• Tiada Hasil Ditemukan

View of PENGUJIAN CIRI-CIRI PSIKOMETRIK INSTRUMEN PENILAIAN NILAI DAN ETIKA DALAM KALANGAN GURU MENGGUNAKAN MODEL RASCH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PENGUJIAN CIRI-CIRI PSIKOMETRIK INSTRUMEN PENILAIAN NILAI DAN ETIKA DALAM KALANGAN GURU MENGGUNAKAN MODEL RASCH"

Copied!
16
0
0

Tekspenuh

(1)

22

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464

Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

PENGUJIAN CIRI-CIRI PSIKOMETRIK INSTRUMEN PENILAIAN NILAI DAN ETIKA DALAM KALANGAN GURU

MENGGUNAKAN MODEL RASCH

Norhashidah Md Ghani1*, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore2 dan Norasmah Othman3

1 2 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: hashidah1704@yahoo.com.my Article Information:

Article history:

Received date : 15 May 2019 Revised date : 1 June 2019 Accepted date : 15 June 2019 Published date : 26 August 2019 To cite this document:

Ghani, N., Matore, M., & Othman, N.

(2019). Pengujian Ciri-Ciri Psikometrik Instrumen Penilaian Nilai dan Etika dalam Kalangan Guru Menggunakan Model Rasch. International Journal Of Education And Pedagogy, 1(1), 22-37.

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menguji ciri-ciri psikometrik instrumen penilaian nilai dan etika dalam kalangan guru menggunakan model pengukuran Rasch.

Seramai 64 orang guru sekolah menengah dan rendah di daerah Hulu langat dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan adalah item nilai dan etika perkhidmatan awam yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas dan mengandungi 60 item. Instrumen penilaian nilai dan etika dikaji dari segi kesesuaian item, unidimensionaliti, kebebasan setempat, indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan. Perisian Winsteps versi 3.71.0.1 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 17 item dikesan bermasalah dan telah digugurkan. Sebanyak 43 item telah memenuhi andaian - andaian utama model Rasch. Instrumen penilaian nilai dan etika didapati mempunyai indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan yang tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa item nilai dan etika mempunyai ciri- ciri psikometrik yang baik dan sesuai untuk digunakan.

Justeru, kajian ini membekalkan maklumat empirikal yang berguna kepada aspek pengujian item pengukuran nilai dan etika pada Tonggak Dua Belas menggunakan model Rasch bagi penggunaannya dalam konteks guru di Malaysia.

(2)

23

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk akhlak, sahsiah dan moral pelajar.

Guru bukan sahaja berperanan melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dalam bidang sains teknologi, malahan bertanggungjawab menerapkan pembudayaan sikap progresif dan nilai etika yang tinggi kepada pelajar (Rashidi et al. 2014). Penerapan nilai dan etika perlu disemai secara holistik dalam kalangan guru bagi melahirkan para guru yang profesional (Nor Salmi & Lim Hooi Lian 2011). Di Malaysia, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti, beretika dan berintegriti adalah melalui pengenalan Standard Guru Malaysia (SGM).

SGM telah dilancarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Disember 2011 adalah sebagai panduan untuk melahirkan guru yang berkualiti. SGM telah menekankan tiga aspek utama yang patut dicapai oleh guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Standard pertama yang terkandung dalam dokumen SGM ialah amalan nilai profesionalisme keguruan.

Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), tatasusila profesion keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan awam, prinsip utama etika kerja KPM dan Tonggak Dua Belas (Low Suet Fin et al.

2016; Nur Hafizoh & Rohana 2013; Saedah & Mohammed Sani 2012). Guru yang beretika dan berintegriti mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi tingkah laku dan emosi pelajar. Matlamat pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan, berkemahiran dan berketrampilan akan tercapai apabila pelajar dilengkapi dengan sahsiah dan jati diri yang cemerlang (Saedah &

Mohammed Sani 2012). Guru akan sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik dan berintegriti sekiranya penerapan nilai dan etika disemai dalam jiwa mereka (Nor Salmi & Lim Hooi Lian 2011). Kejayaan seseorang guru dalam menghayati nilai dan etika dapat memberi kesan kepada pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajar.

Guru adalah ejen keberkesanan pendidikan (Hallinger 2011). Kompetensi guru dalam menguasai amalan nilai profesionalisme keguruan merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pelajar yang beretika dan berakhlak mulia (Khalim & Jamil 2011; Losius Goliong et al. 2016).

Kewujudan sebilangannya guru yang kurang berkompeten dalam pembentukan akhlak pelajar menjadi punca kegagalan pencapaian akademik yang cemerlang di sekolah (Nur Hafizoh &

Rohana 2013). Kualiti pelajar adalah bergantung kepada kualiti tenaga pengajar mereka (Sepikun

& Kamarolzaman 2011). Oleh itu, tahap kompetensi guru mempengaruhi kualiti pelajar yang dihasilkan. Guru yang berkualiti mampu melahirkan insan yang baik (Nur Hafizoh & Rohana 2013). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah displin pelajar dan salah satu daripadanya adalah disebabkan oleh kompetensi profesional seorang guru (Celik 2011; Kunter et al. 2013; Mohd Jamil et al. 2014; Saedah & Mohammed Sani 2012). Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan guru masa kini yang semakin mencabar. Justeru, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk sahsiah dan menerap nilai murni dalam kalangan pelajar. Penerapan nilai Kata kunci: Psikometrik, penilaian, nilai, etika, Tonggak Dua Belas, Model pengukuran Rasch, guru

(3)

24

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua guru.

2. Penyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini seringkali kedengaran isu - isu yang berkaitan masalah nilai, etika dan integriti dalam kalangan guru yang mendapat perhatian pelbagai pihak. Antara isu yang sering dilemparkan termasuklah tekanan kerja (Fazura 2011; Ibrahim 2013; Norhalimaton Saadiah 2011), burnout (Saedah & Mohammed Sani 2012), kesalahan tatatertib (Mohd Ismail 2003), guru memukul pelajar (Baharin & Suzana 2008), penagihan dadah (Kementerian Dalam Negeri 1999) dan penyalahgunaan kuasa (Khalim & Jamil 2011). Kes - kes salah laku guru sering dikaitkan dengan amalan tidak beretika dan berintegriti guru tersebut. Isu - isu ini jika berterusan dan tidak dibendung boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja guru-guru di sekolah. Sehubungan itu, jelaslah wujudnya petanda bahawa nilai dan etika merupakan tonggak asas kepada pembentukan nilai diri penjawat sektor awam terutama dalam konteks pendidikan bagi menjamin perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat berada di tahap prestasi yang tinggi (Fatimah Wati et al. 2015).

Penjawat awam yang lemah elemen nilai dan etika perlu dikenal pasti bagi tujuan pemerkasaan dan bimbingan oleh pihak berkenaan. Pengenal pastian ini memerlukan alat ukur yang tepat, dan sah terutamanya melibatkan kualiti item pengukuran nilai dan etika itu sendiri. Item yang berkualiti dapat memberikan pengukuran yang baik selain membekalkan maklumat empirikal yang berguna kepada pihak yang berkepentingan untuk tindakan selanjutnya.

Kebanyakan kajian lepas mendapati para penyelidik menjalankan kajian tentang tahap pengamalan dan pemahaman terhadap nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Di antaranya adalah seperti kajian penghayatan kakitangan sokongan terhadap amalan nilai dan etika Tonggak Dua Belas (Siti Ernie Haziera 2011), hubungan dan sumbangan pengamalan integriti dalam kepemimpinan (Mumtaz Begam 2008), pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika kakitangan awam (Megat Ayop & Abd Halim 2016), amalan etika kerja dalam perkhidmatan awam Malaysia (Mohd Hata 2001; Mohd Ribuan 2004) dan integriti dari perspektif pengaduan (Nik Hairi et al.

2012). Walaupun banyak kajian telah dijalankan untuk melihat pengamalan dan pemahaman terhadap nilai dan etika dalam perkhidmatan awam, namun kajian tersebut tidak memfokuskan kepada pengujian ciri-ciri psikometrik instrumen penilaian nilai dan etika perkhidmatan awam.

Fokus terhadap ciri psikometrik instrumen pada item instrumen sedia ada sangat penting bagi menjawab persoalan sama ada item tersebut benar - benar berkualiti aspek pengukurannya atau kemampuan item itu mengukur aspek yang sepatutnya diukur.

Sehingga kini, tidak banyak instrumen yang digunakan untuk mengukur elemen nilai dan etika guru sekolah di Malaysia. Nilai dan etika dalam kalangan guru hanya dinilai melalui instrumen Inventori Nilai Integriti (InNI) yang dibangunkan oleh Ezhar et al. pada tahun 2005. Instrumen InNI merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur nilai integriti individu.

Instrumen InNI dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam nilai dan etika perkhidmatan awam di Malaysia. Nilai dan etika perkhidmatan awam tersebut terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan,

(4)

25

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara 1994). Inventori Nilai Integriti (InNI) terdiri daripada 82 item yang dibina menerusi tiga konstruk utama iaitu kesucian, amanah dan kebijaksanaan (Ezhar et al. 2005; Nor Salmi & Lim Hooi Lian 2011). Ini bermakna, InNI kurang sesuai untuk mengukur elemen nilai dan etika guru secara khusus kerana tidak menguji dua belas konstruk nilai-nilai murni yang terdapat dalam nilai dan etika perkhidmatan awam di Malaysia dan hanya melibatkan tiga konstruk utama sahaja.

Selain itu, hampir tiada kajian lepas yang menguji kualiti item pengukuran dalam instrumen Tonggak Dua Belas walaupun item ini telah digunakan oleh penjawat awam sejak tahun 1992.

Pengukuran Tonggak Dua Belas hanya bersandarkan kepada idea asal oleh pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang telah menjana sebanyak 270 item bagi mengukur 12 konstruk Tonggak Dua Belas. Item ini dilihat terlalu banyak dan memerlukan semakan semula kerana dibimbangi akan melibatkan masalah pertindanan item dan lain - lain. Semakan semula kualiti psikometrik item Tonggak Dua Belas sangat perlu bagi memberikan maklumat berguna kepada pihak INTAN untuk menggunakan item yang sah dan boleh dipercayai sahaja bagi tujuan pengenal pastian penjawat awam yang lemah daripada aspek nilai dan integriti.

Kekurangan fokus terhadap aspek kekuatan dan kelemahan item pengukuran nilai dan etika pada instrumen Tonggak Dua Belas ini membawa kepada keperluan untuk menguji kualiti item tersebut dengan kaedah yang lebih baik. Pengujian terhadap item pengukuran ini memerlukan suatu teori item psikometrik baharu berbanding teori ujian klasikal yang hanya merangkumi keupayaan responden sahaja. Limitasi Teori Ujian Klasikal ini boleh diatasi dengan penggunaan Teori Respon Item dengan model Rasch bagi satu parameter logistik yang menimbangkan kepada keupayaan responden dan kesukaran item. Penggunaan model Rasch terhadap pengujian item pengukuran nilai dan etika pada Tonggak Dua Belas dijangka berupaya meningkatkan aspek kesahan dan kebolehpercayaan, terutamanya dalam penggunaan konteks guru. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menguji ciri-ciri psikometrik instrumen penilaian nilai dan etika dalam kalangan guru menggunakan model pengukuran Rasch berdasarkan item yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas.

3. Sorotan Literatur

Tonggak Dua Belas merupakan konsep nilai dan etika dalam perkhidmatan awam di Malaysia yang diperkenalkan oleh Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid pada tahun 1992. Ahmad Sarji (1991) memberi definisi nilai sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Nilai merujuk sebagai satu konsep yang mencerminkan amalan, kepercayaan dan pegangan seseorang individu yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok manusia (Malike 2011; Sharifah Hayaati et al. 2009;

Shepard 1990). Justeru guru memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berimu pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion (Rashidi et al. 2014; Toffler 1986). Ahmad Sarji (1991) menyatakan

(5)

26

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

bahawa etika adalah tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika juga bermaksud keupayaan seseorang manusia dalam membezakan perlakuan baik dan buruk menggunakan akal fikiran (Abdul Muqsith et al. 2017). Buchholz (1989) menjelaskan bahawa etika merupakan suatu pemahaman apa yang boleh membentuk kehidupan yang baik. Kehidupan yang sempurna boleh dicapai melalui pengamalan etika yang baik (Abdul Muqsith et al. 2017; Buchholz 1989; Malike 2011; Sri Sarjana & Nur Khayati 2016).

