• Tiada Hasil Ditemukan

JMG 212 – Geografi Fizikal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMG 212 – Geografi Fizikal "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMG 212 – Geografi Fizikal

Masa: 3 jam

_______________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT (4) soalan daripada ENAM (6) soalan yang diberikan. Jika calon menjawab lebih daripada empat soalan, hanya empat soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.

Sertakan ilustrasi atau rajah di dalam jawapan anda bagi soalan yang berkaitan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- - 2 - [JMG 212]

1. Bincangkan bagaimana tenaga matahari menyumbang kepada proses-proses fizikal yang berlaku di atmosfera, biosfera dan hidrosfera.

(25 markah)

2. Sejauh manakah proses pengoksidaan dapat memainkan peranan utama dalam mempengaruhi kejadian luluhawa kimia di kawasan beriklim Tropika Lembab?

(25 markah)

3. Bincangkan tentang jenis-jenis pertembungan Plat Tektonik, proses-proses yang berlaku semasa pertembungan dan bentuk-bentuk muka bumi yang dihasilkan akibat daripada pertembungan tersebut.

(25 markah)

4. Jelaskan kenapa halaju aliran sungai yang berada dalam keadaan lurus adalah tinggi di bahagian tengah dan permukaan sungai berbanding dengan bahagian tebing dan dasar sungai?

(25 markah)

5. Sejauh manakah faktor batuan induk dapat mempengaruhi proses pembentukan tanih di sesuatu kawasan?

(25 markah)

6. Anda adalah seorang pemaju perumahan yang akan mendirikan projek perumahan kos tinggi dan sederhana di kawasan yang bercerun melebihi 25º di negara ini.

Bincangkan langkah-langkah pengurusan yang perlu anda lakukan untuk menangani masalah hakisan tanah oleh tindakan air semasa dan selepas projek pembangunan dilaksanakan.

(25 markah)

- oooOoo-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan bagaimana awan berfungsi sebagai pengawal daIam mempengaruhi jumlah sinaran suria yang diterima oleh bumi dan pelepasan sinaran terestrial (bumi) ke

(50/loo) Bincangkan bagaimana teres sungai dibentuk, termasuk proses-proses yang terlibaisebab-Jebabnya dan bentuk-bentuk teres berlainan yang terhasil'.. (so/loo)

Penekanan diberikan kepada proses dan bentuk yang berkaitan. Kursus ini mengandungi 24 jam kuliah, 10 praktikal, 1 esei dan 1 hari kerja lapangan. Manakala Geografi Fizikal II

Jenis serat terjana semula yang diketahui ramai ialah lyosel, yang dihasilkan daripada pulpa kayu melalui proses yang seakan-akan viskos, tetapi dengan impak yang lebih rendah

Bincangkan bagaimana proses luluhawa fizikal berlaku dan pada pendapat anda di kawasan manakah luluhawa jenis ini sangat giat berlaku.

Nyatakan fungsi plat pempeletan dan senaraikan dua jenis plat pempeletan yang biasa digunakan dalam proses pengekstrudan.. Berikan juga keperluan- keperluan yang perlu

Bincangkan matlamat utoma proses bentuk semula bermangkin dan pemangkin yang biasa digunakan dalam reaktor bentuk semula bermangkin.. Jelaskan tindakbalas-tindakbalas

[Plat-plat tektonik bukanlah benda yang tetap, tetapi plat-plat tersebut bergerak dengan halaju tertentu.'Berkaitai dengan pergerakan plat. tersebut, bincangkan