• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Di Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Di Sekolah Rendah"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik

Di Sekolah Rendah

(Level of Application and Understanding of Mathematics Teachers on High Order Thinking Skills (HOTS) in Teaching Mathematics at

Primary School)

Maxwell Aling1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99527@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) oleh guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Sampel kajian dipilih seramai 120 orang guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang kaji selidik.

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data.

Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian medapati tahap penerapan KBAT guru matematik dalam PdP berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50. Dapatan kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan skor min secara keseluruhan ialah 3.80 menjelaskan bahawa tahap kefahaman KBAT para guru matematik berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian ini ialah dapat membantu mengatasi dan memperhalusi segala kepincangan yang berlaku dalam proses penerapan KBAT di sekolah serta memberikan impak besar kepada murid di sekolah di mana mereka akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan semasa selaras dengan pembangunan pesat dunia pendidikan.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Guru Matematik Sekolah Rendah, Penerapan, Kefahaman

Abstract: This study aims to determine the level of application and understanding of primary school mathematics teachers from Bintulu, Sarawak on high order thinking skills (HOTS). A total of 120 primary school mathematics teachers from Bintulu, Sarawak was chosen as the sample. This study used a survey method. The instrument used in this study was questionnaires.

Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0 for descriptive data description. Descriptive statistics were used to determine the mean, standard deviation, frequency and percentage. The results showed that the mean value for the level of HOTS application in primary school mathematics teachers (mean = 3.50) shows the means value is at high level. Similar results showed the mean value for the level of understanding (mean = 3.80) mathematics teachers about HOTS are at a high level. The implications of this study are to overcome and refine all the shortcomings that occur in the process of implementing HOTS in schools as well as give a big impact to students in schools where they will always be well guided and in line with current developments in line with the rapid development in education.

(2)

Keywords: High Order Thinking Skills (HOTS), Primary School Mathematics Teachers, Application, Understanding

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sehubungan itu, KBAT sudah tidak asing lagi dalam bidang pendidikan di Malaysia. Namun begitu, para guru menghadapi beberapa kekangan dalam mengharungi perubahan dan proses menyesuaikan diri dalam usaha mengintegrasikan KBAT sepenuhnya di bilik darjah. Pada abad ke-21ini, pelajar dikehendaki menguasai kemahiran berfikir untuk menghadapi banyak situasi yang timbul di dunia nyata. Munurut mendefinisikan Kemahiran Berfikir Tertinggi (KBAT) sebagai penggunaan potensi minda untuk menghadapi cabaran baru. Oleh itu, seseorang perlu memahami KBAT, menterjemahkan, menganalisis, dan memanipulasi maklumat. Tinjauan ini dilakukan untuk menganalisis penerapan dan kefahaman guru dalam mengintegrasikan KBAT di sekolah.

Melalui PPPM 2013-2025, pelbagai program pembangunan profesionalisme keguruan direncanakan untuk meningkatkan kualiti guru. Majoriti program dilaksanakan di peringkat sekolah disebabkan lebih menunjukkan hasil dan peningkatan tahap kemahiran guru. Menurut Goetsch (2002), latihan penting supaya kemahiran pekerja lebih mantap, pengetahuan semakin luas, kompetitif, sentiasa terbaik dan selari dengan perubahan. Oleh itu, pengetahuan guru dalam KBAT akan meningkat jika guru diberi latihan yang relevan. Pengajaran guru perlu ada integrasi KBAT dan melakukan pentaksiran yang berkesan terhadap murid-murid. Menurut Sharifah Nor et al. (2012), guru menyedari tentang kepentingan aspek pengajaran dan pembelajaran KBAT meskipun pengetahuan dan kemahiran mengintegrasikan KBAT mereka masih pada tahap yang rendah dalam pengajaran.

Selain itu, pelbagai latihan dan bengkel berkaitan dengan KBAT telah dilaksanakan sepanjang pelaksanaan KBAT di semua peringkat seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga di sekolah. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan murid masih belum menguasai pengetahuan KBAT dengan baik. Hal ini kerana tanggapan para guru bahawa KBAT adalah sukar dan susah untuk dijalankan. Tambahan pula, guru yang terpilih untuk menghadiri kursus berkaitan dengan KBAT gagal untuk membuat perkongsian yang baik di peringkat sekolah dan tidak ada perancangan yang sistematik sebagai langkah penambahbaikan.

2. Kajian Lepas

Kajian Dalam zaman transformasi kurikulum pendidikan melalui PPPM 2013-2025, KBAT merupakan satu cabang kemahiran berfikir yang dijadikan fokus utama bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan kritikal supaya mampu memberi saingan di peringkat global (Zaidir et al. 2019). Oleh itu, Shairah et al. (2017) menyatakan bahawa guru merupakan tonggak utama mengintegrasi KBAT dalam PdP matematik di sekolah. Kesediaan guru dalam melaksanakan KBAT dalam PdP penting kerana guru bertindak sebagai peneraju PdP mempersiapkan diri untuk penerapan KBAT.

Sehubungan itu, beban tugas guru semakin bertambah dalam usaha untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Menurut Abdul Rashid (2016), guru berhadapan dengan banyak pembaharuan

(3)

dalam bidang pendidikan sehingga terpaksa mengharungi halangan yang besar. Hal ini kerana guru perlu merancang kaedah pengajaran yang berkualiti bagi memastikan bahawa pengajaran tersebut dapat mendorong pemikiran kreatif dan kreatif dalam kalangan murid.

Tambahan pula, Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017) menyatakan bahawa pengetahuan, kemahiran serta sikap guru akan menjadi penentu dalam menjayakan pelaksanaan elemen KBAT dalam proses PdP. KPM perlu terus menyokong dan membangunkan tahap profesional guru yang lebih khusus untuk menambah pengetahuan dan kemahiran KBAT dalam kalangan guru bagi menjayakan pelaksanaan KBAT ini

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah seperti berikut:

i. Menentukan kekerapan guru Matematik sekolah rendah dalam menerapkan KBAT dalam PdP.

ii. Menentukan tahap kefahaman guru Matematik tentang KBAT.

4. Metodologi

Kajian tinjauan ini melaksanakan prosedur penyelidikan kuantitatif yang memerlukan pengkaji menjalankan tinjauan ke atas sampel atau populasi bagi memerihalkan sikap, pendapat, kelakuan atau watak subjek kajian (Creswell, 2005). Menurut Babbie (2001), kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk mengutip data yang asli daripada sebuah populasi yang besar menggunakan teknik pensampelan dan hasil dapatan dapat digeneralisasikan dari sampel kepada populasi. Oleh itu, penggunaannya reka bentuk ini sangat sesuai kerana menyeluruh, mudah dikendalikan, data dikutip dengan tepat, penglibatan saiz sampel yang besar, maklumat secara terus, pemerihalan kejadian semula jadi dan keputusan kajian berupaya digeneralisasikan. Rajah 1 menunjukkan metodologi kajian ini.

Rajah 1: Metodologi Kajian Tahap Penerapan KBAT dan Tahap Kefahaman KBAT dalam PdP Guru Matematik di Sekolah Rendah

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi merupakan individu dalam kumpulan yang memiliki ciri dan kriteria yang sama dengan tujuan kajian dijalankan (Creswell, 2005). Sampel pula adalah subkumpulan daripada populasi sasaran yang hendak dikaji bertujuan untuk melakukan generalisasi ke atas populasi kajian. Para guru mata pelajaran matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak dipilih menjadi

1. MEMBINA INSTRUMEN KAJIAN

2. SOAL SELIDIK

Menentukan kekerapan guru Matematik sekolah rendah dalam menerapkan KBAT dalam PdP dan Menentukan tahap kefahaman guru Matematik tentang KBAT.

3. HASIL

Data dianalisis menggunakan SPSS. Data akan dianalisis secara deskriptif dalam frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.

(4)

populasi kajian. Sejumlah 120 orang guru matematik sekolah rendah dijadikan sebagai sampel kajian. Oleh itu, jadual penentu saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan untuk menentukan saiz sampel digunakan dalam kajian ini.

Instrumen Kajian

Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diolah daripada instrumen kajian yang dijalankan oleh Mohamad Zaidir Zainal Abidin dan Kamisah Osman dengan Tajuk kajiannya ialah Tahap pengetahun, pemahaman, kemahiran dan pelaksaanaan guru sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bagi memenuhi keperluan kajian ini, soal selidik telah diubahsuai oleh pengkaji.

