• Tiada Hasil Ditemukan

“NATURAL PRODUCT EXTRACTION” KETENGAHKAN KEPAKARAN USM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "“NATURAL PRODUCT EXTRACTION” KETENGAHKAN KEPAKARAN USM"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 20160731 WA0003

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar pengekstrakan bahan-bahan semula jadi untuk mendidik peserta menggunakan prosedur yang ada sebelum diaplikasi di dalam amalan perubatan yang disertai oleh 60 orang pelajar siswazah, penyelidik, pensyarah, juruteknologi makmal dan juga pegawai sains termasuk dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menurut Pensyarah Kanan PPSK, Dr. Wan Amir Nizam Wan Ahmad, setiap ekstrak yang ingin dihasilkan perlu melalui pelbagai proses sebelum boleh diguna pakai.

IMG 20160731 WA0006

“Apa yang ingin kita sampaikan sebenarnya ialah untuk para peserta faham bahawa bukan mudah untuk sesuatu herba atau bahan semulajadi digunakan sebagai bahan rawatan kerana perlu melalui banyak proses ujikaji klinikal terlebih dahulu ke atas haiwan sebelum diaplikasikan kepada manusia”, katanya.

Pensyarah PPSK Profesor Madya Dr. Hasmah Abdullah pula menjelaskan ekstrak merupakan pati bahan semula jadi yang boleh memberi manfaat dari segi perubatan untuk masyarakat.

“Walau bagaimanapun, ujikaji saintifik haruslah dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kandungan yang terdapat dalam sesuatu ekstrak.

IMG 20160731 WA0004

"Dalam proses penemuan ubat berasaskan tumbuhan semulajadi, selain daripada proses yang pelbagai, tempoh pelaksanaannya juga dikatakan mengambil masa yang panjang iaitu bermula dengan pengekstrakan awal sesuatu bahan semula jadi bagi mendapatkan pati utama sehingga menjadi produk akhir," jelasnya lagi.

Para peserta didedahkan dengan latar belakang, cara pengekstrakan, teknik dan lain-lain yang berkait dengan proses pengekstrakan bahan semula jadi termasuk teknik-teknik tradisional dan moden dalam proses pengekstrakan di samping sesi “hands on” melalui demonstrasi cara-cara untuk mengendalikan (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

“NATURAL PRODUCT EXTRACTION” KETENGAHKAN KEPAKARAN USM

25 JUL

(2)

instrumen-instrumen dalam sesuatu penghasilan ekstrak semula jadi.

Teks: Nazirah Mahmud & Siti Nur Syamimi Suhaimi (Pelajar Internship USM) / Foto: Abdul Aziz Latif

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, 11 Februari 2016 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik hasrat Pertubuhan Bukan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Jun 2016 - Wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Kumpulan Pelayang Wau, Kampus Kesihatan menang tempat ke-3 dalam Festival Wau Antarabangsa 2016 kali

KUBANG KERIAN, 16 Jun 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Lau Jiun Sien, 24, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan

USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menjemput para pelajar yang menjalankan projek tahun akhir,

NIBONG TEBAL, Disember 2016 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menyumbang 50 unit

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

PULAU PINANG, 22 Februari 2016 - Program ijazah Sarjana Muda Sains Kimia yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) diberi

USM, PULAU PINANG, 13 November 2016 - Sekumpulan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi kepakaran mereka di