• Tiada Hasil Ditemukan

PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTAN "

Copied!
25
0
0

Tekspenuh

(1)

2015

PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTAN

ILHAM BIN CHE DAUD @ ZAKARIA

SARJANA SASTERA

(2)

2015

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi : Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan

oleh

Ilham Bin Che Daud @ Zakaria

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Sastera

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

(3)

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana- mana universiti dan institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah kertas atau akses terbuka dalam talian (teks penuh).

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama

Tarikh: Tarikh:

i

(4)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarga dan para sahabat baginda, dan seluruh doa buat umat Islam agar sentiasa dalam kerahmatan Allah.

Buat pertama kalinya saya mengucapkan syukur kepada Allah di atas kurniaanNya, diberi nikmat iman dan Islam serta kesejahteraan dalam menjalankan ibadah sebagai hambaNya di bumi ini.

Di dalam menjalankan kajian serta penyelidikan peringkat sarjana ini,banyak jalanan serta kemudahan yang telah dibukakan Allah terhadap saya untuk menempuhi tempoh kajian yang sungguh mencabar. Namun segalanya diperudahkan Allah atas nawaitu dan niat saya demi membuktikan sesuatu perkara yang wajar diketahui oleh setiap orang dan bidang penyelidikan.

Tajuk “Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan” merupakan tajuk pilihan hasil dari perbincangan saya bersama penyelia utama saya iaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa dan Profesor Dr. Ab. Aziz. Pemilihan tajuk tersebut dilihat sangat penting berdasarkan pola masyarakat negeri Kelantan yang telah lama menjadikan seni Khat dan Jawi sebagai tulisan utama dan rasmi dalam pelbagai urusan.

Bahkan, kajian ini juga merungkaikan pelbagai sejarah dan kepentingannya kepada masyarakat sejak zaman-berzaman. Oleh itu, kajian ini menyeliputi hampir pelbagai aspek samada dari segi kegunaan harian, rasmi, urusan kerajaan dan kesenian.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua musyrif iaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa jua Profesor Doktor Ab. Aziz di atas dorongan dan tunjuk ajar dalam membantu saya menyiapkan kajian dan penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga buat kedua ibubapa Tuan Haji Zakaria Bin Yacob dan Puan Hasnah Binti Mat Yajid di atas nasihat dan sumbangan dalam pelbagai aspek sehinggalah saya berada di tahap ini.

Kepada isteri dan anak-anak yang tercinta, Siti Nur Adilah Binti Kamarudin, Ummu Hani dan Muhammad Umayr, terima kasih kerana sanggup menahan karenah dan membantu dalam menyiapkan tesis ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian semua di dunia dan di akhirat.

Akhir kalam, terimalah kajian ini sebagai hadiah buat kalian demi penyambung generasi berilmu di dunia dan di akhirat dan permata ini jualah tinggalan yang akan membuktikan bahawasanya ilmu itu sangat berharga. Insya Allah.

(5)

iii

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI GAMBARAJAH vii

SENARAI GRAF viii

ABSTRAK ix

ABSTRACT x

SENARAI TRANSLITERASI xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Dan Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.6 Nilai Yang Boleh Digunapakai 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Pengertian Tajuk 16

1.9 Kajian Literatur 17

1.10 Metodologi Kajian 21

1.11 Kesimpulan 23

BAB 2 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT SERTA PENGARUHNYA KE ATAS PENULISAN BANGSA MELAYU ISLAM (JAWI)

2.1 Pendahuluan 25

2.2 Sejarah Penulisan Arab 29

2.2.1 Permulaan Tulisan Arab 32

2.2.2 Penulisan Di Zaman Sebelum Islam Dan Selepas Islam 37

(6)

