• Tiada Hasil Ditemukan

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini .

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini ."

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2004/2005

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini .

Jawab EMPAT soalan sahaja.

Mac 2005

HKB 213 - Kesusasteraan Afrika Moden

Masa : 3 jam

(2)

1 . Pilih salah satu daripada dua isu berikut:

[a]

The Agendas of the Big Three atau [b]

Fahaman

Negritude

Berdasarkan pilihan yang telah anda buat, huraikan secara mendalam mengenai agenda

atau

fahaman tersebut. Dengan merujuk kepada genre prosa dan puisi yang telah anda pelajari, bincangkan sejauhmana isu-isu penting yang terdapat dalam fahaman

atau

agenda itu berfungsi sebagai bahan sastera untuk memperkenalkan warisan budaya Afrika ke persada dunia .

2. Telitikan petikan berikut:

Obierika yang merenung tepat pada mayat temannya yang terbuai-buai itu, tiba-tiba menoleh pada Pesuruhjaya Daerah dan dengan garang menyatakan, "Okonkwo ialah seorang yang ternama di Umuorta ini. Kamulah yang telah mendorong sehingga dia membunuh dirinya sendiri dan sekarang dia akan ditanam tak ubah seperti menanam bangkai seekor anjing. . . " Dia kehilangan kalimah untuk meneruskan kata-katanya. Suaranya gementar dan kata- katanya hilang dalam kerongkong [him. 215].

Dengan berpandukan petikan yang dikutip dari novel

Things Fall Apart

(terj .)

Okonkwo

karya Chinua Achebe, kemukakan secara kritis sejauhmanakah dapat dibuktikan bahawa watak utama novel ini adalah seorang wira puaknya?

3. Dikatakan Yoruba adalah Soyinka dan Soyinka adalah Yoruba.

Berdasarkan ungkapan tersebut, bincangkan sejauhmanakah watak- watak yang ditampilkan oleh Wole Soyinka menerusi dramanya

The Swamp Dwellers

dapat menyampaikan mesej dan pemikiran beliau mengenai amalan etnik Yoruba?

4. Keseluruhan jalinan cerita novel Cry

Freedom

(terj .)

Laungan

Kebebasan

karya John Briley memaparkan suasana kehidupan masyarakat Afrika Selatan di bawah tekanan

Apartheid.

Namun demikian, novel ini masih kekal segar sebagai sebuah karya fiksyen yang menarik.

(3)

3 - [HKB 213]

Berdasarkan pernyataan di atas dan dengan mengemukakan contoh- contoh peristiwa yang signifikan, huraikan secara kritis sejauhmana unsur cereka dan fakta-fakta sejarah dapat bergabung sebagai bahan yang terbaik untuk proses kreativiti pengarang .

5. Achebe berpendapat novel

The Beautyful Ones Are Not Yet Born

(terj .)

Yang Indah Belum Menjelma Lagi

karangan Ayi Kwei Armah sebagai

"a sick book" dan "no telephone to heaven", manakala Robert Fraser memberi pandangan bahawa watak utama novel ini sebagai "the man is a victim of history" . Dengan berdasarkan kedua-dua pandangan tokoh itu dan dengan mengambil kira kewajaran-kewajaran Armah mempamerkan situasi Ghana selepas merdeka, perlihatkan secara kritis sejauhmana dimensi sejarah (historical

dimension)

menjadi aspek penting dalam penghasilan novel ini .

6. Karya-karya Catherine Obianuju Acholonu, Ama Ataa Aidoo dan Flora Nwapa seringkali tidak terpisah dari mengemukakan pengalaman hidup wanita dalam pelbagai peringkat umur. Dengan merujuk kepada cerpen cerpen "Mother Was A Great Man", "The Girl Who Can" dan "My Soldier Brother' bincangkan sejauhmanakah keberkesanan sudut pandangan wanita dalam mengenengahkan emosi wanita?

7. Walaupun cerpen "Black Skin White Mask" karya Dambudzo Marechera berlatar belakangkan senario Zimbabwe, dan cerpen "Ressurection" karya Richard Rive mengilhamkan senario kehidupan masyarakat Afrika Selatan, namun kedua-dua buah cerpen tersebut ditautkan dengan pengalaman dan persekitaran yang hampir sama. Dengan mengambil kira aspek tema, lokasi dan latar peribadi kedua-dua orang penulis ini, huraikan maksud "pengalaman dan persekitaran yang hampir sama" itu .

-0000000-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

(a) Dalam usaha untuk memetakan posisi mutasi kerintangan kepada herbisid Sulfometuron metil (SMM), satu eksperimen telah dilakukan dengan mengguna kombinasi alel auksotrofi

(b) Virus daripada famili Parvoviridae mempunyai genom yang kecil clan pengekspresan gen yang unik semasa peringkat biosintesis dalam proses penghasilan.virus baru. (i) Apakah

(a) Berikan tiga (3) contoh patogen bawaan air yang terdiri daripada bakteria, virus clan protozoa, serta penyakit yang mampu dilakukan oleh setiap mikroorganisma tersebut..

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang bawalah bakti mersa kepada Tuhan kepada insan pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang usahlah durhaka pula kepada Tuhan kepada

Dengan menggunakan kaedah bacaan kritikan feminis, bincangkan pernyataan pengarang tersebut dengan sifat dan bentuk karya yang dihasilkannya.. Pilih SAMA

Boyong melihat sebuah jasad terkulai sarnbil menggelupur diikuti oleh bunyi nafas yang menggerunkan seperti bunyi nafas kerbau yang baru disembelih.. Pengawal yang seorang

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan