• Tiada Hasil Ditemukan

SSW 211 – Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SSW 211 – Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2012/2013

Januari 2013

SSW 211 – Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial

Masa: [3 jam]

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TIGA (3) soalan sahaja. Soalan 1 di Bahagian A adalah WAJIB. Pilih DUA (2) soalan daripada Bahagian B. Tiap-tiap soalan bernilai 100 markah.

...2/-

(2)

-2- [SSW 211]

BAHAGIAN A Soalan Wajib

1. Idris, remaja berusia 14 tahun merupakan anak tunggal dari keluarga yang telah berpisah. Kedua ibubapanya bercerai sejak beliau berusia 8 tahun dan Idris kini tinggal bersama ibunya. Idris tidak pernah bersua muka dengan bapanya semenjak perceraian tersebut. Ibunya bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta terkemuka. Sejak kebelakangan ini Idris kerap bertengkar dengan ibunya dan merasakan ibunya tidak mengendahkannya. Pihak sekolah telah memanggil ibu Idris atas kelakuannya yang kerap ponteng sekolah sejak tiga bulan yang lalu. Idris kini diletakkan di bawah pemerhatian sekolah. Anda selaku pekerja sosial di sekolah tersebut dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini.

(a) Huraikan andaian penentuan situasi (assessment) untuk kes ini dengan menggunakan dua (2) teori / pendekatan yang bersesuaian.

(b) Huraikan bentuk intervensi yang dilihat bersesuaian untuk kes ini dengan menggunakan dua (2) teori / pendekatan yang sama.

(100 markah)

BAHAGIAN B

Soalan Pilihan (Pilih 2 soalan)

2. Bincangkan bagaimana pendekatan pemusatan tugas (task-centered approach) boleh dilaksanakan dalam intervensi dengan individu dan keluarga. Gunakan contoh dalam huraian anda.

(100 markah)

3. Bincangkan bagaimana teori pembelajaran sosial (social learning theory) boleh dilaksanakan dalam intervensi dengan individu dan keluarga. Gunakan contoh dalam huraian anda.

(100 markah)

...3/-

(3)

-3- [SSW 211]

4. Bincangkan bagaimana pendekatan ekologikal (ecological approach) bersesuaian digunakan dalam intervensi kerja sosial dengan individu dan keluarga. Gunakan contoh dalam huraian anda.

(100 markah)

5. Kursus ini telah membincangkan pelbagai teori dan kaitannya dengan praktis kerja sosial.

(a) Bincangkan kepentingan memahami teori-teori ini dalam membantu pekerja sosial memberikan intervensi yang berkesan.

(b) Huraikan mengapa pendekatan sistem sangat ditekankan dalam profesion kerja sosial.

(100 markah)

-ooo0ooo-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Intervensi kerja sosial adalah aktiviti profesion yang dilakukan oleh pekerja sosial dalam membantu wanita yang mengalami keganasana rumah tangga untuk meningkatkan atau

Pilih salah satu teori kaunseling yang telah anda pelajari dan jelaskan secara mendalam teori tersebut.. Gunakan contoh-contoh bersesuaian dalam

Pilih salah satu teori kaunseling yang telah anda pelajari dan jelaskan secara mendalam teori tersebut. Gunakan contoh-contoh bersesuaian

Baru-baru ini, beliau telah dijumpai polis di Lorong Armenia, sebuah kawasan yang penuh dengan remaja yang terlibat dengan dadah.. Ketika dijumpai, beliau bersama

Baru-baru ini, beliau telah dijumpai polis di Lorong Armenia, sebuah kawasan yang penuh dengan remaja yang terlibat dengan dadah.. Ketika dijumpai, beliau bersama dengan

Bincangkan Model Pembangunan Komuniti dan Model Perancangan Sosial dengan menggunakan contoh-contoh yang bersesuaianb.

Bincangkan Model Pembangunan Komuniti dan Model Perancangan Sosial dengan menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian?. Apakah nilai terpenting bagi diri

(b) Dengan contoh-contoh yang jelas dan berlandaskan Teori Jangkaan (Vroom, 1960), nyatakan bagaimana komunikasi interpgrsonal boleh digunakan pengurus