• Tiada Hasil Ditemukan

(1)DALAM KUMPULAN PUISI TAMAN INSANIAH MENERUSI ASPEK INTRINSIK DAN PENGARUH RETORIK DENGAN PENGAPLIKASIAN TEORI TEKSDEALISME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)DALAM KUMPULAN PUISI TAMAN INSANIAH MENERUSI ASPEK INTRINSIK DAN PENGARUH RETORIK DENGAN PENGAPLIKASIAN TEORI TEKSDEALISME"

Copied!
87
0
0

Tekspenuh

(1)DALAM KUMPULAN PUISI TAMAN INSANIAH MENERUSI ASPEK INTRINSIK DAN PENGARUH RETORIK DENGAN PENGAPLIKASIAN TEORI TEKSDEALISME. MUHAMAD IZZUDDIN BIN RAMLI C18A0138. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022. FYP FTKW. KEPENGARANGAN SHAMSUDDIN OTHMAN.

(2) Puisi Taman Insaniah Menerusi Aspek Intrinsik Dan Pengaruh Retorik Dengan Pengaplikasian Teori Teksdealisme. Muhamad Izzuddin Bin Ramli C18A0138. Tesis yang dikemukakan untuk memnuhi sebahagian daripada syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Unviersiti Malaysia Kelantan 2022. FYP FTKW. Kepengarangan Shamsudin Othman Dalam Kumpulan.

(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh. SULIT. hingga. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi. maklumat. terhad. yang. ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)* Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. IZZUDDIN. MUHAMAD IZZUDDIN BIN RAMLI Tarikh: 20 FEBRUARI 2022. DR. NOR DIANA BINTI AB JABAAR Tarikh: 20 FEBRUARI 2022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS.

(4) Projek bertajuk “KEPENGARANGAN SHAMSUDDIN OTHMAN DALAM KUMPULAN PUISI TAMAN INSANIAH MENERUSI ASPEK INTRINSIK DAN PENGARUH RETORIK DENGAN. PENGAPLIKASIAN. TEORI. TEKSDEALISME”. telah. disediakan. oleh. (MUHAMAD IZZUDDIN BIN RAMLI) dan telah diserahkan kepada Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW) sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian (Kesusasteraan Warisan).. Diterima untuk diperiksa oleh:. (Dr. Nordiana Binti Ab Jabaar) Tarikh :. FYP FTKW. PENGAKUAN.

(5) Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji serta mengenalpasti pemikiran kepengarangan Shamsuddin Othman dalam karyanya iaitu Kumpulan Puisi Taman Insaniah menerusi aspek intrinsik dari segi tema dan gaya bahasa. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis unsur retorik yang terdapat di dalam setiap makna penulisan puisi tersebut. Kajian ini turut diaplikasikan oleh teori, di mana teori yang dipilih oleh pengkaji adalah Teori Teksdealisme. Tujuan pengkaji memilih teori tersebut adalah untuk menilai dan menganalisis keunggulan dan kehebatan pemikiran penulis dalam menghasilkan karya tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pengkaji telah mengenalpasti unsur intrinsik yaang terkandung di dalam karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini. Oleh itu, bedasarkan dapatan kajian yang diperoleh bahawa pengkaji dapat mengenalpasti dan menganalisis unsur tema dan gaya bahasa yang digunakan di dalam karya puisi terseut.Hal ini, dengan maklumat dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian ini, dapat membantu para pengkaji baharu untuk mengkaji berkaitan kepengarangan puisi. Dengan ini, diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan serta panduan kepada pengkaji masa hadapan.. I. FYP FTKW. ABSTRAK.

(6) This study aims to study and identify the thoughts of Shamsuddin Othman's authorship in his work, the Kumpulan Puisi Taman Insaniah, through intrinsic aspects in terms of theme and language style. In addition, this study also analyzes the rhetorical elements found in each meaning of the poetry writing. This study is also applied by theory, where the theory chosen by the researcher is the Theory of Textualism. The purpose of the researcher choosing the theory is to evaluate and analyze the excellence and greatness of the author's thinking in producing the work. The results of this study found that the researcher has identified the intrinsic elements contained in the work of this Kumpulan Puisi Taman Insaniah. Therefore, based on the findings of the study that researchers can identify and analyze the elements of theme and language style used in the poem. This, with the information obtained from the results of this study, can help new researchers to study related to authorship poetry. With this, it is hoped that this study can be used as a reference and guide for future researchers.. II. FYP FTKW. ABSTRACT.

(7) Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas izin dan berkat-Nya, dapatlah saya melaksanankan tugasan laporan projek penyelidikan bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan kepujian dalam jurusan bidang Kesusasteraan Warisan dalam tempoh dan masa yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, saya turut bersyukur sepanjang tempoh kajian ini dilakukan banyak masalah serta rintangan yang dilalui dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Tidak dilupa setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya tujukan kepada Dr Nordiana binti Ab Jabar selaku penyelia bagi tesis ini yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta telah banyak membimbing saya untuk melaksanakan tugasan projek penyelidikan ini. Selain itu, beliau juga banyak memberi kata-kata semangat serta dorongan untuk terus melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga ditujukan kepada keluarga tercinta Ramli bin Sapiie (Ayahanda), Hurul Norazimah binti Ab Manan (Bonda), serta adik beradik yang dikasihi sekalian kerana tidak putus memberi semangat dan doa untuk saya meneruskan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya yang banyak membantu semasa tempoh pembelajaran dan tempoh tugasan projek penyelidikan ini. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi buat semua yang terlibat di Jabatan Warisan di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Sekian, Terima Kasih.. III. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(8) HALAMAN. Abstrak. I. Penghargaan. II. BAB1 PENGENALAN 1.1. Pendahuluan. 1- 3. 1.2. Latar Belakang Kajian. 3-6. 1.3. Permasalahan Kajian. 6-7. 1.4. Persoalan Kajian. 7. 1.5. Objektif Kajian. 7-8. 1.6. Kepentingan Kajian. 8-9. 1.7. Definisi Konsep. 9. 1.8. Batasan Kajian. 9 - 10. 1.9. Penutup. 10. BAB2 KAJIAN LITERATUR 2.1. Pendahuluan. 11. 2.2. Kajian Lepas Mengenai Kepengarangan. 11 - 18. 2.3. Kajian Lepas Mengenai Retorik. 18 - 23. 2.4. Kajian Lepas Mengenai Teksdealisme. 23 - 29. 2.5. Penutup. 29. IV. FYP FTKW. KANDUNGAN.

(9) 3.1. Pendahuluan. 30. 3.2. Reka Bentuk Kajian. 30 - 31. 3.2.1. Reka Bentuk Kualitatif. 31. 3.2.2. Kaedah Analisis Teks. 31 - 32. 3.2.3. Kaedah Pengumpulan Data. 32. 3.2.4. Kaedah Kepustakaan. 32 - 33. 3.2.5. Kaedah Internet. 33. 3.3. 3.4. Penerapan Teori. 33 - 34. 3.3.1. Teori Teksdealisme. 34 - 36. 3.3.2. Pendekatan Individualisme. 36. Penutup. 36. BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1. Pendahuluan. 38 - 39. 4.2. Aspek Intrinsik. 39 - 40. Aspek Melalui Tema 4.2.1. Tema Ketuhanan. 41 - 42. 4.2.2. Tema Kemanusiaan. 43 - 46. 4.2.3. Tema Kehidupan. 47 - 48. 4.2.4. Tema Keinsafan. 49 - 50. 4.2.5. Tema Alam. 51 - 54. Aspek Melalui Gaya Bahasa 4.2.6. Metafora. 55 - 56. 4.2.7. Hiperbola. 56 - 57. V. FYP FTKW. BAB3 METODOLOGI KAJIAN.

(10) Simile. 58 - 59. 4.2.9. Alusi. 60 - 61. 4.2.10 Personifikasi. 61 - 62. 4.3. Aspek Pengaruh Retorik. 63 - 64. 4.4. Penutup. 65. BAB5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1. Pendahuluan. 66 - 67. 5.2. Rumusan Kajian. 67 - 69. 5.3. Cadangan. 70 - 71. 5.4. Penutup. 71. RUJUKAN. 72 - 77. LAMPIRAN. VI. FYP FTKW. 4.2.8.

(11) PENGENALAN 1.1 Pendahuluan. Kesusasteraan merupakan sebuah hasil seni yang diterjemahkan dalam bentuk bahasa. Definisi kesusasteraan dari sudut etimologi merupakan gabungan perkataan Bahasa Sanskrit iaitu ‘Su’ dan ‘Sastra’ yang telah disatukan di mana gabungan perkataan tersebut membawa maksud hasil karya yang indah dan berguna. Seterusnya imbuhan ke-an telah dimasukkan ke dalam kedua-dua perkataan tersebut untuk menjadi satu kata nama. Perkataan kesusasteraan jika dilihat dari segi hurufiah adalah bermaksud “kumpulan buku-buku indah bahasanya dan baik pada isinya”. Malah kesusasteraan juga dapat ditafsirkan sebagai sebuah pengucapan yang indah-indah sama ada secara lisan atau bertulis. Terdapat dua bentuk kesusasteraan yang wujud dalam masyarakat manusia terdahulu, antaranya adalah melalui bentuk lisan dan juga wujud dalam bentuk tulisan. Bentuk kesusasteraan yang terdiri daripada lisan dan tulisan tersebut sudah sebati dalam diri masyarakat masa kini. Hal ini disebabkan, kesusasteraan merupakan perkara yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat.. Umumnya, dalam kesusasteraan Melayu terdapat dua kategori iaitu tradisional dan moden. Jika dilihat dengan mata kasar kedua-dua kategori ini mempunyai genre prosa dan puisi malah juga untuk menggambarkan gaya hidup budaya masyarakat Melayu. Namun ciri-ciri yang terkandung dalam kedua-dua. 1. FYP FTKW. BAB 1.

(12) kesusasteraan Melayu tradisional terdiri daripada hasil karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Manakala, kesuasteraan Melayu moden pula diperluaskan melalui sistem bentuk lisan dan tulisan. Selain itu, kesusasteraan Melayu tradisional adalah bersifat esklusif di mana ianya terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja dan kesusasteraan Melayu moden pula bersifat kolektif yang bermaksud kepunyaan umum, akan tetapi ianya khusus dimiliki oleh pengarangnya.. Seperti yang diketahui kesusasteraan dapat diwujudakan dalam pelbagai bentuk bahasa. Terdapat dua kategori besar yang menurut bentuk bahasa yang digunakan iaitu “Prosa” dan “Puisi”. Dalam Kajian ini, Pengkaji memfokuskan kepada Puisi, di mana pengkaji menjadikan sumber buku Kumpulan Puisi Taman Insaniah yang dikarang oleh Shamsudin Othman. Buku Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini digagaskan oleh Shamsuddin Othman dan buku puisi ini merupakan terbitan cetakan pertama daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 2015. Selain itu, Taman Insaniah dijadikan sebagai tajuk buku ini kerana pengarang ingin memperlihatkan tentang perkaitan hubungan makna yang bercantum dalam dua perkataan iaitu ‘taman’ dan ‘insaniah’. Di mana kedua-dua perkataan dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan makna etimologi Melayu-Islam iaitu istilah ‘taman’ yang merujuk kepada keindahan emosi atau perasaan hati ketika menikmati sesuatu yang terbit daripada unsur dalaman diri manusia. Kajian ini mengkhususkan kepada kepengarangan penulis melalui aspek intrinsik dari segi tema dan gaya bahasa serta mengenalpasti mengenai pengaruh retorik yang terdapat. 2. FYP FTKW. kategori tersebut adalah berbeza. Perbezaannya dapat dibandingkan kerana.

(13) 1.2 Latar Belakang Kajian. Puisi merupakan salah satu seni penulisan yang menghasilkan kata-kata yang seumpama dengan sajak. Di mana, ianya proses penulisannya dengan memilih, menyusun dan menata unsur-unsur bahasa yang ditulis dalam bentuk indah yang bertujuan untuk menyampaikan intipati yang berkesan untuk kesedaran pembaca. Puisi adalah hasil karya kesusasteraan yang dikarang dengan erti kata tidak menuruti tatabahasa. Teks-teks puisi sebenarnya terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap melainkan ayat-ayatnya yang terdiri daripada frasa-frasa yang telah disusun dalam bentuk berbaris-baris. Pada kebiasaanya, puisi adalah bahasa yang bersifat berirama dan jika dibaca oleh pembaca akan merasa rentak irama. Seorang pengkarya khususnya pemuisi menggunakan bahasa yang indah-indah bertujuan untuk meningkatkan mutu estetika pada makan semantik.. 3. FYP FTKW. dalam puisi menggunakan teori teksdialisme..

(14) berbentuk mengikut kemahuannya. Sebagai contoh baris-baris yang berbentuk melingkar, zig-zag dan sebagainya. Hal ini dapat membolehkan seseorang pengarang untuk menghasilkan pemikiran terhadap penulisan puisi mengikut keinginannya sesuka hati. Buku Kumpulan Puisi Taman Insaniah tersebut mengandungi tema yang berkaitan dengan kahidupan manusia sejagat yang turut melingkari kehidupan peribadi. Kumpulan puisi ini juga mengemukakan mesej yang mampu memberi kesan pengajaran berkaitan denagn nilai kemanusiaan, hubungan makhluk dengan pencipta, politik dan budaya. Oleh itu puisi sangat memainkan peranan penting dalam menjadi suatu wadah atau medium untuk memberi kesedaran kepada manusia. Melalui bait-bait kata yang terdapat kumpulan puisi tersebut dapat menjadikan pembaca berasa terkesan dan sedar akan kesilapan yang dilakukan dalam diri mereka. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mangkaji kepengarangan Shamsudin Othman melalui aspek intrinsik iaitu dari segi tema dan gaya bahasa serta mengenal pasti pengaruh retorik yang terdapat dalam puisi tersbut.. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan dengan pengaplikasian teori Teksdealisme bagi menguatkan lagi proses kajian yang dilakukan ini. Teori tersebut dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini untuk membantu mengenalpasti pengaruh retorik yang terdapat dalam kumpulan puisi Taman Insaniah tersebut. Hal ini juga untuk mengetahui bagaimana pemikiran pengarang yang mampu menghasilkan unsur retorik dalam kepengaranganmya. Teori ini dipilih kerana teori Teksdealisme ini dapat mendefinisikan teks karya sebagai susunan idea dan pengalaman yang mengandungi pelbagai makna dengan sifat-sifat keunggulannya. Menurut falsafah. 4. FYP FTKW. Dari segi kepengarangan puisi, Pengarang menghasilkan baris-baris puisi yang.

(15) hasrat untuk meletakkan teks karyanya mencapai suatu tahap keunggulan. Jadi dengan pengaplikasian teori ini dapat mambantu pengkaji untuk menilai dan menganalisis pemikiran dan kepegarangan Shamsudin Othman.. 5. FYP FTKW. teori teksdealisme iaitu Mana Sikana menyatakan bahawa setiap penulis mempunyai.

(16) Kandungan yang terdapat dalam kumpulan puisi Taman Insaniah merupakan kandungan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca dengan menggunakan tema dan gaya bahasa yang bersesuaian dengan konsep insaniah. Oleh itu, permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah mengenai pemikiran dan kepengarangan penulis iaitu Shamsudin Othman dalam menyampaikan mesej berunsur retorik dalam karyanya. Dalam hal ini, pengkaji mendapati bahawa keunggulan dan keistimewaan yang terdapat dalam kpengarangan Shamsudin Othman tersebut harus dijadikan kajian.. Hal ini kerana, pengkaji merasakan bahawa kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh para pengkaji yang lain masih belum banyak dan meluas. Dalam masa yang sama, pengkaji mendapati bahawa para-para pelajar terutama di sektor pendidikan masih belum mahir dengan kepengaranagn dan penulisan khususnya dalam seni puisi. Maka, kajian ini dilakukan secara mendalam untuk mengkaji kepengarangan Shamsudin Othman melalui aspek intrinsik iaitu dari segi tema dan gaya bahasa serta mengenalpasti pengaruh retorik yang terkandung dalam puisi Taman Insaniah menggunakan teori Teksdealisme.. 6. FYP FTKW. 1.3 Permasalahan Kajian.

(17) i.. Apakah aspek intrinsik yang digunakan dalam kepengarangan Shamsudin Othman dalam puisi Taman Insniah ?. ii.. Bagaimanakah. pengaruh. retorik dalam. puisi Taman Insaniah. dapat. mempengaruhi kepengarangan Shamsudin Othman?. 1.5 Objektif Kajian. iii. Untuk mengkaji kepengarangan Shamsudin Othman dalam puisi Taman Insaniah melalui aspek intrinsik (tema, gaya bahasa). iv.. Mengenalpasti pangaruh retorik dalam puisi Taman Insaniah menggunakan teori Teksdealisme.. 7. FYP FTKW. 1.4 Persoalan Kajian.

(18) Penyelidikan ini mempunyai implikasi tertentu. Pengkaji dapat melihat bahawa proses penelitian terhadap pantun Taman Insaniah dapat memberikan pelbagai kepentingan dan faedah. Dari segi bentuk. Pada asasnya, kajian ini memfokuskan kepada kepengarangan Shamsudin Othman yang terkemuka. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa daya kreativiti dan daya pemikiran artis mampu mencipta karya yang baik, yang boleh memberi impak kepada pencapaian sastera dan seni tanah air, dan juga boleh memberi rujukan kepada pembaca.. Seperti yang kita sedia maklum, kumpulan puisi Taman Insaniah ini merupakan puisi yang menyampaikan mesej secara dakwah dan mempunyai unsur pedagogi yang menyentuh hati pembaca. Justeru, dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat meluaskan dan menambahkan lagi pengetahuan tentang teknik dan kreativiti penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Kajian ini juga penting untuk membantu khalayak di sana memahami dan mengetahui lebih lanjut tentang butiran cara kajian itu dijalankan. Pada masa yang sama, pencinta dan penggiat seni puisi juga boleh menilai dan mentafsir sendiri keindahan dan keunikan yang terkandung dalam penyelidikan ini.. 8. FYP FTKW. 1.6 Kepentingan Kajian.

(19) Definisi konsep yang dikemukakan tersebut adalah untuk menunjukkan dan menegaskan konsep serta perkara penting yang menjadi tunjang dalam kajian ini.. Menurut laman web rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka, puisi yang baik ialah puisi yang menyeimbangkan antara bentuk zahir dan batin. Keseimbangan inilah yang akan melahirkan keindahan bahasa dan makna dalam hasil puisi. Oleh itu, penulis harus mengambil kira keseimbangan ini semasa menulis puisi. Bentuk luaran ialah ciri yang boleh membina puisi. Ciri-cirinya termasuklah baris, pemilihan kata, bahasa metafora, kata konkrit, kata abstrak dan sebagainya. Tambahan pula, bentuk intrinsik puisi merangkumi tema, emosi dan mesej. Tema merupakan idea utama yang ingin disampaikan oleh penyair. Puisi itu mengandungi tema termasuk agama, kemanusiaan, politik, dan lain-lain. Gaya bahasa juga mempengaruhi. Penghasilan puisi, menggunakan bahasa yang baik dapat menghidupkan teks puisi. Bahasa kiasan yang digunakan memberikan puisi pelbagai makna dan kiasan yang kaya.. 1.8 Batasan Kajian. Batasan kajian ini memfokuskan kepada buku kumpulan puisi Taman Insaniah sebagai sumber rujukan untuk menjalankan kajian ini. Tambahan pula, data yang didapati adalah daripada sumber tinjauan kajian lepas dan keperpustakaan, dimana sumber-. 9. FYP FTKW. 1.7 Definisi Konsep.

(20) terdapat di laman sesawang. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji kepengarangan Sha1.msudin Othman melalui aspek instristik iaitu melalui tema dan gaya bahasa serta mengenalpasti pengaruh retorik yang terkandung dalam puisi tersebut menggunakan teori Teksdealisme. Melalui hasil kajian ini, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda masyarakat diluar sana tentang kepentingan dan kelebihan yang ada pada bakat kepengarangan Shamsudin Othman.. 1.9 Penutup. Kesimpulan yang dapat disimpulkan oleh kajian ini ialah pengkaji mendapati bahawa kepengarangan Samsuddin Osman dalam puisi Taman Insaniah mempunyai pengaruh yang besar terhadap kaedah penulisan puisi tersebut. Kreativiti dan pemikiran yang digunakan dalam penciptaan puisi dapat menimbulkan minat dan kejutan pembaca, dan mesej yang disampaikan sangat mendalam dan keras. Pengkaji berharap ilmu dan pemikiran dapat ditingkatkan dan dipertingkatkan melalui penyelidikan ini, yang akan membawa kepada lebih banyak kerja penyelidikan puisi.. 10. FYP FTKW. sumber seperti petikan daripada jurnal, tesis, buku-buku dan sumber bacaan yang.