Kajian instrumen nilai dan etika telah banyak dilakukan di luar negara. Antaranya ialah instrumen Ethical Leadership Scale (ELS), Ethical Leadership at Work Questionnaire (ELW), Ethical Leadership Inventory (ELI) dan Leadership of Ethics Scale (LES). Ethical Leadership Scale (ELS) telah dibangunkan oleh Brown et al. (2005) untuk mengukur kepimpinan etika. Instrumen ini terdiri daripada tiga konstruk iaitu keprihatinan, kepemimpinan etika dan perkongsian kuasa.

Walau bagaimanapun, instrumen ini mempunyai batasan yang tertentu seperti item pelbagai komponen, pernyataan yang tidak jelas, terdapatnya item positif dan negatif yang menyebabkan kekeliruan (Yukl et al. 2011).

Kalshoven et al. (2011) menjalankan penyelidikan susulan yang membawa kepada pembinaan instrumen Ethical Leadership at Work Questionnaire (ELW). ELW terdiri daripada tujuh dimensi, iaitu keadilan, perkongsian kuasa, penjelasan peranan, orientasi orang, integriti, panduan etika dan keprihatinan terhadap kejayaan. Kalshoven et al. (2011) menyatakan bahawa konstruk dalam ELW dapat mengukur kepimpinan etika yang dibangunkan oleh Brown et al. (2005). ELW menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai cronbach alpha melebihi 0.80 (Kalshoven et al. 2011).

Analisis faktor pengesahan digunakan untuk mengesahkan struktur faktor asas kedua-dua instrumen ELS dan ELW (De Hoogh & Den Hartog 2008). Dapatan kajian jelas menunjukkan para pemimpin etika berusaha menyumbang secara positif kepada kesejahteraan organisasi dan pekerja dengan melakukan prinsip moral dalam setiap aspek pekerjaan mereka.

Spangenberg & Theron (2005) telah membina instrumen yang dikenali sebagai Ethical Leadership Inventory (ELI) dan Leadership Behavioural Inventory (LBI) bagi mengukur kualiti kepemimpinan dari sudut etika. Kedua-dua instrumen ini dibina berdasarkan kepada visi etika iaitu menyediakan pemimpin, pengikut dan organisasi untuk melaksanakan visi serta proses pelaksanaan sebenar. Instrumen Behavioural integrity (BI) pula telah dibangunkan oleh Simons et al. pada tahun 2007. Sebanyak 8 item dapat mengukur persepsi pengikut terhadap integriti pengurus. Item tersebut diukur menggunakan skala likert lima mata (1= sangat tidak setuju, 5=

sangat setuju). Analisis kebolehpercayaan menunjukkan nilai cronbach alpha =0.87. Analisis faktor pengesahan digunakan untuk memastikan semua skala mengukur konsep yang berbeza (Simons et al. 2007).

Pembangunan instrumen Perceived Leader Integrity Scale (PLIS) oleh Craig dan Gustafson (1998) adalah untuk mengukur integriti. Instrumen terdiri daripada 31 item pelbagai jenis tingkah laku yang tidak beretika dengan menggunakan skala likert empat mata (McCann & Holt 2009). Nilai cronbach alpha mencatatkan 0.97, ini menunjukkan bahawa item mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi. Analisis faktor penerokaan juga digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi dimensi dalam instrumen tersebut. Instrumen Leadership of Ethics Scale

(6)

27

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

(LES) pula dibangunkan oleh Engelbrecht & Heine (2012) untuk mengukur kepimpinan. LES dibina berdasarkan item-item daripada pelbagai ukuran kepimpinan etika (Brown et al. 2005;

Spangenberg & Theron 2005; Yukl et al. 2011).

Instrumen Ethical Leadership Questionnaire (ELQ) telah dibina oleh Yukl et al. (2011) untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item. Soal selidik terdiri daripada 15 item aspek kepimpinan etika. Beberapa item telah disesuaikan daripada instrumen kepimpinan etika lain (Yukl et al. 2011). ELQ mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Item telah dinilai kesahan melalui analisis faktor penerokaan dan pengesahan. Ia dianggap sangat penting untuk mengukur kepimpinan etika. Pemimpin yang beretika dan berkelakuan baik dalam kalangan pekerja akan memastikan konflik antara rakan sekerja tidak mungkin berlaku (Mayer et al. 2012).

Ujian kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji terhadap instrumen nilai dan etika sebelum ini. Kajian kesahan dan kebolehpercayaan yang dilakukan menggunakan kaedah analisis faktor penerokaan (EFA), analisis faktor pengesahan (CFA) dan keseragaman dalaman melalui cronbach alpha. Kebanyakan kajian lepas yang telah dijalankan tidak menguji ciri-ciri psikometrik instrumen nilai dan etika. Oleh itu, kajian ini sangat sesuai digunakan untuk mengkaji ciri-ciri psikometrik dengan menggunakan model pengukuran Rasch.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada 10 788 orang guru di daerah Hulu Langat, Selangor (Kementerian Pelajaran Malaysia 2018). Sampel kajian melibatkan 64 orang guru di beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang dipilih secara rawak mudah daripada senarai sekolah di daerah Hulu Langat. Tiga aspek utama dalam menentukan saiz sampel kajian telah diambil kira iaitu jenis populasi, kos perbelanjaan dan skala pengukuran bagi mewakili keseluruhan populasi. Pemilihan bilangan sampel di antara 30 hingga 500 orang adalah bersesuaian dalam sesuatu kajian (Sekaran & Bougie 2016). Ini bermakna dalam kajian ini pengkaji telah mematuhi petunjuk wajar (rules of thumb) dalam menentukan saiz sampel.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen yang terdiri daripada nilai-nilai murni yang terdapat dalam nilai dan etika perkhidmatan awam iaitu Tonggak Dua Belas. Instrumen penilaian nilai dan etika terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A ialah profil demografi responden manakala Bahagian B pula adalah 60 item soal selidik yang berkaitan dengan penilaian guru terhadap nilai dan etika bagi dua belas konstruk iaitu menghargai masa (6 item), ketekunan membawa kejayaan (5 item), keseronokan bekerja (6 item), kemuliaan kesederhanaan (5 item), ketinggian peribadi (6 item), kekuatan sifat baik hati (4 item), pengaruh teladan (5 item), kewajipan menjalankan tugas (5 item), kebijaksanaan berhemat (4 item), keutamaan kesabaran (6 item), peningkatan bakat (4 item) dan nikmat mencipta (4 item). Bahagian B diuji menggunakan skala likert sepuluh mata iaitu 1= sangat tidak setuju, hingga 10 = sangat setuju.

Kajian dijalankan dengan menentukan kesahan kandungan bagi memastikan setiap item mewakili pemboleh ubah yang dikaji (Flowers 2006). Kesahan kandungan merujuk kepada kemampuan item itu mengukur aspek yang sepatutnya diukur (Ary et al. 2018). Kesahan kandungan dilakukan untuk

(7)

28

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

menyemak item pengukuran nilai dan etika pada instrumen Tonggak Dua Belas. Pakar dalam bidang diperlukan untuk mengesahkan kandungan item dalam sesuatu instrumen kajian (Creswell 2012). Instrumen penilaian nilai dan etika telah dinilai oleh lima orang pakar. Pakar terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman di institusi masing-masing dalam bidang Bahasa Melayu, Pentadbiran, Pengujian dan Pengukuran manakala pakar lapangan pula terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang akademik dan pakar dalam bidang nilai telah menilai kesesuaian kandungan item pengukuran nilai dan etika.

Data-data yang diperoleh dari instrumen penilaian nilai dan etika dianalisis secara kuantitatif menggunakan analisis Model Rasch untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.

Analisis data kajian dibuat dengan menggunakan program model Rasch iaitu Winsteps versi 3.71.0.1.

5. Dapatan kajian

Kajian ini perlu memenuhi beberapa andaian – andaian utama dalam model Rasch untuk pemeriksaan kefungsian item dari aspek (i) kesesuaian item mengukur konstruk; (ii) unidimensionaliti; (iii) kebebasan setempat menentukan item bersandar berdasarkan nilai korelasi residual terpiawai; dan (iv) kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden. Penjelasan untuk setiap diagnosis kefungsian item adalah seperti berikut:

5.1 Kesesuaian Item

Analisis kesesuaian item digunakan untuk menguji sama ada data menepati atau tidak dengan jangkaan model (Lim Huey Fern & Lim Hooi Lian 2016). Kesesuaian item dalam mengukur konstruk dapat ditentukan melalui analisis min kuasa dua (MNSQ) dan statistik kesesuaian yang seragam (Zstd). Nilai jangkaan MNSQ yang sempurna adalah 1.00 (Linacre 2012). Jadual 1 menunjukkan nilai min kuasa dua infit bagi item ialah antara 0.54 hingga 1.43. Julat nilai min kuasa dua yang diterima ialah antara 0.5 hingga 1.5 (Linacre 2012; Wright & Masters 1982). Kesemua item berada dalam julat yang diterima dan berpadanan dengan Model Rasch. Julat penerimaan nilai skor z adalah antara -2 hingga +2 (Bond & Fox 2015). Jika nilai min kuasa dua diterima, nilai skor z boleh diabaikan (Linacre 2012). Dapatan memaparkan nilai koefisien kolerasi ukuran titik PTMEA corr adalah 0.36 logit hingga 0.77 logit. Nilai PTMEA Corr yang positif dan melebihi 0.3 (Bond & Fox 2015; Linacre 2012; Nunnally & Bernstein 1994) membawa maksud bahawa semua item dalam instrumen penilaian nilai dan etika mengukur apa yang hendak diukur.

Jadual 1: Min kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit bagi item-item penilaian nilai dan etika

Item SKOR

PENGUKURA N

MODEL S.E.

INFIT MNSQ ZSTD

OUTFIT MNSQ ZSTD

PT-MEASURE CORR.

B48 -0.04 0.06 1.23 1.1 1.80 1.8 B 0.50

B60 0.21 0.07 1.43 1.6 1.27 0.6 C 0.36

B27 -0.01 0.06 1.39 1.6 1.08 0.3 D 0.48

B41 0.22 0.07 0.72 -1.0 1.38 0.8 E 0.63

(8)

29

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

B54 -0.04 0.06 1.31 1.4 1.05 0.3 F 0.52

B37 0.10 0.06 1.29 1.1 1.11 0.4 G 0.53

B34 0.09 0.06 1.17 0.8 1.24 0.7 H 0.49

B1 -0.01 0.05 1.17 1.0 1.22 0.7 I 0.45

B43 0.08 0.07 1.18 0.6 0.98 0.2 J 0.59

B38 0.06 0.06 1.18 0.8 1.00 0.2 K 0.60

B28 0.03 0.06 1.11 0.6 1.15 0.5 L 0.57

B4 -0.21 0.06 1.15 0.7 1.12 0.4 M 0.53

B33 0.11 0.07 1.13 0.5 0.90 0.0 N 0.57

B6 -0.25 0.08 1.08 0.4 0.86 -0.1 O 0.50

B52 0.00 0.06 1.08 0.4 0.82 -0.2 P 0.61

B46 -0.01 0.06 1.07 0.4 0.86 -0.2 Q 0.63

B58 -0.08 0.07 1.06 0.3 0.86 -0.1 R 0.71

B8 -0.14 0.08 1.03 0.2 0.79 -0.2 S 0.72

B21 0.19 0.06 1.02 0.2 0.86 -0.1 T 0.58

B44 0.02 0.06 1.00 0.1 0.92 0.0 U 0.62

B53 0.08 0.06 1.00 0.1 0.68 -0.5 u 0.56

B57 0.03 0.06 0.88 -0.5 1.00 0.2 t 0.53

B51 0.11 0.06 0.99 0.0 0.77 -0.4 s 0.54

B25 0.10 0.07 0.93 -0.1 0.73 -0.4 r 0.56

B45 0.06 0.07 0.92 -0.2 0.61 -0.7 q 0.55

B16 -0.24 0.07 0.91 -0.2 0.76 -0.4 p 0.74

B14 -0.05 0.06 0.90 -0.5 0.79 -0.6 o 0.59

B7 -0.21 0.06 0.89 -0.4 0.66 -0.6 n 0.45

B56 0.06 0.06 0.87 -0.5 0.75 -0.5 m 0.67

B26 -0.03 0.06 0.86 -0.6 0.68 -0.8 l 0.69

B5 -0.08 0.06 0.79 -0.9 0.85 -0.1 k 0.48

B47 0.03 0.07 0.85 -0.5 0.57 -0.7 j 0.56

B36 0.04 0.06 0.76 -1.2 0.65 -0.8 i 0.69

B17 -0.15 0.06 0.76 -1.0 0.48 -1.0 h 0.42

B13 -0.10 0.06 0.75 -1.1 0.49 -1.1 g 0.50

B35 0.24 0.07 0.72 -1.1 0.64 -0.5 f 0.67

B23 0.20 0.07 0.68 -1.2 0.41 -1.4 e 0.60

B18 -0.20 0.07 0.68 -1.3 0.46 -1.4 d 0.77

B55 0.10 0.06 0.65 -1.7 0.48 -1.1 c 0.58

B15 -0.14 0.07 0.62 -1.5 0.42 -1.2 b 0.54

B12 -0.12 0.07 0.54 -2.0 0.44 -1.6 a 0.72

PURATA 0.12 0.10 0.97 -0.1 0.88 -0.2

S.P. 0.77 0.27 0.22 0.9 0.35 0.8

(S.E.=ralat piawai; MNSQ=statistik min kuasa dua; ZSTD = skor z; PTMEA CORR=koefisien kolerasi ukuran-titik)

Dapatan menunjukkan bahawa bahawa instrumen penilaian nilai dan etika menunjukkan item

‘Saya amat takut menemui kegagalan’ (B60), ‘Saya mudah mesra dan bekerjasama’ (B27), ‘Saya sentiasa memupuk bakat-bakat yang ada’ (B54), ‘Saya seorang yang cergas dan pantas bekerja’

(B37) dan ‘Saya tidak putus asa’ (B48) dengan ukuran kesukarannya, masing-masing adalah 1.43

(9)

30

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

logit, 1.39 logit, 1.31 logit, 1.29 logit dan 1.23 logit). Ini bermakna guru takut gagal dalam melaksanakan tugas dan sentiasa tidak berputus asa untuk meningkatkan prestasi kerja. Guru dilihat mampu menjalankan tugas dengan baik melalui penerapan nilai dan etika yang disemai dalam jiwa. Oleh itu, pengamalan nilai dan etika dalam kalangan guru adalah penting bagi meningkatkan profesionalisme perguruan.

5.2 Unidimensionaliti

Kajian ini menggunakan analisis komponen utama (PCA) atau dikenali sebagai varians reja terpiawai bagi menunjukkan keseragaman dimensi instrumen yang digunakan (Brentari & Golia 2007). Berdasarkan Jadual 2, nilai varians reja terpiawai mencatatkan sebanyak 51.8% varians mentah dijelaskan dalam instrumen penilaian nilai dan etika. Nilai ini adalah hampir menyamai nilai model yang dijangka iaitu 51.1%. Dapatan ini melepasi batas minimum yang melibatkan 40%

keperluan unidimensi model Rasch (Linacre 2012). Taburan bagi pengukuran item iaitu (14.4%) adalah lebih kecil daripada taburan pengukuran responden iaitu sebanyak (37.4%). Taburan item yang kecil (14.4%) adalah tidak bagus kerana tahap kesukaran item yang dibina tidak begitu mengukur variasi kemampuan responden yang terlibat. Tahap gangguan item seperti yang ditunjukkan oleh nilai varians yang tidak dijelaskan dalam kontras pertama adalah sebanyak 4.2%, iaitu nilai yang dikategorikan sebagai cemerlang dan memadai oleh Fisher (2007).

Jadual 2: Varians reja terpiawai (dalam unit nilai eigen)

Empirikal Model

Jumlah varians mentah dalam cerapan 87.1 100.0% 100.00%

Varians mentah dijelaskan oleh pengukuran

45.1 51.8% 51.10%

Varians mentah dijelaskan oleh responden 32.5 37.4% 36.90%

Varians mentah dijelaskan oleh item 12.5 14.4% 14.20%

Jumlah varians mentah tidak jelas 42.0 48.2%

100.0%

48.90%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 1

3.7 4.2%

8.7%

8.70%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 2

3.4 3.9%

8.1%

8.10%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 3

3.0 3.4%

7.1%

7.10%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 4

2.8 3.2%

6.6%

6.60%

Varians mentah tidak jelas dalam kontras 5

2.6 3.0%

6.1%

6.10%

5.3 Kebebasan Setempat

Kebebasan setempat digunakan untuk menentukan sama ada item terikat atau tidak antara satu sama lain (Mohd Effendi @ Ewan & Ahmad Zamri 2015). Jadual 3 menunjukkan 9 padanan item mempunyai nilai kolerasi residual terpiawai antara 0.45 hingga 0.64 iaitu 2 padanan item dari konstruk yang sama dan 7 padanan dari konstruk yang berlainan. Nilai korelasi kurang daripada 0.70 adalah menepati julat syarat kebebasan setempat (Linacre 2012). Oleh itu, kesemua item tidak bergantung antara satu sama lain.

(10)

31

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Jadual 3: Nilai kolerasi residual terpiawai item

Korelasi Padanan Item

0.64 0.61 0.59 0.55 0.55 0.53 0.51 0.48 0.45

34 B34 41 B41 13 B13 17 B17 13 B13 15 B15 8 B8 12 B12

15 B15 17 B17 41 B41 43 B43 44 B44 54 B54 47 B47 53 B53 36 B36 47 B47 -0.44 6 B6 44 B44

5.4 Indeks kebolehpercayaan dan indeks pengasingan bagi individu dan item

Berdasarkan Jadual 4, nilai indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.91 manakala kebolehpercayaan item pula 0.86. Item-item yang melebihi 0.80 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan baik (Bond & Fox 2015). Kedua-dua nilai ini menunjukkan soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang kuat untuk mengukur nilai dan etika guru. Kebolehpercayaan individu dan item dapat menjelaskan sejauh mana keserasian item kepada model Rasch. Jadual 4 juga memaparkan nilai indeks pengasingan individu adalah 3.19 manakala indeks pengasingan item pula ialah 2.49. Nilai pengasingan yang melebihi 2 adalah dianggap baik dan boleh diterima (Linacre 2012). Ini menunjukkan item-item penilaian nilai dan etika adalah berupaya membuat pengasingan individu mengikut kebolehan dan item mengikut kesukaran (Wright & Masters 1982). Ini membuktikan bahawa item tersebut dapat membezakan kebolehan antara guru. Item pengukuran nilai dan etika telah dapat dibezakan dan bukan terdiri daripada satu kontruk sahaja.

Kedua-dua kebolehpercayaan memaparkan nilai yang dapat membuktikan bahawa sampel yang mencukupi bagi menetapkan indeks kesukaran bagi setiap item (Bond & Fox 2015).

Jadual 4: Indeks kebolehpercayaan dan pengasingan bagi individu dan item

Indeks Pengasingan Indeks Kebolehpercayaan

Individu 3.19 0.91

Item 2.49 0.86

5.5 Pengguguran Item

Dapatan kajian menunjukkan 17 item digugurkan daripada 60 item yang diuji iaitu item 3 (menghargai masa), item 9, 10 (ketekunan membawa kejayaan), item 11 (keseronokan bekerja), item 19 (kemuliaan kesederhanaan), item 22 (ketinggian peribadi), item 29, 30 (kekuatan sifat baik hati), item 31, 32 (pengaruh teladan), item 39, 40 (kewajipan menjalankan tugas), item 42 (kebijaksanaan berhemat), item 49, 50 (keutamaan kesabaran dan item 59 (nikmat mencipta). Item- item ini digugurkan kerana tidak menepati nilai min kuasa dua dan nilai PTMEA Corr kurang 0.30.

(11)

32

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

6. Perbincangan

Secara keseluruhan, analisis kesesuaian item menunjukkan nilai min kuasa dua infit bagi item ialah antara 0.54 hingga 1.43. Sebanyak 17 item bagi instrumen penilaian nilai dan etika berada di luar julat yang dibenarkan. Item-item yang berada di luar julat perlu digugurkan bagi meningkatkan unidimensi konstruk seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan instrumen. Item-item ini adalah item-item yang bermasalah. Nilai PTMEA Corr bagi 17 item itu juga kurang 0.30, ini menunjukkan item-item tidak mengukur konstruk (Bond & Fox 2015). Tujuh belas item telah digugurkan menjadikan item yang tinggal adalah 43 item. Ini menunjukkan bahawa 43 item dapat mengukur konstruk nilai dan etika. Item-item tersebut terdiri daripada konstruk menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran dan nikmat mencipta.

Hasil analisis model Rasch mencatatkan nilai varians reja terpiawai sebanyak 51.1% varians mentah dijelaskan manakala nilai empirikal mencatat nilai 51.8%, iaitu sedikit lebih tinggi dari nilai yang dimodelkan. Justeru, dapatan ini menunjukkan soal selidik penilaian nilai dan etika adalah soal selidik berbentuk unidimensi. Nilai eigen yang tidak dapat dijelaskan pada kontras yang pertama ialah 3.7 iaitu kurang daripada nilai 5. Ini membuktikan tidak wujud dengan jelas dimensi kedua. Tahap gangguan item yang diukur pula adalah 4.2% dan nilai kurang daripada 10%

dalam kontras pertama juga menunjukkan tiada dimensi kedua dari keseluruhan konstruk penilaian nilai dan etika dalam kalangan guru. Nilai ini didapati jauh daripada nilai had terkawal maksimun iaitu 15% (Azrilah et al. 2015).

Analisis data kajian memaparkan 9 padanan item mempunyai nilai kolerasi residual terpiawai antara 0.45 hingga 0.64 iaitu 2 padanan item dari konstruk yang sama dan 7 padanan dari konstruk yang berlainan. Nilai korelasi padanan berada di bawah 0.70 menunjukkan kesemua item dalam penilaian nilai dan etika tidak bergantung antara satu sama lain.

Dapatan kajian mendapati nilai kebolehpercayaan individu mencatatkan nilai 0.91 manakala kebolehpercayaan item pula adalah 0.86. Nilai kebolehpercayaan individu yang melebihi 0.80 adalah tinggi (Bond & Fox 2015). Indeks pengasingan individu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat (3.19) kebolehan individu yang diukur dalam item penilaian nilai dan etika. Hal ini menunjukkan perbezaan atau pengasingan individu dapat mengukur tahap kebolehan dengan pemboleh ubah yang diukur (Bond & Fox 2015; Wright & Masters 1982). Indeks pengasingan item pula ialah 2.49, menunjukkan instrumen penilaian nilai dan etika mengasingkan item kepada dua tahap kesukaran. Nilai indeks pengasingan item dan individu melebihi daripada 2 boleh dianggap baik (Linacre 2012).

7. Kesimpulan

Instrumen penilaian nilai dan etika pada Tonggak Dua Belas jelas menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan analisis model Rasch. Sebanyak 43 item nilai dan etika didapati mempunyai ciri psikometrik item yang baik. Pengujian item pengukuran nilai dan etika menggunakan model Rasch mampu memberikan maklumat yang lebih banyak kepada pengkaji-

(12)

33

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

pengkaji berbanding dengan analisis Teori Ujian Klasik iaitu faktor analisis. Kajian ini menyumbang kepada aspek pengujian item pengukuran nilai dan etika pada Tonggak Dua Belas bagi penggunaannya dalam konteks guru. Ini kerana item pengukuran nilai dan etika adalah sah dan boleh dipercayai dalam mengukur nilai dan etika guru di Malaysia.

Secara signifikan, pengujian item pengukuran ini sangat penting bagi memudahkan para penggubal dasar dan pegawai daripada Unit Integriti Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti tahap pengamalan nilai dan etika dalam kalangan guru. Dapatan kajian membolehkan program pembangunan profesionalisme dan latihan keguruan dirancang dengan lebih berkesan dalam usaha melahirkan guru beretika. Elemen nilai dan etika perlu diterapkan dalam jiwa guru sebagai dorongan dalaman agar guru dapat melaksanakan tugas mendidik pelajar dengan sebaiknya demi memartabatkan profesion keguruan.

Kajian ini juga secara tidak langsung telah memberi maklumat berguna kepada Jabatan Perkhidmatan Awam terutamanya pihak INTAN untuk menggunakan item yang sah dan boleh dipercayai bagi mengenal pasti penjawat awam yang lemah daripada aspek nilai dan etika.

Pengujian item pengukuran nilai dan etika ini dapat mengatasi kekurangan fokus terhadap aspek kekuatan dan kelemahan item pengukuran nilai dan etika pada instrumen Tonggak Dua Belas

Item pengukuran nilai dan etika bagi Tonggak Dua Belas amat diperlukan kerana negara kini berdepan dengan keruntuhan akhlak dan moral yang serius (Mohamad Khairi et al. 2017).

Keruntuhan akhlak yang parah boleh merencatkan kecemerlangan negara (Khalim & Jamil 2011;

Mohd Jamil et al. 2014; Thulasimani 2015). Oleh itu, penggunaan item pengukuran nilai dan etika perlu diperluaskan bagi kegunaan dalam pelbagai sektor pekerjaan khususnya agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Kajian lanjutan boleh dilakukan melalui pengujian kebezaan kefungsian item (DIF) terhadap instrumen penilaian nilai dan etika bagi menambah bukti empirikal. Analisis DIF dijalankan untuk menentukan sama ada skor sesuatu ujian dipengaruhi oleh sumber variasi yang berbeza dalam sampel yang berbeza. Selain itu, teknik model persamaan berstruktur (SEM) boleh digunakan untuk menguji dimensi instrumen penilaian nilai dan etika.

Rujukan

Abdul Muqsith, A., Zaharah, H., Maisarah, A. M., Farazila, Y. & Mohd Ridhuan, M. J. (2017).

Masalah etika dan akhlak pelajar kemahiran kejuruteraan: analisis keperluan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 5(2): 34–45.

Ahmad Sarji, A. H. (1991). Perkhidmatan awam yang berkualiti: Towards quality public service.

Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Ary, D., Jacobs, L. C. & Sorensen, Irvine, C. K. (2018). Introduction to research in education, hlm.

10th Edisi . New York: SAGE Publication Inc.

Azrilah, A. A., Mohd Saidfudin, M. & Zaharim, A. (2015). Asas model pengukuran Rasch:

pembentukan skala & struktur pengukuran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(13)

34

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Baharin, A. & Suzana, M. @ M. (2008). Pengetahuan etika profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM.

Bond, T. G. & Fox, C. (2015). Applying the Rasch model: fundamental measurement in the human sciences, hlm. 3rd Edisi . New Jersey: Lawrence Erlbaum.

Brentari, E. & Golia, S. (2007). Unidimensionality in the Rasch model: how to detect and interpret.

Statistic 67(3): 253–261.

Brown, M. E., Treviño, L. K. & Harrison, D. A. (2005). Ethical leadership: a social learning perspective for construct development and testing. Organizational Behavior and Human Decision Processes 97(2): 117–134.

Buchholz, R. A. (1989). Fundamental concepts and problems in business ethics. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Celik, S. (2011). Characteristics and competencies for teacher educators: addressing the need for improved professional standards in Turkey. Australian Journal of Teacher Education 36(4):

18–32.

Craig, S. B. & Gustafson, S. B. (1998). Perceived leader integrity scale: An instrument for assessing employee perceptions of leader integrity. Leadership Quarterly 9(2): 127–145.

Creswell, J. W. (2012). Educational research: planning, conducting and evaluating, quantitative and qualitative research, hlm. 6th Edisi . Boston: Pearson Education.

De Hoogh, A. H. B. & Den Hartog, D. N. (2008). Ethical and despotic leadership, relationships with leader’s social responsibility, top management team effectiveness and subordinates’

optimism: a multi-method study. The Leadership Quarterly 19: 297–299.

Engelbrecht, A. S. & Heine, G. (2012). The development of the Leadership of Ethics Scale (LES).

Department of Industrial Psychology, University of Stellenbosch.

Ezhar, T., Jamiah, M., Azimi, H., Sidek, M. N., Amini Amir, A., Nurizan, Y., Halimah @ Alma, O., et al. (2005). Inventori Nilai Integriti (InNI): Kesahan dan kebolehpercayaan 1–18.

Fatimah Wati, H., Zahir, M. & Fatimah, O. (2015). Personaliti dan nilai peribadi asas pegawai tadbir diplomatik dalam era transformasi sektor awam. Jurnal Psikologi Malaysia 29(1): 63–

73.

Fazura, M. N. (2011). Faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guru-guru: Kajian di sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur. Open University Malaysia.

Fisher, J. W. P. (2007). Rating scale instrument quality criteria. Rasch Measurement Transactions 21(1): 1095.

Flowers, C. (2006). Confirmatory factor analysis of scores on the clinical experience rubric: a measure of dispositions for preservice teachers. Educational and Psychological Measurement 66(3): 478–488.

Hallinger, P. (2011). A review of three decades of doctoral studies using the principal instructional management rating scale: a lens on methodological progress in educational leadership.

Educational Administration Quarterly 47(2): 271–306.

Ibrahim, J. (2013). Pengaruh perilaku kepimpinan pengetua ke atas tekanan kerja guru sekolah menengah di Melaka. Universiti Malaya.

Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: Penerbit INTAN.

(14)

35

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kalshoven, K., Den Hartog, D. N. & De Hoogh, A. H. B. (2011). Ethical leadership at work questionnaire (ELW): Development and validation of a multidimensional measure. The Leadership Quarterly 22(1): 51–69.

Kementerian Dalam Negeri. (1999). Data penagih dadah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Bilangan guru di daerah negeri Selangor.

Khalim, Z. & Jamil, A. (2011). Etika dan profesionalisme dalam kepimpinan guru di sekolah.

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐5. Pekanbaru, Indonesia: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau.

Kunter, M., Klusmann, U. & Richter, D. (2013). Professional competence of teachers: Effects on instructional quality and professional competence of teachers: Effects on instructional quality and student development. Journal of Educational Psychology 105(3): 805–820.

Lim Huey Fern & Lim Hooi Lian. (2016). Pengesahan instrumen sikap terhadap Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Kedah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(1):

1–13.

Linacre, J. M. (2012). A user’s guide to WINSTEPS: Rasch model computer programs. Chicago:

MESA Press.

Losius Goliong, Abdullah, M. K. & Talin, R. (2016). Kompetensi peribadi, pedagogi, profesionalisme guru sekolah berprestasi rendah bahagian barat dan utara Sabah. Jurnal Pendidikan Nusantara 182–200.

Low Suet Fin, Zainuddin, A. & Ruhani, R. (2016). Standard Guru Malaysia: Tahap pengetahuan guru pelatih PISMP IPG Kampus Ilmu Khas.

Malike, B. (2011). “Yang Menurut Perintah”-nilai penjawat awam 1–12.

Mayer, D. M., Aquino, K., Greenbaum, R. L. & Kuenzi, M. (2012). Who displays ethical leadership, and why does it matter? An examination of antecedents and consequences of ethical leadership. Academy of Management Journal 55(1): 151–171.

McCann, J. & Holt, R. (2009). Ethical leadership and organizations: An analysis of leadership in the manufacturing industry based on the Perceived Leadership Integrity scale. Journal of Business Ethics 87(2): 211–220.

Megat Ayop & Abd Halim. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia : Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society and Space 12 9(9): 138–

149.

Mohamad Khairi, H. O., Mohd Zailani, M. Y., Alis, P. & Nurfasihah, R. (2017). Permasalahan dan cabaran guru dalam membentuk nilai pelajar di sekolah menengah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Special Issue): 1–10.

Mohd Effendi @ Ewan, M. M. & Ahmad Zamri, K. (2015). Pengujian ciri psikometrik item USMEQ-I dalam kalangan pelajar politeknik menggunakan model Rasch. Jurnal Teknologi 1: 251–257.

Mohd Hata, S. (2001). Amalan etika kerja dalam perkhidmatan awam malaysia: satu kajian ke atas kementerian belia dan sukan malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Mohd Ismail, O. (2003). Undang-undang untuk pengetua dan guru besar. Sintok, Kedah: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Jamil, M. R., Said, S. & K Azeez, M. I. (2014). Kompetensi guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran: Suatu pendekatan teknik Fuzzy Delphi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 1(3): 77–88.

(15)

36

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Mohd Ribuan, C. O. (2004). Amalan etika kerja dalam perkhidmatan awam malaysia: satu kajian di kementerian pembangunan usahawan dan koperasi malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Mumtaz Begam, A. K. (2008). Integriti kepemimpinan dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dimensi kemanusian: satu kajian tinjauan di Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPTMa). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 1–8. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Nik Hairi, O., Azmi, A. & Azmi, A. M. (2012). Integriti daripada perspektif pengaduan awam : satu penelitian di JPJ Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 7(13): 141–155.

Nor Salmi, A. Z. & Lim Hooi Lian. (2011). Mengkaji kesahan Inventori Nilai Integriti dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. MEDC Journal 0–30.

Norhalimaton Saadiah, A. (2011). Hubungan antara stres guru pendidikan islam dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran pendidikan islam di sekolah menengah daerah Klang, Selangor.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. New York: McGraw Hill.

Nur Hafizoh, I. & Rohana, H. (2013). Nilai profesionalisme bakal guru berteraskan indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi 60: 31–37.

Rashidi, A., Fakhrul Adabi, A. K. & Ilhamie, A. G. A. (2014). Kemahiran generik: hubungan nilai amanah dengan etika dan moral profesional dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia (MTUN Universiti). Journal of Islamic Education 2(2): 120–133.

Saedah, S. & Mohammed Sani, I. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia 1–44.

Sekaran, U. & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill building approach, hlm.

7th Edisi . New York: John Wiley & Sons, Inc.

Sepikun, M. & Kamarolzaman, N. Z. H. (2011). The effectiveness of monitoring the teaching and learning process at Polytechnic Port Dickson: A Case Study in the Department of Electrical Engineering. Research Report, Department of Research and Innovation Unit & Electrical Engineering.

Sharifah Hayaati, S. I. A.-Q., Ab. Rahman, A. & Mohd Zain, M. I. (2009). Pengukuhan nilai dan profesionalisme di kalangan penjawat awam ke arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah 17(3): 559–592.

Shepard, J. M. (1990). Sociology, hlm. 4th Edisi . New York: West Publishing.

Simons, T., Friedman, R., Liu, L. A. & Parks, J. M. (2007). Racial differences in sensitivity to behavioural integrity: Attitudinal consequences, in-group effects, and “trickle down” among black and non-black employees. Journal of Applied Psychology 92(3): 650–665.

Siti Ernie Haziera. (2011). Amalan Tonggak 12 dan prestasi kerja kakitangan awam: Satu kajian di Universiti Utara Malaysia. Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

Spangenberg, H. & Theron, C. C. (2005). Promoting ethical follower behaviour through leadership of ethics: the development and psychometric evaluation of the Ethical Leadership Inventory (ELI). South African Journal of Business Management 36(2): 1–18.

Sri Sarjana & Nur Khayati. (2016). Pengaruh etika, perilaku, dan kepribadian terhadap integritas guru. Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan 1(3): 379–393.

Thulasimani, M. (2015). Integriti dalam organisasi pendidikan. Institut Teknologi Brunei.

Toffler, B. L. (1986). Tough choice, managers talks ethics. New York: John Wiley & Sons.

Wright, B. D. & Masters, G. N. (1982). Rating scale analysis: Rasch measurement. Chicago:

MESA Press.

(16)

37

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Yukl, G., Mahsud, R., Hassan, S. & Prussia, G. (2011). An improved measure of ethical leadership.

Journal of Leadership & Organizational Studies 20(1): 38–48.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapatan kajian mendapati item-item yang terkandung dalam tiga faktor menggambarkan kesejahteraan psikologi yang masih menyerupai tiga daripada enam dimensi dalam

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai ciri-ciri kandungan lembapan, kandungan protein, kandungan lemak, nilai pH, sineresis,

Kajian ini adalah bertujuan menghasilkan satu instrumen kemahiran generik penilaian pensyarah yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang memenuhi Model Pengukuran Rasch

Ciri kimia tanih pasir di stesen kajian ditunjukkan dalam Rajah 2. Ciri kimia yang ditunjukkan adalah nilai pH dan kekonduksian elektrik. Nilai pH tanih yang rendah

Dapatan kajian menunjukkan bahawa item-item instrumen merentas negara mempunyai keserasian yang baik dengan model pengukuran Rasch dan mempunyai ciri-ciri unidimnsionalti setelah

Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran (IKBAR) dalam kalangan pelajar politeknik menggunakan Model Rasch.. Kajian turut mengkaji hubungan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri–ciri psikometrik item bagi Inventori Kecerdasan Emosi USM atau USMEQ-i menggunakan model Rasch dalam konteks politeknik.. Seramai 151

Mengenal pasti perbezaan kesedaran, pengetahuan, sikap dan kemahiran budaya dalam kalangan guru berdasarkan ciri-ciri guru iaitu: etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang