• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 211 – Kritikan Kesusasteraan dan Disiplin Bantu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 211 – Kritikan Kesusasteraan dan Disiplin Bantu "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

________________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir

Sidang Akademik 2015/2016 Mei/Jun 2016

JMK 211 – Kritikan Kesusasteraan dan Disiplin Bantu

Masa: 3 jam

________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

Kertas Peperiksaan ini mengandungi DUA BAHAGIAN (A & B).

Anda WAJIB menjawab Soalan 1 dalam Bahagian A (i– viii); dan jawab 2 (DUA) soalan daripada Bahagian B.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

(2)

…3/- [JMK 211]

- 2 - BAHAGIAN A

Anda WAJIB jawab semua soalan-soalan kecil (a) hingga (h) dalam soalan ini. Beri jawapan berbentuk nota ringkas. Beri peruntukan masa yang tidak melebihi 1 jam 15 minit untuk soalan ini.

Soalan 1

(a) “Sastera boleh dikaji menggunakan pendekatan sejarah/sejarah tamadun.” Jelaskan

“keberhasilan ilmiah” daripada pendekatan tersebut.

(b) Beri satu definisi Teori Sastera yang ringkas, tetapi cukup merangkumi.

(c) Nyatakan secara ringkas pertalian antara Teori Sastera, Sejarah Sastera dan Kritikan Sastera.

(d) Teori/Kritikan yang diasaskan kepada falsafah Plato digelar ‘Kritkan Platonic’;

nyatakan tiga unsur/ciri penting dalam ‘Kritkan Platonic’ itu.

(e) Teori/Kritikan yang diasaskan kepada falsafah Aristotle digelar Kritikan Aristotlean nyatakan dua unsur/ciri penting dalam Kritikan Aristotlean itu.

(f) Kritikan Sastera dalam Zaman Pasca-klasik di Eropah, khususnya pada Abad Pertengahan (dari kurun ke-5 hingga ke-14) telah dipengaruhi oleh ‘prinsip moral dan etika keagamaan’. Jelaskan.

(g) Kritikan dalam Zaman Renaissance, khususnya di Eropah, rata-ratanya berpaksikan dua ‘landasan teori’. Nyatakan apakah dua ‘teori’ atau ‘isme’ itu.

(h) “Disiplin Linguistik Struktural, terutamanya yang diasaskan oleh Ferdinand De Saussure, telah mencetuskan Teori/Kritikan yang kemudiannya menjadi kuat dan berpengaruh sebagai ‘Kritikan Formalist’.” Jelaskan.

(40 markah)

(3)

…4/- [JMK 211]

- 3 - BAHAGIAN B

Pilih & jawab DUA (2) soalan daripada bahagian ini. Beri jawapan berbentuk esei, tetapi yang padat dan berisi dengan fakta serta hujah.

2. “Pendekatan Kritikan moden bercorak ‘Psikologi/Psikoanalitis’ (yang berasal daripada Teori Psikologi Freud), mempunyai potensi sebagai ‘kerangka Kritikan Sastera’ untuk menilai karya, pengarang dan pembaca.”

(a) Jelaskan kenyataan di atas dari segi intipati teori Psikologi Freud.

(10 markah) (b) Huraikan cara ‘kerangka Kritikan’ tersebut dapat meningkatkan pemahaman

terhadap sesebuah karya, seseorang pengarang dan pembaca karya itu.

(20 markah).

3. “Pendekatan Kritikan moden bercorak ‘Strukturalist’ (yang berasal daripada Teori Linguistik Struktural serta Semiotik/Semiologi dan berkembang sezaman dengan Aliran Formalist) kini rata-ratanya diterapkan sebagai ‘Kajian Intrinsik (tanpa Mazhab atau School of Thought)’ terhadap karya sastera”.

(a) Jelas kenyataan di atas dari segi intipati Teori Linguistik Struktural dan Semiotik/Semiologi yang asal itu

(10 markah) (b) Huraikan dengan memberi satu contoh cara ‘Kajian Intrinsik (tanpa Mazhab atau

School of Thought)’ itu dapat meningkatkan apresiasi terhadap sesebuah karya dan persekitarannya.

(20 markah).

4. “Semenjak tahun 1920-an, kini terdapat sebanyak ‘Sembilan (9) Aliran Kritikan Sastera Moden’. Paling popular dalam kalangan pengkaji muda ialah ‘Pendekatan Sosiologikal’ atau ‘Sosiologi Sastera’ – ada kalanya digelar ‘Pendekatan Eclectic’ oleh pengkaji dari Sub-discipline Sastera Bandingan -- yang memungkinkan penggabung- jalinan antara dua atau lebih pendekatan.” Jelas dan huraikan kenyataan di atas dari segi:

(a) Apakah ‘Sembilan (9) Aliran Kritikan Sastera Moden’ itu dan cara sesetengah daripadanya boleh digabung-jalinkan?

(10 markah) (b) Bagaimana ‘Kritikan Sosiologikal’ atau ‘Sosiologi Sastera’ dapat meningkatkan

pemahaman terhadap sesebuah karya dan konteksnya?

(20 markah) - oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antara objektif kajian ini ialah pengkaji akan mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu melalui pendekatan analisis kesilapan bahasa Melayu dalam karangan

Justeru, dalam kajian ini pengkaji menggunakan ketiga-tiga jenis pendekatan iaitu analisis kandungan (TPP), analisis kluster (pola tingkah laku mendengar atau tahap

Ciri-ciri emosi, subjektiviti, kecerekaan dalam sastera serta bahasanya yang bersifat retorikal, sering dianggap sebagai faktor-faktor yang menyisihkan sastera dari arus utama

Informan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 18 orang iaitu penduduk di kedua-dua buah kampung. Ciri-ciri utama yang diambil kira ialah berdasarkan umur, jantina, latar

Merujuk kepada pendekatan dan kritikan ‘sosiologi sastera’, dan dengan menerapkannya ke atas mana-mana satu novel moden yang telah anda kaji, bincangkan tentang:

Walaupun terdapat pelbagai idea ataupun teori yang berkaitan dengan idea gagasan dan kritikan sastera Islami yang telah diperkenalkan dan dibahaskan oleh para pengkaji dan

Dalam kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada pengajaran yang menggunakan pendekatan penghayatan yang didedahkan kepada Kumpulan Eksperimen,

Dengan merujuk kepada teks dalam filem Labu-Labi, bincangkan beberapa mekanisme bela diri yang wujud pada watak Labu dan Labi demi melepaskan diri daripada