• Tiada Hasil Ditemukan

View of Analisis Komunikasi Bukan Lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Analisis Komunikasi Bukan Lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

267

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Analisis Komunikasi Bukan Lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

KOMSAS

(An Analysis of Non Verbal Communication among Malay Language Excellent Teacher during KOMSAS Teaching and Learning)

Mohd Rohiman Subri1*, Rohizani Yaakub1, Azlinda Boheran Nudin2

1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

2 Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: rohiman547@gmail.com

Accepted: 1 November 2020 | Published: 15 November 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Komunikasi Bukan Lisan merupakan aspek penting yang perlu diaplikasikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan pengajaran komponen sastera (KOMSAS).Peningkatan kualiti pembelajaran KOMSAS dapat dilihat melalui kejayaan guru dalam mengaplikasikan komunikasi bukan lisan dalam sesi pengajaran terhadap murid. Oleh itu, bertepatan dengan kajian ini dilaksanakan untuk meneroka amalan komunikasi bukan lisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika melaksanakan pengjaran KOMSAS. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan menggunakan pendekatan fenomenalogi yang diasaskan oleh Edmund Hursell. Kaedah temu bual mendalam digunakan terhadap tujuh orang Guru Cemerlang di Malaysia bagi mendapatkan sumber data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo 12 untuk mendapatkan tema-tema yang bersesuaian dengan matlamat kajian. Dapatan menunjukkan Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah menggunakan komunikasi bukan lisan secara bervariasi dalam pengajaran KOMSAS mereka. Implikasi kajian ini membantu guru-guru bahasa Melayu yang lain untuk mempelbagaikan jenis komunikasi bukan lisan mereka ketika melaksanakan PdP KOMSAS.

Usaha ini akan membantu untuk meningkatkan kompetensi dalam pengajaran dan pembalajaran KOMSAS di samping menarik minat murid untuk menguasai karya KOMSAS.

Kata kunci: komunikasi bukan lisan, bahasa melayu, guru cemerlang, KOMSAS

Abstract: Nonverbal communication is an important aspect that needs to be applied by Malay Language Excellent Teacher during their teaching and learning especially for literature component (KOMSAS). The improvement of KOMSAS learning quality can be seen through the success of teachers in applying nonverbal communication in teaching sessions to students. Therefore, this study was conducted to explore the non verbal communication practices among Malay Language Excellent Teacher during they KOMSAS teaching.

Qualitative phenomenology approach by Edmund Hursell was applied in this research. In- depth interview methods were used to collect the data from 7 research participants which are among the Malay Language Excellent Teacher in Malaysia. Data were analyzed using NVivo 12 software to obtain themes that fit the study objectives. The results showed that Malay Language Excellent Teacher have been using variety of nonverbal communication in their KOMSAS teaching. This study will help other Malay Language Teacher to diversify the types of non verbal communication that can be used during KOMSAS teaching and lerning. This

(2)

268

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

effort will help to improve competencies in teaching and learning KOMSAS while attracting students to master the KOMSAS content.

Keywords: nonverbal communication, malay language, excellent teacher, KOMSAS _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Komunikasi merupakan proses untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi kepada individu yang menjadi sasaran penyampai. Hairun Najwah dan Hanis Najwa (2019) berpendapat komunikasi penting dalam memastikan pembelajaran bahasa dapat dilakukan dengan berkesan serta mencapai objektif yang disasarkan. Hal ini dikatakan demikian kerana keberkesanan dalam proses berkomunikasi sangat penting bagi seorang Guru Cemerlang dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu yang berkesan dapat dilaksanakan terhadap murid. Guru Cemerlang merupakan individu yang terkenal serta memiliki keterampilan dalam proses berkomunikasi dalam PdP yang dilaksanakan. Perkembangan ini harus diteliti untuk dikembangkan agar menjadi panduan dalam melaksanakan proses komunikasi yang berkesan dalam kehidupan seharian sebagai guru. Perkara ini akan membantu untuk melancarkan proses komunikasi dan memperluas informasi di seluruh dunia (Abdul Aziz Yusof, 2000). Umum mengetahui komunikasi boleh terbentuk melalui lisan dan bukan lisan ketika melaksanakan sesi PdP di dalam kelas.

Komunikasi bukan lisan juga menjadi tunjang dalam memastikan informasi dapat disalurkan terhadap murid.

K. Sri Gayatthrdevi dan D. Sudharani Ravindran (2010) berpendapat komunikasi bukan lisan mampu memberikan banyak maklumat dan mesej komunikasi kepada pendengar. Oleh itu, komunikasi bukan lisan seharusnya dikuasai oleh guru bagi memastikan PdP bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pembelajaran Bahasa Melayu bermatlamatkan untuk memastikan murid berupaya menguasai kecekapan dalam berbahasa. Pengenalan komponen sastera pada tahun 2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembelajaran telah membantu murid untuk meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Penyampaian komunikasi bukan lisan dilihat sangat penting dalam memastikan kejayaan dalam melaksanakan PdP komponen sastera (KOMSAS).

2. Ulasan Kajian Lepas

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Terma Guru Cemerlang turut diiktiraf dipelbagai peringkat dengan memperluaskan terma Guru Cemerlang sebagai sebagai guru yang berkesan (Shulman, 1987). Malah mereka turut berpendapat bahawa guru yang berkesan seharusnya guru yang mampu mempamirkan kayakinan diri yang tinggi dalam mengendalikan sesi pengajaran terhadap murid. Model Keller dan Duff (2005) turut menjelaskan guru yang berkesan seharusnya berupaya merancang dan menghasilkan sesi pengajaran yang berkualiti tinggi serta mampu berkomunikasi dengan murid secara aktif dengan pelbagai medium. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid akan terus menerima maklumat berkaitan dengan kandungan pelajaran yang diajar. Guru yang berkesan seharusnya mempunyai kualiti dalam penyampaian serta mempunyai humor dalam memastikan PdP yang dilaksanakan memberikan implikasi yang mendalam terhadap murid.

(3)

269

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Pada tahun 1994 KPM telah memperkenalkan laluan khas kepada guru-guru yang berkesan dalam melaksanakan PdP iaitu Guru Cemerlang. Guru Cemerlang merupakan laluan khas kepada guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam subjek kepakarannya dengan mempunyai pengalaman lebih dari tiga tahun (KPM, 2008). Tujuan memperkenalkan laluan khas ini bagi memberi motivasi kepada guru untuk mengekalkan pengajaran yang berkesan bagi guru-guru yang pakar dalam subjek pengkhususannya tanpa memilih laluan kepimpinan. Peluang yang akan dinikmati oleh mereka yang bergelar Guru Cemerlang sehingga ke jawatan Gred Khas C. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu juga tidak terlepas mempunyai Guru Cemerlang yang dikenali sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu (GCBM). GCBM juga dilantik melalui penelitian dan penilaian oleh Jemaah Nazir Persekutuan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di Malaysia kajian guru cemerlang turut menjadi perhatian sarjana dalam mengembangkan kerangka ilmu. Kajian GCBM juga turut dipelapori seperti kajian yang dilaksanakan oleh Ong Sze Chong (2018) terhadap enam orang GCBM di negeri Sarawak. Dapatan kajian turut mendapati sesi pengajaran mereka masih bersifat tradisional iaitu berpusatkan murid. Malah peserta kajian tersebut turut mendapati gagal dalam mempelbagaikan teknik dan pendekatan dalam pengajaran. Hal ini selaras dengan dapatan kajian Rozita dan Abdul Rashid (2012) yang turut mengakaji terhadap GCBM yang masih menunjukkan sesi pengajaran yang tradisional dengan mengamalkan pengajaran berpusat guru iaitu syarahan. Namun berbeza dengan kajian Lian Tian Wong dan Mas Nida (2017) yang mendapati GCBM berjaya mempelbagaikan media pengajaran bagi menarik perhatian murid dalam pembelajaran KOMSAS. Pembelajaran KOMSAS memerlukan kecekapan guru yang tinggi dalam memastikan hasrat pengenalannya tercapai.

Pengenalan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu (DSKPBM) telah merubah corak pengajaran KOMSAS yang bertindak sebagai bahan pengajaran bagi menyokong kemahiran dan aspek berbahasa murid. Ishak Ramly (2005) telah berpendapat bahawa teks KOMSAS berupaya menjadi bahan pengajaran yang terbaik terhadap murid dalam menyokong pembelajaran kemahiran. Perkara ini memerlukan kesediaan GCBM dalam memastikan PdP KOMSAS dapat dilaksanakan dengan sebaiknya terutamanya dalam membentuk pemikiran murid. Teks KOMSAS mampu membentuk pemikiran kreatif dana kritis murid selaras kehendak KPM dalam mewujudkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Genre Teks

Novel Zon 1 : Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak : Jendela Mengahadap Jalan.

Zon 2 : Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya :

Leftenan Adnan Wira Bangsa.

Zon 3 : Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan : Di Sebalik Dinara.

Zon 4 : Melaka, Pahang, Terangganu dan Kelantan : Pantai Kasih.

(4)

270

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja Munsyi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Drama Berkhidmat untuk Negara Puisi Moden Sang Gembala Kuda

Aku Membaca Lagi

www.sibermerdeka.com.my Geanggang

Puisi Tradisional Syair Bidasari

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

Komunikasi Bukan Lisan

Komunikasi bukan lisan merupakan bentuk komunikasi yang seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh guru ketika dalam sesi PdP di dalam kelas. Situasi ini boleh berlaku dalam bentuk gerak mata, gerak anggota badan, riak muka, aksesori, keterampilan, unsur humor, dan sifat diri bagi guru yang mengajar (Mohd Khairuddin Abdullah, 2014).

Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai satu bentuk komunikasi yang informasinya diperoleh melalui gerak kerja anggota badan dan gerak isyarat (Kendon, 1981). Situasi ini juga dapat difahami sebagai penggunaan bahasa badan melalui perlakuan yang ditonjolkan menerusi bentuk gerak badan, isyarat, jarak, nada suara, riak wajah, sentuhan, bau dan beberapa ujaran lisan yang membawa maksud lain daripada sesuatu yang dituturkan kepada pendengar.

Komunikasi bukan lisan merupakan satu faktor yang mendorong pelaksanaan pengajaran guru mencapai kesan terhadap pembelajaran murid (Noor Shamshinar Zakaria, Nor Azhan Norul ‘Azmi & Harun Baharudin, 2019). Kegagalan guru mengaplikasi dan memaksimumkan komunikasi bukan lisan akan merencatkan perkembangan sesi pengajaran terhadap murid. Malah murid akan menjadi bosan serta menjadikan pengajaran yang tidak bermakna kepada mereka. Guru bahasa seharusnya mempunyai kecekapan ketika berkomunikasi secara bukan lisan dalam melaksanakan pengajaran sesuatu bahasa (Amir Mohammadian, 2016). Malah komunikasi bukan lisan juga membantu guru untuk mendekatkan diri dengan murid ketika pembelajaran bahasa berlangsung (Huong, 2002).

Guru yang berkesan seharusnya berupaya mendekatkan diri dengan murid bagi memastikan sesi pengajaran berlangsung secara santai dan bermakna terhadap murid.

Selain itu, timbul isu kurangnya kesedaran terhadap keperluan komunikasi bukan lisan dalam melaksanakan sesi PdP dalam kalangan guru dan pelajar akan memberi kesan dan akibat yang buruk terhadap perkembangan pendidikan negara (Hairun Najuwah & Hanis Najwa, 2019). Ha ini dikatakan demikian kerana penggunaan komunikasi bukan lisan dalam sesuatu proses berkomunikasi akan membantu pendengar maklumat untuk menumpukan perhatian hanya sebanyak 7 peratus kepada kandungan lisan, 38 peratus kepada perubahan nada suara dan 55 peratus kepada isyarat bahasa badan komunikasi. Hal ini telah menjadikan sebanyak Sembilan puluh tiga peratus pendengar akan memberikan tumpuan terhadap komunikasi adalah kepada informasi melalui proses komunikasi bukan lisan (Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin, 2017).

(5)

271

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Kajian lain juga membuktikan pentingnya komunikasi bukan lisan yang menyumbang kepada peratusan tertinggi dalam penerimaan maklumat. Penelitian terhadap kajian yang dilakukan oleh Sulaiman Masri & Ahmad Khair (2005) telah menyatakan sebanyak hanya dua puluh peratus melalui daya penarik ketika dalam sessuati pertemuan bersemuka dengan menggunakan patah perkataan. Baki selebihnya iaitu sebanyak lapan puluh peratus diperoleh menerusi gerakan muka, mata badan, jarak, pakaian, penampilan, bau, dan nada suara penyampai. Begitu juga dalam kajian yang dilakukan oleh Mehrabian (1971) yang mendapati bahawa geri anggota badan merupakan perihal komunikasi yang berupaya menyampaikan informasi dengan keberkesanan yang tinggi.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini telah memilih dan mengplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan fenomenalogi yang diasas oleh Edmund Husserl (1983) bagi menjawab persoalan kajian. Hal ini dikatakan demikian kerana ciri kajian yang berbentuk penerokaan amat bersesuaian untuk menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan data. Data yang menyeluruh dan konkrit diperlukan dalam membina sebuah pernyataan dalam menjelaskan matlamat kajian iaitu penelitian komunikasi bukan lisan GCBM ketika melaksanakan PdP KOMSAS. Penerokaan secara mendalam berkaitan komunikasi bukan lisan GCBM terhadap tujuh orang peserta kajian yang telah ditemu bual untuk mendapatkan data kajian. Peserta kajian yang terdiri daripada GCBM di Malaysia merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PdP KOMSAS dengan berteraskan DSKPBM. Bogdan dan Biklen, (1992) berpendapat bagi mengumpul data deskriptif kaedah temu bual mendalam digunakan terhadap peserta kajian untuk membolehkan penyelidik membina pengertian dan kefahaman yang mendalam tentang pentafsiran sesuatu aspek. Peserta kajian yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah fenomena GCBM yang dipilih secara rawak di Malaysia untuk memberikan maklumat berkaitan komunikasi bukan lisan yang digunakan ketika pengajaran KOMSAS. Data yang diperoleh telah ditranskrip, dikod, dan dianalisis dengan menggunakan perisian analisis kualitatif NVivo 12. Miles dan Huberman (1994) berpendapat proses menganalisis data melibatkan tiga langkah iaitu reduksi data, pemaparan data, serta membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kaedah pembinaan tema digunakan dengan berteraskan tiga kaedah bagi mengekod dan menganalisis bersama-sama dengan unit persampelan, unit konteks dan unit perekodan (Creswell, 2003). Analisis tema digunakan untuk mengenal pasti dan membangunkan tema serta perbincangan berkenaan dengan komunikasi bukan lisan GCBM ketika melaksanakan PdP KOMSAS.

(6)

272

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

4. Perbincangan

Rajah 1: Komunikasi Bukan Lisan

Komunikasi bukan lisan juga turut dipraktikkan oleh PK dalam PdP KOMSAS agar berlangsung secara berkesan dan bermakna terhadap murid. Proses ini melibatkan proses menghantar maklumat bukan menggunakan perkataan kepada penerima maklumat. Mereka turut mempelbagaikan komunikasi bukan lisan dalam PdP KOMSAS mereka. Hal ini selaras dengan dapatan kajian Widya (2013) menjelaskan amalan komunikasi bukan lisan guru dengan menggunakan gerakan, objek tambahan, isyarat, raut dan ekspresi wajah, simbol serta intonasi suara yang bervariasi mampu meningkatkan pengetahuan murid. PK menggunakan isyarat dalam memastikan makumat disampaikan dalam bentuk komunikasi yang pelbagai. Malah PK berpendapat isyarat yang popular masa ini ialah penggunaan traffic light seperti pendapat PK1 yang mengatakan “Penggunaan trafic light juga dapat djadikan alat untuk kita berinteraksi dengan pelajar contohnya saya nak pelajar saya diam atau berhenti, saya angkat warna merah”. Penggunaan isyarat warna merah kuning dan hijau membantu mempelbagaikan pengajaran KOMSAS. begitu juga dengan pendapat PK3 iaitu “saya gunakan satu teknik iaitu penggunaan traffic light, warna hijau, warna kuning dan warna merah itu kan. Jadi mana-mana pelajar yang tidak faham mereka akan angkat warna merah mengikut kumpulan dan akan terus bertanya kepada saya. Dengan penggunaan traffic light sistem pengajaran yang terancang”. Proses ini membbantu guru untuk mengenal pasti murid yang menguasai atau tidak menguasai dalam sesi PdP yang dilaksanakan oleh mereka. Malah penggunaan traffic light dilihat sebagai satu kaedah mereka berkomunikasi dengan murid bagi pengawalan terhadap perilaku murid. Hal ini selari dengan pandangan PK5 iaitu

“...penggunaan traffic light juga langkah yang baik kalau kita nak kawal pelajar. Saya ada menggunakan keadah itu bagi kawal percakapan pelajar di dalam kelas”. Proses pengawalan murid penting untuk memastikan kelancaran pelaksanaan PdP. Hal ini selaras dengan pendapat Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof dan Mohd Isha Awang, (2016) yang menyifatkan pengawalan kelas penting untuk mengenal pasti murid yang tidak aktif dan tidak menumpukan perhatian dan juga menjadi permasalahan terhadap guru.

(7)

273

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin (2017) berpendapat komunikasi bukan lisan sangan membantu dalam menyampaikan informasi walaupun kuasa lisan berkurangan.

Tambahan PK turut berpendapat penggunaan isyarat juga membantu untuk mengurangkan kuasa bercakap guru sebaliknya merangsang kuasa berkomunikasi lisan murid apabila mereka diminta memberikan respon melalui isyarat yang diberikan seperti pendapat PK7 Penggunaan isyarat seperti traffic light memang membantu proses komunikasi kita jadi lancar. Tak perlu banyak cakap, angkat saja merah, mereka dah tahu mereka perlu berhenti, diam dan angkat sahaja hijau mereka perlu berkomunikasi, jadi mereka perlu berfikir”

penggunaan isyarat warna akan membantu murid untuk memahami situasi di samping membantu murid untuk mereka berfikir terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Malah penggunaan isyarat ini tidak terbatas kepada penggunaan isyarat traffic light malah penggunaan tangan juga membantu untuk PK menggunakan kepelbagaian dalam komunikasi seperti pendapat PK5 iaitu “Tangan pun boleh kita guna, contoh saya genggam dan angkat tinggi jadi murid kena diam, kalau saya angkat isyarat itu”. Isyarat tangan juga membantu murid untuk mengajar murid dalam mendeklamasikan sajak mahupun syair untuk membina keyakinan kepada mereka seperti pendapat PK6 “Kemudian komunikasi bukan lisan, misalnya macam tadi penggunaan isyarat kepada pelajar dengaan menggunakan tangan ketika mendeklamasi sajak, bersyair sebagainya...”. Proses komunikasi ini bertindak sebagai sokongan terhadap murid dalam menguasi isi pelajaran KOMSAS di samping mereka peka terhadap isyarat yang digunakan. Mereka menggunakan semua yang ada pada diri mereka untuk menjadikan mereka memaksimumkan bentuk komunikasi. Mereka percaya bentuk komunikasi ini akan membantu meningkatkan pembelajaran murid.

Sentuhan juga merupakan jenis komunikasi bukan lisan yang digunakan oleh PK kepada murid dalam PdP KOMSAS. PK berpandangan bahawa komunikasi ini membantu mereka lebih akrab dengan murid ketika melaksanakan PdP seperti pendapat PK1 yang berpandangan

“Komunikasi pergerakan, Contohnya melalui sentuhan harus memainkan peranan, walaupun kita nampak perkara itu kecil, tetapi apabila kita menggunakan sentuhan terhadap pelajar mereka akan rasa dihargai dan bermakna tetapi sesama jantina la, sebab sekolah saya semua lelaki”. Murid akan lebih selesa malah rasa dihargai oleh guru ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran. PK2 juga turut mempunyai pendapat “Komunikasi ini penting dalam pengajaran KOMSAS, kerana pengajaran KOMSAS amat mementingkan komunikasi, kadang kala sentuhan kita juga mainkan peranan, pelajar lelaki yang nakal tak nak belajar KOMSAS bila kita sentuh dia dan dia akan tersentuh dan nak belajar”. Sentuhan secara fizikal bagi murid yang sama jantina akan membantu guru mendekatkan dengan murid seterusnya merangsang motivasi murid terhadap mata pelajaran tersebut.

Selan itu, sentuhan boleh berlaku sama ada dalam bentuk fizikal mahupun melalui hati atau jiwa. Sentuhan jiwa bagi murid dapat dilakukan menerusi pandangan guru terhadap murid atau menerusi memek muka melalui senyuman seperti pendapat PK 3 iaitu “...sentuhan kita sama ada secara fizikal untuk yang sama jantina dan sentuhan hati melalaui pandangan mata kita penting untuk memastikan keberkesanan PdP KOMSAS”. Mereka juga percaya konsep sentuhan fizikal dan jiwa ini mampu membina hubangan antara guru dan murid ketika pembelajaran KOMSAS berlangsung. PK 4 turut berpendapat “Untuk bina hubungan itu, dalam pengajaran KOMSAS semasa aktiviti itu, kita kena sentiasa pandang mata mereka untuk sentuh hati mereka, kalau bab sentuhan ni orang faham hanya fizikal yang sama jantina tetapi sentuhan jiwa seorang guru penting dalam pengajaran KOMSAS”. PK 7 turut mempunyai pendapat yang sama. Sentuhan hati melalui senyuman terhadap murid juga

(8)

274

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

membantu untuk membina hubungan yang mesra dengan murid. Situasi ini juga memberi motivasi diri kepada murid untuk terus berusaha melibatkan diri dalam sesi pembelajaran.

Hal ini selari dengan pendapat Mohammed Sani Ibrahim (2013) berpendapat murid memerlukan pengiktirafan atau bentuk penghargaan diri daripada guru bagi menyesuaikan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, guru perlu memaksimumkan komunikasi bukan lisan melalui gerak badan.

PK cuba memanfaatkan semua aspek komunikasi bukan lisan melalui gerak badan, memik muka bagi menyampaikan maklumat kepada murid seperti pandangan PK1 iaitu “Memek muka juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelajar contoh muka sedih, muka gembira atau muka terkejut berkaintan peristiwa penting dalam cerpen, sajak atau karya yang lain. Bukan itu sahaja kadang kala saya siap menari di hadapan kelas untuk hiburan pelajar, jadi pelajar akan rindu kita bila kita lama tak masuk kelas terlibat dengan tugasan luar”. Bahasa badan dan memek muka perlu seiring untuk mengghasilkan impak yang tinggi dalam pengajaran KOMSAS. PK2 turut berpendapat “...dari segi aksi, memek muka saya memainkan peranan penting, gerak tangan, bahasa badan, kemudian digabungkan dengan aksi-aksi ini kita gabungkan, kadang-kadang mata kita besarkan jadi benda ni kita boleh menarik perhatian mereka”.

Mata juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan komunikasi bukan lisan berlangsung dengan sebaiknya. Malahnya gabungan kepelbagaian melalui gerak badan seperti isyarat mata dan jari akan membantu untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid. Hal ini selaras dengan pendapat PK3 turut berpendapat “...apabila saya tunjukan tangan saya iaitu ibu jari saya kamu perlu bertepuk, kalau saya tunjuk jari yang satu lagi maksudnya kamu perlu bangun itu cara saya dan murid dah faham dah isyarat saya...

kalau saya bulatkan mata tengok kumpulan tersebut mereka tahu adalah tu saya tidak menyukai sesuatu” . PK4 berpendapat “...dari segi aksi juga bentuk komunikasi yang akan jadi tumpuan pelajar kita pada kita, sebab tu saya cakap cikgu kena jadi badut ketika dalam kelas untuk hiburkan pelajar, kadang-kadang gerak badan perlu dihubungkan dengan kepelbagaian seperti tangan, kaki, muka kita guna serentak...”. PK 5 mempunyai pandangan yang sama seperti PK di atas.

Malah kecekapan guru dalam menggunakan bahasa tubuh akan membantu murid memahami dan mempelajari pelbagai jenis komunikasi dalam kehidupan mereka seperti pendapat PK6 iaitu “Kita kena ajar bahasa tubuh kepada pelajar. Tapi bahasa tubuh melalui memek muka ini sangat unik pelajar akan ingat kita bila kita gunakan sebaiknya komunikasi bukan lisan ini”. Murid turut menerima maklumat dengan bahasa badan yang ditonjolkan oleh guru di samping mereka turut mempelajari jenis komunikasi tersebut. Begitu juga dengan pendapat PK7 iaitu “...bahasa badan kita sangat memainkan peranan contoh mata kita, memek muka kita akan menentukan kejayaan PdP kita. pelajar kita akan ingat segala gerak geri kita menerusi komunikasi bukan lisan ini, mereka lihat mereka akan belajar sesuatu...”

Sementelah itu, komunikasi bukan lisan dianggap berkesan sekiranya penyampai maklumat mampu menggunakan nada yang berkesan. Nada boleh dibentuk melalui emosi yang dizahirkan oleh pemberi maklumat sema ada dengan nada gembira, sedih, marah dan memujuk seperti pendapat PK2 iaitu “...arahan saya suka menggunakan nada memujuk kepada pelajar saya, pelajar sekarang bukan macam dahulu, apabila kita meninggi, makin tak nak dengar, apabila guna nada memujuk ini, walaupun kadan-kadang memujuk ini kita yang menangis, sedih untuk menzahirkan kita kesian dengannya dan akan berubah untuk mempelajari KOMSAS dengan baik” komunikasi bukan lisan dengan menggunakan nada ini

(9)

275

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

juga membantu mengubah dari segi perilaku murid agar mereka terus melaksanakan PdP KOMSAS dengan berkesan.

Guru perlu memastikan penggunaan nada harus disesuaikan dengan komunikasi dua hala iaitu murid faham akan nada yang digunakan tepat dengan situasi seperti pendapat PK3 iaitu

“Komunikasi itu juga perlu berlaku dua hala bukan satu hala sahaja dan mempunyai nada tertentu supaya mesej yang disampaikan itu tepat kepada pelajar serta berkesan”. Malah kebosanan dalam pengajaran KOMSAS akan timbul apabila nada mendatar digunakan oleh guru sewaktu PdP KOMSAS berlangsung seperti pendapat PK4 iaitu “Komunikasi bukan lisan melalui intonasi kepada pelajar mempengaruhi pembelajaran pelajar, tak nak mendatar dan akan bosan”. Guru perlu sedar bahawa nada yang mendatar akan membuatkan proses komunikasi akan berlangsung secara hambar malah mesej yang ingin disampaikan berlaku secara tidak berkesan. Penggunaan komunikasi bukan lisan secara bernada akan mampu mengubah suasana PdP KOMSAS. Langkah ini membantu dari segi penghayatan murid dalam teks KOMSAS seperti pendapat PK6 iaiitu “Macam saya nak menggambarkan peristiwa yang menyedihkan, yang sedih lah, cikgu kena keluarkan nada yang sedih, nada ini boleh dijadikan sebagai satu proses komunikasi penting untuk menyampaikan sesuatu masej dengan lebih jelas”. Guru perlu mahir dalam menggunakan komunikasi ini agar suasana pembelajaran KOMSAS mampu sampai di hati murid.

5. Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan komunikasi bukan lisan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu dalam pengajaran KOMSAS sangat bervariasi yang membantu untuk murid memberi tumpuan serta menghilangkan rasa jemu murid terhadap pembelajaran KOMSAS. Mereka percaya penggunaan komunikasi bukan lisan dalam PdP KOMSAS akan meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap mata pelajaran KOMSAS. Selain itu, cara pelaksanaan komunikasi bukan lisan berdasarkan dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi guru- guru bahasa Melayu dalam memastikan PdP KOMSAS mereka berjaya menarik perhatian murid. Penggunaan komunikasi bukan lisan dalam pembelajaran KOMSAS yang bersesuaian dapat melahirkan murid yang bijak dalam menafsir karya KOMSAS di samping dapat menjadikan karya KOMSAS sebagai panduan hidup mereka. Amalan komunikasi bukan lisan yang digunakan oleh GCBM akan membantu guru memperbaiki kelemahan diri dalam mengendalikan PdP KOMSAS terhadap murid di samping dapat mengubah persepsi murid terhadap karya sastera sesuatu yang membosankan. Oleh sebab kajian ini juga mempunyai limitasi yang tersendiri, pengkaji mencadangkan agar kepelbagaian sumber data perlu diperluaskan seperti analisis pemerhatian dan analisis kandungan amat diperlukan untuk dibuat perbandingan terhadap dapatan ini. Kepelbagaian kaedah seperti kuantitatif, kaedah campuran juga dicadangkan untuk memperluaskan data berkaitan dengan komunikasi bukan lisan GCBM. Kajian terhadap bentuk komunikasi perlu diperluaskan terhadap Guru Cemerlang bagi memastikan sistem pendidikan negara berkualiti terutamanya dalam pembelajaran bahasa Melayu di samping mewujudkan kepelbagaian model komunikasi yang digunakan oleh GCBM dalam pengajaran.

Rujukan

Abdul Aziz, A. R. (2000). Kemahiran sosial asas. Utusan Publication & Distributor : Kuala Lumpur.

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang.

(10)

276

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

(2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar dan Masalah yang dihadapi Guru-guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 599-608 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Amir Mohammadian. (2016). Nonverbal Communication and its Role in Teaching a Second Language. International Journal Of Humanities And Cultural Studies, 3(2), 1215-1226.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative research of education: An introduction to theory and method (3rd edition). Boston: Allyn & Bacon.

Creswell, J.W. (2013). Research design Qualitative and Quantitative Approaches (2nd ed.)Thousand Oak, CA: Sage Publication.

Duff, A. J. (2011). Performance management coaching: Servant leadership and gender implications. Leadership and Organizational Development Journal, 8(5), 233-250.

Husserl, E. (1983). Ideas Pertaining to a Pure Phenomenology and to a Phenomenological Philosophy. Transl. by Fred Kersten. A.A. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Hairun Najuwah Jamali & Hanis Najwa Shaharuddin. (2019). Analisis persepsi pelajar melayu terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua. Jurnal Melayu. 18 (2) 244-255.

Ishak Ramly. (2005). Inilah kurikulum sekolah. Gombak: PTS Profesional.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang.

Putrajaya.

Kendon, A. (1981). Nonverbal Communication: Interaction and Gesture. The Hague: Mouton Publisher

K. Sri Gayatthrdevi & D. Sudharani Ravindran. (2010). Kinesics Pattern Study of Dyads in Interactions and Its Implications. Far East Journal of Psychology and Business, 2(2), 48- 59.

Ling Tian Wong & Mas Nida Md Khambari. (2017). Kaedah pemilihan media pengajaran komponen sastera (KOMSAS) oleh Guru Cemerlang bahasa Melayu. Jurnal Antrabangsa Latihan dan Pendidikan. 3(2), 1-11.

Mehrabian, A. (1971). Silent Messages. Belmont California: Wadsworth Pub. Co.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook (2nd edition). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Mohd Khairuddin Abdullah. (2014). Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan. (5) 59-77.

Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam Mempertingkatkan Kualiti Pengajaran Guru-guru. JuKu: Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1 Isu 1.

Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Baharudin. (2017). Komunikasi Bukan Lisan dalam Pengajaran Bahasa Arab. UKM, Bangi Selangor.

Noor Shamshinar Zakaria, Nor Azhan Norul ‘Azmi & Harun Baharudin. (2019). Kemahiran komunikasi bukan lisan: satu kajian terhadap guru pelatih bukan opsyen dalam pengajaran bahasa Arab. Jurnal Online Pendidikan Malaysia. 3(2) 1-10.

Ong Sze Chong. (2018). Ciri-ciri guru cemerlang bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozita Radhiah Said & Abd Rasid Jamian. (2012). Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah. Asia Pacific Journal Of Educators And Education Vol.

27, 51-68.

Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard

(11)

277

Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Educational Review, 57 (1), hlm. 1-22.

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor (2005). “Komunikasi Pejabat”. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Widya P.Pontoh. (2013). Peranan Komunikasi Interpersonal Guru dalam Meningkatkan Pengetahuan Anak. Jurnal “Acta Diurna”, 1(1), 1-11.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil kajian menunjukkan walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi namun masih terdapat sebilangan guru yang

Dapatan kajian yang mengkaji hubungan antara beban tugas dengan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam daerah Hulu Langat melaksanakan kajian pengajaran menimbulkan persoalan kepada

Kelima-lima prinsip amalan komunikatif tersebut ialah; (1) bahasa dipelajari dalam konteks yang bermakna, (2) bahasa yang digunakan merupakan sebuah teks atau wacana yang merujuk

Sehubungan itu kajian ini mengkaji bagaimana tepak sirih menjadi simbol dalam komunikasi bukan lisan untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam perlakuan adat

Amalan interaksi lisan yang digunakan oleh guru semasa permulaan dalam P&P Bahasa Melayu bagi elemen pendekatan pengajaran pula didapati bahawa item pendekatan berfokus

Oleh itu, satu kajian kes dengan menggunakan instrumen pemerhatian dibuat untuk mengenal pasti amalan kemahiran komunikasi interpersonal guru dalam proses P&P Bahasa Indonesia

Dapatan kajian telah menunjukkan kedua-dua guru Bahasa Melayu lebih banyak menggunakan lingkaran soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari sahaja

Tiga kategori komunikasi lisan yang diperoleh dibahagikan kepada intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, manakala