• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 214 - Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 214 - Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JMK 214 - Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT soalan sahaja. Bahagian A wajib dijawab. Jawab SATU (1) soalan daripada Bahagian B dan 2 (DUA) soalan daripada Bahagian C.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

...2/-

(2)

[JMK 214]

- 2 -

BAHAGIAN A (WAJIB)

Daripada bahagian ini, anda WAJIB menjawab semua soalan-soalan kecil (i) hingga (iv).

Beri jawapan berbentuk nota ringkas.

1. (i) Kepentingan dan relevansi konteks sejarah dalam mengkaji Teks Melayu Klasik.

(ii) Berikan contoh-contoh campur-baur antara unsur-unsur Pra-Islam, Sejarah Lisan dan Islam dalam sesetengah Teks Melayu Klasik.

(iii) Ketokohan dan kedudukan Pengarang-pengarang Istana yang melahirkan Teks Melayu Klasik terpilih.

(iv) Unsur dan peranan Wasiat dalam karya-karya terpilih Teks Sastera Melayu Klasik.

(20 markah)

BAHAGIAN B

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

2. Dalam buku berjudul The Study of Traditional Malay Literature with a Selected Bibliography (1974: 11-12) Profesor Ismail Hussein telah menyatakan bahawa

“khazanah sastera Melayu tradisional terdiri daripada kira-kira 5,000 naskhah/

manuskrip – yang boleh diklasifikasikan kepada (beberapa genre)…”. Beri pandangan anda tentang genre dalam khazanah sastera Melayu tradisional.

(20 markah)

3. “Hikayat Hang Tuah tidak menepati ‘definisi epik’ yang lazim digunapakai dalam Bidang ilmiah Kesusasteraan; tetapi dipersetujui oleh para sarjana tempatan bahawa karya ini tetap mengandungi ‘ciri-ciri epik’.” Bincangkan.

(20 markah)

...3/-

(3)

[JMK 214]

- 3 -

BAHAGIAN C

Jawab DUA (2) soalan daripada bahagian ini. Beri jawapan berbentuk esei, tetapi yang padat dan berisi dengan fakta serta hujah.

4. Dengan memberi tumpuan kepada DUA (2) Teks Melayu Klasik Hikayat Raja- Raja Pasai dan Sejarah Melayu, bincangkan sambil memberi contoh-contoh:

(a) tentang unsur-unsur yang menjadi bahan binaan teks-teks tersebut.

(b) sama ada penyusun/pengarang teks yang terkemudian penghasilannya telah merujuk atau meminjam daripada teks yang terawal.

(30 markah)

5. Dengan merujuk kedua-dua teks Hikayat Merong Mahawangsa dan Misa Melayu, bandingkan aspek-aspek Realisme Sejarah (Historical Realism) yang terdapat di dalamnya.

(30 markah)

6. Dengan memberi tumpuan kepada sama ada TuhfatAl-Nafis ATAU Syair Sultan Maulana, bincangkan:

(a) Tujuan penghasilan karya tersebut;

(b) ‘Etos’ (Ethos) yang ditampilkan;

(c) Gaya/Teknik penyampaian dalam teks itu.

(30 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seterusnya kajian ini dilanjutkan dengan memperlihatkan bahawa teks Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli sebagai sebuah hasil kesusasteraan dalam genre historiografi Melayu

Bincangkan maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui petikan di atas dan bagaimana maksud tersebut telah dimanfaatkan oleh Sultan Kedah dalam menghadapi

Palaniappan P., Pengubahsuaian Unsur Metos India di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dengan merujuk kepada tek, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuan , Tesis

Dalam Sejarah Melayu wa'adat antara Sang Sapurba (Raja Melayu Pertama) dengan Demang Lebar Daun (Bendahara Pertama) di Bukit Siguntang itu wujud atas satu falsafah

Bincangkan dengan kritis mitos kedatangan Islam yang tergambar dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa6. Pada pendapat anda, mengapakah mitos tersebut

Dengan mengambil teks Sejarah Melayu atau Hikayat Hang Tuah sebagai contoh, bincangkan petikan di atas dalam konteks kritikan Ismail Hussein terhadap pendekatan Barat yang

Maka bertitah pula baginda serta memandang kepada Raja Muda, demikian titahnya, "Anak kita Raja Muda pun hendaklah kiranya baik bicara berusahakan segala orang

Bincangkan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh pengarang Sejarah Melayu dalam memperkatakan tentang sejarah Bentan afau Palembang dengan merujuk kepada teks Seiarah