(21) KAJIAN LEPAS. 2.1 PENDAHULUAN. Bab 2 ini akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang kajian- kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji lain untuk dijadikan bahan sokongan dan bukti kepada tajuk kajian ini. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan beberapa kajian lepas yang telah dikaji. Setiap intipati dan rumusan yang terdapat dalam kajian lepas tersebut akan dimasukkan ke dalam bab ini untuk dijadikan sebagai satu garis panduan kepada tajuk yang dikaji. Menerusi tajuk kajian tentang Kepengarangan Shamsudin Othman dalam Kumpulan Puisi Taman Insaniah menerusi aspek intrinsik dan pengaruh retorik dengan mengaplikasi teori teksdealisme, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa tema yang dapat dijadikan sebagai sumber bahan kajian dan rujukan di dalam kajian bab 2 ini.. 2.2 KAJIAN LEPAS MENGENAI KEPENGARANGAN. 2.2.1 Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Kajian yang pertama ialah kajian yang mengenai Konsep Kepengarangan Melayu Tradisional Dan Peranan Penceritaan yang dihasilkan oleh Norazimah Bt Zakaria yang berkelulusan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah. Dalam kajian tersebut, pengkaji 11. FYP FTKW. BAB 2.

(22) dalam sistem sastera Melayu tradisi. Hal ini dikatakan kerana ianya membawa maksud yang berbeza dengan sistem kepengarangan sastera Melayu moden. Makna kepengarangan jika dilihat dalam sistem sastera Melayu tradisi dibezakan antara dua faktor iaitu pncerita dan peranan. Keperibadian seseorang pengkarya atau penulis itu berperanan dalam fungsi penceritaannya. Karya yang dihasilkan haruslah mengenai tentang kesedaran mereka kepada sistem sastera Melayu tradisi. Oleh itu, kajian ini membincangkan peranan daripada dua konsep iaitu dalang dan dagang di bahagian peranan pengarang Melayu tradisi berdasarkan model Koster mengenai Idea Buku.. Kajian seterusnya adalah kajian yang dilakukan oleh Ghazali Din, Abdul Halim dan Mohd Azam Sulong yang membincangkan tentang Konsep Komunikasi dan Kepengarangan Muhammad Haji Salleh Berasaskan Model Teksnaluri. Menurut pengkaji, Kekuatan dari aspek bahasa yang ada di dalam puisi dapat mencerminkan perasaan bagi seseorang pengarang. Perasaan pengarang yang diterapkan ke dalam puisi dapat menjadikan puisi tersebut bersifat komunikatif, di mana, pembaca dapat berinteraksi dengan perasaan-perasaan pengarang yang mempengaruhi pembaca. Maka, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengupas tentang kepengarangan dan proses kreatif berpandukan naluri seorang penyair. Selain itu, bagi konsep Teksnaluri pula adalah di mana konsep tersebut dilihat mempunyai konteks rapat dengan naluri. Oleh itu, puisi-puisi karya Muhammad Haji Salleh akan dikaji dengan menggunakan pendekatan deksriptif untuk melihat sejauh manakah naluri pengarang dapat menjadi platform komunikasi antara penyair dan pembaca.. 12. FYP FTKW. menyatakan bahawa istilah makna kepengarangan yang khusus tidak terkandung di.

(23) Kajian ini menyentuh berkaitan dengan Keunggulan Kepangarangan Novel- novel terpilih Anwar Ridhwan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Rosmizi Mahamad, Ghazali Din dan Phaosan Jehwae ini adalah untuk mengenalpasti kepengarangan Anwar Ridhwan dalam dua buah novel seperti novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Pengkaji menggunakan keempat- empat prinsip yang terkandung di dalam teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, pelanggaran, penggukuhan dan keindividualan. Secara amnya, pengkaji akan melihat dan mengkaji tentang kehebatan kepengarangan yang ada pada Anwar Ridhwan yang menjadikan kedua-dua novel tersebut sebagai karya yang unggul dan kepengarangan yang sangat bermutu tinggi daripada pengarangnya.. 13. FYP FTKW. 2.2.2 Tesis Ijazah Sarjana.

(24) Kajian seterusnya ialah kajian yang mengenai Kepengarangan Dalam Karya- karya Faisal Tehrani : Suara Untuk Suara Yang Tidak Bersuara yang dikaji oleh Naim Abd Aziz. Pengkaji memilih kajian tentang kepenganrangan Faisal Tehrani ini kerana disebabkan dua faktor utama, di mana yang pertama adalah kerana pengkaji mendapati bahawa kebanyakan karya novel terbitan Faisal Tehrani adalah berunsurkan fakta dan bukan hanya cereka yang berbentuk fiksyen semata-mata. Selain itu, faktor yang kedua ialah menerusi konsep penulisan yang diterapkan oleh Faisal Tehrani bukan sesuatu yang popular seperti contoh beliau menghasilkan peulisan berkaitan dengan hak asasi manusia teruutamanya golongan minoriti dan golongan tertindas.. Seterusnya, kajian yang dihasilkan oleh Tengku Intan Marlina Mohd Ali, Fauzi bin Hasan dan Madiawati binti Mamat yang bertajuk Individualisme Faisal Tehrani dalam Kepengarangan Berdasarkan Novel-Novel Terpilih. Pengkaji mendapati bahawa karya-karya yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani terkandung unsur kelainan yang tersendiri jika dilihat dari aspek tekstual dan kontekstual selari dengan perubahan yang terdapat di dalam aliran, tema, persoalan dan pemikiran yang menjadi prinsip asas beliau dalam menghasilkan karya. Oleh itu, pengkaji ingin menyelusuri dengan lebih mendalam tentang pembinaan jati diri Faisal Tehrani dalam karya-karya novel terpilihnya. Dengan itu, pengkaji menggunakan prinsip individualisme yang terkandung di bawah teori Teksdealisme yang berfungsi untuk membantu pengkaji mengenalpasti keupayaan seseorang penulis untuk membina jati diri dan keperibadiannya.. 14. FYP FTKW. 2.2.3 Tesis Ijazah Sarjana Muda.

(25) Sumber jurnal daripada pengkaji iaitu Nurul Husna Mat nor di dalam kajiannya yang berjudul Keberanian dan Proses Kreatif dalam Kepengarangan Osman Ayob Menerusi Novel Empangan Tugal. Intipati kajian ini adalah untuk menilai dan menganalisis keberanian yang ada dalam diri pengarang yang mampu menghasilkan karya dengan menggunakan proses kreatif dalam dalam penghasilan novel. Kajian ini manggunakan Teori Rasa-Fenomologi yang digagaskan oleh Abdul Aziz.. Kajian seterusnya mengenai Kepengarangan Hikayat Melayu dan Tuhfat AlNafis yang dilakukan oleh Norazimah Zakaria. Kajian ini menceritakan tentang konteks sosial yang dibina di dalam diri pengarang untuk menghasilkan karya. Menurut pengkaji di dalam pandangan Sosial Sastera di mana pemikiran idea pengarang muncul dan dibentuk oleh kolektif. Oleh yang demikian, karya sastera dijadikan platform untuk membaca cita rasa aspirasi kolektid pada sesuatu zaman. Pengkaji yakin bahawa dengan menggunakan pendekatan Sosiologikal dapat mengenalpasti beberapa aspek yang mendorong kewujudan sesebuah teks tersebut.. Minda Pengarang Melayu : Melestarikan Hubungan antar-Budaya MelayuJawa dalam Sulalatus al-Salatin ialah kajian yang dilakukan oleh Hashim Awang dan Hashim Ismail. Dalam kajia ini, pengkaji menerangkan bahawa penyelidikan kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis dan mengenalpasti ciri-ciri jati diri kepengarangan Melayu yang terkandung di dalam Sulalatus as-Salatin menerusi segi 15. FYP FTKW. 2.2.4 Artikel Jurnal.

(26) hubungan antar-budaya.. 2.2.5 Buku Bagi sumber melalui buku pula pengkaji telah menjumpai senaskah buku yang bertajuk Kreativiti 3 Genre Kepengarangan 12 Penulis yang diselenggara oleh saudari Mawar Safei. Intipati buku ini adalah tentang himpunan beberapa buah karya pilihan 12 orang penulis yang berada pada generasi tahun 90-an. Antara gerangan-gerangan penulis karya tersebut adalah seperti Aminah Mokhtar, Faisal Tehrani, Kamariah Kamarudin, Nisah Haji Haron, S.M. Zakir, Shamsudin Othman dan sebagainya. Menurut penulis buku ini bahawa setiap pengarang atau penulis mengemukakan karya mereka dengan latar pembikinan yang tersendiri. Karya yang dihasilkan oleh mereka berkemungkinan hasil daripada sumur pengalaman, hasil pembacaan dan juga imaginasi. Oleh itu, karya buku ini dihasilkan dengan harapan supaya dapat mewujudkan ilham, semangat serta panduan kepada para khalayak yang ingin berjinak dalam dunia penulisan yang luar biasa ini.. 16. FYP FTKW. bentuk serta puitika minda pengarang Melayu dalam melestarikan ikatan dalam.

(27) seterusnya. ialah. buku. tentang. Penulis. Profesional. Melayu. (Kepengarangan Dan Kritikan) yang dihasilkan oleh Tengku Intan Marlina, Mawar Safei dan Kamariah Kamarudin. Maksud Penulis Profesional Melayu (Kepengarangan dan Kritikan) yang terpapar di buku tersebut adalah gandingan buku Apabila Profesional Menulis (Titik Temu Sastera dan Sains). Kedua-duanya menampilkan sekumpulan golongan profesional dari pelbagai latar kerjaya dan pada masa yang sama turut menulis karya kreatif. Pengalaman kerjaya mereka dimanfaatkan sepanjang jalan pengkaryaan sama ada menerusi watak. latar, persoalan atau gaya bahasa. Menerusi buku ini kepengarangan mereka ditelaah para pengkritik kesusasteraan yang terdiri daripada sanana tanah air.. 2.2.6 Lain-lain (Majalah/Akhbar/Laman Sesawang). Sumber ini datang daripada sumber majalah terbitan Kamariah Kamarudin yang membicarakan tentang pengarang dan semangat pengarang. Menurutnya, beliau sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang penciptaan dan dalam bidang sains popular selama 15 tahun, beliau percaya setiap pengarang perlu mempunyai semangat tersendiri dalam proses kreatif. Bukan mudah untuk menjadi terkenal hanya dengan melakukan apa sahaja yang anda mahu, memenuhi permintaan pasaran, atau memikirkan laluan perniagaan, tanpa jiwa seni puitis dan bentuk sastera estetik yang mengajak pembaca ke arah kemanusiaan, ilmu dan agama. Selain itu, dia kini bukan sahaja seorang penulis yang dipercayai, tetapi juga seorang pendidik, penyelidik, pengkritik, dan pendakwah, jika karya yang dia cipta tidak hanya dihargai pada masa tertentu atau hanya menghantar impian di atas katil, dia akan sangat gembira atau lega. tekanan mental daripada kerja yang sibuk, tetapi mengharapkan lebih. Beliau merayu agar pengarang mempunyai semangat pengarang sendiri, selaras dengan ungkapan "kematian meninggalkan nama",. 17. FYP FTKW. Buku.

