(1)FYP FTKW ANALISIS MESEJ DAKWAH YANG TERDAPAT DALAM FILEM ‘MUNAFIK 2&rsquo
Tekspenuh
(2) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang dirangkumkan di dalam kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan asal dan belum diserahkan untuk darjah tertinggi bagi mana-mana Universiti dan Institusi.. TERBUKA. SULIT. TERHAD. Saya bersetuju bahawa laporan saya akan dibuat segera dan boleh didapati dalam bentuk salinan dan dalam talian (teks penuh).. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rasmi Rahsia 1972)*. (Mengandungi maklumat terhad seperti yang ditentukan oleh organinasi di mana penyelidikan dilakukan. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak seperti berikut : 1. 2. 3.. Laporan ini adalah hak Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuatsalinan penyelidikan sahaja. Perpustakaan mempunyai hak untuk salinan laporan untuk pertukaranakademik.. Tandatangan. tandatangan penyelia. Nama: NOR AFIZAH BINTI ARIFFIN. Nama: EN. HIDAYAT BIN HAMID. Tarikh:. Tarikh:. Nota: Jika laporan ini SULIT ATAU TERHAD, sila kepilkan Bersama surat daripada organisasi yang menyatakan masa dan sebab untuk kesulitan dan pembatasan. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.
(3) Assalamualaikum w.b.t. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan saya yang tidak seberapa ini bagi menyiapkan kajian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia kursus Encik Hidayat Bin Hamid yang mana beliau adalah seorang yang sangat prihatin, banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk saya. Segala tunjuk ajar ini sememangnya amat berguna pada masa akan dating seterusnya menghebahkan ilmu kepada insan yang memerlukan pada suatu masa kelak. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pensyarah yang turut sama menghulurkan bantuan tanga sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha ini dan sepanjang saya menuntut di sisni. Segala kebaikan hanya dapat saya lafazkan dengan ucapan jutaan terima aksih dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang turut sama-sama dalam perjuangan ini yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat untuk terus berusaha dengan gigih bagi menyiapkan kajian ini dengan jayanya.. Sekian, Nor Afizah Binti Ariffin,. i. FYP FTKW. Penghargaan.
(4) Filem merupakan satu bentuk hiburan yang banyak menyampaikan unsur unsur yang berguna dan dapat dijadikan tauladan kepada para penonton. Filem mengandungi elemen elemen yang mempengaruhi emosi seseorang. Tumpuan terhadap filem dari mesej dakwah yang disampaikan adalah antara kajian yang memerlukan tumpuan yang terperinci agar kajian dapat dilaksanakan dengan baik. Kajian dijalankan adalah untuk menilai mesej dakwah yang terdapat dalam filem tersebut dahn keberkesanan peyampaian mesej dakwah kepada penonton.. ii. FYP FTKW. ABSTRAK.
(5) Film is a form of entertainment that presents many useful elements and can be used as an example to the audience. Movies contain elements that influence one’s emotions. The focus on the film from the dakwah message delivered is among the studies that require detailed focus so that the study can be implemented well. The study was conducted to evaluate the dakwah message found in the film and the effectiveness of the dakwah message delivery to the audience. iii. FYP FTKW. ABSTRACT.
(6) BAB 1. PENGHARGAAN. i. ABSTRAK. ii. ABSTRACT. iii. KANDUNGAN. iv. PENGENALAN. 1.0 Pengenalan. 1. 1.1 Latar Belakang Kajian. 4. 1.2 Permasalahan Kajian. 8. 1.3 Objektif kajian. 9. 1.4 Persoalan Kajian. 9. 1.5 Skop Kajian. 10. 1.6 Kepentingan Kajian. 10. 1.6.1 Institusi 1.6.2 Rujukan 1.6.3 Individu 1.7 Rumusan. BAB 2. 11. TINJAUAN LITERATURE. 2.0 Pengenalan. 12. 2.1 Kajian Lepas Berkaitan Filem. 12. 2.2 Rumusan. 31 iv. FYP FTKW. KANDUNGAN.
(7) METODOLOGI KAJIAN. 3.0 Pengenalan. 32. 3.1 Pengumpulan Data (Kuantitatif Dan Kualitatif). 33. 3.1.1 Kualitatif 3.1.2 Kuantitatif 3.2 Reka Bentuk Kajian. 36. 3.3 Populasi dan Sampel Kajian. 36. 3.4 Instrumen Kajian. 37. 3.5 Prosedur Pengumpulan Data. 37. 3.5.1 Kajian Perpustakaan 3.5.2 Tinjauan Rintis 3.5.3 Kaedah Analisis Data 3.6 Rumusan. BAB 4. 39. DAPATAN KAJIAN. 4.1 Pendahuluan. 40. 4.2 Analisis Data. 40. 4.2.1 Profil Responden. 41. 4.3 Borang Sol Selidik Yang Telah Diedarkan Kepada Responden 45 4.4 Kesimpulan. BAB 5. 56. KESIMPULAN DAN CADANGAN. 5.0 Kesimpulan. 57. 5.1 Cadangan. 58. Lampiran. 60. Rujukan. 61 v. FYP FTKW. BAB 3.
(8) PENDAHULUAN 1.0. Pengenalan Filem merupakan salah satu instrumen media yang berkesan dalam menerapkan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang terdapat dalam filem harus diterapkan secara meluas dan teliti bagi memberi kefahaman dan kesedaran tentang nilai nilai murni seperti mana yang terdapat dalam ajaran islam yang tulen. Filem atau drama adalah sesuatu yang diminati oleh masyarakat. Filem juga merupakan salah satu cabang seni dalam mengembangkan pelbagai karier seperti lakonan. Pelbagai jenis genre filem yang dihasilkan pada masa kini daripada pengembangan ilmu berkaitan penghasilan filem di samping lahirnya ramai penulis skrip, pengarah dan penerbit. Filem juga merupakan inovasi garapan manusia menerusi papan cerita. Filem menggambarkan cerminan budaya masyarakat tertentu yang lahir daripada cetusan dan pemikiran pembikinannya. Justeru, sesebuah filem mengandungi mesej yang ingin disampaikan kemudiannya diolah menjadi sebuah cerita yang berkualiti agar mesej yang ingin disampaikan difahami oleh penonton. Sejarah pembikinan filem berasal dari penemuan konsep imej bergerak didahului oleh seorang jurugambar British.Dalam membincangkan defines filem, ia mempunyai dimensi pentakrifan dan ruang lingkup kontekstual yang luas. Banyak pengertian tentang filem telah diberikan. Ini kerana filem ialah sebuah wahana kreatif yang bersifat perbincangan. Filem merupakan medium hiburan dan penyampaian maklumat kepada penonton tentang sesuatu isu.. 1. FYP FTKW. BAB 1.
(9) kekeluargaan, pelacuran, kemiskinan dan nasionalisme. Sebuah filem haruslah mempunyai ciri ciri yang bagus untuk diangkat sebagai filem yang terbaik antaranya skrip dan jalan cerita mestilah menarik agar penonton berminat untuk menonton sesebuah filem tersebut. Dalam hal ini, pengarah haruslah memainkan peranan dalam memilih watak watak yang berkaitan bagi menjayakan dan menghidupkan watak yang telah diwujudkan. Peranan sesuatu watak dalam sesebuah filem amat penting bagi menentukan filem tersebut layak digelar filem terbaik ataupun tidak. Tetapi kita sebagai penonton tidak boleh menilai filem tersebut terbaik ataupun tidak dengan sebarangan kerana idea untuk menghasilkan sebuah filem amat susah dan perlu dihargai oleh kita. Filem juga boleh ditafsirkan sebagai hasil seni yang memaparkan cerita dan kehidupan sebenar sesebuah masyarakat yang wujud. Filem dibuat tidak terbatas kepada manusia sahaja tetapi ia merangkumi kehidupan sebenar dan juga khayalan yang telah diubahsuai mengikut skrip yang dibuat. Filem dikata media yang paling berhasil bagi menyampaikan sesebuah cerita atau maklumat kepada masyarakat pada masa kini. Filem boleh mempengaruhi seseorang untuk mengikuti atau mengambil ikhtibar segala input yang terdapat dalam filem tersebut. Filem adalah gambar hidup yang juga dipanggil sebagai movie. Filem sebenarnya adalah sekadar gambar bergerak dan pergerakkannya disebut sebagai intermitten movement, gerakan yang muncul hanya kerana keterbatasan kemampuan mata dan otak manusia untuk menangkap penggantian gambar tersebut Filem yang berjaya dibuat pada abad akhir ke 19 dan terus berkembang sehingga ke hari ini merupakan perkembangan yang lebih jauh dari teknologi fotografi Filem yang menarik dapat mempengaruhi sosiobudaya masyarakat kita untuk dijadikan rujukan atau 2. FYP FTKW. Di Malaysia kebanyakkan filem mengutarakan isu berkaitan kemasyarakatan seperti.
(10) menjadi ikutan masyarakat. Filem merupakan sebuah karya seni yang bersifat hidup dan boleh memberikan gambaran kepada penonton tentang sesuatu tempat, budaya dan juga karakter yang terdapat dalam filem tersebut. Filem juga merupakan satu bentuk alat hiburan untuk sesebuah masyarakat umum dan alat media komunikasi digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada penonton dan masyarakat. Filem genre seram merupakan salah satu genre yang bertahan lama dalam arena industri perfileman dunia dan mempunyai sejarah yang panjang disebabkan elemen-elemen yang tersendiri. Fokus utama filem seram adalah untuk menakutkan, memberi kejutan dan membangkitkan kebimbangan yang tersembunyi disebalik penceritaannya. Walaupun mempunyai elemen-elemen yang disebut, filem genre seram masih mampu untuk menarik minat penonton untuk menonton filem tersebut sehingga kini. Filem seram menjadi filem yang ditunggu-tunggu oleh penonton, ia dapat dibuktikan dengan kutipan pecah panggung filem seram di Malaysia dan Hollywood. Di Malaysia, Perbadanan Filem Nasional (FINAS) telah melaporkan bahawa filem Munafik (2016) arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM 8.08 juta. Minat terdapat filem genre seram dalam kalangan penonton mungkin lahir disebabkan filem tersebut sering memaparkan budaya serta kepercayaan masyarakat setempat dimana ia berkaitan dengan kehidupan masyarakat kita pada masa kini. Oleh yang demikian, genre filem merupakan suatu cara penghasilan filem dengan gaya dan cerita tersendiri mengikut idea pengarah dan penerbit masing-masing. Manakala dengan adanya pelgabai genre filem yang dihasilkan, filem genre dakwah juga menjadi salah satu medium yang menyebarkan dakwah dengan cara melalui penceritaan. Folem 3. FYP FTKW. tauladan dalam kehidupan sebenar. Perkara baik yang terdapat dalam filem pasti akan.
