• Tiada Hasil Ditemukan

DOKUMEN SEBUT HARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share " DOKUMEN SEBUT HARGA "

Copied!
32
0
0

Tekspenuh

(1)

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

HARGA DOKUMEN : RM10.00

TEMPOH : DUA (2) TAHUN

TARIKH BUKA : 10 SEPTEMBER 2019 (SELASA) TARIKH TUTUP : 17 SEPTEMBER 2019 (SELASA)

Jam 12.00 Tengahari

PERINGATAN:

1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran di dalam Dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran melalui Borang Sebut Harga.

2. Penyebut Harga diwajibkan untuk memastikan bahawa dokumen Sebut Harga yang diperolehi menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah/Tanah Klang.

3. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam Sebut Harga dan / atau perjanjian ini. Sekiranya Penyebut Harga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan Sebut Harga dan / atau perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kerajaan.

BIL. SEBUT HARGA / TENDER : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Tajuk Sebut Harga :

PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER)

DI PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 09 / 2019 Kontraktor :

(Cop kontraktor)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA, 41902 KLANG

Tel: 03 33711963 Fax: 0333732766 www.selangor.gov.my/klang

(2)

2

SENARAI SEMAK

(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Senarai Semak ini hendaklah dimasukkan sebagai muka surat pertama bagi dokumen cadangan tawaran Penyebut Harga. Sila Tandakan ( √ ) bagi Dokumen-Dokumen Yang Disertakan.

BIL PERKARA / DOKUMEN

UNTUK DITANDA OLEH

SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT

HARGA 1.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan(Bekalan/Perkhidmatan) (Dokumen wajib)

2.

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/

Perkhidmatan) (jika berkenaan)

3.

Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (jika berkenaan)

4. Salinan Sijil Pendaftaran dari Pusat Khidmat Penyebut Harga (kerja) (jika berkenaan)

5.

Salinan Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Penyebut Harga (kerja) (jika berkenaan)

6. Salinan Sijil Pendaftaran dari CIDB (jika berkenaan)

7.

Resit Pembelian Dokumen Sebut Harga Melalui Sistem Tender Online Selangor 2.0 (jika berkenaan)

8. BORANG I: Borang Akuan Sebut Harga (Dokumen Wajib)

9. BORANG II: Soal Selidik Mengenai Profil Syarikat (Dokumen Wajib)

10. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank syarikat bagi tiga (3) bulan terakhir (Dokumen Wajib)

11. BORANG III: Soal Selidik Mengenai Pengalaman Syarikat (Dokumen Wajib)

12. BORANG IV: Borang Cadangan Tawaran Penyebutharga (Dokumen Wajib)

(3)

3

13. BORANG V: Surat Akuan Pembida (Dokumen Wajib)

14. Surat Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (jika berkenaan)

15. Lain-lain dokumen / maklumat tambahan seperti katalog / profil syarikat:

PENGESAHAN OLEH PENYEBUTHARGA UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam Dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :………

Nama : ………

Jawatan:……….

Tarikh: ………....

Cop Syarikat :

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda (√) kecuali bagi perkara bil………

(jika ada)

Tandatangan:……….

Nama : ………....

Jawatan: ……….

Tarikh: ……….

Tandatangan: ………

Nama: ……….

Jawatan : ………

Tarikh : ………

(4)

4 KANDUNGAN

PENGENALAN SEBUT HARGA KENYATAAN SEBUT HARGA

BAHAGIAN : ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PEMBEKAL

ITEM PERKARA MUKA SURAT

1. ARAHAN AM 9

2. BIDANG KERJA PEMBEKAL 10

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA 10

4. BORANG SEBUT HARGA 11

5. PENYERAHAN SEBUT HARGA 11

6. KOS SEBUT HARGA 12

7. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 12

8. KERAJAAN NEGERI BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU

MENOLAKSEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA 12 – 13

9. PERJANJIAN KONTRAK 13

10. PENERIMAAN SEBUT HARGA 13 - 14

11. PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEKALAN 14

12. TANGGUNG JAWAB PENYEBUT HARGA 14

13. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT 14 - 15

14. JADUAL BAYARAN 15

15 PENENTUAN TEKNIKAL 15

16. TEMPOH KONTRAK 15

17. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA 16

18. PENOLAKAN 16

19. TAFSIRAN 16

20. PINDAAN 17

21. IKLAN 17

22. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH

TELAH DIPATUHI 17

23. PEMERIKSAAN 17

(5)

5

(Kew. 284-Pin. 2/94) LAMPIRAN Q Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN /PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat dan alamat):

……...

………..

………..

………..

No. Telefon ……….

No. Faks ……….

No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan ………..

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini : Kod 210109 atau Kod 221502

Pelawaan Sebut harga dikeluarkan oleh Jabatan (Alamat Lengkap)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

ARAS 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA

41902 KLANG SELANGOR

No. Telefon : 03-33711963 Tarikh : 10 September 2019

1. Sila beri bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan :Setelah surat setuju terima tawaran dikembalikan.

1.2 Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan dikehendaki : Satu (1) minggu dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan.

1.3 Arahan Pengiriman : Mengikut Arahan Pegawai Daerah Klang 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri

serta ditandakan “PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG”.

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 17 September 2019 (Selasa).

1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh ... Tandatangan ………...

Nama Pegawai ………...

Jawatan ………..

No.Sebut harga: PDTK / KP / 09 / 2019

(6)

6

BAHAGIAN II : PENILAIAN TEKNIKAL

PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG

BAHAGIAN III : FORMAT MAKLUM BALAS DAN BORANG

BORANG I : BORANG AKUAN SEBUT HARGA BORANG II : SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL

SYARIKAT

BORANG III : SOAL SELIDIK MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT

BORANG IV : BORANG CADANGAN TAWARAN PENYEBUTHARGA

BORANG V : SURAT AKUAN PEMBIDA

(7)

7 PENGENALAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 09 / 2019)

PERINGATAN :

1. Pembekal-pembekal dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Pastikan dokumen sebut harga adalah lengkap pada kesemua muka surat. Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan, adalah menjadi tanggungjawab pembekal untuk mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan.

3. Pembekal dikehendaki mengemukakan sebut harga mengikut format maklum balas yang telah dilampirkan.

(8)

8

BAHAGIAN I

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(9)

9

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA,

41902 KLANG, SELANGOR

(Penyebut harga-penyebut harga)

Tuan/Puan,

SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG

NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 09 / 2019

1. ARAHAN AM

1.1 Sebut harga adalah dipelawa dari penyebut harga-penyebut harga untuk perkhidmatan sewaan mesin pencetak (printer) di Pejabat Daerah/Tanah Klang.

1.2. Penyebut harga yang megemukakan sebutharga adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini dan kontrak perjanjian kelak. Arahan-arahan dan syarat- syarat yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai kontrak. Sebut harga yang tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

(10)

10 2. BIDANG KERJA PENYEBUT HARGA

2.1 Membekal dan menghantar enam (6) unit mesin pencetak (printer) yang telah ditetapkan dalam Bahagian I dalam Dokumen Sebut Harga ini.

2.2 Menyediakan khidmat penyenggaraan, pembaikan serta membekalkan segala peralatan guna habis seperti toner, drum, roller dan lain-lain tanpa kos kepada pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK).

Peralatan yang dibekalkan mestilah dari produk semasa, baru, tulen dan dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan dan kecacatan.

2.3 Menghantar pekerja yang berkelayakan untuk memeriksa, menyelaras dan menyenggara kelengkapan mesin-mesin pencetak (printer) sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan.

2.4 Menyedia dan membekal mesin pencetak (printer) gantian dengan segera sekiranya berlaku kerosakan kepada mesin penyalin yang asal.

2.5 Menghantar pekerja Syarikat yang berkelayakan untuk memasukkan (installed) driver printer mesin pencetak (printer) kepada komputer- komputer yang berkaitan di PDTK.

3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUT HARGA

3.1 Tawaran dipelawa kepada penyebut harga-penyebut harga berikut:- i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih

sah laku di bawah Kod 210109 (Hardware and Software Leasing / Renting) Atau Kod 221502 (Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Mesin Dan Peralatan Pejabat) dan bertaraf Bumiputera; dan

ii. Berpengalaman dalam perkhidmatan sewaan pencetak (printer). Bagi bukti pengalaman yang lepas, Penyebut harga perlu melampirkan salinan akuan dari Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan sebagainya yang difikirkan perlu. (Perkhidmatan- perkhidmatan yang telah dilaksanakan bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 sahaja).

3.2 Kerajaan Negeri berhak untuk membatalkan pelantikan penyebut harga sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tawaran yang dipersetujui seperti dalam Dokumen Sebut Harga.

(11)

11 4. BORANG SEBUT HARGA

4.1 Sebut harga hendaklah dikemukakan menggunakan format Borang Sebut Harga sepertimana yang ditetapkan pada Borang I, Borang II, Borang III, Borang IV dan Borang V dalam Bahagian III. Sebut harga-sebut harga yang tidak dikemukakan menggunakan format borang sebut harga yang berkenaan tidak akan diterima. Walau bagaimanapun, penyebut harga - penyebut harga boleh mengemukakan borang atau dokumen tambahan mengikut format dinyatakan untuk memberi penerangan lanjut.

4.2 Penyebut harga dikehendaki menandatangani Borang Akuan Sebut Harga (BORANG I) seperti yang dilampirkan bagi mengesahkan tawaran sebut harga.

5. PENYERAHAN SEBUT HARGA

5.1 Dokumen sebut harga perlu dikemukakan seperti format maklumbalas yang dinyatakan serta memenuhi keperluan Bahagian III.

5.2 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dengan sampul surat berlakri (sealed) serta ditandakan dengan Tajuk dan No.Sebut Harga.

5.3 Sampul surat tersebut hendaklah dihantar secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga atau diterima melalui pos

selewat-lewatnya pada 17 September 2019 (Selasa) jam 12.00 tengahari dan dialamatkan kepada:-

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 KLANG

5.4 Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan borang-borang penyertaan sebut harga akibat kesilapan alamat yang dihantar secara pos atau melalui tangan.

(12)

12 6. KOS SEBUT HARGA

6.1 Penyebut harga MESTI menanggung sendiri semua kos berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran sebut harga. Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.

7. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU

7.1 Semua harga sebut harga mestilah di dalam RINGGIT MALAYSIA bagi setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan (Borang IV) Bahagian III dalam dokumen ini. Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga.

7.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.

7.3 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih mengambilkira semua kos berkaitan bagi pelaksanaan pembekalan dengan sempurna termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

7.4 Dalam keadaan terkecuali iaitu sebelum tempoh pengesahan sebut harga tamat, Kerajaan Negeri akan meminta penyebut harga untuk menyambung tempoh pengesahan sebut harga tersebut.

Permintaan ini dan maklum balasnya mestilah dibuat secara bertulis.

7.5 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan di para 7.4 tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengubahsuai sebut harganya tetapi dikehendaki untuk melanjutkan tempoh pengesahan sebut harganya.

7.6 Harga tawaran tidak boleh diubah dalam tempoh sah asal tawaran atau tempoh lanjutan sekiranya diberikan.

8. KERAJAAN NEGERI BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA

8.1 Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga yang diterima.

8.2 Kerajaan Negeri juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan cadangan dalam tawaran sebut harga.

(13)

13

8.3 Keputusan Kerajaan Negeri adalah muktamad dan Kerajaan Negeri tidak akan memberikan apa-apa alasan bagi penolakan mana- mana sebut harga.

9. PERJANJIAN KONTRAK

9.1 Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat kontrak dengan PDTK bagi perkhidmatan sewaan enam (6) unit mesin pencetak (printer). Denda akan dikenakan dalam kontrak jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak supaya pembekalan dan penghantaran bekalan dilaksanakan dengan baiknya. Berdasarkan perjanjian kontrak, penerimaan Kerajaan Negeri disertai dengan pengesahan pembekal yang berjaya akan terikat dengan kontrak di antara Kerajaan Negeri dengan penyebut harga tanpa mengambil kira perjanjian kontrak disediakan/dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.

9.2 Penyebut harga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual sebahagiannya mestilah menurut status, peraturan atau melalui undang-undang dan keperluan mana-mana kebenaran.

10. PENERIMAAN SEBUT HARGA

10.1 Surat Setuju Terima akan diberikan secara bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya setelah sebut harga itu diterima oleh Kerajaan Negeri.

10.2 Surat berkenaan mungkin mengandungi apa-apa syarat atau pindaan tambahan kepada syarat yang disertakan pada dokumen ini dan jika demikian, sebut harga ini tidak boleh dianggap sebagai telah dipersetujui melainkan pengesahan bertulis daripada Penyebut Harga tentang persetujuannya terhadap syarat/pindaan tambahan itu diterima.

10.3 Kerajaan Negeri boleh menurut budibicaranya mengeluarkan arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.

10.4 Apabila Surat Setuju Terima ditandatangani, kontrak dianggap sebagai telah dibuat antara Kerajaan Negeri dengan Penyebut Harga itu menurut syarat yang disertakan (termasuk syarat tambahan dan pindaan) dan tiada perjanjian atau syarat lain dianggap sebagai telah dimasukkan ke dalam kontrak ini.

(14)

14

10.5 Jika sebut harga ini dibatalkan sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau mana-mana tempoh lanjutannya atau jika setelah sebut harga diterima, Penyebut Harga enggan atau gagal melaksanakan Perjanjian Kontrak Rasmi atau mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti yang dikehendaki oleh syarat kontrak, maka dalam mana-mana kejadian itu tanpa menjejaskan apa-apa hak yang ada padanya, Kerajaan Negeri berhak mengambil tindakan terhadap Penyebut Harga atau membatalkan pendaftaran Penyebut Harga itu sebagai kontraktor Kerajaan Negeri mengikut mana yang dianggap sesuai oleh Kerajaan Negeri.

10.6 Dokumen Sebut harga ini juga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian di dalam Dokumen Sebut Harga melainkan mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negeri.

11. PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEKALAN

11.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menghantar enam (6) unit mesin pencetak (printer) dalam tempoh satu ( 1 ) minggu dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani ke Unit Pendaftaran, Pejabat Daerah/Tanah Klang.

11.2 Penyebut harga dikehendaki menggantikan setiap item mesin pencetak (printer) dengan yang baru dan tulen dengan serta merta sekiranya didapati terdapat kerosakan atau kehabisan toner apabila dimaklumkan.

11.3 Penyebut harga juga dikehendaki memastikan peralatan yang dihantar adalah produk semasa, baru dan tulen dan belum pernah digunakan serta berkeadaan baik dan bebas dari sebarang kerosakan atau kecacatan.

12. TANGGUNG JAWAB PENYEBUT HARGA

12.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mematuhi semua syarat berkaitan dengan keselamatan semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan.

13. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT

13.1 Penyebut harga perlu menyediakan maklumat mengenai syarikat seperti pada Borang II di Bahagian III dalam dokumen ini.

(15)

15

13.2 Penyebut harga perlu menyatakan pengalaman syarikat dalam mengendalikan projek-projek sewaan mesin pencetak (printer) dengan mengemukakan latar belakang projek, nama-nama dan alamat syarikat atau agensi di mana projek tersebut dilaksanakan. Nyatakan tarikh projek tersebut selesai dan tarikh sebenar projek sepatutnya diselesaikan. Sila nyatakan projek-projek yang masih dikendalikan dan tarikh projek tersebut tamat seperti pada Borang III dan Bahagian III dalam dokumen ini.

