2.5.1.5 Bunga Lawang. 35. 2.5.1.6 Bunga Ulam Raja. 36. 2.5.1.7 Bunga Cempaka. 38. 2.5.1.8 Bunga Raya. 40. 2.5.1.9 Bunga Keladi. 42. 2.5.2 Motif Batik Geometri. 43. 2.5.2.1 Pucuk Rebung. 44. 2.6 CATAN BATIK MALAYSIA. 46. 2.7 KARYA ARTIS RUJUKAN. 51. 2.8 EKPLORASI KARYA ARTIS. 58. BAB 3: METODOLOGI 3.1 PENDAHULUAN. 68. 3.2 PENGUMPULAN DATA. 69. 3.3 DATA. 70. 3.3.1 Data Laman Web. 70. 3.3.2 Data Buku Ilmiah. 70. 3.3.3 Data Visual. 71. 3.3.4 Data Temu Bual. 71. iv. FYP FTKW. 2.2.3 Batik Skrin.

(7) 71. 3.4.1 Penyelidikan Visual. 73. 3.4.2 Lakaran. 78. 3.4.3 Pembagunan Idea Dan Reka Bentuk. 81. 3.4.4 Pembangunan Warna. 84. 3.5 PENGHASILAN KARYA AKHIR. 86. 3.5.1 Penyediaan Kanvas. 86. 3.5.2 Proses Melakar Dan Komposisi Objek. 87. 3.5.3 Proses Mewarna Detail Dan Kekemasan. 88. 3.6 HASIL / KEPUTUSAN. 89. BAB 4: DAPATAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN. 91. 4.2 REKA LETAK DAN REKA BENTUK. 92. 4.3 TEKNIK, BAHAN DAN PERALATAN. 94. 4.4 KARYA AKHIR. 95. 4.4.1 Karya 1. 95. 4.4.2 Karya 2. 97. BAB 5: KESIMPULAN 5.1 RUMUSAN. 100. 5.2 CADANGAN. 102. RUJUKAN. 103. LAMPIRAN. 108. v. FYP FTKW. 3.4 PROSES PENYELIDIKAN.

(8) Halaman 57. Jadual 2.1: Informasi karya artis rujukan. vi. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(9) Halaman. Rajah 2.1 Proses menerapkan warna pada batik lukis. 14. Rajah 2.2 Proses cetakan blok logam. 15. Rajah 2.3 Penghasilan batik skrin. 17. Rajah 2.4 Batik pelangi atau batik ikat celup. 18. Rajah 2.5 Susunan reka letak pada kain batik Kelantan. 21. Rajah 2.6 Susunan reka letak pada kain batik Kelantan. 22. Rajah 2.7 Pokok padi / bunga padi. 28. Rajah 2.8Motif bunga padi. 29. Rajah 2.9 Paku pakis. 30. Rajah 2.10 Motif paku pakis. 31. Rajah 2.11 Bunga kangkong. 32. Rajah 2.12 Motif bunga kangkong. 33. Rajah 2.13 Bunga telang. 33. Rajah 2.14 Motif bunga telang. 34. Rajah 2.15 Bunga lawang. 35. Rajah 2.16 Motif bunga lawang. 36. Rajah 2.17 Bunga ulam raja. 36. Rajah 2.18 Motif bunga ulang raja. 37. Rajah 2.19 Bunga cempaka. 38. Rajah 2.20 Motif bunga cempaka. 39. Rajah 2.21 Bunga raya. 40. Rajah 2.22 Motif bunga raya. 41. Rajah 2.23 Bunga Keladi. 42. Rajah 2.24 Motif Bunga keladi. 43. Rajah 2.25 Pucuk rebung buluh. 44. Rajah 2.26 Motif pucuk rebung. 45. Rajah 2.27 Karya Chuah Thean Teng “Waiting”, saiz 92 x 61cm. 47. vii. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.

(10) 49. Rajah 2.29 Siri Dungun. Media Campuran. (1981). 17.08cm x 76cm. 58. Rajah 2.30 Unity in Harmony. Batik Collage. (1996). 140cm x 170cm. 59. Rajah 2.31 House of Flower. Media Campuran dan Collage. (1999). 183cm x 276cm. 60. Rajah 2.32 Pakai Semutar Kain Lepas. Akrilik atas Kanva dan Kayu. (2007). 150cm x. 61. Rajah 2.33 Sulur Bayur. Akrilik atas Kanvas. (2011). 91cm x 61cm. 62. Rajah 2.34 Ekplorasi karya artis rujukan 1. 63. Rajah 2.35 Ekplorasi karya artis rujukan 2. 64. Rajah 2.36 Ekplorasi karya artis rujukan 3. 65. Rajah 2.37 Ekplorasi karya artis rujukan 4. 66. Rajah 2.38 Ekplorasi karya artis rujukan 5. 67. Rajah 3.1 Lakaran visual motif batik 1. 73. Rajah 3.1 Lakaran visual motif batik 2. 74. Rajah 3.3 Lakaran visual motif batik 3. 74. Rajah 3.4 Lakaran visual motif batik 4. 75. Rajah 3.5 Lakaran visual motif batik 5. 75. Rajah 3.6 Lakaran visual motif batik 6. 76. Rajah 3.7 Lakaran visual motif batik 7. 76. Rajah 3.8Lakaran visual motif batik 8. 77. Rajah 3.9 Lakaran visual motif batik 9. 77. Rajah 3.10 Lakaran 1. 78. Rajah 3.11 Lakaran 2. 78. Rajah 3.12 Lakaran 3. 79. Rajah 3.13 Lakaran 4. 79. Rajah 3.14 Lakaran 5. 79. Rajah 3.15 Lakaran 6. 79. Rajah 3.16 Lakaran 7. 80. Rajah 3.17 Lakaran 8. 80. Rajah 3.18 Lakaran 9. 80. viii. FYP FTKW. Rajah 2.28 Keratan Karya Seah Kim Joo, B. Singapura, 1939.

(11) 81. Rajah 3.20 Lakaran perkembangan idea 2. 82. Rajah 3.21 Lakaran perkembangan idea 3. 82. Rajah 3.22 Lakaran perkembangan idea 4. 83. Rajah 3.23 Lakaran perkembangan idea 5. 83. Rajah 3.24 Lakaran digital rujukan warna 1. 84. Rajah 3.25 Lakaran digital rujukan warna 2. 85. Rajah 3.26 Lakaran digital rujukan warna 3. 85. Rajah 3.27 Kanvas yang dipilih. 86. Rajah 3.28 Sapuan lapisan putih pada kanvas. 87. Rajah 3.29 Membuat lakaran pada kanvas. 87. Rajah 3.30 Proses mewarna dan details pada catan. 88. Rajah 3.31 Sapuan lapisan vanis. 89. Rajah 4.1 Karya 1. 95. Rajah 4.2 Jenis motif yang digunkan pada karya 1. 97. Rajah 4.3 Karya 2. 97. Rajah 4.4 Jenis motif yang digunkan pada karya 2. 99. ix. FYP FTKW. Rajah 3.19 Lakaran perkembangan idea 1.

(12) Motif merupakan reka bentuk yang terhasil daripada unsur bentuk flora dan fauna. Namun, batik mempunyai pelbagai motif dan reka bentuk yang berbeza di setiap kawasan atau negara. Bagi negeri Kelantan reka bentuk motif batik hanyalah tertumpu kepada flora berbanding fauna. Malahnya, terdapat juga motif berunsurkan fauna dan motif buatan manusia, tetapi tidak mendapat perhatian. Selain itu, motif batik Kelantan yang dihasilkan ini mempunyai identiti yang tersendiri dalam memberi falsafah kepada budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, perkembangan reka bentuk motif batik Kelantan kurang mendapat sambutan dalam golongan muda hari ini. Kajian ini akan memainkan peranan kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan mengangkat kembali martabat seni batik ke keperingkat yang lebih tinggi agar dapat terus hidup sepanjang zaman. Lantaran itu, bagi menjangkakan pekembangan motif batik Kelantan, orang ramai seharusnya memberi penekanan dalam menyajikan idea-idea baharu untuk memperagakan karya yang berasakan motif batik Kelantan. Oleh itu, dalam mengembangkan lagi tradisi seni batik Kelantan pengkaji ingin mengaplikasikan reka bentuk motif batik Kelantan ke dalam media catan yang berbeza dari segi teknik serta penghasilan karya catan kontemporari yang berunsurkan budaya tempatan.. Kata kunci: reka bentuk, motif, batik Kelantan, karya catan. x. FYP FTKW. ABSTRAK.

(13) The motif is a design that is made of elements of flora and fauna. However, it has a variety of different motifs and designs in each area or country. For the state of Kelantan, batik motif design is only focused on flora rather than fauna. In fact, there are also faunabased motifs and man-made motifs but do not get attention. In addition, the resulting Kelantan batik has its own identity in giving philosophy to the culture and traditions of the Malay community. However, the development of Kelantan batik motif design is less popular among young people today. This study will play a role for the public to better appreciate and elevate the dignity of batik art to a higher level, in order to survive throughout the ages. Therefore, to anticipate the development of Kelantan batik motifs, the public should emphasize in presenting new ideas, to showcase works based on Kelantan batik motifs. Therefore, in further developing the tradition of Kelantan batik art, researchers want to apply the design of Kelantan batik motifs into different painting media in terms of technique and the production of contemporary paintings that are based on local culture.. Keywords: design, motif, batik kelantan, paintings. xi. FYP FTKW. ABSTRACT.

(14) PENGENALAN. 1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN. Seni batik Kelantan boleh dikatakan sebagai karya seni tradisional yang dicurahkan di permukaan kain kosong. Batik merupakan hasil kreativiti individu dalam pengolahan reka bentuk semula jadi yang telah diubahsuai bentuk motif tertentu pada permukaan kain dengan menggunakan teknik-teknik tertentu (Batik Malaysia: Warisan Budaya Terunggul - Omar Ali, 2019). Pada awalnya, kebanyakan motif batik Kelantan di inspirasikan daripada alam semula jadi seperti tumbuh-tubuhan, haiwan dan bentuk geometri yang terdapat disekitar masyarakat dahulu. Batik Kelantan mempunyai dua jenis iaitu batik yang dilukis menggunakan tangan dan batik dicop pada kain. Lilin atau wax memainkan peranan penting dalam penggunaan bagi menghasilkan sesuatu motif batik Kelantan. Hal ini kerana, lilin merupakan medium utama yang akan dilakar terlebih dahulu sebelum warna dimasukkan untuk menghasilkan bentuk motif yang ingin dilukis pada pemukaan kain. Reka bentuk motif batik Kelantan haruslah melalui proses lakaran awal sebelum ia diterapkan pada permukaan kain. Perubahan reka bentuk asal akan dipermudahkan agar mudah dilukis dan diterapkan ke atas permukaan kain. Di samping itu, batik cop menggunakan besi yang dibentuk menjadi 1. FYP FTKW. BAB 1.

(15) hanya menggunakan canting dan perlu dilukis terlebih dahulu pada permukaan kain.. Sekitar tahun 1970 hingga 1971 di Malaysia, seni batik mendapat perhatian yang menggalakkan daripada industri seni dan kraftangan Malaysia (Batik Malaysia, 2012). Perkembangan ini menjadi tarikan orang ramai untuk mengetahui bidang seni batik serta menggalakan pengkarya muda menghasilkan karya seni yang berunsurkan batik Kelantan. Namun kini, sesetengah hasil seni batik banyak tertumpu pada nilai yang abstrak dan ciriciri moden dalam pengeluaran serta penghasilan batik Kelantan. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini mudah terpengaruh dengan reka bentuk yang pelik serta mengikut perkembangan trend semasa. Sebagai contoh, komuniti kini suka melihat hasil karya yang berunsurkan kontemporari dan moden berbanding warisan tradisional. Selain itu, pengunaan reka bentuk dan subjek tradisional perlahan-lahan beralih kepada pengunaan unsur subjek dan reka bentuk yang lebih moden. Kebanyakan masyarakat muda dan pengkarya muda kini lebih tertumpu kepada karya berunsur moden untuk dipamerakan. Ini mungkin disebabkan oleh platform sosia media dan reka bentuk moden yang lebih menarik dan senang dihasilkan. Hal Ini boleh menyebabkan seni tradisi batik Kelantan kurang mendapat perhatian. Oleh yang demikian, fungsi dan nilai estetik memainkan peranan penting dalam menghasilkan motif yang bermutu tinggi dalam semua bidang yang berkaitan dengan seni pembuatan batik. Hal ini untuk meraih kembali minat masyarakat terhadap pemakaian hasil seni batik Kelantan.. 2. FYP FTKW. motif yang akan dicop pada kain. Kegunaan batik ini sangat berbeza dengan batik lukis yang.

(16) melangkah ke hadapan agar sejajar dengan pekembang seni moden dan kontemporari Malaysia. Hal ini kerana, peluang baharu dalam industri dapat membentuk masyarakat peka terhadap perkembangan motif batik Kelantan yang mempunyai unsur serta pengajaran bagi perkembangan tradisi budaya masyarakat tempatan. Batik juga merupakan tulang belakang yang dapat mendaulatkan seni tradisi tradisional di negara kita (Johan-Iskandar, 2018). Melalui kajian yang akan dihasilkan pengkaji akan mengeksplorasi beberapa reka bentuk motif batik Kelantan ke dalam karya catan. Hal ini dilakukan untuk menonjolkan kepada orang ramai bahawa hasil seni tradisional di Kelantan ini tidak hanya diaplikasikan pada permukaan kain sahaja. Penghasilan karya ini juga akan menitik beratkan pada motif yang mempunyai makna yang senonim dengan budaya masyarakat Melayu. Ini juga boleh digariskan sebagai mempromosikan industri batik Kelantan dan juga menjadi rujukan kepada generasi muda yang ini menhasilkan karya mengenai motif batik. Usaha yang dilakukan ini diharapkan dapat memberi nilai positif kepada pengkarya dan pereka dalam menerapkan reka bentuk motif tradisional batik Kelantan.. Seiring berkembanya zaman, motif serta batik Kelantan semakin mengukir nama diperingkat antarabangsa yang mendapat perhatian di mata dunia. Tujuan yang dijalankan adalah hasil langsung dari usaha institusi pendidikan, kerajaan dan juga pengusaha seni batik bagi mengkomersialkan batik kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, melalui memperomosikan batik Malaysia menampakan hasil yang baik. Bagaimanapun, penghasilan motif dan reka bentuk batik di negara kita masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara jiran. 3. FYP FTKW. Oleh itu, peranan terhadap reka bentuk motif batik tradisional Kelantan seharusnya.

(17) yang telah dipelbagaikan secara berterusan (Binti, 2020). Penghasilan batik ini yang mana tidak lagi mengekalkan motif, reka bentuk dan makna dalam tradisi asalnya. Begitu juga, penghasilan motif batik Kelantan hanya diketengahkan kepada orang ramai dalam bidang seni tekstil sahaja dan tidak dipersembahkan dalam media yang berbeza dan lebih menarik. Hal ini demikian kerana, percubaan masyarakat dalam mengaplikasikan batik ke media yang berbeza amatlah kurang menggalakkan. Sebagai contoh keratan akhbar daripada haria metro yang ditulis oleh saudara Hafiz Ithnim (2020) bahawa pengeluaran tekstil di Malaysia masih lagi kurang menggalakkan dari segi penghasilan pakaian dan produk yang bermotifkan batik Malaysia.. Di samping itu, peranan media social juga tidak memberangsangkan dalam memasarkan barangan atau produk yang mempunyai indentiti motif batik Kelantan. Hal ini disebabkan oleh lambakan jenis reka bentuk dan motif batik dari negara jiran yang memenuhi platform media social di Malaysia. Tambahan pula, terdapat juga sebahagian kecil daripada penggiat seni moden kini banyak memperbaharui cara dan teknik pembuata batik sebelum mereka mahir menggunakannya (Abdullah & Samin, 2020). Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam bidang seni penghasilan batik Kelantan yang mana mereka membuat pembaharuan berdasarkan kesukaan seseorang semata-mata. Oleh itu, penerapan motif batik Kelantan asli sebagai hiasan pada karya yang ingin dihasilkan merupakan inovasi positif bagi mengekalkan seni tradisional ini.. 4. FYP FTKW. Selain itu, malaslah ini juga terkesan terhadap motif dan reka bentuk batik Kelantan.

(18) memberi kekeliruan terhadap sesetengah individu. Kebanyakan pereka di platform digital menggunakan simbol atau motif luar bagi menyampaikan mesej-mesej tertentu dalam karya mereka. Sesetengah pengkarya lukisan batik dalam seni lukis moden Malaysia mengaplikasikan perkara yang sama dalam penghasilan karya mereka. Malahya, penggunaan simbol dan motif ini dalam karya seni mereka sering menimbulkan masalah kepada penontong kerana kurang pemahaman pada sudut makna yang terkandung dalam karya. Oleh itu, penerapan motif tradisi negara kita amatlah penting bagi mengekaklkan identiti hasil seni batik Malaysia kepada masyarakat luar mahupun masyarakat tempatan.. 1.2. PENYATAAN MASALAH. Dengan berlalunya masa, batik Malaysia semakin popular dan mendapat perhatian di mata dunia. Hal ini disebabkan oleh hasil langsung dari usaha kerajaan, institusi pendidikan dan juga pengusaha seni batik untuk mengkomersialkan batik Malaysia. Walaupun tujuan memperkenalkan batik membuahkan hasil, corak dan rekaan batik tradisional masih ketinggalan.. Selain itu, walaupun banyak reka bentuk baru dihasilkan secara berterusan, batik Malaysia hanya diketengahkan kepada orang ramai dalam bidang seni tekstil sahaja dan tidak dipersembahkan dalam media seni lain. Ini disebabkan oleh kurangnya penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan batik Malaysia yang melibatkan motif dan corak ke media 5. FYP FTKW. Dalam membicarakan mengenai lukisan batik dalam seni lukis moden Malaysia,.

(19) Malaysia sebagai hiasan pada penghasilan catan adalah inovasi positif untuk memastikan seni tradisional ini terus berkembang. 1.3. OBJEKTIF KAJIAN. Berikut adalah objektif kajian: 1. Untuk mengkaji reka bentuk motif kain batik Kelantan sebagai subjek kajian dalam mengenal pasti simbol dan makna. 2. Untuk mengaplikasikan motif batik Kelantan ke dalam karya catan. 3. Untuk menghasilkan siri karya catan kontemporari yang bertemakan budaya tempatan sebagai satu ekpressi identiti.. 1.4. TUJUAN. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji reka bentuk motif dalam kain batik Kelantan yang akan digunakannya sebagai subjek pada penghasilan karya catan sebagai inovasi baru dengan pendekatan berbeza dalam penghasilan seni lukis agar kelestarian seni batik Kelantan dipelihara dan dihargai oleh generasi baru.. 6. FYP FTKW. seni yang lain (O. Asmahazi, 2018). Oleh itu, penerapan motif dan elemen batik tradisional.

(20) PERSOALAN KAJIAN. 1. Apakah terdapat makna yang tersirat dalam motif batik Kelantan yang akan diterapkan ke dalam penghasilan karya? 2. Bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan reka bentuk motif batik Kelantan ke dalam media catan? 3. Adakah siri karya kontemporari yang bertemakan budaya tempatan ini dapat menghasilkan satu ekpressi identiti yang baru.. 1.6. PERSEPADANAN DAN BATASAN. 1.6.1 Pesempadanan. Batik bukan sahaja dihasilkan di Malaysia tetapi juga dihasilkan di negara lain dan di sana terlalu banyak teori mengenai asal usul batik kerana teknik penghasilannya yang seakan sama. Oleh kerana itu, sejarah dan asal-usul batik masih kabur dan selalu diperdebatkan oleh para sejarawan dan sarjana seni. Penyelidikan ini tidak bertujuan untuk melakukan kajian menyeluruh mengenai sejarah dan asal usul batik kerana penyelidikan ini hanya merangkumi kajian mengenai motif dan elemen yang diterapkan dalam kain batik Kelantan.. 7. FYP FTKW. 1.5.