(11) keislaman. Dunia dakwah dalam era abad ke 21 ini satu cabaran baru kepada segenap lapisan pendakwah. Fenomena kecelaruan masyarakat dalam mendekati islam dan menghayatinya berlaku di semua peringkat umur kehidupan manusia. Ini memerlukan satu dimensi dan anjakan paradigm baru yang bersesuaian bagi menangani isu global dan nasional dalam membentuk dan memperkasakan umat Islam dalam menjadi teras pembangunan tamadun manusia selaras dengan kehendak Islam kea rah mengembalikan semula kegemilangan tamadun umat Islam suatu ketika dahulu. Paradigm baru yang dimaksudkan adalah cara baru penyebaran dakwah Islamiah yang selari dengan zaman serba canggih ini dengan menggunakan segala peluang yang terbentang yang wujud dalam bidang apa sekalipun terutama bidang teknologi maklumat berkaitan dengan media televisyen. Di Malaysia cerita-cerita seram adalah berasal daripada tradisi lisan. Kini tradisi lisan ini dibawa ke dalam bentuk audio dan visual menerusi imaginasi pengkarya filem (Siti Ezalleila Mustafa, 2006). Hal ini demikian, masyarakat cuba mengangkat kembali tradisi nenek moyang dahulu dan diskrinkan ke dalam filem (Kamarul Bahrrin A. Kassim & Paulette V. Dellios, 2003; Meor Shariman, 2007). Penonton digambarkan dengan dunia mistik dan alam ghaib yang berkaitan dengan jin, roh dan ilmu hitam. Hal ini menjadikan filem seram mendapat tempat di hati penonton kerana ia membuatkan penonton berasa seronok ketika menonton.. 1.1. Latar Belakang Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis tentang filem mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof. Filem genre seram dan terdapat unsur 4. FYP FTKW. genre dakwah yang baik adalah filem yang mampu mempengaruhi para penonton tentang.
(12) ditayangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan turut ditayangkan di Indonesia, singapura dan Brunei. Hasil kutipan keseluruhan filem ini mencecah RM 19 juta. Kejayaan berganda ini diperoleh oleh Syamsul Yusof apabila beliau dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan filem Munafik diangkat sebagai filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28). Pengkaji akan mengkaji secara keseluruhan filem tersebut berdasarkan watak dan perwatakan, plot penceritaan dan latar yang terdapat dalam filem tersebut.. Sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu berpegang kepada kepercayaan animisme yang banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling. Kepercayaan animisme bermakna bahawa setiap objek itu mempunyai jiwa, roh dan semngat yang mempunyai perwatakan sendiri dan ia boleh membawa kesan baik dan buruk kepada pengamalnya (Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah, Wan Faizah Binti Wan Yusoff, 2012; Meor Shariman, 2007). Kepercayaan animisme ini wujud melalui pemujaan kepada penunggu, puaka, hantu dan makhluk halus yang menghuni sesuatu tempat. Roh nenek moyang yang dipercayai mempunyai kekuatan juga mempengaruhi hidup mereka. Oleh itu, terdapat segelintir daripada mereka menjalinkan hubungan dengan roh-roh ini. Upacara tertentu dilakukan oleh mereka sendiri atau menggunakan pawing atau bomoh sehingga tenaga ghaib tersebut dapat digunakan untuk kepentingan sendiri atau memberi kerugian kepada orang lain.. Kepesatan pembangunan dunia dengan teknologi maklumat hari ini telah menjadikan bumi seperti sebuah perkampungan global di mana kemampuan untuk mengawal kemasukan unsur-unsur negative dari barat terhadap rantau ini menjadi begitu sukar. Lihat sahaja kepada masyarakat hari ini hiddup berlandaskan budaya barat, malah lebih barat dari orang barat itu sendiri. Oleh itu, apa yang mampu dilakukan ialah dengan memberi panduan. 5. FYP FTKW. dakwah ini ditayangkan di pawagam bermula 25 Februari 2016. Filem ini berjaya.
(13) mantap dalam diri setiap masyarakat serta menyemai dan membajai penghayatan terhadap Islam yang sebenar.. Media elektronik kini menjadi salah satu medium terbesar dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk masyarakat yang berintegriti tinggi daripada segenap lapisan. Ia perlu digunakan sebaiknya dan semaksimum mungkin dalam menjalankan tugasnya sebagai penyampai mesej-mesej baik kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak harus mempunyai. kesedaran bahawa mereka semua bertanggungjawab besar. dalam. menyampaikan unsur-unsur Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang menimpa umat Islam di Malaysia hari ini.. Pihak yang terlibat dalam industri televisyen mempunyai peluang yang besar dengan menggunakan saluran rancagan di televisyen segai medan berdakwah sebaik mungkin. Televisyen menjadi sasaran utama dalam menyampaikan sesuatu mesej pada masa kini kerana televisyen merupakan media massa yang paling memberi peranan besar dalam komunikasi.. Pada masa kini, dapat dilihat kesedaran sudah mula timbul dalam kalangan masyarakat di Malaysia apabila terdapat banyak rancangan-rancangan berunsurkan Islam yang ditayangkan setiap hari. Terutamanya rancangan berbentuk perbincangan ilmiah. Naluri seorang manusia secara fitrahnya sangat menyukai dan menyenangi keindahan, kabaikan dan hiburan. Maka, untuk memenuhi fitrah semula jadi manusia ini, keindahan, kebaikan dan hiburan digabungkan lantas terhasilah sesuatu yang dipanggil sebagai seni.. 6. FYP FTKW. dan ilmu bagi meningkatkan jati diri sebagai umat Islam dan menanam nilai integrity yang.
(14) jiwa manusia. Buktinya kehidupan manusia sentiasa diwarnai dengan pelbagai jenis cabang kesenian yang sebenarnya merupakan balikan daripada kehidupan manusia sendiri. Kita boleh melihat betapa manusia sangat mencintai seni apabila hamper keseluruhan aspek kehidupan diterjemahkan kepada pelbagai bentuk kesenian.. Kesenian ditampilkan dan pelbagai rupa antaranay ialah seni ukir, seni bina, seni tulis, seni lukis, seni suara, seni bunyi, seni lakon dan lain-lain. Dalam Islam, seni mempunyai kedudukan tersendiri yang teristimewa. Ini kerana Allah S.W.T maha mengetahui firah manusia, maka Dia menjadikan seni sebahagian daripada intipati penting dalam Islam.. Melihat kepada sifat-sifat kesenian yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan dapat mempengaruhi pemikian serta tingkah laku manusia. Maka sifat ini menjadi daya penarik utama untuk dijadikan seni sebagai salah satu medium dalam membentuk masyarakat. Antara cabnag seni yang mendapat tumpuan utama masyarakat pada hari ini ialah filem.. Penyampaian unsur-unsur Islam ataupun teladan baik melalui filem kini sudah menjadi salah satu daripada mekanisme penyampaian terpenting dan berkesan kepada masyarakat. Ia memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat kerana setiap saluran memberikan rancangan berbentuk filem tanpa henti. Dalam filem ini juga terdapat unsur syirik yang diamalkan. Syirik menurut Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali (200) adalah satu perbuatan yang menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada dengan perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad. 7. FYP FTKW. Seni merupakan keindahan dan kenikmatan yang sentiasa mendapat tempat di dalam.
(15) Allah. Mereka menjelaskan terdapat dua jenis syirik iaitu akhbar (besar) dan ashgar (kecil). Syirik akhbar tidak diampuni Allah kerana ia membawa kepada kekufuran seperti tidak mempercayai kewujudan Allah. Syirik Ashgar seperti bersumpah selain Allah dan memakai gelang atau bertangkal benang bagi mengharapkan pertolongan melalui pemakaiannya juga adalah kufur. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Barang siapa menggantungkan tamimah, ia telah syirik”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad). 1.2. Permasalahan Kajian Filem boleh dikatakan media penyampaian maklumat yang menjadi ikutan dan tauladan. untuk masyarakat kini. Walau bagaimanapun, terdapat filem yang tidak mengikut piawaian dan tapisan yang ditetapkan. Hal ini, membimbangkan masyarakat jika ia menjadi ikutan dan tauladan kepada para penonton terutamanya penonton dibawah umur dan perlu pengawasan orang dewasa. Pengkaji akan mengutarakan permasalahan yang timbul dalam kajian iaitu adakah penyampaian mesej dakwah dalam filem menepati menepati kerangka terhadap ajaran islam sebenar. Perkara ini boleh diatasi dengan penggiat filem sendiri meneliti secara mendalam dan memberikan gambaran yang jelas dan terperinci mengenai unsur dakwah yang ingin diterapkan dalam karya mereka. Justeru kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik sama ada berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Dalam hal ini, penyampaian mesej dakwah tersebut mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dan kualiti filem itu sendiri. Hal ini demikian, sekiranya penyampaian mesej dakwah dalam filem tersebut tidak berlandasan ajaran islam sebenar, filem tersebut akan mendapat kualiti yang negative seterusnya akan mempengaruhi masyarakat mengenai ajaran yang salah serta bertentangan.. 8. FYP FTKW. dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak, bersekutu dengan.
(16) agar ia tidak terpesong dari landasan islam yang sebenar.. 1.3. Objektif Kajian Penghasilan sesebuah kajian pastinya mempunyai matlamat yang ingin digapai oleh pengkajinya. Objektif kajian dipaparkan seperti berikut :. 1.3.1 Mengenalpasti mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik. 1.3.2 Menganalisis keberkesanan penyampaian mesej dakwah dalam filem Munafik. 1.3.3 Menganalisis adakah mesej dakwah yang disampaikan menepati ajaran islam yang sebenar.. 1.4. Persoalan Kajian Persoalan kajian yang diberikan adalah bertujuan untuk menghuraikan dan menganalisis mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2. Justeru itu, berdasarkan permasalahan dan objektif yang dikemukakan, kajian ini mengemukakan persoalan kajian berikut :. 1.4.1 Apakah mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik. 1.4.2 Keberkesanan penyampaian mesej dakwah dalam filem Munafik. 1.4.3 Adakah mesej dakwah yang disampaikan menepati ajaran islam yang sebenar.. 9. FYP FTKW. Filem yang berunsurkan dakwah dan islam harus diteliti dengan baik oleh penggiat seni.
(17) Skop Kajian Secara khususnya kajian ini telah memilih filem Munafik 2 sebagai bahan kajian. Kajian ini tertumpu kepada filem Munafik 2 arahan Syamsul yusof. Pengkaji akan meneliti mesej dakwah yang terdapat terdapat dalam filem tersebut. Pengkaji memilih filem ini kerana pengkaji menganggap pengarah berjaya menyampaikan cerita ini dengan baik walaupun mesej yang disampaikan agak berat. Syamsul Yusof yang juga pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM 24) bijak merancang jalan cerita dan menulis skrip yang berjaya membuatkan memahami jalan cerita tersebut. Hal ini membuatkan pengkaji lebih tertarik untuk mengkaji kajian berdasarkan filem Munafik 2.. 1.6. Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini:. 1.6.1 Institusi Mengumpul data maklumat yang baru untuk dijadikan bahan rujukan bagi pengkaji lain. Pengkaji baru yang akan mengkaji berkaitan dengan tajuk yang sama dapat dijadikan bahan rujukan sampingan. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji lama sangat berguna untuk pengkaji baru menambahkan sedikit sebanyak idea dan ilmu untuk melakukan kajian mereka. 1.6.2 Rujukan Pengetahuan yang luas berkaitan filem Bagi pelajar atau penggiat seni yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan filem boleh menggunakan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji.. 10. FYP FTKW. 1.5.
(18) Individu yang ingin mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan filem boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan atau menambahkan ilmu pengetahuan.. 1.7 Rumusan Bab 1 ini telah membincangkan tentang permasalahan kajian yang melibatkan mesej dakwah yang terdapat dalam filem. Selainitu, dalam bab ini juga ada membincangkan tentang objektif kajain, persolan-persoalan kajian dan juga hipotesis yang telah dibentuk. Dalam bab ini juga, pengkaji ada menjelaskan tentang kepentingan kajian yang dijalankan terhadap kajian tersebut.. 11. FYP FTKW. 1.6. 3 Individu.
(19) TINJAUAN LITERATURE 2.0. Pengenalan Bab ini akan membincangkan beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan. mesej dakwah yang terdapat dalam filem dan beberapa takrifan berkaitan filem yang dikaji. Penjelasan dan makna konsep akan didefinisikan dalam bab ini. Kajian ini menggunakan data sekunder iaitu rujukan terhadap bahan bahan perpustakaan seperti buku buku berkaitan dan jurnal.. 2.1 Kajian Lepas Berkaitan Filem. Kajian berkaitan mesej dakwah yang terdapat dalam filem tidak banyak dijalankan kerana ia tidak dapat menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian tersebut. Walau bagaimanapun kajian ini telah dijalankan oleh beberapa pengkaji lain yang berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi berkaitan dengan mesej dakwah yang terdapat dalam filem di Malaysia. Bagi memastikan dakwah yang terdapat dalam filem dapat diterima baik oleh setiap penonton, penggiat seni haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjalankan dan menerbitkan sesebuah filem yang berunsurkan dakwah.. Bagi memastikan mesej dakwah yang terdapat dalam filem diterima oleh penonton, ia perlu dirancang secara optimum dan sistematik agar ia terus berkembang selaras dengan perkembangan globalisasi di Negara kita.. Di dalam kajian ini, penyelidik akan meninjau kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan tajuk ini. Hasil daripada kajian tersebut juga pengkaji telah membuat satu. 12. FYP FTKW. BAB 2.
(20) penonton untuk menonton filem yang berunsurkan dakwah.. Pentakrifan filem berbentuk dakwah Kajian secara mendalam dan menyeluruh dapat dilihat dalam kajian yang dijalankan oleh Naim Haji Ahmad. Dalam kajian yang diterbitkan oleh beliau, beliau menjelaskan dengan teliti berkaitan dengan filem berbentuk dakwah dan islam. Dakwah yang disampaikan dalam filem tersebut mungkin menepati ajaran islam yang sebenar dan mungkin sebaliknya. Hal ni, pengkaji mengkaji perkara tersebut. Dakwah yang betul dan tetap haruslah disampaikan mengikut ajaran islam yang sebenar agar tidak menjadi ikutan masyarakat sekiranya ia terpesong jauh dari landasan yang sebenar. Dakwah yang disampaikan dalam filem haruslah diteliti atau mendapat pandangan ulama berkaitan dakwah tersebut sebelum diterbitkan dan dipertontan di khalayak umum.. Filem Dari Sudut Hukum Kajian berkaitan dengan filem islam dan dakwah tidak perlu lagi dijadikan perbahasan terhadap konsep dan peranan islam. Hal ini disebabkan, ramai pakar yang telah menjalankan kajian berkaitan dengan masalah tersebut. Pokoknya, bagaimana pengkaji kini mengaplikasikan dengan perkembangan pemikiran islam yang moden. Yusuf alQaradawi dalam bukunya membahaskan hukum filem dari sudut halal dan haram. Beliau berpendapat bahawa filem mempunyai persamaan dengan alat alat lain yang digunakan untuk berbuat kebaikan atau sebaliknya.. 13. FYP FTKW. rumusan bahawa penggiat seni haruslah memikirkan idea yang luar biasa bagi menarik minat.
(21) Sebuah skrip filem yang baik mestilah mempunyai watak dan perwatakan yang mampu membawa cerita tersebut menjadi bualan penonton dan menarik minat penonton untuk menonton filem tersebut. Watak yang telah diwujudkan oleh pengarah haruslah menjadi cerita dan mereka bertanggungjawab untuk menghidupkan cerita tersebut. Oleh yang demikian, watak merupakan elemen yang penting dalam sesebuah cerita dan menggerakkan sesebuah plot cerita filem tersebut.. Plot Plot merupakan kejelasan tentang kaitan antara peristiwa yang dikisahkan secara linear dan akan memudahkan pemahaman penonton terhadap filem yang akan ditonton. Kejelasan plot bermaksud, penceritaan filem tersebut mudah difahami oelh penonton. Shanton (1995) menjelaskan bahawa plot merupakan cerita yang berisi urutan kejadian, namun setiap kejadian itu akan dihubungkan dengan peristiwa yang lain bagi menjadikan plot cerita tersebut jelas. Latar Latar merupakan tempat, suasana dan waktu yang terdapat dalam sesebuah filem. Latar yang wujud dalam filem dapat menegaskan pedada penonton tentang keadaan jalan cerita yang sebenar. Latar boleh terbagi kepada tiga iaitu, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.. Laras Bahasa Definisi laras bahasa ialah gaya atau cara dalam menggunakan sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah mengikit kesesuaian dan ketetapan filem tersebut. Menurut. 14. FYP FTKW. Perwatakan.
(22) yang menggunakan sedikit unsur kreatif. Ianya merupakan sesuatu yang menghuraikan perkataan baku, ikatan ayat dan cara susunan.. Pengaruh filem terhadap penonton Dalam buku terbitan Zulkiple Abd Ghani, beliau menjelaskan dengan terperinci berkaitan dengan pengaruh dan sumbangan filem terhadap penonton. Filem boleh dikatakan dapat memberikan pengaruh dan impak yang besar terhadap penonton. Hal ini disebabkan, filem merupakan sumber terbesar penyaluran maklumat terhadap masyarakat pada ketika ini. Filem mampu memberikan pengaruh yang positif dan juga pengaruh negatif. Sekiranya filem tersebut dapat memberikan kesan positif terhadap penonton, ia boleh dikategorikan sebagai filem yang Berjaya dan penuh dengan pengajaran. Filem juga boleh dikatankan menjadi satu alat pembelajaran seperti mendidik, memberitahu dan menghiburkan penonton.. Analisis Filem Dalam kajian ini, pengkaji terdahulu membuat kajian berkaitan dengan filem yang terpilih. Anuar Nor Arai, dalam buku beliau telah membahagikan filem kepada beberapa bahagian. Antara bahagian tersebut ialah, zaman P.Ramlee, zaman kontemporari Malaysia dan filem luar lingkungan Malaysia seperti Negara Filipina, China dan Jepun. Filem yang terpilih akan dan sering diperkatakan di forum, seminar dan sekolah perfileman di seluruh dunia.. 15. FYP FTKW. Za’ba (1962) laras ialah rupa bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.
(23) Kajian terhadap penonton juga perlu dilakukan selain kajian terhadap filem itu sendiri. Penulisan Fauziah Hassan Basri dan rakan rakannya menekankan berkaitan dengan kajian keatas penonton. Beliau berpendapat bahawa penonton bersifat heterogen, iaitu mempunyai pelbagai perasaan, tingkah laku dan persepsi terhadap sesebuah filem yang ditonton. Oleh itu, penggiat seni harus memahami bahawa filem memerlukan penonton, dan filem perlu mencari penontonnya sendiri. Dengan kata lain, sesebuah filem haruslah memahami dan mengenalpasti penontonnya dari pelbagai sudut agar filem dapat dilancarkan kepada khalayak.. Filem Medium Yang Penting Syed Zulkifli (2010) menyatakan filem merupakan medium yang penting dan perlu dikuasai oleh orang islam. Penghasilan filem yang menarik dan mempunyai penerapan nilai nilai murni serta bagus dapat menarik minat penonton untuk menonton sesebuah filem tersebut. Filem yang disampaikan haruslah berlandaskan dan menepati garis garis panduan islam.. Filem Unsur Hiburan Filem merupakan satu bentuk hiburan yang terdapat di Negara ini. Salasiah dan Muhamad Kasim (2014) menyatakan filem satu medium yang penting menjadi hiburan terhadap penonton. Rakyat kita dipertontonkan dengan filem pelbagai genre pada masa dulu dan kini. Bagi penggiat seni yang mengabaikan nilai moral dan hanya mengejar. 16. FYP FTKW. Kajian Keatas Penonton.
