• Tiada Hasil Ditemukan

SOALAN 2 (20 markah) Analisis penyata kewangan merupakan bahagian penting dan pelengkap kepada analisis perniagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SOALAN 2 (20 markah) Analisis penyata kewangan merupakan bahagian penting dan pelengkap kepada analisis perniagaan"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

SULIT SULIT

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2018/2019

Jun 2019

JFW464 – Analisis Penyata Kewangan Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT (4) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab SEMUA soalan.

Pastikan anda menulis angka giliran anda di setiap kertas jawapan anda.

Alat pengiraan elektronik tak berprogram boleh digunakan untuk tujuan pengiraan Markah bagi setiap soalan adalah seperti yang tercatat.

...2/-

(2)

SULIT JFW464 - 2 -

SULIT SOALAN 1 (20 markah)

Analisis nisbah kewangan melibatkan pengiraan beberapa kategori nisbah bagi mengukur kecairan, kecekapan pengurusan aset, leveraj (tahap keberhutangan), keberuntungan dan nilai pasaran syarikat. Terangkan analisis nisbah berkaitan leveraj.

SOALAN 2 (20 markah)

Analisis penyata kewangan merupakan bahagian penting dan pelengkap kepada analisis perniagaan. Dua jenis analisis perniagaan yang utama ialah analisis kredit dan analisis ekuiti. Bandingkan dan bezakan kedua-dua jenis analisis perniagaan ini.

SOALAN 3 (20 markah)

Berikut adalah maklumat yang diambil daripada rekod kewangan Syarikat ABC Berhad dan syarikat subsidiarinya bagi tahun 20XX.

RM

Pendapatan bersih 12,000

Susut nilai, susutan, dan pelunasan 6,000

Pelupusan harta, loji, dan kelengkapan (nilai buku) untuk tunai 1,000 Cukai tertunda bagi tahun 20XX (bukan semasa) 500 Perolehan syarikat subsidiari yang belum agih 300

Pelunasan diskaun ke atas bon belum bayar 100

Pelunasan premium ke atas bon belum bayar 150

Pengurangan dalam amaun aset bukan semasa 1,500

Prosid tunai daripada opsyen saham kakitangan 300

Peningkatan dalam amaun akaun belum terima 500

Peningkatan dalam amaun akaun belum bayar 1,000

Pengurangan dalam amaun inventori 800

Peningkatan dalam amaun dividen belum bayar 300

Pengurangan dalam amaun nota belum bayar kepada bank 400

…3/-

(3)

SULIT JFW464 - 3 -

SULIT Anda dikehendaki:

(a). Tentukan jumlah aliran tunai dari operasi (CFO) bagi tahun 20XX dengan menggunakan format tidak langsung.

(13 markah) (b). Bagi item yang berikut, jelaskan maksud dan implikasi (jika ada) dalam

membuat pelarasan pendapatan bersih bagi mengira CFO.

(i). Terbitan saham perbendaharaan sebagai pampasan kepada kakitangan.

(2 markah) (ii). Pemodalan ke atas faedah yang ditanggung.

(2 markah) (iii). Amaun yang dicaj kepada perbelanjaan pencen berbeza dengan amaun

yang dibiayai.

(3 markah)

SOALAN 4 (40 markah)

Usaha Maju Enterprise ialah sebuah syarikat peruncitan yang menjual satu jenis produk sahaja. Inventori permulaan pada 1 Januari 2017 ialah sifar, perbelanjaan kendalian ialah RM5,000 dan syarikat mempunyai 2,000 saham biasa. Jadual berikut menunjukkan jumlah belian yang dibuat sepanjang tahun 2017:

Unit RM/Unit Kos (RM)

Januari 200 9 1,800

Mac 350 10 3,500

Jun 500 11 5,500

Oktober 400 12 4,800

Disember 600 13 7,800

JUMLAH 2,050 23,400

Baki akhir inventori pada 31 Disember 2017 ialah 900 unit. Aset pada akhir tahun tidak termasuk inventori berjumlah RM70,000 dan RM40,000 daripadanya ialah aset semasa. Liabiliti semasa berjumlah RM30,000 dan liabiliti jangka panjang berjumlah RM10,000.

...4/-

(4)

SULIT JFW464 - 4 -

SULIT Andaikan harga jualan ialah RM25 seunit dan tiada cukai dikenakan.

Anda dikehendaki:

(a). Kira pendapatan bersih Usaha Maju Enterprise bagi tahun 2017 mengikut setiap kaedah penilaian inventori berikut.

(i). FIFO (5 markah)

(ii). LIFO (5 markah)

(iii). Kos purata (5 markah)

(b). Kira nisbah berikut mengikut setiap kaedah penilaian inventori FIFO, LIFO dan Kos purata.

(i). Nisbah semasa (current ratio) (3 markah) (ii). Pusing ganti inventori (inventory turnover) (3 markah) (iii). Pulangan atas jumlah aset (return on assets, ROA) (3 markah) (iv). Margin kasar sebagai peratusan daripada jualan

(gross margin as percentage of sales) (3 markah) (v). Untung bersih sebagai peratusan daripada jualan

(net profit as percentage of sales) (3 markah) (c). Bincangkan kesan kaedah penilaian inventori yang berbeza terhadap analisis penyata kewangan berpandukan kepada keputusan jawapan di bahagian (a) dan (b).

(10 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Manakah antara berikut yang direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan perkongsianC. Untung bersih

Analisis prestasi syarikat juga menunjukkan bahawa 90 peratus daripada syarikat yang mempunyai rekod kewangan adalah PKS yang mempunyai prestasi yang baik sementara 81

Sejarah telah membuktikan kepada negara seperti Amerika Syarikat (AS). Proses migrasi adalah merupakan faktor pelengkap kepada sesebuah pembangunan manusia dan negara,

Setelah penyata-penyata ini disediakan, anda juga diperlukan membuat penilaian dan kesimpulan tentang kedudukan kewangan syarikat. Analisis-analisis penyata kewangan juga

Semua kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan penting (essential services) seperti bahagian kewangan dan perolehan, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya adalah

Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan pemegang kepentingan menyatakan bahawa maklumat kewangan dan bukan kewangan adalah penting untuk didedahkan di dalam

2.1.3 Penyediaan Penyata Kewangan memerlukan pertimbangan anggaran dan andaian yg memberi kesan kepada penggunaan dasar dan amaun bagi aset,liabiliti, hasil dan belanja

Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad yang mengandungi Kunci Kira-Kira dan Nota-nota penyata kewangan seperti pad a