• Tiada Hasil Ditemukan

JTW 261/JTW 262/JTW 302]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JTW 261/JTW 262/JTW 302] "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JTW 261/JTW 262/JTW 302 - Prinsip Kewangan

Masa: 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT (4) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab SEMUA soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 20 markah.

...2/-

(2)

[

JTW 261/JTW 262/JTW 302]

- 2 - JAWAB SEMUA SOALAN.

SOALAN 1 [20 markah]

Dalam sesebuah syarikat korporat, seorang ketua pegawai kewangan akan dibantu oleh akauntan dan juga pengurus kewangan.

(a) Terangkan perbezaan tugas antara seorang akauntan dan seorang pengurus kewangan.

(4 markah)

(b) Jelaskan EMPAT (4) peranan utama seorang pengurus kewangan.

(16 markah)

SOALAN 2 [20 markah]

Sumber modal bagi sesebuah syarikat senaraian awam boleh terdiri daripada terbitan saham biasa, terbitan saham keutamaan dan juga terbitan bon. Huraikan ciri-ciri bon dan juga saham keutamaan serta nyatakan kelebihan/kekurangan masing-masing terhadap syarikat yang menerbitkannya.

SOALAN 3 [20 markah]

Ahmad bercadang ingin membeli kereta baharu dalam masa lapan tahun daripada sekarang. Kereta yang ingin dimilikinya berharga RM150,000 pada masa ini. Menurut kajian, kadar inflasi adalah antara 3% hingga 5% setahun.

(a) Berapakah jangkaan harga kereta tersebut pada hujung tahun ke lapan sekiranya kadar inflasi ialah 3% dan berapa pula jika kadar inflasi 5% setahun?

(8 markah)

(b) Berapa mahalkah harga kereta tersebut pada tahun ke lapan sekiranya kadar inflasi adalah 5% dan bukannya 3%?

(4 markah) (c) Berapakah jangkaan harga kereta tersebut jika kadar inflasi adalah 3% pada empat

tahun pertama dan 5% pada empat tahun seterusnya?

(8 markah)

…3/-

(3)

[

JTW 261/JTW 262/JTW 302]

- 3 - SOALAN 4 [20 markah]

Bon X mempunyai 10% kupon manakala bon Y memberikan 5% kupon. Kedua-duanya mempunyai tempoh matang 10 tahun. Hasil hingga tempoh matang (yield to maturity) bagi kedua-dua bon adalah 8%.

(a) Jika kadar faedah tiba-tiba meningkat sebanyak 2%, berapa peratuskah perubahan harga bagi kedua-dua bon tersebut?

(8 markah)

(b) Jika kadar faedah tiba-tiba jatuh sebanyak 2%, berapa peratuskah perubahan harga bagi kedua-dua bon tersebut?

(8 markah)

(c) Bon mana yang mempunyai risiko kadar faedah yang lebih tinggi? Kenapa?

(4 markah)

SOALAN 5 [20 markah]

Dillon Berhad telah meminta pengurus kewangannya menilai kos setiap sumber modal serta kos modal purata berwajaran (WACC) syarikat. WACC mestilah dikira dengan menggunakan wajaran berikut; 40% hutang jangka panjang, 10% saham keutamaan, dan 50% saham biasa. Kadar cukai bagi syarikat ialah 40%.

Hutang – Dillon Berhad boleh menjual pada harga RM950, 10 tahun bon, nilai par RM1000, kadar kupon 10% setahun, kos pengapungan 3% daripada nilai par selain diskaun RM50/bon.

Saham Keutamaan – Dillon Berhad memberikan 6% dividen tahunan, saham keutamaan mempunyai nilai par RM100 dan boleh dijual pada harga RM70 sesaham. Fi tambahan RM3 sesaham mesti dibayar kepada pihak penaja jamin.

Saham Biasa – Saham biasa Dillon Berhad pada masa ini dijual pada RM60 sesaham.

Dividen dijangka dibayar pada akhir tahun 2016 sebanyak RM5. Pembayaran dividen yang dianggarkan 60% daripada pendapatan sesaham pada lima tahun lalu adalah 2015 RM3.75, 2014 RM3.50, 2013 RM3.30, 2012 RM3.15, dan 2011 RM2.85. Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, saham biasa terbitan baharu ini perlu dijual di bawah harga pasaran sebanyak RM5 sesaham. Syarikat juga perlu membayar RM3 sesaham sebagaikospengapungan.Pembayarandividendijangkakanberterusanpada 60%

daripada pendapatan sesaham (andaikan Rr =Rs).

…4/-

(4)

[

JTW 261/JTW 262/JTW 302]

- 4 -

(a) Kira kos hutang selepas cukai. (7 markah)

(b) Kira kos saham keutamaan. (3 markah)

(c) Kira kos saham biasa. (5 markah)

(d) Kira WACC untuk Dillon Berhad. (5 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pada sepanjang tahun, belian dilakukan setiap 2 bulan bermula bulan Januari 20X8 untuk sasaran jualan bulan Januari dan Februari. (viii) Semua belian kredit dibayar dalam

Manakah antara berikut yang direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan perkongsianC. Untung bersih

Pemilihan sampel tersebut adalah berdasarkan kepada senarai nama yang dibekalkan oleh pihak sumber manusia yang mengandungi kesemua nama pekerja syarikat yang

________________ adalah suatu corak kelakuan yang menyentuh tentang sikap, emosi, pemikiran, tabiat, gerak hati, dan tingkah laku yang menentukan cara

Belian dibuat setiap bulan secara kredit pada kuantiti 550 unit.. Belian kredit akan dibayar mengikut jadual iaitu bulan selepas belian sebanyak 25% dan bakinya dalam

Manakah antara model berikut mewakili teori bahawa prestasi kumpulan yang berkesan bergantung kepada padanan yang betul antara gaya kepimpinan dan kawalan

MacKinnon (1982) menyatakan bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai

Kajian ini bertujuan menyiasat penentu utama inflasi harga domestik dan melihat kesan penembusan harga minyak ke atas harga domestik, iaitu ke atas indeks harga