5. Dapatan Kajian

Demografi Responden

Populasi dalam kajian ini merupakan para guru yang mengajar mata pelajaran matematik sekolah rendah di Bintulu. Sampel kajian dipilih iaitu seramai 120 orang guru matematik sekolah rendah. Oleh itu, jadual penentu saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) dipilih bagi memastikan saiz sampel yang sesuai. Profil responden dalam kalangan guru dihuraikan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam borang soal selidik. Melalui hasil analisis deskriptif yang sudah dilakukan, kajian menunjukkan 35% merupakan sampel guru lelaki yang bilangannya 42 orang, manakala sampel guru perempuan ialah sebanyak 65% iaitu seramai 78 orang guru perempuan. Dapatan menjelaskan bilangan sampel guru lelaki adalah kurang bilangannya berbanding dengan bilangan guru perempuan.

Analisis juga memaparkan 30.8% guru matematik yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 37 orang. Kemudian, kumpulan guru berumur 36 hingga 45 tahun pula adalah 59.2% iaitu seramai 71 orang dan 10% bagi lingkungan yang berumur 45 tahun ke atas iaitu seramai 12 orang sahaja.

Hasil analisis menunjukkan 88.30% orang guru mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu seramai 106 orang guru. Sementara itu, seramai 14 orang guru mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) dengan 11.70%. Guru yang mengajar di SK lebih ramai berbanding dengan guru yang mengajar di SJKC.

Seterusnya, analisis mendapati seramai 65 orang (54.20%) guru berkhidmat di kawasan bandar.

Manakala 19.20% iaitu seramai 23 orang guru mengajar di sekolah luar bandar dan 26.70%

iaitu seramai 32 orang guru mengajar di sekolah pedalaman.

Seterusnya, analisis berdasarkan kelulusan profesional tertinggi yang menunjukkan guru hanya memiliki Sijil Perguruan iaitu seramai 2 orang dengan 1.70%, guru memiliki Diploma Pendidikan pula seramai 23 orang dengan 19.20%. Seramai 83 orang guru memiliki Ijazah Pendidikan merupakan bilangan yang paling tinggi dengan 69.20%. Tambahan pula, seramai 12 orang guru berkelulusan Sarjana Pendidikan dengan peratusannya hanya 10.00%. Manakala tiada guru yang memiliki kelulusan profesional tertinggi lain-lain.

Analisis juga menunjukkan 70.0% guru yang bidang pengkhususannya adalah mata pelajaran Matematik iaitu seramai 84 orang, manakala terdapat 30.0% guru bukan daripada bidang pengkhususan dalam mata pelajaran Matematik yang mengajar mata pelajaran Matematik dengan bilangannya seramai 36 orang. Hal ini menunjukkan lebih daripada separuh bilangan guru yang bidang pengkhususannya adalah matematik.

(5)

Dari segi pengalaman mengajar, analisis mendapati seramai 8 orang guru (6.70%) mempunyai pengalaman kurang daripada 3 tahun mengajar subjek Matematik, seramai 23 orang (19.20%) mengajar dalam tempoh 4 hingga 10 tahun, seramai 49 orang (40.80%) berpengalaman selama 11 hingga 15 tahun, seramai 37 orang (30.80%) adalah 16 hingga 20 tahun dan terdapat 3 orang (2.50%) guru yang telah mengajar subjek Matematik dalam tempoh 21 tahun ke atas.

Dari segi analisis darjah yang diajar, seramai 37 orang guru dengan peratusan sebanyak 30.80%. yang mengajar tahap satu (darjah 1 hingga 3). Manakala, 83 orang guru dengan 69.20% yang mengajar tahap dua i(darjah 4 hingga 6). Hal ini membuktikan lebih ramai guru matematik yang mengajar tahap 2 berbanding dengan guru matematik yang mengajar tahap 1.

Analisis juga menujukkan terdapat beza sebanyak 35% (67.50% - 32.50% = 35%) antara guru yang sudah mengikuti kursus berkaitan dengan KBAT dengan guru yang tidak pernah mengikuti kursus tersebut. Seramai 81 orang guru yang telah mengikuti kursus dengan peratusannya ialah 67.50% manakala 39 orang guru yang tidak pernah mengikuti kursus KBAT iaitu 32.50%. Profil responden kajian secara frekuensi dan peratusan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

(6)

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Analisis Deskriptif

Dalam konteks kajian ini, analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan untuk membuat analisis pemboleh ubah kajian. Pemboleh ubah bagi kajian ini ialah tahap penerapan dan kefahaman KBAT guru matematik di sekolah rendah. Oleh itu, skor purata min telah diinterpretasi kepada 5 tahap selaras dengan interpretasi skor min yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) pada tahun 2006. Hal ini supaya tahap nilai purata min bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji dapat diketahui. Jadual 2 menunjukkan Interpretasi skor min.

