• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah

(Impact Of Rural Development On The Well-Being Of Community in Sabah)

Elizebeth Gustin1, Dayangku Aslinah Abd. Rahim1*

1 Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

*Pengarang Koresponden: asdayang@ums.edu.my

Accepted: 15 December 2020 | Published: 28 December 2020

________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembangunan boleh memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi sesebuah kawasan. Pembangunan yang berlaku sama ada di bandar atau di luar bandar juga boleh mengubah landskap sesebuah tempat sama ada merangkumi sudut ekonomi, pendidikan, sosial, politik mahupun infrastruktur. Kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kesan pembangunan yang berlaku di pekan Botition, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Beluran, Sabah kepada kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Terdapat pembangunan yang berlaku di pekan ini sejak beberapa dekad yang lalu dan ia menunjukkan perubahan yang ketara dari segi fizikal kawasan dan gaya hidup penduduk setempat. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, seramai 152 responden telah terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini mendapati terdapat kedua-dua kesan iaitu kesan positif dan juga negatif kepada penduduk setempat, akibat daripada sebaran pembangunan di kawasan luar bandar ini. Kesan positif yang didapati berdasarkan persepsi penduduk dalam kajian ini ialah mereka berupaya menggunakan kemudahan infrastruktur yang disediakan di pekan Botition, Beluran, demi kelangsungan dan kesenangan hidup mereka. Kemudahan infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti jalan raya, sungai, air, letrik dan kedai-kedai runcit barangan harian. Manakala dari sudut negatif pula, penduduk merasakan berlakunya peningkatan bilangan penduduk asing di kawasan pekan Botition yang membawa kepada persaingan dalam ekonomi serta berlakunya penurunan kualiti alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara menurut persepsi penduduk setempat. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan disarankan dapat mengambilkira kepada kelestarian dalam aspek sosial penduduk dan kemapanan persekitaran fizikal apabila membuat pelan tindakan dalam membangunkan kawasan luar bandar. Kajian ini boleh dilanjutkan dengan melihat kepada kesan pembangunan luar bandar kepada kesejahteraan penduduk setempat dalam beberapa tahap: sebelum, semasa dan selepas; selain cuba mengetahui mengenai jangkaan dan keperluan mereka terhadap sesuatu pembangunan.

Kata kunci: Pembangunan luar bandar, kesejahteraan hidup, Sabah

Abstract: Development can affect the socio-economic environment of one area. Development that occurs in urban and rural areas can change its background landscapes either in economy, educational, social, political or infrastructure. This research paper aims to discuss the impact of development that occurs in Pekan Botition, a small town located in the district of Beluran, Sabah to the life well-being of the local community. There has been a significant development that took place in this town over the past few years and it shows changes in terms of physical area and lifestyle of the locals. By using questionnaires, a total of 152 respondents were involved in this study. This study found that there are both positive and negative effects on the

(2)

local community, as a result of the spread of development in this rural area. The positive effect found based on the perception of the respondents in this study is that they are able to use the infrastructure facilities provided in Pekan Botition, Beluran, for the convenience and enjoyment of their lives. The infrastructure facilities include roads, rivers, water, electricity and daily grocery stores. On the negative side, the residents feel that there is an increase in the number of foreigners in the area of Botition town which leads to a competition in the economy as well as a decrease in environmental quality such as noise pollution as well as air pollution. Therefore, the government and local authorities are advised to take into account the sustainability of social aspects of the population as well as the sustainability of the physical environment when they propose action plans in developing rural areas. This study can be extended by looking at the impact of rural development on the well-being of local community in different stages: before, during and after; besides finding out about their expectations and current needs for a development.

Keywords: Rural Development, Life well-being, Sabah

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pembangunan yang berlaku di kawasan luar bandar adalah penting bagi meningkatkan kesenangan hidup masyarakat. Ini kerana, pembangunan kawasan luar bandar adalah menjurus kepada pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur. Ini boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan yang ketara di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Namun jika kemajuan yang diinginkan tidak mengambil kira aspek kesejahteraan hidup masyarakat, maka pembangunan ini akan mengabaikan dari sudut kualiti hidup dan tahap kegembiraan. Dalam kesibukan perkembangan pembangunan di kawasan luar bandar, isu kelestarian pembangunan yang meliputi kesejahteraan hidup masyarakat dan kemapanan kawasan alam sekitarnya adalah sangat signifikan.

Sabah merupakan negeri yang luas, dan mempunyai banyak kawasan hutan, terutamanya di kawasan tengah dan timur. Lebih 75 peratus masyarakat di Sabah mendiami dataran pantai. di mana kebanyakan bandar-bandar utama dan pusat bandar bertumbuh di sepanjang pantai Sabah. Kawasan-kawasan yang lain pula ialah kawasan pedalaman dan perkampungan.

(https://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah). Beluran pula merupakan salah sebuah daerah kecil yang terletak di Sandakan, dengan berjarak 83 km daripada pusat bandar Sandakan. Menurut banci negara 2010 (DOSM, 2017), penduduk di daerah ini dianggarkan hanya seramai 3,132 sahaja. Kajian ini memilih Beluran sebagai lokasi kajian berikutan Beluran ialah sebuah kawasan pedalaman di pinggir bandar yang baharu sedang membangun dari segi infrastrukturnya. Sorotan kajian mengenai masyarakat Beluran juga agak kurang. Maka adalah sesuai untuk pengkaji memilih satu tapak kajian yang bercirikan luar bandar, dan sedang membangun, demi untuk melihat impak pembangunan tersebut terhadap kesejahteraan hidup masyarakat.

1.1 Perkembangan Pekan kecil Botition, Beluran

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai persepsi kesan pembangunan luar bandar ke atas kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Botition, Beluran, Sabah. Penduduk di Kampung Botition terdiri daripada kaum sungai dan dusun yang kebanyakannya berasal daripada Sugut, Paitan Beluran dan berhijrah ke kampung Botition. Sektor pertanian merupakan aspek terpenting dan menyumbang kepada permulaan pembangunan Pekan di Kampung Botition, Beluran.Penduduk kampung di kawasan ini telah mula berniaga sebelum pembinaan pekan

(3)

kecil di kampung mereka dilaksanakan tetapi penduduk kampung hanya berniaga secara kecil- kecilan di mana menjual sayur-sayuran di pinggir jalan dan membuka kedai runcit berdekatan dengan kediaman mereka sejak tahun 2000 lagi. Selain itu, penduduk kampung banyak bergantung kepada pendapatan daripada hasil pertanian kelapa sawit dan getah.

Bermula tahun 2013 pelbagai kemudahan dan juga perkhidmatan telah disediakan di kampung Botition seperti pembinaan masjid bagi memudahkan penduduk kampung menunaikan solat,pembukaan restoran bagi memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan menu masakan yang baru dan menambah peluang pekerjaan, pembukaan kedai pasar raya kesana, kedai telefon, bengkel motor,pembinaan klinik, balai polis, menyediakan sebuah Automated Teller Machine (ATM) dan pusat internet juga disediakan bagi memudahkan penduduk setempat melayari internet.Sehingga kini pekan Botition semakin berkembang untuk menjadi satu pekan yang lebih besar.

1.2 Pernyataan masalah

Isu utama dalam kajian ini adalah mengenai isu kesejahteraan hidup masyarakat ekoran kewujudanya pekan Botition Beluran dan juga kesannya. Kewujudan pekan baru di Kampung Botition, Beluran pada asalnya menunjukkan pencapaian yang positif daripada sudut pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, kemudahan dan juga perumahan. Namun, dalam masa yang sama ia juga turut memberi kesan kepada persekitaran fizikal dan juga kesejahteraan hidup masyarakat. Kesan daripada keadaan itu, ia boleh membawa ke arah kemerosotan serta memberi tekanan terhadap masyarakat setempat. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik antara kemajuan sosio ekonomi dengan kesejahteraan persekitaran.

Dengan kata lain, kejayaan pembangunan yang dicapai disusuli dengan pelbagai masalah yang sukar diramalkan. Masalah ini adalah sangat membimbangkan dan perlu dielakkan daripada terus berlaku kerana bimbang kualiti kesejahteraan masyarakat menurun seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

2. Sorotan Kajian

Pembangunan kawasan luar bandar tentunya boleh membawa kesan sama ada yang positif ataupun negatif kepada masyarakat setempat. Kesan yang paling ketara selepas pembangunan pekan dijalankan di kawasan luar bandar ialah kesan terhadap kesejahteraan hidup masyarakat.

Ini kerana kesediaan rakyat untuk menghadapi sesuatu perubahan memerlukan masa dan impak nyata disebabkan oleh faktor ketidakpastian yang wujud. Biarpun rakyat mahukan kesenangan dan kemudahan daripada pihak berkuasa, namun adakah semua pelan tindakan dalam menaiktaraf sesebuah tempat itu hanya memberikan impak positif sahaja tanpa ada sebarang kesan sampingan? Persoalan inilah yang pengkaji ingin dapatkan jawapannya dengan melihat persepsi masyarakat di luar bandar, yang sedang menghadapi arus pembangunan. Kesan positif daripada pembangunan luar bandar merangkumi peningkatan kemudahan infrastruktur dan utiliti, pertambahan peluang pekerjaan dan pendapatan serta peningkatan taraf hidup, manakala kesan negatif pula di antaranya ialah pencemaran alam sekitar, persaingan ekonomi dan perebutan kuasa.

2.1 Kesan Pembangunan Luar Bandar

Menurut kajian Nurasyikin miskam(t.th), transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas bukan sahaja merubah pelan pembangunan negara bahkan turut memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Dadang Mashur (2016) berpendapat bahawa pembangunan pekan baru menyebabkan pertambahan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Beliau juga berpendapat pertambahan penduduk yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor migrasi akibat

(4)

dari pertumbuhan ekonomi yang cukup tinggi. Jumlah penduduk yang semakin besar akan menimbulkan masalah baru dalam konteks pembangunan diantaranya bertambahnya jumlah penduduk miskin dari tahun ke tahunnya. Selain itu, masalah ini juga akan dapat menjejaskan pendapatan penduduk setempat dimana wujudnya peniaga-peniaga besar dari luar yang turut berniaga di kawasan tersebut.

Selain itu dengan wujudnya pekan baru di sesebuah kawasan akan memberi kesan kepada masyarakat dan budaya tempatan. Hal ini dapat dikaitkan dengan peningkatan pekerja asing yang sekaligus mewujudkan persaingan dengan penduduk tempatan untuk memenuhi peluang pekerjaan bagi sektor perindustrian dan juga pembinaan. Selain itu, keselamatan penduduk kampung juga akan lebih terancam dengan kehadiran pekerja-pekerja asing daripada luar.

Merujuk kajian Ahmad Nazmi Nordin (2017), kemasukan buruh asing ke dalam negara turut mengundang implikasi yang negatif seperti berlakunya masalah jenayah. Beliau juga menyatakan apabila buruh asing mula menganggur, mereka tidak akan dapat memenuhi tuntutan dan kehendak sendiri maka mereka akan mula berjinak-jnak dengan jenayah seperti merompak, membunuh, memeras ugut dan menyeledup. Masalah ini akan dapat mengancam keselamatan penduduk kampung dan menyebabkan kebimbangan untuk keluar dari rumah semakin meningkat (Ng&Yap, 2016).

Alam sekitar telah menjadi satu kesan pembangunan pekan yang sering dibualkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, kualiti hidup masyarakat akan berkurang kesan daripada pembinaan bangunan di kawasan luar bandar. Pembinaan pekan baru menyebabkan sosio ekonomi penduduk adalah meningkat. Daripada kajian Nurasyikin Miskam&Haryati Shafi (t.th) menunjukkan bahawa perubahan sosioekonomi penduduk di kawasan pekan telah meningkat dimana ia telah merangkumi peningkatan dari segi pendapatan, struktur pekerjaan, taraf dan gaya hidup dan juga budaya masyarakat setempat. Walaubagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa dalam meniti kemajuan di pekan kecil, terdapat juga beberapa impak dari segi pembinaan pembangunan yang perlu diambil kira seperti penurunan kualiti alam sekitar dan perubahan dalam guna tanah yang boleh menyebabkan bencana alam.

Berdasarkan kepada kajian Syivero Patric&Ubong Imang (2016), banyak sungai yang menjadi sumber utama air masyarakat telah mengalami kemerosotan kualiti air yang disebabkan oleh sisa buangan isi rumah, efluen dari sektor perindustrian, pepejal terampai dari hakisan tanah dan sisa logam berat dari kilang manakalah pencemaran udara berlaku disebakan oleh pelepasan daripada kenderaan, pembangunan industri dan penggunaan bahan api yang tidak mesra alam. Berdasarkan kajian Ng& Yap (2016) pula ia telah menunjukan bahawa majoriti daripada responden tidak bersetuju bahawa projek pembinaan mendatangkan impak positif terhadap alam sekitar kerana isu seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pembinaan di dalam sistem perparitan serta pencemaran bunyi yang sering kali menganggu kesejahteraan hidup penduduk.

3. Kaedah Penyelidikan

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Reka bentuk kajian adalah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan penyelidikan (Ang, 2016b). Melalui kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah pembangunan kawasan luar Bandar.Manakala pemboleh ubah tidak bersandar pula ialah

(5)

kesejahteraan hidup masyarakat. Pemboleh ubah tidak bersandar ini akan menyumbangkan kepada pemboleh ubah bersandar iaitu pembangunan kawasan luar Bandar.

3.2 Lokasi Kajian

Kawasan kajian yang telah dipilih adalah di kawasan pekan Botition, Beluran Sabah. Daerah Beluran di sabah merupakan antara kawasan yang mempunyai banyak kampung dan juga mempunyai ramai penduduk yang kurang berkemampuan. Responden dipilih secara rawak di dalam kawasan Pekan Botition, Beluran. Terdapat tiga kampung yang berdekatan dengan pekan botiton yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai responden iaitu kampung Botition, kampung Basai Baru dan juga Rungus Baru.Hal ini kerana, majoriti pengunjung pekan Botition adalah daripada tiga buah kampung tersebut.

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Terdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu kajian perpustakaan, soal selidik (google form), pemerhatian dan temu bual.

3.4 Persampelan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk melakukan kaedah persampelan bagi mendapatkan pilihan yang strategik dan mengenalpasti siapa sasaran kumpulan yang hendak dibuat kajian iaitu bagaimana sesuatu kajian itu dilaksanakan. Dalam kaedah persampelan, ciri- ciri responden yang dipilih adalah berdasarkan kriteria yang tertentu.Responden yang dipilih haruslah diteliti agar mencapai golongan sasaran iaitu penduduk yang benar-benar menikmati kemudahan di pekan Botition, Beluran. Seramai 152 orang penduduk kampung dipilih untuk dijadikan sampel kajian yang terdiri daripada golongan dewasa dan remaja sahaja.

3.5 Kaedah pengumpulan Data

Selain soal selidik, kaedah temubual mendalam dari kumpulan fokus telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam yang tidak dapat diperolehi melalui edaran soalan google form tersebut.

4. Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, daripada jumlah responden seramai 152 orang, majoriti responden merupakan perempuan (56.58%) dan kebanyakan penduduk yang ada di pekan Botition adalah berbangsa dusun (37.50%). Dalam aspek pekerjaan pula kebanyakan responden bekerja sendiri (37.58%) dan ramai terlibat dalam aktiviti pertanian seperti menanam kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran, manakala yang menganggur atau tidak bekerja pula adalah seramai 41 orang (26.97%). Dalam aspek pekerjaan, pengkaji dapat melihat bahawa walaupun pekan Botition sedang membangun namun kebanyakan penduduk yang ada di sekitar pekan Botition masih lagi bekerja sendiri. Hal ini terbukti di mana penduduk kampung di pekan Botition masih lagi bergantung kepada aktiviti pertanian dengan menanam dan menjual hasil kebun sendiri selain ada juga yang menjalankan perniagaan secara maya (online).

Dalam mengenalpasti persepsi penduduk terhadap kesan pembangunanan pekan Botition ke atas kesejahteraan penduduk di sekitarnya, hasil kajian mendapati bahawa terdapat kedua-dua kesan iaitu kesan positif dan juga negatif. Daripada sudut negatif, majoriti responden (40.79%) bersetuju bahawa terdapat pertambahan penduduk luar di pekan Botition semenjak berlakunya pembangunan. Ini disebabkan oleh kemasukan orang awam daripada luar pekan (bukan warga

(6)

asal). Malah dengan wujudnya bangunan-bangunan komersial baharu di pekan Botition, ia menyebabkan peniaga-peniaga asing dari luar masuk untuk menjalankan perniagaan mereka di kawasan pekan. Ini mengakibatkan mereka percaya dan sangat setuju (36.18%) berlakunya persaingan untuk berniaga dengan penduduk kampung tempatan daripada sekitar pekan Botition.

Di samping itu, kesan negatif persekitaran juga merupakan kesan yang paling menonjol terhadap kesejahteraan hidup penduduk. Rata-rata responden bersetuju bahawa pembinaan di pekan Botition menyebabkan berlakunya pencemaran udara (42.76%) dan pencemaran bunyi (51.32%). Lain-lain penurunan dalam kualiti alam sekitar pula ialah kemerosotan pada kualiti air dan sistem perparitan yang tidak sempurna. Dari sudut positif pula, kajian ini mendapati bahawa majoriti responden (52.63%) bersetuju bahawa mereka berpuas hati dengan pembangunan infrastruktur yang ada di pekan Botition. Ini kerana hal tersebut dapat memudahkan dan menjimatkan masa mereka untuk menjalankan sesuatu urusan. Selain daripada itu, majoriti mereka (45.39%) juga bersetuju mengatakan bahawa mereka gembira tinggal di sekitar pekan Botition. Malah ramai responden (43.42%) juga bersetuju bahawa mereka merasa selamat tinggal di kawasan pekan Botition. Ini membuktikan bahawa terdapat persepsi berlakunya kesejahteraan hidup penduduk yang ketara ketika kajian dijalankan.

Pembangunan infrastruktur fizikal juga sebenarnya dapat dilihat di pekan Botition. Ini kerana terdapatnya banyak bangunan-bangunan kedai dan pejabat seperti klinik desa, balai polis, balai bomba, kedai runcit, pasar raya, kedai telefon dan bengkel. Perkhidmatan ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk untuk membuat pelbagai urusan harian, malah juga adanya kemudahan rawatan ketika sakit. Dari sudut ekonomi pula, rata-rata responden sangat bersetuju (46.71%) bahawa pekan Botition boleh menjadi pusat aktiviti perniagaan. Hal ini dipercayai kerana dengan adanya jumlah penduduk kampung yang ramai disekitar pekan Botition, para peniaga mampu meningkatkan pendapatan perniagaan mereka di atas meningkatnya permintaan. Malah mereka juga bersetuju bahawa terdapatnya kemudahan pendidikan (46.05%) dan peluang pekerjaan (43.42%) di pekan Botition dan sekitanya di mana peluang ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

5. Rekomendasi

Memilih pentadbir yang berpotensi

Peranan pentadbir adalah penting dalam merealisasikan sesebuah pembangunan tersebut.

Pentadbir yang dipilih perlulah yang lebih berpengalaman dalam mengurus pembangunan supaya pentadbir boleh fokus dengan pembangunan di kawasan beliau. Selain itu, pentadbir perlulah memantau proses pembangunan sesebuah pekan tersebut. Hal ini supaya pekan tersebut dapat disiapkan seperti mana yang dinginkan dan mengelakkan penyelewangan wang yang telah diperuntukkan. Seterusnya, sebelum proses pembangunan tersebut dijalankan pentadbir perlulah memantau segala keperluan utama penduduk kampung di sekitar tersebut supaya taraf hidup penduduk lebih meningkat.

Mengurangkan kemasukan peniaga asing

Pemimpin yang ada di sekitar pekan boleh bekerjasama untuk mengurangkan kemasukan pedagang asing di kawasan mereka. Hal ini adalah untuk mengelakkan peniaga-peniaga asing memonopoli kawasan berniaga di pekan. Dengan keadaan sedemikian, penduduk kampung boleh berniaga di bangunan-bangunan yang telah disediakan dan ini boleh membantu mereka untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka dan dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk di sekitar pekan. Bagi penduduk yang tidak mempunyai modal pula, para pemimpin boleh

(7)

membantu menyediakan modal dan pakej-pakej pinjaman yang sesuai bagi penduduk yang ingin berniaga dengan mengutamakan penduduk yang kurang berkemampuan.

Memantau persekitaran kawasan selepas pembangunan

Hasil kajian telah mendapati kesan persekitaran adalah kesan yang paling ketara dalam kesejahteraan hidup masyrakat.Persekitaran yang buruk seperti pencemaran air, sistem perparitan yang tersumbat dan pencemaran bunyi mampu menurunkan kualiti hidup masyarakat.Oleh itu, penyelidikan air boleh dijalankan untuk menyelidik sama ada air tercemar ataupun tidak dan melakukan penyelidikan tersebut secara berkala.Seterusnya, penyelenggaran bagi parit perlu di buat agar tidak berlakunya banjir di kawasan pekan dan memastikan sisa- sisa bahan pembinaan tidak dibuang di parit. Di samping itu, pihak berkuasa perlu memantau had laju pemandu kenderaan di sekitar pekan, ini adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi berlaku sehingga boleh menganggu keselesaan penduduk kampung.

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati terdapat kedua-dua kesan iaitu kesan positif dan juga negatif kepada penduduk setempat, akibat daripada sebaran pembangunan di pekan Botition, Beluran, Sabah. Kesan positif yang didapati berdasarkan persepsi penduduk dalam kajian ini ialah mereka berupaya menggunakan kemudahan infrastruktur yang disediakan di pekan Botition, Beluran, demi kelangsungan dan kesenangan hidup mereka. Kemudahan infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti jalan raya, sungai, air, letrik dan kedai-kedai runcit serta barangan harian. Manakala dari sudut negatif pula, penduduk merasakan berlakunya peningkatan bilangan penduduk asing di kawasan pekan Botition serta berlakunya penurunan kualiti alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara menurut persepsi penduduk setempat, Kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam merangka pelan tindakan pembangunan seterusnya. Justeru, pihak kerajaan mesti mengambilkira kelestarian dalam aspek sosial penduduk dan kemapanan persekitaran fizikal apabila membangunkan kawasan luar bandar. Bagi kajian intensif pula, kajian masa hadapan boleh melihat kepada kesan pembangunan luar bandar kepada kesejahteraan penduduk setempat dalam beberapa tahap: sebelum, semasa dan selepas; selain cuba mengetahui mengenai jangkaan dan keperluan mereka terhadap sesuatu pembangunan di mana dapatan ini tidak diperolehi semasa kajian kertas kerja ini dijalankan.

Bibliografi

Abu Kaslan, M. F. A., & Jusoh, H. (2020). Rebakan Urbanisasi Dan Perubahan Sosio - Ekonomi Penduduk Pinggir Bandar: Kajian Kes Di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -1 5.

Ahmad Nazmi Nordin. (2017). Isu kemasukan Buruh Asing Di Malaysia. (Kertas projek) Universiti Malaysia Sabah. (Tidak diterbitkan)

Azlizan Talib. (2019). Isu Kontemporari dalam Pembangunan dan Kesejahteraan Masyarakat.

UUM Press.

Dadang Mashur. (2016). Strategi Pembangunan Kota Pekan Baru Menuju Kota Metropolitan Madani. Jurnal Administrasi Pembangunan, 4(2), 87-156.

Farah, Restu Prayogi Alia. (2019). Pengaruh pertumbuhan ekonomi dan pemerataan pembangunan terhadap tingkat kesejahteraan masyarakat di Provinsi Jawa Timur pada tahun 2010-2017. Undergraduate thesis, UIN SUNAN AMPEL SURABAYA

(8)

Miskam, Nurasyikin and Shafii, Haryati. (2013). Transformasi pembangunan luar bandar:

kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. In: Persidangan Geografi & Alam Sekitar, 5-6 Mei 2013, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Mohamad Dzakir, M. R., Tahir, Z. and Ahmad, H. (2020). “Penelitian Impak Projek Pembangunan Pesat yang dilaksanakan di Wilayah Iskandar, Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 342 - 354. doi:

https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.613.

Ng & Yap. (2016). Impak pembangunan terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi penduduk setempat: Satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 14(19-30)

Nurasyikin Miskam & Haryati Shafii. (t.th).Transformasi Pembangunan Luar Bandar:Kesan Ke Atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat.(Kertas projek) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Sagala, Zupi Andriyani. (2019). Pengaruh Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Sumber Daya Alam Terhadap Kesejahteraan Masyarakat di Kabupaten Labuhanbatu Utara.

Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara.

Shafii, Haryati and Miskam, Nurasyikin. (2011). Pembentukan penunjuk dan indeks kualiti hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Parit Raja, Johor. In:

Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Syivero Patrick & Ubong Imang. (2016). Pembangunan Bandar kecil di Sabah: Isu dan Cabaran. Jurnal Geografi Vol.(4), No.(2),65-82. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bermaksud responden mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka.Jika perbandingan purata tahap kesejahteraan hidup dilakukan di antara nelayan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan

Justeru kertas ini bertujuan membincangkan kualiti hidup dan kesejahteraan dalam kalangan belia berkahwin yang bekerja dalam sektor dengan memfokus kepada tahap

Kertas ini telah menghujahkan bahawa usaha untuk menyediakan persekitaran, fizikal dan sosial termasuk ekonomi dan budaya yang terbaik berkait langsung dengan satu

Bagi memastikan sesuatu projek pembangunan di sesebuah bandar memberikan persekitaran yang mampan untuk masyarakat, adalah penting untuk melaksanakan analisis kos

Kawasan kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian berkenaan kesan pembangunan perumahan terhadap kualiti hidup penduduk bandar ini adalah Sri Aman,

Allah Taala menjelaskan hasil dan kesan daripada kepimpinan khalifah Allah di muka bumi ini, akan wujudnya kejayaan, keamanan, keimanan, kesejahteraan,

Permasalahan kajian yang berkaitan dengan kesan pembangunan perumahan terhadap kualiti hidup penduduk bandar telah mendorong penulis untuk menjalankan kajian