(21) diilhamkan oleh flora dan fauna. Namun, setelah pengaruh Islam benar-benar meresap dan memartabatkan masyarakat Melayu motif fauna seperti haiwan belum lagi digunakan dan hanya motif berasaskan flora yang dipelihara dalam reka bentuk batik. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang tidak membenarkan penggambaran tokoh dan haiwan muncul di mana-mana permukaan. Sementara untuk subjek flora dibenarkan tetapi mesti diubah suai dan digayakan sebelum ia digambarkan. Penyelidikan ini hanya akan menumpukan pada motif flora dari kain batik Kelantan untuk diterapkan pada karya catan kerana rujukan dan contohnya sudah tersedia dan lebih senang diperoleh. Oleh itu, penghasilan karya seni dalam penyelidikan ini akan dilakukan dalam konteks seni halus yang melibatkan karya catan.. 1.6.2 Batasan. Semua pengumpulan data dibuat berdasarkan pemerhatian visual, artikel, jurnal, internet dan buku yang memberikan lebih banyak pendedahan mengenai motif dan elemen yang digunakan dalam batik. Oleh kerana Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan pulau Jawa terletak di wilayah yang sama dengan Kepulauan Melayu terdapat pertembungan budaya yang jelas antara orang Melayu dan orang Jawa. Pertembungan budaya ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk dari segi pengeluaran batik. Hal ini telah menyebabkan motif batik Kelantan yang dihasilkan pada masa itu dipengaruhi oleh motif batik Jawa dan sebaliknya. Hal ini menyukarkan para penyelidik untuk membezakan motif batik di rantau ini pada awal 8. FYP FTKW. Pada peringkat awal pengeluaran batik Kelantan motif yang digunakan.

(22) menggabungkan banyak gaya dan motif mereka. Namun begitu, seiring berjalannya waktu batik Kelantan telah menempa jalannya sendiri dengan reka bentuk yang ringkas dan halus untuk menyenangkan kebanyakan orang. Akibatnya, data yang telah dikumpulkan dan digunakan untuk penyelidikan ini terutamanya dari segi motif dan corak mungkin mempunyai persamaan yang signifikan dan sukar untuk dibezakan antara motif batik Kelantan dan batik Jawa. 1.7. HIPOTESIS. Penggunaan motif dan elemen batik Kelantan sebagai subjek dalam penghasilan catan akan memberikan nilai estetik yang tinggi terhadap karya yang akan dihasilkan.. 1.8. KEPENTINGAN KAJIAN. 1. Diharapkan penyelidikan ini dapat mempromosikan warisan dan budaya batik tradisional Kelantan melalui seni catan di Malaysia. 2. Untuk membuktikan bahawa penggunaan atau penerapan reka bentuk motif dan elemen dari batik Kelantan juga dapat disesuaikan dengan medium lain.. 9. FYP FTKW. pengeluarannya. Batik Kelantan banyak dipengaruhi oleh orang Jawa yang telah.

(23) penyelidikan yanh dijalankan sehingga memberi kesedaran kepada mereka untuk menghargai nilai adat, tradisi dan warisan Melayu. 4. Diharapkan dengan kajian ini dapat mendorong pengkaji dan pengusaha seni lain untuk terus mengembangkan dan menginovasikan reka bentuk motif dan elemen seni batik Kelantan dengan pendekatan yang baru.. 10. FYP FTKW. 3. Untuk memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan etnik Melayu terhadap.

(24) KAJIAN LITURATUR. 2.1. PENGENALAN BATIK. Batik masih kekal sebagai warisan seni misteri sehingga hari ini kerana ahli sejarah seni masih terus melakukan penyelidikan mengenai sejarah asal batik. Ramai juga mengatakan bahawa batik bermula di sekitar tanah Arab dan di India pada abad ke-14 hingga 19 dahulu. Sebagai contoh, seorang sarjana Tagore dari Kolkata, India yang menceritakan bahawa Tagore dan pengikutnya daripada budaya Hindu telah dihadiahkan dengan gunungan kain batik yang kini menjadi koleksi di Muzium Nandan (R. Suprya, 1927). Peristiwa tersebut telah memberi inspirasi kepada masyarakat dan pengiat seni batik di Santiketan. Seni batik juga membantu masyarakat dalam perkembangan batik moden dan menjadi pusat permulaan seni batik sehingga keseluruh india. Namun, penemuan tersebut tidak dapat menjelaskan bahawa tempat kelahiran sebenar batik ini. Walau bagaimanapun, batik merupakan satu warisan yang bervariasi dari segi teknik dan reka bentuk corak pada permukaan tekstil. Penghasilan batik bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi pembuatan batik juga banyak dipraktikkan pada negara-negara luar seperti Jepun, India, Indonesia dan lain-lain negara Asia Tenggara. Melihat dari segi penghasilan batik dari seluruh dunia, mereka mempunyai identiti tersendiri tetapi majoriti teknik pembuatan batik adalah sama di 11. FYP FTKW. BAB 2.

(25) mana dapat bertahan lama dan masih digunapakai sehingga ke hari ini.. Selain itu, batik merupakan warisan tradisional yang paling lama betahan dalam seluruh aspek penggunaanya. Perkataan batik adalah berkait rapat dengan perkataan Jawa dan perkataan Melayu. Perkataan “ambatik” atau “ba” dan “tik” yang diberimaksud titikan atau titik yang terdapat pada permukaan kain (Yang, 2007). Perkataan membatik ini juga diguna pakai kerana memberi maksud proses pembuatan batik melalui proses melukis lilin serta peletakan warna pada permukaan kain. Batik Malaysia juga mempunyai unsur dan reka bentuk motif yang mengetengahkan nilai budaya masyarakat tempatan. Tetapi, pengunaan warna juga dapat membezakan antara batik Jawa dan batik Malaysia. Pengunaan warna pada batik Malaysia lebih tertumpu pada tema warna yang pekat dan terang berbanding batik Jawa yang meggunakan warna yang cerah dan lembut. Tegasnya, batik Malaysia mempunyai identiti yang melambangkan masyarakat yang berbudaya dalam melahirkan bakat yang berguna kepada industri batik negara.. Kesimpulanya, masyarakat muda kini telah menginovasikan reka bentuk motif batik dan juga cara penghasilan batik. Mereka tampil dengan lebih berani dalam menghasilkan reka bentuk yang lebih bebas serta menarik seperti bentuk bunga yang lebih bertenaga pada kombinasi warna yang dihasilkan dan memaparkan aliran abstrak yang kekal sehingga kini. Teknik membatik kini telah banyak mengalami pembaharuan yang mana tidak tertumpu pada batik logam dan batik lukis. Begitu juga, mereka menggunakan teknik lain bagi menahan lilin pada permukaan kain dengan menggunakan apa sahaja alatan yang memberi kesan pada 12. FYP FTKW. Semenanjung Asia Tenggara. Oleh itu, batik merupakan tradisi yang terhebat dunia yang.

(26) seni batik dalam kepelbagaian teknik, corak dan motif penghasilannya. Jelasnya, penghasilan batik yang berbeza dari aspek pembuatannya juga boleh dipanggil sebagai hasil seni yang kontemporari.. 2.2. JENIS-JENIS BATIK. Sebelum terhasilnya sehelai batik yang baik seharusnya melalui proses dan teknik pembuatan terlebih dahulu. Di Kelantan terdapat beberapa empat teknik yang digunapakai oleh masyrakat tempatan. Antaranya iaitu teknik canting, tenik cetakan blok, teknik cetakan skrin dan teknik ikatan kain yang mana beberapa teknik tersebut menggunakan lilin serta medium yang berkaitan. Dalam penghasilan batik terdapat juga proses bagi menyiapkannya. Proses tersebut sangat berbeza dangan penghasilan batik berbanding dengan negara luar. Proses ini memerlukan hasil cetakan lilin pada permukaan kain, kemudian kain tersebut dicelupkan dalam air yang mendidih. Oleh sebab itu, proses ini haruslah diulang beberapa kali bagi mendapat sehelai kain batik yang terbaik. Pada peringkat awal batik Kelantan dihasilkan malalui keringat inidividu untuk membuatnya serta proses yang dilakukan sepenuhnya menggunakan hasil tangan.. 13. FYP FTKW. permukaan kain. Bagaimanapun, hasil yang baru dan kreatif ini dapat melahirkan hasil karya.

(27) Batik Canting / Lukis. Rajah 2.1 : Proses menerapkan warna pada batik lukis. Batik canting antara penghasilan jenis batik terawal di Malaysia. Batik canting pada asalnya dibawa dari pulau Jawa di Indonesia oleh pedagang yang berdagang di Tanah Melayu. Terdapat sedikit perbezaan antara canting batik di Indonesia dan Malaysia adalah canting batik di Indonesia yang dilukis di telapak tangan sementara canting batik Malaysia dilukis di bingkai kayu, namun keduaduanya masih melalui proses yang sama (Abdullah, 2020).. Batik canting lebih disukai kerana dapat disesuaikan untuk kegunaan dari masa ke masa serta mempunyai gaya bebas terhadap reka bentuk motif dan warna yang eksklusif. Antara alatan yang digunakan dalam penghasilan batik canting adalah kain putih dari jenis semula jadi, canting, sikat lembut, campuran lilin, rosin, pewarna, natrium silikat, dan bingkai kayu. Corak motif pada awalnya dilukis 14. FYP FTKW. 2.2.1.

(28) untuk menarik motif pada permukaan kain.. 2.2.2. Batik Blok / Cop. Rajah 2.2: Proses cetakan blok logam. Kaedah menggunakan stamping blok atau cetakan blok untuk menghasilkan batik dipercayai diinovasikan oleh Haji Che Su. Blok ini diperbuat dari pengunaan pokok kentang dan pisang sebelum beralih kepada penggunaan bongkah kayu. Pengukir kayu mempunyai keahlian tinggi dan halus dalam ukiran kayu serta dipermudahkan untuk mendapatkan motif yang diinginkan pada bongkah kayu. Blok batik yang diilhamkan oleh Haji Che Su diperbuat daripada bongkah kayu oleh tukang kayu dan mula digunakan untuk mengecop batik pada tahun 1940 (F. Khairil, 2017).. 15. FYP FTKW. menggunakan pensil sebelum alat canting yang diisi dengan lilin panas digunakan.

(29) tembaga. Blok kayu pada masa lalu hanya menggunakan cantuman warna motif yang bercorak secara langsung ke kain, sementara itu motif blok tembaga menggunakan campuran lilin resin pada kain putih sebelum proses pewarnaan dengan menggunakan sikat. Untuk mendapatkan motif yang lebih halus, berkualiti, seragam, dan terperinci, bongkah kayu telah diganti dengan bongkah yang diperbuat dari tembaga dan logam (Kari, 2018). Penggunaan teknik blok kayu dapat menghasilkan lebih banyak kain batik dalam masa yang singkat, tetapi penerapan warna dan motifnya terbatas yang biasanya terdiri dari dua atau tiga warna dan warna pertama berwarna hitam kemudian diikuti dengan warna lain. Proses pembuatan batik menggunakan batik blok lebih mudah dan pantas berbanding dengan proses pembuatan batik yang lain kerana motifnya dicop langsung pada permukaan kain yang memudahkan proses mewarna dan ia mempunyai reka bentuk dan ukuran corak yang sama. Menurut (Affizar, 2014), sarung yang berasal dari stamping blok logam didapati lebih menarik berbanding dengan blok kayu kerana reka bentuk dan warna digunakan secara meluas di permukaan tekstil. Proses mencantumkan motif pada kain dilakukan berulang kali sehingga corak yang diinginkan tercapai. Oleh itu, penggunaan blok tembaga lebih sesuai kerana tahan lama dan tidak reput berbanding bongkah kayu.. 16. FYP FTKW. Terdapat sedikit perbezaan antara penggunaan bongkah kayu dan bongkah.