Jadual 2:Interpretasi skor min

Skor Purata Interpretasi

1.00 – 1.89 Sangat Rendah

1.90 – 2.69 Rendah

2.70 – 3.49 Sederhana

3.50 – 4.29 Tinggi

4.30 – 5.00 Sangat Tinggi

Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratus (%)

Jantina Lelaki 42 35.00

Perempuan 78 65.00

Umur 26 – 35 tahun 37 30.80

36 – 45 tahun 71 59.20

46 tahun ke atas 12 10.00

Jenis Sekolah SK 106 88.30

SJKC 14 11.70

SJKT 0 0

Lokasi Sekolah Bandar 65 54.20

Luar bandar 23 19.20

Pedalaman 32 26.70

Kelulusan Profesional Tertinggi

Sijil Perguruan 2 1.70

Diploma Pendidikan 23 19.20

Ijazah pendidikan 83 69.20

Sarjana Pendidikan 12 10.00

Lain- lain 0 0

Bidang Pengkhususan Matematik 84 70.00

Lain-lain opsyen 36 30.00

Pengalaman Mengajar Kurang 3 tahun 8 6.70

4 – 10 tahun 23 19.20

11 – 15 tahun 49 40.80

16 – 20 tahun 37 30.80

21 tahun ke atas 3 2.50

Darjah Yang Diajar Tahap 1 (Darjah 1 – 3) 37 30.80

Tahap 2 (Darjah 4 – 6) 83 69.20

Pernah Hadiri Kursus KBAT

Ya 81 67.50

Tidak 39 32.50

(7)

Tahap Penerapan KBAT Dalam PDP Matematik

Secara keseluruhan, Jadual 3 menunjukkan skor min ialah 3.50 iaitu berada pada tahap yang tinggi dengan nilai sisihan piawai 0.89.

Jadual 3: Tahap Penerapan KBAT dalam PDP Matematik

No Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 1 Guru menjalankan aktivti KBAT dalam PdP.

2 Guru memberikan soalan-soalan KBAT semasa PdP.

3 Guru menggalakkan murid bertanya banyak soalan.

4 Guru melibatkan murid secara aktif dalam PdP bagi KBAT.

5 Guru meminta murid mencari jalan alternatif utnuk menyelesaikan masalah.

6 Guru meminta murid menggunakan peta pemikiran i-Think.

7 Guru menggalakkan murid memberikan idea dan pendapat.

8 Guru menggalakan murid melontarkan idea baru.

9 Guru menilai perkembangan murid dalam KBAT.

10 Guru membri maklum balas yang berkesan kepada murid bagi tujuan mereka mempelajari KBAT.

Keseluruhan 3.50 0.89 Tinggi

Tahap Kefahaman KBAT Dalam PDP Matematik

Analisis data seperti Jadual 4 menunjukkan skor min secara keseluruhan bagi aspek kefahaman KBAT guru-guru matematik dalam PDP matematik. Skor min secara keseluruhan ialah 3.80 iaitu berada di tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.60.

Jadual 4: Tahap Kefahaman Guru Matematik Tentang KBAT dalam PdP

No Item Min Sisihan

Piawai

Tahap 1 Guru memahami konsep pelaksanaan KBAT dalam PdP.

2 Guru memahami cara untuk mengaplikasikan KBAT dalam setiap topik Matematik.

3 Guru memahami setiap fungsi alat-alat berfikir yang boleh digunakan dalam KBAT.

4 Guru memahami aspek penggunaan konsep i-Think dalam pengajaran Matematik.

5 Guru memahami aras kognitif dalam KBAT.

6 Guru memahami ciri-ciri item rutin dalam KBAT.

7 Guru memahami ciri-ciri item bukan rutin dalam KBAT.

8 Guru boleh membentuk soalan matematik yang KBAT.

9 Guru boleh menentukan ciri-ciri soalan KBAT.

10 Guru boleh melaksanakan penyoalan secara KBAT.

Keseluruhan 3.80 0.60 Tinggi

6. Perbincangan, Implikasi Dan Cadangan

Tahap Penerapan KBAT Dalam PDP Matematik

Kajian ini telah membuktikan tahap penerapan KBAT oleh guru matematik sekolah rendah di Bintulu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Kajian mendapati tahap penerapan KBAT oleh para guru matematik dalam PdP menunjukkan skor min ialah 3.50 dan

(8)

sisihan piawai ialah 0.89 dan dinterprestasi pada tahap yang tinggi. Berbeza pula dengan dapatan kajian Zaidir et al. (2019) yang membuktikan tahap pemahaman guru Sains terhadap KBAT dinterpretasikan pada aras yang sederhana dengan skor min ialah 3.39 dengan sisihan piawai ialah 0.321. Kesimpulan dari kajian itu, kefahaman guru matematik terhadap KBAT akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian tersebut secara keseluruhannya menunjukkan tahap penerapan KBAT dalam PdP Sains masih belum dikategorikan sebagai tahap yang tinggi. Oleh itu, penerapan KBAT dalam PdP amat mempengaruhi keberkesanan PdP yang dijalankan.

Disamping itu juga, penerapan elemen KBAT dalam pelaksanaan PdP yang akan mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar. Antara aktiviti yang dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid ialah wujud kumpulan untuk membuat perbincangan, pembentangan dan pentaksiran rakan sebaya. Dalam masa yang sama, guru berperanan menjadi fasilitator di dalam kelas. Melalui hasil dapatan kajian ini, analisis menunjukkan bahawa penerapan berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50 dan sisihan piawai ialah 0.89. Hal ini menunjukkan responden sudah memberikan yang tebaik dalam PdP matematik mereka berkaitan dengan KBAT. Selaras dengan Habib (2005) yang berpendapat bahawa penglibatan guru dengan perubahan kurikulum akan bersedia untuk lebih kreatif dan inovatif jika guru berpengetahuan luas dan memiliki kemahiran dalam menjalankan pengajaran. Hasil kajian yang diperoleh adalah bertentangan dapatan yang diperoleh oleh Hashim dan Hussein (2003) yang menunjukkan para guru kurang menerapkan KBAT dalam PdP di bilik dalam kelas. Hal ini dibuktikan dalam kajian Balakrisnan (2002) yang menyatakan guru-guru yang sudah mengikuti kursus KBKK tetapi mereka masih kurang yakin untuk menyampaikan pengajaran yang memasukkan elemen KBKK kerana terdapat faktor-faktor yang tertentu.

Begitu juga dengan pelaksanaan KBAT dalam PdP guru matematik di mana mereka perlu yakin untuk melaksanakannya dalam bilik darjah. Hakikatnya, masih terdapat juga guru yang sudah mengikuti kursus berkaitan dengan KBAT tetapi mereka kurang yakin dari segi pelaksanaannya di dalam bilik darjah.

Tahap Kefahaman KBAT Dalam PDP Matematik

Berdasarkan dapatan kajian yang telah perolehi, skor min secara keseluruhan ialah 3.80 dan dinterpretasikan pada tahap yang tinggi dengan sisihan piawai 0.60. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman KBAT para guru matematik di Bintulu berada pada tahap yang tinggi.

Menurut Turner (2013), pengetahuan seseorang guru bukan hanya berkaitan tentang pengajaran di bilik darjah tetapi juga berkaitan dengan perancangan, penilaian dan pemikiran yang bermatlamat, mempunyai tujuan dan nilai pendidikan serta campuran pelbagai asas pengetahuan. Kajian Zaidir et al. (2017) menunjukkan bahawa tahap pemahaman guru Sains terhadap KBAT adalah pada tahap yang sederhana dengan skor min ialah min = 3.39 dan sisihan piawai ialah 0.32. Oleh itu, pelaksanaannya juga berada pada tahap yang sederhana.

Pendapat tersebut disokong oleh Jamilah Ahmad et al. (2011) yang menyatakan bahawa pengetahuan merupakan kapasiti untuk memperoleh, mengekal dan mengaplikasikan maklumat pelbagai gabungan kefahaman, pengalaman, kearifan dan kemahiran.

Selain itu, kajian Sharifah Nor et al. (2016) menunjukkan responden kajiannya berpengetahuan yang umum sahaja tentang KBKK. Menurutnya lagi, guru tidak mengetahui secara mendalam berkaitan dengan KBKK, tidak menggunakan kemahiran secara terancang dan tidak mengikut ketetapan KBKK yang telah ditetapkan di dalam dokumen KBKK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun mereka mempunyai kesedaran tinggi terhadap tahap penggunaan KBKK. Selain itu, guru harus mahir dalam menjalankan strategi dan teknik pengajaran agar pelaksanaan PdP KBAT lebih berkesan. Zamri (2013) turut menyokong

(9)

bahawa strategi pengajaran penting dalam mencapai objektif PdP guru dengan menerapkan pelbagai pendekatan seperti pendekatan berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Hal ini kerana guru memerlukan pengetahuan sebagai asas dalam mengendalikan PdP. Tambahan pula, Ishak (2006) menyatakan bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan menguasai kandungan, ilmu pedagogi, pengetahuan pelajar serta pembelajaran supaya objektif PdP dapat dicapai dengan mudah. Natijahnya, guru matematik dapat mengaplikasikan KBAT dalam PdP matematik dengan lebih baik sekiranya mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang konsep KBAT. Oleh itu, para guru matematik harus mendalami konsep KBAT agar dapat melaksanakannya dengan berkesan dalam PdP matematik.

Implikasi kajian

Implikasinya, kajian ini dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengetahui tahap pelaksanaan KBAT di peringkat sekolah.

Sehubungan itu, segala cabaran dan halangan dapat diselidiki dan dibincangkan secara mendalam berkaitan dengan pelaksanaan KBAT. Hal ini kerana penerapan KBAT di sekolah bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu, perlunya kajian serperti ini untuk mengatasi dan memperhalusi segala kepincangan yang berlaku dalam proses penerapan KBAT di sekolah.

Seterusnya, kajian ini akan memberikan impak besar kepada murid di sekolah di mana mereka akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan semasa selaras dengan pembangunan pesat dunia pendidikan. Hubung kait antara tahap kefahaman guru dengan tahap penerapan KBAT di sekolah sudah pasti akan menggambarkan pencapaian murid secara kasar terhadap kemahiran KBAT murid dalam mata pelajaran matematik.

Cadangan kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk kajian yang akan dilakukan di masa hadapan bertajuk Tahap Kefahaman dan Kekerapan Guru Matematik Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik Bagi Sekolah Menengah di Bintulu. Dengan harapan kajian sebegini dapat dilaksanakan bagi guru matematik di sekolah menengah. Menurut Zaidir et al. (2019), kita perlu mengenalpasti tahap keupayaan guru dalam membimbing murid mereka agar segala matlamat penting dapat dikecapi dalam arena pendidikan. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa positif dalam melaksanakan segala dasar pendidikan dalam usaha mencapai kegemilangan. Kajian seperti ini akan dapat memperkasakan pelaksanaan KBAT bukan sahaja di peringkat akar umbi, malah di peringkat sekolah menengah dan juga Pendidikan tinggi.

Selain itu, kajian ini bukan sahaja dapat dilaksanakan ke atas guru di sekolah tetapi boleh juga dilaksanakan ke atas murid-murid di sekolah. Hal ini kerana tahap kefahaman dan kekerapan murid juga perlu dikenalpasti. Selama ini, guru hanya melakukan ujian KBAT dan meberikan soalan KBAT kepada murid tetapi tidak pernah mengetahui tahap kefahaman mereka. Oleh itu, pengkaji akan dating boleh membuat kajian untuk mengetahui Tahap Kefahaman dan Kekerapan Murid Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik di sekolah.

7. Kesimpulan

KBAT merupakan cabang daripada kemahiran berfikir yang diberi keutamaan dalam mentranformasikan kurikulum pendidikan melalui PPPM 2013-2025. Hal ini bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan kritikal supaya mampu memberikan saingan di peringkat global.

Walau bagaimanapun, kelemahan pemikiran aras tinggi turut berlaku dalam kalangan guru dan

(10)

bukan hanya terdapat dalam kalangan pelajar di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah integrasi kemahiran berfikir guru dalam PdP matematik. Antaranya ialah berpunca daripada tahap kesediaan guru yang rendah dalam pelaksanaan KBAT.

Sehubungan itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan KBAT semasa PdP seperti membuat pendedahan awal.

Contohnya ialah menjalankan kursus atau bengkel secara lebih komprehensif kepada guru yang berkaitan dengan KBAT. Seterusnya, kesediaan guru terhadap KBAT dapat dipertingkatkan dengan mewujudkan latihan secara berterusan. Hal ini agar guru-guru dapat mengaplikasikan teknik dan kaedah KBAT dengan lebih sistematik dalam PdP matematik. Jika tidak, kesukaran akan berlaku dalam menyebatikan elemen KBAT dalam PdP disebabkan cetek pengetahuan berkaitan dengan KBAT. Tambahan pula, tempoh pelaksanaan kursus perlu diteliti supaya para guru berjaya memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap secara maksimum.

Guru perlu memberikan komitmen yang tiggi supaya matlamat negara dalam mewujudkan generasi yang memiliki aras pemikiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat global dapat dicapai. Oleh itu, para guru harus mempunyai kesediaan dalam pelbagai aspek pengetahuan meliputi pengetahuan asas dalam KBAT, pengetahuan pedagogi merangkumi ilmu KBAT, pengetahuan dalam kemahiran membina item KBAT, pengetahuan dari segi pentaksiran supaya PdP yang berkesan mampu dilaksanakan. Apabila para guru mempunyai tahap kefahaman, pengetahuan dan pelaksanaan yang tinggi, matlamat negara untuk membangunkan modal insan yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi sudah pasti boleh diwujudkan.

Rujukan

Abdul Rashid, Z. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT. Retrieved from

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9086/1/Zarina_Abdul_Rashid.pdf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

Balakrishan, G. (2002). Penilaian pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam mata pelajaran Sejarah KBSM tingkatan 4: Satu kajian kes di daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bisset. (2013). Expert teaching: Knowledge and pedagogy to lead the profession.

Routledge.

Creswell, John W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Goetsch, D.L. (2002). Effective Supervision: A Guidebook for Supervisors, Team Leaders and Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.

Habib, Som Mat. (2005). "Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum." PhD diss., Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Ishak, Z. (2006). Psikologi pendidikan: Realiti pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Masalah Pendidikan, 29: 27-36.

Jamilah Ahmad et al. (2011). Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding Environmental Issues. Akademika, 81 (3)(3), 103–115. Retrieved from http://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/488/4137

Krejcie, Robert V, and Daryle W. Morgan. (1970). "Determining sample size for research activities." Educational and psychological measurement 30, no. 3 (1970): 607-610 Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(11)

(KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah.

International Journal of Education and Training (InjET), 3(2), 1–7. Retrieved from http://www.injet.upm.edu.my

Rosnani Hashim & Suhailah Hussien. (2003). The teaching of thinking in Malaysia. 1st Edition. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Shairah et al. (2017). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 1(2017), 140–146.

Sharifah Nor, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, and Aliza Ali. (2016).

"Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Secara Kritis dan Kreatif." Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2, no. 2 (2016): 19- 31.

Zahari. (2006). "Psikologi Pendidikan: Realiti Pengajaran dan Pembelajaran [Educational psychology: reality of teaching and learning]." Masalah Pendidikan 29 (2006): 27-36.

Zaidir, M. et al. (2019). Akademia Baru Journal of Advanced Research in pelaksaanaan guru sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Level of knowledge, understanding, skills and performance of science teachers on higher order thinking skills) (January).

Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengukur tahap efikasi kendiri dan kemahiran berbahasa Inggeris guru-guru Sains dan Matematik dan untuk menyiasat

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran guru sekolah luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam pendidikan STEM adalah pada tahap yang rendah iaitu secara

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Asyrani Abdul Samat dan Roslinda Rosli (2020) tentang persepsi Guru Matematik terhadap Buku Teks Matematik Sekolah Rendah,

Objektif kajian ini adalah mengkaji sejauhmana tahap penguasaan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan, kemahiran pedagogi dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru RBT sekolah rendah

Dapatan kajian ini dibuat spekulasi untuk membantu guru sekolah rendah Cina mengaitkan cabaran dan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru bahasa Melayu terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan

Hasil kajian menunjukkan kesedaran terhadap literasi maklumat adalah rendah dikalangan peserta kajian.Kebanyakan guru dan pelajar tidak tahu tentang kemahiran ini dan tahap