• Tiada Hasil Ditemukan

JKP 418 – Ekonomi Politik Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKP 418 – Ekonomi Politik Malaysia "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

___________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JKP 418 – Ekonomi Politik Malaysia

Masa : 3 jam

___________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TIGA soalan. Bahagian A WAJIB dijawab. Pilih DUA soalan dari Bahagian B.

Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

(2)

…3/-

- 2 - [JKP 418]

BAHAGIAN A

Soalan WAJIB dijawab.

1. “Pada 4 Februari 2016, sebanyak 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia dengan rasminya telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di New Zealand. Perjanjian ini disifatkan sebagai satu pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas”.

Utusan online, 5 Februari 2016.

Berdasarkan penyataan di atas, analisiskan kebaikan dan keburukan TPPA yang diwar-warkan oleh Amerika Syarikat kepada ekonomi politik Malaysia.

(100 markah)

BAHAGIAN B

Pilih dan jawab DUA soalan dari bahagian ini.

2. Kestabilan politik dan keamanan negara merupakan kunci utama untuk menarik pelabur asing supaya melabur di Malaysia. Bincangkan kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk menarik dan mengekalkan pelabur asing di Malaysia.

(100 markah)

3. Laporan audit negara pada tahun 2015 menjelaskan banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian. Bincangkan dari sudut kerangka ekonomi politik yang telah anda pelajari untuk menjelaskan faktor-faktor kegagalan tersebut.

(100 markah)

4. Bincangkan aspek-aspek positif dan negatif perkara-perkara yang berikut terhadap ekonomi politik Malaysia :

(a) pengambilan pendatang asing dari Bangladesh.

(b) penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

(100 markah)

5. Bincangkan perkara berikut :

(a) persamaan dan perbezaan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis.

(b) sejauh manakah sistem sosialis mampu menghasilkan sistem ekonomi yang lebih baik berbanding kapitalis?

(100 markah) - oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antaranya ialah tekanan dari sudut undang-undang dari negara-negara yang ada kepentingan perdagangan dan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beberapa negara seperti Amerika

atau organisasi masyarakat sivil di Malaysia tidaklah sampai ke tahap yang hebat, namun ini tidak menafikan bahawa "kumpulan-kumpulan sivil mempunyai impak

(a) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy) dengan sains politik (political science)3. (b) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy)

Malaysia perlu menganjak minda dengan menggunakan saluran politik seperti mana perjuangan Parti Green di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan

Sebagai contoh, di negara seperti Jepun, Italy, Denmark, Sweden dan Amerika Syarikat, peningkatan dalam jurang pendapatan akan memberi kesan peningkatan kepada

Menurut Profesor Jomo Kwame Sundaram, skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memberikan kesan lebih besar ke atas ekonomi politik Malaysia daripada krisis

“… in Malaysia we have progressed from being an agricultural-based to an upper- middle income economy, well on the path to becoming a high-income developed nation.” [… di

PULAU PINANG, 25 Mei 2016 - Akademia dari negara-negara ASEAN termasuk Thailand, Vietnam, Cambodia, Indonesia dan sebagainya berkampung di Universiti Sains