(30) FYP FTKW. 2.2.3. Batik Skrin. Rajah 2.3: Penghasilan batik skrin. Batik skrin juga mendapat sambutan yang baik bersama dengan batik lain. Batik skrin adalah proses menghasilkan batik dengan menggunakan kaedah pencetakan skrin ini menggunakan kain sutera yang biasa. Begitu juga, proses penghasilan batik skrin ini adalah sama dengan penghasilan cetakan skrin pada baju sama kini, namun pada proses yang terakhirnya membezakan penghasilan batik skrin dengan cetakan skrin pada baju. Proses yang terakhir tersebut merupakan proses penguapan yang dilakukan pada kain supaya warnanya tidak luntur. Kemudiannya kain akan direndam dan di bersihkan di dalam air yang mendidih yang dicampurkan bio-soft bagi menanggalkan sisa bahan pewarna di samping juga untuk melembutkan kain batik dan dijemur untuk megeringkangnya.. Batik skrin ini membolehkan. pengeluaran sejumlah kain yang banyak dan tidak memerlukan banyak masa untuk 17.

(31) terkini tanpa meninggalkan ciri tradisional, menjadi kegemaran pengguna tempatan dan luar negara.. 2.2.4. Batik Pelangi. Rajah 2.4: Batik pelangi atau batik ikat celup. Batik pelangi atau batik ikat celup adalah batik terawal yang diperkenalkan di Malaysia. Batik ini disebut batik pelangi kerana terinspirasi oleh warna pelangi dan mempunyai warna yang menarik dan pelbagai. Batik pelangi dipengaruhi oleh tekstil India yang mempunyai penampilan yang serupa dari segi warna. Tekstil ini dibawa ke Tanah Melayu dari aktiviti perdagangan dengan negara India dan dengan itu memberi inspirasi kepada penduduk tempatan untuk menghasilkan batik pelangi kerana prosesnya lebih mudah dan barangan untuk menghasilkan batik ini sangat mudah untuk didapatkan. Fabrik pelangi terhasil dengan meluas akibat daripada 18. FYP FTKW. menyiapkan. Gabungan corak dan warna yang menarik dan segar mengikuti ciri-ciri.

(32) batik pelangi tidak menggunakan aplikasi lilin tetapi hanya menggunakan kaedah ikatan tali dan pewarna. Selain itu, batik pelangi kadang-kadang dijahit dengan bijibiji seperti kacang untuk mendapatkan corak motif pada kain.. 2.3. KAIN BATIK KELANTAN. Pada abad ke-14 hingga abad ke-19, aktiviti perdagangan batik telah diperluaskan ke seluruh negara dan Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Negeri Kelantan merupakan perintis kepada perkembangan batik di Malaysia. Peristiwa tersebut telah membawa kepada pembukaan bengkil batik di daerah Kota Bharu, Kelantan oleh Haji Ishak Bin Haji Che Su. Beliau merupakan orang yang pertama bergiat dalam perusahaan membuat batik bersama rakan-rakannya. Bengkil tersebut terletak di bahagian tepi Sungai Kelantan iaitu di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu (F. Khairil, 2017). Pada awal pembukaan bengkil tersebut beliau menggunakan kain batik yang diimport daripada pada Negara Siam. Kain tersebut merupakan kain sutera tiruan yang dinamakan kain pelangi atau kain prier. Bagaimanapun, negeri Kelantan boleh dikatakan sebagai pelopor batik yang mejalankan aktiviti pengeluaran batik yang terawal di Malaysia. Berikutan dengan itu, batik diperkembangkan lagi keseluruh daerah di Malaysia seperti Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang. Penghasilan batik Kelantan ketika itu tertumpu pada teknik-teknik percetakan yang berasaskan ubi kentang, stensil, blok kayu, blok logam dan hasil lukis tangan bagi memenuhi permintaan orang ramai. Oleh itu,. 19. FYP FTKW. bahan pewarna yang digunakan. Batik Pelangi berbeza dengan batik canting kerana.

(33) sekitar daerah Kota Bahru dan di bahagian jalan utama.. Selain itu, sarung batik Kelantan, merupakan hasil inspirasi daripada motif dan penampilan sarung batik Jawa Utara. Perkataan sarung telah diubah dari segi ejaanya yang mana diperoleh daripada kosa kata Melayu lama iaitu sarong. Berikutan dengan itu, batik kelantan boleh dikaitkan dengan reka bentuk dan penggunaan warna-warni pada permukaan kain batik Jawa. Malah, batik Kelantan boleh dilihat melalui lapisan corak yang berada pada latar belakang kain batik Jawa. Biasanya batik Jawa menampakkan beberapa corak bunga yang mekar, corak bunga yang berulang dan pohon anggur dengan warna yang mempersonakan. Seiring peredaran masa ketika itu, masyarakat Kelantan memiliki kemahiran dalam menerapkan motif batik yang berunsur di negara Jawa ke dalam penghasilan sendiri reka bentuk motif batik baharu. Sebagai contoh, motif bunga telang terhasil daripada bunga telang yang sangat senonim dengan warna kebiruan dalam masyarakat Kelantan. Persamaan motif bunga telang ini juga dikatkan dengan tradisi makanan Kelantan iaitu nasi kerabu (I. Hafiz, 2020). Selanjutnya, penggunaan warna biru nasi kerabu yang yang melambangkan kesrgaran warna pada motif bunga telang. Oleh itu, pemilihan reka bentuk dan warna pada motif alam semula jadi yang diminati masyarakat telah menyumbang kepada penghasilan motif batik yang baharu di Malaysia.. 20. FYP FTKW. aktiviti pengeluaran batik juga meningkat dan bergiat aktif dalam kawasan perkampungan di.

(34) FYP FTKW Rajah 2.5: Susunan reka letak pada kain batik Kelantan. Selanjutnya, kepelbagaian motif batik Kelantan dapat dilihat pada corak yang bervariasi pada permukaan badan kain. Motif tersebut diberinama sebagai badan bunga yang merupakan komposisi elemen yang penting dalam sarung batik. Gubahan bunga yang terdapat pada permukaan kain batik Kelantan tidak kelihatan menarik jika tidak mempunyai struktur dan reka letak yang sesuai. Hal ini kerana, susunan pada permukaan kain batik Kelantan mempunyai motif dan pencerita di sebalik pemamakainya. Pada permukaan kain batik Kelantan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu badan kain, kepala kain, apit kiri, apit kanan, gigi kain atas, gigi kain bawah dan pengampit (Iskandar, 2018). Pada bahagian badan kain mengambarkan unsur motif tumbuhan yang berakar dan ditegaskan dengan beberapa jenis motif flora. Gunung kain atau dipanggil juga sebagai gigi kain ini mempunyai reka bentuk cotif yang kecil dan kedudukan susunannya adalah menyeluruh. Di samping itu, gunung kain biasanya berada di atas dan bawah permukaan kain batik. Begitu 21.

(35) kiri dan kanan selalunya berada berdekatan dengan kepala kain dan badan kain batik. Selanjutnya, motif yang memainkan peranan peting dalam pemakain dan reka letak pada batik Kelantan iaitu bahagian kepala kain. Pada bahagian kepala kain ia menggunakan motif pucuk rebung yang reka coraknya berunsur geometri. Malah, kedudukan struktur motif ini selalunya dalam keadaan menegak pada permukaan kain batik Kelantan. Jelasnya, bahawa reka bentuk dan struktur pada kain batik Kelantan akan memaparkan identiti seseorang yang memakainya.. Rajah 2.6: Susunan reka letak pada kain batik Kelantan. 22. FYP FTKW. juga, apit kiri dan kanan yang mempunyai persamaan dengan gunung kain. Sebaliknya, apit.

(36) maksudnya yang tersendiri (Y. Amran, 2020). Perletakkan maksud tersebut diletakkan pada bahagian kepala kain. Sebagai contoh, seseorang wanita memakai kepala kain pada bahagian hadapan, maka wanita tersebut masih lagi anak dara atau wanita yang belum berkahwin. Manakala, bagi wanita yang memakai kepala kain di bahagian belakang kain memberi maksud bahawa wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga atau sudah berkahwin. Seterusnya, jika kepala kain dipakai pada bahagian kiri memberi maksud wanita tersebut telah mengalami kematian suaminya atau dikenali sebagai balu. Begitu juga, pada bahagian kanan yang melambangkan wanita tersebut sebagai janda atau wanita yang telah bercerai. Dengan demikian, pemakaian batik juga dapat menyatakan perkembangan metamorphosis seseorang kanak- kanak sehinggalah mereka menjadi dewasa.. Lantaran itu, batik Kelantan mempunyai teknik khas yang mengabungkan blok logam dengan lukisan tangan untuk menghasilkan jenis reka bentuk batik yang baharu. Teknik ini dikenali sebagai batik conteng atau batik abstrak yang mempunyai empat lapisan lilin pada permukaan kain. begitu juga, penggunaan tenik ini adalah hasil daripada celupan kain yang telah diwarnakan berulangkali dengan dicat dengan lapisan warna yang berbeza. Penghasilan sarung batik melalui teknik ini dapat mengeluarkan hasil batik yang kreatif dan bermutu tinggi. Di samping itu, terdapat juga teknik yang lazim digunakan pada sarung batik Kelantan. Teknik ini mempunyai dua lapisan warna iaitu warna biru dengan coklat atau warna merah yang berlatar belakangkan warna krim keemasan pada kain. Teknik ini adalah untuk memberi gaya baru pada warna kain yang lebih lembut dan sederhana pada. 23. FYP FTKW. Sehubungan dengan itu, kain batik Kelantan juga mempunyai adat pemakaian dan.

(37) bentuk dan gabungan warna yang mempersona pada permukaan sarung batik Kelantan.. Sebagai kesimpulan, batik Kelantan merupakan salah satu keindahan yang diperagakan oleh masyarakat dahulu sehinggalah ke zaman ini. Masyarakat kini juga suka memandankan batik Kelantan ini degan pemakaian lain seperti baju kurung, baju kedah dan baju kebaya tradisional. Tradisi batik merupakak khazanah yang paling tua dan masih lagi berfungsi dalama masyarakat hari ini (Y. Amran, 2020) Oleh itu, bagi mengekalkan lagi keindahan batik di tanah air kita, pihak bertanggung jawab seharusnya memainkan perana dalam masyarakat untuk memaikan atau mengeluarkan banrangan yang berasaskan batik Kelantan.. 2.4. REKA BENTUK MOTIF BATIK KELANTAN. Reka bentuk motif batik merupakan sesuatu proses seni yang melalui proses pengolahan idea asal kepada reka bentuk yang baru untuk diaplikasikan pada permukaan kain batik. Penekana proses reka bentuk ini hanya tertumpu pada konsep, prinsip rekaan dan elemen semula jadi dalam rekaannya. Kreativiti ini terhasil daripada kepekaan masyarakat Melayu terhadap alam semula jadi yang berada di sekeliling mereka. Inspirasi dan penerapan motif flora pada batik berkait rapat dengan masyarakat Melayu yang percaya bahawa sumber semula jadi seperti herba adalah penawar penyakit dan juga mempunyai banyak faedah untuk kegunaan lain. Contoh yang baik adalah daun sirih yang terkenal kerana mempunyai banyak 24. FYP FTKW. pemakainya. Berikutan dengan itu, hasil yang dikeluarkan mempunyai keistimewaan reka.

(38) tradisional orang Melayu. Setiap motif yang digunakan adalah untuk menyampaikan pelbagai pesanan yang mengandungi nilai kepercayaan, nilai masyarakat, nilai status seseorang, nilai adat, nilai budaya dan nilai identiti pengguna.. Seterunya, pengusaha batik atau masyarakat tempatan mempunyai inspirasi dalam mereka bentuk corak motif batik melalui flora dan fauna yang digunakan dalam kehidupan dan aktiviti seharian mereka. Penggunaan flora popular sejak awal batik Kelantan dan kebanyakan motif berasal dari bentuk bunga di persekitaran negara (H. Haziyah, 2000). Sebilangan besar motif semula jadi yang digunakan hanya melalui bentuk yang sederhana dari bentuk asalnya. Ini kerana jika bentuknya terlalu abstrak, maka akan mengalami kesukaran untuk mengenal pasti sumber motif yang sebenar. Selanjutnya, reka bentuk motif dan pengunaan warna pada batik Kelantan masih lagi terpelihara dan masih lagi berkembang disebabkan oleh faktor sejarah, peradaban dan budaya. Dalam reka bentuk batik, elemen yang paling penting adalah pengulangan corak motif sama yang diilhamkan daripada alam semula jadi. begitu juga, reka bentuk ini akan diterapkan dan disusun mengikut urutan yang telah tersedia. Dengan demikian, motif ini juga akan kelihatan menarik akibat daripada motif yang terbentuk yang mengalami elemen pengulangan pada permukaan kain batik. Oleh sebab itu, susunan motif pada kain batik memainkan peranan yang tersendiri bagi melahirkan kepelbagaian corak pada kain batik Kelantan.. Di samping itu, reka bentuk motif pada kain batik Kelantan mempunyai bentuk motif yang berbeza dengan reka bentuk motif batik Jawa. Antaranya iaitu motif pucuk rebung, 25. FYP FTKW. fungsi. Permulaan dari sifat perubatannya hingga peranannya dalam upacara perkahwinan.

(39) anggrek, awan, dan sebagainya dalam penghasilan corak geometri. Dari semasa ke semasa, reka bentuk corak motif sentiasa di perbaharui dengan menggabungkan reka bentuk motif yang berbeza untuk menambah gaya pada kain batik Kelantan. Garis melengkung dan halus yang terdapat pada kain batik masih lagi menggambarkan kedamaian dan keharmonian antara masyarakat dari masa lalu (Razak, 2020). Dua komposisi utama iaitu reka bentuk motif flora dan geometri mempengaruhi keindahan corak hiasan pada kain batik Kelantan. Pada masa yang sama, batik Kelantan juga memiliki kepelbagaian warna dan unik yang diambil dari tanaman seperti buah-buahan, bunga-bungaan dan dedaun yang berada di sekitar mereka.. Tegasnya, setiap permukaan batik di Malaysia mempunyai susunan dan reka bentuk motif yang tersendiri. Malah, sesetengah susunan motif ini bergantung pada kain batik kerana setiap kain yang dihasilkan mempunyai susunan reka letak yang berbeza. Antara susunan reka letak iaitu susunan bendiri, berjalur, melingtang, menyeluruh, bertaburan (tompoktompok), serong, ulang bersilang dan banyak lagi. Sebagai contoh, pengunaan motif geometri pucuk rebung selalunya diletakkan pada bahagian kepala kain. Sebaliknya, pada bahagian badan kain susunannya lebih bebas atau tompok-tompok kedudukannya seperti bentuk bunga yang berpohon, berakar atau bunga tunggal yang akan memenuhi ruangan pada permukaan kain batik. Bagaimanapun, susunan motif yang meyerong pula, kebanyakkan menggunakan motif parang rosak, pilin berganda atau sering banji.. 26. FYP FTKW. bunga cempaka, bunga mawar, tanaman memanjat, bunga mangga, sulur, daun sireh, bunga.

(40) JENIS MOTIF BATIK KELANTAN. Sejak zaman dahulu lagi reka bentuk motif yang dihasilkan bagi tujuan hiasan pada rumah, kenderaan dan pada permukaan kain. Pada awalnya, penghasilan ini lebih tertumpu kepada motif flora berbanding dengan motif fauna dan geometri. Pada peringkat awal pembuatan batik di Kelantan sangat dipengaruhi terutama dari segi motif yang digunakan oleh batik Jawa Utara dari Indonesia. Namun, seiring berjalannya waktu hanya beberapa motif dari batik Jawa yang diperlihatkan. Namun demikian, reka bentuk motif yang menggambarkan unsur haiwan dan makhluk mitos akan dihapuskan sepenuhnya. Ini disebabkan oleh masyarakat Melayu ketika itu lebih gemar menggunakan motif yang sesuai untuk orang Melayu Islam serta amalan Islam. Di Malaysia, Islam adalah agama utama dan orang Melayu tidak diberi kebenaran oleh masyarakat Islam untuk memakai motif yang berunsurkan binatang buas atau makhluk mitos. Kebanyakkan reka bentuk motif batik di Kelantan berdasarkan pada alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan atau bunga (Hani, 2021). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa unsur motif batik Kelantan terbahagi kepada dua iaitu motif organik dan motif geomatri.. 2.5.1. Motif Batik Organik. Motif organik merupakam motif yang berbeza dengan motif tumbuhan yang ada pada motif geomatri. Motif organik terbahagi kepada tiga iaitu motif flora, fauna, dan kosmos. Semua motif ini telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu dan telah 27. FYP FTKW. 2.5.

(41) pada batik, tetapi juga digunakan pada ukiran kayu sebagai hiasan untuk rumah tradisional Melayu masyarakat dahulu. Motif organik sangat dihargai dalam aspek artistiknya dan sering digunakan dalam jenis produk hiasan. Komponen utama yang dapat dilihat dari segi motif organik pada sarung batik bukan hanya satu jenis bunga yang digunakan tetapi pelbagai jenis bunga dan juga tanaman memanjat yang melengkapkan corak pada sarung batik.. 2.5.1.1 Bunga Padi. Rajah 2.7: Pokok padi / bunga padi. Padi atau lebih dikenali sebagai nasi adalah tanaman bijirin utama di Malaysia. Padi adalah makanan ruji bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kebanyakan negara Asia. Motif yang diilhamkan dari bunga padi dikembangkan dan digunakan dalam batik kerana berkait rapat dengan 28. FYP FTKW. sinonim dengan seni tradisi Melayu. Corak motif organik ini tidak hanya digunakan.

(42) bergantung pada hasil penanaman padi sebagai sumber pendapatan. Kain batik juga digunakan sebagai hiasan kepala untuk melindungi dari sinar matahari ketika bekerja di sawah.. Rajah 2.8: Motif bunga padi. Sudah menjadi ciri orang Melayu untuk mengaitkan alam dengan kehidupan seharian mereka, oleh itu terdapat juga peribahasa Melayu yang berkaitan dengan padi. Sebagai contoh, “Ikutlah remis padi, semakin banyak semakin menunduk” yang bermaksud kita seharunya menjadi seperti tangkai padi. Padi akan menunduk lebih rendah kerana sarat dengan biji-bijian yang sudah masak. Makna tersirat dari peribahasa ini adalah semakin banyak 29. FYP FTKW. masyarakat Melayu. Padi merupakan makanan utama dan banyak petani.

(43) keperibadian diri kita. Kebanyakan motif bunga padi hanyalah berbentuk titik-titik kecil sahaja. Bunga padi digunakan untuk menghias dan mengisi motif bunga pada bahagian badan kain batik. Ini berbeza dengan Indonesia yang menggunakan keseluruhan motif padi dalam reka letak batiknya.. 2.5.1.2 Paku Pakis. Rajah 2.9: Paku pakis. Paku Pakis atau dengan gelaran saintifiknya (Diplazium Esculentum) adalah spesies paku pakis yang boleh dimakan. Gelaran tumbuhan ini dipanggil sebagai pucuk paku di negeri Kelantan. Tumbuhan ini mempunyai 1200 spesies yang terdapat di seluruh dunia. Biasanya tumbuh ini hidup di 30. FYP FTKW. pengetahuan yang kita ada semakin rendah hati dan sederhanalah.

(44) adalah tanaman yang mempunyai daun, batang, akar dan tidak menghasilkan bunga atau biji kerana hanya membiak melalui spora. Bagi masyarakat Melayu, paku pakis biasanya digunakan sebagai ubat tradisional dan juga sebagai makanan sampingan dalam masakan di Malaysia. Secara tradisional, tanaman ini digunakan untuk merawat sakit kepala, demam, luka, pembengkakan kelenjar, cirit-birit dan pelbagai jangkitan kulit. Paku pakis dipilih sebagai motif batik kerana tanaman ini berkaitan dengan masyarakat Melayu dan juga mempunyai tekstur daun yang menarik serta sesuai untuk dijadikan motif pada kain batik.. Rajah 2.10: Motif paku pakis. 31. FYP FTKW. tempat yang lembap seperti hutan hujan dan hutan hujan tropika. Paku pakis.