(28) negara dan negara.. 2.3 KAJIAN LEPAS MENGENAI RETORIK. 2.3.1 Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Kajian yang dilakukan oleh Sobariah Binti Baharum yang menyentuh tentang Retorik Dalam Novel-Novel Abdullah Hussain. Kajian yang dijalankan ini dalah kajian yang berunsur deskriptif yang menerapkan penggunaan Teori Retorik sebagai akar umbi dalam kajian ini. Untuk meneliti teks, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis, struktur dan gaya retorik yang terkandung dalam karya Abdullah Hussain. Selain itu juga kajian ini turut mengkaji dan mengupaskan jalinan anatara fungsi dan pemikiran yang ada pada pengarang dengan simbol retorik yang terkandung di dalam karya novel yang dikaji.. 18. FYP FTKW. dan harus meninggalkan kekayaan berharga untuk generasi akan datang dan membentuk.

(29) Kajian tesis ijazah sarjana yang dilakukan oleh Nirilain Binti Abdul Razak yang bertajuk Retorik Titah Ucapan Sultan Muhammad V di mana kajian ini adalah untuk penelitian dari segi aspek retorik yang terkandung dalam titah ucapan yang diucap oleh Sultan Kelantan. Dalam kajian ini, sebanyak 332 ayat telah dicerakinkan daripada empat buah teks ucapan, 28 jenis teknik retorik yang telah dijumpai dalam teks tersebut dengan ditandai ungkapan yang tertentu kategori Lakuan Bahasa. Antara elemen retorik yang dikenalpasti penggunaannya adalah seperti aliterasi, repetisi, polisindeton, metafora, soalan retorik, alusi, hiperbola dan simile.. Kajian seterusnya ialah kajian jenis dan gaya retorik dalam wacana agama oleh Normaizura Md Zain. Kajian itu melibatkan tiga penceramah agama popular iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Danyal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik dan menganalisis gaya retorik dalam wacana agama tersebut mengikut teori retorik moden. Dalam kajian ini, ia menunjukkan bahawa penceramah agama menggunakan unsur retorik dalam perbualan mereka, dengan itu dapat menunjukkan kemahiran mereka untuk menarik perhatian orang ramai.. 19. FYP FTKW. 2.3.2 Tesis Ijazah Sarjana.

(30) Sumber kajian lepas oleh Nur Farhana Binti Zulkernin bertajuk Graphical Retorical Style dalam Novel Gantung karya Nadia Khan. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji unsur retorik skema yang digunakan oleh pengarang dalam novel Fixi. Kajian ini berdasarkan gaya retorik yang dicipta oleh Corbett dan Connors pada tahun 1999. Elemen retorik yang difokuskan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah retorik gaya skema yang digunakan oleh pengarang iaitu keseimbangan, pengulangan, pengguguran, dan hiperbarton.. 2.3.5 Artikel Jurnal. Dalam Kajian Teknik Retorik A.Samad Said dalam Fiksyen Salina oleh Asrul Azuan Mat Dehan dan Hajah Nor Azuwan Yaakob, kajian ini menunjukkan bahawa kajian ini merupakan analisis teknik retorik dan teknik retorik analisis dalam aplikasi Salina dalam fiksyen. Kajian ini menekankan lima elemen kemahiran retorik, seperti kemahiran pendedahan, penceritaan, penggambaran, pemujukan, dan penerangan. Melalui dapatan yang terdapat dalam kajian ini, pengkaji mendapati kemahiran bercerita merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dan kerap digunakan oleh pengarang.. Kajian seterusnya ialah kajian A.Samad Said terhadap unsur retorik dalam puisi Melayu Al-Amin, karya Rahmad Ahmad dan Mohd Shahrizal Nasir. Kajian ini 20. FYP FTKW. 2.3.4 Tesis Ijazah Sarjana Muda.

(31) mengisahkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW, dan mengkaji kebangkitan perbincangan berkaitan kesusasteraan Islam di Malaysia. Kajian ini juga mengaplikasikan beberapa teori retorik dalam bahasa Melayu dan Arab untuk menentukan kualiti sastera yang terkandung dalam puisi Al-Amin.. Sumber rujukan jurnal seterusnya adalah berkaitan retorik naratif dalam novel Orang Kota Bharu karya Nurulain dan Che Ibrahim. Kajian ini merupakan kajian teks dan kontekstual karya fiksyen. Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis jenis retorik dan meneliti beberapa unsur retorik yang digunakan dalam fiksyen. Novel karya S. Othman Kelantan ini merupakan sebuah novel berkaitan sejarah masyarakat Kota Bharu selepas negara mencapai kemerdekaan yang mengetengahkan beberapa isu politik, ekonomi, agama dan sosial. Berdasarkan kajian unsur retorik, pengkaji mendapati bahawa pengarang menggunakan bahasa kiasan untuk memahami secara mendalam dan berkesan unsur metafora, pengulangan, lanjutan, anafora, personifikasi, simile, hibridisasi, dan hiperbola.. 2.3.6 Buku. Sumber yang seterusnya diperolehi menerusi senaskah buku yang dikaryakan oleh Amida Abdulhamid. Buku tersebut bertajuk Retorik: Yang Indah Itu Bahasa. Buku ini mengisahkan tentang penyelusuran perkembangan retorik daripada zaman Yunani hingga ke zaman Rom seterusnya melintasi kepada zaman Peradaban Pertengahan, zaman Kebangkitan sehingga ke zaman Moden. Pada satu tahap dalam sejarah 21. FYP FTKW. menganalisis kesusasteraan Islam karya A. Samad Said, puisi Al-Amin, yang.

(32) digugurkan, maka yang tinggal hanyalah gaya dan stilistik yang bermaksud ‘hanya retorik’ sebagaimana yang difahami secara meluas. Oleh itu, fahaman ini sangat tidak adil kepada perjuangannya yang mulia tersebut. Dengan ini, beberapa para pakar retorik pada zaman Moden telah berusaha untuk menggilap semula kecermelangan retorik dengan menyuntik persepsi baharu yang segar dan yang memanfaatkan bidang komunikasi.. 2.3.7 Lain-lain (Majalah/Akhbar/Laman Sesawang). Sumber akhbar ini deproleh daripada keratan akhbar Sinar Harian yang bertajuk Estetika Bahasa Sastera. Pelbagai aliran, idealisme, falsafah dan mazhab wujud dalam kritikan sastera. Walaupun kritikan sastera di negara kita semakin loncat dan kaku, namun kepelbagaian perkara sebegini menjadikan dunia kritikan semakin jauh dan kabur, dan tidak dapat diterima oleh masyarakat. Dalam genre sastera, apa yang sebenarnya kita cari, dan oleh itu dalam kritikan sastera, apakah tujuan sebenar kritikan. Pelbagai jawapan boleh dilontarkan, namun fakta yang dicari dalam karya adalah fakta. Pengkritik yang jujur tanpa segan silu akan mendedahkan kebenaran sesebuah karya, tidak terjejas oleh faktor interpersonal, kenalan, atau sebarang minat tersembunyi. Perkara yang paling penting sering tidak didedahkan, dan mungkin jarang disedari oleh pengkritik, bahawa kritikan yang berkembang di kalangan puak sastera memberikan alur menuju kebenaran melalui pengalaman artistik yang indah. Jika diperhalusi, kebenaran dan keindahan ini sebenarnya merupakan destinasi akhir perjalanan penciptaan sastera. Keindahan dan kebenaran benar-benar kosong tanpa unsur linguistik di tengah-tengah setiap karya. Bahasa tepat Tabut dimanfaatkan oleh ahli sastera, 22. FYP FTKW. perkembangannya, retorik telah terjatuh keunggulannya. Apabila lambang retorik itu.

(33) bahtera kapten akan menentukan keselesaan dan keseronokan penumpang sepanjang pengembaraan. Inilah sebabnya isu bahasa tidak pernah terlepas daripada kritikan. Selalunya terdapat kekeliruan bahasa dalam teks, jadi kadangkala ia menjengkelkan untuk membaca salinan karya dengan terlalu banyak kesilapan bahasa. Penulis yang belum benar-benar menguasai tatabahasa kurang berkemungkinan menggunakan gaya yang rumit, memberikan pembaca rasa yang indah dan menyampaikan maksud secara halus.. 2.4 KAJIAN LEPAS MENGENAI TEKDEALISME 2.4.1 Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Kajian ini dijalankan oleh Mohd Nazri Zainuddin dalam tesis kajiannya yang bertajuk Novel Tengku Menteri dan Urih Pesisir analisis kepimpinan berkualiti dengan Teori Teksdealisme. Kajian ini melibatkan dua buah novel antarabangsa yang berasal dari negara Malaysia dan Brunei iaitu novel sejarah Tengku Menteri (Malaysia) dan Urah Pesisir (Brunei). Dalam kajian ini, pengkaji memberi perhatian kepada tiga watak yang terkandung di dalam ke dua-dua novel tersebut iaitu watak Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Kapten Speedy bagi novel Tengku Menteri manakala watak daripada novel Urih Pesisir ialah Syarif Omar, Wan idrus dan Paul Gray. Oleh itu, pengkaji memilih watakwatak tersebut kerana pengkaji dapat mengenalpasti bahawa watak-watak tersebut adalah watak yang berperanan sebagai pentadbir, pemimpin dan watak yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Untuk mengakaji mengkaji dan mengenalpasti kualiti kepimpinan yang ada dalam kedua-dua novel ini, pengkaji 23. FYP FTKW. membawa khalayak pembaca sebagai penumpang ke penghujung kebenaran. Keindahan.

(34) teori. Teksdealisme. dengan. menerapkan. prinsip. kehadiran,. pelanggaran, penggukuhan dan individualisme.. Kajian seterusnya ialah tesis yang bertajuk Penerapan teori Stilistik dan Teksdealisme bagi menganalisis puisi Tri-V Abdul Ghafar Ibrahim yang dihasilkan oleh Mohd Saipuddin Suliman. Secara khususnya, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti puisi-puisi Tri-V yang di mana Tri-V merangkumi kepada Verbal, Vokal dan Visual. Oleh itu, tujuan utama kajian ini terarah kepada menganalisis ciriciri deviasi, pemikiran serta individualisme yang terkandung dalam karya puisi hasil daripada Abdul Ghafar Ibrahim. Pengkaji menerapkan teori sastera moden iaitu teori Stilistik dan Teksdealisme untuk mengkaji ciri yang ada dalam puisi Tri-V tersebut.. Tesis yang bertajuk Penerapan unsur-unsur Islam aqidah, syariah dan tasawwuf dalam novel Mahabbah, Ayat-ayat Cinta dan Dunia Bukan Kita Punya berdasarkan teori taabudiyah dan teksdealisme ini dikaji oleh Ma’amor Yusoff yang bertujuan untuk menelusuri pengaplikasian unsur-unsur Islam serta keunggulan karya- karya tersebut. Untuk melancarkan proses kajian ini, pengkaji menerapkan dua gabungan teori iaitu melalui teori taabudiyah sebagai induk dan teori teksdealisme sebagai sokongan. Kedua-dua teori ini mempunyai peranan masing-masing di mana terori taabudiayah digunakan untuk meneliti dan melihat unsur-unsur Islam yang terdapat di dalam teks manakala teori teksdealisme digunakan untuk melihat dan menialai kualiti dan keunggulan teks karya tersebut.. 24. FYP FTKW. mengaplikasikan.

(35) Kajian lepas bagi ijazah sarjana di mana kajian tesis yang dilakukan oleh Ahmad Zaidi Baharuddin dan Ani Omar yang bertajuk pemikiran Mana Sikana dalam Drama. Dalam kajian ini menggunakan teks-teks drama yang dihasilkan oleh Mana Sikana yang terdiri daripada sembilan buah drama yang merangkumi tiga zaman iaitu zaman Realisme, Absurd dan Metasejarah yang dijadikan sebagai bahan analisis bagi kajian ini. Empat prinsip di dalam teori Teksdealisme yang menjadi kayu ukur bagi kajian ini, di mana prinsip yang digunakan adalah prisip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Prinsip-prinsip tersebut dijadikan sebagai kriteria untuk menilai tahap keunggulan drama-drama karya Mana Sikana.. Kajian seterusnya ialah kajian yang berkaitan dengan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penulisan novel. Novel yang digunakan sebagai sumber untuk kajian ini adalah novel yang bertajuk Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Arus dan Di Negeri Belalang. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penghasilan teks novelnya. Empat penerapan prinsip di bawah teori teksdealisme yang digunakan oleh pengkaji untuk membantu mencapai tujuan kajian tersebut. Prinsip yang digunakan adalah prinsip kehadiran, perlanggaran, penggukuhan dan individualisme.. Selain itu, kajian tesis yang dilakukan oleh Ruziwati Abu Samah yang mengenai tentang Teori Teksdealisme dalam gaya Keibubapaan novel Komsas Sukar Membawa Tuah dan Merenang Gelora adalah satu kajian yang berkaitan dengan gaya keibubapaan 25. FYP FTKW. 2.4.2 Tesis Ijazah Sarjana.

(36) dapat dilihat lebih kepada sifat mendidik. Dalam masa masa, peranan ibu bapa ini amat luas dalam menentukan perkembangan identiti dan tingkah laku anak-anak yang membantu menambahkan penghargaan kendiri dan emosi. Kajian ini dikupas melalui penggunaan empat prinsip Teori Teksdealisme iaitu kehadiran, perlanggaran, penggukuhan dan keunggulan.. 2.4.3 Artikel Jurnal. Bagi sumber rujukan jurnal terdapat kajian yang dihasilkan oleh Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Madiawati Mamat yang berkenaan dengan Novel- Novel Faisal Tehrani Dari Perspektif Teksdealisme. Kajian ini menggunakan tiga buah novel karya Faisal Tehrani untuk dijadikan sumber kajian. Seperti yang diketahui bahawa ketigatiga novel tersebut iaitu novel 1515, Tunggu Teduh Dulu dan Bahlut adalah novel yang di dalamnya sarat dengan idea dan pemikiran serta banyak memperlihatkan tentang sejarah, sosiobudaya dan keagaaman untuk menjadi pedoman kepada kehidupan. Kajian novel ini dibantu dengan pengaplikasian teori Teksdealisme.. 26. FYP FTKW. yang dikatakan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan masyarakat dan.

(37) Berasaskan Teori Teksdealisme yang dilakukan oleh Abdul Halim Ali. Kajian ini dilakukan secara temu bual dan kepustakaan dan kajian ini mendapati bahawa kepengarangan A.Samad Said berada sejajar dengan empat tahap yang terdapat di dalam prinsip Teori Teksdealisme iaitu kehadiran, perlanggaran, penggukuhan dan individualisme. Kepengarangan A.Samad Said dikatakan kreatif kerana sebahagian besar proses penulisannya dipengaruhi oleh pengalaman dari jalan hidupnya sendiri hingga bergelar seorang Sasterawan Negara.. 2.4.4 Buku. Sumber kajian seterusnya ialah melalui sebuah buku yang bertajuk Sasterawan Negara Di Takhta Kaeunggulan yang telah disunting oleh Mana Sikana. Buku ini menghimpunkan beberapa nama terbesar dalam pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan pascamoden, dan membincangkan kepengarangan kesusasteraan nasional negara. Justeru, Mana Sikana menggunakan teori tekstualisme yang bertujuan mengkaji ciri-ciri idealisme, subjektiviti, identiti dan kepengarangan. Beberapa analisis dipisahkan daripada sejarah penulisan dan kepengarangan etnoliteratur, manakala yang lain berdasarkan teks terpilih yang menunjukkan intensifikasi etnoliteratur, pencerobohan dan individualisme. Untuk mencapai hasrat ini, penyelidikan. memfokuskan. aspek. kepengarangan. kecemerlangan yang telah dicapai.. 27. untuk. menunjukkan. sifat. FYP FTKW. Seterusnya ialah kajian yang berkaitan tentang Proses Kreativiti A.Samad Said.

(38) Sumber kajian ini diperolehi daripada sumber keratan akhbar Sinar Harian pada tahun 2018. Intipati dalam akhbar ini diperkatakan oleh Mana Sikana yang mengupaskan tentang Membina Jati Diri Pengarang. Menurut beliau bahawa Karya yang ditulis seharusnya lebih baik daripada karya yang pernah dihasilkan sebelum ini berbanding dengan karya pengarang lain. Inilah pengajaran untuk penulis yang ingin memajukan diri di tempat kerja. Setiap pengarang seperti itu bercita-cita untuk meletakkan teksnya pada tahap kecemerlangan tertentu. Dia akan menggunakan bakat, kebolehan, pengetahuan dan kemahirannya dalam usaha mencipta kerja yang lebih bermakna. Intipati sifat, idealisme dan kecemerlangan sentiasa berada dalam fikiran pengarang ketika menulis dan menjadi daya tarikan yang mendorong penulisannya. Untuk mencipta teks yang baik, pengarang mestilah mempunyai kualiti yang berani dan bertimbang rasa. Berani mengeluarkan idea dan idea baharu, sentiasa bersedia untuk berinovasi dan berubah. Kebijaksanaan pula ialah sifat yang mendorong kerja sesebuah teks, melengkapkannya dengan penuh konsentrasi dan memajukan jalan ilmu. Minda kreatifnya pintar, pintar, dan sentiasa berwaspada. Dalam sifat ini, teks akan bergerak dalam konteks yang dipersetujui dan tidak akan dipecahkan kepada teks peringkat tinggi. Falsafahnya ialah kualiti atau kualiti adalah penentu kejayaan dalam dunia pengarang. Sistem nilai sesebuah karya, untuk mengukur teks, perlu dikuasai. Juga biasakan diri anda dengan undang-undang perbandingan, membezakan kedudukan anda sendiri dengan mengikuti sejarah penulisan pengarang lain. Selain itu, kuasa pengarang dapat ditempa melalui pembacaan ilmiah yang kreatif dan meluas serta pemerhatian yang teliti. Proses kreatif bermula dengan idea dan pengalaman. Tidak cukup untuk mencipta dengan inspirasi atau trajektori di kepala anda. Bahan atau idea perlu dicari 28. FYP FTKW. 2.4.5 Lain-lain (Majalah/Ajhbar/Laman Sesawang).

(39) lupakan sahaja. Temui dan bina sesuatu yang luar biasa, tetapi berkaitan dengan komuniti khalayak. Jika anda masih mahu menggunakan tema semula jadi, buat bias atau kontras untuk menyerlahkan teks. Wajah penonton juga diperkatakan, menjadikan karyanya yang akan datang sesuai dengan isu mereka. Sejak zaman dahulu, sastera bukan sahaja untuk hiburan, tetapi juga untuk menyelesaikan masalah, dan membaca adalah untuk menyelesaikan masalah penonton. Tema tersembunyi dalam akar identiti negara, alam sekitar dan masa. Sebuah karya yang berharga menjadi klasik dan mempengaruhinya, membuatkan penonton melihatnya sebagai karya agung.. 2.5 PENUTUP. Oleh itu, secara kesimpulannya dapat dilihat dala bab ini di mana pengkaji mendedahkan tesis kajian yang telah dianalisis untuk dijadikan sumber kajian lepas dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Dengan adanya hasil sumber kajian lepas ini dapat menjadi panduan dan maklumat tambahan yang dapat membantu pengkaji untuk menghasilkan dan membina idea pemikiran yang baharu utnuk melancarkan lagi kajian ini.. 29. FYP FTKW. dan dicipta secara selektif dan selektif. Jika sesuatu topik itu sudah klise dan klise,.