2.3 Perkembangan Seni Khat 41

2.4 Jenis-Jenis Khat (Aqlam al-Sittah) 45

2.4.1 Khat Kufi 45

2.4.2 Khat Nasakh 47

2.4.3 Khat Thuluth 49

2.4.4 Khat Riqa’ah 51

2.4.5 Khat Diwani 52

2.4.6 Khat Ta’liq (Farisi) 53

2.5 Pengaruh Tulisan Arab Dan Seni Khat Di Nusantara 54 2.5.1 Pengaruh Aksara Arab Terhadap Penulisan Bahasa Melayu 57 2.6 Pengaruh Seni Khat Dalam Tinggalan Manuskrip Di Nusantara 60 2.7 Pengaruh Seni Khat Dalam Urusan Kerajaan Negeri Kelantan Dahulu 63

Kala

2.8 Kesimpulan 68

BAB 3 PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM PENULISAN JAWI DI NEGERI KELANTAN

3.1 Pendahuluan 71

3.2 Penggunaan Khat Dan Jawi Dalam Pelbagai Urusan Di Kelantan 72 3.2.1 Pembudayaan Jawi Dan Seni Khat Melalui Sistem Pendidikan 75 3.2.2 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Urusan Istana 78 3.2.3 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Tujuan Perniagaan 82 3.3 Kesalahan Yang Menjadi Kebiasaan Dalam Penggunaan Khat dan Jawi 85 3.3.1 Kesalahan Pada Papan Tanda Premis Perniagaan 86 3.4 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan 89 3.5 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Sebagai Perhiasan 92 3.5.1 Jenis Khat Yang Biasa Digunakan Di Kelantan 93 3.5.2 Perbezaan Aksara Jawi Moden Dan Jawi Lama 98 3.6 Khat dan Jawi Sebagai Medan Kajian Akademik Di Negeri Kelantan 101

3.7 Kesimpulan Bab 104

(7)

v BAB 4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 106

4.2 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada Nama 108 Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Kota Bharu.

4.3 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada 111 Pernyataan Papan Tanda Dan Iklan.

4.3.1 Domain pernyataan pada papan tanda 111

4.3.2 Domain Iklan 112

4.4 Kajian Terhadap Penggunaan Pernyataan Pada Kain Rentang 114 dan Gegantung

4.4.1 Domain Kain Rentang 114

4.4.2 Domain Pernyataan Pada Gegantung 115

4.5 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Pada Nama Bangunan 117 4.6 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Sebagai 118

Hiasan Di Masjid Dan Surau-Surau Terpilih.

4.7 Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Mengikut 120 Pematuhan Yang Ditetapkan.

4.8 Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Di Dalam 121 Urusan Rasmi Kerajaan

4.9 Kesimpulan Bab 131

BAB 5 RINGKASAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Ringkasan Kajian Literatur 134

Latar Belakang Kajian 136

Metodologi 139

Perbincangan 148

Cadangan Penambahbaikan Dan Keperluan Kajian Lanjutan 150

Penutup Dan Rumusan 154

(8)

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. MUKA SURAT

2.1 Sejarah Penulisan Khat Arab 30

2.2 Tulisan di kubur ÑAidu Bin Kahilu 31

2.3 Tulisan Heroglif bangsa Mesir Qibti 32

2.4 Penemuan tulisan berbentuk simbol tangan di Gua Magharah 34 Wadi Surah

2.5 Tulisan Naqash Nabati pada akhir kurun keenam 36 2.6 Tulisan Nabatiy yang diajar kepada penduduk Hijjaz dan 36

dinamakan Khat Hijjaziy pada 528 Masih

2.7 Surat Rasulullah SAW kepada Raja Cycrus 37

2.8 Jenis tulisan Khat Kufi Mushaf 40

2.9 Khat Kufi Murabba’ 47

2.10 Basmalah jenis Khat Nasakh 49

2.11 Basmalah gaya Khat Thuluth 50

2.12 Basmalah dengan gaya Khat RiqÑah 51

2.13 Basmalah dengan gaya Khat Diwani 52

2.14 Basmalah dengan gaya Khat Ta’liq 54

2.15 Tulisan Pallava 55

2.16 Tulisan Kawi 57

2.17 Manuskrip Syeikh Wan Ahmad Zain al-Fathoni 64

2.18 Pitis Kijang Kelantan 65

3.1 Khat RiqÑah salah satu sukatan pengajian khat di YIK 76 3.2 Tauliah Ketandaan Pingat Kehormatan dan Pingat Kesultanan Kelantan 79 3.3 Nombor pendaftaran kenderaan Sultan Muhammad ke-V 80

3.4 Kesalahan papan tanda masjid 85

3.5 Kesalahan dari segi kombinasi huruf Rumi dan Jawi 86 3.6 Tulisan Khat Thuluth berdasarkan kitab Holy Bible 87

3.7 Tiada kepatuhan kepada arahan MPKB-BRI 87

3.8 Tulisan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani 94

3.9 Cop mohor Sultan Muhammad ke-IV 95

(9)

vii

3.10 Mushaf al-Quran lama negeri Kelantan yang ditemui 1927 96 3.11 Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada Gabenor 97

Inggeris di Singapura 1908/1909 halaman 1

3.12 Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada Gabenor 99 Inggeris di Singapura 1908/1909 halaman 2

4.1 Contoh papan iklan kedai yang betul 111

(10)

NO.

4.1

SENARAI GRAF

Nama Premis

MUKA SURAT 108

4.2 Pernyataan dan Papan Tanda 112

4.3 Iklan 113

4.4 Kain Rentang 115

4.5 Gegantung 116

4.6 Nama Bangunan 118

4.7 Masjid dan Surau Terpilih 119

4.8 Pematuhan yang ditetapkan 121

(11)

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi : Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan

ABSTRAK

Seni khat dan tulisan Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini umumnya dan di negeri Kelantan khasnya. Penggunaan huruf Jawi sebagai tulisan ilmiah utama di nusantara dapat dilihat melalui kitab-kitab dan manuskrip karya ulama terdahulu. Akhbar Utusan Melayu umpamanya pernah menjadi akhbar utama di kalangan masyarakat Melayu. Tulisan Jawi berhadapan dengan cabaran semasa seperti proses kemodenan serta dasar pendidikan anak bangsa yang lebih memberi tumpuan kepada huruf Rumi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penulisan dan pertuturan utama. Khat atau kaligrafi arab merupakan sebahagian dari seni penulisan huruf Jawi menghadapi situasi yang sama sebagaimana tulisan Jawi. Seni khat juga menghadapi senario yang sama dengan tulisan induknya Jawi. Dalam kelesuan serta ketidak perihatinan masyarakat menjaga tulisan Jawi dan seni khat, kerajaan negeri Kelantan Darul Naim telah menggubal serta meluluskan Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu 1990 pada tahun 2007 sebagai asas utama menggalakan penggunaan Khat dan Jawi sebagai kegunaan utama dalam pelbagai urusan. Menerusi pemerhatian yang dilakukan terhadap tulisan jawi dan seni khat, terlalu banyak kesilapan- kesilapan besar yang amat mencacatkan berlaku dalam iklan, papan tanda, banner di sekitar bandar Kota Bharu. Dalam melaksanakan kajian ini, tiga objektif utama telah digariskan bagi menyelaraskan dengan persoalan kajian ini iaitu mengkaji sejauh manakah kepentingan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang tercatat pada manuskrip kesultanan silam Kelantan serta sejarah perkembangannya, kedua mengetahui pelaksanaan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan Kelantan kini dan yang ketiga mengkaji kepatuhan masyarakat awam terhadap penguatkuasaan MPKB- BRI berkaitan papan iklan dalam tulisan khat dan Jawi. metod dokumentasi pengumpulan data yang berkaitan dengan seni khat dan tulisan jawi, wawancara atau temu ramah tokoh serta pemerhatian sangat sesuai dalam menyelidik serta mengkaji situasi di sekitar bandar Kota Bharu. Justeru, hasil kajian ini mampu menghasilkan pengetahuan baru serta mampu diadaptasikan bukan sahaja melalui pihak berkuasa akan tetapi penyelidik melihat Kelantan mampu menjadi pelopor kepada pusat pengembangan khat dan Jawi di Malaysia.

ix

(12)

