• Tiada Hasil Ditemukan

View of Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam

kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA

(Relationship between Physical Activity Participation and Physical Fitness Level During COVID-19 Pandemic among Students of Kolej

Profesional MARA)

Sabahriah Yusof1*, Mohd Radzani Abdul Razak1, Erwan Ismail1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

*Pengarang Koresponden: sabahriahyusof@gmail.com Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penglibatan aktiviti fizikal yang sistematik dan secara berterusan memberikan banyak manfaat ke atas kecergasan fizikal dan kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA (KPM). Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar KPM di 6 buah KPM di Malaysia. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Dapatan menunjukkan bahawa 190 orang adalah lelaki dan 316 orang adalah perempuan. Dapatan berkaitan dengan aktiviti fizikal menunjukkan bahawa min aktiviti TPA pelajar adalah 2,023.93 minit/minggu dengan penggunaan tenaga 374.77 kcal/minggu dan diklasifikasikan tidak aktif iaitu 88.7%

berbanding 11.3% yang aktif. Bagi aktiviti MPA, min masa penglibatan adalah 1,666.19 minit/minggu. Min masa penglibatan aktiviti VPA adalah 357.75 minit/minggu. Bagi tahap kecergasan fizikal, dapatan menunjukkan tahap kecergasan fizikal tertinggi bagi ujian naik turun bangku 3 minit (NTB3M) adalah sederhana atas (19.8%), VO2max adalah cemerlang (39.1%), genggaman tangan (GT) adalah sangat tidak cergas (24.3%), lompatan jauh berdiri (LJB) adalah sangat tidak cergas (70.2%), dan fleksibiliti adalah sangat cergas (65.4%).

Aktiviti TPA mempunyai hubungan yang sangat lemah yang signifikan antara NTB3M (r = 0.132; p = 0.003), VO2max (r = 0.129; p = 0.004), dan LJB (r = 0.173; p = 0.0001).

Penglibatan aktiviti fizikal mempunyai hubungan dengan tahap kecergasan fizikal. Oleh itu, pelajar haruslah melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal.

Kata kunci: hubungan, aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, pelajar Kolej Profesional MARA

Abstract: Participation in systematic and continuous physical activities will result in many benefits in terms of physical fitness and good physical condition. The objective of this research is to study the relationship between participation in physical activity with physical fitness level during COVID-19 pandemic among students of MARA Professional College (KPM). The research population consisting of students from 6 KPM colleges in Malaysia. The samples was chosen using the method of determining sample size developed by Krejcie and Morgan (1970)

(2)

and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) and physical fitness assessment based on health as research instruments. The result of this research, based on samples of 190 males and 316 female students, shows the mean for TPA is 2,023.93 minutes/week with energy consumption of 374.77 kcal/week. It is classified as inactive with frequency of 88.7% compared to 11.3% of active students. For MPA, the mean for participating time is 1,666.19 minutes/week while the mean for VPA is 357.75 minutes/week. For physical fitness level, the finding shows the highest level of physical fitness in 3-minute step up exercise (3MSU) is moderate at 19.8%, VO2max is excellent (39.1%), hand grip (HG) is very unfit (24.3%) standing long jump (SLJ) is also very unfit (70.2%) while flexibility is very fit (65.4%). TPA shows a very weak significant relationship with 3MSU (r = 0.132; p = 0.003), VO2max (r = 0.129; p = 0.004, and SLJ (r = 0.173; p = 0.0001). Overall, this research shows significant relationship between participation in physical activity with physical fitness level. Therefore, students are encouraged to systematically and continuously perform physical activities to maintain and improve the level of physical fitness and health.

Keywords: relationship, physical activity, physical fitness, MARA Professional College students

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Aktiviti fizikal merupakan satu elemen yang amat penting dari segi kesihatan dan kualiti hidup.

Aktiviti fizikal juga merupakan semua pergerakan tubuh badan yang menggunakan tenaga.

Antara pergerakan badan tersebut adalah seperti duduk, bangun, berjalan, melompat, mendaki dan lain-lain aktiviti rekreasi. Penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dalam masa senggang akan melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Paffenbarger, Hyde & Ann Dow (1991) dalam kajiannya menjelaskan bahawa penglibatan aktiviti fizikal pada masa senggang bukan sahaja menyumbang kepada keseronokan dan kepuasan, malah juga kesihatan dan kecergasan fizikal.

Kajian yang dijalankan oleh Lim Khing Chiu, Khor Poy & Radliyana Radzuwan (2015) telah menyatakan bahawa pelajar-pelajar mempercayai aktiviti fizikal mempunyai kesan positif terhadap kecergasan fizikal, kecerdasan minda dan kesejahteraan sosial dan sekaligus meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal dan sukan.

Selain itu, Davis (1991) menjelaskan bahawa dalam konteks sukan kecergasan fizikal ialah kaupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap individu. Oleh demikian, mereka yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik boleh menerima cabaran dalam menempuhi aktiviti fizikal seharian. Namun sebaliknya jika mereka yang mempunyai kemampuan fizikal yang rendah akan merasa terbatas jika melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana mereka akan mudah berasa letih dan lesu.

Pada akhir tahun 2019, dunia telah dikejutkan dengan wabak penyakit yang dikenali sebagai Coronavirus atau COVID-19. Wabak COVID-19 ini telah merebak ke banyak Negara dan krisis ini menyebabkan banyak Negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi ini juga telah menyebabkan penutupan sementara semua institusi pendidikan bagi mengelakkan penularan COVID-19. Namun demikian, jika difikir secara positif, PKP ini boleh diambil sebagai satu peluang untuk masyarakat belajar dan memahami kepentingan amalan aktivti fizikal yang dapat dijadikan amalan gaya hidup sihat.

(3)

Oleh demikian, penglibatan aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal pelajar semasa situasi pandemik COVID-19 amat dititikberatkan. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA. Objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal berlandaskan penglibatan dan tahap kecergasan dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA. Kajian ini dapat membantu pihak kolej untuk memantau dan merangka program aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal pelajar Kolej Profesional MARA semasa pandemik COVID-19.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penglibatan Aktiviti Fizikal

Penglibatan aktiviti fizikal amat penting dalam membentuk amalan gaya hidup yang sihat.

Masa terluang jika diisi dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal secara terancang atau tidak terancang menjadi peranan sebagai pemangkin pembangunan pelajar secara holistik. Pelbagai kajian sama ada di dalam atau luar negara yang telah dilaksanakan berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal pada waktu senggang. Kajian terdahulu telah menunjukkan pengamalan gaya hidup kurang aktif seperti sedentari di sebahagian besar pelajar tiga IPT. Ini bertepatan dengan kajian yang telah dilaksanakan olej Rubiah Ismail (1993) menyatakan bahawa situasi ini menunjukkan pelajar IPT kurang bergiat dalam aktiviti fizikal sehingga tahap kecergasan fizikal mereka berada pada tahap rendah. Waktu senggang pelajar lebih banyak bertumpu kepada aktiviti yang berbentuk huburan seperti bermain gajet, menonton televisyen dan di samping aktiviti membaca.

Juhaizad Abdul Jalil & Mohd Radzani Abdul Razak (2020) berpendapat bahawa kesihatan tubuh badan amat dititikberatkan dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Oleh demikian, dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan serta membantu memperbaiki hubungan sosial sesama individu. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Syed Lamsah, Mohd Imran & Sreena Hanim (2018) menyatakan bahawa para pelajar yang mempunyai waktu terluang dan berminat menjalankan aktiviti fizikal dan kesukanan. Hal ini juga memberi kesedaran kepada mereka bahawa aktiviti fizikal dan bersukan penting dan membawa banyak faedah.

Tahap Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal merupakan kebolehan tubuh badan untuk berfungsi dengan baik dan efektif.

Selain itu ianya mampu untuk menikmati masa senggang untuk sihat, bertindak balas ketika keadaan kecemasan dan menghindari penyakit. Tahap kecergasan fizikal berkait rapat dengan aktiviti fizikal seseorang. Clarke (1979) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan untuk melakukan sebarang aktiviti harian dengan cekap dan cergas. Di samping mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti riadah tanpa rasa kepenatan yang berlebihan. Sekiranya seseorang itu cergas dari segi fizikal, maka segala cabaran boleh dihadapinya dengan baik.

Selain itu, penglibatan individu dalam aktiviti kecergasan seperti sukan aktiviti rekreasi amatlah digalakkan kerana untuk mengelakkan mereka menjalankan kerja-kerja harian tanpa berasa penat dan lesu. Justeru, individu ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan atau gangguan mental yang mungkin datang kepada mereka. Kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986) menjelaskan bahawa kecergasan fizikal merupakan keupayaan

(4)

tidak dapat menghasilkan keupayaan fizikal yang sebenar sekiranta mereka dalam keadaan letih.

Amatlah penting jika kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental yang dilakukan melalui kecergasan berasaskan fizikal dan kemahiran motor melalui aktiviti sukan yang bersistematik dan teratur. Kebolehan terhadap sesuatu kemahiran motor yang dilakukan boleh mempengaruhi kecergasan sesorang itu sama ada di dalam aktiviti atau permainan. Dalam mencapai matlamat yang memerlukan aktiviti fizikal, salah satu faktor penentu kepada kesempurnaan dan kesejahteraan hidup adalah melalui tubuh badan yang sihat. Daripada kajian yang dijalankan oleh Liza, Mohd Radzani & Erwan (2020) menyatakan murid yang sihat dan mampu berdaya saing adalah dikalangan mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berterusan serta meningkatkan tahap kecergasan mereka.

3. Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah adalah kajian tinjauan iaitu silang-rentas dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) dan penentuan sampel adalah menggunakan teknik jadual penentuan sampel oleh Krecjie dan Morgan (1970). Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Physical Activity and Lifestyle Questionnaire (PAL-Q) (Tuxworth, Nevill, White, &

Jenkins 1986) untuk mengkaji gaya hidup dan aktiviti fizikal dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan untuk mengkaji tahap komposisi badan. Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang dinilaia adalah daya tahan kardiovaskular, volume of maximum oxygen (VO2max), kekuatan otot, ketahanan otot, dan fleksibiliti Dalam borang soal selidik diedarkan, sampel telah dimaklumkan tentang tujuan dan prosedur kajian dijalankan. Sampel diberi penerangan bahawa data yang dikumpulkan adalah sulit, tiada paksaan untuk mengikuti aktiviti serta boleh berhenti menjawab jika tidak berkemampuan untuk meneruskan. Pengkaji juga memberi tunjukcara dan panduan sebagai rujukan kepada sampel untuk memahami cara untuk menjawab soal selidik tersebut dengan lebih baik.

4. Perbincangan

Hasil analisis deskriptif yang dijalankan, dapatan latar belakang demografi kajian menunjukkan bahawa 190 orang adalah pelajar lelaki (37.5%) dan 316 orang adalah pelajar perempuan (62.5%). Dapatan bidang pengkhususan yang tertinggi adalah diploma perakaunan iaitu 49.4% dan yang paling sedikit adalah bidang pengkhususan rangkaian komputer iaitu 0.6%. Dapatan umur tertinggi adalah kurang daripada 20 tahun iaitu 97.6%. Dapatan bagi bangsa yang tertinggi adalah berbangsa Melayu iaitu 99.2% dengan semester pengajian tertinggi adalah semester 1 iaitu 97.2% serta anggaran pendapatan bulanan keluarga yang tertinggi adalah lebih daripada RM4,000.00 iaitu 48.8%. Jadual 1 menunjukkan taburan latar belakang demografi kajian.

(5)

Jadual 1: Latar Belakang Demografi

Kategori N %

Jantina Lelaki Perempuan

190 316

37.5 62.5 Pengkhususan Perakaunan

Teknologi Maklumat Perniagaan Rangkaian Komputer

Pengurusan Logistik Bersepadu Perniagaan Antarabangsa Landskap dan Hortikultur Pengajian Perniagaan

250 78 3 145 4 12 14

49.4 15.4 0.6 28.7 0.8 2.4 2.8

Umur Kurang 20 Tahun

20 – 22 Tahun Lebih 22 Tahun

494 10 2

97.6 2.0 0.4

Bangsa Melayu

India Lain-Lain

502 1 3

99.2 0.2 0.6 Semester

Pengajian

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4

492 2 1 11

97.2 0.4 0.2 2.2 Pendapatan

Keluarga

Kurang RM1,000.00 RM1,000.00 – RM1,999.99 RM2,000.00 – RM2,999.99 RM3,000.00 – RM3,999.99

≥ RM4,000.00

50 84 58 67 247

9.9 16.6 11.5 13.2 48.8

Dapatan berkaitan dengan penglibatan aktiviti fizikal menunjukkan bahawa aktiviti fizikal mingguan (TPA) adalah berada dalam kategori tidak aktif iaitu 88.7% dengan min masa penglibatan adalah 2,023.93 minit/minggu dan min penggunaan tenaga adalah 374.77 kcal/minggu. Pelajar KPM lebih gemar melakukan aktiviti MPA berbanding VPA yang mana min masa penglibatan aktiviti MPA adalah 1,666.19 minit/minggu dan min masa penglibatan aktiviti VPA adalah 357.75 minit/minggu. Jadual 2 menunjukkan taburan penglibatan aktiviti fizikal pelajar KPM.

Jadual 2: Penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar KPM

Aktiviti Fizikal Min (minit/minggu) S.P.

Berintensiti Sederhana (MPA) 1,666.19 1,529.99

Berintensiti Tinggi (VPA) 357.75 531.18

Jumlah Aktiviti Fizikal (TPA) 2,023.93 1,862.94

Jumlah Aktiviti Fizikal (TPA) (kcal/minggu)

374.77 477.14

Klasifikasi N %

TPA Tidak Aktif

Aktif

449 57

88.7 11.3

Dapatan berkaitan dengan kecergasan fizikal menunjukkan bahawa senaman naik bangku 3 minit merekodkan klasifikasi kecergasan pada tahap ‘sederhana atas’ adalah paling tinggi dengan 19.8%. diikuti ‘cergas’ (19.6%) dan ‘sederhana’ (19.0%), manakala tahap kecergasan fizikal pada klasifikasi ‘sangat cergas’ mencatatkan data yang paling rendah dengan 7.5%. Min

(6)

keseluruhan bagi senaman ini adalah pada 108 bpm. Bagi ujian penentuan VO2max pula, tahap klasifikasi ‘cemerlang’ mencatatkan peratusan tertinggi dengan 39.1% manakala ‘lemah’

dengan peratusan terendah (0.8%). Min bagi VO2max pula adalah pada 54.25mL.kg-1.min-1.

Senaman genggaman tangan menunjukkan klasifikasi kecergasan pada tahap ‘sangat tidak cergas’ adalah paling tinggi dengan 24.3%, diikuti ‘sederhana bawah’ (21.9%), dan ‘tidak cergas’ (21.5%), manakala tahap kecergasan fizikal pada klafikasi ‘ sangat cergas’ mencatatkan data yang paling rendah dengan 2.6%. Min keseluruhan senaman ini adalah pada 30.8kg. Bagi senaman lompatan jauh berdiri, tahap klafikasi ‘sangat tidak cergas’ mecatat peratusan tertinggi dengan 70.2% manakala ‘cergas’ dengan peratusan terendah (0.8%). Min bagi senaman lompatan jauh berdiri ini adalah pada 142.9sm. Seterusnya bagi ujian penentu fleksibiliti pula, tahap klasifikasi ‘sangat cergas’ mencatat peratusan tertinggi dengan 65.4%

manakala ‘sederhana’ dengan peratusan terendah (0.6%). Min bagi fleksibiliti pula adalah pada 31.49sm. Jadual 3 menunjukkan taburan kecergasan fizikal pelajar KPM.

Jadual 3: Kecergasan Fizikal dalam kalangan pelajar KPM

Kecergasan Fizikal Klasifikasi N % Min

Naik Turun Bangku 3 Minit

Sangat Tidak Cergas Tidak Cergas Sederhana Bawah Sederhana Sederhana Atas Cergas

Sangat Cergas

40 63 70 96 100

99 38

7.9 12.5 13.8 19.0 19.8 19.6 7.5

108 bpm

VO2max Lemah

Sederhana Baik Cemerlang Sangat Cemerlang

4 25 113 198 166

0.8 4.9 22.3 39.1 32.8

54.25mL.kg-1.min-1

Genggaman Tangan Sangat Tidak Cergas Tidak Cergas Sederhana Bawah Sederhana Sederhana Atas Cergas

Sangat Cergas

123 109 111 93 42 15 13

24.3 21.5 21.9 18.4 8.3 3.0 2.6

30.8 kg

Lompatan Jauh Berdiri

Sangat Tidak Cergas Tidak Cergas Sederhana Bawah Sederhana Sederhana Atas Cergas

Sangat Cergas

355 70 29 29 14 4 5

70.2 13.8 5.7 5.7 2.8 0.8 1.0

142.9 sm

Fleksibiliti Sederhana Sederhana Atas Cergas

Sangat Cergas

3 30 142 331

0.6 5.9 28.1 65.4

31.49 sm

Dapatan berkaitan hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal menunjukkan bahawa aktiviti MPA mempunyai hubungan yang positif dengan semua 5 jenis ujian kecergasan fizikal yang dilakukan dengan senaman lompat jauh berdiri (LJB) mencatatkan nilai signifikan paling tinggi iaitu pada nilai r = 0.150. Walau bagaimanapun, semua 5 jenis senaman menunjukkan nilai signifikan yang sangat lemah. Bagi aktiviti VPA

(7)

pula, semua senaman mencatatkan hubungan positif kecuali ujian fleksibiliti dengan ujian VO2max mencatatkan tahap signifikan paling tinggi nilai r = 0.182. Sama seperti MPA, aktiviti VPA juga mencatatkan hubungan yang sangat lemah dengan semua jenis senaman secara keseluruhannya. Aktiviti TPA pula merekodkan hubungan yang positif dengan semua jenis senaman di mana senaman lompat jauh berdiri (LJB) mencatatkan nilai signifikan yang paling tinggi pada nilai r = 0.173. Namun begitu, tahap signifikan bagi semua jenis senaman dengan TPA juga merekodkan nilai signifikan yang sangat lemah. Jadual 4 menunjukkan taburan hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal.

Jadual 4: Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Aktiviti

Fizikal

N = 506 NTB3M VO2max GT LJB Fleksibiliti

MPA Korelasi Pearson Sig. (2-tailed)

0.123**

0.006

0.094*

0.034

0.043 0.337

0.150**

0.001

0.047 0.291 VPA Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed)

0.107*

0.016

0.182**

0.0001

0.046 0.299

0.175**

0.0001

-0.002 0.956 TPA Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed)

0.132**

0.003

0.129**

0.004

0.048 0.278

0.173**

0.0001

0.038 0.394

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

* Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-tailed)

5. Kesimpulan

Kesimpulanya, penglibatan aktiviti fizikal mempunyai hubungan dengan tahap kecergasan fizikal. Ia menunjukkan penglibatam aktiviti fizikal menunjukkan bahawa aktiviti fizikal mingguan pelajar berada dalam kategori tidak aktif sewaktu pandemik COVID-19. Oleh itu, pelajar haruslah melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal. Walaupun negara dilanda pendemik COVID-19, ini sebenarnya bukan penghalang untuk pelajar melakukan aktiviti fizikal sama ada di rumah atau di kolej. Dengan pematuhan Standart of Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan, riadah dan sebagainya, maka pelajar masih lagi boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi meningkatkan tahap kecergasan diri.

Selain itu, kajian ini dapat memperluaskan lagi kaedah untuk menguji penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal pelajar semasa pendemik COVID-19. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada jurulatih dan juga pensyarah. Warga Kolej Profesional MARA perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya penglibatan dalam melakukan aktiviti fizikal supaya mereka dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. Pelbagai program boleh dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan melakukan pelbagai pengisian aktiviti kecergasan fizikal.

Program ini dapat membantu pelajar yang terlibat menigkatkan tahap kesihatan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh UTM Newshub, untuk mengekalkan kesihatan jantung, kekuatan otot dan kelunturan adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita diarahkan untuk kekal berada di rumah, namun perlu juga kekal aktif seperti melakukan aktiviti pergerakkan selama 3-4 minit sama ada berjalan atau regangan. Ia juga baik untuk kesihatan mental dan mengurangkan risiko kemurungan dan membantu keseluruhan perasaan sewaktu

(8)

Rujukan

Johnson, B.L, Nelson, J.K. (1986). Pratical measurement for evaluation in physical education (4th ed.). New york: Macmillan Prrinting Compony.

Juhaizad Abdul Jalil & Mohd Radzani Abdul Razak (2020). Motivasi dan Penglibatan Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Staf Kolej Universiti Widad di Kuantan Pahang. Fakulti Pengajian Sukan Kolej Universiti Widad Kuantan & Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor.

Krecjie, R.V., Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30: 607-610.

Lim Khong Chiu, Khor Poy Hua, Radzliyana Radzuwan (2015). Pengenalpastian Faktor Psikologi yang Menentukan Penglibatan Pelajar Universiti Awam Tempatan dalam Aktiviti Fizikal Masa Senggang. Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia.

Liza Mohd Alias, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail (2020). Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Rendah Di Kawasan Tangga Batu, Melaka. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya (2008). Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Nooraini Binti Md Fadzlillah (2004). Kajian Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Atlit Sofbol Wanita Universiti Teknologi Malaysia Sebelum Dan Selepas Menjalani Program Latihan Bagi Menghadapi Sukan Antara Universiti ( Masum ) 2003.

Universiti Teknologi Malaysia.

Paffenbarger, R. S., Hyde, R. T., & Ann Dow (1991). Health benefits of physical activity. In B.L. Driver., P.J. Brown., & Peterson (Eds.), Benefits of leisure (hal. 49-58). State College, Pennsylvania: Venture Publishing, Inc

Rubiah Ismail (1993). Satu Kajian Tentang Status Penglibatan Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Mahasiswi Dalam Aktiviti Fizikal. Tesis sarjana pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sareena Hanim Hamzah (2018).

Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Malaysia, Kolej Universiti KPJ, Nilai, Negeri Sembilan 3Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tuxworth, W., Nevill, A.M., White, C., Jenkins, C. (1986). Health, Fitness Physical Activity and Morbidity of Middle Aged Male Factory Workers. British Journal of Industrial Medicine, 43 (11): 733-753.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, dapatan ini juga mengukuhkan sorotan kajian Manzoor (2020) menjelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian tidak adil kepada

Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan mengenalpasti status tahap kecergasan fizikal dan corak perubahan Indeks Jisim Tubuh pelajar

Oleh itu, pengkaji menyimpulkan bahawa antara faktor gaya hidup yang mempunyai perkaitan dengan komposisi badan adalah seperti pengambilan rokok dan pengambilan e-rokok

Selain itu, kajian tahap kecergasan berlandaskan kesihatan dalam kalangan murid di Felda wilayah Lahad Datu mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan di

Staf Kolej Universiti Widad perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya penglibatan dalam melakukan aktiviti fizikal supaya mereka dapat meningkatkan tahap

Justeru itu kajian tindakan ini dilakukan bagi memastikan ada waktu yang khusus untuk melakukan aktiviti fizikal tahap sederhana ke aktif tiga kali seminggu

Kesimpulannya, penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pemain bola sepak kategori 12 tahun ini amat berkait rapat dengan tahap kecergasan para pemain dimana

Justeru, kajian ini cuba untuk merungkai tiga persoalan iaitu; (1) bagaimanakah tahap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika berlakunya pandemik COVID-19, (2) adakah