(40) METODOLOGI KAJIAN. 3.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan tentang metodologi yang telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Intipati bab ini bertujuan untuk memperjelaskan lagi bagaimana hasil kajian ini dilaksanakan serta maklumat- maklumat yang diperoleh seperti data dan sumber kajian yang lebih tepat. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan beberapa bahagian yang memainkan peranan dalam melengkapi bab ini seperti contoh reka bentuk kajian dan penerapan teori yang digunakan di dalam kajian ini.. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN. Rekabentuk kajian adalah satu konsep yang berfungsi sebagai satu sumber rujukan dalam memperlancarkan pengkaji dalam susun atur proses mengkaji dan melaksanakan kajian yang ingin dilakukan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data yang dilakukan menggunakan kaedah kualitatif.. 30. FYP FTKW. BAB 3.

(41) Dalam kajian ini, rekabentuk kualitatif digunakan untuk mencari dan menganalisis sumber data dan maklumat untuk dijadikan pemerhatian dan analisis bagi melancarkan proses kajian ini. Kajian kualitatif ini akan merungkaikan bagaimana pengkaji menganalisis pelbagai sumber data kajian yang diperoleh dan diterapkan di dalam kajian ini. Rekabentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini adalah lebih tertumpu kepada cara dan bagaimana untuk memperoleh kesimpulan bagi persoalan dan permasalahan yang terdapat dalam kajian. Oleh itu, ia juga merupakan satu kaedah untuk membolehkan pengkaji mengemukakan objektif-objektif utama kajian yang akan dikaji.. 3.2.2 KAEDAH ANALISIS TEKS. Bahagian kaedah analisis teks ini merupakan suatu sumber kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk dijadikan satu rujukan atau panduan untuk menjalankan kajian penyelidikan ini. Di mana, pengkaji telah memilih dan menggunakan teks daripada buku Kumpulan Puisi Taman Insaniah yang digagaskan oleh Shamsudin Othman di mana teks buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, intipati kajian ini memperlihatkan kajian kepada kepengarangan penulis buku tersebut dari segi nilai intrinsik dan unsur retorika yang digunakan oleh penulis dengan megaplikasikan teori Teksdealisme.. 31. FYP FTKW. 3.2.1 REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIF.

(42) Melalui kaedah pengumpulan data ini, pengkaji menggunkan kaedah pengumpulan data dengan mengenalpasti dan mencari sumber-sumber sahih yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara sumber-sumber data maklumat yang dicari oleh pengkaji adalah seperti sumber daripada kajian-kajian lepas, artikel, jurnal, buku-buku dan sebagainya. Di mana sumber-sumber data kajian tersebut dihasilkan oleh para- para sarjana-sarjana yang berkaitan. Oleh yang demikian, dengan adanya dapatan hasil sumber data kajian tersebut, pengkaji terlebih dahulu menganalisis dan memproses data tersebut supaya dapat mengelak daripada terdapat sebarang persamaan dalam intipati kajian yang ingin dijalankan.. 3.2.4 KAEDAH KEPUSTAKAAN. Kaedah kepustakaan ini merupakan satu bentuk cara yang berkenaan dengan proses pencarian maklumat-maklumat umum melalui kata kunci yang terdapat dalam kajian. Sebagai contoh beberapa kata kunci yang terkandung di dalam kajian ini adalah seperti instristik, retorik, teksdealisme dan sebagainya. Oleh itu, bagi memperoleh sumberumber data dan maklumat yang berkaitan, pengkaji turut berkunjung ke perpustakaan untuk meninjau beberapa buku-buku yang berkenaan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan sumber maklumat yang bernas.. 32. FYP FTKW. 3.2.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA.

(43) Kaedah internet ini membolehkan lagi pengkaji untuk mencari bahan sumber kajian dengan labih meluas dan lebih mendalam. Dengan adanya kaedah internet ini dapat memberi kemudahan untuk menganalisis dan menyelusuri kepelbagaian laman web dan maklumat-maklumat di dalam mahupun di luar negara. Antara bahan-bahan yang dapat diperolehi melalui laman sesawang ini adalah seperti contoh tesis, artikel, jurnal dan sebagainya. Dalam masa yang sama, dalam kajian ini pengkaji turut menggunakan platform laman web Myto, Google Scholar untuk mencari sumber- sumber kajian lepas yang dijalankan oleh para-para sarjana di negara ini. Jelas dapat dilihat di sini bahawa dengan penggunakan kaedah internet dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pencarian maklumat dan data tambahan untuk menghasilkan kajian yang bersesuaian dengan objektif utama kajian ini.. 3.3 PENERAPAN TEORI. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori Teksdealisme yang digagaskan oleh Mana Sikana atau nama sebenar beliau adalah Abdul Rahman Napiah. Beliau merupakan mantan pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengkaji mendapati bahawa teori. 33. FYP FTKW. 3.2.5 KAEDAH INTERNET.

(44) intipati yang terkandung di dalam teori Teksdealisme ini amat berkait rapat dengan tajuk utama kajian ini.. 3.3.1 TEORI TEKSDEALISME. Menurut Mana Sikana, pada asanya perkataan Teksdealisme ini adalah satu ungkapan yang merangkumi dua patah perkataan iaitu perkataan teks dan idealisme. Di mana kedua-dua perkataan ini mendefinisikan teks sebagai susunan idea serta pengalaman yang mengandungi makna yang bertindih-tindih dengan mempunyai sifat-sifat keunggulannya tersendiri. Oleh itu, falsafah teks teksdealisme mengatakan bahawa setiap pengarang pasti mempunyai hasrat di dalam diri mereka untuk mengangkat karya mereka sehingga mencapai tahap keunggulan. Maka dengan itu, dapat dilihat bahawa teksdealisme itu adalah makna bagi teks-teks yang hebat dan unggul. Oleh sebab itu, teori teksdealisme ini dikatakan sebagai teori kepada keunggulan. Mana Sikana turut menegaskan di mana teks yang hebat harus memiliki struktur yang unggul. Struktur yang unggul ini adalah di mana pengarang itu melakukan pengubahsuaian dan pada masa yang sama tetap menggekalkan konvensi. Apabila seseorang pengarang ingin mencapai kepada tahap sedemikian, mereka perlu menanam sifat keberanian dan kebijaksaan untuk mengemukakan sesuatu idea dan pemikiran yang baharu untuk melakukan segala perubahan dan inovasi di dalam karya mereka. Namun jika seseorang pengarang tidak memiliki sifat tersebut, teks yang dihasilkan hanya akan berlegar di dalam lingkuangan tradisinya dan tidak mengarah apatah lagi menceceah tahap yang unggul.. 34. FYP FTKW. Teksdealisme ini dapat membantu dalam menjayakan lagi kajian ini dek kerana.

(45) dan kebijaksaan untuk melakukan pembaharuan. Pembaharuan yang akan dibawa haruslah berpandukan ilmu, tanpa adanya ilmu setiap teks itu akan berada pada tahap yang jumud. Setiap teks yang diperbaharui dan diinovasi tidak semestinya akan mengandungi nilai keunggulan, malah setiap pengarang wajar bertindak bijaksana dalam memilih dan mencerna idea dalam segala apa jua inovasi ataupun pembaharuan yang dilakukan. Justeru, tanpa sifat-sifat ini teks tersebut akan berada jauh daripada tahap keunggulan. Akan tetapi menurut Mana Sikana, sifat keunggulan teks bukanlah sesutau perkara yang mudah untuk dicapai serta dikekalkan. Hal ini akan menyebabkan parap pengarang akan menghadapi masalah sama ada ingin meningkatkan mutu teks atau keunggulan diri sendiri. Bagi pengarang yang aggal mengekalkan keunggulan teks sudah tentu akan gagal dalam mempertahankan keunggulan kepengaranggannya. Oleh itu, dalam hal ini ada ketikanya pengarang akan berusaha untuk memperbaiki karyanya dengan menggunakan pengalamanpengalaman yang pernah dilalui mereka untuk mendapatkan idea baharu. Dengan itu, melalui kehadiran pengalaman yang luas dapat membantu pengarang untuk menghidupkan kembali pemikiran mereka yang lebih luas dan baik. Di sinilah teori teksdealisme ini membuka ruang kepada pengarang untuk meningkatkan tahap kecermelangan diri hingaa mencapai tahap keunggulan tersebut.. 35. FYP FTKW. Oleh itu, dalam mencapai matlamat tersebut pengarang harus mempunyai keberanian.

(46) Prinsip individualisme, atau apa-apa istilah lain, iaitu personaliti, adalah asas teori tekstualis, kemuncak teks atau perbincangan pengarang. Menurut Mana Sikana, falsafah teori tekstualisme menegaskan dalam prinsip personaliti ini bahawa setiap pengarang harus. berusaha. untuk. menjana. atau. mencipta. ciri. keperibadian. atau. sifat. individualistiknya sendiri. Dalam konteks pencarian perbezaan diri, teori teks bukan sahaja memahami dan mengetahui bagaimana prinsip kehadiran, perlanggaran, dan peneguhan memainkan peranan dalam mengenal pasti teks untuk mencapai dan dianggap sebagai pengarang atau teks yang baik, tetapi ia juga merupakan satu mekanisme. . untuk menganalisis teks. Personaliti atau personaliti pengarang. Justeru, sekiranya tiga prinsip pertama sudah ada, terdapat unsur keharmonian dalam teks, dan pengarang telah mencapai tahap kecemerlangan serta mempunyai jati diri. Mana Sikana mengatakan jika identiti ingin ditunaikan, tiada pancasona atau unsur sihir, apatah lagi sihir. Pengarang mesti memulihkan dirinya dengan semua radiumnya, secara sistematik dan logik merancang semua tindakan kerja.. 3.4 PENUTUP. Kesimpulannya, dalam bab 3 ini pengkaji telah merumuskan dan menerangkan dengan lebih terperinci tantang semua intipati yang ada dalam metodologi kajian yang merangkumi dari aspek rekabentuk kajian, kaedah analisis teks, kaedah pengumpulan data, kaedah pustakaan, kaedah internet dan penerapan teori. Selain itu, pengkaji telah berusaha untuk melakukan kajian dalam bab ini dengan mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin demi memastikan hasil kajian 36. FYP FTKW. 3.3.2 PENDEKATAN INDIVIDUALISME.

(47) 37. FYP FTKW. ini dijalankan dengan baik untuk mencapai objektif utama kajian ini..