(45) FYP FTKW. 2.5.1.3 Bunga Kangkung. Rajah 2.11: Bunga kangkong. Bunga kangkung atau (Ipomoea sphenophylla) dalam bahasa saintifiknya adalah sejenis tanaman yang mempunyai sulur dalam keluarga Convolvulaceae yang banyak tumbuh di negara-negara tropika. Bunga ini digunakan sebagai tanaman hiasan dan juga makananan. Tumbuhan ini juga dijadikan sebahagian daripada hidangan masyarakat Melayu tempatan. Motif bunga kang kong sering diletakkan di bahagian penjepit dan tepi kain sarung batik kerana sesuai dengan keadaannya yang mempunyai sulur.. 32.

(46) FYP FTKW Rajah 2.12: Motif bunga kangkong. 2.5.1.4 Bunga Telang. Rajah 2.13: Bunga telang. 33.

(47) sangat senonim dengan masyarakat Melayu dengan warna biru unggu yang terang. Tumbuhan ini dapat bertahan dikawasan tanah yang lembab dan ia boleh didapatkan di seluruh Asia Tenggara. Bunga ini selalunya digunakan pada makan tradisi di Kelantan iaitu nasi kerabu. Warna biru pada bunga dijadikan pewarna pada nasi dalam hidagan nasi kerabu. Bunga telang juga boleh melawan meningkatkan kesihatan otak, baik untuk rambut serta pada kulit manusia. Selain digunakan dalam perwarna dalam makanan, bunga ini juga sesuai dijadikan teh yang berkhasiat. Berikutan dengan itu, bunga telang telah diwartakan sebagai identit bagi negeri Kelantan yang merupakan ikon kepada reka bentuk motif batik Kelantan.. Rajah 2.14: Motif bunga telang. 34. FYP FTKW. Bunga telang atau panggilan saitifiknya (Clitoria Ternatea) yang.

(48) FYP FTKW. 2.5.1.5 Bunga Lawang. Rajah 2.15: Bunga lawang. Bunga lawang atau dalam bahasa saintifiknya iaitu (Illicium Verum) sebenarnya adalah sejenis buah dan bukan sejenis bunga. Masyarakat terdahulu memanggil bunga adalah disebabkan oleh reka bentuknya yang sama dengan bentuk bunga. Tambahan pula, bunga lawang mempunyai reka bentuk seakan-akan bentuk bintang di angkasa. Berikutnya, aroma dan bau yang kuat membuatkan buah ini dipetik sebelum sampai jangka matangnya. Seterunya, buah ini akan dikeringkan di bawah sinar matahari. Bunga lawang mempunyai banyak kegunaan sebagai ubatan tradisional yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Ramuan ini dilaporkan bersifat antijamur, antibakteria dan antioksidan. Begitu juga, peranan bunga lawang boleh meningkatkan pengeluaran susu pada payudara wanita. Jelannya, motif bunga lawang selalu diletakkan pada bahagian badan kain kerana sangat sesuai digunakan sebagai 35.

(49) memenuhi seluruh permukaan kain batik.. Rajah 2.16: Motif bunga lawang. 2.5.1.6 Bunga Ulam Raja. Rajah 2.17: Bunga ulam raja. 36. FYP FTKW. latar belakang dan mempunyai perhubungan dengan motif lain bagi.

(50) tumbuhan hibrid yang berasal dari Amerika Latin dan kini boleh didapati dan mudah dijumpai di Malaysia. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil, daun bercabang dan batang kecil. Biasanya, daun dari tanaman berbunga ungu digunakan untuk membuat salad sebagai lauk dalam hidangan tempatan. Tumbuhan ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan herba serta daunnya garing akan menghasilkan bau segar dan kuat.. Bunga ulam lam raja juga mempunyai antioksidan yang tinggi dan telah lama digunakan oleh orang Melayu sebagai ubat tradisional. Tumbuhan ulam raja diilhamkan untuk dijadikan motif pada sarung batik kerana sinonim dengan masyarakat Melayu kerana tumbuhan ini digunakan sebagai tanaman hiasan rumah dan tanaman berharga sebagai ubat dan makanan. Corak bunga ulam raja di sarung batik saat ini masih mempertahankan ciri aslinya dengan bunga, daun, dan batang hanya sedikit berubah.. Rajah 2.18: Motif bunga ulang raja 37. FYP FTKW. Ulam raja atau dengan nama saintifik (Cosmos Sulphureus) adalah.

(51) FYP FTKW. 2.5.1.7 Bunga Cempaka. Rajah 2.19: Bunga cempaka. Bunga Cempaka adalah sejenis bunga yang tidak asing lagi di Malaysia dan juga negara jiran seperti Indonesia yang mana bunga ini tumbuh di halaman rumah. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 30 meter. Bunga Cempaka terbahagi kepada dua jenis, iaitu, “Michellia alba” yang mempunyai bunga putih dan “Michellia champaca” dengan bunga kuning. Bunganya mempunyai bau yang harum dan kuat yang sesuai untuk dijadikan pati untuk produk minyak wangi. Pokok ini menghasilkan buah dan bunga sepanjang tahun dan tumbuh di tanah yang lembap tetapi tidak dapat bertahan kawasan air bertakung.. 38.

(52) FYP FTKW Rajah 2.20: Motif bunga cempaka. Selain menghasilkan wangian yang kuat bunga cempaka kuning juga mempunyai antioksidan yang tinggi yang boleh dijadikan ubat-ubatan. “Michelia champaca” adalah tumbuhan perubatan yang penting yang banyak digunakan dalam bidang perubatan seperti farmaseutikal dan industri makanan. Oleh itu, motif tanaman bunga cempaka dipilih sebagai motif pada kain batik bukan sahaja dari keindahannya tetapi juga nilai kesihatan yang tinggi yang terdapat di tanaman.. 39.

(53) FYP FTKW. 2.5.1.8 Bunga Raya. Rajah 2.21: Bunga raya. Bunga raya adalah tanaman hiasan yang sangat popular dan penting di Malaysia. Tumbuhan ini menghasilkan bunga sepanjang tahun. Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia di mana lima kelopak mewakili lima prinsip kebangsaan Malaysia (Rukun Negara), iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan negara, Ketuanan Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Akhlak. Lima prinsip Nationhood mewakili usaha untuk mendasarkan kesatuan nasional pada konsep-konsep tertentu yang universal dan dapat diterima oleh semua rakyat, tanpa mengira asal etnik atau agama.. 40.

(54) mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan suhu badan semasa demam. Bunga raya tidak mempunyai aroma dan mempunyai kelopak besar.Motif bunga raya yang unik tidak banyak berubah dari bentuk asalnya. Biasanya motif ini akan diletakkan di bahagian penjepit kain sarung atau corak yang diletakkan pada motif rebung.. Rajah 2.22: Motif bunga raya. 41. FYP FTKW. Bunga dan daun bunga raya digunakan secara tradisional untuk.

(55) FYP FTKW. 2.5.1.9 Bunga Keladi. Rajah 2.23: Bunga Keladi. Asal-usul Keladi atau Yams dipercayai dari India Selatan dan Asia Tenggara. Tumbuhan ini hanya memerlukan sedikit cahaya matahari dan sesuai ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Terdapat pelbagai jenis keladi dan daunnya mempunyai pelbagai jenis warna. Sebilangan besar spesies Yam boleh dimakan termasuk batangnya, namun sebilangannya misalnya keladi gajah tidak boleh dimakan dan boleh menyebabkan akibat yang teruk. Terdapat juga peribahasa Melayu yang terkait dengan daun keladi misalnya, "Bagai mencurah air ke daun keladi" yang bermaksud "seperti menuangkan air ke daun keladi". Makna tersirat dari peribahasa ini adalah apabila pesanan atau nasihat yang tidak diendahkan dan tidak mempengaruhi pendengar. 42.

(56) FYP FTKW Rajah 2.24: Motif Bunga keladi. 2.5.2. Motif Batik Geometri. Motif geometri adalah reka bentuk motif yang diambil daripada perkataan ‘Geo’ dan ‘Metrik’ yang bermaksud garis. Pada dasarnya, reka bentuk motif geometri pada batik terdiri daripada segi empat tepat, segitiga, bulat, dan bujur. Biasanya, motif geomatri ini berada pada kepala kain dengam susunan menegak. Biasanya motif geomatri ini jenis yang tersusun dan berulang-ulang coraknya pada permukaan kain. Malah, motif geomertri ini diambil daripada hasil seniman dan perekan Islam terdahulu. Tegasnya, reka bentuk motif geomatri ini digunakan untuk menghiasi kesemua tempat kosong pada permukaan kain batik.. 43.

(57) FYP FTKW. 2.5.2.1 Pucuk Rebung. Rajah 2.25: Pucuk rebung buluh. Motif pucuk rebung terhasil dari tunas muda yang tumbuh dari akar pokok buluh yang mempunyai pangkal besar dan lebih kecil pada bentuk segitiga. Motif pucuk rebung mempunyai makna yang luas misalnya sebagai refleksi bahawa kita harus selalu bergerak maju seperti pucuk yang tumbuh secara berterusan. Masyarakat Melayu juga menggunakan pucuk rebung sebagai peribahasa iaitu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud kita harus melentur buluh dari pucuknya. Makna tersirat dari peribahasa tersebut supaya kita mestilah mendidik orang mengenai adab 44.

(58) mereka mudah dibentuk tidak seperti orang dewasa yang sukar menerima kritikan, tegoran dan bimbingan orang. Motif pucuk rebung selalunya digunakan pada bahagian kepala kain pada kain batik atau songket. Ini kerana bentuk segi tiga menjadikannya ideal untuk menyusun dan meraplikasi motifnya sama ada diletakkan melintang atau menegak.. Rajah 2.26: Motif pucuk rebung. 45. FYP FTKW. ketika kecil lagi. Adab ini haruslah diajar pada usia muda kerana tingkah laku.