14. JADUAL BAYARAN

14.1 Penyebut harga yang berjaya dilantik akan dibayar perkhidmatannya setiap bulan sehingga tamat tempoh kontrak setelah disahkan oleh pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

14.2 Pembayaran penuh setiap bulan hanya akan dibayar perkhidmatannya setelah Penyebut Harga menyempurnakan kerja dengan sempurna pada bulan tersebut. Invois dan rekod kerja hendaklah dihantar sebelum 10hb. pada bulan berikutnya.

14.3 Pengesahan daripada Penyelia mengenai kesempurnaan kerja hendaklah dihantar bersama semasa membuat tuntutan. Kerajaan Negeri tidak akan membuat bayaran jika didapati kerja yang dilaksanakan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.

15. PENENTUAN TEKNIKAL

15.1 Penentuan teknikal yang perlu dibekalkan hendaklah memenuhi Penentuan Teknikal pada Bahagian II dalam dokumen ini.

15.2 Penyebut harga adalah dikehendaki menyatakan keterangan terperinci spesifikasi teknikal yang dicadangkan dan maklum balas yang perlu dikepilkan bersama dokumen sebut harga.

15.3 Penyebut harga tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan bagi mana-mana butiran yang dimasuki bagi sebut harga ini. Jika terdapat tawaran pilihan, Kerajaan Negeri akan memilih tawaran utama sahaja. Ini bagi memudahkan penilaian sebut harga.

16. TEMPOH KONTRAK

16.1 Kerajaan Negeri berhak menentukan tarikh permulaan kontrak dan tarikh tamat kontrak.

(16)

16 17. JAMINAN ATAS SEBUT HARGA

17.1 Pendaftaran Penyebut Harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas semua sebut harga yang dikemukakan.

Sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan, tindakan tatatertib akan diambil oleh Kementerian Kewangan seperti berikut:

(a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

(b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

(c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

18. PENOLAKAN

18.1 Kerajaan Negeri berhak menolak sebut harga yang ditawarkan sekiranya Penyebut Harga menghantar barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui.

18.2 Apabila diminta, Penyebut Harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan Negeri segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

18.3 Perenggan 18.1 dan 18.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

19. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang-bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

(17)

17 20. PINDAAN

Kerajaan Negeri berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini, pada bila- bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Sekiranya Pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan semula, maka semua Penyebut Harga akan dimaklumkan sewajarnya.

21. IKLAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

22. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.

23. PEMERIKSAAN

Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian pada bila-bila masa yang dikehendaki.

(18)

18

BAHAGIAN II

PENENTUAN TEKNIKAL

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(19)

19

1. SKOP SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG - NO. SEBUT HARGA PDTK / KP / 09 / 2019

a) PDTK menentukan pemilihan penyebut harga bagi Perkhidmatan Sewaan Mesin Pencetak (Printer) serta PDTK berhak mengklasifikasikan sewaan mengikut harga tawaran.

c) Penyebut harga dikehendaki:-

Membekalkan enam (6) unit mesin pencetak (printer) dari jenis model seperti di JADUAL I

(20)

20

JADUAL I

SPESEFIKASI MESIN MENCETAK (PRINTER)

JENIS KEPERLUAN PENERANGAN KUANTITI CATATAN

PENCETAK (Printer)

...

PRINT SPEED BLACK Normal: Up to 71 ppm [1]

6

FIRST PAGE OUT (READY)

Black: As fast as 5.4 sec [2]

PRINT QUALITY BLACK (BEST)

Up to 1200 x 1200 dpi

PRINT RESOLUTION

TECHNOLOGIES FastRes 1200; 1200 x 1200 dpi

DUTY CYCLE (MONTHLY, A4)

Up to 300,000 pages Duty cycle is defined as the maximum number of pages per month of imaged output.

This value provides a comparison of product robustness in relation to other HP LaserJet or HP Colour LaserJet devices, and enables appropriate deployment of printers and MFPs to satisfy the demands of connected individuals or groups.

RECOMMENDED MONTHLY PAGE VOLUME

5,000 to 30,000

PROCESSOR SPEED 1.2 GHz

(21)

21 PRINT LANGUAGES

HP PCL 6, HP PCL 5 (HP PCL 5 driver available from the Web only), HP postscript level 3 emulation, native PDF printing (v 1.7), Apple AirPrint™

DISPLAY

6.86 cm (2.7 in) QVGA LCD (colour graphics), rotating (adjustable angle)

REPLECEMENT CARTRIDGES

HP 37A Black Original LaserJet Toner Cartridge (11,000 pages) CF237A; HP 37X High Yield Black Original LaserJet Toner Cartridge (25,000 pages) CF237X; HP 37Y Extra High Yield Black Original LaserJet Toner Cartridge (41,000 pages) CF237Y [9]

MOBILE PRINTING CAPABILITY

HP ePrint; Apple AirPrint™;

Mopria-certified [3]

CONNECTIVITY, STANDARD

1 Hi-Speed USB 2.0 Device; 2 Hi-Speed USB 2.0 Host; 1

Gigabit Ethernet

10/100/1000T network

CONNECTIVITY, OPTIONAL

HP Jetdirect 2900nw Print Server J8031A; HP Jetdirect 3000w NFC/Wireless Accessory J8030A

MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS

2 GB available hard disk space; OS hardware

requirements see

http://www.microsoft.com

MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS FOR MACINTOSH

1.3 GB available hard drive space; Internet; OS hardware

requirements see

http://www.Apple.com for more info

(22)

22 COMPATIBLE

OPERATING SYSTEMS

Android, Linux Boss (5.0), Linux Debian (7.0, 7.1, 7.2, 7.3, 7.4, 7.5, 7.6, 7.7, 7.8, 7.9, 8.0, 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6), Linux Fedora (22, 23, 24), Linux Mint (17, 17.1, 17.2, 17.3, 18), Linux Red Hat Enterprise (6.0, 7.0), Linux SUSE (13.2, 42.1), Linux Ubuntu (12.04, 14.04, 15.10, 16.04, 16.10), OS macOS 10.12 Sierra, OS X 10.11 El Capitan, OS X 10.10 Yosemite, UNIX, Windows 10 all 32/64-bit editions (excluding RT OS for Tablets), Windows 7 all 32/64- bit editions, Windows 8/8.1 all 32/64-bit editions (excluding RT OS for Tablets), Windows Vista all 32-bit editions (Home Basic, Premium, Professional, etc.), Windows XP SP3 32-bit editions (XP Home, XP Pro, etc.

OPERATING SYSTEM (SUPPORTED NOTE)

Full solution software available only for Windows 7 and newer, UPD software available only for Windows 7 and newer, HP Software for Mac and Windows is no longer included on the CD, but can be downloaded from http://www.123.hp.com, Legacy Windows Operating Systems (XP, Vista, and equivalent servers) get print and Scan drivers only with a reduced feature set, Windows RT OS for Tablets (32/64-bit) uses a simplified HP print driver built into the RT OS

MEMORY 512 MB

(23)

23 MAXIMUM MEMORY

1.5 GB, MAX memory, when 1GB Accessory DIMM is installed

INTERNAL STORAGE

Optional, 500 GB (with accessory B5L29A)

PAPER HANDLING OUTPUT, STANDARD

500 sheet output bin

PAPER HANDLING INPUT, OPTIONAL

Optional 1 x 550-sheet paper feeder, optional 1 x 550 paper feeder and stand with cabinet, optional 3 x 550- sheet paper feeder and stand, optional high-capacity paper feeder and stand with 1 x 550 sheet feeder and 1 x 2,000- sheet feeder

PAPER HANDLING INPUT, STANDARD

100-sheet multipurpose feeder, 550-sheet input feeder

PAPER HANDLING OUTPUT, OPTIONAL

Optional 5 bin stapler stacker

MAXIMUM OUTPUT CAPACITY (SHEETS)

Up to 1,300 sheets

DUPLEX PRINTING Automatic (standard)

MEDIA SIZES SUPPORTED

Feeder 1: A4, A5, A6, RA4, B5 (JIS), B6 (JIS), 10 x 15 cm, Oficio (216 x 340 mm), 16K, envelopes (C5, B5, C6, DL ISO), Postcard (JIS single and double); Feeder 2: A4, A5, A5- R, B5 (JIS), 16K

MEDIA SIZES, CUSTOM

Feeder 1: 76 x 127 to 216 x 356 mm; Feeder 2: 99 x 148 to 216 x 356 mm

(24)

24 MEDIA TYPES

Paper (plain, light, bond, recycled, heavy, extra heavy, cardstock, pre-printed, pre- punched, colored, rough, heavy rough), monochrome transparency, labels, letterhead, envelope, heavy envelope

MEDIA WEIGHT, SUPPORTED

Feeder 1: 60 to 199 g/m²;

Feeder 2: 60 to 120 g/m²

POWER

220V - 240V nominal; +/-10%

(min 198V, Max 264V); 50 - 60Hz nominal +/- 3Hz (min 47Hz, max 63Hz), 6 A

POWER

CONSUMPTION

780 watts (printing), 15.3 watts (ready), 3.1 watts (sleep), < 0.1 watts (Auto Off/Manual On), < 0.1 watts (Manual Off) [4] Power requirements are based on the country/region where the printer is sold. Do not convert operating voltages. This will damage the printer and void the product warranty.

ENERGY EFFICIENCY ENERGY STAR® qualified

BLUE ANGEL COMPLIANT

Yes; Blue Angel RAL-UZ 205

OPERATING TEMPERATURE RANGE

15 to 32.5ºC

RECOMMENDED OPERATING HUMIDITY RANGE

10 to 90% RH

(25)

25 ACOUSTIC POWER

EMISIONS (READY)

Inaudible Acoustic values are subject to change. For current

information see

http://www.hp.com/support.

Noise measured during printing monochrome simplex A4 at 71ppm.

ACOUSTIC PRESSURE EMISSIONS

BYSTANDED (ACTIVE, PRINTING)

56 dB(A) Acoustic values are subject to change. For current

information see

http://www.hp.com/support.

Noise measured during printing monochrome simplex A4 at 71ppm.

MINIMUM DEMENSIONS (W x D x H)

431 x 466 x 380 mm

MAXIMUM DEMENSIONS (W x D x H)

431 x 1040 x 453 mm

WEIGHT 21.6 kg With print cartridges

PACKAGE DIMENSIONS (W x D x H)

597 x 497 x 539 mm

PACKAGE WEIGHT 27.2 kg

POST WARRANTY

Service 3 times per year include anytime user request for troubleshooting or repairing.

(26)

26

BAHAGIAN III

BORANG-BORANG

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(27)

27

BORANG I BORANG AKUAN SEBUT HARGA

Kepada :

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 KLANG

Tuan,

PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA : PDTK / KP / 09 / 2019

Merujuk kepada iklan di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut harga, Pihak yang bertandatangan di bawah menawarkan untuk membekal dan menghantar sepertimana sebahagian yang terkandung dalam kontrak, bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan pelbagai kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah berserta senarai harga yang disertakan bersama sebut harga.

Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata dalam Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut harga, spesifikasi dan jadual harga, dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang dibekalkan dari semasa ke semasa.

Dan selanjutnya, Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk menyiapkan pembekalan dan penghantaran dan bekerja mengikut Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut harga yang diberikan.

Sebagaimana yang telah difahami, Pihak tuan boleh menerima atau menolak sebut harga kami tanpa apa-apa alasan. Sebut harga ini akan sentiasa sah selama Sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan sebut harga.

Dan selanjutnya, Pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya tuan menerima sebut harga ini untuk menyediakan Perjanjian Kontrak Rasmi dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh dihantar tangan sepertimana yang tertakluk dalam Klausa 9 Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut Harga.

(28)

28

Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam sebut harga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebut harga.

Tempoh sah laku sebut harga (minimum sembilan puluh (90) hari) :

Tarikh Penyerahan dikehendaki : Dalam Tempoh Satu (1) minggu dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.

Tandatangan ……… Tandatangan ………

Penyebut harga : Saksi kepada

Penyebut harga :

Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat

Tarikh : ……… Tarikh : ………

(29)

29

BORANG II SOAL SELIDIK MENGENAI PROFIL SYARIKAT

Arahan : Semua butir-butir di dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dilengkapkan oleh penyebut harga dengan betul dan tepat.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebut harga ini ditolak dan tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran jika perlu.

Butir-butir Syarikat

1. No. Pendaftaran Syarikat :………Tarikh Tamat :………….………

2. No. Pendaftaran Kem.Kewangan :……… Tarikh Tamat : ………

3. Taraf Syarikat* : Bumiputera/Bukan Bumiputera

4. Peratus Modal :……% Bumiputera/ …..% Bukan Bumiputera/…..% Lain-lain 5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat Bumiputera :…………..Hingga………….

6. Jenis Syarikat* : Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain ………(Nyatakan)

Butir-butir Modal

1. Modal Dibenarkan : RM………

2. Modal Dibayar : RM………

Pemegang Saham

Senarai Pemegang-pemegang Saham

Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan 1. ………. ……….. ……….

2. ………. ……….. ……….

3. ………. ………... ……….

- Sila potong yang tidak berkenaan.

(Sila lampirkan tiga (3) Bulan terakhir Penyata Kewangan Syarikat yang disahkan oleh Bank untuk semakan.

(30)

30

BORANG III SOAL SELIDIK MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT

1. Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja.

2. Sila nyatakan dan sertakan salinan surat tawaran kontrak yang telah dan sedang dilaksanakan.

Nama Kontrak Jabatan/ Agensi/

yang melantik

Tempoh Kontrak

Nilai projek (RM)

Tarikh Tamat Kontrak

(31)

31

BORANG IV BORANG CADANGAN TAWARAN PENYEBUTHARGA

PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG SELAMA DUA (2) TAHUN

No. Sebut Harga : PDTK / KP / 09 / 2019

BIL.

JENIS MESIN PENCETAK

(PRINTER)

MODEL KUANTITI

KADAR SESALINAN

(METER READING)

(RM)

SEWA BULANAN

(RM)

6 Unit

Jumlah Tambahan SST ……%

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

(Jumlah dibawa ke Borang Sebutharga)

(Ringgit Malaysia: )

(32)

32

BORANG V SURAT AKAUN PEMBIDA

BAGI

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN ENAM (6) UNIT MESIN PENCETAK (PRINTER) DI PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG.

(NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 09 / 2019)

Saya, ……….nombor K.P.………yang mewakili (Nama Wakil Syarikat)

………nombor pendaftaran………

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan melaporkan kepada (SPRM) atau balai polis yang berhampiran dengan segera.

Yang Benar,

……….

Nama : No. KP : Tarikh :

Cop Syarikat :

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

2.3.8 PENYEBUT HARGA dimestikan mengisi dengan sempurna borang-borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan

Selangor Darul Ehsan. 2.3.4 Penyebut Harga dimestikan mengisi dengan sempurna borang- borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini dan tidak dibenarkan

9.1 Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat kontrak dengan Kerajaan Negeri bagi Penyewaan Kelengkapan Perkhidmatan Kebersihan (Hygiene) Tandas Di

Tawaran hendaklah dibuat di atas Borang Tawaran yang disertakan bersama-sama di dalam dokumen ini dengan mengisi harga tawaran dan maklumat-maklumat lain yang

Tawaran hendaklah dibuat di atas Borang Tawaran yang disertakan bersama-sama di dalam dokumen ini dengan mengisi harga tawaran dan maklumat-maklumat lain yang

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut

Membersihkan kawasan seperti dinyatakan di atas dari sebarang kotoran seperti lumut dan lain-lain menggunakan bahan kimia dan peralatan yang telah ditetapkan

16.1 Penentuan Teknikal yang diberikan hendaklah memenuhi Penentuan Teknikal pada BAHAGIAN II dalam Dokumen Sebut Harga ini. 16.2 Penyebut Harga adalah dikehendaki