The Usage Of Islamic Calligraphy in Jawi Writing:

An Overview In Kelantan

ABSTRACT

Calligraphy and Jawi writing has a long history in Malaysia, particularly in the state of Kelantan. The use of Jawi as a major scientific writing in the archipelago can be seen through the previous books and manuscripts from several authors. An example is Utusan Melayu, which is a major newspaper among the Malay community. However, Jawi is facing several challenges such as the process of modernity and child education policy, which focus more on Rumi and English as the main language of writing and speech. Similarly, Arabic calligraphic and Khat that are part of the art of writing Jawi letters also face the same problem. Thus, due to the lack of community care and concern for Jawi script and calligraphy, the State Government of Kelantan Darul Naim has developed and approved the Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu Municipal Council 1990 in 2007 as the main basis to encourage the use of Khat and Jawi.

However, the Jawi scripts and calligraphy are losing their uniqueness due to lack of monitoring and enforcement by the authority. As a result many errors in Jawi writing and calligraphy are found in advertisements, signboards and banners in the vicinity of Kota Bharu. In conducting this study, there have three main objectives have been highlighted to coordinate with research question which is reviewing the extent to which the interests of calligraphy and Jawi in Kelantan state government affairs as recorded in ancient manuscripts Kelantan sultanate and historical development, second know the implementation of calligraphy and Jawi in Kelantan government affairs and a third is currently reviewing public submissions on enforcement MPKB - BRI related to billboard in calligraphy and Jawi. To review and document data associated with calligraphy and Jawi, interview and observations is seen as an appropriate method in researching and examining the situation in the town of Kota Bharu. Thus, this research shall generate new knowledge and shall be adopted not only by the authorities but also other interested parties. It is hoped that, this will place Kelantan as the precursor to the development of Khat and Jawi center in Malaysia.

.

x

(13)

xi

SENARAI TRANSLITERASI 1. KONSONAN

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

أ ب

a b

ل أظ

ل د ت

sa‟ala badala

ت

t

سم

ت

tamr

ث

th

جز ى

ح

thawrah

ج

j

لام

ج

jamal

ح

Í

ج

د ح

hadith

خ

kh

ل دا

خ

khalid

د

d

ناى

د

diwan

ذ

dh

ة

ه

ر م

madhhab

ز

r

هم

ح ز

Rahman

ش

z

مص

م ش

zamzam

ض

S

ا بس

ظ

sarab

غ

Sy

طم

ش

syams

ص

Î

سث ص

sabr

ض

Ì

س

م ض

damir

ط

Ï

سه

اط

tahir

ظ

Ð

سه

ظ

zuhr

ع

c

دث ع

„abd

غ

gh

ة

غ

ghayb

ف

F

هق ف

fiqh

ق ك

Q K

ض اق ض أ ك

qadi ka‟s

ل

L

ه ث ل

laban
(14)

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

م

M

زام

صم

mizmar

ن

N

مى

nawm

ه

H

ظ

W

ل ص

ثه

habata wasl

ي

Y

زاع

yasar

لا

ملاش

lÉzim

2. VOKAL

a. Vokal Pendek

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

c

ـــ ـــ

a

ل ع ف

fa ala

ــ ــــ

i

ـــ ـــ

u

ة

ع

ة ح ت ك

hasiba kutiba

b. Vokal Panjang

(15)

xii

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

ي / ا

a

ىض

ق

،ة تا ك

kÉtib, qada

ي

i

م س ك

karÊm

(16)

u

ف س ح

hurËf

c. Diftong

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

aw

لى ق

qawl

ي

ay

ف ص

ي

i

ىع

ج ز

Îayf rajci atau rajciyy

uww

دع

caduww atau cadu
(17)

1 BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seni khat yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Islamic Calligraphy atau Arabic writting, juga disebut dalam bahasa Arab sebagai طخ yang bermaksud menulis1. Manakala Calligraphy bermaksud tulisan yang cantik2. Dari segi istilah, seni khat dinyatakan sebagai kesenian yang dicipta bertujuan untuk mengangkat ketamadunan bangsa Arab dan juga ketamadunan Islam, bahkan seni khat adalah berbeza berbanding dengan seni kaligrafi yang lain.3

Disebabkan itu, seni khat dikenali sebagai salah satu ciri penulisan atau kesenian di dalam Islam dan penulisan Jawi. Kepentingan seni tersebut sangat besar dalam ketamadunan dunia Islam sehingga kehalusannya mencorakkan pandangan terhadap aspek-aspek berkaitan Islam, contohnya khat dalam seni bina Islam, penulisan Mushaf al-Quran dengan tulisan Khat Nasakh, kitab-kitab ilmiah dalam bahasa Arab atau Jawi, dan sebagainya.

1 Mohd Khairi Bin Zainuddin, Mohd Nazri Bin Zainuddin, Mohd Fuad Bin Hj Mohd Isa, 2007, al-Miftah, Kuala Pilah : al- Azhar Media Enterprise, hlm 760.

2 , 1997, Kamus Dwi Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 160.

hlm ز.

3 Afifi al-Bahansiy Dr, 1995, MuÑjam MuÎtolihÉt al-Khat al-´Arabiy wa al-KhattatÊn, Lubnan : Maktabah Lubnan Nasyirun,

(18)

Manakala tulisan Jawi pula disebut sebagai tulisan Pegon atau tulisan Arab Gundul,4 dan pengaruh bentuk serta gaya penulisan Jawi adalah kesan daripada kemasukan Islam ke Tanah Jawa, serta membentuk penulisan asal Jawa daripada abjad Pegon kepada abjad Arab bahkan menjadi penulisan ilmiah.5 Seni khat bukan setakat konseptual kepada tulisan serta kesenian bangsa Arab semata-mata, bahkan dicatatkan oleh sejarah, bahawa ia telah berkembang sehingga mempengaruhi bangsa Parsi, bangsa Hindi, bangsa Saljuk iaitu orang Turki dan juga penduduk di kepulauan Melayu iaitu Tanah Melayu, kerajaan Acheh, Pasai, Borneo, dan Mindanao. Penduduk di kepulauan Melayu di kalangan orang Islam telah menjadikan khat sebagai resam dalam penulisan Jawi, perkara ini juga berlaku dalam kalangan penduduk di kepulauan Sulu dan Mindanao (Filiphina).6

Dalam kajian ini, penyelidik melihat dengan pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada 17 November 2005 merupakan detik yang sangat penting kepada pengiktirafan kerajaan Negeri Kelantan terhadap tulisan Jawi yang kebiasaannya ditulis dengan seni Khat Nasakh. Pengiktirafan tersebut dilihat apabila kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar dan bengkel berkaitan dengan penguatkuasaan tulisan Jawi dan Khat di Bandar Kota Bharu.

4 Noriah Mohamed, 2001, Jurnal Sari 19, Bangi : ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 121.

5 Op Cit, 122.

6 Majid Khairabik, 1992, al-Lughah al-ÑArabiyyah – Jazuraha-Intisharaha-TaÚsiraha Fi al-Syarqiy wa al-Gharbiy, Dimasyq : Dar SaÑad al-Din, ctk 1, hlm 90.

(19)

3

Pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merupakan badan bertanggungjawab terhadap pemantauan, serta menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara kelestarian Jawi yang dianggap penting sebagai ciri sebuah Bandaraya Islam. Elemen yang disentuh untuk mempertahankan Jawi supaya tidak hilang adalah seperti tulisan, seni khat, dan penggunaan Jawi. 7

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih satu tajuk iaitu

“Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan”

yang diharapkan mampu dihuraikan secara akademik sejauh manakah seni Khat digunakan dalam penulisan Jawi, samada di papan iklan, penulisan rasmi kepala surat kerajaan negeri, bahan bercetak, dan pelbagai lagi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian ini berdasarkan penggunaan seni khat dalam penulisan Jawi dalam kalangan masyarakat negeri Kelantan, pihak berkuasa tempatan seperti MPKB-BRI, jabatan-jabatan kerajaan negeri dan pusat, pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta terhadap nilai estetika seni khat yang menjadi tunjang, juga

7 Johari Bin Mat Dr, 2008, Seminar Dan Bengkel Tulisan Jawi Sambutan Ulang Tahun ke-3 MPKB-BRI Sempena Tahun Melawat Kelantan, Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan & MPKB-BRI, hlm 6.

(20)

peneraju dalam memartabatkan penulisan Jawi dan Khat agar dipandang indah serta mampu dilestarikan dalam kalangan masyarakat sekarang dan akan datang.

Sesungguhnya seni khat mempunyai nilai akademik yang sangat tinggi dan merupakan tulisan yang sangat berkait rapat dengan al-Quran, Hadith, dan kitab- kitab Jawi tradisional. Bahkan pada awal kebangkitan Islam, wahyu yang diturunkan ditulis dengan tulisan Khat Kufi yang tidak bertanda atau bertitik.8 Selain itu, jika dilihat kepada sejarah awal kedatangan Islam di Tanah Melayu, bukti-bukti penemuan Batu Bersurat di Terengganu, penulisan surat kepada pembesar serta titah sultan dan pelbagai urusan rasmi kerajaan ditulis dalam Jawi dengan menggunakan seni khat agar mudah dibaca dan difahami.9 Sehubungan dengan itu, kajian ini juga akan menghuraikan kepentingan seni khat dalam penulisan Jawi, sebagai cara yang terbaik untuk membuktikan bahawasanya masyarakat negeri Kelantan telah menjadikan khat dan Jawi sebagai resam penulisan utama masyarakat dari dahulu sehingga kini, bahkan bersesuaian dengan gelaran ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Setelah merujuk kepada akta Undang-Undang Iklan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1990, MPKB-BRI telah meletakkan syarat untuk mempamerkan sesuatu iklan mestilah mempunyai tulisan Jawi, manakala akta yang sama (Pindaan) 2007 telah meletakkan syarat tulisan Jawi

8 ÑAbd. al-Fattah UbÉdah, t.t, IntisyÉr al-Khat al-ÑArabiy, Kaherah : Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah, hlm 11.

9 Mohd Bakhir Bin Hj Abdullah Dr, 2007, Jurnal Usuluddin,. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, bil 26, hlm 126.

(21)

5

mestilah sama besar dengan perkataan Bahasa Kebangsaan dan diletakkan di atas sekali.10

Walaupun syarat telah ditetapkan, penulisan Jawi di papan iklan perlulah ditulis dengan tulisan khat dan dirujuk kepada pakar-pakar yang ada seperti Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang telah mempunyai unit khas bahagian Khat, atau mana-mana institusi Hal Ehwal Islam dan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang mempunyai kuasa dalam meluluskan tulisan khat dan juga Jawi agar tidak menyalahi dari segi kaedah dan seni tersebut.

Berdasarkan kepada undang-undang berkenaan, tulisan Jawi tersebut perlu ditulis dengan seni Khat Nasakh. Masalah yang ketara adalah tulisan Jawi tidak mengikut kaedah ditulis dalam pelbagai versi dan gaya tanpa merujuk kepada kaedah dan gaya khat yang sebenarnya seperti di dalam Mushaf al-Quran atau tulisan Khat Arab. Situasi ini bukan sahaja akan mematikan tujuan utama Jawi yang sepatutnya ditulis dengan seni khat, bahkan mematikan identiti Jawi serta bentuk hurufnya adalah tulisan dan aksara Arab.

Selain itu, wujud juga tulisan yang ditulis dengan khat tetapi terdapat kesalahan ejaan dan amat mengelirukan. Tahap kesedaran di kalangan masyarakat di Kota Bharu amat sederhana, begitu jua keadaan di kalangan masyarakat negeri

10 Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, 1990, Undang-Undang Kecil Iklan MPKB-BRI (Pindaan 2007), Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan, hlm 2.

(22)

Kelantan. Ini disebabkan isu pemantauan yang tidak menyeluruh dari pihak berkuasa, penerapan seni khat melalui seminar, atau forum tidak dilaksanakan secara berkala ataupun berperingkat, sehingga terdapat dalam kalangan masyarakat memandang Khat Nasakh sebagai tulisan Jawi, sedangkan seni khat sangat luas dan ada pelbagai gaya serta kaedah yang memudahkan orang awam untuk membacanya.

Justeru, penyelidik merasakan satu kajian perlu dilakukan untuk mencari garis panduan serta penyeragaman seni khat supaya tidak tertumpu kepada Khat Nasakh semata-mata, untuk memastikan keindahan seni Islam tersebut terus dilestarikan dan diperluaskan adalah perlu dilakukan.

1.3 Penyataan Masalah

Fenomena penulisan dengan menggunakan komputer telah menjadi kebiasaan disebabkan ingin melakukan sesuatu dengan pantas serta mudah. Asas pemikiran tersebut boleh mematikan seni khat dalam kalangan masyarakat Melayu, sedangkan seni khat merupakan imej masyarakat Islam Nusantara diiringi dengan tulisan Jawi yang menggunakan huruf Arab iaitu huruf berteraskan wahyu11.

Penyelidik telah memerhatikan sejauh manakah masyarakat di Kota Bharu memahami peraturan yang telah digariskan oleh MPKB BRI. Dengan mengambil pendekatan menguatkuasakan undang-undang pengiklanan, iaitu penggunaan

11 Syahidatul Akma Dunya, 2012, Jawi Khat Lambang Identiti Melayu, Selangor : Rencana Akhbar Sinar Harian.

(23)

7

kaedah seni khat yang sebenar. Permasalahan ini dilihat lebih ketara apabila wujudnya software tersendiri dalam penghasilan khat.

Dalam kaedah penulisan khat terbahagi kepada beberapa jenis tulisan iaitu Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat RiqÑah, Khat Diwani, Khat Farisi, dan Khat Kufi12. Jenis-jenis khat yang disebutkan oleh penyelidik merupakan tulisan yang biasa dilihat oleh penyelidik di dalam kawasan Kota Bharu. Jika pihak MPKB-BRI meletakkan garis panduan berdasarkan jenis-jenis tulisan dan memperluaskan lagi jenis khat sebagaimana yang dinyatakan, nescaya perkara tersebut sangat bertepatan dengan tema Kota Bharu Bandaraya Islam.

Penulisan seni khat yang ditulis secara tradisi bagaikan hidup dan seolah- olah mempamerkan kelembutan huruf al-Quran, sebagaimana kata-kata pujangga khat Arab dalam syairnya iaitu “Sesungguhnya khat itu seni yang hidup, bila masuk sahaja dalam komputer terkeluarlah dalamnya roh”.13 Kebanyakan tulisan samada di iklan-iklan, atau signboard kedai, nama-nama jalan yang ditulis Jawi, boleh dikatakan banyak menggunakan tulisan komputer. Justeru, bukan sahaja telah mencacatkan kesenian Islam, bahkan tidak menggambarkan ciri keIslaman pada bandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam dan juga negeri Kelantan sebagai Serambi Mekah yang terkenal sebagai pusat pengembangan ilmu.

12 http://ar.wikipedia.org/wiki/ةتس_طخط (dilawati 25 Mac 2013)

13 MusÑad Khudir al-Bur SaÑid, 1998, al-Thuluth Jaliy, Kaherah : Dar al-Fadhilah, hlm 135.

(24)

Selain itu, wujud ketidakseragaman jenis-jenis tulisan khat pada papan iklan dan papan tanda jalan. Perkara ini akan mengelirukan orang ramai untuk membaca tulisan tersebut. Bahkan perlu diteliti dan diperhalusi agar khat yang ditulis menepati kaedah, senang dibaca dan menjadi penanda atau logo pada sesebuah kedai. Walaupun di dalam akta pindaan tahun 2007 telah dinyatakan jenis tulisan Khat Nasakh, masih wujud pemilik kedai yang tidak mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Bahkan jenis khat seperti Thuluth, RiqÑah dan lain-lain terus menjadi tulisan yang digunapakai dalam pengiklanan tulisan Jawi di papan iklan.

Seharusnya perkara ini dilihat dengan serius agar masyarakat tidak berani melanggar sesuatu akta yang digubal dan dalam masa yang sama didedahkan dengan tulisan Jawi dan seni khat yang betul.

Masalah juga timbul apabila sesebuah papan iklan kedai, atau banner iklan berlainan dari bahasa kebangsaan, seperti bahasa Cina, akan mewujudkan kesukaran dari segi penulisan Jawi. Contohnya nama kedai Lee Leong Hwa, sudah pasti pemiliknya tidak pandai dalam seni khat maka mereka sewenang-wenangnya menggunakan kreativiti sendiri, meniru tulisan Jawi atau khat sehingga tidak dapat dibaca.

Selain itu, timbul juga masalah tenaga pakar atau penggiat seni khat dan Jawi untuk mendepani masalah ini. Masalah yang timbul seperti kekurangan mereka yang arif serta berkemahiran dalam bidang khat dan Jawi, walaupun ada penggiat serta tokoh seni khat yang aktif, namun permasalahan yang timbul tidak memadai

(25)

dengan beberapa orang sahaja yang boleh dirujuk. Hal ini mungkin disebabkan pihak-pihak bertanggungjawab terlepas pandang atau perkara ini dipandang remeh sahaja.

Selain daripada pameran imej di dalam pengiklanan, timbul juga soal penggunaan tulisan seni khat dalam bidang pendidikan dan penggunaan seni khat dalam urusan rasmi. Contohnya dalam penulisan bertauliah ataupun penganugerahan pingat serta darjah kebesaran oleh Sultan Muhammad ke-V. dan pelbagai lagi kepentingan seni khat bagi negeri Kelantan umumnya dan bagi bandar Kota Bharu khususnya sebagai pusat perkembangan ilmu untuk negeri Kelantan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesenian khat di Kelantan khususnya Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam dari aspek penghayatannya dalam mengaplikasikan penulisan Jawi. Kajian ini bertujuan membudayakan kesenian Khat sebagai instrumen terpenting dalam ciri-ciri Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam dan Kelantan bumi Serambi Mekah.

Bagi mencapai tujuan kajian ini, maka tiga objektif utama telah dikenalpasti:

a) Mengkaji kepentingan tulisan khat serta Jawi dalam urusan kerajaan Kelantan dan sebagaimana yang tercatat di dalam manuskrip kesultanan silam Kelantan serta sejarah perkembangannya.

http://ar.wikipedia.org/wiki/ةت

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jadi, bagi orang Melayu mempelajari Tulisan Jawi bukan suatu yang sukar, kerana ia bukanlah baru dalam masyarakat Melayu, bahkan orang Melayu sejak dari kecil lagi telah

Bahasa Melayu lama yang digunakan dalam teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah ini dijelmakan dalam bentuk penulisan dengan menggunakan tulisan Jawi lama (seperti yang dapat

Sekarang, golongan Jawi Peranakan ini lebih cenderung mengamalkan budaya Melayu dan dalam menuju ke arah menjadi Melayu, proses asimilasi dan amalgamasi yang dilalui oleh golongan

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenalpasti sistem pembelajaran seni khat yang wujud di dalam negara, menilai kejayaan institusi pendidikan seni khat tempatan

i) Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sahaja. Akhbar-akhbar harian ini dipilih kerana ia adalah akhbar harian berbahasa Melayu yang mempunyai kadar pembacaan yang paling

· Tumpuan tesis ialah untuk membincangkan tentang tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam ke Indonesia dan Alam Melayu khasnya di bahagian Utara Sumatera. Agama Islam

Antaranya peranan tulisan Jawi sebagai lambang kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu telah dinafikan dengan memperkenalkan tulisan rumi yang juga merupakan tulisan yang

Antaranya peranan tulisan jawi sebagai lambang kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu telah dinafikan dengan memperkenalkan tulisan rumi yang juga merupakan tulisan yang