• Tiada Hasil Ditemukan

USM KAMPUS KESIHATAN DAPAT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE/5S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM KAMPUS KESIHATAN DAPAT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE/5S"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 20151123 WA0004

KUBANG KERIAN, 20 November 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mendapat pensijilan untuk kali ketiga amalan persekitaran berkualiti 5S.

Hal ini adalah setelah Juruaudit Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Nik Faizal Bin Nik Ahmad dan Kartin Haslinda Binti Che Mat mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan untuk audit pensijilan semula amalan persekitaran berkualiti 5S.

Mesyuarat Pembukaan Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pagi ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato Dr. Mafauzy Mohamed dan Timbalan Pengarah Kanan (Pentadbiran) selaku Pengerusi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Kampus Kesihatan, Wan Ahmad Sayuti Wan Ismail serta Ketua-ketua Zon 5S dan Ketua-ketua Jabatan USM Kampus Kesihatan.

IMG 20151123 WA0005

Menurut Mafauzy, sejajar dengan hasrat Universiti agar semua pihak berusaha mendapatkan pengiktirafan kualiti daripada pihak luar, USM Kampus Kesihatan tidak melepaskan peluang ini bagi melanjutkan Pensijilan Amalan Berkualiti 5s dalam mengekalkan usaha amalan dan pembudayaan 5S.

Tambahya, pelbagai aktiviti telah dirangka oleh Jawatankuasa Induk 5S dalam menyemarakkan aktiviti 5S seperti melaksanakan aktiviti latihan untuk warga kampus seperti kursus yang dijalankan oleh Perunding 5S yang dilantik serta latihan 5S yang dijalankan oleh jawatankuasa latihan 5S.

Program audit telah diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S, Jawatankuasa Kerja 5S (Induk, Latihan, Promosi, Audit) diikuti empat dokumen zon yang dipilih iaitu Zon Latihan Hospital, Zon Keselamatan, Zon Kesihatan dan Zon Pembangunan. Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Kerja 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di zon-zon yang telah dipilih secara rawak oleh pihak juruaudit.

Menurut Nik Faizal, USM Kampus Kesihatan layak untuk diberi pensijilan semula kerana berjaya membuktikan segala perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan terhadap sistem persekitaran berkualiti sedia ada memenuhi piawaian sistem persekitaran berkualiti yang ditetapkan (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM KAMPUS KESIHATAN DAPAT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE/5S

21 NOV

(2)

oleh MPC.

IMG 20151123 WA0007

“Kejayaan ini adalah hasil usaha yang tidak kenal penat, dan kerjasama erat antara warga kampus yang komited dalam memastikan sijil 5S dapat diperolehi seterusnya memanjangkan lagi tempoh Sijil 5S yang diperolehi bermula tahun 2015 sehingga 2017 nanti,” katanya.

Tambah Nik Faizal, aktiviti penanda aras daripada agensi luar ke Kampus Kesihatan USM untuk berkongsi pengalaman dalam melaksanakan Program 5S telah mengukuhkan lagi kepercayaan MPC untuk memberikan pengiktirafan pensijilan ini diteruskan.

Selain itu, aktiviti audit juga telah dilakukan secara berkala oleh Jawatankuasa Audit Dalaman, aktiviti- aktiviti lain yang dijalankan seperti gotong-royong perdana bagi membersihkan dan mencantikkan kawasan persekitaran, penerbitan poster, pamplet untuk hebahan kepada warga kampus juga menandakan USM Kampus Kesihatan begitu komited dalam melaksanakan amalan 5s.

Katanya lagi, jumlah pemarkahan pada tahun ini juga meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

USM juga sudah melaksanakan projek Pengurusan LEAN dan penglibatan dalam Konvensyen Kualiti untuk meningkatkan impak keberkesanan amalan 5S.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kampus kerana komited dalam melaksanakan amalan 5S dan diharapkan ianya menjadi amalan yang berterusan,” kata Nik Faizal.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan Foto: Wan Nur Fajrina Wan Azmi

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, aktiviti kualiti yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (ISO), Amalan 5S Perpustakaan dan lawatan penandaarasan turut merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan

Selain dar ipada itu, pinjaman sosial yang turut ditawarkan oleh AIM, selain dari pinjaman untuk aktiviti ekonomi seperti pinjaman peru mahan dan pinjaman

Konsep impak tinggi ini dalam aktiviti pembangunan pelajar ini telah diterjemahkan sebagai kesan sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar mestilah berjaya

Dalam menilai kos sebenar yang dikeluarkan oleh penduduk Bandar Baru Bangi bagi mencegah wabak demam denggi, kos masa bersih rumah dan aktiviti gotong royong akan

Selain itu, terdapat juga universiti lain yang turut terlibat dengan aktiviti wakaf seperti Universiti Cardoba, Sepanyol yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 hasil

Bengkel memanah mengikut sunnah ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dirangka oleh Rakan Masjid USM Kampus Kesihatan bagi menyemarakkan syiar islam dalam kalangan pelajar

"Red Bubble kini melaksanakan aktiviti menghibur pesakit di wad kanak-kanak secara berkala di wad kanak-kanak kanser pesakit kanser seperti di Hospital USM ini yang

Malahan pula,bagi mewujudkan satu mekanisma pemindahan ilmu dan komunikasi yang strategik, maka tumpuan yang disasarkan ialah pelajar dan kakitangan Institut pendidikan Guru