(59) LUKISAN BATIK MALAYSIA. Prinsip seni moden yang menggalakkan perkembangan media baru dan bentuk visual yang telah banyak dihasilkan melalui kemunculan seni batik di Malaysia. Secara umumnya lukisan batik dianggap salah satu bentuk seni tradisional yang penting di rantau Asia Tenggara. Di Malaysia perkembangan seni batik dipercayai bermula di kawasan pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Seni batik ini juga merupakan bentuk idea atau bentuk fahaman yang kebanyakannya digunakan pada pakaian seperti sarung, kemeja dan digunakan untuk hiasan rumah sebagai ukiran kayu. Kebanyakkan lukisan batik berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat di rantau ini yang mengambarkan indentiti simbolik yang menarik dan ia juga memberi perbezaan antara status sosial bagi masyarakat dahulu. Melalui pendekatan ini lukisan batik sedikit sebanyak memberi peranan dalam menjelaskan kehadiran dalam seni batik dan seni lukis di Malaysia. Selainitu lukisan batik merupakan satu proses yang melibatkan sapuhan berus yang mempunyai warna atau cat pada permukaan seperti kanvas, kertas, atau dinding. Penghasilan lukisan batik ini mewakili gambaran pemikiran dan rekaan tertentu masa ada subjek tersebut nyata atau abstrak yang igin digambarkan. Aktivit dalam penghasilan catan membolehkan seseorang itu menyedari serta dapat merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Pelbagai warna dan media yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah lukisan batik seperti cat minyak, warna air, cat akrilik dan sebagainya.. 46. FYP FTKW. 2.6.

(60) Asia Tenggara. Ini akibat daripada pengaruh perdagang-pedangan maritim yang berkembang di antara Timur dan Barat. Walau bagaimanapun, kajian tekstil di dunia mendedahkan kepelbagaian teknik dan gaya yang menakjubkan. Begitu juga takrifan terhadap batik dari Malaysia juga telah memperolehi makna yang lebih besar daripada bahasa Jawa yang mana terkenal dengan garis lilin dan titik-titik lilinnya yang sangat sarat dan mantap pada format kain. Pada masa yang sama, seni batik adalah ciptaan yang memaparkan semua ciri-ciri karya asal-usul seni komposisi dan reka bentuk, penggunaan warna dan tahap kepakaran teknikal yang tinggi dalam penggunaan medium batik.. Rajah 2.27: Karya Chuah Thean Teng “Waiting”, saiz 92 x 61cm.. 47. FYP FTKW. Meneraju kisah seni batik merupakan sebahagian daripada proses penceritaan sejarah.

(61) dalam mencari identiti mereka. Pada masa itu ramai pengkarya mula berinovasi melalui aliran dan teknik pengkaryaan untuk menampilkan karya mereka. Mereka juga kerap menghasilkan karya yang berkait rapat dengan tradisi tempatan dari segi reka betuk motif batik dan prisip yang berkaitan. Sebagai contoh, Chuah Thean Teng yang merupakan pelopor seni lukisan baik di Malaysia sekitar tahun 1946. Hasil karya beliau lebih tertumpu pada teknik pada penghasilan batik. Namun demikian, penutupan kilang sarung batik di Pulau Pinang bersama saudaranya Chuah Thean Siang telah memberi idea baru untuk menghasilkan lukisan yang berunsurkan batik. Beliau telah menghasilkan beberapa lukisan batik dengan menggunakan pewarna batik yang berlebihan daripada kilangnya. Bagi mengangkat seni batik ini, beliau telah melakukan banyak perkara dalam memperkenalkan bidang seni lukisan batik kepada orang ramai. Sebaliknya, karya yang dihasilkan beliau tidak mendapat sambutang yang positif daripada masyarakat ketika itu. Walau bagaimanapun, beliau tidak duduk diam begitu sahajadan beliau mengambil langkah berani dalam membuat beberapa pameran solo bagi memperolehi penghargaan yang membolehkan lukisan batik sebagai sebuah karya seni halus di Malaysia. Oleh itu, populariti lukisan batik menjadi bualan dan rujukan seniman yang mana telah banyak mempamerkan hasil karya yang bermotifkan reka bentuk batik Malaysia.. 48. FYP FTKW. Bagi artis yang berlatar belakangkan budaya mereka merujuk kepada hasil seni batik.

(62) Batik juga mempunyai unsur-unsur formal yang unit yang tidak dimiliki oleh jenis kain yang lain. Keindahan batik timbul dari proses pengulangan pada penggunaan canting serta blok kayu pada permukaan kain. Proses dramatik pembuatan batik telah memberi inspirasi terhadap pengkarya-pengkarya di Malaysia yang telah mengaplikasikan unsur seni dan motif batik pada lukisan-lukisan yang memaparkan sketsa, tradisi dan budaya dalam konteks seni lukis di Malaysia. Antara artis yang membawa pengaruh tersebut iaitu Fatimah Chik, Koay Sou Kau, Grace Selvanayagam, Yusoff Abdullah dan ramai lagi. Menerusi pendekatan ini, mereka dapat membawa serta memperluaskan lagi seni lukisan batik ke peringkat yang lebih tinggi dalam memberi inspirasi tradisional untuk menghasilkan karya seni yang baharu, inovatif dan kreatif dalam perkembangan seni lukis di Malaysia.. Selain itu, seni batik mempunyai banyak keistimewaan tersendiri terutamnya dari segi penghasilannya serta unsur yang terdapat pada reka bentuk motif pada permukaan kain yang tidak dapat dihasilkan melalui teknik-teknik yang lain. Hasil batik ini merupakan nilai seni yang bermutu tinggi seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengkaji, University James Cook, Queensland, Australia iaitu Maria Wronska-Friend (2016) mengatakan bahawa 49. FYP FTKW. Rajah 2.28: Keratan Karya Seah Kim Joo, B. Singapura, 1939.

(63) sebagai sumber rujukan yang penting bagi mereka untuk menghasilkan karya dan juga dipengaruhi oleh pengusaha-pengusaha dalam pengeluaran kain yang berunsurkan batik. Pada masa yang sama, seni batik memberi kesan kepada negara Belanda daripada pergerakan seni “Art Neuveau” dan “Art Deco” yang terpukau dengan seni batik dan nilai estetik yang ditunjukkan. Namun demikian, seni batik juga memberi kesan terhadap pengiat seni moden di negara tersebut seperti Henr van de Velde, Charles Renni Mackinstosh dan Henri Matisse.. Tegasnya, kehebatan seni batik berupaya untuk terus hidup dengan menyesuaikan diri dengan situasi baru. Seni batik juga dapat dilihat dengan cara yang telah diterapkan dengan berkesan di dalam kediaman rumah, dinding pejabat, galeri, perhotelan dan asesori daripada pelapis yang telah diinovasikan oleh pereka. Lukisan batik juga telah mengambil tempat dalam kalangan pengkarya seni lukis moden Malaysia. Walau bagaimanapun, kepelbagaian yang paling penting telah menjadi rujukan seni lukis dan fesyen kontemporari masa kini. Berikutan dengan itu, dorongan ini adalah disebabkan oleh inisiatif pihak yang bertanggujawab untuk memulihkan industri batik di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada penyesuaian bagi memenuhi keperluan seni dan penggunaan fesyen sebagai alat untuk memaparkan keindahan seni batik. Sebahagian daripada keindahannya juga terletak pada fakta bahawa seni batik merupakan warisan dari masyarakat Asia Tenggara. Secara sejarah dan tradisional seni batik telah dikaitkan dengan masyarakat Melayu dan khususnya masyarakat Melayu di negeri-negeri pantai timur. Masyarakat Malaysia dari semua etnik terllibat dengan seni batik sama ada dari segi reka bentuk, pengeluaran, bidang seni,. 50. FYP FTKW. kebanyakan pengiat seni, pereka fesyen tekstil di Eropah dan Afrika menjadikan batik.

(64) yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.. 2.7. TAHUN. KARYA ARTIS RUJUKAN. KARYA. 1981. ARTIS. TAJUK. MEDIUM. Ruzaika. Siri. Media. 17.08cm. Omar. Dungun. Campuran. x 76cm. Basaree. 51. FYP FTKW. peruncitan atau pemakaian. Oleh itu, batik merupakan fabric atau kraftangan seni di Malaysia. SAIZ.

(65) 1987. Hashim. Bangau. Akrilik. 134cm x. Hassan. oh. atas. 103cm. Bangau. kanvas. Mastura. Interior. Media. 115.6cm. Abdul. No 29. Campuran. x. Rahman. 52. FYP FTKW. 1987. 115.8cm.

(66) 1996. 53. FYP FTKW. 1995. Khatijah. Anugerah Media. 162.5cm. Sanusi. II. Campuran. x 105cm. Fatimah. Unity In. Batik. 120cm x. Chik. Harmony. Collage. 150cm.

(67) Din. Tapak. Cat. 92cm x. Omar. Sirih. Minyak. 122cm. Series. atas Kanvas. 1999. Mastura. House of. Media. 183cm x. Abdul. Flower. Cmpuran. 276cm. Rahman. dan Collage. 54. FYP FTKW. 1999.

(68) 2006. Fatimah. Anggun. Batik Ink. 122cm x. Chik. Magenta. On Calico. 137cm. Mohd. Jiwa. Akrilik. 80cm x. Noor. Luhur 41. atas Kayu. 60cm. Mahmud. dan Kanvas. 55. FYP FTKW. 2004.

(69) Mohd. Pakai. Media. 150cm x. Noor. Semutar. Campuran. 170cm. Mahmud Kain Lepas. 2007. Hashim. Wau. Akrilik. 140cm x. Hassan. Bulan. atas. 152cm. Terbang. Kanvas. Malam. 56. FYP FTKW. 2007.

(70) Hashim. Sulur. Akrilik. 91cm x. Hassan. Bayur. atas. 61cm. Kanvas. Jadual 2.1: Informasi karya artis rujukan. 57. FYP FTKW. 2011.

(71) EKPLORASI KARYA ARTIS RUJUKAN. Rajah 2.29: Siri Dungun. Media Campuran. (1981). 17.08cm x 76cm. Karya Ruzaika Omar Basaree yang kebanyakan mengadaptasi tradisional seni bina Melayu dan motif ukiran tradisonal Malaysia. Pengkaji tertarik dengan gabungan motif ukiran kayu tradisional Terengganu iaitu motif kerawang. Gabungan motif ini adalah dipersembahkan melalui sifat lukisan secara tradisi yang mana ia ditentukan oleh penggunaan warna dan dua susunan pada permukaan dia dimensi dengan pendekatan tiga dimensi. Selain itu, terdapat juga nilai estetika islam berdasarkan motif awan larat dalam falsafah ukiran Melayu tradisional yang mempunyai makna yang sangat baik (A. Hasan, 2012).. 58. FYP FTKW. 2.8.

(72) FYP FTKW Rajah 2.30: Unity in Harmony. Batik Collage. (1996). 140cm x 170cm. Karya Fatimah Chik mengenai motif tradisional Melayu telah memaparkan mengenai keindahan budaya Melayu dalam bidang seni tekstil di Malaysia. Pengkaji tertarik dengan penghasilan warna yang melalui proses kreatif dalam mengaplikasikan teknik baru yang digunakan dalam karyanya. Penggunaan warna yang dipamerkan merupakan bahan pewarna tradisonal barat seperti cat air, cat minyak dan akrilik. Pengkaji juga tertarik dengan penggunaan motif organik segi tiga yang mewakili motif gunung yang berulang dan pergerakan zigzag pada karyanya (D. Kanansky, 1988).. 59.

(73) FYP FTKW Rajah 2.31: House of Flower. Media Campuran dan Collage. (1999). 183cm x 276cm. Karya Mastura Abdul Rahman berdasarkan identiti Melayu dan dikategorikan sebagai seni hiasan dalaman yang diilhamkan dari konteks budaya tradisional Melayu Islam di Malaysia (R. Piyadasa, 2002). Karya ini memberi idea kepada pengkaji melalui penggunaan motif songket dan batik tradisional bagi mengisi latar belakang pada karyanya. Seterusnya, pengkaji tertarik dengan penggunaan motif dan warna yang segar dan kontras sehingga mewujudkan lagi persekitaran yang harmoni dengan motif yang dilukis.. 60.

(74) FYP FTKW Rajah 2.32: Pakai Semutar Kain Lepas. Akrilik atas Kanva dan Kayu. (2007). 150cm x 170cm. Karya Mohd Noor Mahmud merupakan pelukis batik yang menggambarkan nilai estetik reka bentuk motif batik tradisonal Melayu dan songket tenunan tradisional serta motif moden (Haziyah, 2006). Dalam karya ini pengkaji tertarik terhadap pengulangan motif dan corak batik yang menghasilkan irama pada catan tersebut. Selain itu, penggunaan latar belakang yang berunsurkan bentuk geometri yang tidak teratur dengan penggunaan warna yang rata juga memberi ilham kepada pengkaji dalam menghasilkan karya catan.. 61.

(75) FYP FTKW Rajah 2.33: Sulur Bayur. Akrilik atas Kanvas. (2011). 91cm x 61cm. Karya Hashim Hassan adalah antara seniman kontemporari yang paling konsisten dalam pernghasilan karya yang bermotifkan batik dan juga ikonografi Malaysia yang menggambarkan identiti Malaysia. Merujuk kepada karya di atas pengkaji tertarik pada motif sulur bayur dengan warnanya yang tersendiri seperti merah, biru dan hijau. Bukan itu sahaja, idea yang pengkajji ambil daripada latar belakang beliau menggunakan kombinasi warna merah biru kuning dan hitam bagi melengkapkan penampilan catan tersebut. pada bahagian tengah setiap sulur bayur yang berunsur flora dengan kombinasi warna yang menarik bagi memuji keseluruhan penampilan sulur bayang.. 62.

(76) FYP FTKW. Kesatuan corak pengulangan motif secara horizontal Motif organik. Motif geomatrik. Kesatuan corak pengulangan motif secara vertical. Siri Dungun Media Campuran (1981) 17.08cm x 76cm. Rajah 2.34: Ekplorasi karya artis rujukan 1 63.

(77) Bangau yang bermotif batik. Kepala Perahu yang bermotif Sulur Bayur. Motif pucuk rebun. Bangau oh Bangau Media Campuran (1989) 134cm x 103cm. Rajah 2.35: Ekplorasi karya artis rujukan 2 64. FYP FTKW. Motif bunga budi.

(78) FYP FTKW. Penggunaan warna yang kontra dan menarik. Kesatuan pengulangan motif zigzag. Pengulangan motif organik yang berunsur gunung. Kepelbagaian motif batik. Bangau oh Bangau Media Campuran (1989) 134cm x 103cm. Rajah 2.36: Ekplorasi karya artis rujukan 3 65.

(79) FYP FTKW. Penggunaan warna yang kontra dan terang. Unsur motif organik. Identiti tradisional Melayu. Kain batik. Siri Tapak Sirih Cat Minya katas Kanvas (1989) 92cm x 122cm. Rajah 2.37: Ekplorasi karya artis rujukan 4 66.

(80) Motif pucuk rebun. Pengulangan motif organik. Latar belakang yang tidak teratur. Pengulangan motif organik. Siri Tapak Sirih Cat Minya katas Kanvas (1989) 92cm x 122cm. Rajah 2.38: Ekplorasi karya artis rujukan 5. 67. FYP FTKW. Motif organik yang berirama.

(81) METODOLOGI. 3.1. PENDAHULUAN. Subjek dan fokus utama penyelidikan ini adalah terhadap motif yang terdapat pada kain batik Kelantan. Penyelidikan ini juga menekankan pada karya catan yang akan dihasilkan kerana berkaitan langsung dengan kajian yang ingin dijalankan. Maklumat yang berkaitan dan menyumbang kepada penyelidikan ini akan dikumpulkan oleh data primer dan sekunder. Diharapkan melalui penyelidikan ini, motif batik Kelantan dapat dikembangkan dan diketahui oleh generasi akan datang. Di samping itu, diharapkan karya catan memberi inspirasi kepada mereka yang berasaskan studio atau persendirian dapat bertambah baik dalam menghasilkan karya yang berunsurkan motif dan batik di Malaysia. Penyelidikan ini akan melalui analisis terperinci mengenai kain batik Kelantan dan hubungannya dengan etnik, tradisi dan identity budaya Melayu. Secara keseluruhannya, elemen dan motif kain batik Kelantan diharapkan dapat diterapkan dengan jayanya dan seterusnya menghasilkan karya-karya seni yang hebat dengan perspektif yang berbeza. Keseluruhan proses menghasilkan karya seni dan maklumat berkaitan dalam kajian ini akan dihuraikan dengan carta alir.. 68. FYP FTKW. BAB 3.

(82) PENGUMPULAN DATA. Kajian ini akan dilakukan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dalam mengumpulkan data dan maklumat untuk membantu pengembangan tradisi seni batik Kelantan. Dalam menyokong fakta kajian ini, kedua-dua data primer dan data sekunder akan digunakan sebagai rujukan untuk mengesahkan dan memperkuatkan maklumat yang dikumpulkan. Untuk pengumpulan data pertama, pemerhatian dibuat pada produk batik yang tersedia di pasar untuk mencari dan mengenal pasti reka bentuknya, dan warna yang digunakan pada produktersebut. Selain itu, pemerhatian juga dilakukan terhadap produk yang ada yang menggunakan aplikasi corak motif batik. Didapati bahawa terdapat produk yang ada yang diilhamkan oleh corak motif batik seperti tekstil dan seramik. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil yang digunakan pada penghasilan lukisan. Untuk pengumpulan data sekunder, maklumat itu dikumpulkan dari Internet, buku, dan jurnal. Kaedah pengumpulan data ini adalah untuk memperkukuhkan bahan kajian berdasarkan fakta dan hasil penyelidikan sebelumnya yang pernah dilakukan.. Dari pengumpulan data ini, didapati bahawa corak dan motif dalam batik tradisional Kelantan telah disusun semula menjadi corak baru dalam batik kontemporari dan batik tradisional menghadapi cabaran besar untuk bertahan dalam era modenisasi. Hal ini dapat dilihat daripada gaya hidup dan pilihan dalam reka bentuk, warna, corak, bahan dan cara berpakaian orang dipengaruhi oleh proses globalisasi di rantau ini. Eksperimen ini dilakukan dengan menggunakan pemboleh ubah seperti kanvas, cat minyak, motif batik dan pelbagai 69. FYP FTKW. 3.2.

(83) diterapkan pada produk akhir, beberapa eksperimen teknik batik yang berbeza seperti ternik lukis, teknik blok, teknik skrin dan teknik batik ikat digunakan dalam mendapatkan hasil catan yang diinginkan.. 3.3. DATA. Antara jenis-jenis data yang diperoleh iaitu:. 3.3.1. Data Laman Web. Pendekatan laman sesawang digunakan adalah untuk menganalisis dan mengumpul data mengenai batik yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan data yang diperolehi ini adalah berkaitan dengan sejarah batik Kelantan, cara penghasilan batik kelantan, dan jenis-jenis motif batik Kelantan. Hasil rujukan ini akan digunakan bagi menyokong dan memperkukuhkan lagi penulisan yang akan dilaksanakan.. 3.3.2. Data Buku Ilmiah. Penulisan ini juga menggunkan hasil daripada artikal dan jurnal yang berkatan dengan pekembangan seni batik di Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan data yang didapatkan masih lagi tidak mencukupi dan sesetengah maklumat juga lebih terperinci. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada pengkaji untuk membuat kajian dengan bersungguh-sungguh dan tepat. 70. FYP FTKW. bahan untuk penghasilan karya catan. Untuk mengetahui teknik hiasan yang sesuai untuk.

(84) Data Visual. Kajian melalui data visual ini membantu dari segi pengkaji untuk melihat cara penghasilan batik itu berlaku. Data visual diperolehi daripada video-video dan gambar-gambar yang berkatain dengan batik Malaysia dan batik Indonesia. Tegasnya, data ini memudahkan pengkaji untuk mengambarkan atau membayangkan apa yang harus diterangkan dalam penulisan ini.. 3.3.4. Data Temu Bual. Data temu buat ini diperoleh daripada pengusaha dan pembuat batik di Kelantan. Pengkaji menemu bual 6 orang responden yang bergiat aktif dalam pegeluaran batik dan penghasilan batik di Kelantan. Oleh itu, hasil temu bual ini direkodkan bagi kegunaan bahan dalam penulisan yang akan dilajalankan.. 3.4. PROSES PENYELIDIKAN. Melalui kajian yang telah dilakukan motif dan kain batik Kelantan telah melalui beberapa proses reka bentuk dan perubahan reka bentuk. Reka bentuk yang ada diperlakukan dengan membuat garis besar sederhana. Melalui pemerhatian terhadap motif dan reka bentuk, dapat dilihat dengan jelas bahawa reka bentuk tersebut dibentuk oleh pengulangan corak dan motif. Untuk mencari reka bentuk yang sesuai untuk dijadikan hiasan pada karya catan yang akan dihasilkan. Motif dan reka bentuk kain batik Kelantan telah melalui proses membuat 71. FYP FTKW. 3.3.3.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN