• Tiada Hasil Ditemukan

PENGAJIAN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENGAJIAN ISLAM "

Copied!
847
0
0

Tekspenuh

(1)
(2)

Prosiding

KOLOKIUM ANTARABANGSA

SISWAZAH

PENGAJIAN ISLAM

(KASPI 2014)

(3)

Prosiding

KOLOKIUM ANTARABANGSA SISWAZAH

PENGAJIAN ISLAM

(KASPI 2014)

Penyunting

Muhammad Adib Samsudin, Maheram Ahmad, Latifah Abdul Majid, Ahmad Yunus Mohd Nor, Rosmawati Mohamad Rasit,

Zulkarnain Mohamed &Zuliza Mohd. Kusrin

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI ●2014 www.ukm.my/fpi/

(4)

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603 8921 5350/4684 Faks: +603 8925 3902

Prosiding Atas Talian:

www.ukm.my/fpi/kaspi

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Maheram Ahmad

Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2014) ISBN 978-967-5478-84-0

1. Islamic Studies. I. Judul.

899.232122

(5)

PRA KATA

Syukur ke hadrat Allah (s.w.t.) kerana pada tahun ini Fakulti Pengajian Islam dapat melaksanakan Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014. Kolokium ini dianjurkan oleh Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Kolokium ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswazah dalam bidang Pengajian Islam membentang kertas kerja berkaitan penyelidikan yang sedang dilakukan, serta mendapat komen dan maklum balas daripada penilai dan penyelidik lain bagi menambahbaikkan lagi penyelidikan mereka.

Melalui kolokium ini, siswazah pengajian Islam berpeluang untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam penyelidikan dan inovasi. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk berkongsi ilmu dan menjalin hubungan strategik dan perkongsian pintar antara siswazah dalam UKM dan luar UKM. Bagi menghargai kesemua kertas kerja, Kolokium ini mengambil inisiatif menerbitkan Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014. Bagi menghargai kertas kerja yang terbaik, Kolokium ini menyediakan tiga jenis penghargaan iaitu pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa. Selain itu, kertas kerja yang terbaik ini akan diserahkan kepada sidang editor jurnal untuk dinilai bagi penerbitan dalam bentuk artikel jurnal.

Saya bagi pihak Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam dan Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pembentang kertas kerja dan peserta sama ada dari UKM atau luar UKM, penilai, moderator, penyelia, pengurusan Fakulti Pengajian Islam, Ketua-Ketua Jabatan, para pensyarah dan para siswazah yang terlibat dalam Kolokium ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada semua Urus Setia Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014 atas komitmen dan kesungguhan hingga berjaya melaksana Kolokium ini dan menerbitkan

‘Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014’ pada waktu yang ditetapkan. TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA.

Sekian, Wassalam.

PROF. DR. ZAINAB ISMAIL

Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Pengajian Islam, UKM

(6)

Kandungan...v

Tinjauan Terhadap Larangan Wasiat dalam Fasal 207 Kompilasi Hukum Islam di Indonesia... 1

AFRIYANTO &NOORLIZZA MOHAMMED SAID

Hubungan Pelaksanaan Aktiviti Dakwah Melalui Keseniaan Terhadap Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Sekolah...10 AHMAD SAHLAN ABDUL HATIM &ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

Islamist Media, Market and Democracy in The Public Sphere of Solo Central Java, Indonesia...19

ANAS AIJUDIN

Konsep Mudarris Dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Prasekolah …28 ASMANIZA MAMAT &WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Kaunseling Kerohanian Satu Teknik Dan Pendekatan Dalam Proses Kaunseling…36 AZIS JAKFAR SORAJI,NORSAZALI ABDULLAH,WARDATUL AISHAH MUSA &

SITI SHARIYAH SHAARI

Kaedah Eklektik Sistematik Dalam Pengajaran Bahasa Arab...44 DALILAH ZULKIFLEE &ZULKARNAIN MOHAMED

Isu Pelantikan Hakim Syarie Wanita di Malaysia: Satu Sorotan Literatur ... 51 FATIMAH MAJEMI &ZAINI NASOHAH

Sikap Guru Pendidikan Islam Terhadap Pengajaran Hafazan Al-Quran:

Penilaian Input Berdasarkan Model Cipp ...61 FAZA ALI HASSAN &MOHD AKIL MOHAMED ALI

Religious Liberalism In Indonesia A Critical Study On The Fatwa Of The Council Of Indonesian .. 68 FUAD MUSTAFID

Pendekatan Pencegahan Kaunselor Muslim Dalam Menangani

Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Klang, Selangor ...81 HALIMAH ABD HALIM &ZAINAB ISMAIL

Kesan Terapi Ruqyah Dalam Merawat Pesakit HIV/AIDS .. 91

HASLINDA LUKMAN,LATIFAH ABDUL MAJID &WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Model Pendidikan Karakter Berbasis Pesantren Khalafiyah Kasus Pondok Pesantren Dan Madrasah Aliyah Assalam Kudus Dan Pondok Pesantren

Dan Madrasah Aliyah Muhammadiyah Kudus ...99 IFADA RETNO EKANINGRUM

Interkoneksi Dan Intersubjektifitas Keberagamaan Manusia (Memahami Butir Pemikiran M. Amin Abdullah)....114 IMAN FADHILAH

(7)

Musabaqoh Qira’atil Kutub (MQK) Nasional 2014 Seberang Kota Jambi (Sekoja) Menjadi Media Informasi Flashback Islam Terbesar Di Jambi...125

IR.RISWAN,MMSI&ERIL SYAHMAIDI

Aplikasi ICT Sejarah Kebudayaan Islam Berupa E-Story

Dalam Pembentukan Karakter Pelajar Di Sekolah Madrasah Diniyah …131 LIZA EFRIYANTI

Local Islamic Understanding in Kitab Literature Seribu Masa’il:

Comparative Study of Arab Malay Texts…139 LUTFIYAH ALINDAH

Metodologi Musthafa Umar Di Dalam Tafsir Al-Ma’rifah...151 M.KAFRAWI &WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Syeikh Ali Ibn Abdul Rahman Al-Kelantani Dalam Bidang Hadith...157 MAHFUZ SUHAIMI,LATIFAH ABDUL MAJID &AHMAD ASMADI SAKAT

Aktiviti Dialog Antara Agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya....163

MAHFUZAH ZOHDI,JAFFARY AWANG &YUSRI MOHAMAD RAMLI

Peranan dan Sumbangan Jakim Dalam Dialog Antara Agama...172 MAHFUZAH ZOHDI,YUSRI MOHAMAD RAMLI &JAFFARY AWANG

Penggunaan Shahid Hadis Oleh Al-Suyuti Dalam Kitab Hamc Al-Hawamic Fi Sharh Jamc Al-Jawamic…183 MARYAM MD ROFIEE,&MD.NOR ABDULLAH

Maqasid Shari'a As Philosophy Of Islamic Law (A Critical Study on Jasser Auda’s Thought)…193 MAULIDI

Indigeneous Islam A Thought Of Gus Dur For Moderation Of Islam And Local Culture...202 MIBTADIN

Kajian Terhadap Abdul Ghani Bin Abdullah

Sumbangannya Dalam Ilmu Tarannum Di Malaysia... 211

TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI &MOHD AZIZI BIN YAACOB

Perspektif Komuniti Gay dan Lesbian Muslim di Malaysia Terhadap Konsep Perkahwinan dan Pasangan Menurut al-Qur’an...215

MOHD IZWAN MD YUSOF,MUHD NAJIB ABDUL KADIR,MAZLAN IBRAHIM &

TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI

Insurans : Analisa Berdasarkan Pandangan Ulamak Terhadap Hukum Bermuamalah Dengannya....226

MOHD MAZLI MOHD AINI,AHMAD DAHLAN SALLEH &SALMY EDAWATI YAACOB

Sikap Pelajar Siam Buddha Terhadap Pendidikan Moral:

Satu Kajian Di Sekolah Menengah Di Daerah Tumpat, Kelantan...239 MOHD MUSLIM ZUHALIF MUSTAPA

(8)

MOHD NAZRI SHAHROM &SABRI MOHAMAD

Tahap Penguasaan Bacaan Surah Al-Fatihah Dalam Kalangan Murid-Murid Program J-QAF : Tinjaun Awal... 258

ROSLINA ISMAIL,WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH &MOHD SUFFIAN HAMZAH

Pemikiran Penyair Jahiliah Dalam Puisi Berunsur Hikmah:

Satu Kajian Literatur...268

MOHD ZAIDI BIN ABD KADIR &TENGKU GHANI TENGKU JUSOH

Yusuf Al-Qaradawi Dan Karya Beliau Fiqh Al-Jihad...274 MOHD ZUHDI AHMAD KHASASI &AHMAD DAHLAN SALLEH

Ketokohan Dan Sumbangan Hajah Faridah Binti Mat Saman Dalam Tarannum Al-Qur’an: Satu Pendedahan Awal....286

MOHD FADILAH HJ.ABDUL GHANI,AHMAD FAKHRURRAZI MOHD ZABIDI &

WAN MOHD HILMI WAN ABDULLAH

Harmonizing Fiqh And Science Based On Integration-Interconnection Paradigm...293 MUHAMMAD ADIB

Pendekatan Risale-i Nur terhadap Tasawuf dan Tarekat Pasca Keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki 1924M…308

MUHAMMAD FAIZ KHALID &IBNOR AZLI IBRAHIM

Pewarisan Takhta Kerajaan Banu Umayyah Menurut Tarikh Al-Tabari…315 MUHAMMAD HANAFI KAD RUSMAN &WAN KAMAL MUJANI

Kaedah al-Sunnah dalam Rawatan ...323

MUHAMMAD MASRURI JAWIAH DAKIR,WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH &

AHAMAD ASMADI SAKAT

Al-Ijaz, Al-Itnab Dan Al-Musawah Dalam Hadith 40... 330 MUHAMAD MUJAHIDIN ROSLI &MD.NOR ABDULLAH

Dakwah Melalui Al-Qiṣṣah: Kajian Novel A.Fuadi...341

MUHAMMAD SALMAN PALEWAI,SITI RUGAYAH HJ.TIBEK &FARIZA MD.SHAM

Analisis Dalil Imam al-Shafici Dan Imam al-Turmidhi Terhadap Kayfiyyah al-Tayammum Dalam al-Jamic... 363

MUHAMMAD UMAR MUKHTAR SHAFIE,AHAMAD ASMADI SAKAT &MOHD ARIF NAZRI

Perbahasan Konsep Dan Wacana Wasatiyyah Di Malaysia...372

MUHAMMAD ZAHIR BIN ISMAIL,ERMY AZZIATY ROZALI &WAN KAMAL MUJANI

Aplikasi Jual Beli Emas Secara Bertangguh: Kajian Menolak Helah Riba...381 MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN

Model Pendidikan Berbasis Life Skills Pada Slta Berasrama Di Jawa Tengah Indoesia....391 MUDZAKKIR ALI

(9)

Tinjauan Literatur Penggunaan Kaedah Terjemahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab...406 NIK NORIMAH TUAN MAT &MAHERAM AHMAD

Hubungan Penghayatan Agama Dengan Etika Pergaulan Dalam Kalangan Remaja Muslim: Satu Tinjauan Literatur…416 NOOR HAYATI KUSNIN &HAZIYAH HUSSIN

Faktor Interaksi Antara Tamadun Islam Dengan Tamadun Hindu…424 NOR AZLINA SIDEK &ROZIAH BINTI SIDIK @MAT SIDEK

Pendefinisian Semula Istilah Tafsir Cilmi...431

NOR SYAMIMI MOHD,HAZIYAH HUSSIN &WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Persepsi Guru-Guru Bukan Islam Terhadap Akhlak Belia Islam Di Melaka ... 438 NORAZMAH ASHARY &AHMAD MUNAWAR ISMAIL

Peranan Institusi Perbankan Islam Dan Pencapaian Usahawan Muslim Lembah Klang:

Satu Kajian Awal …446

NORSAZALI ABDULLAH,AZIS JAKFAR SORAJI,SITI SHARIYAH SHAARI &

WARDATUL AISHAH MUSA

Tinjauan Literature: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran …455 NUR AFIFAH FADZIL &SUHAILA ZAILANI @AHMAD

Penglibatan Ibu Muslim di Bangi dalam Pemantauan Animasi Anak-anak...460 NUR ‘AZIZAH MOHAMED NAJIB &SITI RUGAYAH TIBEK

Implementasi Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Agama Islam di SMA Negeri 3 Semarang... 470

NUR CHOLID

Kajian Fenomenologi Filem Patuh Syariah Sebagai Medium Dakwah...481 NUR HAZRIANI RAZALI &ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

Rujuk: Peruntukan Undang-Undang Dan Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan... 492

NUR MAJIDAH MAJEMI &ZAINI NASOHAH

Kajian Terhadap Kaedah Pengajaran Guru Dan Implikasi Terhadap Keresahan Pelajar Maharat Al- Muhadathah Wa Al-Khatabah...498

NUR PRATIWI &SUHAILA ZAILANI @AHMAD

Perbezaan Anak Dara Dan Janda Dalam Perkahwinan Menurut Perspektif Islam...505

NUR ZAKIRAH MOHD SUTAN,JAWIAH DAKIR,NOOR AZIAH MOHD AWAL &MAZLAN IBRAHIM

Kebimbangan Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Sorotan Literatur....516 NURUL ASMA’WAHAP &ZAMRI ARIFFIN

Qira’at Qur’aniyyah Teras Pembentukan Kaedah Nahu...521

NURUL ASMA MAZLAN,MOHD FAIZULAMRI MOHD SAAD &ABDUL MUSYRIF MOHAMAD KHALIL

Animasi ‘Spirited Away’ Dari Perspektif Akidah Islam: Satu Kajian Literatur…532 NURUL HAYATI SABRI,ZAKARIA STAPA &KAMARUDIN HJ.SALLEH

(10)

Metod Tafsir Al-Qur’an Bi Al-Qur’an Dalam Al-Tafsir Al-Bayani Li Al-Qur’an Al-Karim Li Aishah Abdurrahman Bint Al-Shati’...550 NURULLAH,MAZLAN IBRAHIM &MUHD.NAJIB ABDUL KADIR

Gerakan Feminisme Kristian: Satu tinjauan Literatur...562 SAKINAH MOHAMMAD &INDRIATY ISMAIL

Relevansi Aplikasi Sanad Dalam Pengajian Islam Pada Masa Kini...570 SAKINAH SAPTU,WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH,LATIFAH ABD.MAJID &

AHAMAD ASMADI SAKAT

Model Kepemimpinan Kiai Dalam Meningkatkan Mutu Layanan Pendidikan Di Ponpes Al Hikmah 2 Dan Assalafiyah Brebes....581

SARI HERNAWATI,A.AG.,M.PD.

Pilihan Manusia dalam Qadak dan Qadar Allah s.w.t…591

SITI BALKIS ISMAIL,AHMAD MUNAWAR ISMAIL &ABDULL RAHMAN MAHMOO

Kurikulum Pengajian Islam Kampus Melaka: Satu Dapatan Awal…596 SITI NADIAH BABGE &AHMAD MUNAWAR ISMAIL

Peranan Subjek Hubungan Etnik kepada pelajar Muslim... 602

SITI SHARIYAH SHAARI,WARDATUL AISHAH MUSA &AZIS JAKFAR SORAJI

Islamic Cyber Campus (Icyca) Dan Pengukurannya Menggunakan Paradigma Ict Pura (Sebuah Model Pengembangan Ict Di Pengajian Tinggi)... 605

SUPRATMAN ZAKIR

Analisis Unsur-Unsur Pluralisme Agama Dalam Filem Muallaf Arahan Yasmin Ahmad... 620

SYARIFAH KHAIRIAH SYED ABU BAKAR &KAMARUDIN SALLEH

Perancangan Aplikasi Expert System Pada Penentuan Warisan Berdasarkan Hukum Fara’idh Islam... 636

VITRIANI& RESMI DARNI

Modul Mutadayyin Dalam Program Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Ke Arah Pembentukan Jati Diri Muslim : Satu Tinjauan Awal... 650 WAN NOR ADIBAH WAN AHMAD &WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Sistem Pendidikan Di Malaysia Dari Sudut Falsafah Pendidikan Negara:

Pembentukan Akhlak Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum...662

WARDATUL AISHAH MUSA,NOORAINI OTHMAN,SITI SHARIYAH SHAARI,MOHD NASRUL HAKIM

JALALUDIN,AZIS JAKFAR SORAJI &NORSAZALI ABDULLAH

Pasca-Islamisme dalam PAS: Analisa Terhadap Kesan Tahalluf Siyasi...667

MUHAMMAD FAIZ MUKMIN ABDUL MUTALIB &WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA

Kajian Makkiyah Dan Madaniyah Terhadap Perkataan Ziinah Dalam Al-Qur’an:

Satu Tinjauan Awal…674

ZAKARIA ABDULLAH &AHMAD FAKHRURRAZI MOHD ZABIDI

(11)

Biografi Shaykh Nawawi al-Bantani Dan Keintelektualannya dalam Ilmu Hadith…684 ZULKARNAEN AHMAD &LATIFAH ABDUL MAJID

Konsep Pelaburan Spekulatif Hartanah Kediaman Menurut Fiqh Al-Mucamalat...689 AHMAD AZALEE A.BAKAR &AHMAD DAHLAN SALLEH

Pengaturan Poligami Dalam Perundang-Undangan Negara-negara Muslim....703 ALI TRIGIYATNO

Amalan Berfesyen yang Berlandaskan Syara’ dalam Kalangan Guru-guru Islam:

Tinjauan Awal...712

MOHD SUFFIAN HAMZAH,WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH &ROSLINA ISMAIL

Miᶜyar al-ᶜIlm fi Fann al-Mantiq: Objektif Penulisan dan Sumber Rujukan...719 YAMAN TOWPEK &KAMARUDIN SALLEH

عاطقلإا يف ةلود كيلامملا ةيرحبلا يف رصم ( 846 - 896 ه / 1052 - 1022 م ) 736..

ABDULLAH AHMAD KHILAF &WAN KAMAL MUJANI

ءامسلأا ةنيابتملا ىنبملا ةهباشتملاو ىنعملا

يف ةروس ماعنلأا 753...

MUHAMMAD SARVI &SALMAH AHMAD

لاؤسلا يف ةروس رمزلا هرثاو يف ةيبرتلا ميلعتلاو 775..

OMAR RAHIM MUHAMMAD &MUHAMMAD NAJIB ABDUL KADIR

سئانكلا دباعملاو يف دلابلا ةيملاسلإا امهريثأتو

يف عقاو نيملسملا 786..

MUHAMMAD SABAR TAHA,ABDUL RAHMAN &JAFFARY AWANG

(12)
(13)

Tinjauan Terhadap Larangan Wasiat dalam Fasal 207 Kompilasi Hukum Islam di Indonesia

Afriyanto & Noorlizza Mohammed Said Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

Abstrak: Wasiat ialah suatu ibadah seorang hamba kepada Rabbnya. Di Indonesia, perundangan wasiat ini diatur dalam Kompilasi Hukum Islam. Fasal 207 Kompilasi Hukum Islam memperuntukan bahawa wasiat tidak boleh diberikan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang yang memberi tuntunan kerohanian semasa ia menderita sakit sehingga meninggalnya. Larangan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kerana bertentangan dengan amalan berwasiat dalam Islam. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji fasal 207 tersebut sama ada ia selaras dengan hukum syarak berdasarkan pandangan fuqaha dan hujah-hujah mereka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian analisis kandungan. Data-data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa Kompilasi Hukum Islam melarang berwasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan kepada seseorang dan kepada orang yang memberikan tuntunan kerohanian kerana dikhawatirkan wasiatnya itu tidak atas keinginannya sendiri tapi kerana pengaruh /bujukan orang lain (dokter dan kiyai yang selalu berada didekatnya).

Dalam Islam seorang yang sedang sakit boleh berwasiat kepada orang yang merawat dan memberikan tuntunan kerohanian padanya jika wasiat itu dilakukan pada saat sakitnya tidak terlalu parah dan ia masih layak untuk bertabarru’ terhadap hartanya. Akan tetapi kalau ia sudah tidak layak lagi untuk bertabarru’ atas hartanya, maka wasiatnya tidak sah.

Kata Kunci: Wasiat, Kompilasi Hukum Islam, larangan, perawatan, tabarru’

PENGENALAN

Kompilasi Hukum Islam merupakan salah satu sumber hukum positif di Indonesia. Kompilasi Hukum Islam yang diundangkan pada tarikh 10 Jun 1991 yang berisikan sebagai hukum/peraturan yang berhubungan dengan pelbagai masalah kekeluargaan, salah satu masalah yang diatur dalam Kompilasi Hukum Islam ialah masalah wasiat. Hal ini diatur dalam Bab II Bab V fasal 194 sampai 209 dalam fasal 171 huruf (f) disebutkan: “wasiat ialah pemberian sesuatu benda dari pewaris kepada orang lain atau lembaga yang akan berlaku setelah pewaris meninggal dunia ”

Dari pengertian wasiat yang tercantum dalam fasal di atas boleh difahami bahawa yang diwasiatkan itu berupa benda pelaksanaan wasiat itu dilakukan setelah meninggalnya si pewasiat.

Wasiat yang dilakukan oleh sesorang boleh menjadi batal kerana sebab-sebab tertentu sehingga wasiat itu tidak boleh dilaksanakan ketika meninggalnya si pewasiat. Hal ini diatur fasal 197 kompilasi Hukum Islam :

1. Wasiat menjadi batal apabila calon penerima wasiat berdasarkan keputusan Hakim yang telah mempunyai kekuatan hukum tetap dihukum kerana: a. Dipersalahkan telah membunuh atau mencoba membunuh atau menganiaya berat kepada pewasiat. b. Dipersalahkan secara memfitnah telah mengajukan pengaduan bahawa pewasiat telah melakukan sesuatu kejahatan yang diancam hukuman lima tahun penjara atau hukuman yang lebih berat. c. Dipersalahkan dengan kekerasan atau ancaman mencegah pewasiat untuk membuat atau mencabut atau merubah wasiat untuk kepentingan calon penerima wasiat. d. Dipersalahkan telah menggelapkan atau merusak atau memalsukan surat wasiat dan pewasiat.

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2014: Memartabatkan Penyelidikan Pengajian Islam Disunting oleh: Muhammad Adib Samsudin, Maheram Ahmad, Latifah Abdul Majid, Ahmad Yunus Mohd Nor, Rosmawati Mohamad Rasit, Zulkarnain Mohamed & Zuliza Mohd. Kusrin

© Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor http://www.ukm.my/fpi/kaspi/

(14)

2. Wasiat menjadi batal apabila orang yang ditunjuk untuk menerima wasiat itu: a. Tidak mengetahui adanya wasiat tersebut sampai meninggal dunia sebelum meninggalnya pewasiat.

b. Mengetahui adanya wasiat tersebut, tapi ia menolak untuk menerimanya. c. Mengetahui adanya wasiat itu, tetapi tidak pernah menyatakan menerima atau menolak sampai ia meninggal sebelum meninggalnya pewasiat.

3. Wasiat menjadi batal apabila yang diwasiatkan musnah Kemudian Kompilasi Hukum Islam juga mengatur tentang larangan wasiat yang mana diatur dalam fasal 207 Kompilasi Hukum Islam adapun isi fasal tersebut ialah:Wasiat tidak diperbolehkan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang dan kepada orang yang memberi tuntutan kerohanian sewaktu ia menderita sakit sehingga meninggalnya, kecuali ditentukan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa (Abdurrahman 2004).

PERNYATAAN MASALAH

Memperhatikan isi fasal 197 tersebut boleh diperoleh kesan bahawa ketentuan batalnya wasiat tersebut dianalogikan kepada mawanic al-irth (penghalang dalam kewarisan) meskipun tidak seluruhnya (Ahmad Rofiq 2003). Hal-hal yang menyebabkan batalnya wasiat yang tercantum dalam fasal 197 Kompilasi Hukum Islam di atas tidak jauh berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh para fuqaha. Di samping mengatur tentang hal-hal yang menyebabkan batalnya wasiat, Kompilasi Hukum Islam juga mengatur tentang siapa saja yang tidak boleh menerima wasiat sebagaimana diatur dalam fasal 195 ayat (3) fasal 207 dan fasal 208.

Dalam kertas kerja ini pengkaji hanya akan membahas isi fasal 207 Kompilasi Hukum Islam.

Adapun isi fasal 207 Kompilasi Hukum Islam adapun isi fasal tersebut ialah: Wasiat tidak diperbolehkan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang dan kepada orang yang memberi tuntutran kerohanian sewaktu ia menderita sakit sehingga meninggalnya, kecuali ditentukan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa.

Kekeliruan masayarakat dengan fasal ini timbul kerana larangan tersebut tiada asas yang jelas.

Seseorang yang merawat atau menjaga pewasiat sekiranya bukan dari kalangan waris pewasiat adakah tidak boleh menerima wasiat pewasiat yang dijaganya? Sedangkan ketika itu, pewasiat masih berkeahlian untuk berwasiat buktinya wasiat dibolehkan sekiranya ditentukan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa. Amalan berwasiat dalam Islam tidak melarang hibah ketika sakit tenat sehinggakan hukum hibah menjadi hukum wasiat.

Justeru, kertas kerja ini akan merangkai fasal 207 dan dibuat perbandingan dengan pandangan fuqaha’ berkaitan larangan wasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan dan memberi tuntunan kerohanian kepada pewasiat.

PERSOALAN KAJIAN

1. Mengapakah pelayanan perawatan dan orang yang melakukan tuntunan kerohanian pesakit dilarang menerima wasiat daripada pesakit tersebut?

2. Bagaimanakah pandangan fuqaha’ berkaitan larangan wasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan dan tuntunan kerohanian ketika sakit?

3. Apakah perbandingan antara fasal 207 dengan pandangan fuqaha?

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji fasal 207 Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

2. Mengkaji pandangan fuqaha’ berkaitan larangan wasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan dan tuntunan kerohanian ketika sakit.

3. Membuat perbandingan antara fasal 207 dengan pandangan fuqaha.

(15)

METODEE KAJIAN

Metodee kajian merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian.

Penyelidikan ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan kerana kajian ini mengenai wasiat tidak diperbolehkan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang dan kepada orang yang memberi tuntutan kerohanian sewaktu ia menderita sakit sehingga meninggalnya, kecuali ditentukan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa.

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam pengajian ilmiah, penggunaan metodee merupakan hal yang asas dan mutlak diperlukan.

Oleh itu, penyelidikan ini sebagai satu kajian tentang undang-undang maka untuk menggali data daripada sumber yang diperlukan, digunakanlah metodee dokumentasi atau pengumpulan data, iaitu dengan mengumpulkan, membaca dan meneliti daripada beberapa sumber kepustakaan yang berhubungkait dengan perbahasan yang dimaksud ke dalam kajian ini, iaitu Wasiat tidak diperbolehkan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang dan kepada orang yang memberi tuntutan kerohanian sewaktu ia menderita sakit sehingga meninggalnya, kecuali ditentukan dengan tegas dan jelas untuk membalas jasa.

Sumber Primer: Buku-buku sejarah tentang Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

Sumber sekunder: Sumber yang digunakan untuk menyokong dan melengkapi data penulisan ini, seperti buku-buku, kamus dan lain-lain.

Kaedah Penganalisisan Data

Semua maklumat yang diperoleh melalui sumber-sumber primer dan sekunder akan dianalisis dengan beberapa kaedah antaranya:

Sunting: Memeriksa kembali semua data yang sedia ada terutama dari sudut kelengkapan, kejelasan dan kesesuaian makna, serta hubungkait dan relevansi antara satu data dengan data yang lain. Hal ini dilakukan untuk mengetahui bahawa data-data tersebut sudah baik dan mencukupi, boleh memahamkan, serta dapat segera untuk dipersiapkan sebagai keperluan bagi proses berikutnya.

Pembahagian: Setelah data-data terkumpul dan diedit, maka langkah selanjutnya, iaitu meletakkan data tersebut dalam bahagian-bahagian yang telah ditentukan, serta menyusunnya secara sistematik ke dalam paparan-paparan yang telah dirancangkan dalam bab-bab tertentu.

Pengesahan:memeriksa ulang semua data yang telah diperoleh dan diasing-asingkan sesuai dengan rancangan perbahasannya agar validitinya terjamin.

Analisa: Menganalisis data-data agar lebih mudah difahami untuk mencapai kesimpulan daripada penyelidikan ini. Proses analisis data ini mengandungi dua metode iaitu:

1. Metode induktif: Metode untuk membuat kesimpulan daripada bukti-bukti yang bersifat khusus untuk mencari kesimpulan yang bersifat umum. Segala data daripada bahan-bahan rujukan akan dianalisis untuk mendapatkan kesimpulan yang sebenar. Metode ini digunapakai untuk menganalisis dan memberikan ulasan terhadap buku Undang-Undang Kompilasi hukum islam di Indonesia.

2. Metode deduktif: Suatu langkah yang bermatlamatkan untuk menganalisis penulisan yang berdasarkan kepada bukti umum untuk perkara-perkara yang khusus. Metode ini akan digunakan untuk mendedahkan sejarah Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia.

3. Metode komparatif: Metode untuk membuat perbandingan antara Undang-Undnag Kompilasi Hukum Islam dengan Hukum Islam. Tujuannya untuk mencari perbezaan dalam sudut kelebihan, kekurangan dan kewujudan antara undang-undang dengan Hukum Islam.

(16)

4. Kesimpulan: Pengambilan kesimpulan daripada data-data yang telah diolah untuk mendapatkan jawapan daripada kegelisahan akademik yang telah dijelaskan dalam masalah kajian.

Berwasiat kepada Orang yang Merawat Si Pewasiat dan Orang yang Memberi Tuntunan Kerohanian Menurut Kompilasi Hukum Islam

Melihat isi fasal tersebut boleh difahami bahawa yang dimaksud dengan orang yang melakukan pelayanan perawatan bagi seseorang itu ialah orang yang merawat sesorang yang sedang sakit, pelayanan yang diberikannya dapat dilakukan selama si penderita (pasien) sakit, atau hanya beberapa waktu sahaja dan dapat pula sampai meninggalnya si penderita (pasien) tersebut.

Adakalanya seseorang pasien menderita suatu penyakit yang ringan. Sehingga dalam beberapa waktu sahaja penyakitnya sudah sembuh. Namun tidak sedikit pula orang yang menderita penyakit yang parah dan bahkan dapat menyebabkan kematian. Maka untuk mengobati penyakit tersebut perlu perawatan yang itensif.

Orang yang biasa melakukan tugas ini adalah para medis kerana sudah menjadi tugas seorang dokter maupun perawat untuk memberikan pelayanan dengan sebaik-baiknya kepada siapa sahaja yang perlu pertolongannya.

Perawatan yang dilakukan terhadap pasien yang menderita penyakit yang parah tadi, adakalanya memakan waktu dan masa yang cukup lama. Pada saat pasien masih berada dalam perawatan dokter atau perawat, dia tidak boleh bertarsharuf terhadap hartanya untuk berwasiat kepada orang yang merawatnya tadi, sebagaimana ditegaskan dalam Kompilasi Hukum Islam melarang berwasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan tersebut?

Hal ini kerana dikhawatiri si pasien atau pewasiat tidak atas kemauannya sendiri tapi atas kehendak dan kemauan orang lain. Seorang dokter bisa saja membujuk si pewasiat atau memberikan obat yang dapat mempengaruhi pikiran si pewasiat, sehingga dia mau berwasiat kepada sang dokter.

Seorang pasien yang sedang menderita penyakit yang sudah cukup parah, biasanya akan diberi tuntuatan oleh pemuka agama (ustadz/ kiyai) untuk tetap ingat kepada Allah SWT meskipun tuntutan tersebut tidak dilakukan terhadap semua pasien.

Tutunan ini juga dilakukan kepada seorang penderita yang dirawat di rumahnya sendiri, walaupun sanak famili orang yang sakit itu juga ada memberi tuntunan, tapi mereka lebih suka dan ingin bila yang memberi tuntunan itu seorang kiyai atau seorang ustadz, kerana seorang kiyai atau seorang ustadz dianggap lebih mengetahui urusan agama dan mampu memberikan tuntunan kepada orang yang sedang sakit.

Dengan kemampuan yang memberikan tuntunan kerohanian tersebut, diharapkan orang yang sedang sakit itu boleh dituntun agar selalu ingat kepada Allah SWT. Terlebih lagi apabila penyakit yang dideritanya sudah sangat parah. Sehingga nantinya ketika dia dipanggil Ilahi, dia datang menghadap Allah dalam keadaan beriman. Meskipun kita tidak tahu apakah penyakitnya itu akan membawanya kepada kematian atau tidak, kerana tidak seorangpun manusia yang tahu kapan ajal itu datang.

Seperti halnya orang yang merawat si sakit, maka orang yang melakukan tuntunan kerohanian juga selalu /sering berada dekat si sakit. Maka terhadap orang yang memberi tuntunan kerohanian kepada ini Kompilasi Hukum Islam melarang si sakit untuk berwasiat kerana orang yang memberikan tuntunan kerohanian terhadap si sakit tersebut punya keahlian untuk mempengaruhi pikiran seseorang. Sehingga dikhawatirkan wasiat yang diberikan kepada orang yang memberikan tuntunan kerohanian tersebut tidak atas keinginan si pewasiat, tapi kerana pengaruh/bujukan daripada orang yang memberikan tuntunan kerohanian itu.

Jadi pengaturan yang dilakukan dalam fasal 207 Kompilasi Hukum Islam di atas dimaksudkan agar tidak terjadi penyimpangan dalam pelaksanaan wasiat itu, mengingat orang yang disebut dalam fasal 207 itu terlihat langsung dalam wasiat (Ahmad Rofiq 2003).

(17)

Berwasiat Kepada Orang Yang Melakukan Pelayanan Perawatan Dan Orang Yang Memberikan Tuntunan Kerohanian Menurut KHI Ditinjau Dari Hukum Islam Wasiat merupakan suatu ibadah yang disyariatkan oleh Allah kepada hambanya. Seseorang yang cekap dan mampu bertindak hukum boleh berwasiat. Apabila dilihat isi fasal 207 Kompilasi Hukum Islam sebagaimana yang telah dikemukakan di atas, maka hal tersebut tidak terlepas daripada boleh atau tidaknya seseorang bertasharuf terhadap hartanya.

Seseorang baru dianggap sah tindakannya yang dilakukannya menurut Hukum Islam ia telah baliqh dan berakal. Sesuai dengan sabda Nabi saw:

نع ةشءاع ضر ي الله امهنع نع بنلا ي ىلص الله هيلع ملسو : عفر ملقلا نع لاث ةث نع ريغصلا ىتح ربكي

، نعو انلا ئ م ىتح قيتسي

،ظ

و نع ملا ج نون ىتح لقعي ( اور ه دمحلاا ةعبرلااو إ لا ىذيمرت )

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. dari Nabi saw beliau bersabda: diangkatkan daripada tiga orang: daripada anak –anak hingga dia dewasa, daripada orang tidur hingga dia bangun, daripada orang gila hingga dia waras atau sembuh (Hadith Riwayat Ahmad dan Imam yang empat kecuali Tirmidzi).

Sah atau tidaknya wasiat yang dilakukan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan kepada seseorang dan kepada orang yang memberikan tuntunan kerohanian sewaktu ia menderita sakit hingga meninggalnya, tergantung kepada keadaan si pewasiat semasa wasiat dilakukannya.

Apakah boleh dia berwasiat waktu disaat dia sakit dimana sakitnya itu membawa kepada kematian atau tidak. Istilah yang dipakai oleh kitab-kitab fiqh dalam menyebutkan seseorang yang sakit yang sakitnya itu membawa kematiannya disebut marad al-mawt (Helmi Karim 1993). Kita boleh memastikan apakah benar penyakitnya itu yang membawanya kepada kematian atau tidak. Hanya Allah yang tahu kapan seseorang itu meninggal dunia yang jelas setiap yang bernyawa pasti akan mati sebagaimana firman Allah, dalam surah al-Nisa’, ayat 185:

ل ك سۡفَن ةَقِئٓاَذ ِت ۡوَمۡلٱ اَمَّنِإَو َن ۡوَّفَو ت ۡم كَرو ج أ َم ۡوَي ِةَمََٰيِقۡلٱ نَمَف َحِز ۡح ز ِنَع ِراَّنلٱ َلِخ ۡد أَو َةَّنَجۡلٱ ۡدَقَف َزاَف اَمَو ة َٰوَيَحۡلٱ ٓاَيۡن دلٱ َّلاِإ عََٰتَم

ِرو ر غ ۡلٱ

Maksudnya :Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Oleh sebab itu, pengertian marad al-mawt itu sebenarnya timbul daripada perasaan seseorang terhadap kemungkinan dirinya yang sedang sakit bahawa penyakitnya itu akan membawa kematiannya, suatu penyakit boleh disebut marad al-mawt apabila (Zakiah Drajat 1995) :

1. Penyakit itu biasanya menimbulkan kematian seseorang.

2. Penyakit itu haruslah menimbulkan kekhawatiran bagi diri orang yang sakit.

3. Bahawa hidupnya tidak lama lagi.

4. Ada tanda-tanda tertentu yang menunjukkan beratnya penyakit itu.

Berdasarkan keadaan marad al-mawt di atas, boleh diketahui bahawa kalau suatu penyakit itu biasanya tidak membawa kematian dan orang sakit itu tidak merasa khawatir akan penyakitnya tersebut, maka itu tidaklah disebut dengan marad al-mawt.

Menurut ulama Shaficiyyah dan Hanafiyyah, marad al-mawt ada dua bentuk, iaitu :

1. Berkaitan dengan sakitnya yang diyakini sebagai penyebab ia wafat dalam keadaaan seperti ini, yang dilihat ialah apakah ketika ia berwasiat itu memungkinkan ia bertabarru’ terhadap hartanya atau tidak. Bila keadaan sakitnya itu memungkinkan ia bertabaru’ yakni masih cakap bertindak secara sempurna kerana ingatan dan fikirannya masih sehat, wasiat yang dilakukannya ketika itu adalah sah. Akan tetapi, bila kondisi sakitnya yang berat, yang tidak layak ia bertabarru’, wasiat yang dilakukan tidak sah.

2. Keadaan sakitnya yang dikhawatiri hal itu menyebabkan kematiannya dalam keadaan seperti ini, keadaan si penyakit baru dalam situasi diterka akan menyebabkan kematiannya hal itu berarti bahawa si sakit itu masih dalam kondisi cekap untuk bertabarru’. Pada kesempatan

(18)

atau keadaan yang demikian, si sakit boleh berwasiat bahawa dianjurkan untuk berwasiat kalau ia memang berniat untuk menghibahkan sebagian hartanya (Helmi Karim 1993).

Daripada apa yang dikemukakan oleh Shaficiyyah dan Hanabilah, dapat difahami bahawa seseorang yang sedang sakit boleh berwasiat selama wasiat itu dilakukannya ketika dia masih cakap bertabarru’, tetapi kalau penyakit yang dideritanya sangat parah dan dia tidak dapat lagi bertindak secara sempurna maka dia tidak boleh untuk berwasiat.

Dan adapun orang yang tidak boleh bertindak hukum ‘bermuamalah’ pada hartanya, jika dia orang yang tidak mumayyiz seperti hilang akal dan orang yang tidak pandai menulis dan orang yang melihat akan kematian, tidak sahlah wasiatnya. Kerana wasiat berkaitan dengan perkataan dan tidak ada ertinya perkataan bagi orang yang tidak mumayyiz dan kerana ini tidak sahlah Islamnya dan tidak pula tobatnya maka tidak sahlah pula wasiatnya.

Daripada apa yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi tersebut dapat difahami bahawa orang yang sudah melihat atau merasakan tanda-tanda kematian pada dirinya tidak sah wasiatnya.

ANALISIS

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, maka penulis berpendapat bahawa seseorang yang sedang dalam keadaan sakit parah tidak boleh untuk berwasiat, kerana orang itu dianggap tidak mumayyiz lagi, ‘dia tidak dapat lagi membedakan mana yang baik dan mana yang buruk’ kerana dia tidak dapat lagi mengetahui dan menyadari apa yang dilakukannya, disebabkan otaknya tidak lagi bekerja dengan sempurna.

Untuk itu, jika seseorang akan berwasiat terhadap harta yang dimilikinya, baik wasiat itu untuk orang tertentu atau untuk suatu lembaga, maka hendaklah wasiat itu dilakukannya jauh jauh hari disaat dia masih sehat jasmani dan sehat rohaninya bukan disaat dia sedang sakit keras atau disaat ajalnya hampir tiba dengan telah dilakukannya wasiat dikala ia masih sehat maka diwaktu dia sakit dan ia merasa tidak lama lagi ia akan dipanggil oleh Allah ke hadirat-Nya, dia tidak perlu lagi terburu-buru untuk berwasiat kepada orang yang diinginkan. Hal ini sesuai dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw yang berbunyi :

نع نبا رمع نأ لوسر الله ص اق ل : ام قح ئرما ملسم تيبي نيتليل هلو ئيش ديري نأ ىصوي هيف لاا هتيصوو م ةبوتك دنع هسأر

( ر هاو امجلا هع )

1

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : tidak ada suatu seorang muslim yang sampai semalam dua malam padahal dia mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkannya, melainkan wasiatnnya itu hendaklah tertulis di kepalanya (Hadith Riwayat jamaah).

Daripada hadith tersebut, boleh difahami bahawa melalaikan dalam berwasiat itu tidak boleh dan Rasulullah menyuruh agar menyelengarakan untuk berwasiat sebelum lewat 2 malam semenjak tercetus dalam hatinya perkataan ‘tidak wajib’ ‘tidak ada suatu kewajiban’ itu oleh Imam Shafici dikatakan maksud hadith tersebut ialah sebagai berikut: Tidak ada suatu kepastian dan jaga-jaga bagi seorang muslim, melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya. Abu Tsaur mengatakan : hadith di atas menentukan orang yang dibebani kewajiban syara yang sangat dikhawatir kewajipan itu akan hilang atau tidak terlaksana apabila tidak diwasiatkan. Misalnya benda- benda yang diamanahkan, hutang dan sebagainya (al-Shawkani 1993)

Dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

و نع ىبأ ره هري اق ل : اج ء ر لج اقف ل : اي وسر ل الله , يأ دصلا ةق لضفا وأ مظعأ ارجا

؟ لاق كيبأو نأقتل نأ قدصت و تنأ

حيحص وشحت رقفلا و لمأت اقبلا ء و لا لهمت ىتح اذا ةخلب موقلحلا , تلق نلأفل اذك نلأفل اذك دقو نانك نلافل

هاور ) هعمجلا لاا ىْديمرت

2(

Maksudnya: Dan daripada Abu Hurairah dia berkata: ada seorang lelaki datang lalu bertanya: Ya Rasulullah ! sedekah apakah yang lebih utama atau yang lebih besar pahalanya ? jawab Rasulullah saw ketahuilah! demi ayahmu! sungguh engkau akan diberi fatwa, bahawa engkau bersedekah padahal engkau dalam keadaan sangat memerlukan dan sayang lagi engkau dalam keadaan sehat, engkau khawatir akan jatuh miskin sedangkan engkau ingin sekali untuk bisa bertahan

(19)

(lama) janganlah engkau tangguh-tangguhkan (wasiat) itu hingga ruh sampai ditenggorokkan, lalu aku berkata si fulan begini dan untuk si fulan begini dan sudah ada untuk s ifulan (Hadith Riwayat jamaah, kecuali Turmidzi).

Perkataan ‘engkau ingin sekali’ menunjukkan bahawa bersedekah ‘berwasiat’ di saat masih sihat itu lebih baik daripada dalam keadaan sakit. Kandungan hadith ini tersebut dalam firman Allah SWT, dalam surah al-Munafiqun, ayat 10:

ْاو قِفنَأَو نِم اَّم م كََٰنۡقَزَر ِلۡبَقنِّم

َيِتۡأَينَأ م كَدَحَأ ت ۡوَمۡلٱ َلو قَيَف ِّبَر َٓلا ۡوَل ٓيِنَت ۡرَّخَأ َٰٓىَلِإ لَجَأ بيِرَق َقَّدَّصَأَف ن كَأَو َنِّم َنيِحِل ََّٰصلٱ

Maksudnya :Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:

Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

Dan dalam hadith tersebut juga boleh diketahui dan difahami bahawa Rasulullah melarang untuk menunda waktu untuk berwasiat. Apalagi kalau sampai menunggu ruh ‘nyawa’ tiba ditenggorokan.

Di saat ajal hampir datang baru berwasiat.

Sedangkan menurut Ulama, Shaficiyyah dan Hanabilah, marad al-Maut ada 2 bentuk (al-Zuhayli 1989) :

1. Pertama, yang berkaitan dengan kondisi sakitnya yang diyakini sebagai penyebab ia meninggal. Dalam keadaan seperti ini, yang dilihat ialah apakah ketika ia berwasiat itu masih layak ia bertabarru’ terhadap hartanya atau tidak. Bila keadaan sakitnya itu memungkinkan ia bertabarru’ yakni masih cakap bertindak secara sempurna kerana ingatan dan pikirannya masih sehat, wasiat yang dilakukannya ialah sah, akan tetapi, bila kondisi sakitnya yang berat yang tidak layak lagi ia bertabarru’, wasiat yang dilakukannya tidak sah.

2. Kedua, keadaan sakitnya yang dikhawatirkan hal itu menyebabkan kematiannya dalam keadaan yang seperti ini, keadaan sisakit baru dalam situasi ‘diduga’ akan menyebabkan kematiannya, hal ini berarti bahawa sakit itu masih dalam kondisi yang cakap untuk bertabarruk, pada keadaan yang demikian, si sakit itu boleh dan sah berwasiat dan bahkan dianjurkan untuk berwasaiat kalau ia memang berniat untuk menghibahkan sebahagian hartanya .

Sebab bila ajal sudah mulai mendekat dan ruh sudah hampir meninggalkan jasad, ‘ruh sudah ditenggorokkan’ segala ucapan dan semua perbuatan yang dilakukan oleh seseorang biasanya tidak disadarinya lagi sehingga apa yang dikerjakan itu tidak sempurna.

Demikian pula halnya bila orang yang sudah hampir meninggal ‘sudah melihat tanda-tanda ajalnya akan segera datang’ maka ia tidak boleh berwasiat kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan baginya disaat ia sakit parah itu juga dan juga kepada orang yang memberi tuntunan kerohanian semasa ia sakit ‘yang parah’ sampai ia meninggal.

Kerana dikhawatirkan wasiatnya itu tidak atas` kemauannya sendiri. Sebab keadaan fisik orang ini sudah lemah dan ini dapat mempengaruhi fikirannya dan dalam keadaan seperti ini dia mudah dipengaruhi oleh orang lain. Sehingga apa yang dilakukannya itu mungkin hanya akan menguntungkan salah satu pihak ‘dalam hal ini orang yang merawat si pewasiat dan orang yang memberikan tuntunan kerohanian kepadanya’ dan merugikan pihak lain ‘ahli waris’.

Sayyid Abdullah al-Hussein (t.th) mengatakan :

ابطلاا و ةتدايصلا و ءاسلا تانايدلا اوسي مأ لا وبقل ل ةبه وأ ةبصو ةيصووأ نم ضيرم و ول لاعا هج ةضرم لاا ريخ

Maksudnya : Doktor dan penjual ubat dan pemimpin agama yang merawat si sakit tidak cakap untuk menerima wasiat dari orang sakit walaupun ia meninggal mengobatinya dalam penyakitnya sampai akhirnya (sampai meninggal.)

Tidak bijak ‘tidak ahli’ menerima hibah wasiat menurut Sayyid Abdullah Al-Hussein menurut hemat penulis ialah orang-orang tersebut tidak berhak untuk menerima wasiat dari si sakit

‘pewasiat’.

Apabila si sakit itu melakukan wasiat untuk orang yang melakukan pelayanan perawatan baginya dan untuk orang yang memberikan tuntunan kerohanian kepadanya di saat penyakitnya belum parah dan dia masih mampu bertabarru’, maka wasiatnya tidak sah.

(20)

KESIMPULAN

Daripada semua huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa:

1. Kompilasi Hukum Islam melarang berwasiat kepada orang yang melakukan pelayanan kepada orang yang melakukan pelayanan perawatan kepada seseorang dan kepada orang yang memberikan tuntunan kerohanian kerana dikhawatiri wasiatnya itu bukan atas keinginannya sendiri tapi kerana pengaruh atau pujukan orang lain ‘doktor dan kiyai yang selalu berada didekatnya’.

2. Dalam Islam seorang yang sedang sakit boleh berwasiat kepada orang yang merawat dan memberikan tuntunan kerohanian padanya jika wasiat itu dilakukan disaat sakitnya tidak terlalu parah dan ia masih layak untuk bertabarru’ terhadap hartanya, tetapi kalau ia sudah tidak layak lagi untuk bertabarru’ atas hartanya, maka wasiatnya tidak sah.

Implikasi Kajian: Implikasi dalam kajian ini boleh dilihat sama ada secara umum mahupun secara khusus. Implikasi kajian secara umum adalah dapat mengenalpasti bahawa wujudnya perbezaan antara Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia dengan Hukum Islam sehingga boleh diketahui kebaikan dan kelemahan antara kedua-dua undang-undang tersebut. Adapun implikasi kajian secara khusus, antaranya ialah memudahkan para pembaca dan para pengkaji yang ingin mengetahui tentang Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam di Indonesia dan dapat membandingkan dengan Hukum Islam. Demikian juga, boleh menjadi panduan bagi golongan agamawan, ahli jawatankuasa majlis agama Islam dan orang Islam yang ada di Indonesia khasnya dan orang Islam di dunia amnya.

Cadangan Kajian: Antara cadangannya ialah, mencadangkan agar Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam disempurnakan lagi dalam beberapa bahagian nseperti wujudnya peraturan mengenai perkahwinan, perwakafan, kewarisan dan wasiat, dan tindakan bagi orang yang melanggar undang- undang dan sebagainya. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, maka ia akan mengurangkan perselisihan dan permasalahan dalam masyarakat Indonesia. Selain itu, juga perlu ada usaha untuk mengemukakan perubahan tersebut kepada pihak kerajaan serta meminta agar dapat menubuhkan sebuah institusi Mahkamah Syariah Islam dan Kantor Notaris supaya masyarakat lebih paham dan pentingnya berwasiat untuk kemaslahatan dirinya maupun orang lain yang ditinggalkannya pada setiap wilayah di Indonesia. Seterusnya, Undang-Undang Kompilasi Hukum Islam ini hendaklah dikuatkuasakan pada setiap wilayah negara Indonesia kerana penganut Islam berada di setiap wilayah negara Indonesia dan merupakan majoriti Muslim yang mana setakat ini tidak semua masyarakat muslim boleh melaksanakan undang-undang kompilasi Hukum Islam tersebut.

Mencadangkan lagi untuk memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam di Indonesia dalam mensosialisasikan kepada masayarakat terhadap aplikasi undang-undang Kompilasi Hukum Islam kepada masyarakat supaya masyarakat faham akan kepentingan pelaksanaan undang-undang tersebut terhadap dirinya mahupun masyarakat yang ada disekelilingnya.

NOTA HUJUNG

1. Muhammad bin Ali Muhammad Al-Shawkani. t.th. Nail al-Author. Mesir. Mustafa al-Babiy . Juz III, hlm. 987

2. Muhammad al-Shawkani. 1993. Nail al-Author. penerjemah Muamal Hamidy. judul asli Nail al-Authar.

Surabaya: Bina Ilmu :2017-2018

RUJUKAN

Abdurrahman. 2004. Kompilasi Hukum Islam di Indonesia. Jakarta: Akademi Persindo

Abdullah, Abdul Ghani. 1994. Pengantar Kompilasi Hukum Islam dalam Tata Hukum Indonesia. Jakarta:

Gema Insani Press,

Abu Zahrah, Muhammad. 1957. al-Ahwal al-Shakhsiyyah. Bayrut: Dar al-Fikr.

cAzzam, cAbdul cAziz Muhammad. 2009. Fiqh Munakahat. Jakarta: Bumi Aksara.

(21)

Bisri, Cik Hasan. 1999. Kompilasi Hukum Islam Dalam Sistem Hukum Nasional. Jakarta: Logos.

Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1997. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Ditbinbapera/H.M Thahir Azhary.1991. Mimbar Hukum 4 1991.Jakarta: Intermasa.

Doi, A Rahman I. 1992. Perkawinan Dalam Syariat Islam. Jakarta: Rineka Cipta.

Hakim, Rahmat. 1999. Hukum Perkawinan Islam. Bandung: Pustaka Setia.

al-Hanafi, Kamal al-Din Ibn Hamam. t.th. Sharah Fath al-Qadir. Bayrut.

al-Huzayri, cAbd al-Rahman. 1995. Fiqh Islam cAla Mazahib al-cArba’ah. Bayrut: Dar Fikr.

Ibn Rushd. 1995. Bidayah al-Mujtahid. t.tp.: t.pt.

al-Kahlan, Muhammad Ibn Ismacil. 1926. Subul al-Salam. Bandung: Dahlan.

Kuzari, Ahmad. 1995. Nikah Sebagai Perikatan. Jakarta: Raja Grafindo Persada.

Mughniyah, Muhamad Jawad. 2001. Fiqh Lima Mazhab. Jakarta: Lentera.

Muttaqien, Dadan, DKK. 1999. Peradilan agama dan Kompilasi Hukum Islam dalam Tata Hukum Indonesia. Yogyakarta: UII Press.

al-Mawdudi, Abu Acla. 1994. Pedoman Perkawinan dalam Islam. Jakarta: Darul Ulum Press.

Qal’ajri, Muhammad Rawas. 1999. Ensiklopedi Fiqh Umar Ibn khattab. Jakarta: Raja Grafindo.

al-Qaradawi, Yusuf. 1995. Fatwa-Fatwa Kontemporer. Jakarta: Gema Insani Press.

al-Qurtubi. t.th. Jamic al-Ahkam al-Qur’an. Jilid 3. al-Qahirah: t.pt.

Redaksi Sinar Grafika. 2008. Amandemen Undang-Undang Peradilan Agama. Jakarta: Sinar Grafika.

Rofiq, Ahmad. 2003. Hukum Islam Di Indonesia. Jakarta: Raja Grafindo.

Sabiq, Sayyid. 1987. Fiqh Sunnah. Bandung: al-Macarif.

al-Shawkani. Nayl al-Awthar. Jilid 7. al-Misr: Idarah al-Thabat al-Muniriyah.

Surakhmat, Winarno. 1985. Pengantar Penelitian Ilmiah. Bandung: Tarsito.

Syarifuddin, Amir. 2006. Hukum Perkawinan Islam di Indonesia. Jakarta: Prenada Media Group.

Umbara Citra 2000. UU RI No. 1 Th 1974 tentang perkawinan dan Kompilasi Hukum Islam. Bandung: Citra Umbara

Usman, Suparman. 2001. Hukum Islam. Jakarta: Gaya Media Pratama, al-Zuhayli, Wahbah. 1989. Fiqh Islam wa Adillatuhu. Bayrut: Dar al-fikr.

(22)

Hubungan Pelaksanaan Aktiviti Dakwah Melalui Kesenian Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Ahmad Sahlan Abdul Hatim & Rosmawati Mohamad Rasit Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

Abstrak: Pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah dilihat sebagai usaha untuk melahirkan pelajar yang menghayati ajaran Islam serta memiliki akhlak yang mulia. Namun, kelemahan serta kekurangan dari segi pelaksanaan dan pengisian menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Kesan daripada kurangnya penghayatan terhadap aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan serta nilai-nilai murni dalam diri membawa kepada gejala keruntuhan serta penampilan akhlak yang negatif. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian dilihat mampu merealisasikan pembinaan insan serta membentuk pelajar yang memiliki akhlak mulia serta peribadi yang tinggi kesan daripada nilai-nilai murni yang diterapkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian dengan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga turut bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikal inferensi. Seramai 300 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Kedah telah dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak mudah. Hasil kajian daripada ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah dengan penerapan nilai-nilai murni (r=0.527, ρ=0.00). Manakala ujian Regresi Linear pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R²=0.278 (β= 0.527) yang menyumbang sebanyak 27.8 peratus nilai varians. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kesenian dalam usaha menyampaikan dakwah dilihat sebagai satu kaedah yang mampu memberi impak yang berkesan terhadap penerimaan mesej dakwah seterusnya melahirkan pelajar yang berakhlak dan memiliki sahsiah yang unggul.

PENGENALAN

Dakwah merupakan satu usaha yang berterusan membina dan mengembangkan potensi manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Aktiviti dakwah bukan sahaja tertumpu di masjid-masjid atau surau-surau bahkan turut dilaksanakan di sekolah. Ruang lingkup dakwah di sekolah adalah terbuka luas. Namun, ia tidak disedari kerana ada yang melihat bahawa tumpuan dakwah di sekolah hanya kepada segelintir masyarakat sahaja dalam merujuk beberapa perkara berkaitan dengan hukum agama. Pada hakikatnya, sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang sangat berpotensi untuk melaksanakan misi dakwah Islamiah terhadap warga sekolah itu sendiri dan terhadap pelajar khususnya. Justeru, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti dakwah di sekolah dan salah satu daripadanya ialah melalui kesenian.

PERNYATAAN MASALAH

Sekolah dilihat sebagai sebuah institusi yang mampu menggerakkan aktiviti dakwah dengan cara yang lebih efektif dan sistematik dari segi pengurusan dan pelaksanaannya. Namun, Zaradi (1998)

Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2014: Memartabatkan Penyelidikan Pengajian Islam Disunting oleh: Muhammad Adib Samsudin, Maheram Ahmad, Latifah Abdul Majid, Ahmad Yunus Mohd Nor, Rosmawati Mohamad Rasit, Zulkarnain Mohamed & Zuliza Mohd. Kusrin

© Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor http://www.ukm.my/fpi/kaspi/

(23)

mendapati tanggapan umum terhadap mutu aktiviti dakwah di sekolah adalah rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya keberkesanan aktiviti dakwah di sekolah dalam menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar. Antara faktor yang dikenal pasti ialah terdapat beberapa kelemahan dari aspek pengurusan dan kepimpinan, kurang mendapat sokongan daripada para guru serta pelajar, perancangan program yang kurang menarik dan pelaksanaan yang kurang memuaskan. Ahmad Awang (1984) mendapati bahawa di antara permasalahan kegiatan dakwah di sekolah ialah kurangnya pengalaman dan tiada juru dakwah sendiri baik dari aspek strategi, metodologi mahu pun medium yang digunakan. Zaradi (1998) turut menyatakan kurangnya minat sebahagian pelajar menunjukkan tiada kesungguhan dan kecenderungan mereka terhadap pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah serta tidak berusaha menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang telah dipelajari.

Isu permasalahan akhlak dan gejala sosial yang membelenggu pelajar pada hari ini sering dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara sekalipun ia bukan faktor penyebab utama.

Ab. Halim & Khadijah (2003) telah menyatakan bahawa krisis keruntuhan akidah serta gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja Islam telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi di kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam. Melihat kepada suasana remaja pada hari ini terutamanya pelajar sekolah, ternyata bahawa negara sekarang sedang menghadapi krisis moral atau akhlak yang amat tenat. Nilai-nilai murni dan sifat-sifat mahmudah telah mula terhakis sedikit demi sedikit dari dalam diri. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Tajul Ariffin (1997) mendapati bahawa penampilan akhlak yang negatif adalah berpunca daripada akhlak dalaman yang tiada langsung hubungan dengan Allah S.W.T. Manakala kajian yang dibuat oleh Mohd Najib Najmuddin (2003) menjelaskan bahawa faktor ketiadaan hubungan pelajar dengan Allah adalah disebabkan kurangnya penghayatan pelajar terhadap aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan. Kenyataan ini juga turut disokong oleh Fauziah et al. (2012) yang menyatakan bahawa majoriti remaja yang terlibat dengan masalah akhlak adalah berpunca daripada tahap pengetahuan agama yang rendah dan sederhana.

Menurut Wan Asrul Asmi (2008), kurangnya pembentukan nilai-nilai murni yang baik dalam diri remaja menjadi faktor kepada berleluasa masalah sosial. Laporan akhbar Berita Harian (2014) yang memaparkan peningkatan jenayah kekerasan sebanyak 15 peratus membabitkan juvana berusia antara 8 tahun hingga 18 tahun dari tahun 2012 dan 2013 menunjukkan bahawa suasana remaja pada hari ini terutamanya pelajar sekolah sedang menghadapi krisis moral atau akhlak yang amat tenat. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes juvana sebanyak 5,305 kes iaitu 3,399 kes pada tahun 2012 dan 8,704 pada tahun 2013 (Berita Harian 10:2014).

Hal ini membuktikan bahawa terdapatnya kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah sama ada dari aspek pengurusan, pelaksanaan dan medium yang digunakan. Persoalannya ialah, adakah pelaksanaan dan pengisian aktiviti dakwah di sekolah mampu menarik minat pelajar seterusnya mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan membawa kepada perubahan tingkah laku yang positif? Apakah medium dakwah yang terbaik dalam menarik minat pelajar terhadap aktiviti dakwah di sekolah? Oleh yang demikian, pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah perlu disusun dan dirancang secara sistematik di dalam usaha menyeru ke arah nilai-nilai Islam. Kepelbagaian kaedah dan teknik dalam pelaksanaan aktiviti dakwah juga perlu diberi perhatian. Hal ini kerana kaedah atau teknik di dalam menyampaikan dakwah merupakan suatu perkara penting dalam menyeru orang lain kepada ajaran Islam.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat hubungan antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah dengan penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar?

2. Adakah pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar?

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada suatu perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan

Oleh kerana murtad adalah kesalahan bagi orang Islam, maka hukuman kepada penjenayah murtad hendaklah difahami sebagai orang Islam yang melakukan jenayah murtad

Para cendekiawan Barat yang insaf menegaskan bahawa orang-orang Eropah mengambil obor pengetahuan dari tangan orang Islam apabila orang Eropah berinteraksi dengan umat Islam dan

Hasilnya, kajian ini menemukan beberapa dapatan, antaranya: Negara Islam menurut definisi Syeikh adalah tempat yang di mana orang Islam merasa tenteram terhadap

Hanya tiga buah institusi iaitu Kolej Pengajian Islam (CIS) di PSU, Universiti Islam Yala (YIU) dan Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Princess of

Kuala Lumpur: Pejabat Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006.. Orang Bugis di Semenanjung

Semoga kajian ini membantu para du’at dan masyarakat muslim keseluruhannya dalam menyampaikan ajaran Islam dengan kaedah dan cara yang betul kepada orang bukan Islam

“Koperasi Ibn Affan : Sejarah dan Peranannya Dalam Pembangunan Masyarakat Islam Selatan Thailand”’ (Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi