• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pengesahan instrumen pengukuran masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar Islam: Analisis Penerokaan Faktor (EFA) [Validity and reliability of the instrument disciplinary problem among student: Exploratory Factor Analysis (EFA)]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pengesahan instrumen pengukuran masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar Islam: Analisis Penerokaan Faktor (EFA) [Validity and reliability of the instrument disciplinary problem among student: Exploratory Factor Analysis (EFA)]"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,20(3): 1-7

https://journal.unisza.edu.my/jimk

[VALIDITY AND RELIABILITY OF THE INSTRUMENT DISCIPLINARY PROBLEM AMONG STUDENT: EXPLORATORY FACTOR ANALYSIS (EFA)]

PENGESAHAN INSTRUMEN PENGUKURAN MASALAH DISIPLIN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN PELAJAR ISLAM: ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA)

Noradilah Abdul Wahab1*

Najmi Muhamad2 Mohd Sani Ismail1

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Terengganu, Malaysia

2 Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Universiti Malaysia Perlis, Perlis, Malaysia

*Corresponding author: adilahphd@yahoo.com

Received Date: 25 June 2019 • Accepted Date: 15 September 2019

Abstract

This study aims to review the instruments of mass media influence for disciplinary students in schools. A total of 100 students were involved as respondents in this study. The variables used in this study are based on statistical deterioration of disciplinary problem from Ministry of Education Malaysia (KPM). The data were analyzed descriptively by access Alpha Cronbach reliability and EFA analysis using SPSS software. The results of the analysis show that Alpha Cronbach value is 0.765 which is more than 0.60. Results from the exploration factor analysis show five factors with Eigen values greater than 1.0. The KMO value (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.716> 0.6 indicates the items in the variable of sufficient mass media influence to inter- correlation. While the Bartlett Test was significant (Chi Square 399.265, p <0.05), an anti-image value (Measure of Sampling Adequancy, MSA) for items correlation exceeded 0.6. However, there is one item that needs to be removed because the value obtained is less than 0.60 which is item D12. The value of the total variance explained by these five factors is 61,156. Thus, overall findings show that the items for the disciplinary problem instrument can measure and answer the objective of the study.

Keywords: discipline problems; reliability; factor exploration analysis Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen pengaruh media massa bagi pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah. Seramai 100 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini berdasarkan laporan statistik

©PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 http://dx.doi.org/

(2)

kesalahan disiplin daripada KPM. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.765 iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan lima faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.716 > 0.6 menunjukkan item-item dalam pemboleh ubah pengaruh media massa mencukupi untuk inter-korelasi. Manakala Ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 399.265, p <0.05. nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.6. Walaubagaimanapun, terdapat satu item yang perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.60 iaitu item D12. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh lima faktor tersebut adalah 61.156. Oleh itu, keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen masalah disiplin dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.

Kata kunci: masalah disiplin; kebolehpercayaan; analisis penerokaan faktor

PENDAHULUAN

Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi mempunyai tujuan pendidikan untuk mendidik dalam konteks yang lebih meluas. Selain pendedahan pengetahuan dan intelektual kepada pelajar, pelajar juga harus diberi penekanan dalam aspek disiplin yang merangkumi moral dan sahsiah pelajar (Aminuddin & Siti Noor 2010). Di sekolah, guru berperanan dalam membina sahsiah pelajar yang baik melalui nilai murni bagi melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Selain itu, guru berberanan sebagai pembentuk jati diri pelajar supaya wujud masyarakat yang berketrampilan dari segi sikap, tingkah laku, penampilan dan akhlak yang mulia (Anney 2012).

Hakikatnya, disiplin merupakan peraturan yang ditetapkan bagi melatih individu supaya berkelakuan baik (Anney 2012). Selain itu, disiplin berperanan penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar dan merupakan antara salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan tatasusila, tatatertib, akhlak dan kesopanan (Taniapa 2015). Disiplin merupakan antara aspek penting sebagai penentu kejayaan seseorang individu (Aminuddin & Siti Noor 2010). Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan sikap anak-anak di rumah dan guru-guru pula perlu lebih memahami konsep sebenar tugas guru supaya dapat melahirkan pelajar yang beretika dan berakhlak mulia kerana guru bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, tetapi sebagai pembentuk nilai dan akhlak mulia dalam diri setipa pelajar.

PENYATAAN MASALAH

Permasalahan disiplin dengan golongan pelajar begitu sinonim dalam kehidupan seharian pada hari ini (Aminuddin & Siti Noor 2010) dan isu kemerosotan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar sering menjadi perbincangan hangat dalam pelbagai lapisan masyarakat. Antara masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan oleh golongan pelajar pada hari ini seperti merokok, melawan guru, ponteng, bergaduh, buli (Hassan et al. 2016), mengabaikan kerja sekolah, salah laku lucah (Alavi et al.

Cite as: Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad & Mohd Sani Ismail. 2019. Pengesahan instrumen pengukuran masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar Islam: Analisis penerokaan faktor (EFA). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 20(3): 1-7.

(3)

2012), vandalisma dan melawan guru. Masalah disiplin seperti gangsterisme, ponteng sekolah (Mustaffa

& Jamil 2012; Yahaya et al. 2012), buli, vandalisme, merokok dan memeras ugut berpunca daripada tingkah laku disruptif yang bermula daripada pengawalan kelas yang lemah dan tidak dibendung daripada awal lagi (Ainul et al. 2016).

Mengikut kajian-kajian terdahulu, salah laku ponteng berada pada tahap yang membimbangkan (Rogers 2014). Sesuai dengan pandangan Azimi et al. (2012) kebimbangan yang melanda masyarakat pada hari ini harus segera diatasi kerana salah laku ponteng boleh mempengaruhi kemerosotan akademik dan masa depan pelajar dalam membangunkan generasi yang mementingkan ilmu pada masa akan hadapan. Kemerosotan masalah disiplin, terutamanya masalah ponteng tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara membangun yang lain antaranya United Kingdom (Arthur 2014;

Attwood & Croll 2015; Sutphen et al. 2010), Amsterdam (Woude et al. 2016), Belgium (Berten &

Rossem 2015; Claes et al. 2009) Sweden (Ek & Eriksson 2013; Strand et al. 2016), Finland (Virtanen et al. 2014), USA (Dahl 2016; Gase et al. 2014) dan banyak negara lain lagi.

Masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah disebabkan pelbagai faktor, antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan masalah disiplin, terutamanya ponteng ialah, faktor persekitaran sekolah (Saidi 2010), pengaruh rakan sebaya (Berten & Rossem 2015; Dahl 2016), faktor tekanan hidup, sumber sosial serta kesejahteraan spiritual (Hashim 2016) dan faktor keluarga (Breda 2014; Donkor 2015; Gase et al. 2016; Saleh & Saidi 2015; Steven 2014; Virtanen et al. 2014). Justeru itu, masalah perlanggaran disiplin sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah terutamanya merupakan perkara yang perlu difikirkan dengan lebih serius dan terperinci memandangkan pelajar merupakan pewaris pimpinan negara pada masa akan datang.

Oleh hal yang demikian, pengembelingan tenaga semua pihak adalah perlu untuk memastikan kemerosotan masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat dibendung supaya tidak terus menjadi barah dalam masyarakat. Selain itu juga sebagai merialisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang daripada aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek memerlukan tahap disiplin yang tinggi.

ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA) BAGI KONSTRUK MASALAH DISIPLIN

Jadual 1 menunjukkan setiap item dalam konstruk masalah disiplin yang menggunakan sebanyak 16 item dan dilabelkan sebagai D1 hingga D16. Seterusnya penggunaan skala selang (interval scale) bagi pengukuran item-item adalah di antara satu (1) hingga lima (5).

Jadual 1 Analisis Deskriptif Item Masalah Disiplin

Item Min N

D1 2.09 100

D2 2.11 100

D3 2.15 100

D4 2.90 100

D5 1.67 100

D6 1.95 100

D7 1.53 100

bersambung…

(4)

…sambungan

D8 2.52 100

D9 2.00 100

D10 1.49 100

D11 1.53 100

D12 1.18 100

D13 2.06 100

D14 1.61 100

D15 1.16 100

D16 1.67 100

Valid N 100

Seterusnya Principal Component Analysis (PCA) dalam proses EFA dilakukan dan pengkaji menggunakan varimax rotation bagi konstruk masalah disiplin untuk pengukuran ke atas 16 item. Jadual 2 menunjukkan nilai hasil Ujian Bartlet yang signifikan bagi nilai P kurang daripada 0.05 (P < 0.05).

Manakala nilai bagi pengukuran kecukupan pensampelan (measure of sampling adequacy) daripada Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) adalah 0.716 dan menunjukkan bahawa data yang digunakan dalam kajian ini bersesuaian mengikut prosedur EFA.

Jadual 2 Ujian Bartlett’s dan KMO

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 0.716

Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square 399.265

Df 120

Sig. 0.000

Seterusnya ujian niilai peratusan bagi pengukuran sesuatu konstruk untuk kesemua item-item yang digunakan, adalah berdasarkan kepada total variance explained (jumlah varian yang diterangkan).

Jadual 3 memaparkan secara terperinci bagi total variance explained berdasarkan konstruk Masalah Disiplin. Nilai bagi total variance explained konstruk Masalah Disiplin adalah 61.156%, iaitu melebihi nilai minima 60% yang ditetapkan.

Jadual 3 Total Variance Explained

Component Initial Eigenvalues Extraction Sums of Squared Loadings

Total % of Variance

Cumulative

%

Total % of Variance

Cumulative

%

1 1.037 6.482 61.156 1.037 6.482 61.156

Extraction Method: Principal Component Analysis

Berdasarkan kepada Jadual 3.27, hasil kajian menunjukkan peratusan bagi konstruk Masalah Disiplin. Menurut Zainudin (2012) dan Hoque et al. (2017) untuk mengenal pasti item-item yang digunakan (terpilih) bagi satu komponen tersebut, nilai factor lording (faktor pemberat) perlulah melebihi had nilai minima (0.6). Seandainya nilai faktor pemberat kurang daripada 0.6, maka item tersebut perlu disingkirkan daripada digunakan dalam kajian. Ini kerana item tersebut tidak lagi

(5)

menyumbang kepada pengukuran konstruk.

Jadual 4 memaparkan keseluruhan nilai faktor pemberat bagi satu komponen di dalam konstruk Masalah Disiplin. Nilai pemberat faktor bagi item D12 adalah kurang daripada 0.6 dan perlu disisihkan daripada kajian.

Jadual 4 Faktor Pemberat bagi Konstruk Masalah Disiplin

Konstruk Komponen 1

D1 0.680

D2 0.735

D3 0.767

D4 0.786

D5 0.602

D6 0.793

D7 0.744

D8 0.697

D9 0.762

D10 0.690

D11 0.785

D12 Disisihkan

D13 0.731

D14 0.799

D15 0.821

D16 0.849

Jadual 5 pula memaparkan item-item yang akan digunakan dalam soal selidik dalam kajian ini dan mempunyai nilai faktor pemberat yang melebihi 0.6. Bilangan item bagi konstruk masalah disiplin dalam kajian ini, adalah sebanyak 15 item berbanding 16 item sebelum terdapat satu item yang perlu disisihkan.

Jadual 5 Fakor Pemberat bagi Konstruk Masalah Disiplin Terakstrak

Konstruk Komponen 1

D1 0.680

D2 0.735

D3 0.767

D4 0.786

D5 0.602

D6 0.793

D7 0.744

D8 0.697

D9 0.762

D10 0.690

D11 0.785

bersambung...

(6)

...sambungan

D13 0.731

D14 0.799

D15 0.821

D16 0.849

Setelah pengukuran kesahan dilakukan, pengukuran kepada nilai kebolehpercayaan (reliability) perlu dilakukan ke atas item-item yang digunakan dalam kajian. Nilai kebolehpercayaan ini akan dilihat pada nilai Alpha Cronbach yang diperoleh.

Jadual 6 Nilai Kebolehpercayaan

Bil Item Cronbach's Alpha

1 15 0.765

Jadual 6 memaparkan nilai alpa cronbanch iaitu 0.765 yang diperoleh dan ini menunjukkan keseluruhan item dalam konstruk masalah disiplin boleh diguna pakai dalam kajian ini. Bertepatan dengan DeVellis (2003) dan Nunnally (1978) yang menyatakan bahawa terdapat pengakaji yang menerima nilai pekali pada aras 0.7. Manakala Mohd Majid (2000) menyatakan bahawa nilai pekali alfa Cronbach 0.6 sudah memadai bagi instrumen dalam bidang pengajian sains sosial dan bidang pendidikan. Sekiranya nilai kebolehpercayaan yang diperoleh tinggi, iaitu paling minimum 0.60 menunjukkan nilai konsistensi yang baik (Aliff et al. 2015; Sekaran & Bougie 2013).

KESIMPULAN

Permasalahan disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan dan telah menjadi perbincangan yang hangat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini adalah kerana, perubahan corak perlanggaran disiplin yang telah berubah ke arah yang lebih agresif. Dahulu, corak masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar hanya tertumpu kepada masalah disiplin ringan sahaja, tetapi kini dengan perubahan zaman dan dunia teknologi telah menjadikan masalah disiplin lebih menakutkan. Pelajar pada hari ini telah berani terlibat dengan kes-kes jenayah berat seperti penggunaan senjata berbahaya, penyalahgunaan dadah, buli siber, mengugut dan pelbagai jenayah lain lagi. Justeru itu, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan supaya permasalahan kemerosotan masalah disiplin yang berlaku, terutamanya dalam kalangan pelajar Islam dapat dibendung. Oleh itu, analisis penerokaan faktor terhadap konstruk permasalahan disiplin adalah wajar dilakukan agar item-item yang dikaji benar-benar mengukur apa yang hendak dikaji dan sesuai mengikut keadaan semasa.

RUJUKAN

Ainul Yaqin Abdullah, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. 2016. Pengubahsuaian tingkah laku disruptif menggunakan intervensi “The Good Behavior Game”. ResearchGate.

https://www.researchgate.net/publication/311105220_Pengubahsuaian_Tingkah_Laku_Disrup tif_Menggunakan_Intervensi_The_Good_Behavior_Game [3 April 2019].

Aliff Nawi, Gamal Abdul Nasir Zakaria, Norkhairiah Hashim & Chua, Chy Ren. 2015. Penilaian kualiti modul IPBL: Aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis 11(2): 1-10.

(7)

Aminuddin Hehsan & Siti Noor Muhamad. 2010. Tahap disiplin pelajar sekolah masa kini: Satu kajian di Maahad Ahmadi Tanah Merah. Universiti Teknologi Malaysia Repository.

http://eprints.utm.my/id/eprint/10490/1/TAHAP_DISIPLIN_PELAJAR_SEKOLAH_MASA_

KINI.pdf [5 April 2019].

Anney Zaharazilah. 2012. Tahap pengetuaan dan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di sekolah menengah kebangsaan Daerah Segamat. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Awang, Z. 2012. Research Methodology and Data Analysis. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara Press.

Berten, Berten & Rossem, Ronan Van. 2015. Homophily in adolescence: Is similarity in status cheracteristics associated with similarity in anti-school behaviour? YOUNG 23(1): 76-96.

Day, L., Sutphen, M., Benner, P. & Leonard, V. 2010. Educating Nurses: A Call for Radical Transformation. San Francisco: Jossey-Bass.

De Vellis, R.F. 2003. Scale Development: Theory and Applications. Ed. ke-2. Jil. 26. Thousand Oaks:

Sage Publications.

Gaynor, Attwood & Paul, Croll. 2015. Truancy and well-being among secondary school pupils in England. Educational Studies 41(1-2): 14-28.

Hoque, A.S.M.M, Awang, Z., Jusoff, K., Salleh, F. & Muda, H. 2017. Social business efficiency:

Instrument development and validation procedure using structural equation modelling.

International Business Management 11(1): 222-231.

Junainor Hassan, Salleh Abd Rashid, Suliadi Firdaus Sufahani & Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. 2016.

Buli di kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar: Kajian kes di kawasan Felda Utara Kedah- Perlis, Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia 30(1): 113-125.

Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad &

Noorhasliza Mohd Nordin. 2012. Hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Jurnal of Social Sciences and Humanities 7(1): 131-140.

Lotfi Azimi, A. Vaziri, Sh. & Lotfi Kashani, F. 2012. Relationship between maternal parenting style and child’s aggressive behavior. Proceedia- Social and Behavioral Sciences 69: 1276-1281.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustaffa, Muhammed Sharif & Jamil, Suria Abd. 2012. Mengenal pasti punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: Satu kajian kes. Journal of Educational Psychology &

Counseling, 6: 50-73.

Nunnally, J.C. 1978. Psychometric Theory. Ed. ke-2. New York: Mcgraw-Hill.

Sekaran, U. & Bougie, R. 2013. Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. Ed. ke-6.

New York: Wiley.

Taniapa, Marydevi. 2015. Analisis masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah. Tesis Sarjana. Universiti Perguruan Sultan Idris.

https://www.researchgate.net/publication/311105220_Pengubahsuaian_Tingkah_Laku_Disruptif_Menggunakan_Intervensi_The_Good_Behavior_Game [3 http://eprints.utm.my/id/eprint/10490/1/TAHAP_DISIPLIN_PELAJAR_SEKOLAH_MASA_KINI.pdf [5 Attwood Paul, Croll. 201

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dan memperoleh keberkatan dari Allah s.w.t. Justeru itu kajian ini dilakukan berlandaskan dua faktor ini. Ini kerana

Oleh itu, berdasarkan kepada kenyataan tersebut, satu kajian yang khusus terhadap peranan Pendidikan Islam dalam meningkatkan disiplin pelajar di sekolah- sekolah menengah

Sekiranya sesuatu tingkah laku tidak berdisiplin ataupun tingkah laku bermasalah dilakukan oleh seseorang pelajar secara berulang kali walaupun telah dinasihati, dikaunseling dan

Keempat, kaedah-kaedah yang terdapat dalam disiplin-disiplin ilmu epistemologi Islam dilihat boleh digunakan dalam membina Kaedah Penyelidikan Islam sama ada dalam

Oleh itu, dalam kajian ini menunjukkan pelajar Geografi dalam kalangan pelajar perempuan mendapat skor yang lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki adalah disebabkan

Berikut adalah faktor utama yang dikenalpasti oleh Zulkifli (2000) yang menyebabkan timbul masalah dalam pembentukan ayat dan karangan bahasa Arab di kalangan pelajar

Kajian yang dijalankan oleh Azhar Ahmad (2006) juga menunjukkan masalah akhlak pelajar masa kini dapat dilihat berdasarkan meningkatnya salah laku dalam kalangan pelajar

Justeru, keadaan ini juga berlaku disebabkan oleh masalah kesukaran pelajar untuk memahami logik penyelesaian bagi setiap masalah pengaturcaraan yang diberikan.Untuk