• Tiada Hasil Ditemukan

PRESIDEN B. BRAUN MELAWAT HOSPIS IPPT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PRESIDEN B. BRAUN MELAWAT HOSPIS IPPT"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

bbraun2

BERTAM, 14 Julai 2015 - Presiden B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd. (Asia Pasifik), Anna Maria Braun mengadakan kunjungan ke kampus Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melihat dari dekat perkhidmatan penjagaan pesakit kanser atau dikenali sebagai Hospis di sini.

Cucu pengasas syarikat pembekal peralatan perubatan terkemuka dunia itu diberikan taklimat dan penerangan berkenaan perkhidmatan yang dijalankan di IPPT oleh Timbalan Pengarah Klinikal IPPT, Dr. Muhammad Yusri Musa.

Kata Muhammad Yusri, IPPT kini sedang dalam usaha mewujudkan Rumah Hospis yang lebih selesa dan lengkap dan tidak hanya merawat pesakit dewasa, tetapi juga pesakit kanser kanak-kanak.

“Kematian akibat kanser di dunia dijangka terus meningkat, dengan anggaran 9 juta orang mati akibat kanser pada tahun 2015 dan 11.4 juta akan mati pada 2030,” tambahnya lagi.

Menurut Muhammad Yusri, IPPT kini telah menerima pesakit-pesakit rujukan daripada hospital kerajaan sekitar utara Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan rawatan selepas menerima peralatan radioterapi sejak April lalu.

Anna Maria Braun turut dibawa melawat persekitaran Kompleks Klinikal seperti Klinik Onkologi dan Wad Pesakit Dalam yang menempatkan pusat penjagaan pesakit kanser. Anna juga menyampaikan buah tangan serta duit raya kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.

bbraun4

Yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey dan Pengarah IPPT, Profesor Abd. Aziz Tajuddin. - Teks: Mohd Faisal Jamaludin

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PRESIDEN B. BRAUN MELAWAT HOSPIS IPPT

15 JUL

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seramai  117  orang  kakitangan  dari  kampus  Induk  Pulau  Pinang,  Institut  Perubatan  dan  Pergigian  Termaju (IPPT)  Bertam,  dan  Kampus  Kejuruteraan 

Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman,

Braun Asia Pasifik, Anna Maria Braun menandatangani Memorandum Perjanjian untuk bekerjasama dalam penyelidikan yang berkaitan dengan industri peralatan perubatanB. Menurut

Manakala Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut dengan jelas,” tambah Hafizuddin lagi

BERTAM, 12 Mei 2016 - Jururawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) diingatkan agar menyematkan semangat dalam diri untuk menjadi

USM, PULAU PINANG, 28 Oktober 2016 – Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif Galaksi R-3 dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains

"Dengan pentauliahan pusat PTU, CTU dan ADL di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui proses akreditasi, ini bermakna kita bukan saja telah

KEPALA BATAS, 20 Jun 2016 - Program Ziarah Ramadhan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan pagi tadi telah berjaya