• Tiada Hasil Ditemukan

HGM 330 – PEMIKIRAN GEOGRAFI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HGM 330 – PEMIKIRAN GEOGRAFI "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HGM 330 – PEMIKIRAN GEOGRAFI

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

...2/-

(2)

[HGM 330]

- 2 -

1. Bincangkan TIGA pendekatan kajian geografi yang boleh digunakan bagi memahami kepelbagaian proses dan fenomena yang terdapat dalam sesuatu ruang, tempat dan skala.

[25 markah]

2. Merujuk kepada SATU sub-bidang geografi bincangkan isu-isu penting dalam menentukan reka bentuk penyelidikan yang akan anda jalankan dalam bidang geografi tersebut.

[25 markah]

3. Huraikan TIGA teras utama dalam pembangunan lestari dan jelaskan bagaimana teras-teras tersebut dapat dikaitkan dengan konsep pembangunan ini yang terdiri daripada sistem-sistem biologi, ekonomi dan sosial.

[25 markah]

4. Bincangkan persamaan dan perbezaan pandangan ahli-ahli geografi humanistik iaitu Edward Relph, Yi Fu Tuan, Anne Buttimer dan David Ley tentang makna ruang dan tempat dalam kajian geografi.

[25 markah]

5. Bincangkan kaedah dialektik yang digunakan dalam geografi radikal untuk menjelaskan hubungan sistem pengeluaran dan struktur sosial yang tidak seimbang.

[25 markah]

6. “Geografi pasca-moden menjejaki naratif terselindung di sebalik ruang abad ke 20 dan memberi fokus istimewa kepada konflik ruang dan peminggiran social” (Soja 1989). Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada satu contoh kajian geografi sosial bandar oleh Morshidi Sirat dan Suriati Ghazali (2007).

[25 markah]

7. “Konstruksi sosial dan budaya setempat telah membina individualiti seseorang dan seterusnya menentukan ‘tempat’ mereka dalam ruang produktif dan reproduktif” (McDowel 1993; Mackenzie 1989).

Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada penulisan Suriati Ghazali (2007) tentang makna ruang dan tempat wanita di Malaysia.

[25 markah]

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bincangkan perkembangan kajian dalam bidang geografi penduduk bagi sebuah negara yang anda mempunyai pengetahuan khusus6. Bincangkan bagaimana penurunan kesuburan dan saiz

Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana pendekatan geografi boleh digunakan bagi mengatasi masalah pembangunan sosio-ekonomi yang tidak seimbang di

[b] Huraikan dengan contoh geografi kenapa model data objek lebih baik daripada model data berasaskan fitur dalam mereka bentuk pangkalan data sistem maklumat geografi..

Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana pemikiran geografi bersifat ruangan membantu pelaksanaan projek- projek pembangunan dan penyelesaian

Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan Sistem Maklumat Geografi dalam mengurus kedua-dua data tersebut.. [25

Bincangkan konsep pembangunan mapan yang mengandungi sistem- sistem sosial, ekonomi dan biologi dalam konteks interaksi bidang geografi dengan bidang-bidang lain

Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan isu-isu dalam mengintegrasikan pelbagai jenis data daripada pelbagai sumber dalam sistem maklumat geografi.. [a]

[b] Merujuk kepada contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana sistem maklumat geografi dan permodelan ruangan boleh diaplikasikan dalam perancangan gunatanah. Bincangkan