(48) ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 PENDAHULUAN. Konteks yang akan dikupaskan di dalam bab 4 ini adalah berkaitan analisis dapatan kajian berdasarkan kepada informasi serta kumpulan data-data yang telah dikumpulkan hasil daripada penggunaan kaedah yang telah dilakukan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan kepada kepengarangan penulis karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah iaitu Shamsudin Othman. Kandungan puisi yang tercetak di dalam naskah ini berjumlah sebanyak 126 buah. Pengarang bagi karya puisi ini iaitu Shamsudin Othman yang merupakan seorang pensyarah kanan berkelayakan Doktor Falsafah di Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan. Dilahirkan di Tangkak Johor, mendapat pendidikan awal di daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam pada tahun 1985 hingga 1986, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1987 hingga 1989, Institut Bahasa, Kuala Lumpur pada tahun 1994 dan Universiti Malaya pada tahun 1998 sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau berada di dalam bidang kepakaran Pendidikan Kesusasteraan Melayu; Pendidikan Bahasa Melayu; Penulisan Kreatif; Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu; Drama Dalam Pengajaran Bahasa. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan dua objektif dan tujuan utama yang akan dikaji dalam kajian ini. Dua objektif tersebut adalah berkenaan dengan kepengarangan yang dilihat dari sudut intrinsik dan mengenalpasti pengaruh retorik yang digunakan dalam penulisan karya puisi tersebut menerusi teori Teksdealisme. Dengan ini, pengkaji telah melihat dengan lebih mendalam tentang kajjian mengenai objektif ini, di mana melalui aspek instrinsik tersebut akan diperincikan lagi dengan 38. FYP FTKW. BAB 4.

(49) contoh bagi aspek retorik yang terkandung di dalam Kumpulan Puisi Taman Insaniah tersebut. Oleh itu, kandungan daripada objektif tersebut akan dijadikan bahan analisis dan dapatan kajian yang akan dibincangkan dalam bab ini.. 4.2 ASPEK INTRINSIK Unsur intrinsik adalah merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam penulisan sesebuah karya sastera terutamanya. Oleh itu, secara umunya sastera diertikan sebagai sebuah bentuk karya yang sangat indah menerusi tulisan mahupun lisan. Dengan itu, dalam sastera terdapat satu unsur yang paling penting untuk menghasilkan sesebuah karya yang dikenali sebagai unsur intrinsik dan ekstrinsik. Sebuah karya sastera secara umunya mengandungi dua unsur utama yang dikenali sebagai unsur yang bersifat intrinsik dan ekstrinsik. Di mana kedua-dua ini merupakan unsur dasar yang menjadi tunjang penghasilan sebuah karya sastera yang baik. Oleh itu, tanpa kedua-dua unsur ini jelas dapat dilihat bahawa pembaca akan mengalami kesulitan untuk memahami intipati karya sastera tersebut. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya mengaplikasikan unsur intrinsik untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap aspek tema dan gaya bahasa. Hal ini kerana, melalui hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang karya Kumpulan Taman Insaniah itu telah menggambarkan bahawa keunikan yang terdapat dalam karya puisi tersebut terletak kepada tema dan juga penggunaan gaya bahasa.. 39. FYP FTKW. menerangkan contoh yang terkandung di dalam elemen tema dan gaya bahasa serta.

(50) Tema yang digunakan dalam penghasilan karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini adalah mengenai ketuhanan. Di mana, jika ditafsir dengan lebih mendalam intipati karya puisi ini dapat dilihat bahawa tujuan utama penulis karya puisi ini adalah untuk menyampaikan pesanan yang berunsurkan kehambaan dan keinsafan. Oleh itu, tema karya puisi ini telah menjadi objektif bagi kajian ini. Hal ini kerana tema adalah satu pokok fikiran atau pokok masalah bagi sesuatu karya sastera. Dalam karya sastera juga terdapat dua jenis tema yang dikenali sebagai tema major dan minor. Tema major adalah merupakan tema yang sangat menonjol, sebagai contoh tema ini memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap alur cerita serta penokohan dari tokoh-tokoh. Manakala bagi tema minor iaitu tema yang kurang menonjol, di mana ianya merupakan tema yang tidak terlalu berpengaruh akan tetapi tetap mengandungi pengaruh pada penceritaan karya tersebut. Fungsi tema dalam penghasilan puisi adalah untuk memberikan acuan atau gambaran terhadap puisi yang akan dibuat, sekaligus menjadi tunjang kepada perkara yang hendak disampaikan ke dalam karya puisi tersebut. Oleh yang demikian, dalam aspek tema ini pengkaji telah mendapati bahawa terdapat beberapa tema yang terkandung di dalam Kumpulan Puisi tersebut. Melalui hasil pembacaan dan penelitian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap intipati Kumpulan Puisi ini, pengkaji telah dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 5 tema yang terdapat di dalam Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini. Sebagai contoh antara tema yang pengkaji dapat kesan adalah seperti tema Ketuhanan, Kemanusiaan, Kehidupan, Keinsafan dan Alam. Kelima-lima tema tersebut dilihat banyak memberi pengaruh dan kesan di dalam diri pembaca terutama kepada pengkaji.. 40. FYP FTKW. ASPEK MELALUI TEMA.

(51) Seperti yang telah dikenalpasti oleh pengkaji bahawa tema Ketuhanan yang diterapkan di dalam karya puisi ini adalah secara khasnya untuk warga islam. Maksudnya, tiada lain yang merujuk kepada hubungan antara Hamba dengan Allah SWT. Tuhan adalah istilah khusus untuk Tuhan yang benar yang layak disembah. Seperti yang terkandung dalam kalimah syahadah, bermaksud tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT. Oleh itu, kewujudan zat, sifat dan kerja Tuhan adalah kekal. Tiada yang mendahului kehadiran, kebesaran dan keagungan-Nya. Puji Tuhan kerana dikurniakan segala sifat kesempurnaan. Dialah yang memulakan penciptaan makhluk dan memulihkannya. Tambahan pula, dia juga mampu melakukan apa yang dia kehendaki, semuanya membimbing ke jalan yang benar untuk hamba pilihannya.. Dalam surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud bahawa Dia yang pertama dan tiada yang mendahuluiNya. Dialah yang akhir, yang zahir dan yang batin dan hanya Dialah yang mengetahui setiap perkara yang terjadi. Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa sesungguhnya Allah SWT sangat berkehendak atas segalanya dan mentadbir akan segala yang baharu. Justeru, peranan kita sebagai hamba yang hidup di atas muka bumi Allah SWT ini adalah untuk terus melakukan ibadah kepadanya dengan penuh ikhlas. Selain itu, tugas sebagai hamba haruslah sentiasa melakukan perkara kebaikan seperti mana yang dikehendaki di dalam agama Islam. Namun tanpa disedari setiap hamba juga akan melakukan kesilapan dek kerana tiada seorang hamba pun di muka bumi Allah ini yang sempurna (Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari). Dengan itu, penulis bagi karya kumpulan puisi Taman Insaniah ini iaitu Shamsudin Othman menerapkan tema ketuhanan tersebut di dalam kumpulan puisi tersebut supaya dapat menjadikan ia sebagai satu wadah teguran atau nasihat kepada manusia sejagat untuk terus memperbaiki diri ke. 41. FYP FTKW. 4.2.1 Tema Ketuhanan.

(52) terkandung di dalam kumpulan puisi tersebut seperti:. Rabb, Serulah Namaku. Ya Rahman Ya Rahim, Sebutlah namaku Pada setiap kali seruan haji menjelang. Aku rindu kembara nurani. Aku rindu perjalanan rohani.. Bawalah aku mendaki Puncak gunung imani Pimpinlah tanganku Menuju gua takwa Juga perbukitan taubat.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 44. Rahsiakan Kepadaku. Tuhan Usah beritahu detik kematianku Rahsiakan 42. FYP FTKW. arah jalan yang lurus. Terdapat beberapa buah contoh puisi yang bertema ketuhanan.

(53) Kekal selamanya.. Aku cari cinta-Mu dalam wujudku Aku rindu kasih-Mu dalam dendamku.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 102. Beberapa buah puisi di atas adalah contoh puisi bertemakan Ketuhanan yang terkandung di dalam karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah tersebut. Melalui penelitian dan pembacaan erti makna puisi di atas, pengkaji dapat melihat bahawa dengan ayat-ayat yang digunakan oleh pengarang tersebut jelas dapat memberi kesan kepada diri para pembaca tentang erti Ketuhanan.. 4.2.2 Tema Kamanusiaan Terlebih dahulu istilah kemanusiaan berasal daripada perkataan Latin yang berkaitan dengan sifat bangsa manusia. Oleh itu, ia juga berfungsi untuk dikatakan sebagai kumpulan manusia yang berada di muka bumi ini. Pada masa yang sama kita dapat merujuk bahawa konsep kemanusiaan ini dilihat sebagai sebuah sikap atau ciri-ciri individu serta golongan masyarakat lain yang menjadi sebahagian dalam kehidupan. Dari segi konep nilai kemanusiaan, dapat dirujuk kepada idea-idea yang dikongsi oleh kebanyakan budaya mengenai nilai untuk memuliakan manusia. Nilai kemanusiaan yang utama adalah kebajikan, walaupun adat dan budaya berbeza dengan sejarah tersendiri namun nilai kemanusiaan antara satu sama lain tidak perlu dianggap berbeza kerana dengan nilai inilah yang dapat menentukan kesepakatan antara manusia. Nilai-nilai 43. FYP FTKW. Agar cintaku kepada-Mu.

(54) orang yang ingin melakukan perkara kebaikan.. Nilai-nilai kemanusiaan tidak mempunyai spesifik tertentu, hal ini kerana definisi mereka mungkin berbeza mengikut ahli falsafah atau pemikir bagi sesuatu bangsa tersebut. Terdapat juga satu perbincangan yang sering disebut di dalam nilai kemanusiaan iaitu sensitiviti antara salah satu nilai asasi manusia yang diiktiraf secara keseluruhan. Hal ini dikatakan bahawa orang ramai harus peka terhadap orang lain serta merasa empati dan bertindak balas terhadap penderitaan atau kesakitan orang lain. Nilai-nilai hak asasi ini dikatakan sebagai moral seperti rasa hormat, rasa syukur, tanggungjawab, keikhlasan dan belas kasihan. Dalam kumpulan puisi tersebut, terdapat juga puisi yang bertemakan kemanusiaan yang ditulis oleh pengarang. Sebagai contoh puisi yang bertemakan kemanusiaan seperti:. Gaza: Malapetaka Apakah ini?. Sebuah duka; dengan bahasa apa lagi Untuk aku bingkisan Setelah dua puluh dua hari Berhujankan peluru, bom dan fosforus Tanah suci menjadi taman pusara tanpa nisan Kanak-kanak dan warga tua Yang tidak mengerti makna kezaliman Dan makna kekesalan.. Sedih apa lagi yang bisa aku maknakan 44. FYP FTKW. kemanusiaan juga bertanggungjawab untuk membimbing dan mengarahkan tindakan.

(55) Di meja damai Air mata dan jerit derita masih kedengaran Saat rindu mendamba Kelahiran Salahuddin al-Ayubi Juga doa kunjungan sekawan ababil. Suara manusia apa lagi yang aku rindukan Detik demi detik Adalah saat yang menggetar Sekawan serigala lapar Tidak pernah kenyang melapah tubuh Sambil ghairah menghirup darah Mabuk dalam rasuk yang tak terfikirkan Meratah sambil menyiat-nyiat kebahagiaan Yang terhasil oleh demokrasi.. Hari ini, Gaza dan Hamas Sepuluh kali ganda lebih derita daripada nasib gempa Tanpa air dan eletrik Tanpa udara dan jalan raya Tanpa bebas dan bahagian Mereka mencari keadilan yang hilang Di balik runtuhan batu dan kitab al-Quran. Malapetaka apakah ini? 45. FYP FTKW. Setelah sepuluh hari gencatan senjata.

(56) Zionis serigala liar itu Dibiarkan bebas menyalak Dan mencakar-cakar kebijaksanaan.. Rintih apa lagi yang perlu diluahkan Tatkala malapetaka ini seperti diraikan Dan serigala liar itu dilepaskan dari kandangan Dengan taring dan kuku syaitan Membaham dan meratah Semahu-mahunya.. Maha duka Gaza raya, Ada Gaza dalam rinduku. Ada Gaza dalam cintaku Ada Gaza dalam tulangku. Ada Gaza dalam air mataku Ada Gaza dalam simpatiku. Ada Gaza dalam sukmaku Ada Gaza dalam nafasku. Ada Gaza dalam jeritanku.. Sebuah duka Gazaku; dengan bahasa apa lagi Untuk aku suarakan rintih imani ini Setelah takwa dan syukur Menjadi saksi darah kering di muka bumi.. Sebuah duka Gazaku; percayalah Bahawa kehilangan ini ada penggantinya.. 46. FYP FTKW. Saat prinsip keadilan dikhianati.

(57) Oleh itu, menerusi puisi yang dipaparkan di atas jelas dapat dilihat bahawa pengarang menceritakan tentang keadaan manusia dan nasib kawasan tersebut yang telah dibadai serangan kejam daripada golongan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Hal inilah yang dapat membuktikan bahawa puisi tersebut mengandungi unsur tema kemanusiaan.. 4.2.3 Tema Kehidupan Melihat daripada sudut penghasilan karya puisi ini, pengkaji akan mengupaskan dari sudut pandangan agama. Di mana, maksud hidup yang utama dapat dilihat dari sisi agama. Hal ini dikatakan kerana seperti yang diketahui bahawa agama merupakan suatu bekal atau dasar bagi sebahagian manusia untuk mengerti makna kehidupan. Dalam konteks agama, kehidupan mempunyai makna yang jelas yang diberikan kepada manusia oleh Tuhan. Di mana manusia diciptakan untuk beribadah dan menuruti perintah daripada Sang Penciptanya. Selain itu, sering kali juga dipahami bahawa makna hidup adalah merupakan sebuah ujian sementara yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia supaya manusia dapat mentaati perintahNya dan sentiasa menyembahNya.. Ibadah difahami dengan sangat luas dan tidak terhad kepada ritual tertentu. Namun, setiap perbuatan manusia yang dilakukan untuk menegakkan ketaatan kepada Allah SWT dan mengikut keredaan Allah adalah termasuk dalam ibadah. Ibadah disifatkan dalam Islam sebagai segala yang dilakukan oleh seseorang untuk cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT. Semuanya bergantung kepada betul atau salah tingkah 47. FYP FTKW. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 82.

(58) dan kebajikan masyarakat dan sesama manusia.. Dibuai Usia. Saat tua membalut usia Kenangan adalah pengembara Yang tegar mencari cinta Pengubat insaf. Dalam waktu Yang berlegar Mendewasa hijab nurani.. Ya Rahman, Hijrah yang kugiring ini Ke mana tujunya Ke kanan syurga Atau ke kiri neraka?. Ya Rahim, berikan aku segugus jawapan Saat aku menyusur Taman rindu-Mu.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 61 48. FYP FTKW. laku seseorang yang merangkumi faktor-faktor seperti kepercayaan agama, aktiviti sosial,.

(59) dimamah usia. Bersesuaian dengan tema kahidupan yang diaplikasikan di dalam penghasilan puisi tersebut. Selain itu, puisi di atas menunjukkan bahawa kisah cerita tentang kehidupan seorang hamba yang sedang mencari erti sebenar sesebuah kehidupan berlandaskan jalan yang benar iaitu dengan mencari keredhaan dan kasih sayang daripada sang Pencipta yang masa Esa.. 4.2.4 Tema Keinsafan Keinsafan yang ada dalam diri dan jiwa bagi seseorang insan adalah merupakan satu sinar cahaya yang dapat menerangi jalan kehidupan seorang insan yang bergelar muslim. Seseorang insan yang bertaubat dengan penuh keinsafan akan menghindarkan diri mereka daripada segala kemaksiatan. Oleh itu, keinsafan ini merupakan suatu petunjuk dan menambahkan keyakinan diri seorang insan itu dalam menghadapi kehidupan dengan lebih cekal sebagai seorang insan yang beriman. Maka, dengan bertaubat dengan penuh keinsafan akan membuatkan mereka mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat.. Seperti yang diketahui bahawa setiap manusia yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa kepada Allah SWT. Maka dengan itu, setiap umat islam seharusnya menyesali perbuatan mereka dengan sentiasa bertaubat memohon keampunan kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan. Melalui rintihan dan dombaan yang diungkapkan dengan doa serta munajat kepada Allah SWT dapat menghapuskan dosa-dosa silam. Allah SWT berfirman “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” 49. FYP FTKW. Puisi di atas menceritakan tentang kehidupan seseorang hamba Allah SAW yang sedang.

(60) seorang insan yang telah menyesal atas segala perbuatan mereka. Seterusnya, mereka akan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT dengan meninggalkan segala perbuatan dosa dan turut akan berusaha untuk istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan. Dengan amal taubat dan perbuatan yang baik tersebut dapat menjadikan seseorang insan tersebut terus taat dan patuh akan perintah Allah SWT. Melalui tema keinsafan yang diterangkan, terdapat beberapa buah puisi yang dipilih oleh pengkaji untuk dijadikan sebagai contoh dalam pemilihan tema ini.. Menukang Malam. Atas kudrat-Mu yang tak terucap Oleh lidah hati dan nafas nurani Aku memasuki malam dengan taubat Kemudian meniduri-Mu dengan penuh nafsu Berahi zikir yang tak tertahankan.. Lewat membilang muhasabah Antara rakaat tahajud dan tasbih Lolos cahaya yang kucari Tiba-tiba hilang dalam gelita malam.. Seusai witir dan salam Aku membukajendela hari Merenung langit Dengan seluruh cinta 50. FYP FTKW. Oleh yang demikian, keinsafan akan lahir daripada hati nurani yang kecil dari.

(61) Dengan seluruh rindu Sambil menadah segugus janji Yang membasah di ubun-ubun imanku.. Saat ini, Akulah penukang malam Memaku awan dengan insaf Mengikat tiang dengan tali imani.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 6. Puisi di atas telah memberi jawapan kepada penerangan tema keinsafan yang terdapat di dalam kumpulan puisi tersebut. Jika dibaca dan ditafsir dengan penuh penghayatan, bahawa maksud keinsafan seorang hamba yang mengadu domba kepada Sang Pencipta yang dikarang oleh penulis puisi ini jelas sampai ke dalam hati si pembaca.. 4.2.5 Tema Alam Pengkaji memilih untuk menggunakan tema Alam di dalam kajian Bab 4 ini dek kerana pengkaji telah dapat mengenalpasti bahawa di dalam karya Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini, pengarangnya iaitu Shamsudin Othman turut mengaplikasikan unsur alam untuk dijadikan bahan hujahannya dalam penghasilan ayat-ayat gramatisnya di dalam puisi tersebut. Secara umunya, alam adalah merupakan suatu ciptaan Allah SWT yang diurus dengan kehendak dan kemahuan Allah SWT. Allah menciptakan alam ini dengan 51. FYP FTKW. Menangkap sepi.

(62) biologi serta kaedah sains. Selain itu, menurut pandangan Islam terhadap alam bahawa bukan hanya berdasarkan akal semata-mata. Malah, alam berfungsi untuk menggerakkan emosi dan perasaan manusia terhadap keindahan, kecantikan serta kagungan Sang Pencipta yang dikenali sebgaai al-Khaliq.. Di dalam surah al-Ahqaf ayat ke 3 telah dinyatakan bahawa Tuhan memiliki tujuan dalam penciptaan alam semesta ini, di mana Allah SWT berfirman bahawa “Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dengan firman Allah SWT tersebut dapat memperlihatkan bahawa ayat tersebut telah mengajak menusia untuk mencapai tujuan dari berbagai fenomena semesta melalui cara yang betul tanpa mainmain dan sia-sia. Melalui hasil penelitian dan kajian yang dilakukan oleh pengkaji telah mendapati bahawa pengarang turut menggunakan unsur alam di dalam penulisan puisinya yang juga turut mempunyai kaitan rapat antara kehidupan manusia. Antara contoh puisi yang terkandungnya unsur tema alam alah seperti:. Malam. Malam itu hanya aku berdua Aku memanjat bulan Dan resah memetik bintang.. Kerana Hanya aku berdua Sepi seperti ombak 52. FYP FTKW. tersusun dan teratur dari pelbagai jenis aspek seperti aspek fizik, kimia, geologi dan.

(63) Di kalbu.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 12. Tanpa Malam. Tanpa malam Aku tidak kenal Makna gelap dan gelita Juga indahnya cahaya.. Hidup tanpa malam Seperti kunang-kunang Terbang tak bersayap.. Kumpulan Puisi Taman Insaniah : 76. Beberapa buah puisi di atas adalah puisi yang di hasilkan daripada unsur alam seperti tempat, kejadian dan peristiwa yang dikaitkan dengan kehidupan manusia. Hal ini yang membuatkan pengkaji memilih tema alam untuk dijadikan bahan analisis dalam kajian ini.. 53. FYP FTKW. Yang membadai.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN