• Tiada Hasil Ditemukan

Wanita dan politik pilihan raya menurut perspektif Al-Quran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Wanita dan politik pilihan raya menurut perspektif Al-Quran"

Copied!
17
0
0

Tekspenuh

(1)

WANITA DAN POLITIK PILIHAN RAYA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Oleh:

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor Siti Zafrina Mohd Zahari 1. PENDAHULUAN

Fenomena keterlibatan wanita dalam arena politik merupakan salah satu daripada beberapa isu yang pernah dibahaskan oleh para ilmuwan Islam. Memandangkan golongan lelaki telah mendominasi hampir semua bidang kerjaya yang ada, kewujudan golongan wanita pula seolah-olah tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak terutama dalam aspek kepimpinan. Mengapa demikian? Ini kerana wanita adalah sinonim dengan personaliti yang penuh dengan keayuan serta kelembutan.

Berbanding dengan aspek kepimpinan, antara ciri-ciri yang diperlukan adalah seperti tegas, pantas, bijak mengawal keadaan yang tentunya melibatkan emosi dalaman serta cekap menangani masalah yang berlaku tanpa mengaitkan ‘kejantinaan’ seseorang itu. Ini kerana kejadian wanita dan lelaki tentunya mempunyai perbezaaan yang ketara, apatah lagi wanita dianugerahkan beberapa keistimewaan tertentu yang tiada pada golongan lelaki dan sekaligus dijadikan alasan bahawa wanita tidak seharusnya melibatkan diri dalam politik.

Apabila wanita mula mengorak langkah ke alam pilihan raya seiring dengan keadaan politik masa kini, secara tidak langsung wujudnya beberapa jawatan atau kedudukan yang mungkin menjadikan mereka lebih mengatasi golongan lelaki. Ini termasuklah dicalonkan sebagai wakil rakyat dan seterusnya menyandang jawatan ketua negara.

Sehubungan dengan itu, wanita hampir menyamai kedudukan dengan lelaki yang selama ini diragukan banyak pihak mengenai kemahiran mereka dalam memimpin rakyat.

Oleh itu, penulisan ini akan melihat kepada sejarah pilihan raya di Malaysia, sejarah penglibatan wanita dalam pilihan raya serta meneliti beberapa pandangan ulama Islam berhubung penyertaan wanita dalam politik khusus dalam kedudukannya dalam pilihan

(2)

raya seperti menjadi wakil rakyat dan ketua negara. Selain itu, dipaparkan beberapa garis panduan bagi wanita yang mengaktifkan diri dalam politik dan turut dimuatkan keistimewaan-keistimewaan yang diberikan oleh Islam terhadap wanita.

2. SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Pilihan raya merupakan salah satu ciri utama Demokrasi Berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada parti yang akan memimpin kerajaan. Malaysia merupakan antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan negara selain Britain, Kanada, India dan Bangladesh. 1 Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dikenali sebagai sistem demokrasi ala Westminster. Nama ini diambil bersempena dengan nama tempat parlimen England di London iaitu Westminster Abbey. Namun demikian, sistem ini tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia tetapi diubahsuai mengikut keadaan semasa di Malaysia.2

Bersesuaian dengan maksud perkataan demokrasi yang berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘demos’ (rakyat) dan ‘kratos’ (pemerintahan) yang membawa maksud pemerintahan rakyat3, sistem demokrasi mempunyai ciri-ciri asas seperti kebebasan berpolitik, pemerintahan oleh rakyat, proses pilihan raya yang adil serta konsep perwakilan. Oleh itu bagi negara-negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen, pilihan raya adalah satu kaedah yang dilaksanakan untuk memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara.4Ini bermakna pilihan raya amat penting dalam menentukan pemimpin yang akan memikul tanggungjawab besar dalam sesebuah kerajaan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, terdapat dua takrif pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum bermaksud pilihan yang dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat ke parlimen iaitu Dewan Negeri dan sebagainya. Manakala pilihan raya kecil pula ialah pilihan raya yang diadakan untuk mengisi satu atau beberapa

1 Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak (2006), Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura: Thomson, h.110

2Ibid

3Ibid, h. 107

4Ghazi Ramli & Aidit Ghazali (2010),Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru: Cabaran & Panduan, Kuala Lumpur: Akademi Iqra’, h. 64

(3)

kekosongan kerusi sahaja di parlimen dan sebagainya, yang disebabkan oleh kematian atau perletakan jawatan anggotanya.5 Menurut Tan Sri Abdul Rahman Rashid selaku mantan pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), apabila perbuatan memilih sesuatu atau seseorang untuk sesuatu jawatan atau kedudukan dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang, maka ia dikatakan pilihan raya.6

Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah menjalankan pilihan raya dalam jarak waktu yang tersusun. Mengenai sejarah pilihan raya di Malaysia, tujuannya adalah untuk memilih wakil-wakil ke dalam Majlis Mesyuarat Perundangan di negara ini yang bermula dalam tahun 1950-an. Sebenarnya desakan dan perkembangan untuk mengadakannya berlaku sejajar dengan adanya kegiatan-kegiatan politik kepartian yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak kolonial Inggeris. Di samping itu, langkah ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemimpin dan penduduk Tanah Melayu kepada amalan demokrasi.

3. PENYERTAAN WANITA DALAM PILIHAN RAYA

Menyusuri perjalanan pilihan raya yang telah diadakan di Malaysia iaitu sebanyak dua belas kali (terakhir pada tahun 2008), ternyata penglibatan wanita tidak kurang hebatnya.

Berdasarkan sejarah Malaysia, wanita mula melibatkan diri dalam politik dan seterusnya menjurus ke arah pilihan raya. Ini berdasarkan beberapa kumpulan pertubuhan wanita pada era 50-an seperti AWAS7. Adapun pergerakan wanita di Malaya yang dikenali dengan nama Angkatan Wanita Sedar atau AWAS ini berunsurkan politik yang diasaskan oleh golongan wanita yang bersemangat antipenjajah. Antara mereka yang

5Noresah Baharom et. all (2002),Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1037

6A. Rashid Rahman (1994),Perjalanan Pilihan raya Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, h. 17AWAS merupakan “sayap wanita” kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bahagian Wanita itu telah ditubuhkan dalam bulan Disember 1945 atas usaha Dr. Burhanuddin, Presiden PKMM. Beliau berpendapat wanita juga mempunyai peranan tersendiri dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada waktu kemuncaknya, keanggotaan AWAS pernah mencecah seramai 2000 orang. Aktiviti utama AWAS termasuklah mengadakan sesi perbincangan bagi meningkatkan kesedaran nasionalisme dan persamaan hak antara lelaki dan wanita di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura disamping bekerjasama dengan aktivis-aktivis wanita dari Indonesia dan menyediakan forum bagi mereka.

(4)

mengasaskannya adalah Tan Sri Aishah Ghani, Datin Sakinah Junid dan Shamsiah Fakeh.

Selain itu, terdapat juga pertubuhan lain yang diasaskan oleh wanita seperti Kaum Ibu Rembau di Negeri Sembilan, dipercayai antara yang terawal ditubuhkan iaitu dalam bulan Mac 1946 di bawah pimpinan Halimahton Abdul Majid. Penubuhan ini mendapat restu golongan istana dengan kesudian Tengku Ampuan Negeri Sembilan menaunginya.8 Penubuhan Kaum Ibu Rembau itu telah diikuti dengan penubuhan banyak pertubuhan wanita lain di bandar-bandar utama Semenanjung Tanah Melayu, sama ada di Pantai Barat mahupun Pantai Timur.

Pada amnya, pertubuhan wanita di atas mempunyai matlamat yang hampir sama, iaitu meningkatkan status wanita dalam masyarakat, menubuhkan kelas-kelas agama untuk meningkatkan perpaduan, kecintaan kepada tanah air dan patriotisme, meningkatkan kadar celik huruf di kalangan wanita dan menentang cadangan penubuhan Malayan Union.9 Hakikatnya wanita pada zaman ini telah mempunyai satu matlamat yang tersendiri demi melihat golongannya maju ke hadapan dan tidak membiarkan mereka hidup dalam keadaan yang sia-sia tanpa ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, fenomena penglibatan wanita dalam kegiatan politik adalah salah satu daripada pengaruh budaya Barat. Wanita Barat sebenarnya masih mengalami diskriminasi daripada pihak lelaki dalam masalah upah dan gaji pada masa itu.10 Maka, berlakulah satu gerakan yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki yang dikenali sebagai feminisme atau (al-nisawiyyah)11. Di Barat, pemikiran dan gerakan feminisme ini telah membina sebuah keyakinan sehingga ia menjadi satu dogma bahawa “tidak ada apa pun yang membezakan antara lelaki dengan

8 Makmor Tumin (2006), Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hal. 13

9Ibid

10Kaulah Abd. Latief al-Atiqi (1997),Wanita Islam Hari Ini: Kerja & Fungsinya, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi, h. 53

11Juga dikenali sebagai gerakan pembebasan wanita (Harakah Tahrir al-Mar’ah)

(5)

wanita, sekalipun secara semula jadi.”12 Lantaran itu, mereka menganggap bahawa hak untuk mememilih secara universal dan pemilihan secara bebas sudah cukup untuk menghapuskan diskriminasi dalam politik.13 Akhirnya, wanita telah diberi kebebasan dalam pelbagai bidang agar setanding dengan golongan lelaki.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, golongan wanita mengambil langkah yang lebih berani dengan melibatkan diri dalam pilihan raya. Situasi ini dapat dilihat ketika pilihan raya pertama peringkat tempatan di Kuala Lumpur yang diadakan pada Februari 1952. Dalam pilihan raya itu, daripada 32 orang calon yang bertanding untuk 12 kerusi Dewan Bandaran Kuala Lumpur, empat daripadanya adalah calon wanita.14 Walaubagaimanapun, kesemua empat wanita itu terdiri daripada calon bukan Islam dan mereka adalah wanita pertama yang mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia.

Pada Disember 1952, enam lagi pilihan raya tempatan diadakan di beberapa negeri iaitu Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Singapura, Kuala Lumpur dan Georgetown.

Daripada 99 calon yang bertanding untuk 37 kerusi, sembilan adalah wanita dan enam berjaya dipilih. Dua calon wanita yang mewakili United Malays National Organisation (UMNO), iaitu Zahara binti Mohamed Talib di Batu Pahat dan Fatimah binti Haji Yunos di Muar telah menang dalam pilihan raya.15

Manakala pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 27 Julai 1955, Halimahton Abdul Majid telah memenangi satu kerusi yang mewakili Perikatan yang bertanding di Ulu Selangor.16 Antara lain ialah Bibi Aishah binti Hamid Don (Kulim Utara) dan Normah binti Kamaruddin (Sik-Gurun) di Kedah serta Ramlah binti Dahlan pula

12 Zulkifli Dahalan (2009), Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), h. 340

13Maggie Humm (2002),Ensiklopedia Feminisme, Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru, h. 350

14 Ho Hui Ling,(2011), “Prestasi Calon Wanita dalam Pilihan raya Umum Ke-12” dalam Joseph M.

Fernando, Zulkarnain Abdul Rahman & Suffian Mansor, Pilihan raya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,. h. 185

15Lenore Manderson (1980),Women, Politics, and Change: The Kaum Ibu UMNO, Malaysia, 1945-1972, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hal. 147

16 Naharudin Ali (2007), Wira dan Srikandi Selangor Darul Ehsan: Profil Lima Tokoh Pejuang, Shah Alam: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, h. 18

(6)

mewakili Temerloh Selatan, Pahang.17 Di samping itu, terdapat ramai lagi wanita yang bertanding dan telah memenangi beberapa pilihan raya sekaligus diiktiraf masyarakat sekeliling. Ini menandakan bahawa wanita juga mempunyai kualiti dalam memimpin rakyat bersama-sama dengan golongan lelaki.

4. PANDANGAN ILMUWAN ISLAM MENGENAI WANITA DAN POLITIK Penyertaan wanita dalam politik boleh dilihat dalam dua keadaan iaitu penyertaan dan penglibatan. Penyertaan dalam politik merangkumi aktiviti mengundi, kemungkinan pendaftaran sebagai ahli dalam sesuatu parti dan mempunyai pengetahuan asas mengenai politik Malaysia. Manakala penglibatan dalam politik pula meliputi segala aktiviti penyertaan. Darjah penyertaan adalah lebih tinggi. Ini termasuk memegang jawatan secara perlantikan atau pencalonan.18

Menurut Muhammad Ali Qutub dalam bukunya “Bai’atun Nisa’ li al-Nabiyy”, hak berpolitik boleh dihuraikan sebagai hak rakyat menyertai urusan-urusan negara seperti menjadi anggota dalam mana-mana pertubuhan politik. Manakala dalam urusan pilihan raya pula termasuklah hak mengundi, menyertai pemilihan dan pencalonan bagi sesebuah parti politik.19 Kesemua ini merupakan amalan yang boleh menyumbang sesuatu kepada negara dan kerajaannya.

Dalam pilihan raya umum, pengundi-pengundi akan memilih dua orang calon yang difikirkan layak mewakili mereka bagi kedua-dua Dewan, iaitu Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Calon yang bertanding dalam satu kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai calon untuk Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli

17 Virginia H. Dancz (1987), Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapura: Oxford University Press, h. 110

18 Rashila Ramli (2008), “Pembangunan Politik dan Gender: Cabaran dan Strategi bagi Calon-calon Wanita” dalam Rokiah Talib dan Shanthi Thambiah, Gender, Budaya dan Masyarakat, Kuala Lumpur:

Rancangan Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hal. 153

19Shayuthy Abdul Manas (2008),Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik, Batu Caves: Pts Islamika

& Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd, h. 1

(7)

DUN. Manakala bagi Dewan Rakyat pula calon itu dikenali sebagai Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat.20

Pembabitan wanita dalam arena politik merupakan suatu keadaan yang tidak asing lagi dalam masyarakat kini. Menyorot kembali wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am Malaysia iaitu Tan Sri Fatimah Hashim, beliau telah memegang jawatan tersebut dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973.21 Beliau dikatakan turut sama berarak menentang Malayan Union sambil mendukung anak kecil dan mengheret tangan anak yang besar bersama-sama penduduk setempat yang lain.22Manakala Tan Sri Aishah Ghani pula merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan menteri. Pada tahun 1972, beliau pula dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am.23

Jika diteliti, kehadiran wanita dalam politik masa kini merupakan satu situasi yang tidak asing lagi bagi masyarakat setempat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Berikutan itu, mereka bersama-sama berjuang membangunkan kerajaan setelah penjajah mengambil alih Persekutuan Tanah Melayu hampir sekian lamanya. Walaubagaimanapun, kita akan meneliti beberapa pandangan ulama Islam menegnai hal ini.

Secara ringkasnya, penglibatan wanita dalam politik boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu umum dan tertinggi. Tahap umum termasuklah hak untuk mengundi, menyertai dan berkempen untuk parti politik atau menyokong mana-mana calon bagi apa-apa jawatan sekalipun, mewakili untuk apa-apa kedudukan dalam perhimpunan perundangan, untuk mendapatkan kedudukan sebagai mana-mana menteri melainkan jawatan tertinggi seperti ketua negara. Manakala bagi tahap tertinggi pula lebih merujuk kepada kedudukan seperti ketua negara atau ketua pemerintah.24

20Ghazali Shafie (2006),Pengajian Malaysia, Petaling Jaya: Prentice Hall, hal. 129

21Jeniri Amir (2008),50 Personaliti Terbilang Malaysia, Kuching: Jenza Enterprise, h. 130

22Ibid, 20

23Andek Masnah Andek Kelawa (1999),Kepimpinan Wanita dalam Islam:Kedudukannya dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 144

24Zeenath Kausar (2008), Political Participation of Women: Contemporary Perspectives of Gender Feminists & Islamic Revivalists, Batu Cave: Thinkers Library Sdn Bhd, hal. 101

(8)

Kumpulan yang membantah: Bagi tahap umum yang tidak melibatkan jawatan tertinggi seperti ketua negara, terdapat beberapa percanggahan pendapat di kalangan ilmuan Islam berhubung penglibatan wanita dalam hal ini sama ada menyokong mahupun membantah. Bagi kumpulan yang membantah, mereka memberikan hujah berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya.

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan kamu wahai “Ahlul-Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Surah al-Ahzab (33): 33

Berdasarkan ayat di atas, mereka mentafsirkan bahawa larangan terhadap wanita untuk keluar dari rumah kecuali terdapat perkara yang benar-benar mustahak. Oleh itu, tidak dianjurkan kepada wanita meninggalkan rumah tanpa sebab musabab yang perlu untuk mereka berbuat demikian. Demikian lebih baik menetap di rumah daripada terjadi fitnah yang mungkin berlaku sekitar masyarakat.

Kumpulan yang menyokong:Beberapa ulama tidak bersetuju dengan kenyataan di atas kerana ayat tersebut hanya khusus bagi para isteri Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berhujah bahawa walaupun wanita disuruh tidak mendedahkan kecantikan mereka kepada orang lain di luar rumah, ini tidak bererti mereka diminta untuk membataskan diri mereka di dalam rumah sepanjang masa.

Memandangkan politik masa kini berhadapan dengan pelbagai perkara yang semakin maju, penyertaan wanita dalam politik perlu bagi memahami keperluan mereka yang mungkin tidak difahami oleh lelaki. Jadi maslahah masyarakat dan politik semasa adalah

(9)

lebih mustahak serta pengurungan wanita dalam rumah ini berlaku sebelum kemantapan Islam. Mereka menunjukkan beberapa ayat-ayat Quran bagi menegakkan hujah mereka.

Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman suoaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;

sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

surah an-Nur (24): 30

Di dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa wanita diminta untuk menundukkan pandangan mereka di samping menjaga kesopanan. Ini bererti wanita dibenarkan menyumbangkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Mereka juga turut berhujah dengan ayat 195 dari surah Ali-Imran.

Maksudnya:

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi

(10)

Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal salih).”

Surah Ali-Imran (3): 195

Berdasarkan di atas, mereka menerima wanita melibatkan diri dalam politik bahkan berjihad di jalan Allah sesuai dengan amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun wanita diberi kebebasan untuk keluar rumah, namun ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan aib diri seseorang wanita.

Oleh itu, mereka perlu menjaga maruah diri dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Kumpulan yang membantah: Seterusnya kumpulan ini turut menggunakan dalil dari firman Allah:

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang- orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-permpuan yang salih iatu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan- perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari- cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(11)

Surah an-Nisa’ (4): 34

Inilah dalil utama dalam penghujahan mereka berhubung penolakan terhadap penglibatan wanita dalam politik. Walaupun keadaan ini tidak melibatkan kedudukan tertinggi seperti ketua negara, tetapi sifat kepimpinan ini cukup sinonim bagi golongan lelaki sebagaimana ayat di atas. Oleh itu, mereka berpendapat sememangnya wanita tidak layak memegang jawatan yang membawa ke arah kepimpinan kerana merujuk kepada golongan lelaki.

Kumpulan yang menyokong: Namun setelah diteliti, kumpulan ini memberi hujah bahawa ayat tersebut (qawwamah) hanyalah merangkumi aspek rumahtangga. Menurut al-Qardawi, ia tiada kaitan langsung dengan hak wanita dalam politik kerana ia membicarakan tentang rumah tangga dan hal kekeluargaan. Hujah ini disokong oleh Abd.

al- Halim Abu Syuqqah.25

Kumpulan yang membantah: Selain itu, keutamaan wanita terhadap rumahtangganya menjadikan kumpulan ini tidak menyokong wanita berada di luar rumah walaupun untuk tujuan kebaikan. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang memerlukan perhatian yang jitu dikhuatiri akan melalaikan mereka sekaligus boleh mejadikan rumahtangga yang dibina dilanda badai.

Kumpulan yang menyokong: Mereka boleh melibatkan diri dalam hal ini sekiranya mereka mampu menunaikan tanggungjawab di dalam rumah sekaligus di luar rumah.

Keadaan menjadi lebih mudah sekiranya suami bersama-sama berganding bahu membantu isterinya dalam hal ehwal rumahtangga. Namun, ini tidak beeerti wanita melepaskan tanggungjawabnya kepada suami.

Berbanding dengan penglibatan wanita pada peringkat umum, lain pula dengan keadaan mereka di peringkat tertinggi seperti ketua negara atau ketua pemerintahan.

25Zulqarnain Hassan & Mohamad Zaidi Abdul Rahman (2008),Wanita Sebagai Calon Pilihanraya, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors,hal. 63

(12)

Kumpulan yang membantah: Mereka yang menentang keadaan ini mengambil hujah bahawa lelaki adalah pemimpin bagi wanita berdasarkan dalil dari ayat 34, surah an- Nisa’. Ini berikutan firman Allah yang menjelaskan bahawa dua saksi wanita bersamaan dengan seorang saksi lelaki dan ini menandakan wanita kurang bijak dan lemah dari lelaki. Allah berfirman:

:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendrir tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh

(13)

walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi…

surah al-Baqarah (2): 282

Kumpulan yang menyokong: Mereka berhujah dengan berasakan bahawa ayat di atas hanyalah dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan transaksi jual beli sahaja.

Sekiranya diteliti seluruh ayat di atas, jelas menerangkan mengenai keadaan seseorang yang berhutang serta bagaimana perlaksanaannya iaitu dengan mengadakan saksi terhadap mereka agar tidak mengalami situasi terlupa dalam hal demikian.

Walaubagaimanapun, dalam hal ini kebanyakan ahli fiqh terkemuka tidak bersetuju membenarkan perempuan memegang jawatan ketua negara. Ini berdasarkan ayat 34 dalam surah an-Nisa’ yang ditafsirkan oleh ahli tafsir bahawaqawwambererti pemimpin, pelindung, yang bertanggungjawab, pendidik, pengatur dan lain-lain yang seerti dengannya.26 Walaubagaimanapun, kemaslahatan merupakan faktor yang paling penting bagi menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan politik.

Ibnu Qayyim al-jauziyah memetik ucapan Ibnu ‘Aqil iaitu

Dalam urusan-urusan politik, yang diperlukan adalah cara-cara yang dapat membawa masyarakat pada kehidupan yang menjamin kemaslahatan dan menjauhkan mereka dari kerosakan atau kebinasaan, meskipun cara-cara itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak ada aturan wahyu Allah.”27

Suatu ketika dahulu, Sayyid Sheikh al-Hadi iaitu seorang pelopor gerakan Kaum Muda di Malaya telah menggalakkan wanita Melayu supaya menyambung pelajaran mereka dan melibatkan diri dalam urusan sosial politik Melayu kerana hal demikian dibenarkan sejak tahun 1918. Namun, keadaan ini menjadi tegang apabila pada tahun 1952, jawatankuasa

26 K.H. Hussein Muhammad (2004), Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender, Petaling Jaya: Sisters in Islam, h. 165

27Ibid, h. 171

(14)

tertinggi ulama di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa meskipun wanita dalam Islam dibenarkan bekerja dan mempunyai pendidikan tetapi mereka tidak dibenarkan menjadi ahli Parlimen. Walaubagaimanapun, pada tahun berikutnya Ketua Qadi di Mesir telah menarik semula fatwa itu tetapi dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.28

5. GARIS PANDUAN BAGI WANITA DALAM BIDANG POLITIK

Sekiranya wanita telah melibatkan diri atau mahu melibatkan diri dalam politik, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira berhubung dengan ketatasusilaan dan peribadi seorang wanita. Begitu juga hal-hal yang berkait rapat dengan peranan mereka dalam memimpin sesuatu urusan. Antaranya ialah:

a) tidak bercampur gaul dengan lelaki bukan mahram tanpa batasan serta menghadkan pertemuan yang tidak menyentuh urusan kerja. Selain itu, menjauhkan dari keadaan berdua-duan di tempat sunyi

b) berpakaian sopan dan menutup aurat serta tidak berlebihan dalam bertabarruj kerana ia hanyalah untuk pandangan suami sahaja

g) mendapat keizinan suami atau wali sebelum memulakan apa-apa perkara lebih-lebih lagi melibatkan urusan di luar rumah agar mudah memperolehi keberkatan

h) tugas itu bersesuaian dengan tabii kewanitaan dan memelihara kehormatannya i) tugas tersebut tidak bercanggah dengan syarak.

