• Tiada Hasil Ditemukan

View of Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Covid-19: Attitude, Motivation and Barrier in the Implementation

Online Teaching And Learning of Community College Students During the Movement Control Order (MCO))

Siti Nor Lailiyah Ibrahim1*, Yusmaria Mohd Yusoff 2, Zulkurnain Hassan 3

1 Kolej Komuniti Jelebu, Kementerian Pengajian Tinggi, Negeri Sembilan, Malaysia

2 Kolej Komuniti Hulu Langat, Kementerian Pengajian Tinggi, Selangor, Malaysia

3 Politeknik Port Dickson, Kementerian Pengajian Tinggi, Negeri Sembilan, Malaysia

*Pengarang Koresponden: snlailiyah@gmail.com Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.7

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Situasi pandemik COVID-19, menjadi cabaran utama bagi kebanyakan institusi pendidikan termasuk Kolej Komuniti dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) secara atas talian. Faktor kejayaan pelaksanaan PdPDT bergantung kepada pemahaman faktor-faktor pendorong dan juga halangan utama yang dihadapi semasa sistem pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi menilai sikap, motivasi dan halangan-halangan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) bagi pelajar Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) dan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 176 orang responden yang sedang mengikuti pengajian di KKJU dan KKHL telah menjawab sebagai responden. Data diperolehi melalui soal selidik bagi analisis deskriptif untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap sikap dan motivasi pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 2.51. Dari segi halangan didapati keseluruhan halangan adalah berada pada tahap rendah dengan min antara 1.77 (rendah) hingga 2.88 (sederhana) di mana halangan personaliti dan halangan organisasi berada pada tahap rendah sementara halangan gaya pembelajaran, arahan, teknologi dan situasi adalah pada tahap sederhana. Didapati tiada hubungan diantara halangan-halangan dengan demografi kecuali dua faktor iaitu pendapatan ibu bapa dan keyakinan mengenai PdPDT. Mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran oleh pensyarah akan dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar semasa PdPDT supaya pembelajaran lebih berkesan. Kebajikan pelajar perlulah dijaga dengan menyediakan khidmat sokongan seperti kaunselor atau pembimbing sekiranya menghadapi kesulitan yang melibatkan pembelajaran dalam talian atau perkara yang berkaitan dengan pengajian.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, hakangan, motivasi, sikap

Abstract: The COVID-19 pandemic situation is a major challenge for most educational institutions, including Community Colleges, in implementing online teaching and learning. The success of online teaching and learning implementation depends on the understanding of the driving factors and the main barriers encountered during the implementation of the learning system. Therefore, a study was conducted to assess the attitudes, motivations and barriers in

(2)

the implementation of online teaching and learning for students of Jelebu Community College (KKJU) and Hulu Langat Community College (KKHL) during the Movement Control Order (MCO). A total of 176 respondents studying at KKJU and KKHL have answered as respondents to this study. Questionnaires were used to obtain the required data, while descriptive analysis was used to answer the research questions. The study results showed that the level of attitude and motivation of students was at a moderate level with an overall mean value of 2.51. In terms of barriers, it was found that the overall barriers were at a low level with a mean between 1.77 (low) to 2.88 (medium), where personality barriers and organizational barriers were at a low level while learning style barriers, instruction, technology and situation were at a moderate level. . In addition, the results of the study also showed no relationship between barriers and demographics except for two factors, namely parental income and confidence about online teaching and learning. It is recommended that instructors diversify teaching methods and materials to increase student's interest and motivation during online teaching and learning so that learning is more effective. Students’ welfare needs to be taken care into account by providing support services such as counselors if faced difficulties involving online learning or matters related to studies.

Keywords: online teaching and learning, attitude, motivation, barriers

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah untuk membendung penularan Covid-19 daripada terus merebak. Ini menyebabkan institusi pendidikan secara keseluruhan turut terkesan. Ini bermakna, institusi pendidikan terpaksa meneruskan pembelajaran secara atas talian yang dilaksanakan di mana-mana sahaja lokasi yang difikirkan bersesuaian.

Oleh itu, pelaksanaan PdP secara dalam talian ketika situasi pandemik Covid-19 telah mewujudkan corak pendidikan yang lebih fleksibel. Menurut Adibah et. al, (2020) tugas pensyarah semakin mencabar kerana mereka terpaksa menyesuaikan keadaan dengan norma kehidupan baharu yang memerlukan proses PdP dilaksanakan secara dalam talian. Walaupun dilaksanakan secara tergesa-gesa namun pelaksanaannya telah ditambah baik dari masa ke semasa melalui inovasi dan kaedah PdPDT yang lebih kreatif, selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

Walaupun pelbagai pihak ghairah untuk melaksanakan pelbagai pendekatan PdPDT namun faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah faktor pelajar itu sendiri. Aspek psikologi seperti tekanan, sikap dan emosi akan mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dan seterusnya akan mempengaruhi hasil pembelajaran (Mohd Fairuz et al., 2020). Terdapat banyak faktor pendorong ke arah kejayaan PdPDT namun pada kajian ini akan mengkaji dua faktor iaitu sikap dan motivasi. Sikap merujuk kepada pandangan mental seseorang atau cara seseorang itu berfikir. Sikap meliputi komponen afektif (emosi), perilaku dan kognisi (kepercayaan) (Bloom, 1956). Pencapaian seseorang dalam pembelajaran berkait rapat dengan sikap. Sikap hanya dapat dirasai atau dilihat melalui tindakan serta keupayaan seseorang untuk mendalami dan mempelajari sesuatu dengan pantas (Zamri Mahamod, 2004). Motivasi didefinisikan sebagai pendorong dalaman dan merupakan satu entiti hasil pelbagai faktor yang mana ia akan menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan dan berkembang (Siti Hajar Bidin et al., 2019). Motivasi adalah satu kuasa yang menggerakkan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku bagi memenuhi keinginan dan keperluan sehingga mencapai tahap kepuasan.

