• Tiada Hasil Ditemukan

Tulis TIADA pada kotak yang sesuai jika tidak terdapat contoh leksikal yang sesuai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Tulis TIADA pada kotak yang sesuai jika tidak terdapat contoh leksikal yang sesuai"

Copied!
6
0
0

Tekspenuh

(1)

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007

Oktober/November 2006

HMT 321 – SEMANTIK BAHASA MALAYSIA Masa: 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

ARAHAN:

Jawab mana-mana EMPAT daripada LIMA soalan.

Setiap soalan diberi nilai markah yang sama.

…2/-

(2)

Jawab mana-mana EMPAT soalan.

1. Jawab [a], [b] dan [c].

[a] Salin JADUAL 1 di bawah ini pada kertas jawapan anda dan lengkapkannya.

Tulis TIADA pada kotak yang sesuai jika tidak terdapat contoh leksikal yang sesuai.

JADUAL 1

CIRI CONTOH KATA BAHASA MELAYU

HOMOGRAF HOMOFON HETERONIM

1. Sebutan S Ejaan S

2. Sebutan L Ejaan L 3. Sebutan L Ejaan S 4. Sebutan S Ejaan L

Petunjuk : S= Sama L= Lain

[25 markah]

[b] Beri takrifan homonimi. Gunakan maklumat dalam jadual yang telah anda lekngkapkan dalam [a] untuk menghuraikan perkaitan antara homograf, homofon, heteronim dan homonim.

[25 markah]

[c] Huraikan perbezaan dan persamaan antara homonimi dan polisemi. Bincangkan sejauh mana homonimi boleh menimbulkan ketaksaan. Gunakan contoh daripada JADUAL 1 untuk menghuraikannya. Anda mestilah memperlihatkan ketaksaan tersebut melalui contoh ayat yang sesuai.

[50 markah]

…3/-

(3)

2. Jawab [a], [b] dan [c].

[a] Dalam kalangan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, perkataan dalam DATA A di bawah ini digunakan dengan maksud yang lebih khusus. Huraikan hal tersebut.

DATA A

i. mengerat ii. menengok iii. memanggil iv. memotong v. mengerat vi. memakai

[20 markah]

[b] Pasangan leksikal emak-ibu dan mati-meninggal masing-masing dikatakan bersinonim sepenuhnya. Bincangkan sejauh mana hal ini dapat diterima dalam komuniti yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

[40 markah]

[c] Pasangan leksikal basah-kering dan tinggi-rendah adalah contoh antonim. Namun, jika kedua-kedua pasangan ini dibandingkan dengan pasangan antonim menang-kalah dan hidup-mati, terdapat perbezaan antara kedua-dua kelompok antonim ini. Jelaskan perbezaan tersebut dengan menyertakan ujian-ujian yang sesuai.

[40 markah]

…4/-

(4)

3. DATA B mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa Melayu. Dengan menggunakan Prinsip Komposisi, huraikan bagaimana makna ungkapan-ungkapan tersebut diperolehi.

DATA B i. Kereta penarik ii. Penarik kereta itu iii. Kereta penarik itu iv. Itu kereta penarik.

v. Baju terpakai itu

vi. Tak terpakai saya baju itu.

vii. Itu baju terpakai.

viii. Dia membawa buku itu.

ix. Dia membawakan saya buku itu.

x. Dia duduk di atas bangku.

xi. Dia menduduki bangku itu.

xii. Mereka mendudukkan dia di atas bangku.

xiii. Hanif mengahwini Haslin.

xiv. Hanif mengahwinkan Haslin.

xv. Hanif berkahwin dengan Haslin.

xvi. ke sungai

xvii. Badan Adam lebam-lebam terkena penangan buku limanya.

[100 markah]

…5/-

(5)

4. Berdasarkan DATA C di bawah ini, jawab [a] dan [b].

DATA C

i. Kuala Lumpur membidas hebat serangan Israel ke atas Lubnan.

ii. Kuala Lumpur akan meneruskan rancangan membina jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

iii. Universiti mengenakan hukuman keras ke atas pelajar yang meniru dalam peperiksaan.

iv. Universiti akan dibuka semula minggu depan.

v. Dia sekarang sudah menjadi mafia Bukit Gelugor.

vi. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta mengaum memecah kesunyian.

vii. Itu kucing kesayangannya. Namun, tiada siapa pun yang sukakan haiwan itu.

viii. Kami hanya dibekalkan dengan alat pembesar suara, padahal kami memerlukan peralatan siaraya yang lain juga.

ix. Komputer ini tidak berfungsi kerana kabelnya rosak.

x. Beras di dalam tong berbau hapak, nasi yang dimasak semalam pula sudah basi, telor pulak digorengnya dengan minyak yang sudah tengik, tetapi nasib baiklah ikan puyu yang disimpan dalam tempayan itu tidak *padam.

[a] Kenal pasti konsep-konsep semantik yang ingin dipaparkan melalui contoh-contoh dalam DATA C di atas . Nyatakan setiap konsep tersebut dan sertakan contoh yang sesuai.

[20 markah]

[b] Huraikan setiap konsep yang telah anda kenal pasti dalam [a]

dan buat perbandingan yang jelas antara konsep-konsep tersebut.

[80 markah]

…6/-

(6)

5. Dengan merujuk kepada DATA D, jawab [a], [b] dan [c].

DATA D

tebang tebuk kelar hiris tetas cantas gergaji belah tebas tetak kerat

Sumber: diubah suai daripada Asmah Hj .Omar(1986), m.s 111-112

[a] Huraikan perbezaan makna yang terdapat dalam leksikal- leksikal yang mendukung konsep ‘memotong’ dalam DATA D.

[50 markah]

[b] Buat satu jadual fitur semantik untuk memaparkan makna bagi setiap leksikal yang anda huraikan dalam [a].

[30 markah]

[c] Gunakan leskikal dalam DATA D di atas untuk membina DUA pasang ayat yang mengandungi unsur penaabiran.

[20 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Melihat kepada dua isu ini, maka pengkaji memilih untuk mengkaji masalah kemungkinan penggunaan takwim Hijri dalam industri kewangan Islam khususnya dalam industri

memperbaharui pelan-pelan perancangan semasa dalam jangka masa yang singkat terutamanya yang melibatkan KSAS. Walaupun penentuan KSAS dijalankan, ianya dimasukkan

(a) Dengan contoh yang sesuai, jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam penghasilan warna perang di dalam makanan yang dimasak semasa tindakbalas Maillard.

Berdasarkan 7 perangkap tanah yang anda gunakan, anda telah mengesahkan bahawa kesemua anai-anai yang dijumpai dalam perangkap tanah adalah dari koloni yang sama.. Dalam

(ii) Keputusan bagi penentuan antimoni dalam sampel' plumbum adalah iendah jika dibandingkan dengan piawai akueus tetapi telah meningkat jika sampel dicairkan. (iii)

(iii) Dalam konteks pensampelan penerimaan, apakah dua tujuan untuk menentukan kebarangkalian menerima satu lot yang mempunyai peratusan defektif purata proses (“average

2 tahun terakhir, model manakah yang terbaik untuk tujuan ramalan bagi sukuan pertama 2001?. Gunakan kriterium min sisihan

4) Beberapa kredit m:m9 yang diproseskan dan dicatatkan pada hujung tahun adalah berhubung dengan jualan dan akaun belum terima bagi tahun 199g. Kesemua butiran ini