6. KEISTIMEWAAN WANITA DALAM ISLAM

Wanita merupakan golongan yang memiliki keistimewaan yang tersendiri. Dalam Islam, kitab suci al-Quranul Karim merupakan kalam Ilahi yang Maha Agung. Sekiranya diteliti dengan penuh hikmah, Allah S.W.T. telah mengangkat darjat wanita dengan adanya surah An-Nisa’ iaitu surah yang memberikan intipati yang mendalam khusus tentang wanita.

28Faisal Othman (1993), Women, Islam and Nation-Building, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, hal. 164

(15)

Hak-hak yang diberikan kepada wanita sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Meskipun beberapa pihak berpendapat wanita tidak mendapat hak sebagaimana lelaki dalam keadaan tertentu, penulis perlu akui bahawa itulah yang terbaik bagi wanita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Antara keistimewaan wanita ialah martabat wanita diangkat berbanding zaman Jahiliah yang meletakkan kedudukan mereka di tempat yang rendah. Mereka seperti tiada nilai malah ditanam anak perempuan hidup-hidup. Hanya sedikit sahaja yang diberi penghormatan tinggi seperti Saidatina Khadijah r.a.

Islam juga memberikan hak kepada mereka dalam perkahwinan seperti wali hendaklah mendapatkan persetujuan dari anaknya sekiranya mereka memilih sendiri calon lelaki yang tidak dikenali. Malahan setelah dinikahi, wanita dihadiahi mas kahwin yang wajib diberi oleh suami. Sekiraya berlaku perceraian atau kematian suami, mereka mendapat hak sebagimana yang telah diperuntukkan dalam Islam.

Selain itu, peranan mereka sebagai ibu kepada anak-anaknya adalah yang paling tinggi penghormatannya di dunia ini. Meskipun mereka mengalami haid, nifas, hamil serta melahirkan anak, kesemua ini tidak boleh dijadikan rintangan bagi mereka untuk menyumbang sesuatu yang positif sebagai anggota masyarakat dan khalifah Allah s.w.t.

7. KESIMPULAN

Penglibatan wanita dalam masyarakat merupakan suatu ibadah sekiranya mereka menepati garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Di samping itu, keupayaan seseorang individu tidak tepat jika dinilai dari aspek fizikal semata-mata. Sebaik-baik orang yang dapat membantu menyelesaikan masalah wanita adalah wanita sendiri. Ini kerana wanita lebih memahami segala apa yang diperlukan oleh golongan sejenisnya.

Lantaran itu, kehadiran wanita amat dialu-alukan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Sesungguhnya tidak terdapat ayat-ayat yang menjatuhkan martabat wanita dalam Quran mahupun Sunnah. Sebaliknya Allah s.w.t telah meletakkan darjat yang tinggi kepada

(16)

mereka kerana merekalah kita lahir di dunia. Oleh itu, tidak seharusnya hujah-hujah yang diberikan dijadikan alasan wanita itu lemah. Seolah-olah kita menghina wanita-wanita yang berada di sekeliling kita seperti ibu dan saudara perempuan.

Seharusnya golongan lelaki bersama-sama membantu wanita dalam apa jua hal demi dalam memartabatkan Islam. Ini kerana lelaki tetap menjadi golongan yang memimpin wanita. Meskipun para ilmuan Islam berhujah berasaskan dalil-dalil dari kalamullah dan hadis Nabi, penulis percaya tiada manusia yang sempurna. Namun, sekiranya wanita mempunyai kekurangan tersendiri, golongan lelaki tidak perlu mencela dan merendahkan mereka kerana Allah Maha Mengetahui keluhuran hati setiap hambanya dan setiap amalan akan mendapat balasannya. Sesungguhnya Allah tidak melihat fizikal seseorang manusia tetapi amalan yang dilakukannya.

RUJUKAN

A. Rashid Rahman (1994), Perjalanan Pilihan raya Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam:Kedudukannya dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faisal Othman (1993), Women, Islam and Nation-Building, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Ghazali Shafie (2006),Pengajian Malaysia, Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ghazi Ramli & Aidit Ghazali (2010), Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru:

Cabaran & Panduan, Kuala Lumpur: Akademi Iqra’.

Hibah Rauf ‘Izzat (1997) terj. Bahruddin Fannani, Penglibatan Wanita dalam Politik:

Menurut Perspektif Islam, Bangi: As-Syabab Media.

Jeniri Amir (2008),50 Personaliti Terbilang Malaysia, Kuching: Jenza Enterprise.

Kaulah Abd. Latief al-Atiqi (1997), Wanita Islam Hari Ini: Kerja & Fungsinya, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

K.H. Hussein Muhammad (2004), Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender, Petaling Jaya: Sisters in Islam.

(17)

Lenore Manderson (1980), Women, Politics, and Change: The Kaum Ibu UMNO, Malaysia, 1945-1972, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Maggie Humm (2002),Ensiklopedia Feminisme, Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru.

Makmor Tumin (2006),Wanita di Malaysia:Perjuangan Menuntut Hak, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak (2006), Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura: Thomson.

Naharudin Ali (2007), Wira dan Srikandi Selangor Darul Ehsan: Profil Lima Tokoh Pejuang, Shah Alam: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Noresah Baharom et.all (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rashila Ramli (2008), “Pembangunan Politik dan Gender: Cabaran dan Strategi bagi Calon-calon Wanita” dalam Rokiah Talib dan Shanthi Thambiah, Gender, Budaya dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Rancangan Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Shayuthy Abdul Manas, (2008), Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik, Batu Caves: Pts Islamika & Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian al-Quran: (30 Juz) (1994), (terj. Sheikh Abdullah Basmeih), Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Tajuddin Hussein (2009), Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.

Bhd.

Virginia H. Dancz (1987),Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapura:

Oxford University Press.

Zeenath Kausar (2008), Political Participation of Women:Contemporary Perspectives of Gender Feminists & Islamic Revivalists, Batu Cave: Thinkers Library Sdn Bhd.

Zulkifli Dahalan (2009), Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Zulqarnain Hassan & Mohamad Zaidi Abdul Rahman (2008), Wanita Sebagai Calon Pilihanraya, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Justeru dalam artikel ini, fokus kajian adalah untuk menyingkap sejauh mana politik Orang Ulu dapat mempengaruhi keputusan pilihan raya di empat kawasan yang suku

Melihat kepada senario politik dan pilihan raya di Malaysia, kemenangan besar BN dalam PRU 2004 adalah disebabkan oleh faktor ‘Pak Lah’ dengan imej Islam dan mesra

Dalam pada itu, situasi yang mengejutkan seluruh Malaysia di mana calon BN di Pasir Mas iaitu Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonan kepada

Oleh sebab itu, sebagai perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih melalui pilihan raya, wakil rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab secara langsung kepada parti politik

Penglibatan mahasiswa dalam politik dapat dilihat dari dua dimensi, iaitu penglibatan dalam politik kampus (pilihan raya/pemilihan kampus melalui label kumpulan

Namun, mereka telah mengabaikan kepentingan politik dan kewangan yang berbeza bagi wanita di negara-negara yang berlainan, yang disebabkan perbezaan bangsa, negara dan kelas,

Mereka juga menganggap tiada perubahan besar dalam politik Kerajaan Negeri sejak tamatnya pilihan raya umum pada Mac 2008 yang lalu, lantas fenomena tersebut menyebabkan mereka

Artikel ini akan menumpukan kepada politik Cina dalam pilihan raya Sarawak 2006, khususnya yang melibatkan pertandingan dua parti yang dianggap mewakili orang Cina iaitu