• Tiada Hasil Ditemukan

SELAMAT DATANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SELAMAT DATANG"

Copied!
18
0
0

Tekspenuh

(1)

SELAMAT DATANG

KE KULIAH 11

EX2023 MAKROEKONOMI II

FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA

Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh

mzsaleh@ukm.my

(2)

EKONOMI KEYNES BARU

Kritikan utama ke atas Ekonomi Keynes Lama

“Ekonomi Keynes mempunyai teori yang tidak mencukupi

(theoretically inadequate), sedangkan makroekonomi mesti dibina di atas asas mikroekonomi (microeconomic foundation) yang

mantap”. (N. Gregory Mankiw dan David Romer)

Pendokong Ekonomi Keynes baru berpandangan pengangguran terpaksa wujud kerana ketegaran harga (selain ketegaran upah wang seperti dalam Ekonomi Keynes lama) – Mereka cuba

mengemukakan alasan untuk kewujudan ketegaran upah dan harga - percaya terdapat beberapa ciri dalam proses meletakkan harga dan upah yang mewujudkan ketegaran-ketegaran

tersebut.

(3)

EKONOMI KEYNES BARU

Ciri-ciri Utama Ekonomi Keynes Baru;

1. Satu bentuk persaingan tak sempurna diandaikan untuk pasaran keluaran. Ini bertentangan dengan model Keynes lama yang

mengandaikan persaingan sempurna.

2. Model Keynes lama mengandaikan ketegaran upah wang tetapi model-model Keynes baru mengandaikan ketegaran harga

keluaran.

3. Sebagai tambahan kepada faktor-faktor yang menyebabkan pembolehubah-pembolehubah nominal (seperti upah wang) tegar, model-model Keynes baru juga memperkenalkan

ketegaran benar (real rigidities ), iaitu faktor-faktor yang

menyebabkan upah benar atau harga relatif firma tegar bila

berlaku perubahan-perubahan permintaan agregat.

(4)

EKONOMI KEYNES BARU

Tiga Model Ekonomi Keynes Baru Yang Utama;

1. Model Harga Tegar (Sticky Price Models) atau Model Kos Menu (Menu Cost Models)

2. Model Upah Kecekapan (Efficiency Wage Models)

3. Model Orang Dalaman-Orang Luaran dan Histeresis (Insider-Outsider Model and

Hysteresis)

(5)

1. MODEL HARGA TEGAR / MODEL KOS MENU

v Dalam model Keynes lama diandaikan

persaingan sempurna – firma tidak dapat pengaruhi harga (penerima harga) –

Ketegaran upah wang menyebabkan wujud pengangguran terpaksa.

v Dalam model Keynes baru diandaikan

persaingan tak sempurna (monopolistik /

oligopolistik) – firma boleh pengaruhi harga

– ketegaran harga juga boleh menyebabkan

wujud pengangguran terpaksa.

(6)

y2 y

Kesan Ketegaran Harga Mengikut Model Keynes Baru

) N ( g P W = 0e

N2

) N ( f P W = 0 0

N0

W1

y0

y y

y y=y

y0

y1

N0

N2

P1

P0

W0 W = P1eg( N )

) N ( f P W = 1 0

450

AD(i0)

y=y(N)

N N

W W

A

B’ A

B’

A B

N1

N1

y1

y’1

B

B

NF

AD(i1) AS

NF

AS’

W’1 B’

) N ( f P W = 0 1

(7)

Sebab-sebab kenapa, walaupun permintaan agregat jatuh, firma persaingan tak sempurna tidak menurunkan harga:-

1. Kos Menu: Firma-firma tidak menurunkan harga walaupun permintaan agregat jatuh, kerana terdapat kos mengubah harga yang mungkin melebihi faedah daripada

penurunan harga. Bila firma mengubah harga, senarai atau pamplet harga baru mesti dicetak dan diedarkan kepada pelanggan. Kos-kos ini digelar “kos menu”.

2. Menjaga Hubungan Baik Dengan Pelanggan: Jika permintaan meningkat tindakbalas pasaran menyebabkan harga meningkat. Tetapi dibimbangi hubungan muhibah

dengan pelanggan (consumer goodwill) akan terjejas bila harga dinaikkan. Dalam masa meleset pula, iaitu bila permintaan jatuh, tindakbalas pasaran menyebabkan harga patut jatuh. Tetapi jika harga diturunkan dalam masa meleset, maka ia mesti dinaikkan kembali selepas ekonomi pulih, iaitu bila permintaan meningkat kembali.

Di sinilah hubungan baik dengan pelanggan mungkin terjejas. Firma akan mendapati adalah lebih optimal jika harga diubah bila kos berubah kerana pelanggan lebih

memahami sebabnya. Pelanggan akan merungut jika harga diubah kerana permintaan berubah, khususnya bila permintaan naik.