(3)

Faktor kepercayaan diri, sikap, matlamat, persekitaran, penglibatan dan nilai diri memberi kesan kepada pembentukan motivasi (Shearin, 1994). Menurut Abdul Hakim, Ab. Aziz & Wan Ismail, (2015), sikap positif boleh mempengaruhi tahap motivasi terhadap pembelajaran.

Seseorang pelajar akan kekurangan motivasi untuk meneruskan pembelajaran apabila terdapat halangan. Halangan-halangan dalam e-pembelajaran boleh membawa kesan terhadap seseorang individu (Rajah 1) (Giles, 1999; Schilke, 2001).

Rajah 1: Model halangan-halangan e-pembelajaran (Schilke, 2001)

Halangan merupakan kekangan yang dilalui oleh pelajar di mana ia akan mengakibatkan perubahan amalan biasa kepada norma baharu semasa pelaksanaan PdPDT. Jadual 1 menunjukkan terdapat enam jenis halangan dan definisi bagi setiap halangan.

Jadual 1: Jenis halangan dan definisi dalam pelaksanaan PdPDT

No Halangan Definisi

1 Personaliti Persepsi kewujudan halangan-halangan disebabkan sikap pelajar sendiri

2 Gaya pembelajaran Kesediaan pelajar terhadap teknologi semasa dan penyesuaian PdPDT sebagai gaya pembelajarannya.

3 Arahan Arahan PdPDT, bahan dan reka bentuk pengajaran.

4 Organisasi Disebabkan oleh organisasi (Kolej Komuniti) 5 Teknologikal Teknologi pembelajaran yang digunakan

6 Situasi Situasi di mana akan menjadi halangan kepada pelajar semasa sesi PdPDT

1.1 Pernyataan Masalah

Penularan Covid-19 telah mencetuskan norma baharu dalam kehidupan dimana kebanyakan urusan kerja dan peribadi terpaksa dijalankan secara atas talian termasuklah bidang pendidikan.

Bagi mencegah penularan khususnya bagi kluster Pendidikan, Kolej Komuniti telah mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) secara atas talian. Semua pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) dan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) telah mengadaptasikan sistem pendidikan PdPDT iaitu secara atas talian sebagai norma baharu. Teknologi ICT berperanan sebagai penggerak dan perubahan yang positif bagi pensyarah untuk mempelbagaikan kaedah PdPDT bagi menarik minat pelajar untuk terus fokus terhadap pembelajaran. Pensyarah telah mengaplikasikan kaedah penyampaian PdPDT mengikut kesesuaian menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM), kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan sebagainya. Contohnya apabila menggunakan aplikasi Microsoft Teams pensyarah dapat mengintegrasikannya dengan aplikasi digital yang lain dimana ia mengubah suai PdP sedia ada kepada PdDPT secara kreatif. Selain itu, aplikasi seperti Google Meet, Zoom dan sebagainya pensyarah dapat menwujudkan komunikasi dua hala yang berkesan. Terdapat pelbagai halangan dan kekangan dalam pembelajaran PdPDT berbanding pembelajaran bersemuka. Antara masalah utama adalah masalah dari segi pengaksesan internet (Mohd Fairuz et al. 2020). Talian internet yang lemah terutama di

HALANGAN-HALANGAN E-PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI SITUASI INSTITUSI PERSONALITI

(4)

kawasan luar bandar dan kekurangan data internet membantutkan proses PdPDT dan ia mengurangkan motivasi pelajar walaupun mereka telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran (Losius et al. 2020). Fokus kajian ini adalah bagi menilai sikap, motivasi dan faktor halangan dalam kalangan pelajar KKJU dan KKHL dalam pembelajaran dalam talian di rumah semasa pandemik Covid-19 terutama sepanjang tempoh PKP.

2. Objektif kajian 2.1 Kajian ini bertujuan: -

i. Mengenalpasti sikap dan motivasi pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

ii. Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

iii. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (jantina, umur, Kolej Komuniti, program pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet, pemilikan komputer, pendapatan keluarga dan pendapat mengenai keberkesanan PdPDT)

2.2 Persoalan Kajian

i. Persoalan Kajian 1

Bagaimanakah sikap dan motivasi pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan?

ii. Persoalan Kajian 2

Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan?

iii. Persoalan Kajian 3

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (jantina, umur, kolej komuniti, program pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet, pemilikan komputer, pendapatan keluarga dan pendapat mengenai keberkesanan PdPDT)?

3. Batasan Kajian

Kajian berbentuk deskriptif dan kuantitatif yang melibatkan responden Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) di Negeri Sembilan dan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) di Selangor, kerana mempunyai pelbagai ciri iaitu pelajar yang sedang mengikuti pengajian PdPDT ditempat pengkaji yang boleh memenuhi objektif kajian. Batasan kajian adalah responden dan kaedah kajian.

4. Kajian Literatur

Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap pendidikan apabila kita telah mengadaptasikan norma baharu dalam PdP yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka. Oleh itu, pensyarah juga perlu berdepan dengan situasi ini dan bersedia dengan norma dunia pengajaran dan pembelajaran yang baharu untuk meneruskan PdPDT secara dalam talian. Pensyarah dan pelajar mahu atau tidak, perlu menggunakan aplikasi digital dan teknologi terkini dalam talian bagi mengembangkan kreativiti proses pengajaran dan pembelajaran semasa dijalankan.

Menurut Bibi Noraini et al, (2020) kaedah PdPDT mencabar keupayaan pensyarah untuk

(5)

melaksanakan pengajaran. Justeru, pensyarah dan pelajar perlu menguasai, mempelajari dan mendalami literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Apabila PKP dilaksanakan maka institusi pendidikan akan ditutup untuk mengelakkan penularan wabak ini. Bagi meneruskan pembelajaran, PdPDT perlu dilaksanakan sebagai alternatif supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Menurut (Shazarina et al.

(2020), pelaksanaan PdPDT telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan murid serta keresahan dalam kalangan guru. Muniroh et al. (2020) melalui kajiannya menyatakan bahawa tanpa penglibatan dan kesediaan pelajar maka sesi PdP tidak mencapai objektif yang diharapkan walaupun dengan pelbagai bahan-bahan PdP yang terkini. Didapati juga sebilangan pelajar tidak memberikan kerjasama dan tidak bersedia untuk PdPDT (Siti Balqis dan Muniroh 2020). Pelajar-pelajar memerlukan sokongan dan motivasi yang kuat dari persekitaran pembelajarannya terutama ibu bapa kerana merekalah individu yang berada bersama-sama pelajar semasa proses PdPDT (Muniroh et al. 2020).

Menurut kajian Oxford dan Shearin (1994), beberapa faktor yang memberi kesan kepada pembentukan motivasi adalah kepercayaan diri, sikap, penglibatan, persekitaran, matlamat dan nilai diri. Kajian lepas juga mendapati sikap positif pelajar akan mempengaruhi tahap motivasi terhadap pembelajaran (Abdul Hakim, Ab. Aziz & Wan Ismail, 2015). Aspek psikologi seperti sikap, emosi dan tekanan boleh mempengaruhi pelajar dalam mengikuti PdPDT (Mohd Fairuz et al. 2020) di mana walaupun pelajar bersedia dengan keinginan yang tinggi namun tanpa situasi yang sesuai ia akan menjadi halangan kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran dan mengurangkan motivasi mereka.

Pelajar masih mengutamakan pembelajaran secara bersemuka (Mohd Fairuz et al. 2020). Bagi mengatasi masalah ini pensyarah disarankan agar mempelbagaikan bahan bantu mengajar serta mengubahsuai PdP agar pelajar tidak berasa bosan dan motivasi pelajar sentiasa kekal setiap kali menghadiri sesi PdPDT. Keadaan pelajar yang biasa dengan aktiviti fizikal, apabila PKP dikuatkuasakan maka pelajar perlu belajar secara maya serta menghadap komputer seharian menyebabkan pelajar-pelajar mudah tidak fokus kepada pembelajaran dalam talian. Tanpa PdP yang menarik akan menyebabkan pelajar bersikap negatif terhadap pembelajaran dalam talian (Siti Balqis dan Muniroh 2020). Selain itu, halangan dalam proses pembelajaran secara atas talian adalah dari segi sosial ekonomi kerana pelajar menghadapi kekangan dari segi persiapan mental, fizikal dan perkakasan bagi mengikuti e-pembelajaran (Brilliannur Dwi et al. 2020). Ia lebih ketara kepada pelajar dari kumpulan B40 kerana mereka berkemungkinan tidak dapat menyediakan alat komunikasi yang sesuai (Rohaida et al. 2020). Ibu bapa golongan B40 yang terjejas pendapatan disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan PKP menyebabkan mereka lebih mengutamakan perbelanjaan kepada keperluan asasi berbanding kelengkapan pembelajaran anak-anak (Buja et al. 2020).

Selain itu, kebanyakan pelajar yang belajar adalah daripada latarbelakang yang berbeza sosioekonomi dan ini akan menjadi cabaran bagi pelajar di kawasan luar bandar. Oleh itu, situasi pelajar seperti kesediaan untuk belajar, kepunyaan pemilikan komputer, tahap pengalaman menggunakan komputer, capaian internet, motivasi, aspek persekitaran dan sebagainya turut mempengaruhi pelaksanaan PdPDT (Ee, 1994). Menurut Schilke (2001), halangan-halangan semasa pembelajaran dalam talian ini termasuk halangan personaliti, situasi, gaya pembelajaran, arahan, teknologi serta organisasi.

