• Tiada Hasil Ditemukan

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN LATIHAN KEGURUAN DI MALAYSIA 1945-1986

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN LATIHAN KEGURUAN DI MALAYSIA 1945-1986 "

Copied!
333
0
0

Tekspenuh

(1)

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN LATIHAN KEGURUAN DI MALAYSIA 1945-1986

HASHIMA BINTI SULAIMAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN LATIHAN KEGURUAN DI MALAYSIA 1945-1986

oleh

HASHIMA BINTI SULAIMAN

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Ogos 2017

(3)

ii PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim.

Syukur alhamdulillah dengan rahmat Allah, penulisan tesis ini telah dapat diselesaikan. Penghargaan yang tidak terhingga buat Dr. Sah Hadiyatan Ismail selaku penyelia utama. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Prof Madya Dr.

Ahmad Jelani Halimi, Prof Ishak Saad, Dr. Azmah Abdul Manaf dan Dr. Siti Hawa Abdullah yang banyak memberikan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menaja pengajian ini. Semoga penulisan ini memberi pulangan dan manfaat kepada banyak pihak khasnya Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Utara yang menjadi tempat tumpuan penulis dalam memperoleh bahan ilmiah.

Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah, Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, Muzium Nasional Universiti Pendidikan Sultan Idris yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada penulis sepanjang pengajian ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan HLP 2014, yang sudi mendengar segala keluhan dan berkongsi rasa. Semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah sebagai

(4)

iii

satu ibadah. Penghargaan khas buat Allahyarham Dr. Baharuddin bin Yaakub dan Allahyarham Dr. Roslan Saadon, dua insan yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada saya sehingga akhir hayat mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Encik Mohd Januri bin Aiyub, Ustazah Hjh. Shabibah Shaufik Affandi, Pn. Hjh.

Norsazila Zakaria, Dr. Eni Eliza Ghazali, Dr. Hashiroh Hussain, Angah Shapiza Sharif, kepada rakan-rakan pengajian HLP 2014-2017 serta semua sahabat yang sentiasa mengambil tahu dan mendoakan kejayaan ini. Kepada orang perseorangan yang terlibat dan memberi sumbangan dalam penulisan ini, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran setimpal.

Sekalung Al-Fatihah buat Allahyarham ayahanda tercinta Hj Sulaiman bin Hamzah yang telah dijemput Ilahi dipenghujung perjalanan P.hDku (26 Julai 2017).

Doa dan semangat ayah sentiasa ada dalam dalam jiwaku, semoga ayahanda ditempatkan dalam kalangan para solihin. Seterusnya, penghargaan teristimewa buat suami, En. Jasni bin Ahmad yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan jitu serta seluruh ahli keluarga tercinta. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi kita.

(5)

iv ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ... ii

ISI KANDUNGAN ... iv

SENARAI JADUAL... vii

SENARAI SINGKATAN... ix

ABSTRAK ... xiii

ABSTRACT ... xiv

BAB 1 PENDAHULUAN ... 1

1.1 Pengenalan ... 1

1.2 Objektif Kajian ... 6

1.3 Persoalan Kajian... 6

1.4 Skop Kajian ... 8

1.5 Sorotan Kajian ... 9

1.6 Metodologi Kajian ... 28

1.7 Kepentingan Kajian ... 30

1.8 Struktur Bab ... 31

BAB 2 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN VERNAKULAR ... 35

2.1 Pengenalan ... 35

2.2 Sejarah Awal Sekolah Vernakular ... 39

2.2.1 Sekolah Vernakular Melayu ... 39

2.2.2 Sekolah Vernakular Cina ... 44

2.2.3 Sekolah Vernakular Tamil ... 50

2.2.4 Sekolah Inggeris ... 53

2.3 Latihan Keguruan Sekolah Vernakular ... 55

(6)

v

2.3.1 Sistem Ketua Murid ... 56

2.3.2 Sistem Guru Pelatih... 57

2.3.3 Penubuhan Maktab Perguruan ... 60

2.3.4 Sistem Kelas Normal... 89

2.4 Rumusan ... 95

BAB 3 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1945-1955 ... 98

3.1 Pengenalan ... 98

3.2 Latihan Keguruan Selepas Perang Dunia Kedua ... 99

3.3 Laporan Barnes 1951 ... 106

3.4 Laporan Fenn-Wu 1951 ... 109

3.5 Ordinan Pelajaran 1952 ... 111

3.5.1 Malayan Teachers' Training College... 113

3.5.2 Latihan Teknik ... 125

3.5.3 Latihan Keguruan di Sarawak dan Borneo Utara ... 127

3.6 Rumusan ... 136

BAB 4 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1956-1966 ... 139

4.1 Pengenalan ... 139

4.2 Laporan Razak 1956 ... 141

4.2.1 Latihan Guru Sekolah Rendah ... 148

4.2.1(a)Day Training Centre (DTC) 151 4.2.1(b)Trained Under Other Schemes (TUOS) 159 4.2.2 Latihan Guru Bahasa ... 161

4.2.3 Latihan Guru Sekolah Menengah... 162

4.2.3(a)Latihan Guru Am (general purposes) 164 4.2.4 Latihan Guru Teknik ... 166

4.3 Laporan Rahman Talib 1960 ... 170

(7)

vi

4.3.1 Program Latihan Keguruan Bersepadu (Integrated Teacher Training

Programme) Tahun 1964 ... 177

4.3.2 Pusat Latihan Daerah (Regional Training Centre) 1965-1968 ... 184

4.4 Latihan Guru di Borneo Utara 1956-1966 ... 190

4.5 Latihan Guru di Sarawak 1956-1966 ... 197

4.6 Rumusan ... 201

BAB 5 LATIHAN KEGURUAN TAHUN 1967-1986 ... 205

5.1 Pengenalan ... 205

5.2 Penyata Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967 ... 208

5.2.1 Pengambilan Guru Kontrak dan Guru Sementara ... 221

5.2.2 Rancangan Latihan Bersepadu Menengah Rendah (RLBMR) ... 227

5.3 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ... 238

5.3.1 Latihan Keguruan Asas Tiga Tahun ... 241

5.4 Rumusan ... 259

BAB 6 KESIMPULAN ... 262

RUJUKAN ... 276 LAMPIRAN

(8)

vii SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 2.1 Bilangan Penuntut Yang Dilatih di Maktab Perguruan

Melayu Singapura Tahun 1878-1895 ... 63

Jadual 2.2 Bilangan Penuntut di Maktab Melayu Melaka pada Tahun 1916-1918 ... 68

Jadual 2.3 Mata pelajaran dan Bilangan Waktu Pengajaran yang terdapat di SITC ... 76

Jadual 2.4 Pendaftaran Penuntut Mengikut Negeri di SITC dari Tahun 1934-1938. ... 78

Jadual 2.5 Bilangan Penuntut Lulusan SITC dalam Tahun 1924 hingga 1940 ... 79

Jadual 2.6 Bilangan Penuntut MWTC Mengikut Negeri bagi Tahun 1935-1942 ... 85

Jadual 3.1 Bilangan Pelatih Lelaki dan Perempuan Mengikut Negeri yang Terpilih ke Maktab Kirkby Pada Tahun 1954 ... 118

Jadual 3.2 Latihan Teknik di Tanah Melayu Tahun 1951 ... 126

Jadual 4.1 Jenis-jenis Kursus Perguruan bagi Guru Sekolah Rendah ... 152

Jadual 4.2 Pusat Latihan dan Jenis Kursus ... 154

Jadual 4.3 Jumlah Pelatih di Maktab/Pusat Latihan Harian Tahun 1957- 1966 ... 157

Jadual 4.4 Jumlah Pelatih Latihan Guru Am di Brinsford Lodge dari Tahun 1955-1964 ... 164

Jadual 4.5 Program Latihan Keguruan Bersepadu Tahun 1964 ... 180

(9)

viii

Jadual 4.6 Bilangan Pelatih Latihan Keguruan Menengah pada Tahun

1965-1967 ... 182 Jadual 4.7 Pengambilan Pertama Pelatih RTC Mengikut Negeri pada

