• Tiada Hasil Ditemukan

USM RANGKUL MALAYSIA TRUSTMARK SEKTOR AWAM (MTSA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM RANGKUL MALAYSIA TRUSTMARK SEKTOR AWAM (MTSA)"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC3605

PUTRAJAYA, 19 MAC 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan tadbir urus ICT  kampus  berada  di  kelas  tersendiri  apabila  berjaya  merangkul  'Malaysia  Trustmark Sektor  Awam  (MTSA)'  yang  diiktiraf  oleh  Unit  Permodenan  Tadbiran  dan  Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Pengiktirafan ini meletakkan USM satu­satunya universiti berada di kedudukan 20 agensi perkhidmatan  awam  terbaik  dan  cemerlang  di  dalam  libat  urus  digital  yang  tepat  dan pantas.

DSC3625

Pengiktirafan kepada USM dibuat mengikut beberapa kriteria terutama melibatkan tahap kepercayaan  dan  penerimaan  pengguna  terhadap  perkhidmatan  dalam  talian  yang melibatkan transaksi pembayaran.

Majlis  penyampaian  sijil  MTSA  ini  disempurnakan  oleh  Ketua  Pengarah,  Unit Permodenan  Tadbiran  dan  Perancangan  Pengurusan  Malaysia  (MAMPU),  Dato'  Seri Zainal Rahim Seman mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

DSC3644

Naib  Canselor  Universiti  Sains  Malaysia  (USM),  Prof.  Dato'  Dr.  Omar  Osman  yang menerima  sijil  tersebut  berkata,  pengiktirafan  ini  merupakan  satu  titik  tolak  untuk  USM lebih produktif penggunaan aplikasi dalam talian di masa akan datang.

"Saya  mengucapkan  setinggi­tinggi  tahniah  kepada  Jabatan  Bendahari  dan  Pusat Pengetahuan  Komunikasi  dan  Teknologi  (PPKT)  atas  usaha  bersama  meningkatkan produktiviti perkhidmatan USM melalui aplikasi dalam talian.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM RANGKUL MALAYSIA TRUSTMARK SEKTOR AWAM (MTSA)

20 MAR

(2)

Pada  majlis  tersebut  pautan  https://epayment.usm.my/main (https://epayment.usm.my/main)  berjaya  ditauliahkan  Malaysia  Trustmark  Sektor  Awam (MTSA).

Hadir sama adalah Pengarah Sains@USM Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Bendahari Dr.  Rohayati  Mohd  Isa  dan  Ketua  Pegawai  Maklumat,  Pusat  Pengetahuan  Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Zulham Hamdan.

DSC3657 DSC3655

Omar  berharap  dengan  kejayaan  ini  produktiviti  perkhidmatan  USM  dapat  ditingkatkan sebaik mungkin agar mampu menjadi antara agensi awam terbaik di negara ini.

"Sistem keselamatan ICT USM turut diiiktiraf atas kemampuan kita menjaga segala aspek maklumat  universiti  dan  sudah  pasti  aplikasi  dalam  talian  membawa  pelbagai  faedah termasuk penjimatan tenaga, kewangan dan sebagainya," kata Omar.

Pentauliahan  MTSA  ini  dinilai  melalui  pengauditan  aplikasi  dalam  talian  agensi  terlibat berdasarkan  kriteria  yang  ditetapkan  oleh  World  Trustmark  Alliance  (WTA)  iaitu pendedahan,  maklumat,  amalan,  keselamatan,  privasi,  alternatif  penyelesaian  dan pemantauan. Teks dan Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 27 Mac 2016 – Sekretariat Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) komited memacu kelestarian universiti ini dengan menganjurkan Program

SONGKHLA, THAILAND, 31 Julai 2016 - 17 pelajar dari ahli kumpulan Adikarma Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya merangkul "The Best Cultural

Tiga orang profesor dari Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi mengharumkan nama USM apabila berjaya menggondol beberapa anugerah utama

TANJUNG MALIM, PERAK, 21 Ogos 2016 - Pasukan Kor SISPA Pertahanan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Kampus Kesihatan sekali lagi menjulang nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila merangkul enam Anugerah Emas dalam Konvensyen

PULAU PINANG, 19 Jun 2015 – Atlet sukan perahu layar dari Universiti Sains Malaysia (USM), Geh Cheow Lin, 20, berjaya membuktikan kecemerlangannya membanggakan

PULAU PINANG, 30 November 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Toyohashi University of Technology, Jepun berjaya mendekatkan warga kampus dengan

PULAU PINANG, 28 Mac 2015 – 130 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Lembaga Promosi Kesihatan