5. Metodologi Kajian

5.1 Rekabentuk Kajian

(6)

Kajian bertujuan bagi mengenal pasti sikap, motivasi dan halangan-halangan pelajar KKJU dan KKHL terhadap pembelajaran PdPDT secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar KKJU dan KKHL semasa dari semester 1 hingga 3. Responden dipilih berdasarkan ciri yang memenuhi objektif kajian.

5.2 Responden

Responden adalah pelajar-pelajar KKJU dan KKHL. Menurut statistik terdapat 220 orang pelajar semasa yang sedang mengikuti pembelajaran dari semester 1 hingga 3 dalam 7 bidang pengajian. Pemilihan sampel kajian melalui sampelan rawak berlapis (Azhar dan Nawi, 2004) dan penentuan saiz sampel berdasarkan jadual Krejcie & Morgan (1970). Di mana 176 responden dipilih sebagai sampel kajian.

5.3 Instrumen Kajian

Instrumen iaitu soal selidik sikap dan motivasi yang diadaptasi daripada kajian Shazarina et al.

(2020) dan soal selidik halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran (Perceived E- Learning Barriers) yang diperolehi melalui kajian KS Ting, 2007 digunakan sebagai soal selidik dan diadaptasikan pengkaji mengikut kesesuaian pelajar.

Jadual 2: Pembahagian Item-Item Soalan Mengikut Sikap dan Motivasi

Komponen Pecahan Item (+) Jumlah

1. Sikap 1-8 8

2. Motivasi 9-13 5

Jumlah 1-13 13

Jadual 3: Pembahagian Item-Item soal selidik

Komponen Halangan Item-item Jumlah

1. Personaliti 1-7 7

2. Gaya Pembelajaran 8-9 2

3. Arahan 10-12 3

4. Organisasi 13-15 3

5. Teknologi 16-18 3

6. Situasi 19-20 2

Jumlah 1-20 20

Jadual 4: Skala Lima Mata

Nombor Kategori Sikap dan Motivasi

Kategori Halangan

1 Sangat tidak setuju Tiada Halangan (TH) 2 Tidak setuju Halangan yang lemah (HL) 3 Tidak Pasti Halangan yang sederhana (HS)

4 Setuju Halangan yang kuat (HK)

5 Sangat setuju Halangan yang sangat kuat

Jadual 5: Pemarkatan Skor dan Tahap Faktor Paling Dominan

Tahap Skor

Rendah 1.00 hingga 2.33 Sederhana 2.34 hingga 3.67 Tinggi 3.68 hingga 5.00 Sumber: Zuraidah Abdullah (2010)

(7)

5.4 Kaedah Analisis Data

Data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 20.0 For Windows‟ dan ujian korelasi Pearson-R digunakan bagi menentukan hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi dengan halangan-halangan. Nilai 0.05 digunakan sebagai aras signifikan. Perincian pekali korelasi „r‟ seperti jadual 6:

Jadual 6: Jadual Klasifikasi Kekuatan Korelasi

Nilai Indeks Korelasi Interpretasi 0.0 hingga 0.2 Sangat Lemah 0.2 hingga 0.4 Lemah, rendah 0.4 hingga 0.6 Sederhana 0.6 hingga 0.8 Tinggi, Kuat

0.8 hingga 1.0 Sangat Tinggi, Sangat Kuat (Rowtree, 1981 dalam Mohd Najib, 2003 dan Azizi et.al, 2007) 6. Dapatan Kajian

6.1 Analisis Deskriptif Demografi

Jadual 7: Ciri-ciri Demografi Responden

DEMOGRAFI FREKUENSI PERATUS (%)

Jantina Lelaki Perempuan

113 63

64.2 35.8 Umur

18 – 20 Tahun 21 – 25 Tahun 26 – 30 Tahun

157 18

1

89.2 10.2 .6 Kolej Komuniti

Hulu Langat Jelebu

56 120

31.8 68.2 Program Pengajian

Sijil Pengoperasian Perniagaan

Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara Sijil Teknologi Maklumat

Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

24 21 12 22 14 53 30

13.6 11.9 6.8 12.5

8.0 30.1 17.0 Bilangan adik-beradik

1 - 2 orang 3 - 4 orang 5 - 6 orang 7 - 8 orang

>8 Orang

26 92 45 11 2

14.8 52.3 25.6 6.2 1.1

(8)

Pendapatan ibubapa/penjaga RM0 - RM999

RM1000 - RM2999 RM3000 - RM4999 RM5000 dan keatas

35 91 34 16

19.9 51.7 19.3 9.1 Pelan internet yang digunakan

Prabayar

Rangkaian tetap (bulanan)

Tiada hanya menggunakan WIFI percuma

94 71 11

53.4 40.3 6.2 Kepunyaan komputer yang boleh mengakses internet

Ya Tidak

113 63

64.2 35.8 Pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran

Ya Tidak Tidak Pasti

77 31 68

43.8 17.6 38.6 Jadual 7 menunjukkan seramai 176 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Secara keseluruhan, (64.2%) adalah responden lelaki sementara responden perempuan (35.8%).

Seramai 157 responden (87.6%) berumur antara 18 hingga 20 tahun, 18 orang responden (10.2%) berumur antara 21 hingga 25 tahun sementara itu hanya seorang responden (0.8%) berumur antara 29-30 tahun. Disimpulkan bahawa hampir kesemua pelajar adalah pelajar lepasan SPM.

Dari segi tempat belajar didapati pelajar KKHL adalah seramai 56 responden (31.8%) manakala KKJU seramai 120 (68.2%). Dari segi program sijil yang diikuti di dapati 24 orang responden (13.6%) adalah pelajar-pelajar dalam bidang Sijil Pengoperasian Perniagaan, 21 responden (11.9%) dari kursus Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara, 12 responden (6.8%) dari kursus Sijil Teknologi Maklumat, 22 responden (12.50%) Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian, 14(8.0%) Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, 53 (30.1%) Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) dan 30 responden (17.0%), Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

Bilangan adik-beradik pula menunjukkan kebanyakan responden mempunyai adik-beradik antara 3-4 orang di mana ia mewakili 92 responden (52.3%) diikuti dengan pelajar yang mempunyai bilangan adik-beradik antara 5-6 orang mewakili 45 responden (25.6%), Bilangan responden yang mempunyai adik-beradik antara 1-2 orang adalah seramai 26 orang (14.8%), 5-6 adik-beradik seramai 11 orang (6.2%) sementara hanya 2 responden (1.1%) yang mempunyai adik-beradik melebihi 8 orang.

Dari segi pendapatan ibu bapa didapati kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada pelajar golongan B40. Separuh daripada responden iaitu 91 responden (52.3%) adalah dari golongan B2, 35 responden (19.9%) dari golongan B1, 34 responden (19.3%) dari golongan B4 dan hanya 16 responden (9.1%) pelajar adalah dari golongan M40. Keseluruhan didapati hampir kesemua pelajar KKJU dan KKHL adalah berada pada aras miskin (Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (2020).

Bagi persoalan apakah pelan internet yang digunakan oleh pelajar di dapati separuh daripada pelajar 94 responden (53.4%) menggunakan pelan internet prabayar, dan 71 responden (40.3%)

(9)

menggunakan rangkaian tetap bulanan. Walaubagaimanapun masih terdapat 11 responden (6.2%) tidak mempunyai pelan internet dan hanya menggunakan WIFI percuma.

Keperluan PdPDT adalah termasuk kepunyaan komputer yang boleh mengakses capaian internet walau dimana sahaja tanpa mengira masa. Justeru, pemilikan komputer sendiri dapat memudahkan pelajar mengakses internet lebih kerap, memudahkan pencarian bahan dan akan menambahkan keyakinan mereka untuk menggunakan komputer dalam pengajian mereka.

Walaupun 113 responden (64.2%) responden mempunyai komputer sendiri namun masih terdapat 63 responden (35.8%) tidak mempunyai komputer sendiri yang boleh mengakses capaian internet. Kajian oleh O’Connor et al. (2003) mendapati bahawa pelajar yang mempunyai komputer berinternet mempengaruhi pembelajaran kendiri pelajar itu. Menurut Cassidy & Eachus (2002) pula, seseorang itu mampu meningkatkan kebolehan diri untuk menjelajahi penggunaan komputer jika memiliki komputer sendiri.

Keyakinan dan penerimaan sesuatu sistem atau kaedah pembelajaran adalah amat penting.

Dengan keyakinan kebergunaan dan memberi manfaat akan menyebabkan pelajar lebih bersedia menggunakan kaedah pembelajaran baru. Dari kajian ini didapati hanya 77 orang responden (43.8%) menyatakan bahawa PdPDT membantu pembelajaran mereka manakala 68 orang responden (38.6%) tidak pasti sama ada PdPDT membantu atau sebaliknya terhadap program pengajian mereka. Manakala hanya 31 orang responden (17.6%) responden yang menyatakan PdPDT tidak membantu program pengajian mereka. Pensyarah perlu menerangkan manfaat pembelajaran atas talian dan memberikan kefahaman yang sepenuhnya kepada pelajar tentang kepentingan PdPDT membantu pembelajaran mereka. Tanpa pemahaman dan keyakinan tidak mungkin PdPDT akan berjaya. Ini penting memandangkan PdPDT kini memainkan peranan yang amat penting dalam PdP sewaktu pandemik ini.

6.2 Analisis Deskriptif Sikap dan Motivasi

Persoalan Kajian 1

Bagaimanakah sikap dan motivasi pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan?

Jadual 8: Sikap dan Motivasi pelajar terhadap PdPDT sepanjang tempoh PKP

Tahap

Tahap Rendah (1.00-2.33)

Tahap Sederhana

(2.34 – 3.66)

Tahap Tinggi (3.67 – 5.00)

Min Sisihan

Piawai Tafsiran

Sikap 68

(38.6%)

81 (46.0%)

27

(15.30%) 2.6818 0.75099 Sederhana

Motivasi 70

(39.7%)

72 (40.9%)

34

(19.3%) 2.7045 0.81929 Sederhana Sikap dan

Motivasi

83 (47.2%)

72 (40.9%)

21

(11.9%) 2.5114 0.77475 Sederhana Aspek Sikap dan Motivasi

Jadual 8 Sikap dan Motivasi pelajar terhadap sesi PdPDT sepanjang tempoh PKP.

Keseluruhan sikap dan motivasi pelajar berada pada tahap sederhana dengan min 2.5114 dengan 47.2 % pelajar mempunyai sikap dan motivasi yang rendah, 40.9% berada pada tahap sederhana dan hanya 11.9% sahaja pelajar yang mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi dalam mengikuti PdPDT. Dari jadual juga didapati sikap pelajar berada pada tahap sederhana

(10)

dengan min 2.68 sementara motivasi juga pada tahap sederhana dengan min 2.7045. Walaupun hasil menunjukkan tahap sederhana namun keseluruhannya, pengajaran pensyarah secara dalam talian sepanjang tempoh PKP telah menarik minat dan motivasi pelajar untuk mengikuti sesi PdPDT. Kepelbagaian aplikasi dalam talian yang digunakan oleh pensyarah telah menarik minat, sikap dan motivasi pelajar-pelajar (Siti Nurbaizura dan Nurfaradilla 2020). Faktor kekangan teknologi bukanlah alasan bagi pensyarah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran atas talian lebih kreatif dan inovatif (Fariz Danial 2020). Keyakinan pelajar terhadap PDP atas talian dapat ditonjolkan sekiranya sikap dan motivasi menunjukkan perasaan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek (Makhtar, et. al 2021).

6.3 Analisis Deskriptif Halangan-halangan

Persoalan Kajian 2

Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar KKJU dan KKHL dalam mengikuti PdPDT sepanjang tempoh PKP dilaksanakan?

Jadual 9: Tahap halangan-halangan pelajar terhadap PdPDT sepanjang tempoh PKP

Tiada Halangan

(TH)

Halangan yang lemah

(HL)

Halangan yang sederhana

(HS)

Halangan yang kuat (HK)

Halangan yang sangat

kuat (HSK)

Min Sisihan

Piawai Tafsiran

Personal 87 (49.4%)

47 (26.7%)

38 (21.6%)

4 (2.3%)

0

(0%) 1.7670 0.86668 Rendah Gaya

Pembelajaran

22 (12.5%)

40 (22.7%)

87 (49.4%)

19 (10.8%)

8

(4.5%) 2.7216 0.97206 Sederhana

Arahan 31

(17.6%)

47 (26.7%)

83 (47.2%)

13 (7.4%)

2

(1.1%) 2.4773 0.90683 Sederhana Organisasi 43

(24.4%)

54 (30.7%)

60 (34.1%)

16 (9.1%)

3

(1.7%) 2.3295 0.99968 Rendah

Teknologi 17

(9.7%)

44 ( 25.0%)

74 (42.0%)

25 (14.2%)

16

(9.1%) 2.8807 1.06501 Sederhana

Situasi 23

(13.1`%)

43 (24.4%)

66 (37.5%)

31 (17.6%)

13

(7.4%) 2.8182 1.10112 Sederhana Keseluruhan 94

(55.2%)

44 (25.5%)

30 (17.9%)

2 (1.4%)

0

(0%) 1.6761 0.82994 Rendah

Aspek Halangan

Halangan adalah sebarang rintangan dan kekangan pelajar dalam PdPDT yang ia akan membawa kesan negatif kepada keberhasilan PdPDT dimana ia memberi kesan terhadap pembelajaran dan tahap kepuasan pelajar. (Giles, 1999; Schilke, 2001). Berdasarkan jadual 9 dikenalpasti enam halangan-halangan yang dinilai dan tafsiran skor min keseluruhan halangan mencatat nilai 1.676 (Tahap rendah). Semua halangan yang dikaji mempunyai nilai skor min antara 1.767 (rendah) hingga 2.8807 (sederhana). Dapatan kajian membuktikan bahawa para pelajar tidak menghadapi halangan dalam mengikuti PdPDT. Daripada 20 item halangan yang diberikan didapati halangan terbesar pelajar adalah kos yang tinggi dalam peranti elektronik iaitu perkakasan, perisian, baikpulih, atau servis komputer/telefon bimbit (3.4091) dan capaian rangkaian internet yang sangat perlahan (min=3.6875) serta gangguan daripada hal rumah, kerja lain dan tempat belajar (min = 3.5511).

(11)

6.4 Analisis Inferensi Hubungan Antara halangan-halangan dengan Demografi

Persoalan Kajian 3

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet, pemilikan komputer, pendapatan keluarga dan pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran)?

Hipotesis Ho1: Tiada hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (Jantina, Umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, Bilangan adik-beradik, Pelan Internet, Pemilikan komputer, pendapatan keluarga dan pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran)?

Jadual 10: Analisis hubungan korelasi antara halangan-halangan dengan demografi pelajar

Sikap dan Motivasi Pearson ,r

Signifikan Keputusan

Jantina -0.052 0.497

Tidak terdapat hubungan yang signifikan

Hipotesisi Diterima

Umur 0.112 0.138

Kolej Komuniti -0.061 0.421

Program Pengajian -0.022 0.769

Bilangan adik-beradik -0.101 0.180

Pelan Internet -0.077 0.308

Pemilikan komputer sendiri 0.034 0.650

Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga -0.234 0.002 Terdapat hubungan yang signifikan

Hipotesisi Ditolak Pendapat bahawa PdPDT

membantu untuk pembelajaran 0.251 0.001

Hipotesis Ho1: Tiada hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (Jantina, Umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, Bilangan adik-beradik, Pelan Internet dan Pemilikan komputer) diterima.

Hipotesis Ho1: Tiada hubungan yang signifikan di antara halangan PdPDT dengan faktor demografi (Pendapatan keluarga dan Pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran) ditolak.

Aspek Hubungan Antara Halangan Dengan Demografi

Hipotesis Ho1 diterima bagi faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet, pemilikan komputer dan hipotesis Ho1 ditolak bagi faktor demografi pendapatan keluarga dan pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran. Ini bermaksud faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet dan pemilikan komputer bukan faktor yang mempengaruhi halangan bagi PdPDT tetapi hanya bagi faktor demografi pendapatan keluarga dan pendapat bahawa PdPDT membantu untuk pembelajaran yang menjadi halangan bagi PdPDT dalam kalangan pelajar-pelajar KKJU dan KKHL.

Menurut kajian Losius et al. (2020) capaian internet merupakan halangan utama bagi pelajar golongan keluarga B40 semasa pembelajaran dalam talian. Kajian Asan Ali et al. (2020) pula mendapati pelajar Orang Asli mempunyai masalah PdPDT dari segi kesukaran untuk mengakses kemudahan internet serta ketiadaan peranti elektronik yang sesuai semasa

(12)

pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor sosio ekonomi keluarga mempengaruhi PdPDT pelajar. Daripada demografi didapati rata-rata pelajar datang dari keluarga B40 (berpendapatan rendah) dan ia menjadi satu faktor yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada PdPDT dalam talian sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

7. Kesimpulan

Kesimpulannya, PdPDT secara dalam talian sesuai dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini dan situasi pandemik Covid-19. Ini memandangkan hasil kajian menunjukkan sikap dan motivasi pelajar yang sederhana (Min 2.511) dan halangan yang rendah (min 1.67).

Daripada dapatan kajian, secara keseluruhannya bahawa sikap dan motivasi pelajar KKJU dan KKHL terhadap pembelajaran PdPDT sepanjang tempoh PKP adalah pada tahap sederhana.

Namun, faktor capaian intenet boleh menyebabkan sikap dan motivasi pelajar menurun, Oleh itu menjadi tanggungjawab pensyarah untuk mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah ini supaya PdPDT dapat berjalan lancar dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Walaupun PdPDT merupakan cabaran kepada pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti dalam memenuhi tugas sebagai pendidik sepanjang PKP namun mereka juga telah berusaha sebaik mungkin untuk menambah dan meningkatkan kemahiran dalam usaha bagi pencapaian objektif pembelajaran yang ditetapkan. Terdapat beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan oleh pensyarah agar setiap halangan-halangan dapat diminimumkan. Antaranya adalah pensyarah perlu mengenal pasti tahap kebolehcapaian kemudahan internet untuk pelajar bagi membolehkan pensyarah mengubahsuai kaedah PdP yang bersesuaian agar pembelajaran PdPDT dapat berjalan dengan baik. Pelbagaikan platform pengajaran seperti menggunakan aplikasi Telegram, Whatsapp, Ms Teams dan Google Meet selain perisian wajib Kolej Komuniti. Pemilihan platform perlu bersesuaian dengan keadaan dan tahap pelajar bagi mengelakkan berlakunya lag atau screen freeze yang boleh mengganggu tumpuan pelajar.

Penggunaan kaedah dan teknik PdPDT yang bersesuaian akan memastikan pelajar sentiasa bersikap positif dan bermotivasi dalam setiap sesi pembelajaran.

Pandemik covid-19 sebenarnya memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti kerana kebanyakan program pengajian yang dijalankan di Kolej Komuniti adalah berbentuk teknikal dan memerlukan hands-on namun mereka juga perlulah mahir dalam menguruskan tekanan emosi dengan baik. Pensyarah boleh menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sepanjang proses PdPDT berlangsung supaya pelajar tidak hilang semangat. Ibu bapa juga berperanan besar dan perlu sentiasa memberikan komitmen dalam membantu pelajar dalam memastikan PdPDT berjalan dengan lancar. Mereka juga perlu memastikan suasana tempat PdPDT yang sesuai dan selesa, menyediakan bahan, alat dan internet yang lancar sepanjang sesi PdPDT. Selain itu, pihak kerajaan dan agensi berkaitan perlu memainkan peranan sepenuhnya untuk membantu dan menyediakan kemudahan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran terutamanya dalam golongan pelajar keluarga B40. Kesimpulannya, penularan wabak Covid-19 perlu dilihat dari sudut positif oleh pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti.

Mereka perlu mengubah minda dan berusaha menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah PdP. Pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti perlu berani dan bersedia untuk berubah dengan meningkatkan kemahiran mendidik seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

(13)

Keseluruhannya, pandemik Covid-19 dan PKP telah mengubah keseluruhan kehidupan masyarakat. Walaupun pengadaptasian setiap individu adalah berlainan namun seluruh masyarakat telah mencuba sebaik mungkin untuk menerima gaya hidup norma baharu ini.

Dalam pada itu, konteks dunia pendidikan era zaman pandemik Covid-19 pembelajaran dalam talian bukan menjadi pilihan tetapi ia merupakan keperluan dan kewajipan yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Rujukan

Abidah, A., Hidaayatullaah, H.N., Simamora, R.M., Fehabutar, D., & Mutakinati, L. (2020).

The impact of Covid-19 to Indonesian education and its relation to the philosophy of

“MerdekaBelajar.” SiPoSE: Studies in Philosophy Of Science and Education, 1 (1), 38- 49.

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 82-97.

Asan Ali Golam Hassan, Nanthakumar Loganathan, Maznieda Mahjom, Nor Asiah Muhamad, Aminuddin Mohamed & Johari Alwi. (2020). Impak Covid-19 ke atas status sosioekonomi dan kesihatan masyarakat Orang Asli. Laporan Teknikal Penyelidikan.

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Azhar Harun dan Nawi Abdullah (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial.

Singapore: Thomsom Learning

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon and Abdul Rahim Hamdan.

(2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Bibi Noraini Mohd yusuf and Jihan Ahmad 2020. “Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in Sosial Sciences Research Journal 7(5): 205-12

Bloom, B.S. (1956) Taxonomy of Educational Objectives, Handbook: The Cognitive Domain.

David McKay, New York

Briliannur Dwi, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur Rahman. (2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemik Covid-19.

Mahaguru: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 28-37.

Buja, A., Paganini, M., Cocchio, S., Scioni, M., Rebba, V. & Baldo V. (2020) Demographic and socio-economic factors, and healthcare resource indicators associated with the rapid spread of COVID-19 in Northern Italy: An ecological study. PLoS ONE 15(12): e0244535 Cassidy, S. & Eachus, P. (2002). Developing the Computer Self-Efficacy (CUSE) Scale:

Investigating The Relationship Between Computer Self-Efficacy, Gender, And Experience With Computers. Journal of Educational Computing Research, 26(2), 133-153.

Ee Ah Meng. Psikologi Pendidikan II (Semester II) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi Jadi Kekangan Kerja dan Pembelajaran di Rumah, tetapi Ada 'Jalan' Lain. Berita Astro Awani. 13 April. https://www.astroawani.com/berita- malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-dan-pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada- jalan- ain-238178

Giles, 1999; Giles, I.M. (1999). An Examination of Persistence and Dropout N the Online Computer-Conferenced Classroom. Virginia Polytechnic Institute and State University:

Doctoral dissertation

Krejcie, R. and Morgan, D. (1970) Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610

(14)

Ting, Kung Shiung and Saud, Muhammad Sukri (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E- pembelajaran (e-learning) Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah. 6 Mei

Makhtar, N. N., Rosli, S. N. A., & Taha, H. (2021). Kesan Jenis Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Bagi Subjek Fizik.Journal of Science and Mathematics Letters,9(1), 60-76. https://doi.org/10.37134/jsml.vol9.1.6.2021

Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof &

Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai, Johor: UTM

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19. Shah Alam: SIG:e-Learning@CS.

O’Connor, C., Sceiford, E., Wang, g., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003). Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. Retrieved November 16, 2003, from www.masie.com

Oxford, R., & Shearin, J. (1994). Language Learning Motivation: Expanding The Theoretical Framework. The Modern Language Journal, 78, 12-27

Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2): 54-73.

Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer for non-Mathematicians. London:

Penguin

Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational (Doctoral dissertation, Northem Illinois University

Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman, Suhana Mohamed Lip, Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin, Mohamas Fuad Ishal & Sapie Sabilan. (2020). Tekanan emosi pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian di era pandemik Covid-19. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN). 289-296.

Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational. (Doctoral dissertation, Northem Illinois University.

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian

semasa perintah kawalan pergerakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan- menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru. (6 Januari 2021)

Siti Hajar Bidin et al. (2019). Faktor Sikap, Motivasi dan Jantina Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran Bahasa Jepun Tahap 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 16. Issue 1: 105-115.

Siti Norbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran talian melalui pendekatan Home based Learning semasa pandemik Covid- 19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, Edisi Khas, 46- 57

(15)

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. 2020. COVID-19: Impak dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Pnyt.) Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad Ke-21, 449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pengujian faktor demografi ke atas perbelanjaan makanan bagi pelajar menunjukkan kesemua faktor demografi iaitu pendapatan, umur, lokasi kediaman dan kategori fakulti tidak

Siraj menyediakan peluang pembelajaran yang mendorong dan sesuai serentak dengan itu, pendidik mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi yang tertentu mempunyai peluang

Justeru, kajian ini akan melihat aspek tekanan yang dihadapi kalangan pelajar Kolej Komuniti negeri Johor dalam mendepani fasa kesulitan melalui proses

Kemudian, melihat kepada hasil kajian terdahulu, terbukti bahawa pelajar menunjukkan kesan yang positif terhadap minat, pemahaman dan motivasi mereka dalam

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan awal program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan pensyarah kolej matrikulasi menggunakan Model Logik Berfokus

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam

Pelajar yang memiliki sikap positif terhadap pembelajaran seperti berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan, hadir ke kelas, bersemangat untuk

Rentetan pandemik wabak COVID-19, pelaksanaan PdP secara bersemuka telah ditukarkan kepada Pembelajaran dan Pengajaran Secara Dalam Talian (PdPDT) sepenuhnya kepada pelajar