• Tiada Hasil Ditemukan

JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

SULIT

…2/- SULIT

__________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2017/2018

Mei/Jun 2018

JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia

Masa : 3 jam

__________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

Jawab TIGA (3) soalan. Bahagian A WAJIB dijawab. Pilih DUA (2) soalan dari Bahagian B.

Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

(2)

SULIT JKP514

…3/- SULIT - 2 -

BAHAGIAN A

Soalan WAJIB dijawab.

1. Menurut penganalisis luar negeri Dr Bruce Gale, sumbangan positif dasar- dasar makroekonomi pentadbiran Najib Razak telah dilitupi oleh skandal- skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) (Bruce Gale, ‘Under Najib, Malaysia’s macroeconomicpoliciesbroadly appropriate,’ The Star Online, 1 September 2017). Namun analisis Gale telah ditolak oleh Profesor Jomo Kwame Sundaram, pemegang kerusi Tun Hussein Onn, Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS Malaysia) (‘Jomo: Whither the Malaysian economy?’ Malaysiakini, 17 Oktober 2017).

Berdasarkan pandangan-pandangan berbeza seperti di atas, bincangkan impak positif dan negatif Najibnomics kepada ekonomi politik Malaysia.

(100 markah)

BAHAGIAN B

Pilih dan jawab DUA (2) soalan dari bahagian ini.

2. Menurut Profesor Jomo Kwame Sundaram, skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memberikan kesan lebih besar ke atas ekonomi politik Malaysia daripada krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) (‘Skandal FGVlebihbesardari 1MDB, kata pakar ekonomi,’ Malaysiakini, 4 November 2017).

Adakah anda bersetuju dengan dakwaan beliau di atas? Berikan sebab- sebab anda.

(100 markah)

3. Menurut Perdana Menteri Najib Razak, sepanjang 2017, Malaysia telah menandatangani 14 memorandum persefahaman dengan Republik Rakyat China bernilai RM144 billion, 31 memorandum persefahaman dengan India bernilai RM158.4 billion, dan menerima suntikan pelaburan bernilai USD7 billion dari syarikat minyak Arab Saudi ARAMCO (‘Najib’s economic vision for Malaysia’, The Star Online, 24 Oktober 2017). Bincangkan implikasi politik dari aliran wang berkenaan.

(100 markah)

(3)

SULIT JKP514

…4/- SULIT - 3 -

4. Sejauh manakah wujudnya kaitan antara perkembangan kelas menengah baharu dengan gejala ekstremisme agama dan perkauman yang kelihatan semakin menjadi-jadi dalam era pemerintahan Najib Razak? Berikan contoh-contoh berdasarkan realiti ekonomi politik Malaysia.

(100 markah)

5. Sistem Insuran Pekerjaan (EIS:Employment Insurance System) telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Oktober 2017, melibatkan 6.6 juta pekerja dan 430,000 majikan. Majikan dan pekerja masing-masing mencarum 0.02 peratus daripada pendapatan bulanan pekerja ke dalam EIS. Namun EIS mendapat reaksi berbeza dari kumpulan kesatuan sekerja seperti MTUC dan persatuan-persatuan majikan. Mengapa? Bahaskan kebaikan dan keburukan EIS dari perspektif pekerja dan majikan yang berbeza itu.

(100 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Attached is the project paper title ‘FACTORS THAT INFLUENCE JOB PERFORMANCE IN FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (MALAYSIA) SDN. BHD.’ to fulfil the requirement

Katanya, lebih baik kera- jaan menutup komuniti kecil yang terjejas saja berbanding satu negara kerana memberi- kan kesan lebih besar kepada ekonomi Malaysia. Tindakan perlu

Dalam persekitaran politik di Malaysia, perkaitan hubungan ahli politik dalam sistem ekonomi oleh kebanyakan firma yang disenaraikan akan meningkatkan keperluan

(a) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy) dengan sains politik (political science)3. (b) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy)

Teliti perkembangan media antarabangsa dalam tahun 1990an dan nilaikan impak perkembangan pesat ini ke atas politik, ekonomi dan budaya negara-negara membangun..

Kajian ini menjadi sangat penting dilakukan kerana masa transisi politik di Indonesia yang dimulai dengan krisis ekonomi dan krisis kepercayaan pada tahun 1997 adalah

“Pada 4 Februari 2016, sebanyak 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia

Dengan menggunakan data siri masa antara tahun 1970 hingga 2009, kajian ini bertujuan untuk melihat profil serta ciri–ciri pelaburan lansung asing di Malaysia