3. Mengelak Perang Harga: Penurunan harga mungkin boleh mencetuskan pusingan persaingan menurunkan harga di kalangan firma -firma ( perang harga) sehingga pada akhirnya tidak siapa yang untung kerana harga mungkin jatuh terlalu rendah dan tidak dapat menampung kos pengeluaran – biasa berlaku di antara firma-firma oligopolistik.

MODEL HARGA TEGAR / MODEL KOS MENU (samb.)

(8)

2. MODEL UPAH KECEKAPAN (EFFICIENCY WAGE MODEL)

Ø Firma percaya k ecekapan atau daya pengeluaran buruh bergantung kepada upah benar yang dibayar kepada pekerja.

Ø Indeks kecekapan atau indeks daya pengeluaran buruh (e) ialah;

=

P e W e

Ø Kecekapan pekerja adalah berfungsi positif kepada upah benar;

[

eN ,K

]

y

y = , apabila

=

P e W e

Fungsi pengeluaran di atas menjelaskan selain daripada bergantung kepada modal , output juga bergantung kepada jumlah input buruh yang sekarang diukur dengan unit kecekapan ( efficiency units). Bilangan unit kecekapan buruh adalah sama dengan bilangan unit fizikal (N) yang diukur dengan jam kerja (man-hours) dalam satu tempoh didarab dengan indeks kecekapan.

(9)

2. MODEL UPAH KECEKAPAN (Samb.)

Ø Matlamat firma ini adalah menentukan upah benar supaya kos unit kecekapan buruh diminimumkan, atau dengan kata lain cuba memaksimumkan unit kecekapan buruh yang dibayar bagi setiap ringgit.

Ini dapat dicapai dengan meningk atkan upah benar kepada satu titik di mana keanjalan indeks

kecekapan [e

( )

WP ] merujuk kepada upah benar sama dengan 1,iaitu;

Keanjalan Kecekapan = =1

P perubahan W

peratusan

P e W perubahan peratusan

Ø Pendokong teori upah kecekapan menegaskan bahawa dalam kebanyaka n industri upah ditentukan berdasarkan kepada kecekapan. Upah benar tidak bebas berubah untuk membersihkan (to clear) pasaran - Kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan (market-clearing real wage rate) pasaran. Bila kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan pasaran maka

(10)

N

Model Upah Kecekapan dan Pengangguran Terpaksa

N

1

N

0

P M W

P e W 

 

P W

N

F

) N ( P f

W =

) N ( e g

P

W =

N

2
(11)

2. MODEL UPAH KECEKAPAN (samb.)

Model/alasan kenapa kadar upah benar ditetapkan > kadar upah benar pembersihan pasaran;

1. Model Mengelak Kerja (Shirking model): Dengan menetapkan upah benar pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan pasaran firma memberi peluang kepada pekerja supaya tidak mengabaikan tugas. Jika dia cuai dia mungkin dibuang kerja dan susah baginya untuk mendapat kerja lain dengan gaji sedemkian. Jika firma boleh mengawas perestasi kerja maka strategi

menetapkan upah tinggi tersebut boleh menguntungkan.

2. Model Pusing Ganti Kos (Turnover cost models): Dengan menetapkan upah benar pada kadar melebihi kadar upah benar pembersihan pasaran, firma boleh

mengurangkan kadar berhenti kerja (quit rate) dikalangan pekerja dan ini boleh mengurangkan kos pengambilan (recruiting) dan latihan (training) pekerja baru.

Upah yang tinggi juga menggalakkan mereka untuk menambah pengalaman untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang lebih produktif.

3. Model Pertukaran Hadiah (Gift exchange models): Satu lagi penjelasan kenapa kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada kadar benar upah pembersihan pasaran adalah berkaitan dengan semangat (morale) pekerja. Jika firma

membayar upah benar lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan

(12)

3. MODEL ORANG DALAMAN-ORANG LUARAN DAN HISTERESIS

HISTERESIS

ØSatu pembolehubah menggambarkan histeresis jika, bila ianya dikejutkan keluar (shocked away) daripada laluan (nilai) asalnya, ia tidak menunjukkan kecenderungan untuk kembali semula ke laluan asalnya, walaupun kejutan yang menyebabkan ia terkeluar dari laluan asalnya telah tiada lagi.

ØContoh - Kadar keseimbangan pengangguran bergantung

kepada sejarah sebenar atau laluan (path) sebenar pengangguran, atau dengan kata lain, kadar keseimbangan pengangguran adalah path-dependent .

Ø Model histerisis cuba menjelaskan kenapa pengangguran masih

berterusan walaupun sebab asal kewujudannya sudah lama tiada –

contohnya model orang dalam-orang luar (insider-outsider model).

(13)

Masa

Kadar Pertumbuhan dan Kadar Pengangguran

1983 1988

Bukan- Histeresis Histeresis

A

B C

D

TempohKejutan

Kadar Pertumbuhan

Kadar Pengangguran

P

Q

R

T S

(14)

3. MODEL ORANG DALAMAN-ORANG LUARAN DAN HISTERESIS (Samb.)

ØMengandaikan pertandingan tak sempurna dalam pasaran keluaran dan buruh

ØDua pihak yang bertindakbalas iaitu kesatuan sekerja dan majikan.

ØOrang dalaman ialah ahli-ahli kesatuan sekerja - digelar orang dalaman (insiders) kerana mereka mempunyai kuasa tawar menawar dengan pihak majikan - kerana pemberhentian mereka dan penggantian mereka dengan orang luar (oursiders), iaitu mereka yang bukan ahli kesatuan, akan

melibatkan kos yang besar (seperti kos pengambilan pekerja baru dan kos latihan). Mereka juga dapat menyusahkan majikan melalui mogok - boleh menuntut kadar upah benar > kadar upah benar pembersihan pasaran (market clearing real wage rate) - menyebabkan berlaku pengangguran di kalangan orang luar (outsiders).

ØOrang luaran ialah pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja dan

penganggur – tidak ada kuasa tawar menawar dengan majikan.

(15)

3. MODEL ORANG DALAMAN-ORANG LUARAN DAN HISTERESIS (Samb.)

DUA SIFAT UTAMA ORANG DALAMAN 1. Mementingkan diri sendiri – cuba

mengekalkan upah benar yang tinggi dan pekerjaan mereka.

2. Berkuasa dalam rundingan dengan

majikan – kuasa tawar menawar yang

mereka ada digunakan supaya majikan

menunaikan tuntutan mereka.

(16)

3. MODEL ORANG DALAMAN-ORANG LUARAN DAN HISTERESIS (Samb.)

ØOrang dalaman berkepentingan untuk mengekalkan

pekerjaan mereka dan mendapat upah benar yang tinggi - tanpa berminat langsung dalam soal-soal penciptaan

pekerjaan baru supaya orang yang sekarang sedang menganggur dapat bekerja.

ØOrang dalaman akan menuntut kenaikan upah benar kepada satu takat tertentu sahaja kerana upah benar >

takat ini akan menyebabkan hanya sedikit sahaja orang dalam akan diambil bekerja yang bererti akan ada orang dalam yang menganggur kerana gunatenaga adalah

ditentukan oleh permintaan buruh daripada firma, dan

permintaan buruh oleh firma adalah berhubung secara

negatif dengan upah benar.

(17)

3. MODEL ORANG DALAMAN-ORANG LUARAN DAN HISTERESIS (Samb.)

BAGAIMANA KEMELESETAN EKONOMI MENERBITKAN HITERESIS / PERANGKAP PENGANGGURAN

ØKemelesetan menyebabkan majikan membuang pekerja – sebahagian drp orang dalaman menjadi orang luaran.

ØUpah benar jatuh lebih rendah drp sebelum kemelesetan.

ØBila ekonomi pulih orang dalaman menuntut kenaikan upah benar, sekurang-kurangnya sama tinggi dengan tingkat sebelum kemesletan. Majikan patuh kerana kesatuan sekerja kuat.

ØMajikan tidak dapat mengambil kembali pekerja yang telah dibuang kerana orang dalaman tidak bersedia untuk bertolak ansur dari segi upah benar ini.

ØKadar pengangguran kekal tinggi walaupun ekonomi telah pulih

(18)

SEKIAN

TERIMA KASIH

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam model Becker, kesan pendapatan akan menyebabkan seseorang pekerja mengurangkan masa jam kerjanya apabila kadar upah meningkat kerana lebih banyak masa diperlukan

MacKinnon (1982) menyatakan bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai

Kajian ini menggunakan dua model, iaitu model regresi linear berganda dan model pengasingan pendapatan Blinder-Oaxaca.. Data diperoleh daripada Survei Gaji & Upah pada

Kajian mendapati terdapat enam faktor yang benar-benar memberi kepuasan kepada firma iaitu faktor masyarakat, pasaran, undang-undang kerajaan, faktor antarabangsa, pengangkutan

(b) Dengan menggunakan rajahyang sesuai, jelaskan bagaimana sesuatu firma yang mempunyai kuasa monopsoni menetapkan tingkat upah dan jumlah tenaga kerja yang patut

Tarikan penduduk setempat kepada pekerjaan bergaji atau upah lebih tinggi di pulau besar Langkawi, disertai dengan peluang-peluang sosial, ekonomi dan pekerjaan lebih luas

Kadar faedah untuk setiap firma dalam pasaran tetap dan terapung adalah seperti berikut:.. Pasaran kadar tetap Pasaran

Kajian ini memfokuskan kepada empat pembolehubah makroekonomi yang mempengaruhi kadar pengangguran iaitu kadar pertumbuhan ekonomi benar, kadar pertumbuhan FDI