(24) agama rasmi di Malaysia.. Patuh Syariah Dalam Filem Marina Munira et al (2011) menjelaskan bahawa fitrah manusia yang cenderung kepada benda yang baharu mendorong penggiat seni menghasilkan filemyang penuh dramatik dan menarik dalam mempublisitikan karya mereka kepada penonton. Jill (2007) pula menyatakan bahawa filem merupakan medium yang indah dan luar biasa dan menjadi terlalu biasa. Kajian Asiah (2009) menjelaskan berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi unsur unsur nilai murni dan sebaliknya terdapat dalam filem serta pendapat penonton terhadapnya.. Elemen yang berkesan Dusuki (2011) berpendapat bahawa filem merupakan elemen yang penting dapat memberikan kesedaran dan keinsafan terhadap penonton. Filem atau drama merupakan wahana yang penting untuk menyampaikan dakwah dimana merupakan salah satu wadah dalam mempertahankan syiar islam.. Filem Memartabatkan Kesucian Islam Filem yang bertemakan kemanusiaan dan dakwah harus diberikan penekanan oleh penggiat seni di Negara kita. Ab Aziz (2007) mengatakan bahawa filem yang mengangkat tema sedemikian mampu memartabatkan kesucian agama islam yang. 17. FYP FTKW. keuntungan akan memperlihatkan filem yang tidak berlandaskan agama islam dimana.
(25) tanggungjawab penggiat seni itu sendiri.. Interaksi Penonton Naim (2010) berpendapat dalam karyanya bahawa filem yang baik secara langsung dapat memberi kesan terhadap pemikiran, jiwa, rohani dan perasaan penonton. Perkara ini terjadi disebabkan oleh interaksi penonton terhadap filem iaitu situasi dimana penonton merasakan seolah olah berada bersama dalam filem yang sedang ditonton. Hal ini, menyebabkan penonton merasakan ingin menangis, gembira, hiba dan sedih.. Definisi Drama Kamus dewan mendefinisikan drama sebagai karya yang dipersembahkan oleh pelakon sama ada di pentas, televisyen dan radio. Siti Rugayah Binti Haji Tibek mengatakan drama merupakan cabang yang dapat menyatukan semua seni. Drama menghimpunkan pelbagai jenis estetika dan dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap jiwa penonton.. Filem Dianggap Dramtik Sesebuah filem boleh dianggap dramatik sekiranya ia mampu menarik penonton sekaligus Berjaya membuatkan penonton mempunyai perasaan sedih dan bahagia ketika menonton filem tersebut. Persoalan yang dramatik dalam filem boleh diinspirasikan oleh penulis dengan menggunakan watak dan perwatakan dalam filem.. 18. FYP FTKW. sebenar. Penghasilan karya yang berkualiti dan mempunyai nilai nilai murni menjadi.
(26) Setiap boleh dianggap menarik, menghiburkan serta boleh membuatkan para audiens untuk berfikir. Michael Rabiger mengatakan setiap hasil karya mempunyai sifat dan keunikan tersendiri sehingga dapat menarik penonton untuk berfikir dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan filem tersebut.. Filem Cerminan Mentaliti Dan Budaya Walaupun apa yang diceritakan dalam filem tersebut bukan merupakan cerminan sebenar atau sekadar gambaran sahaja tetapi ia merupakan medium yang menggambarkan secara umum berkaitan dengan kehidupan sebenar masyarakat. Menurut Kracauer (1960) filem mencerminkan mentaliti serta budaya sesebuah masyarakat lebih daripada apa yang dipaparkan dalam media laim.. Filem Seram Bersifat Universal Filem seram Hollywood terutamanya tidak terhad kepada kepada sesuatu tempat atau budaya tertentu tetapi menggunakan karakter yang bersifat arkitaip. Kebanyakkan filem seram Hollywood lebih kepada perasaan kebimbangan terhadap sesuatu perkara yang boleh menggugatkan masyarakat secara global.. Medium Kesedaran Filem genre seram juga merupakan medium yang memaparkan kesedaran mengenai kelas masyarakat. Jancovich (1992) mentafsir Pontianak (vampire) dalam filem. 19. FYP FTKW. Filem dianggap menarik.
(27) monopoli golongan kapatilis. Pontianak dikaitkan dengan golongan kapatilis manakala mangsanya dianggap golongan pertengahan.. Medium Menyampaikan Hasrat Filem genre seram juga boleh dikatakan medium yang digunanakan untuk menyampaikan hasrat dan satu kritikan atau komentar pengarah terhadap sesuatu perkara atau fenomena yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Al Fatihah dan Normaliza (2014) berpendapat filem satira bermaksud filem yang mempunyai kritikan sosial.. Mesej Dakwah Dalam Filem Dakwah merupakan satu penyeruan terhadap masyarakat agar terus menyelami agama islam berdasarkan kepada uswah al-hasanah (contoh tauladan yang baik) yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang sudah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadith ‘Abd Karim Zaydan (1992).. Menyampaikan Mesej Secara Tersirat Mohd Shukri Hanapi (2016) berpendapat filem berbentuk dakwah bukanlah filem yang mempunyai ceramah, pidato mahupun syarahan agama daripada ustaz-ustaz berkopiah ataupun ustazah-ustazah bertuduh labuh semata-mata namun ianya adalah filem yang. 20. FYP FTKW. Dracula (1973) sebagai mewakili ketakutan golongan kelas pertengahan terhadap.
(28) dan faedah yang mendalam kepada audiens yang menonton.. Bentuk Dan Cara Terbaik Menurut Ab. Aziz Mohd Zain (2005) menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak ramai mestilah mempunyai bentuk dan cara tersendiri agar ia boleh diterima oleh masyarakat. Mesej dakwah yang dipaparkan dalam bentuk cerita tidak terhad kepada mana-mana peringkat umur, masa, kumpulan mahupun bangsa tetapi boleh diterima seluruh lapisan masyarakat.. Genre Filem Dakwah Menurut Roy (1974) yang berpendapat bahawa filem adalah luahan sesuatu yang reality dengan reality menggunakan bahasa metafora dalam bahasa filem. Terdapat perbezaan antara penulisan dan penghasilan filem dimana penulisan novel boleh menggunakan perkataan-perkataan sebagai symbol untuk memberi gambaran terhadap sesuatu watak manakala filem adalah sebuah lakonan yang dilakonkan secara realiti dengan mendalami sesebuah watak yang dibawa.. Genre Filem Genre filem adalah suatu cara perkumpulan filem dengan gaya dan cerita. Filem genre merupakan salah satu yang boleh dikategorikan kepada budaya biasa. Genre menawarkan kepada penonton untuk memilih diantara filem-filem dan membantu penonton melihat jenis genre yang diminati. (Toby dan Robert 1999) 21. FYP FTKW. mampu menyampaikan mesej secara tersirat dan berseni sehingga dapat memberi kesan.
(29) Yunus (2011) berpendapat bahawa lambakan filem dalam era globalisasi masa kini memberi pengaruh dan impak yang besar terhadap Negara dan masyarakat dimana umumnya dalam kalangan remaja mengikut ‘trend’ filem masa kini. Penghasilan filem yang berkualiti dan baik adalah penting agar sejajar dengan kemajuan Negara kerana Negara maju bukan sahaja dilihat dari aspek ekonomi semata-mata tetapi ia melibatkan Negara yang mempunyai masyarakat berbudi pekerti dan berakhlak mulia.. Filem Islamik Filem yang berbentuk islamik seharusnya tidak mempunyai adegan yang tidak sepatutnya sperti berpelukan antara pelakon lelaki dan wanita, pendedahan aurat yang terlampau, penonjolan aktiviti maksiat secara terang-terangan, aksi-aksi ganas yang terlampau dan mengandungi aktivi khurafar dan syirik. Mohd Hilmi (2010).. Penontonan Filem Audiens dan filem adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Menurut Mcquail (1997) menyatakan bahawa audiens merujuk kepada pembaca, penonton dan pendengar daripada satu saluran atau saluran media yang lain atau daripada suatu persembahan.. Berpotensi Mempengaruhi Tingkah laku Filem merupakan satu bentuk media yang dapat mempengaruhi tingkah laku penonton. Hal ini demikian, kekuatan dan keunikan filem sebagai media sangat berkesan dalam. 22. FYP FTKW. Penghasilan Filem Ynag Berkualiti.
(30) tersendiri untuk membawakan watak lakonan yang diberi untuk mempengaruhi para penonton. Siti Qoriatun Sholihah (2011).. Emosi Penonton Kajian Tan (1994) menjelaskan bahawa emosi juga saling berkait rapat dengan penonton. Filem yang baik juga adalah filem yang mampu mempengaruhi emosi penonon. Emosi penonton melibatkan sesuatu yang mereka lihat dan kesannya terbina beberapa karakter yang meliputi empati dalam diri penonton kerana semua yang terjadi telah dilalui dalam kehidupan mereka.. Minat Audiens Terhadap Filem Dakwah Rosmawati (2013) menjelaskan bahawa terdapat perkaitan di antara penontonan filem berasaskan dakwah dengan mengambil kira tahap minat audiens filem terhadap filem beunsur dakwah islamik. Jadi, scenario ini memberi peluang terhadap penggiat seni untuk menghasilkan filem yang bercirikan dakwah lebih banyak lagi.. Relevan Filem Islamik Norman (2014) dalam kajiannya menyatakan bahawa penggiat seni yang menghasilkan filem berunsurkan islam adalah relevan kerana melihat kepada genre itu sendiri sebagai salah satu institusi sosial dan budaya. Apabila melihat hubungan penggiat seni dan islam boleh dilihat kepda konteks genre sebagai satu set atau system jangkaan formal.. 23. FYP FTKW. mempengaruhi penonton secara ‘phychological’. Pelakon akan berusaha dengan cara.
(31) Penghasilan sesebuah filem yang patuh syariah bukan sahaja melihat kepada mesej dakwah yang ingin disampaikan tetapi ia melihat kepada keseluruhan aspek yang terdapat dalam filem tersebut. Begitu juga islam yang menitik beratkan keseluruhan aspek kehidupan manusia seperti akidah, syariat, ibadah dan akhlak. Hal ini demikian, penggiat seni juga perlu menitik beratkan hal tersebut dalam karya mereka. ( Nur Hazriani & Rosmawati 2014). Teori Filem Abu Hassan (2006) telah mengemukakan teori mengenai filem sebagai al-Risalah. Risalah dapat difahami sebagai alat, medium dan media yang menyampaikan keadilan, keluhuran, kemanusiaan, kekudusan, ketakwaan dan keimanan kepada masyarakat dan bukannya hiburan semata-mata.. Maksud Dakwah Dakwah ialah mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperolehi kebahagiaan hakiki bagi kehidupan dunia dan juga di akhirat yang bertujuan mengembalikan manusia kepada firah. Zulkiple Abd. Ghani dan Abdul Ghafar Don (1997). Menurut Abdul Ghafar (2008) lagi yang berpendapat bahawa dakwah secara asasnya bermaksud seruan iaitu seruan kepada kebaikan, amar makruf dan nahi mungkar serta beriman kepada Allah SWT.. 24. FYP FTKW. Keseluruhan Aspek Filem..
(32) Islam sangat meyanjung interaksi yang baik dengan menggunakan bahasa yang positif ketika berhubungan antara satu sama lain sama ada menggunakan bahasa ‘verbal’ (lisan) atau ‘non verbal’ (badan). Bahasa verbal merujuk kepada penulisam atau pertuturan secara dua hala yang merangkumi penyampaian mesej atau informasi dengan menggunakan saluran media seperti surat, telefon dan media sosial. Jess K. Albert et al (2007). Manakala bahasa non-verbal merujuk kepada penyampaian mesej atau informasi kepada orang lain tanpa menggunakan pertuturan atau lisan atau tulisan sebaliknya menggunakan gerakan atau isyarat seperti symbol tangan dan memek muka. Peter Hartley & Clive G. Bruckman (2002). Oleh itu, semua benruk komunikasi dalam filem sama ada ‘verbal’ atau ‘non verbal’ hendaklah selari dengan prinsip dan akhlak Islam. Islam sangan menyanjung penggunaan bahasa yang baik.. Filem Memiliki Nilai Seni Tersendiri Filem terhasil sebagai sebuah karya dari tenaga produksi kreatif yang professional. Filem sebagai karya seni sebaiknya dinilai dengan secara artistic bukan rasional. Kajian perfileman boleh dikatakan bidang kajian yang relatif baharu dan tidak standing dengan proses evolusi teknologinya.. Filem Satu Seni Yang Mampu Menggunakan Tanda Menurut Hassan Abd Mutalib (2006) filem adalah satu bentuk seni yang mampu menggunakan tanda, petanda atau signifier untuk menyatakan makna tersirat dan tersurat sesuatu kehidupan. Ini meliputi aspwk teks dan sub-teks sesebuah filem.. 25. FYP FTKW. Bahasa Dalam Filem.
(33) yang berlaku dalam masyarakat dan Negara kita. Persekitaran hidup yang berlaku di sekeliling seseorang pengarah mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam proses pengkaryannya.. Penonton mudah Terpengaruh Terhadap Filem Seram Kajian seterusnya dilakukan oleh Nur Izyani Binti Abd Hakim (2000). Kajian ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat melayu sangat percaya bahawa wujudnya hantu dan mereka mudah terpengaruh oleh filem berunsurkan seram oleh disebabkan factor pengalaman yang dirasai oleh mereka sendiri. Oleh itu, filem seram mendapat sambutan setiap kali ianya diterbitkan kerana masyarakat melayu mempunyai perasaan ingin tahu tentang kewujudan hantu.. Amalan khurafat dan Tahyul Kajian ini dilakukan oleh Harianti Binti Rokman (2001). Beliau menyatakan bahawa perkara tahyul ini ialah satu perkara dongeng dan karut yang tidak masuk akal manusia yang normal. Ianya merupakan bayagan di dalam hati manusia yang mempercayai terhadap benda-benda abstrak yang hanya diada-adakan atau ditonjolkan semata-mata.. Pengaruh Filem Terhadap Akhlak Remaja Zarin Ismail (2006) menyatakan bahawa penyebab perubahan akhlak remaja adalah disebabkan pengaruh filem yang terlampau. Filem banyak menyebabkan rema terpengaruh dengan apa yang dipertontonkan kepada mereka. Hal ini disebabkan, 26. FYP FTKW. Tambahnya lagi, pembikin filem (novelis dan penggiat teater) dipengaruhi oleh apa.
(34) banyak remaja yang terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan menarik minat mereka.. Filem Sebagai Medium Menyampaikan Unsur-Unsur Islam Selari dengan dunia kini yang memberangsangkan, seruan dakwah juga perlu mengalir selari dengan arus perdana yang kian rancak meneliti zaman abad ke-21. Seruan dakwah perlu diperhebatkan dan diperluaskan menggunakan segala teknologi yang ada dan melalui pelbagai media yang semakin canggih sebagai sumber komunikasi utama bagi manusia untuk menyampaikan atau menerima sesuatu mesej, berita dan apa sahaja maklumat. Definisi Filem dan Drama Menurutt Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan filem dan drama bererti karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, televisyen atau radio. Ia juga diertikan sebagai sandiwara, lakonan yang mengharukan, situasi dan urutan peristiwa penuh emosi, tragis atau bergelora.. Filem Sesuatu Ynag Dilihat Dan Didengar Menurut Wiyonto seorang penulis dari Indonesia menyatakan bahawa filem dan drama merupakan sesuatu yang dapat didengar dan dilihat meskipun hanya sekadar gambar. Drama televisyen pada dasarnay hamper sama dengan drama panggung hanya berbeza. 27. FYP FTKW. remaja pada masa kini mereka masih mencari indentiti diri dan disebabkan factor itu.
(35) dahulu.. Filem Dakwah Seringkali filem yang dikategorikan filem dakwah penuh dengan lambang atau slogan yang memberikan mengikut citarasa masing-masing. Hal ini merupakam satu kesilapan kerana islam bukan tertegak atau tersebar berdasarkan slogan atau lambing tertentu kera islam merupakan cara hidup dan konsepnya terlalu menyeluruh namun tetap berpaksikan syariat Islam dan al-Quran serta as-Sunnah.. Islam Dan Filem Filem merupakan salah satu daripada karya kreatif yang dipersembahkan. Filem merupakan salah satu wacana bagi seseorang melontarkan idea dan pemikirannya kepada penonton berdasarkan kepada kehendak dan kesesuaian masyarakat pada masa tersebut.. Ciri-Ciri Filem Dakwah Siti Rugayah Tibek menyatakan bahawa filem dakwah adalah filem yang disediakan dengan tujuan menyampaikan mesej dakwah. Menurut beliau lagi, filem dakwah juga harus mematuhi batas-batas agama Islam malah ia mengajak manusia kepada cara hidup bertaqwa, menekankan kebaikan amalan masyarakat dan mesti berlandaskan alQuran dan as-Sunnah.. 28. FYP FTKW. apabila drama televisyen dapat ditayangkan secara langsung melalui rakaman terlebih.
(36) Menurut Muhammad Walid Al-Jadda menegaskan bahawa flem islam ialah filem yang mempertemukan syariat Islam dengan alam, kehidupan dan manusia. Pandangan ini membawa pengertian bahawa filem yang berunsurkan dakwah ialah filem yang menggambarkan pengajaran tentang syariat Islam.. Tidak Bercampur Aduk Dengan Maksiat Ahmad Mustafa menerangkan tentang ciri-ciri filem Islam ialah filem yang tidak bercampur dengan adegan maksiat. Apa yang dimaksudkan beliau dengan perkara maksiat ialah perkara yang dilakonkan seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.. Filem Dakwah mengembangkan Ajaran Islam Filem menjadi sangat penting dalam mengembangkan ajaran Islamiah bahkan ianya merupakan satu wasilah yang digunakan untuk menyebarkan pelbagai corak dakwah kepada masyarakat melalui susunan ceritanya, nilai-nalia yang baik yang ada di dalamnya, unsur pengajaran, pembalasan dialog dan watak-watak yang berperanan.. Konsep Dakwah Konsep dakwah yang sebenarnya adalah konsep yang bersepadu yang bertujuan untuk meramaikan bilangan umat yang berkualiti iaitu bilangan yang ramia tunduk kepada Allah S.W.T, sepenuh hati dan tindakannya hanya kepada Allah S.W.T dan mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi dalam menghadapi arus gelombang kehidupan. 29. FYP FTKW. Menggambarkan Pengajaran Tentang Syariat Islam.
(37) ada di dunia.. Penggunaan Filem Dalam konteks Dakwah Dakwah dalam filem adalah sebahagian daripada usaha menyeru manusia supaya mengikut ajaran Islam dan menghayatinya daripada segala aspek dalam kehidupan seharian. Filem kini telah menjadi salah satu daripada mekanisme terpenting dalam menyampaikan unsur-unsur Islam kepada manusia. Ini berikutan fungsi filem itu tersendiri banyak membawa kepentingan kepada manusia, hanya manusia yang lambat menyedari. 2.2. kepelbagaian. fungsi. filem. dalam. kehidupan. manusia.. Perbandingan Kajian Lepas dan Kajian oleh Pengkaji Berdasarkan kajian lepas yang dijumpai oleh pengkaji, pengkaji telah menemui bahawa terdapat kajian yang berkaitan dengan dakwah disebarkan melalui media lain seperti laman web dan dakwah disebarkan kepada golongan muallaf. Dalam kajian pengkaji yang bertajuk analisis mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2 pengkaji hanya menghadkan mesej dakwah yang terdapat dalam filem. Pengkaji tidak menganalisis keseluruhan mesej dakwah yang terdapat dalam media lain seperti laman web dan mesej dakwah yang disampaikan secara umum seperti ceramah yang disampaikan oleh penceramah.. 30. FYP FTKW. di dunia ini seterusnya menjadi ikutan dan contoh dalam semua bidang lapangan yang.
(38) Rumusan Daripada tinjauan kajian-kajian ini didapati bahawa penggiat seni haruslah memainkan. peranan yang penting untuk memperolehi hasil yang terbaik ketika berkarya. Hasil filem yang baik akan membuatkan penonton tertarik untuk menonton sesebuah filem tersebut. Penggiat seni yang ini menghasilkan filem berbentuk dakwah haruslah mempelajari dengan teliti berkaitan dengan ilmu dakwah dan ciri-ciri filem yang berunsurkan dakwah agar ia tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan.. 31. FYP FTKW. 2.3.
(39) METODOLOGI KAJIAN 3.0. Pengenalan Penyelidikan dibuat bagi menganalisis sesuatu kajian. Penyelidikan dibuat bagi. mengenalpasti dan mengambil bukti sesuatu kajian tersebut. Tanpa bukti kita tidak boleh mengklasfikasikan kajian tersebut baik atau buruk. Penyelidikan juga memerlukan bukti intuk menyokong penyelidikan yang telah dibuat. Jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kajian adalah dengan membuat penyelidikan yang betul. Untuk membuat penyelidikan, penyelidik perlu memahami konsep dan proses untuk menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenalpasti masalah yang ingin dikaji. Bagi meneruskan proses tersebut, penyelidik harus mempunyai idea yang jelas mengenai penyelidikan yang ingin dijalankan. Penyelidikan boleh ditakrifkan secara ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak. Menurut Ruhizan Mohammad Yasin et.al (2010), data yang baik diperolehi daripada penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan. Pendekatan penyelidikan yang bersesuaian, yakni sama ada pendekatan kuantitatif atau pendekatan kualitatif ditentukan oleh persoalan atau objektif penyelidikan. Sebagai contoh, jika penyelidik ingin memperihalkan kekerapan pelajar dari kalangan masyarakat asli ponteng sekolah, reka bentuk penyelidikan yang paling sesuai ialah penyelidikan tinjauan. Manakala jika penyelidik ingin mengkaji 57 pendekatan pengajaran yang berkesan untuk kumpulan pelajar yang sama, maka pendekatan penyelidikan eksperimen adalah yang paling sesuai. Menurutnya lagi, dalam membincangkan reka bentuk kajian, 32. FYP FTKW. BAB 3.
(40) terlibat dan bagaimana pemboleh ubah-pemboleh ubah berkenaan akan diukur, disamping membincangkan populasi dan teknik persampelan yang terlibat dalam mengenal pasti responden penyelidikan. Perancangan penyelidikan juga perlu melibatkan pendekatan penganalisian data yang akan digunakan. Sekiranya pendekatan penyelidikan menjurus kepada pendekatan kuantitatif, maka penyelidik perlu membincangkan teknik statistik yang paling sesuai digunakan. Manakala jika pendekatan kualitatif menjadi fokus, maka kaedah seperti analisis tema perlu dibincangkan.. 3.1. Pengumpulan Data (Kuantitatif Dan Kualitatif) Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. ‘Kaedah. penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan’(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.. Penyelidik boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan keduaduanya. Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif.. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-. 33. FYP FTKW. penyelidik juga harus membincangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah penyelidikan yang.
(41) median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’.. 3.1.1 Kualitatif. Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).. Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).. Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan menyimpan data.. 34. FYP FTKW. angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min,.
(42) Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomenafenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.. Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang. diperoleh. melalui. soal. selidik. yang. diserahkan. Manakala. untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai.. Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu. 35. FYP FTKW. 3.1.2 Kuantitatif.
(43) autokorelasi,. heteroskedastisiti,. dan. lineariti.. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.. 3.2. Reka Bentuk Kajian. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah kajian yang berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2.. 3.3. Populasi dan Sampel Kajian. Populasi ditakrifkan sebagai keseluruhan kelompok manusia, benda atau peristiwa yang ingin dikaji oleh pengkaji (Sekaran, 2005). Manakala menurut Mohammad Majid Konting (2000) menjelaskan bahawa persampelan merupakan strategi utama dalam sesuatu penyelidikan bagi membolehkan pengkaji mendapat maklumat yang lengkap tentang sesuatu perkara daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi. Sampel pula merupakan sebahagian individu yang diambil bagi mewakili sesuatu populasi (Robson, 1993; Salkind, 2000). Bagi kajian ini, populasi terdiri daripada responden yang telah mengisi maklumat berkaitan dengan borang soal selidik yang telah dibuat oleh pengkaji.. Kajian ini dijalankan pada sebuah filem yang bertajuk Munafik 2 dan melibatkan beberapa orang responden yang telah menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Hal ini demikian kerana ia bertetapan dengan konsep persampelan di mana ciri-ciri elemen. 36. FYP FTKW. normaliti,multikolineariti,.
(44) meminimumkan kesilapan persampelan.. 3.4. Instrumen Kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebagai alat ukur bagi mengumpul data. Tuckman (1988) menyarankan kaedah soal selidik lebih mudah mendapatkan kerjasama daripada responden. Menurut Azhar Harun (2004), instrument kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik.. Tuckman (1988) telah menjelaskan bahawa instrument yang selalu digunakan dalam kajian adalah berbentuk borang soal selidik. Instrument berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Penggunaan responden berbentuk soal selidik sangat berkesan jika mempunyai item-item yang bersesuaian dan boleh difahami oleh responden. Instrument yang berbentuk borang soal selidik merupakan alat kajian yang mudah diurus, senang untuk diedarkan dan mudah untuk mendapatkan data yang tepat. Dalam kajian ini, instrument yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah borang soal selidik dan rujukan.. 3.5. Prosedur Pengumpulan Data. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang akan digunakan oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini berjalan dengan sistematik dan memenuhi objektif yang dikehendaki oleh pengkaji.. 37. FYP FTKW. kerangka sampel seharusnya mencerminkan populasi keseluruhan target kajian untuk.
(45) Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Hasil kajian dari perpustakaan telah banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspwk yang boleh dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.. Dalam menjalankan kajian perpustakaan, pengkaji perlu bijak dalam memilih bahan yang digunakan sebagai rujukan dalam kajian. Hal ini penting kerana pemilihan bahan yang sesuai akan banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan latihan ilmiah terutama bab satu dan dua.. 3.5.2 Tinjauan Rintis. Tinjauan rintis dilakukan terutama terhadap filem Munafik 2 yang telah ditonton. Hal ini kerana pengkaji perlu memastikan bahawa filem yang ditonton benar-benar terdapat bahan kajain yang akan dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji akan menonton semula filem yang dipilih untuk meneliti mesej dakwah yang terdapat dalam filem tersebut. Pengkaji perlu betul-betul peka ketika melakukan tinjauan rintis terhadap mesej dakwah yang ada dalam filem tersebut.. 38. FYP FTKW. 3.5.1 Kajian Perpustakaan.
(46) Kaedah analisis data merupakan kaedah yang tidak asing dalam setiap kajian yang dilakukan. Dengan kaedah analisis data, hasil sesuatu kajian akan diperoleh. Kaedah ini merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data yang diperoleh oleh pengkaji. Setiap analisis data dilakukan untuk mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih bermakna. Cara data itu dipersembahkan menunjukkan bahawa pengkaji telah menganalisis data yang diperoleh dengan sistematik dan efisien. Data yang telah disusun rapi mengikut golongan yang telah ditetapkan oleh pengkaji akan dianalisis dengan sistematik hasil dari analisis data akan dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan juga huraian.. 3.6. Rumusan. Bab 3 ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, kajian rintis, proses pemungutan data dan prosedur menganalisis data. Hal ini menjelaskan bahawa pengkaji dikatakan telah menjalankan langkah-langkah yang sewajarnya bagi memperoleh hasil analisis yang diharapkan dan sistematik untuk mengenalpasti mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2.. 39. FYP FTKW. 3.5.3 Kaedah Analisis Data.
(47) DAPATAN KAJIAN 4.1. Pendahuluan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mesej dakwah yang terdapat dalam filem Munafik 2 dan menganalisis keberkenan penyampaian mesej dakwah terdapat penonton filem Munafik 2. Seramai 30 orang responden telah terlibat dalam menyelesaikan kajian ini. Kesemua responden yang terlibat terdiri daripada pelbagai umur serta jantina. Kebanyakkan juga responden yang terlibat telah menonton filem tersebut berdasarkan jawapan borang soal selidik yang telah diperolehi.. Dalam bab ini, hasil kajian yang menjawab kepada objektif-objektif kajian akan diberi penekanan. Analisis dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu analisis latar belakang responden, analisis faktor keberkesanan penyampaian mesej dakwah kepada penonton. Seterusnya, data yang diperoleh telah dianalisis dengan sebaik mungkin untuk mengumpulkan data yang lengka.. Hasil dapatan kajian diperoleh berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada para responden. Didalam setiap borang soal selidik berkenaan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (Latar Belakang Responden), Bahagian B (keberkesanan penyampaian mesej dakwah kepada penonton). 4.2. Analisis Data Responden kajian ini adalah terdiri daripada 38 orang yang telah dipilih ole pengkaji. Set. soalan tersebut telah diedar secara atas talian dan pengkaji akan mendapat jawapan daripada soal selidik tersebut secara terus.. 40. FYP FTKW. BAB 4.
(48) Jadual 4.1 Kekerapan dan peritus responden mengikut umur. Umur. Kekerapan. Peratus. 15-21. 5. 12.8 %. 22-28. 25. 64.1 %. 29-36. 8. 20.5 %. 37 Keatas. 1. 2.6 %. Jumlah. 39. 100 %. Rajah 4.1 Umur responden. Jadul 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan taburan responden peringkat umur antara 22-28 tahun adalah yang paling ramai menjawab soal selidik yang diberikan iaitu seramai 25 orang yang mewakili 64.1 % manakala peringkat umur antara 29-36 tahun seramai 8 orang mewakili 20.5 %, peringkat umur antara 15-21 tahun seramau 5 orang mewakili 12.8 % dan akhir sekali peringkat umur antara 37 tahun keatas yang paling sedikit iaitu 1 orang sahaja mewakili 2.6 %. Jumlah keseluruhan responden ialah 39 orang.. 41. FYP FTKW. 4.2.1 Profil Responden.
(49) Jantina. Kekerapan. Peratus. Perempuan. 30. 76.9 %. Lelaki. 10. 25.6 %. Jumlah. 40. 100 %. Rajah 4.2 Jantina responden. Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jantina perempuan menunjukkan lebih ramai memberikan respnden terhadap boring soal selidik yang telah diedarkan iaitu seramai 30 orang mewakili 76.9 % manakala respoden lelaki seramai 10 orang mewakili 25.6 %. Jumlah keseluruhan responden ialah 40 orang.. 42. FYP FTKW. Jadual 4.2 Kekerapan dan peratus responden mengikut jantina.
(50) Jantina. Kekerapan. Peratus. Pelajar. 13. 33.3 %. Bekerja. 16. 41 %. Tidak bekerja. 10. 25.6 %. Jumlah. 39. 100 %. Rajah 4.3 Pekerjaan responden Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut pekerjaan. Responden yang terdiri daripada bekerja adalah yang paling ramai memberikan responden kepada pengkaji iaitu seramai 16 orang mewakili 41 %. Responden yang terdiri daripada pelajar ialah seramai 13 orang mewakili 33.3 % manakala tidak bekerja menunjukkan paling sedikit memberikan data kepada pengkaji iatu seramai 10 orang mewakili 25.6 %. Jumlah keseluruhan responden seramai 39 orang.. 43. FYP FTKW. Jadual 4.3 Kekerapan dan peritus responden mengikut pekerjaan.
(51) Jantina. Kekerapan. Peratus. Melayu. 31. 79.5 %. India. 5. 12.8 %. Cina. 3. 7.7 %. Jumlah. 40. 100 %. Rajah 4.4 Bangsa responden Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Bangsa yang paling ramai memberikan Kerjasama dan data kepada pengkaji berkaitan dengan kajian yang telah dibuat ialah bangsa melayu iaitu seramai 31 orang mewakili 79.5 %. Bangsa india seramai 5 orang mewakili 12.8 % manakala bangsa cina yang paling sedikit iaitu seramai 3 orang mewakili 7.7 % dan lain lain tidak mencatatkan sebarang peratus.. 44. FYP FTKW. Jadual 4.4 Kekerapan dan peratus responden mengikut bangsa.
(52) Borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden Sebanyak 10 soalan yang telah dibuat oleh pengkaji untuk responden. Responden dikehendaki menjawab soalan soal selidik tersebut setelah pengkaji mengedarkan secara atas talian.. Jantina. Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 2. 5.1 %. Tidak setuju. 2. 5.1 %. Tidak pasti. 7. 17.9 %. Setuju. 21. 53.8 %. Sangat setuju. 7. 17.9 %. Soalan pertama soal selidik yang telah diberikan kepada responden ialah ‘filem bergenre seram boleh mengganggu emosi penonton’. Berdasarkan soalan pertama yang telah diberikan, seramai 21 orang responden menjawab setuju terhadap soalan tersebut yang mewakili 53.8 %, manakala untuk jawapan sangat setuju dan tidak pasti berkongsi peratus yang sama iaitu seramai 7 orang yang mewakili 17.9 % dimana pengkaji menganggap bahawa responden yang menjawab tidak pasti mungkin mereka yang terdiri 45. FYP FTKW. 4.3.
(53) yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju juga berkongsi peratus yang sama iaitu seramai 2 orang mewakili 5.1 %. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat ialah seramai 39 orang.. 46. FYP FTKW. daripada yang gemar menonton filem gnre seram atau keliru berkaitan dengan cerita tersebut. Responden.
(54) Sangat tidak setuju. Kekerapan. Peratus. 6. 15.4%. Tidak setuju. 17. 43.6%. Tidak pasti. 11. 28.2 %. Setuju. 4. 10.3 %. Sangat setuju. 1. 2.6 %. Soalan kedua yang diletakkan dalam borang soal selidik pengkaji ialah ‘pegangan agama penonton akan terjejas jika menonton filem munafik 2’. Responden yang memberikan jawapan tidak setuju yang paling ramai berkaitan dengan soalan kedua iaitu seramai 17 orang mewakili 43.6 %. 11 orang responden mewakili 28.2 % memberikan jawapan tidak pasti manakala 6 orang responden mewakili 15.4 % memberikan jawapan sangat tidak setuju dan 4 orang responden mewaki 10.3 % memberikan jawapan setuju. Responden yang terakhir iaitu seorang sahaja mewakili 2.6 % menjawab sangat setuju.. 47. FYP FTKW. Jantina.
(55) Sangat tidak setuju. Kekerapan. Peratus. 1. 2.6 %. Tidak pasti. 6. 15.4%. Setuju. 18. 46.2 %. Sangat setuju. 14. 35.9 %. Tidak setuju. Soalan ketiga pengkaji bertanya berkaitan dengan soalan ‘penonton akan sedar tentang keburukan ajaran sesat yang dipaparkan dalam filem munafik 2’. Seramai 18 orang mewakili 46.2 % menjawab seteju terdapat soalan ketiga. 14 orang mewakili 35.9 % menjawab sangat setuju menunjukkan bahawa mereka yang menonton filem tersebut sedar bahawa ajaran sesat membawa kepada keburukan manakala 6 orang responden mewakili 15.4 % menjawab tidak pasti terhadap soalan tersebut dan seorang responden mewakili 2.5 % menjawab sangat tidak setuju. Jawapan tidak setuju mencatatkan angka 0.. 48. FYP FTKW. Jantina.
(56) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 1. 2.6 %. Tidak setuju. 3. 7.7 %. Tidak pasti. 11. 28.2 %. Setuju. 20. 51.3 %. 4. 0.3 %. Sangat setuju. Soalan keempat berkaitan dengan ‘filem yang bergenre seram dapat mempengaruhi penonton tentang kewujudan makhluk halus’. Responden bependapat bahawa flem yang bergenre seram dapat mempengaruhi dengan kewujudan makhluk halus dan mereka memberikan jawapan setuju iaitu seramai 20 orang mewakili 51.3 %. Kumpulan kedua responden memberikan jawapan tidak pasti iaitu seramai 11 orang mewakili 28.2 % manakala 4 orang memberikan jawapan sangat setuju mewakili 10.3 % dan 3 orang responden memberikan jawapan tidak setuju mewakili 7.7 %. Akhir sekali, seorang responden memberikan jawapan sangat tidak setuju mewakili 2.6 %.. 49. FYP FTKW. Jantina.
(57) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 0. 0. Tidak setuju. 1. 2.6 %. Tidak pasti. 5. 12.8 %. Setuju. 20. 51.3%. Sangat setuju. 13. 33.3 %. ‘Pada pandangan anda, kepercayaan tahyul dalam kalangan masyarakat kita masih wujud sehingga sekarang’ merupakan saolan kelima yang terdapat dalam borang soal selidik pengkaji. Peratus terbesar iaitu seramai 20 orang responden mewakili 51.3 % memberikan jawapan setuju terhadap soalan tesebut. Responden yang menjawab sangat setuju seramai 13 orang mewakili 33.3 % manakala 5 orang responden menjawab tidak pasti mewakili 12.8 % dan akhir sekali responden menjawab tidak setuju hanya seorang mewakili 2.6 %.. 50. FYP FTKW. Jantina.
(58) Sangat tidak setuju. Kekerapan. Peratus. 5. 12.8 %. Tidak setuju. 12. 30.8 %. Tidak pasti. 13. 33.3 %. Setuju. 7. 17.9 %. Sangat setuju. 2. 5.1 %. Soalan seterusnya berkaitan dengan ‘filem yang berunsurkan tahyul dan khurafat akan menyebabkan penonton mudah terpengaruh dengan adegan tersebut’. Responden yang menjawab tidak pasti mencatatkan jumlah yang palimg ramai iaitu seramai 13 orang mewakili 33.3 %. Responden yang menjawab tidak setuju seramai 12 orang mewakili 30.8 % manakala responden yang menjawab setuju seramai 7 orang mewakili 17.9 % dan reponden yang menjawab sangat tidak setuju seramai 5 orang mewakili 12.8 %. Peratus yang paling kecil mencatatkan seramai 2 orang mewakili 5.1 % dimana mereka menjawab jawapan sangat setuju. 51. FYP FTKW. Jantina.
(59) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 1. 2.6 %. Tidak setuju. 3. 7.9 %. Tidak pasti. 5. 13.2%. Setuju. 22. 57.9 %. 7. 18.4 %. Sangat setuju. ‘Akidah seseorang akan berubah kerah positif jika menonton filem yang berunsurkan dakwah’. Kumpulan responden yang pertama berpendapat bahawa jika menonton filem yang berunsurkan dakwah akan menyebabkan akidah berubah kearah positif, kumpulan tersebut mencatatkan seramai 22 orang mewakili 57.9 % menjawab setuju terhadap soalan tersebut. Responden yang menjawab sangat setuju mencatatkan seramai 7 orang mewakili 18.4 % manakala responden yang menjawab tidak pasti mencatatkan seramai 5 orang mewakili1 13.2 % manakala responden yang menjawab tidak setuju seramai 3 orang mewakili 7,9 % dan akhir sekali responden yang menjawab sangat tidak setuju hanya seorang mewakili 2.6 %. 52. FYP FTKW. Jantina.
(60) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 2. 5.1 %. Tidak setuju. 6. 15.4 %. Tidak pasti. 9. 23.1 %. Setuju. 19. 48.7 %. Sangat setuju. 3. 7.7 %. Soalan yang kelapan ialah ‘pengetahuan yang lemah terhadap sesuatu perkara menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan adegan yang dipaparkan dalam sesebuah filem’. Kumpulan reponden yang paling tinggi ialah menjawab setuju iaitu seramai 19 orang responden mewakili 48.7 %. Jawapan kepada tidak pasti mencatatkan seramai 9 orang rosponden mewakili 23.1 %. Responden yang menjawab jawapan tidak setuju seramai6 orang mewakili 15.4 % manakala seramai 3 orang responden menjawab sangat setuju mewakili 7.7 % dan jawapan sangat tidak setuju daripada responden mencatatkan seramai 2 orang mewakili 5.1 %.. 53. FYP FTKW. Jantina.
(61) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 6. 15.4 %. Tidak setuju. 5. 12.8 %. Tidak pasti. 12. 30.8 %. Setuju. 14. 35.9 %. Sangat setuju. 2. 5.1 %. Soalan yang kesembilan yang diajukan kepada responden ialah ‘mereka yang kuat pegangan agama adalah mereka yang kurang dikaitkan dengan penggunaan media’. Peratus kepada jawapan setuju mencatatkan jumlah yang paling banyak iaitu seramai 14 orang responden mewakili 35.9 %. Angka yang mencatatkan kedudukan ditangga kedua ialah seramai 12 orang responden mewakili 30.8 % menjawab tidak pasti kepada soalan tersebut. Responden yang menjawab sangat tidak setuju mencatatkan seramai 6 orang mewakili 15.4 % manakala tidak setuju mencatatkan seramai 5 orang mewakili 12.8 % dan akhir sekali 2 orang responden memberikan jawapan sangat setuju mewakili 5.1 %.. 54. FYP FTKW. Jantina.
(62) Kekerapan. Peratus. Sangat tidak setuju. 1. 2.6 %. Tidak setuju. 6. 15.4 %. Tidak pasti. 25. 64.1 %. Setuju. 7. 17.9 %. Sangat setuju. Soalan terakhir yang diberikan kepada responden ialah ‘filem munafik 2 tidak menepati piawaian yang berlandaskan al-Quran’. Untuk jawapan yang terakhir, majoriti responden yang mwnjawab jawapan tidak pasti iaitu seramai 25 orang mewakili 64.1 %. Responden yang menjawab setuju mencatatkan seramai7 orang mewakili 17.9 % manakala 6 orang responden memberikan jawapan tidak setuju mewakili 15.4 % dan akhir sekali jawapan sangat tidak setuju mencatatkan angka yang paling sedikit iaitu hanya seorang responden mewakili 2.6 %.. 55. FYP FTKW. Jantina.
(63) Kesimpulan Dalam bab 4 ini membincangkan tentang keputusan dan data yang diperoleh daripada responden. Pengkaji telah merumuskan keputusn tersebut secara terperinci berdasarkan soal selidik yang telah dijawab oileh responden.. \. 56. FYP FTKW. 4.4.
(64) KESIMPULAN DAN CADANGAN. 5.0. Kesimpulan Bab ini merupakan bab rumusan terakhir bagi kajian ini dalam menganalisis unsur dakwah yang terdapat dalamn filem Munafik 2. Di dalam bab ini akan dinyatakan kesimpulan keseluruhan hasil kajian ini dengan melihat kepada objektif kajian. Di samping itu akan disertakan beberapa cadangan yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pihak tertentu sebagai satu usaha dalam melahirkan filem yang berunsurkan dakwah di Malaysia. Walaupun pada hakikatnya filem di Malaysia belum memenuhi pentakrifan filem dakwah, namun diharap kajian ini dapat memberi maklumat dan pendidikan dalam melahirkan filem dakwah.. Kebanyakan pengarah-pengarah filem terlalu kejarkan populariti sehingga kualiti filem yang dikeluarkan hanya meninggalkan kenangan sahaja. Filem yang dihasilkan justeru bukan sahaja untuk hiburan semata-mata akan tetapi ianya perlu diselitkan pengajaran daripada elemen-elemen yang boleh diterapkan. Terutamanya filem yang berunsurkan dakwah haruslah mempunyai pengajaran dan pengetahuan berkaitan dengan dakwah yang dapat dijadikan contoh atau tauladan oleh penonton.. Filem yang berunsurkan dakwah perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pandangan terutama pandangan yang tidak biasa didengar dan diamalkan oleh masyarakat. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan fitnah kepada filem tersebut serta memberi kesan buruk kepada penonton. Penjelasan perlu dilakukan agar penonton benarbenar dapat memahami maksud sebenar isu yang ingin disampaikan, kerana tidak semua penonton mempunyai asas ilmu Islam yang cukup. Hal ini boleh menyebabkan salah 57. FYP FTKW. BAB 5.
(65) Filem yang berunsurkan dakwah adalah produk halal dan sebahagian dari hasil seni. Oleh itu dalam menghasilkan seni semua ini bergantung kepada kreativiti pengarah dan penulis skrip filem, kerana mereka perlu kreatif dalam menghasil dan mengolah suatu penceritaan yang menarik tetapi halal di sisi syarak.. 5.1. Cadangan Masalah yang sedang berlaku di negara kita adalah tiada kerjasama di antara penggiat filem dengan golongan agamawan ataupun ulama dalam industri. Jika usaha penyatuan ini masih tidak ada, pengkaji yakin kajian ini hanya akan menjadi satu kajian yang tersimpan di perpustakaan sahaja, tanpa dimanfaatkan oleh mana-mana industri filem. Oleh itu pengkaji ingin menyarankan badan-badan kerajaan mahupun NGO agar memperbanyakkan bengkel atau seminar Filem yang berunsurkan dakwah dengan meminta penggiat filem turut hadir bersama bagi menguraikan salah faham mereka terhadap golongan agamawan atau ulama dalam industri filem, serta agar mereka dapat memahami maksud sebenar pentakrifan filem dakwah.. Selain itu untuk melahirkan hubungan kerjasama ini, pengkaji cadangkan agar diwujudkan sebuah badan penasihat syariah filem. Badan ini bertugas sebagai penasihat kepada industri filem bagi melahirkan filem yang tidak tersasar dari syarak. Walau bagaimanapun kelahiran badan ini, bukan bertujuan untuk menafikan peranan dan tugasan Penapis Filem Negara. Ia seperti sebuah bank yang masih memerlukan penasihat syariah walaupun bank-bank ini telah dikawal oleh Bank Negara. Oleh itu penasihat-penasihat yang dipilih ini bukan sahaja mahir dalam bidang hukum malah mereka memahami selokbelok pembikinan sesebuah filem. Jika badan ini mungkin sukar direalisasikan, pengkaji 58. FYP FTKW. faham terhadap ilmu baru yang ingin disampaikan..
(66) Filem Negara.. Salah satu lagi penemuan pengkaji semasa menjalankan kajian ini ialah sesetengah penggiat filem tidak memperakui perlu adanya istilah Filem dakwah, bagi mereka ‘filem adalah filem’. Oleh itu untuk membuka minda mereka yang disaluti dengan fahaman sekular ini, pengkaji sarankan agar penggiat filem di negara kita untuk menilai, mengkaji dan mencontohi filem-filem Iran. Kerana filem-filem Iran boleh dikategorikan sebagai Filem Islam yang terbaik.. Filem yang berunsurkan dakwah mampu menjadi salah satu medium dakwah sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Namun filem dakwah perlu bersih dari perkaraperkara haram dan syubhah, jika masih terdapat unsur-unsur ini ia tidak mampu menjadi 206 medium dakwah Islam. Bagi menghasilkan filem dakwah, ia perlu bermula dari proses pencarian bahan mentah, pembikinan, penyuntingan, penilaian sehingga ke peringkat tayangan filem perlu bersih dari perkara-perkara yang bertentangan dari sudut syariah, akhlak dan akidah.. 59. FYP FTKW. sarankan agar ada golongan agamawan atau ulama yang ditempatkan di dalam Penapis.
(67) Soalan Soal Selidik. Bil. Soalan. 1.. Filem bergenre seram boleh menganggu emosi penonton. 2.. Pegangan agama penonton akan terjejas jika menonton Fulem Munafik 2. 3.. Penonton akan sedar tentang keburukan ajaran sesat yang dipaparkan dalam Filem Munafik 2. 4.. Filem yang bergenre seram dapat mempengaruhi penonton tentang kewujudan makhluk halus. 5.. Pada pandangan anda, kepercayaan tahyul dalam kalangan masyarakat kita masih wujud sehingga sekarang. 6.. Filem yang berunsurkan tahyul dan khurafat akan menyebabkan penonton mudah terpengaruh dengan adegan tersebut. 7.. Akidah seseorang akan berubag kearah positif jika menonton filem yang berunsurkan dakwah. 8.. Pengetahuan yang lemah terhadap sesautu perkara menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan adegan yang dipaparkan dalam sesebuah filem. 9.. Mereka yang kuat pegangan agama adalah mereka yang kurang dikaitkan dengan penggunaan media. 10.. Filem Munafik 2 tidak menepati piawaian yang berlandaskan al-Quran. 60. FYP FTKW. LAMPIRAN.
DOKUMEN BERKAITAN
Di samping itu, responden juga menyatakan sangat setuju bahawa mereka akan lebih tertarik dan berminat kepada mesej mengenai amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang
Subteks yang terhasil dalam filem memperlihatkan suatu mesej yang ironik terhadap akidah Muslim yang ditampilkan dalam kedua-dua filem iaitu pengharapan mereka
Terdapat juga seramai 15 orang (6.9%) sahaja yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut dan ini menunjukkan bahawa Sukatan Pelajaran Bahasa Arab tidak dapat
mahasiswi kaum Cina dan India mengenai penglibatan kaum mereka daJam politik kampus, Seramai 23 orang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 38% manakala 20. orang pula bersetuju
93 Jadual bagi soalan item 6, responden berpendapat bahawa bahasa Arab dapat membantu pada masa hadapan mereka dengan jawapan tertinggi skala sangat setuju seramai 32
Di samping itu, hasil penemuan di dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa bagi item B6, seramai 45 orang responden menjawab sangat setuju (75%), 14 orang menjawab setuju
Daripada hasil analisis yang dilakukan secara ringkas kepada 110 orang responden boleh dilihat bahawa terdapat beberapa aspek boleh dikenalpasti iaitu dari segi
Rata-rata responden yang terlibat dengan kajian ini menyatakan setuju dan sangat setuju bahawa mereka sentiasa mendapatkan khidmat urutan tra- disional Melayu (S2) yang
Daripada 409 orang responden, lebih ramai responden yang menjawab betul iaitu seramai 384 mewakili 93.9 peratus manakala selebihnya adalah menjawab dengan jawapan yang salah
Berdasarkan Rajah 1 perbezaan analisis mendapati bahawa seramai 31 orang (62%) sangat setuju mengatakan bahawa program agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI membantu
Terdapat dua orang responden mengatakan bahawa guanxi yang baik akan membantu mereka mendapatkan bekalan hasil pertanian yang mencukupi untuk dijual kepada pembeli
Kenyataan ini juga terdapat 2 orang 1.8% responden pada skala tidak setuju dan yang paling sedikit adalah pada skala sangat tidak setuju iaitu seorang sahaja 0.9%.. Salah satu
Terdapat kajian dari Kartinka Van Heeren kejayaan drama dakwah adalah skrip berkualiti adalah penguaasaan ilmu pengetahuaan bab dakwah islam, pengalaman mendalam dalam penulisan
Setalah menonton filem ini berulang kali dengan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi bahan-bahan penyiaran berunsur Islam pengkaji mendapati bahawa filem
DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini menceritakan mengenai dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap kajian Teknik penggunaan pencahayaan dalam filem Munafik
Sehubungan dengan itu, menurut PK 5, PK 6 dan PK 8 sebagai pendakwah mereka menetapkan niat di dalam hati bahawa dakwah yang dilakukan kepada Orang Asli adalah refleks
Pernyataan ke-19 mencatatkan peratusan yang sama bagi skor Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju dan Tidak Pasti dimana masing-masing 43.33% (13 orang) bahawa mereka
Hasil temu bual Gelung 1 dalam aktiviti menonton dan analisis filem menjelaskan bahawa peserta kajian dapat menyedari sesuatu isu moral dengan meletakkan diri mereka
Manakala sebanyak 12.6 peratus (32 orang) sangat tidak setuju dan tidak setuju bahawa mangsa telah lebih tiga kali menyatakan hasrat bagi bunuh diri melalui komunikasi
Analisis yang dilakukan terhadap pemilihan bahasa yang dibuat oleh responden apabila mereka bercakap dengan orang bukan Orang Asli Che Wong di kampung mereka mendapati bahawa
Hasil kajian menunjukkan bahawa morfologi dan berat filem LSCF6428 yang diendapkan sangat bergantung kepada voltan kenaan, masa pengendapan dan penggunaan bahan tambah bagi proses
Teknik penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej yang ingin disampaikan iaitu sebagai sebuah filem dokumentari propaganda
Analisis soalselidik mendapati bahawa seramai 62 orang responden (78.5 peratus) menyedari tentang aktiviti akuakultur yang dimajukan di kawasan hutan paya bakau tersebut, manakala