Tahun 1965 ... 185 Jadual 4.8 Senarai RTC Tahun 1965-1968 ... 187 Jadual 4.9 Pelatih RTC pada tahun 1965 – Kursus Masa Cuti di Maktab

Perguruan ... 188 Jadual 4.10 Senarai Kursus di RTC pada Tahun 1967 ... 189 Jadual 4.11 Kursus Perguruan Rendah dan Menengah di Maktab

Perguruan Gaya Tahun 1963 ... 195 Jadual 5.1 Pendaftaran Calon Guru di Maktab/Pusat Latihan Harian

Mengikut Kursus pada Tahun 1967 ... 212 Jadual 5.2 Pusat Latihan Guru di Semenanjung Malaysia pada Tahun

1972 ... 214 Jadual 5.3 Menaik taraf Day Training Centre (DTC) menjadi Maktab

Perguruan ... 215 Jadual 5.4 Struktur Rancangan Latihan Bersepadu 1973 ... 233 Jadual 5.5 Bilangan Pelatih di Maktab Perguruan di Sabah pada tahun

1976 ... 237 Jadual 5.6 Pengambilan Guru Pelatih Bagi Maktab Perguruan di

Malaysia bagi Tahun 1981-1985 ... 248 Jadual 5.7 Struktur Rancangan Latihan Asas Tiga Tahun ... 252 Jadual 5.8 Peruntukan Belanja Mengurus Latihan Keguruan di Malaysia

1970-1985 ... 257

(10)

ix

SENARAI SINGKATAN

BLG Bahagian Latihan Guru

BMA British Military Administration BPG Bahagian Pendidikan Guru CO Colonial Office

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka DEB Dasar Ekonomi Baru DTC Day Training Centres

FMC Federation of Malaya Certificate GERKO Gerak kerja kokurikulum

hlm. halaman

HSC Higher School Certificate

ILO International Labour Organization IPG Institut Pendidikan Guru

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBTC Kota Bharu Teacher’s College

KDT Kursus Dua Tahun KDTC Kursus Dua Tahun Cina KDTI Kursus Dua Tahun Inggeris

KPGMS Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung KGMMB Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat

KGMPP Kesatuan Guru Melayu Pulau Pinang

KPGMS Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung

(11)

x KPM Kementerian Pelajaran Malaysia KST Kursus Satu Tahun

KSTI Kursus Satu Tahun Inggeris LCE Lower Certificate Education MCE Malayan Certificate Education MLH Maktab Latihan Harian

MMM Maktab Melayu Melaka MMS Maktab Melayu Singapura MPBL Maktab Perguruan Batu Lintang MPMJ Maktab Perguruan Melayu Johor

MPPM Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka MPR Maktab Perguruan Rajang

MPS Maktab Perguruan Sarawak MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris MPK Maktab Perguruan Kent

MSSEE Malayan Secondary Schools Entrance Examination MTC Malayan Training College

MTTC Malayan Teachers' Training College

MU Malayan Union

MWTC Malay Women’s Training College NNS Negeri-negeri Selat

NNMB Negeri-negeri Melayu Bersekutu NNMTB Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu NUPW National Union of Plantation Workers OSC Overseas School Certificate

(12)

xi PGMK Persatuan Guru Melayu Kedah

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan PLGB Pusat Latihan Guru Bumiputera

PLGBL Pusat Latihan Guru Batu Lintang PLD Pusat Latihan Daerah

PLH Pusat Latihan Harian PMG Purata Mata Gred

PPAK Pendidikan Peringkat Awal Kanak-kanak PPAR Pendidikan Peringkat Awal Remaja PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PSM Perguruan Sekolah Menengah

PSR Perguruan Sekolah Rendah PT Pengajian Pertukangan

RLBMR Rancangan Latihan Bersepadu Menengah Rendah RMK3 Rancangan Malaysia Ketiga

RPB Rancangan Perguruan Bersepadu RTC Regional Training Centre

SC Sijil Persekolahan

SITC Sultan Idris Training College SLPT Sekolah Latihan Perguruan Taiping SPKB Sekolah Perguruan Kota Bharu SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPPTM Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu SPVM Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

(13)

xii SMTC Sarawak Malay Teachers' College SRP Sijil Rendah Pelajaran

TEVS Teaching English for Vernacular School TTC Teachers Training Centre

TTTC Technical Teacher's Training College TUOS Trained Under Other Schemes

UKLP Ujian Kelayakan Latihan keguruan UM Universiti Malaya

UMNO United Malayan Nation Organization

UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization USM Universiti Sains Malaysia

UTS Unified Teaching Service WHO World Health Organization

(14)

xiii

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN LATIHAN KEGURUAN DI MALAYSIA 1945-1986

ABSTRAK

Tesis ini menganalisis perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945 hingga 1986. Cabaran pendidikan guru di Malaysia begitu kompleks seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan negara, pertumbuhan ekonomi dan integrasi sosial dalam masyarakat berbilang kaum. Kajian sejarah ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan. Kajian ini banyak menggunakan sumber pertama seperti fail dan dokumen Kementerian Pelajaran, dokumen arkib, majalah dan akhbar serta temu ramah dengan tokoh guru yang terlibat secara langsung dengan bidang kajian. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji corak pelaksanaan latihan keguruan, mengenal pasti jenis-jenis latihan keguruan, menganalisis faktor berlakunya perubahan latihan guru dan menilai perubahan kurikulum latihan guru. Dapatan kajian menemukan bahawa perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia berkait rapat dengan perubahan kurikulum pendidikan negara. Latihan keguruan bermula dengan kursus-kursus yang bersifat sementara dan tidak signifikan dengan agenda nasional. Kemudiannya berubah dan berkembang selari dengan perubahan sistem pendidikan negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang bermoral dan memiliki semangat perpaduan.

Guru berkualiti menjadi aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

(15)

xiv

THE CHANGES OF TEACHER’S TRAINING DEVELOPMENT IN MALAYSIA 1945-1986

ABSTRACT

This thesis analyzed the changes of teacher‟s training development in Malaysia from 1945 to 1986. The complex changes of teacher‟s education are due to the national education system, economic survivals and social integration among the plural societies in Malaysia. This historical study used a qualitative approach and mostly are using primary sources such as files and documents of the Ministry of Education, archival documents, magazines, newspapers and interviews with teachers who are directly involved with the field of study. The objectives of this study are detailing the pattern of teacher‟s training, identify the types of teacher‟s training, analyzed the factors of changes and evaluate the teacher‟s training curriculum. The study found that the changes of teacher‟s training development in Malaysia were closely related with the education system. The teacher‟s training started with the temporary courses are insignificant to meet the national agenda. The changes are mostly in producing skilled manpower moral and spirit of unity in the national education system. Quality teachers are needed by the country to meet the Malaysian society that is united, disciplined and well-trained.

(16)

1 BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan asas penting bagi pembangunan sebuah masyarakat dan negara. Melalui pendidikan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dikembangkan.

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan pelaksana dasar serta matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam menyampaikan ilmu. Oleh itu, apabila memperkatakan kepentingan pendidikan, maka peranan guru begitu signifikan dalam menyalurkan ilmu dan kemahiran. Berikut ini, takrifan guru menurut International Labour Organization (ILO) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) menerusi catatan Fatimah Hamid Don dalam Teacher Education and National Development,

We must accept that teaching is an occupation therein the practitioners, possessing high moral principles and a deep sense of social responsibility, render a personal service based on the possession of a body of knowledge particular to the calling and a set of specialised skill, gained initially through rigorous education and training, demanding high intellectual attributes and reinforced from time to time in service wherein the practitioners individually endeavour to fulfill scrupulously all their obligations and wherein they collectively either determine or strongly influence and safeguard standards of conduct and performance.1

1 Fatimah Hamid Don, „Teacher Education and National Development‟ dalam Seminar Pendidikan dan Pembangunan di Sabah, Anjuran Yayasan Sabah di Kota Kinabalu, 15-19 Disember 1974, hlm.

92.

(17)

2

Pernyataan ini menjelaskan bahawa guru mempunyai standard kualiti dan prinsip moral yang tinggi dalam menjalankan tugas. Untuk menjadi seorang guru memerlukan bakat dan ketrampilan dalam menyampaikan maklumat. Bakat yang dipunyai oleh seseorang itu berbeza-beza. Ada yang dianugerahkan kebolehan mendidik secara semula jadi dan ciri unggul ini membolehkannya menyampaikan ilmu secara bersahaja. Namun ada orang yang memerlukan bimbingan dan latihan untuk membolehkannya membina ciri unggul sebagai guru. Justeru, wujudnya pusat latihan guru sebagai tempat melatih dan melahirkan manusia berilmu yang menjadi agen penyampai kepada masyarakat. Institusi perguruan berperanan membentuk keperibadian dan keilmuan guru menerusi latihan yang berkesan.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang perubahan dan perkembangan latihan keguruan, pengkaji perlu menjelaskan terlebih dahulu definisi istilah keguruan dan perguruan. Terdapat perbezaan makna antara kedua-duanya walaupun diambil daripada kata dasar guru, iaitu orang yang mengajar, pendidik, pengasuh dan pengajar. Perkataan perguruan bermaksud sekolah atau institusi sebagai tempat belajar.2 Manakala keguruan bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru. Kajian ini menganalisis perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945 hingga 1986.

Pendidikan awal di Tanah Melayu sebelum kedatangan British, terdiri daripada sekolah pondok yang dipelopori oleh guru agama. Kemahiran menyampai melalui hafalan menjadikan pendidikan agama berkembang walaupun tanpa latihan keguruan yang formal. Kedatangan British ke Tanah Melayu membawa bersama sistem

2 Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 492.

(18)

3

pendidikan sekular yang memerlukan guru berkemahiran dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Maka wujudlah beberapa jenis latihan keguruan antaranya Sistem Pemantauan, iaitu guru melantik seorang ketua murid bagi menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan yang lain. Kemudiannya, latihan keguruan ditambah baik dengan diwujudkan Sistem Guru Pelatih dan Sistem Kelas Normal. Ketiga-tiga jenis latihan ini tidak mempunyai institusi atau pusat latihan kerana pelaksanannya dibuat di sekolah secara sambilan, iaitu selepas tamat waktu persekolahan atau pada hujung minggu. Tiada keseragaman dalam pelaksanaan latihan keguruan dan setiap sekolah vernakular bebas melatih gurunya menerusi Sistem Guru Pelatih atau Sistem Kelas Normal. Tumpuan latihan lebih kepada ilmu pedagogi dan cara pengurusan kelas. Mata pelajaran yang diajar dalam ketiga-tiga sistem ini adalah semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah vernakular.

Seterusnya, wujud latihan keguruan yang dilaksanakan secara sepenuh masa dan mempunyai institusi atau pusat latihan khas yang dikenali sebagai maktab perguruan.3 Pada tahun 1878, Maktab Perguruan Melayu Singapura menjadi maktab perguruan pertama yang ditubuhkan dan pelatih perlu mengikuti latihan keguruan selama dua tahun. Perkembangan latihan di maktab perguruan diteruskan di Maktab Melayu Melaka pada tahun 1900, Maktab Melayu Matang 1913, Maktab Melayu Johor Bahru 1919, Sultan Idris Traning College 1922 dan Malay Women’s Training College di Melaka 1935.

3 Maktab perguruan merupakan satu institusi penting dalam melahirkan bakal guru yang akan mengajar di sekolah. Guru yang dilatih di maktab perguruan lebih berkualiti berbanding guru yang dilatih secara sambilan. Rujuk Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions, 2001, hlm. 301.

(19)

4

Selepas berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu tahun 1945, latihan keguruan dilanjutkan semula di maktab perguruan. Pelatih yang terkandas dalam pengajian akibat pendudukan Jepun telah dihubungi semula pada tahun 1946.

Perkembangan latihan keguruan terus rancak apabila ditubuhkan maktab perguruan baharu di dalam dan di luar negara pada tahun 1950-an.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pendidikan lebih berfokus kepada perpaduan kaum menerusi penggunaan bahasa pengantar yang sama, iaitu bahasa Melayu. Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1958 bagi melahirkan guru pakar bahasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru dilatih untuk merealisasikan hasrat negara. Kurikulum latihan keguruan berubah daripada latihan yang mengikut dasar British kepada latihan yang lebih teknikal bersesuaian dengan pembangunan negara merdeka.

Sesuatu sistem pelajaran tidak boleh menjadi statik dalam sesuatu masa, tetapi ia mesti berubah dan berkembang dengan peredaran zaman.

Semenjak sistem pelajaran kebangsaan negeri ini dimulakan dalam tahun 1957, kita telah menyaksikan banyak perubahan dalam lapangan ini, dan perubahan akan terus berlaku sehingga cita-cita kerajaan negeri ini tercapai, iaitu untuk memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak dan belia kita, dan lebih jauh lagi menyatukan semua kaum dalam negeri yang berbilang bangsa ini supaya menjadi suatu bangsa yang bersatu padu. 4

Petikan menjelaskan kepentingan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan dan hubungannya dengan permasalahan dalam masyarakat. Sesuatu perubahan diperlukan bagi mendepani situasi semasa yang sentiasa berubah-ubah.5 Begitu juga

4 Ucapan Abdul Rahman Ya‟kub, Menteri Pelajaran Malaysia dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelajaran di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 5.

5 Perubahan membawa maksud perihal berubah, peralihan dan pertukaran. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm.1752.

(20)

5

halnya dengan latihan keguruan yang sentiasa berhadapan dengan perubahan bentuk pelaksanaan, perubahan jenis latihan dan perubahan kurikulum.

Latihan keguruan di Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bahagian Latihan Guru (BLG) yang ditubuhkan menerusi Laporan Razak 1956. BLG bertanggungjawab menyusun dan menyelaras latihan keguruan bagi guru sekolah rendah dan menengah rendah menerusi kursus ikhtisas perkhidmatan. Sijil perguruan diberikan kepada pelatih yang telah tamat latihan dan menjadi „lesen‟ untuk mengajar.6

Sepanjang membincangkan tentang perubahan dan perkembangan latihan keguruan, beberapa kertas cadangan atau laporan pelajaran dibentang dan dilaksanakan. Antaranya adalah seperti Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Selepas pembentukan Malaysia tahun 1963, perubahan dan perkembangan latihan keguruan lebih terarah kepada usaha penyeragaman latihan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan di samping penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Kurikulum latihan keguruan terus berubah sesuai dengan keperluan tenaga mahir kerja pada tahun 1970-an dan 1980-an, iaitu selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia berlaku seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan negara.

6Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru: Matlamat, Fungsi dan Tugas-tugasnya, 1983, hlm. 89.

(21)

6 1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945-1986. Kajian dibuat untuk memenuhi beberapa objektif seperti yang berikut:

i. Mengkaji corak pelaksanaan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945-1986.

ii. Mengenal pasti jenis latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945-1986.

iii. Menganalisis faktor berlakunya perubahan dalam latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945-1986.

iv. Menilai perubahan kurikulum latihan keguruan dan hubungannya dengan sistem pendidikan negara.

1.3 Persoalan Kajian

Perkembangan latihan keguruan di Malaysia perlu dikaji secara komprehensif untuk meneliti perubahan-perubahan yang berlaku antara tahun 1945-1986. Kajian tentang perubahan latihan keguruan melibatkan aspek struktur pelaksanaan, jenis latihan, faktor penyebab perubahan dan kurikulum latihan keguruan. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis latihan keguruan yang mempunyai matlamat jangka pendek dan dilaksanakan secara sementara. Calon guru diambil daripada latar belakang dan kelayakan akademik yang berbeza-beza sehingga wujudnya pelbagai fahaman dalam

(22)

7

pengajaran. Persoalan yang timbul dalam kajian ini, bagaimanakah corak pelaksanaan latihan keguruan dan apakah jenis latihan keguruan yang terdapat di Malaysia pada tahun 1945-1986? Persoalan lain yang terdapat dalam kajian ini, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam latihan keguruan?

Setiap latihan keguruan yang dirancang hanya mampu dilaksanakan untuk suatu jangka masa yang pendek sahaja. Contohnya menerusi Laporan Razak 1956, program keguruan dirancang bagi membentuk sebuah latihan yang bersifat kebangsaan. Namun selepas empat tahun, program keguruan mengalami perubahan menerusi Laporan Rahman Talib 1960 yang menitikberatkan tentang pendidikan teknik. Bentuk latihan keguruan terus berubah tanpa asas yang kukuh sehingga tahun 1986.

Selain itu dalam tempoh kajian 1945-1986, kurikulum latihan keguruan juga sentiasa berubah-ubah. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, kurikulum latihan guru lebih berfokus kepada latihan am, iaitu guru pelatih diberikan latihan agar dapat mengajar semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah dan menengah.

Keadaan berubah pada tahun 1960-an, apabila kurikulum latihan guru dilaksanakan mengikut pengkhususan mata pelajaran. Kursus teknik dan vokasional diberi keutamaan sesuai dengan agenda kerajaan untuk menambahkan tenaga kerja mahir.

Manakala kurikulum latihan keguruan pada tahun 1980-an pula lebih menumpukan kepada aspek pembinaan sahsiah dan profesionalisme keguruan bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.7 Justeru timbul persoalan, sejauh manakah kurikulum latihan keguruan signifikan dengan dasar pendidikan negara?

7 Francis Wong Hoy Kee dan Gwee Yee Hean, Perspective: The Development of Education in Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1972, hlm. 60.

(23)

8 1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini melibatkan pelaksanaan latihan keguruan kepada guru bukan siswazah di Malaysia dari tahun 1945-1986.8 Kajian ini hanya meneliti latihan pra perkhidmatan ataupun latihan asas kepada calon guru sekolah rendah dan menengah rendah. Kajian bermula pada tahun 1945, iaitu British kembali ke Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Sistem persekolahan dan latihan keguruan yang terhenti akibat perang diteruskan seperti sebelumnya dan latihan keguruan baharu dipergiat bagi mengeluarkan guru terlatih di Tanah Melayu. Tahun 1986 dipilih sebagai tahun akhir kajian kerana latihan keguruan mencapai tahap yang standard di seluruh Malaysia. Standard bermaksud latihan keguruan yang seragam menerusi kurikulum yang sama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tahun 1986 juga menjadi tahun penamat kajian disebabkan keperluan guru terlatih yang mencukupi, iaitu pengurangan sebanyak 1000 orang setahun bagi mengelakkan lebihan bekalan guru pada tahun berikutnya.9 Kesan lebihan guru menyebabkan berlaku rombakan dalam struktur kurikulum, iaitu latihan keguruan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun setengah dan dikenali sebagai sistem semester.

8 Sekolah menengah rendah merupakan lanjutan daripada sekolah rendah. Tempoh masanya sehingga tingkatan tiga. Rujuk Pusat Perkembangan Kurikulum, Rancangan Pendidikan Umum untuk Sekolah di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 21 November 1980, hlm. 1.

9 Berita Harian, Jumaat, 22 April 1988.

(24)

9 1.5 Sorotan Kajian

Meskipun penulisan sejarah latihan keguruan telah dibincangkan oleh ramai penulis dalam buku, tesis, jurnal dan kertas kerja, kajian yang sedia ada tidak membincangkan perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia. Aspek perkembangan latihan keguruan, jenis latihan, faktor perubahan dan penilaian perubahan kurikulum latihan guru kurang dibincangkan secara ilmiah. Malahan pengkaji tidak menemui kajian lengkap mengenai perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia pada tahun 1945 hingga 1986.

Awang Had Salleh, 1980, merupakan antara sarjana terawal yang mengkaji sejarah latihan keguruan di Tanah Melayu. Kajian beliau yang bertajuk Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British10 menumpukan latihan keguruan di Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim Perak pada tahun 1922. Selain itu, penulis juga menjelaskan serba ringkas mengenai perkembangan Maktab Melayu Melaka (MMM) pada tahun 1900 dan Maktab Melayu Matang pada tahun 1913.

Awang Had Salleh banyak merujuk annual report dan rekod-rekod British dalam penulisannya. Perincian mengenai perkembangan latihan guru Melayu hanya tertumpu pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Tesis ini berbeza dengan kajian Awang Had Salleh kerana kandungannya merupakan analisis perkembangan latihan keguruan di seluruh Malaysia, melibatkan guru sekolah rendah dan menengah antara tahun 1945-1986.

10 Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

(25)

10

Bentuk penulisan yang sama seperti Awang Had Salleh ialah karya Ramlah Adam, 1991, Maktab Melayu Melaka 1900-1922.11 Buku ini menyingkap catatan sejarah Maktab Melayu Melaka (MMM) yang menjadi tempat melatih guru perempuan sekolah Melayu selama 22 tahun dan merupakan institusi pendidikan guru yang awal ditubuhkan sebelum kewujudan SITC. Kejayaan MMM dijelaskan melalui sumbangan tokoh-tokoh masyarakat yang mendapat pendidikan di sini antaranya Mohamad Datuk Muda Linggi,12 Abdul Rahman Haji Mahyuddin,13 Abdul Hadi Hasan,14 dan beberapa orang tokoh lagi. Sumber tulisan ini berdasarkan surat- surat rasmi kerajaan, buku dan akhbar serta catatan pengalaman bekas-bekas penuntut Maktab Melayu Melaka.

Sementara itu, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, 2012, adalah antara pengkaji yang menghasilkan kajian berkaitan dengan perkembangan keguruan iaitu, Guru Melayu dan Politik di Kedah 1940-1960.15 Penulis buku ini menjelaskan perjuangan politik guru Melayu sebelum dan selepas merdeka di Kedah.

Perkembangan pendidikan yang berlaku pada awal abad ke-20 juga amat berpengaruh dalam mengubah dan menyedarkan masyarakat Melayu untuk

11 Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

12 Mohamad Datuk Muda Linggi menamatkan pengajian di MMM pada tahun 1905. Menjadi tenaga pengajar di Maktab Melayu Matang pada tahun 1913 hingga 1918. Selepas bersara pada tahun 1933, beliau menjadi tokoh sastera tanah air. Sumbangan beliau dalam bidang penulisan ialah pengarang Majalah Guru dari tahun 1924-1932, penulis buku Chanai Bachaan , Teman Masa Lapang, Pantang Larang Orang Melayu kepada anak Chuchunya, dan Tawarikh Surat Khabar. Rujuk Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, hlm. 65-66.

13 Abdul Rahman Haji Mahyuddin mendapat pendidikan di MMM pada tahun 1913-1915. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan ialah menjadi tenaga pengajar di SITC pada tahun 1922 dan seterusnya menjadi guru besar di SITC pada tahun 1947 – 1952. Ibid., hlm. 80.

14 Abdul Hadi Hasan mendapat pendidikan di MMM pada tahun 1917-1919. Beliau terkenal dengan ketokohannya sebagai penulis buku teks Sejarah untuk sekolah Melayu dan SITC. Buku teks Sejarah hasil karyanya merupakan karya pertama yang ditulis oleh orang tempatan dan kemudiannya diteruskan oleh Buyong Adil. Ibid., hlm. 84.

15 Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Guru Melayu dan Politik di Kedah 1940-1960, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2012, hlm. 15.

(26)

11

memperbaiki nasib mereka. Pengenalan sistem pendidikan vernakular melahirkan golongan intelektual Melayu yang berperanan memimpin bangsa Melayu.

Perjuangan guru Melayu dihuraikan dalam bab pengenalan buku ini melalui penubuhan Persatuan Guru Melayu Kedah (PGMK). Penulis turut menjelaskan sumbangan Maktab Melayu Teluk Belanga di Singapura, Maktab Melayu Melaka dan SITC yang melatih guru Melayu. Tokoh guru Melayu Kedah yang berjaya dalam bidang politik ditonjolkan oleh penulis seperti Salleh Ibrahim, Saad Abdul Rahman dan yang paling berjaya dalam politik tanah air ialah Senu Abdul Rahman.16 Mohamad Muzammil memfokuskan penulisan beliau kepada perjuangan politik guru Melayu untuk membela nasib orang Melayu di Kedah. Penulis buku ini banyak merujuk dokumen yang berkaitan dengan negeri Kedah dan rekod guru Melayu.

Skop kajian yang hanya terhad di negeri Kedah memberi ruang kepada penyelidik menganalisis perkembangan latihan guru di seluruh Malaysia tanpa memfokuskan pada kaum tertentu.

Selain itu, Roslan Saadon, 2014, juga menghasilkan kajian yang bertajuk Perjuangan Guru Melayu Pulau Pinang 1920-1980: Satu Manifestasi Pemikiran dan Kepimpinan Guru.17 Kajian ini merupakan tesis doktor falsafah beliau. Roslan Saadon menghuraikan sejarah pembentukan persatuan guru Melayu seperti Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung (KPGMS), Kesatuan Guru Melayu

16 Senu Abdul Rahman ialah seorang bekas guru yang menerima pendidikan Melayu daripada lulusan SITC dan ahli politik terkenal. Dilahirkan pada tahun 1919 di Jitra Kedah. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu pada tahun 1927. Selepas tamat persekolahannya, Senu menjadi guru pelatih selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran ke SITC. Kerjayanya sebagai guru bermula pada tahun 1939 sebelum berhenti pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, Senu menyertai Jabatan Penerangan. Beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1964 selepas menang dalam pilihan raya di Kedah. Ibid., hlm. 58-59.

17 Roslan Saadun, „Perjuangan Guru Melayu Pulau Pinang 1920-1980: Satu Manifestasi Pemikiran dan Kepimpinan Guru‟, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2014.

(27)

12

Malaysia Barat (KGMMB), dan Kesatuan Guru Melayu Pulau Pinang (KGMPP).

Melalui persatuan, guru Melayu dapat memperjuangkan kebajikan dan hak mereka.

Isu mengangkat martabat guru Melayu turut diperjelas seperti isu gaji dan peluang melanjutkan pelajaran. Kajian ini mengetengahkan pemikiran tokoh guru Pulau Pinang seperti Cikgu Muhammad Zain Haji Ayob, Cikgu Mohamad Nor Ahmad dan Cikgu Abdul Rahman Md Akib. Sumber utama yang digunakan seperti minit mesyuarat persatuan guru dan rekod-rekod yang berkaitan dengan persatuan.

„Proses‟ menjadi guru kurang dijelaskan dalam kajian ini seperti jenis latihan keguruan, tempat latihan, kurikulum dan permasalahan dalam kalangan calon guru.

Oleh itu, pengkaji bakal melengkapkan kajian ini dengan segala kekurangan tersebut.

Kajian tentang latihan keguruan turut menarik minat Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, 1990, dalam buku Guru dan Perguruan.18 Kajian mereka merupakan sorotan ringkas mengenai profesion keguruan seperti peranan guru, faktor pemilihan calon guru, ciri-ciri guru yang berkesan serta komposisi guru di Malaysia. Penulis buku ini menghuraikan sejarah guru dari zaman Yunani, iaitu sekitar 469-322 sebelum Masihi dan perkembangan latihan guru di Malaysia sehingga tahun 1985. Isi perbincangan buku ini lebih menjurus kepada tanggungjawab dan peranan guru sebelum dan selepas merdeka. Beberapa persoalan mengenai peranan guru dihuraikan dengan lakaran rajah dan jadual yang mudah difahami. Penulis tidak menyentuh tentang bentuk latihan guru sehingga memberi ruang kepada pengkaji melengkapkan kajian perkembangan latihan keguruan di Malaysia tahun 1945-1986.

18 Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob, Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

(28)

13

Penulisan tentang sejarah keguruan turut mendapat perhatian pengkaji seperti Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng, 1995, dalam buku Guru dan Perkembangan Negara.19 Buku ini membincangkan usaha ke arah melahirkan guru yang bersemangat patriotik serta mencintai profesion keguruan. Penulisan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama membincangkan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka, manakala bahagian kedua membincangkan komponen profesion keguruan yang merangkumi struktur pentadbiran dan juga kursus-kursus perguruan yang ada di Malaysia sehingga tahun 1980. Sumber rujukan berpandukan laporan pendidikan dan juga kertas kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini tidak menyingkap jenis-jenis latihan keguruan tahun 1970-an dan 1980-an. Oleh itu, terbuka ruang kepada pengkaji untuk mengkaji jenis latihan keguruan dan kesannya kepada sistem pendidikan negara.

Selain itu, Sufean Hussin, 2004, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah20 turut menjelaskan perkembangan pendidikan di Malaysia. Buku ini membahagikan fasa-fasa perkembangan pendidikan seperti pendidikan pada zaman penjajahan British 1800-1956, pendidikan selepas merdeka 1957-1970 dan perkembangan pendidikan dari tahun 1970 hingga 1990. Penulisan ini begitu lengkap dan boleh dijadikan rujukan mengenai perkembangan pendidikan di Malaysia, namun penulisan tentang perkembangan latihan keguruan ditulis secara ringkas.

Catatan yang ringkas ini turut menerangkan perkembangan awal pendidikan guru di Sabah dan Sarawak. Buku ini lebih banyak menggunakan rujukan sumber kedua seperti buku dan kertas kerja berbanding dengan rujukan sumber pertama.

19 Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng, Guru dan Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.

20 Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Selangor: Dawama Sdn.

Bhd., 2004.

(29)

14

Seterusnya tulisan Ibrahim Saad, 1986, Pendidikan dan Politik di Malaysia21 menghuraikan pembentukan dasar pendidikan yang mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan politik di Malaysia. Walaupun British menyedari pentingnya pendidikan moden untuk membangunkan Tanah Melayu, namun British tidak melakukannya kerana tumpuan lebih kepada kepentingan politik penjajahan.

Ibrahim Saad menganalisis hubungan antara politik dengan sistem pendidikan di Malaysia. Rujukan yang digunakan seperti dokumen rasmi kerajaan dan juga laporan pendidikan. Perkembangan latihan keguruan hanya dihuraikan secara ringkas dalam perkembangan politik berkenaan. Kekurangan dalam buku ini dapat diisi oleh pengkaji untuk melengkapkan sebuah kajian mengenai sejarah dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia.

Mohd Salleh Lebar, 1988, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia22 mengungkapkan perubahan perkembangan pendidikan di Malaysia dalam aspek sejarah perkembangan, perancangan kurikulum dan juga falsafah pendidikan negara.

Isi kandungan penulisan membincangkan pendidikan guru Melayu, Cina dan Inggeris dengan bersumberkan annual report dan laporan pendidikan di Malaysia.

Kajian ini juga menghuraikan peranan SITC pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan struktur pendidikan di Sabah dan Sarawak. Mohd Salleh Lebar turut mengupas peranan universiti dalam pembentukan masyarakat Malaysia moden.

Kajian ini berbeza kerana hanya menganalisis latihan keguruan di institusi perguruan di Malaysia tahun 1945-1986.

21 Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

22 Mohd Salleh Lebar, Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988.

(30)

15

Abu Zahari Abu Bakar, 1980, Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia: Zaman Sebelum Merdeka Hingga ke Zaman Sesudah Merdeka23 menjelaskan perkembangan pendidikan sistem sekolah vernakular di Semenanjung Malaysia dari zaman penjajahan British sehingga zaman pembentukan Malaysia 1963. Abu Zahari turut menghuraikan kurikulum Ilmu Pendidikan di maktab perguruan di Semenanjung Malaysia dan juga latihan keguruan kepada guru sekolah vernakular di Semenanjung Malaysia sahaja. Tesis ini berbeza dengan tulisan Abu Zahari kerana menganalisis latihan keguruan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta tempoh masa kajian sehingga tahun 1986.

Di samping itu, Kamarudin Kachar, 1989, Perkembangan Pendidikan di Malaysia,24 merupakan sebuah lagi tulisan yang berkaitan dengan perkembangan latihan keguruan di Malaysia. Penulisan tentang pendidikan di Malaysia termasuklah perbincangan berkaitan jenis-jenis latihan keguruan pada zaman British seperti Sistem Ketua Murid, Sistem Guru Pelatih dan Sistem Kelas Normal. Kamarudin turut mengesyorkan penggabungan latihan keguruan di maktab perguruan dengan universiti dan kesan sekiranya latihan keguruan dilakukan tanpa adanya koordinasi tersebut. Walaupun tempoh masa kajian ini sehingga tahun 1980-an namun perkembangan latihan keguruan di Sabah dan Sarawak tidak dibincangkan sehingga memberi ruang kepada pengkaji untuk melengkapkannya. Isi kandungan dalam buku ini turut dijadikan kertas kerja yang bertajuk Koordinasi Antara Institusi Keguruan.25

23 Abu Zahari Abu Bakar, Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia: Zaman Sebelum Merdeka hingga ke Zaman Sesudah Merdeka, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1980.

24 Kamarudin Kachar, Perkembangan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn.

Bhd., 1989.

25 Kamarudin Kachar, „Koordinasi Antara Institusi Keguruan,‟ Persatuan Suluh Budiman-KONPEN V, Kurikulum Perguruan Latihan Keguruan, 6-8 Disember 1980.

(31)

16

Sinnappah Arasaratham, 1970, dalam bukunya Indian in Malaysia and Singapore26 menyentuh secara ringkas mengenai perkembangan sekolah vernakular Tamil di Tanah Melayu dan Singapura serta guru yang mengajar di sekolah Tamil sebelum Perang Dunia Kedua. Bekalan guru dibawa dari negara India dan latihan keguruan formal bagi guru sekolah Tamil di Tanah Melayu hanya bermula selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947. Buku ini membincangkan skop yang terbatas, iaitu pelajaran untuk kaum India sahaja. Pengkaji memperoleh maklumat mengenai pendidikan guru India bagi melengkapkan kajian ini.

Kajian Haris Md Jadi, 1990, yang bertajuk Etnik, Politik dan Pendidikan27 menerangkan pendidikan sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua bagi masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Haris Md Jadi turut menjelaskan hal yang berkaitan dengan masyarakat majmuk di luar negara seperti di Switzerland dan Belgium.

Kajian dibuat dengan menjelaskan latar belakang sejarah negara, zaman penjajahan sehingga munculnya politik yang mengikut pola etnik selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Masalah etnik ialah satu gejala yang mempengaruhi aspek politik dan pendidikan. Penulis buku ini memberi penekanan sumbangan Laporan Razak 1956, yang mula membentuk pendidikan bercorak kebangsaan. Dihuraikan peranan guru sebagai agen perpaduan, iaitu calon guru perlu dibekalkan dengan latihan yang dapat menyatukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tulisan ini merupakan tesis Ph.D beliau yang menggunakan rujukan sumber primer dan sekunder. Tumpuan pada

26 Sinnappah Arasaratham, Indian in Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press. XIII, 1970, hlm. 214. Rujuk juga

http://journals.cambridge.org/action/displayAbstract?fromPage=online&aid=4033104&fileId=S00419 77X00142004 (diakses pada 02 Julai 2015)

27 Haris Md. Jadi, Etnik, Politik dan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. xv.

(32)

17

aspek politik menyebabkan ulasan mengenai pendidikan guru hanya dihuraikan secara ringkas. Kekurangan ini dilengkapkan oleh pengkaji dengan memberi tumpuan kepada perkembangan latihan keguruan di Malaysia tahun 1945-1986.

Persatuan Sejarah Malaysia menerbitkan sebuah monograf yang berjudul, Pendidikan di Malaysia: Dahulu dan Sekarang28 yang disusun oleh Prof. Khoo Kay Kim dan Mohd Fadzil Othman. Mengandungi 14 tajuk kajian mengenai pendidikan di Malaysia sekitar tahun 1852-1977. Terdapat empat tajuk kajian yang mempunyai kaitan dengan perkembangan latihan keguruan, iaitu Kenangan Kepada Sultan Idris Training College karya Buyong Adil, Pelajaran di Sabah 1963-1973 karya Majin Haji Ajing, Pelajaran di Sarawak 1963-1974 karya Rabitahui Mohd Kamaruddin dan Perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional 1957-1974 karya Abdul Malik Mohamed. Latihan keguruan diterangkan serba ringkas dalam mengupas tajuk-tajuk berkenaan. Kajian ini memberi tumpuan terhadap pelaksanaan kajian sehingga tahun 1986.

Sebuah lagi buku yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983, Pendidikan Guru: Terbitan Khas.29 Mengandungi 22 koleksi penulisan sejarah pendidikan guru di Malaysia.

Kebanyakan tulisan dalam buku ini lebih bersifat catatan peribadi bekas pelajar yang mendapat latihan keguruan di institusi perguruan. Contohnya catatan peribadi Buyong Adil, iaitu Kenangan Manis di Sultan Idris Training College 1924-1927 dan

28 Khoo Kay Kim dan Mohd Fadzil Othman (editor), Pendidikan di Malaysia; Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.

29 Bahagian Pendidikan Guru, Pendidikan Guru; Terbitan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 29 November 1982.

(33)

18

catatan Fatimah Haji Musip, iaitu Kenangan Manis di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1937-1938. Terdapat juga tajuk yang berkaitan dengan Latihan Guru dengan Pos yang ditulis oleh Harith Muhammad Liki dan Latihan Keguruan Asas Tiga Tahun di maktab perguruan di Malaysia. Buku ini lebih berbentuk catatan pengalaman penulis dan tidak mencakupi keseluruhan isu latihan keguruan di Malaysia. Pengkaji mengutip catatan pengalaman mereka sebagai pelengkap kajian perkembangan latihan keguruan di Malaysia tahun 1945-1986.

Kajian lain yang berkaitan dengan pendidikan guru ialah Guru Melayu:

Peranan dan Perjuangan pada Zaman Penjajahan, 2009, 30 tulisan Hasnah Husiin.

Buku ini membincangkan perkembangan maktab perguruan di Tanah Melayu sebelum merdeka, iaitu pada zaman penjajahan. Dijelaskan tujuan penubuhan maktab perguruan bagi menampung kekurangan guru terlatih yang mengajar di sekolah Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Hasnah Husiin cuba membuat penilaian terhadap perkembangan beberapa buah maktab perguruan dan mengupas peranan guru Melayu, guru sekolah Tamil dan juga sekolah Cina. Tulisan ini merupakan satu kupasan kritis mengenai perjuangan orang Melayu yang dianggap terkebelakang dalam bidang pendidikan. Oleh sebab tulisan ini lebih memfokuskan pada guru Melayu sahaja, maka sudah pasti berbeza dengan tesis ini yang meneliti keseluruhan isu latihan keguruan di Malaysia tahun 1945-1986.

30 Hasnah Husiin, Guru Melayu: Peranan dan Perjuangan pada Zaman Penjajahan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

(34)

19

Buku Pelajaran di Malaysia 197431 yang diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan catatan perkembangan pelajaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Isi kandungan buku meliputi hal pentadbiran, perbelanjaan kewangan, peperiksaan, bahasa pengantar, pendidikan guru, dan kurikulum sekolah. Aspek pendidikan guru meliputi latihan keguruan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tumpuan hanya pada tahun 1970-an sahaja dan hal yang demikian ini memberi ruang kepada pengkaji melengkapkan kajian sehingga tahun 1986.

Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Min Phang, 1975, The Changing Pattern of Teacher Education In Malaysia32 menjelaskan perubahan dalam pelaksanaan latihan keguruan di Malaysia selepas merdeka sehingga tahun 1973.

Perbincangan dalam pelaksanaan latihan keguruan dianalisis secara mendalam.

Cadangan penambahbaikan turut dikemukakan sebagai usaha mengatasi permasalahan dalam bidang keguruan. Buku ini turut membincangkan cabaran dan isu sekitar tahun 1970-an berikutan pengenalan Dasar Ekonomi Baru.

Selain itu, Frederic Mason, 1959, The School of Malaya33 menjelaskan perkembangan sistem persekolahan di Tanah Melayu seperti sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Buku ini juga membandingkan perkembangan sekolah di Singapura dengan Tanah Melayu. Terdapat pernyataan ringkas mengenai latihan keguruan di Maktab Melayu Singapura, Maktab Melayu

31 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelajaran di Malaysia 1974, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.

32 Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Min Phang, The Changing Pattern of Teacher Education In Malaysia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1975.

33 F. Mason, The School of Malaya, Singapore: Eastern Universities Press Ltd., 1959.

(35)

20

Melaka, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, latihan keguruan di Maktab Kirkby dan Brinsford Lodge pada tahun 1954.

D. D. Chelliah, 1947, A Short History of the Educational Policy of the Straits Settlement 1800-192534 menjelaskan polisi kerajaan Negeri-negeri Selat terhadap perkembangan sekolah vernakular dan perkembangan latihan keguruan. Latihan teknik dan vokasional menjadi sub topik yang dibincangkan dalam buku ini.

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu ditulis berdasarkan Laporan Cheeseman.35 Kandungan buku ini juga membincangkan latihan keguruan di Teluk Belanga Singapura 1878, Maktab Perguruan Melaka 1900, Maktab Perguruan Sultan Idris 1922 dan juga sistem kelas normal. Manakala kajian ini meliputi tempoh masa 1945 hingga 1986.

William Robert, 1958, The Malayan Teachers’ Training College, Kota Bharu,36 merupakan catatan pengalaman bekas pengetua Malayan Teacher’s College di Maktab Kirkby, England sebelum beliau dilantik pula sebagai pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) pada tahun 1954. Buku ini menjadi sumber utama dalam membincangkan latihan keguruan di Tanah Melayu khususnya di MPKB.

Kupasan perbincangan tentang kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan latihan dan perbelanjaan pembangunan latihan keguruan. Bekalan tenaga pengajar dibawa dari

34 D. D. Chelliah, A Short History of the Educational Policy of the Straits Settlement 1800-1925, Kuala Lumpur: Goverment Press, 1947.

35 H.A.R Cheeseman ialah guru penolong di Sekolah Penang Free pada tahun 1907 dan menjawat jawatan itu selama 15 tahun sehingga tahun 1922 serta pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai nazir sekolah Pulau Pinang. Beliau mencapai kejayaan yang cemerlang dan berupaya menjawat tiga jawatan yang utama - Penguasa Pelajaran Johor, Timbalan Pengarah Penasihat Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Rujukan Arkib Negara Malaysia.

36 R. William, „The Malayan Teachers‟ Training College, Kota Bahru,‟ Jurnal Oversea Education.

1958.

(36)

21

England bagi membantu untuk melancarkan pelaksanaan latihan keguruan. Kejayaan Maktab Kirkby yang dibina pada tahun 1952 menjadi inspirasi terhadap penubuhan maktab perguruan di Tanah Melayu selepas tahun 1954. Namun buku ini hanya membincangkan latihan keguruan di Maktab Kirkby dan MPKB sahaja tanpa membincangkan latihan keguruan di pusat latihan yang lain.

Artikel yang ditulis oleh John. W. Dunhill, 1961, The Education of a Teacher in Malaya37 membincangkan pendidikan guru di Tanah Melayu. Guru dididik secara profesional dengan menggunakan kaedah dan pedagogi yang sesuai agar bakal guru yang dikeluarkan mampu menangani cabaran dalam dunia pendidikan. Tulisan ini juga lebih menekankan falsafah pendidikan ke arah melahirkan guru yang cemerlang seperti aspek pemilihan calon guru. Kelayakan sahaja tidak mencukupi untuk menjadi guru yang berilmu tetapi minat dan kebolehan juga perlu dipertimbangkan.

Buku ini turut menitikberatkan aspek pemantauan kepada guru permulaan.

Perbincangan lebih ditumpukan kepada cabaran selepas seseorang itu menjadi guru.

Oleh itu, kajian ini sudah pastinya berbeza kerana meneliti perkembangan latihan keguruan dan cabaran yang dihadapi oleh calon guru.

Tulisan Mohd Nor Long, 1982, iaitu Perkembangan Pelajaran di Sabah38 yang mengupas keperluan latihan keguruan di Borneo Utara atau Sabah.

Perbincangan dalam buku ini mencakupi dua fasa, iaitu perkembangan pendidikan selepas Perang Dunia Kedua dan sistem pendidikan selepas pembentukan Malaysia

37 J. W. Dunhill, „The Education of a Teacher In Malaya 1960,‟ Journal of Education (Hong Kong), Vol. 19, 1961.

38 Mohd Nor Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

1982.

(37)

22

1963. Sejarah keguruan yang dibincangkan dalam buku ini seperti penubuhan Maktab Perguruan Kent 1952 dan Maktab Perguruan Gaya 1961. Kurikulum latihan keguruan, pentadbiran, peperiksaan dan tenaga pengajar dihuraikan dengan jelas.

Namun perbincangan dalam buku ini hanya terhenti sehingga tahun 1970-an sahaja dan kekurangan maklumat perlu dilengkapkan dengan mengadakan kajian lanjutan.

Sebuah lagi buku yang mengupas sejarah perkembangan pendidikan guru ialah tulisan Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santiram, 1990, Perkembangan Pendidikan di Sarawak.39 Penulisan ini memfokuskan perkembangan maktab perguruan di Sarawak pada masa sebelum merdeka di bawah Rejim Brooke dan selepas pembentukan Malaysia 1963. Pusat Latihan Batu Lintang merupakan pusat latihan guru yang ulung di Sarawak dan mengalami beberapa kali proses pertukaran nama sehingga menjadi Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) pada tahun 1968. Sejarah penubuhan MPBL, peruntukan kewangan, jenis latihan guru dan pengurusan pentadbiran dibincangkan dengan terperinci.

Selain itu, buku ini turut membincangkan perkembangan latihan keguruan di Maktab Perguruan Rajang dan Maktab Perguruan Sibu, Sarawak. Statistik bilangan pelatih mengikut jenis kursus dan jangka masa latihan dapat dijadikan rujukan utama. Fokus penulisan ini pada perubahan yang terdapat dalam latihan guru sehinggalah maktab perguruan di Sarawak sealiran dengan maktab perguruan di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Batasan kajian dalam buku ini terhenti sehingga tahun 1978 sahaja. Kekurangan ini memberi peluang kepada pengkaji melengkapkan

39 Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santiram, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

(38)

23

penulisan berkaitan perkembangan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945 sehingga tahun 1986.

Perkembangan pelajaran di Sarawak juga ditulis oleh Sabihah Osman, 1990, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941.40 Penulis mengkaji perkembangan pelajaran bumiputera di Sarawak semasa pemerintahan Brooke.

Kajiannya meliputi jangka masa tahun 1841 sehingga tahun 1941 iaitu, semasa pemerintahan James Brooke dari tahun 1841-1868, Charles Brooke dari tahun 1868- 1917 dan Vyner Brooke dari tahun 1917-1941. Isi kandungan buku ini turut membincangkan pelajaran tradisional orang Melayu dan badan dakwah Kristian ketika pemerintahan kerajaan Brooke. Kesan pemerintahan Brooke dan kaitannya dengan pelajaran bumiputera dihuraikan dengan panjang lebar. Aspek latihan keguruan dinyatakan secara ringkas, iaitu rancangan melatih guru pada tahun 1929 yang dilaksanakan di Madrasah Melayu Sarawak. Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah bumiputera Sarawak ialah guru tidak terlatih kerana aspek latihan keguruan tidak diberi keutamaan oleh kerajaan Brooke. Sumber kajian dalam buku ini daripada Report of Committee on Malay Education dan Hammond, Report on Education. Buku ini tidak menganalisis latihan keguruan selepas pengunduran tentera Jepun tahun 1945. Justeru, ruang yang ada dilengkapkan oleh pengkaji dan menjadikan tesis ini berbeza dengan kajian terdahulu.

Penulisan tentang latihan keguruan turut dibincangkan dalam beberapa kertas kerja seperti tulisan Abdul Aziz Sultan, 1980, yang bertajuk Ke Arah Kurikulum

40 Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

(39)

24

Perguruan Lapan Puluhan. 41 Kertas kerja ini merupakan satu jangkaan dan ramalan bentuk pendidikan guru pada tahun 1980-an. Penulis mengkritik latihan keguruan yang wujud sebelum 1970-an, iaitu guru sekolah rendah dan sekolah menengah dilatih secara berasingan. Konsep kesepaduan tidak tercapai jika keadaan itu dibiarkan berterusan sehinggalah Rancangan Perguruan Bersepadu dilaksanakan pada tahun 1973 yang menyatukan latihan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Penilaian beliau dalam kertas kerja ini menyentuh aspek perubahan kurikulum, tempoh masa latihan keguruan, pemilihan calon guru, bekalan tenaga pengajar, strategi pengajaran, kokurikulum, kemudahan fizikal di maktab perguruan dan juga pengkhususan kurikulum. Kertas kerja ini tidak menganalisis keperluan dan kebajikan calon guru seperti kemudahan tempat latihan, jenis latihan keguruan dan gaji guru permulaan. Lagipun kertas kerja ini hanya menumpukan pada latihan keguruan tahun 1980-an sahaja.

Kertas kerja yang bertajuk Keguruan dan Perguruan di Malaysia:

Keperihalannya Kini dan Arah yang Dituju,42 ditulis oleh Awang Had Salleh pada tahun 1980. Kajian ini mendefinisikan maksud keguruan dan perguruan. Beliau menimbulkan persoalan mengenai pemilihan perkataan pendidikan perguruan atau latihan keguruan, manakah yang lebih tepat dalam orientasi penyediaan guru di Malaysia? Hujahan Awang Had Salleh berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Kertas kerja yang kritis ini mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui ciri-ciri dan tanggungjawab yang perlu

41 Abdul Aziz Sultan, „Ke Arah Kurikulum Perguruan Lapan Puluhan,‟ Persatuan Suluh Budiman- KONPEN V, Kurikulum Perguruan Latihan keguruan , 6-8 Disember 1980.

42 Awang Had Salleh, „Keguruan dan Perguruan di Malaysia: Keperihalannya Kini dan Arah Yang Dituju,‟ Persatuan Suluh Budiman-KONPEN V, Kurikulum Perguruan Latihan keguruan, 6-8 Disember 1980.

(40)

25

ada pada seorang guru. Cabaran terbesar dalam pendidikan perguruan adalah untuk melahirkan pendidik profesional yang sejati. Kurikulum perguruan yang relevan serta strategi pengajaran yang berkesan menjadi faktor penting merealisasikan cabaran tersebut. Kupasan hujahan ini membantu pengkaji melengkapkan kajian mengenai perkembangan latihan keguruan di Malaysia.

Tesis Wan Harun bin Wan Yaacob, 2008, Pendidikan Guru di Malaysia:

Perkembangan dan Perubahan Kurikulum Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan, Tahun 1957 hingga 1986,43 mengupas perubahan program pendidikan guru khususnya dalam bidang kurikulum ilmu pendidikan. Kajian ini meneliti perubahan kurikulum dalam program General Purposes Colleges (1961-1964), Latihan Keguruan Bersepadu (1964-1973), Latihan Asas Dua Tahun (1973- 1981) dan Kursus Asas Tiga Tahun (1981-1986). Kajian terbatas pada kursus keguruan sekolah menengah sahaja dan tidak membincangkan kursus keguruan untuk sekolah rendah.

Oleh itu, pengkaji melengkapkan kajian dengan menghasilkan penulisan tentang perkembangan latihan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia tahun 1945- 1986.

Tesis lain yang berkaitan ialah kajian Ahmad Jelani bin Halimi, 1989, Sistem Pendidikan Melayu (Islam) Tradisional Merujuk kepada Sistem Pendidikan Pondok di Kedah: Asal Usul dan Perkembangannya hingga 1957.44 Tesis ini mengkaji sistem pendidikan pondok di negeri Kedah sebelum campur tangan British sehingga

43 Wan Harun Wan Yaacob, „Pendidikan Guru di Malaysia: Perkembangan dan Perubahan Kurikulum Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan, Tahun 1957 hingga 1986,‟ Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2008.

44 Ahmad Jelani Halimi, „Sistem Pendidikan Melayu (Islam) Tradisional Merujuk kepada Sistem Pendidikan Pondok di Kedah: Asal Usul dan Perkembangannya hingga 1957,‟ Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1989.

(41)

26

merdeka tahun 1957. Kajian juga menghuraikan bentuk latihan guru sekolah pondok dan kurikulumnya. Tidak dibincangkan latihan keguruan formal di maktab perguruan atau di pusat latihan guru yang lain. Pengkaji memilih tesis ini sebagai salah satu kajian lepas kerana maklumat mengenai sistem pendidikan pondok dapat dijadikan rujukan dalam membincangkan latar belakang pendidikan awal orang Melayu.

Tulisan Lee Chee Ying, 1981 dalam artikelnya yang berjudul Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia Satu Tinjauan45 menjelaskan perkembangan pendidikan guru di sekolah Inggeris, sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil. Namun, fokus kajian lebih kepada guru sekolah Cina dengan menghuraikan setiap program latihan keguruan. Fasa perkembangan latihan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat pertama pada tahun 1946-1947, peringkat kedua pada tahun 1948-1955, peringkat ketiga pada tahun 1956-1972.

Kajian ini merupakan satu tinjauan ringkas, oleh itu sumber rujukannya terhad dan menumpukan pada aliran sekolah Cina sahaja. Pengkaji mengisi ruang yang ada dengan menganalisis jenis latihan keguruan di institusi perguruan sehingga tahun 1986.

Selain itu, Abdul Rahim bin Che Teh, 1979, Latihan Perguruan di Maktab- maktab Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia,46 menerangkan peranan maktab perguruan sebagai pusat latihan guru. Tumpuan penulisan adalah pada Rancangan Perguruan Bersepadu (RPB) yang dilaksanakan pada tahun 1973 seperti faktor penubuhan dan bentuk pelaksanaan. Beliau mengemukakan bukti yang

45 Lee Chee Ying, „Sejarah Perkembangan Latihan keguruan Di Malaysia; Satu Tinjauan,‟ Pendidik dan Pendidikan, Jilid 111, Bil 1, Januari 1981, hlm. 1-11.

46 Abdul Rahim bin Che Teh, „Latihan keguruan di Maktab-maktab Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia,’ Suara Pendidik, Vol.5, No.4, Disember 1979 , hlm. 2-7.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

kepada lapan konstruk yang telah ditentukan seperti pemboleh ubah analisis keperluan latihan menetapkan matlamat sekolah, budaya organisasi, iklim sekolah, sokongan dan

Kajian ini bertujuan untuk meneliti teknik dan strategi pengajaran kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris oleh guru-guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah

Penulisan ini adalah merupakan kajian mengenai persepsi guru Bahasa Inggeris terhadap implimentasi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah- sekolah awam di

Sungguhpun Jawatankuasa Barnes mempunyai rasionalnya apabila mencadangkan penubuhan sekolah satu aliran dan dalam pemilihan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai

Disebabkan sistem pendidikan rendah di negara ini menggunakan satu instrumen yang sama bagi menilai pencapaian akademik murid-murid sebelum memasuki pendidikan menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh moderasi kepercayaan organisasi dan pemimpin terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan

Kajian ini menyelidiki sejaulunariahkah pemikiran pendidik guru yang meliputi epercayaan, nilai, sikap dan pengetahuan kraf profesional telah mempengaruhi

Kini semua pelajar sekolah-sekolah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diseluruh Malaysia