• Tiada Hasil Ditemukan

TIGA TINDAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "TIGA TINDAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

USM, PULAU PINANG, 26 Oktober 2016 - Siswazah perlu bersama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat dengan memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses pembangunan negara pada masa hadapan.

Demikian kata Pro Canselor USM, Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan pada sidang kelima upacara konvokesyen ke-54 USM hari ini.

Katanya, yang pertama para siswazah perlu menggunakan ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya, dengan menjadi seorang yang profesional serta berintegriti dalam apa jua yang dilakukan.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

TIGA TINDAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

26 OCT

(2)

"Integriti bermakna kita tidak akan lakukan apa jua perkara yang menyalahi undang-undang, peraturan dan norma masyarakat, di mana kita berada.

(3)

"Ilmu pengetahuan yang dimiliki, perlu diadun bersama integriti, untuk memastikan tadbir urus yang baik atau good governance sentiasa terpelihara kerana Integriti juga bermakna berpegang teguh kepada amanah dan tanggungjawab yang ada, sama ada dalam keadaan dapat dilihat oleh orang lain, mahu pun tatkala kita bersendirian dan tidak dilihat orang," katanya.

Yang kedua ialah menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan jangan bermain dengan api yang boleh menyebabkan terbakar diri terutamanya dalam keadaan masyarakat seperti negara ini yang berbilang kaum, agama, bahasa, budaya dan kepercayaan.

"Sikap ambil mudah, baling batu sembunyi tangan dan menimbulkan kesangsian dan kebencian boleh menimbulkan masalah jangka panjang serta jangan sama sekali berfikir secara stereotaip dan mengaitkan semua benda dengan perbezaan yang ada," tambahnya lagi.

(4)

Yang ketiga ialah menggunakan ilmu pengetahuan untuk mengukuhkan kesejahteraan masyarakat dan negara kerana saya percaya USM telah mendidik untuk sentiasa berfikiran positif, sering menolong orang lain dan secara sukarela membantu di antara sama lain dan kita sama-sama menjaga alam, kedamaian masyarakat dan mengelakkan dari timbulnya sebarang masalah.

"Inilah negara kita, yang harus kita jaga bersama-sama, jagalah keamanannya dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan," jelasnya.

Terdahulu Jegathesan menyampaikan ijazah kepada kira-kira 832 orang siswazah Ekonomi, Kerja Sosial, Perakaunan dan Pengurusan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Share This

(5)

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, guru perlu sentiasa berusaha menambah pengetahuan dan kemahiran pedagogi untuk pengajaran yang berkesan agar kefahaman murid dalam mata pelajaran

Oleh itu kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauhmanakah pengetahuan inkuiri terbimbing yang dimiliki oleh guru dan amalan pelaksanaan inkuiri

"Pengorbanan bermakna kesediaan kita untuk memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik apatah lagi yang tidak baik, kesediaan berkorban untuk menjadikan

"Para pelajar perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk berjaya dalam dunia yang pesat berkembang dan penuh cabaran ini kerana hanya mereka yang terbaik

Wakaf yang diterima oleh sesebuah institusi pendidikan boleh digunakan untuk apa sahaja aktiviti pendidikan (seperti urus tadbir, kos operasi, pembiayaan

MUnSyI ialah ujian psikometrik yang digunakan untuk mengukur minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, dan kecerdasan emosi calon pelajar peringkat ijazah

Semua institusi perlu ditadbir urus dengan baik kerana ia adalah sebahagian daripada rantaian yang membentuk sebuah institusi yang lebih besar, iaitu negara, titah

Jelaskan kaedah atau ujian yang digunakan untuk memastikan kesesuaian batu baur untuk pembinaan jalan seterusnya jelaskan juga ujian yang digunakan untuk memastikan kerja yang