• Tiada Hasil Ditemukan

View of Buli Siber Dikalangan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Tinjauan Undang-undang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Buli Siber Dikalangan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Tinjauan Undang-undang"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

Buli Siber Dikalangan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Tinjauan Undang-undang

(Child Cyberbullying in Malaysia: A Legal Review)

Nurulhuda Ahmad Razali1*, Nazli Ismail Nawang2, Sharifah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad2, Fadhilah Abdul Ghani1

1 Jabatan Bisnes dan Pengurusan, UNITEN, Muadzam Shah, Malaysia

2 Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarbangsa, UniSZA, Malaysia

*Pengarang Koresponden: Huda@uniten.edu.my

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Internet merupakan satu teknologi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dan manfaat ke atas manusia sejagat. Malangnya, penggunaan Internet yang tidak terkawal dan tidak diawasi oleh ibu bapa atau orang dewasa yang bertanggungjawab boleh menyebabkan kejadian buli siber di kalangan kanak-kanak terjadi. Berdasarkan statistik pada tahun 2017 yang dijalankan oleh DIGI Cyber Safe, didapati bahawa 90% kanak-kanak berisiko menjadi mangsa buli siber. Tambah mendukacitakan, Malaysia telah menduduki tempat ke-2 di antara negara-negara Asia untuk kes buli siber dan berada di tempat ke-6 di antara 28 negara yang terlibat dalam kajian buli siber. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji senario pembulian siber di kalangan kanak-kanak di Malaysia dan menganalisis peruntukan undang- undang yang wujud bagi mengawal buli siber di Malaysia. Data dalam kajian ini diperolehi daripada peruntukan undang-undang, jurnal, dan rujukan elektronik. Ringkasan abstrak, biasanya dalam satu perenggan 300 patah perkataan atau kurang, aspek utama keseluruhan kertas dalam urutan yang ditetapkan yang merangkumi tujuan keseluruhan kajian dan masalah penyelidikan, reka bentuk asas kajian, penemuan utama hasil dari analisis anda; dan ringkasan tafsiran dan kesimpulan ringkas anda.

Kata kunci: Buli Siber, Kanak-Kanak, Undang-undang

Abstract: The Internet is a technology that is undeniably important and beneficial to all human beings. Unfortunately, uncontrolled and unregulated use of the Internet by parents or adults can lead to cyberbullying among children. Based on statistics in 2017 conducted by DIGI Cyber Safe, it was found that 90% of children are at risk of becoming victims of cyber bullying.

Sadly, Malaysia has ranked 2nd among Asian countries for cyber bullying cases and is ranked 6th among 28 countries involved in cyber bullying studies. Therefore, the objective of this paper is to study the cyber bullying scenario among children in Malaysia and analyse the legal provisions that exist to control cyber bullying in Malaysia. The data in this study were obtained from legal provisions, journals, and electronic references.

Keywords: Cyberbullying, Children, Law

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kanak-kanak didefinisikan sebagai mana-mana orang di bawah 18 tahun mengikut Akta Kanak-kanak 2001. Dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan 82 undang-undang jenayah Malaysia,

(2)

seorang kanak-kanak akan mempunyai tanggungjawab jenayah jika dia telah capai usia 10 tahun ke atas. Antara jenayah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dewasa ini adalah buli siber. Dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat berkembang maju, internet bukanlah sesuatu yang asing. Malah ianya amatlah mudah diakses oleh kanak-kanak pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Buli siber di kalangan kanak-kanak adalah amat serius. Ini kerana bilangan kes yang tinggi setiap tahun , dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012, 389 pada tahun 2013, 291 pada tahun 2014, 256 pada tahun 2015 dan 338 pada tahun 2016. Secara keseluruhan, terdapat 1.524 kes buli siber yang direkodkan (The Star, 2017) Jenayah buli siber sangat sukar dikesan malah mangsa juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab. Malaysia mempunyai lebih daripada 28.7 juta pengguna internet aktif pada tahun 2018 dan 24.5 juta pengguna internet pada tahun 2016 (Tinjauan Pengguna Internet, 2018).

Pembangunan teknologi kini, membolehkan kanak-kanak mengakses internet dengan mudah melalui rangkaian sosial seperti Facebook, WeChat dan Instagram. Menurut statistik pada tahun 2017, DIGI CyberSafe telah merekodkan bahawa 90% kanak-kanak berisiko menjadi mangsa buli siber. Mendukacitakan, Malaysia telah menduduki tempat ke-2 di antara negara- negara Asia dan di tempat ke-6 di antara 28 negara yang terlibat dalam kajian buli siber (The Star Online, 2017).

Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia, di bawah Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), buli siber tergolong dalam kategori gangguan siber.

Gangguan siber terbahagi kepada buli siber, penghinaan perkauman, agama dan seksual di dunia maya (The Star Online, 2017). Berdasarkan Cyber Security Malaysia, buli siber berlaku apabila; 1. Dipanggil dengan nama yang tidak elok/jahat atau diusik dengan cara yang menyakitkan. 2. Menerima mesej kasar atau jahat 3. Ditinggalkan atau diabaikan 4. Maklumat peribadi dimasukkan ke dalam web tanpa kebenaran 5. Seseorang menggodam (masuk tanpa kebenaran) ke dalam akaun dalam talian. 6. Pembohongan dan khabar angin tersebar 7.

Diancam atau dipaksa melakukan sesuatu dan 8. Penyiaran gambar/video dengan niat untuk memalukan. Pembulian siber juga turut merangkumi penggunaan media elektronik untuk gangguan seksual (Hinduja & Patchin, 2008; Shariff & Johnny, 2007), termasuk menyebarkan teks atau foto yang tidak diminta yang bersifat seksual atau meminta tindakan seksual sama ada dalam talian atau luar talian (Schrock & Boyd, 2008)/

2. Ulasan Kajian Lepas

Penyelidik terdahulu telah mengeluarkan tafsiran dan makna yang berbeza mengenai buli siber.

Berdasarkan Hinduja dan Patchin (2008), buli siber didefinisikan sebagai bahaya yang disengaja dan berulang yang ditimbulkan melalui media teks elektronik, dan juga dikenali sebagai buli elektronik atau kekejaman sosial dalam talian (Kowalski, 2008). Selain itu, buli siber adalah individu atau kumpulan dengan sengaja menggunakan maklumat dan komunikasi yang melibatkan teknologi elektronik untuk memudahkan gangguan yang disengajakan dan berulang dengan menghantar atau menyiarkan teks atau grafik yang kejam menggunakan cara teknologi (Mason, 2008). Frasa buli digabungkan bersama dengan istilah teknologi moden terkenal sebagai buli siber (Umesh et al., 2018). Menurut Berne et al., (2019), buli siber adalah bentuk buli melalui teknologi yang merangkumi komen berbahaya, teks rawak negatif dari orang asing di media sosial dengan menyembunyikan identiti pelaku. Berdasarkan tafsiran di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa buli siber adalah satu bentuk buli yang menggunakan teknologi untuk merosakkan orang lain secara dalam talian.

(3)

Hinduja dan Patchin (2018), berkongsikan bahawa kanak-kanak yang menderita buli siber lebih cenderung mencuba untuk bunuh diri. Satu kajian penyelidikan telah dilakukan oleh Balakrishnan (2015) dan mendapati bahawa golongan muda berusia lingkungan umur 17 hingga 30 tahun mengalami buli siber dan remaja tersebut terlibat dengan gangguan siber kerana menjadi mangsa dan pelaku. Menurut Global Advisor Survey, IPSOS (2018), menyatakan bahawa semua ibu bapa percaya dan sedar bahawa buli siber kebanyakannya berlaku di laman rangkaian sosial dari orang yang tidak dikenali, rakan sekelas dan rakan rapat.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh United Nations Children's Fund 2019, berkenaan dengan keganasan terhadap kanak-kanak di 30 negara, menunjukkan bahawa satu daripada lima remaja dilaporkan tidak hadir ke kelas kerana buli siber. Manakala di Malaysia pula, tiga dari sepuluh kanak-kanak didapati direkodkan sebagai mangsa buli siber (Tajudin, 2020).

Berdasarkan penyelidik terdahulu, satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Psikiatri Malaysia melaporkan bahawa kadar bunuh diri telah meningkat secara meluas sebanyak 60%

sejak tahun 1960-an (Dudley, 2018). Anak muda di Malaysia menjadi sasaran mangsa pemangsa seksual melalui pelbagai jenis media sosial antaranya Whatsapp, Wechat dan Beetalk (Asyraf, 2016). Malahan, terdapat laporan mengenai kes kanak-kanak dirogol di Subang Jaya (Cheng, 2015), Kuala Lumpur (Tariq, 2013) dan Kota Kinabalu (The Star, 2014), semuanya dirogol oleh rakan Facebook mereka.

Meskipun terdapat banyak faedah daripada laman rangkaian sosial dalam talian, bahaya mendatang terhadap kanak-kanak menimbulkan kerisauan (Kumaran, 2016). Umesh et al., (2018) menyatakan bahawa 47% guru yang membantu dalam penyelidikan mendakwa bahawa mereka pernah mendengar tentang isu buli siber daripada pelajar mereka. Selanjutnya, data penyelidikan menunjukkan bahawa buli siber mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran di kalangan guru, sehingga beberapa pelajar takut untuk melaporkan kepada gurunya jika terjadinya buli siber kerana isu tidak percaya. Selain itu, Kowalski et al., (2014) mendedahkan bahawa hasil kajian menunjukkan 10% hingga 40% remaja sekolah menengah menghadapi masalah buli siber.

Di Sarawak, terdapat satu kes di mana seorang gadis berusia 16 tahun, telah menjalankan tinjauan di Instagram dengan pertanyaan "Betul Penting, Bantu Saya Memilih M / H", sebelum melompat dari bumbung bangunan dan menemui ajal. Dia memilih untuk melompat dengan alasan keputusan yang dia terima adalah M iaitu mati (New Straits Times, 2019). Ternyata kes bersamaan di luar Malaysia lebih berleluasa, antaranya di Kanada di mana seorang gadis berusia 15 tahun membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya setelah dibuli oleh rakan dalam taliannya yang menyiarkan gambarnya yang tidak menutup bahagian atas badannya di platform media sosial (Fong, 2012). Selain itu, terdapat kes di mana mangsa gadis berusia 12 tahun dari Florida membunuh diri setelah dibuli oleh gadis lain (Morgan & Roberts.

2018). Baru-baru ini, seorang gadis India berusia 20 tahun membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya kerana komen negatif terhadap video Tiktoknya yang telah viral di Facebook (Chern, 2020).

3. Peruntukan Undang-Undang di Malaysia

Parlimen Malaysia telah menggubal Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, dan Akta Jenayah Komputer 1997 bagi mengatur kegiatan yang berkaitan dengan komputer, internet. Tetapi, kekangan utama dalam kedua-dua akta ini adalah tidak wujud peruntukan undang-undang mengenai buli siber. Boleh dikatakan, bahawasanya undang- undang ini tidak mengikuti evolusi teknologi, ekoran kegiatan jenayah dalam talian tidak

(4)

dilindungi di bawah kedua-dua kata di atas. Selain itu, Akta Kanak-kanak 2001, juga membisu mengenai perlindungan kanak-kanak itu dalam sebarang kejadian atau kesalahan yang berkaitan dengan siber. Pindaan terakhir Akta Kanak-kanak pada tahun 2016 telah membuka mata masyarakat terhadap perlindungan kanak-kanak, tetapi masih belum ada peruntukan mengenai keselamatan anak di dunia maya.

Negara Malaysia, mempunyai agensi kerajaan yang berkaitan untuk membanteras jenayah siber antaranya CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Polis Diraja Malaysia. Setiap entiti ini memainkan peranan dan fungsi penting untuk mencegah, memerangi dan membendung sebarang kegiatan jenayah di dunia maya.

Meskipun begitu, setiap entiti ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama untuk mencegah jenayah siber. Antaranya, CyberSecurity Malaysia, mereka mempunyai MYCERT. Dimana merupakan sebuah agensi di bawah naungan CyberSecurity yang berfungsi untuk menangani isu keselamatan maklumat dan statistik kejadian siber am di Malaysia. Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga telah memperkenalkan beberapa platform untuk orang ramai, seperti suka Pusat Bantuan Cyber999 24 jam. Pusat bantuan ini akan menerima laporan mengenai sebarang kejadian siber yang dihadapi oleh orang ramai. Selain itu, CyberSecurity Malaysia juga memulakan CyberSAFE. CyberSAFE adalah singkatan dari Kesedaran Keselamatan Siber untuk Semua Orang. Ini adalah inisiatif oleh CyberSecurity untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang panduan keselamatan mengenai aktiviti dalam talian oleh kempen, buku, dan brosurnya. Ini dilakukan oleh CyberSecurity di sekolah menengah dan rendah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditadbir oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan objektifnya termasuk menyelia dan mengatur aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia. MCMC juga mempunyai beberapa platform mereka sendiri, misalnya melalui Hotline mereka iaitu 1800 188 030, e-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my, dan portal di http://aduan.skmm.gov.my. Polis Diraja Malaysia mempunyai tugas pentingnya sendiri untuk melindungi negara, memastikan keselamatan dan kemakmuran awam. Badan- badan kerajaan yang berkaitan di Malaysia mempunyai tugas, peranan dan fungsinya sendiri untuk memastikan keselamatan orang awam dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan tentang melindungi diri, dan keluarga dari kegiatan jenayah berkaitan internet.

Walaupun Malaysia memiliki badan berkuasa yang diatur khusus untuk melindungi, mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah jenayah yang berkaitan dengan internet, tetapi ada kelompongan dalam undang-undang berkaitan jenayah buli siber terutama mengenai perlindungannya. Oleh sebab itu, pemerintah harus merevisi, mengubah, dan meneliti secara mendalam untuk peruntukan yang wujud saat ini bagi memberi perlindungan yang lebih baik terhadap mangsa buli siber terutama kepada anak-anak muda yang merupakan generasi masa depan negara.

Sebagai tambahan kepada masalah di atas, undang-undang jenayah Malaysia, khususnya Kanun Keseksaan tidak secara khusus memperuntukkan sebarang jenayah yang berkaitan dengan komputer dan Undang-undang Jenayah Komputer 1997 yang wujud tidak merangkumi banyak aktiviti jenayah yang berkaitan dengan komputer. Oleh itu, apakah tindakan di alam maya yang melanggar undang-undang harus ditentukan dalam konteks undang-undang yang ada.

(5)

4. Kaedah

Sebagai persediaan untuk menjalankan kajian ini, penyelidik mengumpulkan data dari peruntukan undang-undang, surat khabar, buku rujukan, jurnal, rujukan elektronik dan laporan statistik dari agensi kerajaan yang berkaitan.

5. Hasil / Perbincangan

Kajian menunjukkan bahawa menjadi mangsa buli siber boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi, perkembangan dan kesejahteraan fizikal, sosial dan kognitif. Ia juga boleh menyebabkan masalah psikologi, emosi dan akademik. Sejumlah kajian mendapati hubungan antara mangsa siber, pembuli siber dan kemurungan dan ideasi bunuh diri (Hinduja & Patchin, 2010) dan tingkah laku luaran (Ybarra et al, 2007; Perren et al, 2012).

6. Kesimpulan

Peningkatan kes buli siber dikalangan kanak-kanak menuntut Malaysia untuk mewujudkan peruntukan undang-undang yang mampu melindungi, menjaga dan melindungi kanak-kanak.

Tambahan lagi, peranan masyarakat dalam mencegah tindakan penyalahgunaan siber terhadap kanak-kanak berdasarkan prinsip pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati haruslah diterap di dalam jiwa setiap rakyat di Malaysia. Akhir sekali, ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk membendung buli siber terhadap kanak-kanak. Kesedaran dan perhatian daripada mereka amatlah penting.

Rujukan

Ahmad, M.F (2018). Internet Usage Statistics in Malaysia for 2017. Available at

http://iamk.com.my/articles/2018/01/12/internet-usage-statistics-in-malaysia-for- 2017/

Anis N. M. N., Rahim R. A., & Lim, Y. (2012). „Najib: Cyber bullying a serious threat to kids’. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/10/10/najib- cyber-bullying-aserious-threat-to-kids (Accessed: 4 August 2019)

Asyraf, F. (2016, July 1). WeChat tops list of apps used by sexual predators targeting Malaysian kids. New Straits Times. Retrieved from

https://www.nst.com.my/news/2016/07/156097/wechattopslistappsusedsexualpredat orstargetingmalaysiankids

Ayub, Z. A., Yusoff, Z. M., & Haq, M. Z. Legal Framework on Protection of Children against Cyberbully in Malaysia: A Cause of Great Concern.

Aziz, H. (2018, November 28). Speak up about cyberbullying: An invisible form on campus.

Retrieved from https://www.nst.com.my/education/2018/11/435278/speak-about- cyberbullying-invisible-form-campus

Balakrishnan, V. (2015). Cyberbullying among young adults in Malaysia: The roles of gender, age and Internet frequency. Computers in Human Behavior, 46, p.p. 149- 157. Retrieved from

https://pdfs.semanticscholar.org/83da/fec17232d5d223152329dfedc163512d03e8.pd f

Cheng, N. (2015, January 31). 13-year-old raped by FB Friend. The Star. 31 January 2015.

Retrieved from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/01/31/13yearold- raped-by-FB-friend-Rapistfetches-girl-from-school-under-false-pretences.

(6)

Chern, L. T. (2020, May 22). Cyberbullying victim leaves suicide note. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/22/cyberbullying-victim-leaves- suicide-note

Child Maltreatment - Prevalence, Incidence and Consequences in East Asia and the Pacific:

A Systematic Review of Research.

Covenant Eyes, http://www.covenanteyes.com/resources

Dudley, R. (2018). Suicide epidemic is a concern. The Star Online (2018)

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/06/15/suicide-epidemic-is- aconcern [2 May 2019]

Fong P. (2012). „B.C. victim of cyber-bullying commits suicide‟. Available at:

http://www.thestar.com/news/canada/2012/10/12/bc_victim_of_cyberbullying_com mits_suicide. html (Accessed: 5 August 2019).

Hinduja S, Patchin JW. (2010) Bullying, cyberbullying, and suicide. Archives of Suicide Research. 2010;14(3):206–221

Hinduja, S & Patchin. J.W (2008). Cyberbullying; an exploratory analysis factors related to offending and victimization. Deviant behavior, 29, 129-156

Hinduja, S. & Patchin, J. W. (2018). Connecting adolescent suicide to the severity of bullying and cyberbullying. Journal of School Violence.

Internet User Survey, (2018) Malaysian Communication Multimedia Commission (MCMC) Kim, J. H., Walsh, E., Pike, K. & Thompson, E. A. (2019). Cyberbullying and victimization

and youth risk: The buffering effects of School Connectedness. The Journal of School Nursing

Kowalski, R. M., Giumetti, G. W., Schroeder, A. N., &Lattanner, M. R. (2014). Bullying in the digital age: A critical review and meta-analysisof cyberbullying research among youth. Psychological Bulletin, 140(4), 1073–1137.

Kowalski, R., Limber, S., & Agatston, P.W. (2008). Cyber bullying. Malden MA: Blackwell Publishing

Kumaran, L. (2016, June 10). Worrying rise of sexual crimes against children. The Malay Mail. Retrieved from

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/worryingriseofsexualcrimesag ainstchildren

Laws to Tackle Cyber Bullying Being Drafted in Malaysia. (2017, February 7). South China Morning Post. Retrieved from http://www.scmp.com/tech/article/2068707/laws- cyber-bullying-beingdrafted-malaysia

Malay Mail, 2018 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/10/27/malaysia-sixth- worst-in-global-cyber-bullying-ladder/1687181

Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT), 2019

Malaysian and Global Views on Cyberbullying. 2018. IPSOS. Retrieved from https://www.ipsos.com/en-my/malaysian-and-global-views-cyberbullying Mason, K.L (2008). Cyberbullying; a preliminary assessment for school personnel.

Psychology in the schools, 45 ,323-348I

Morgan, C., and Roberts, A. (2018). Twelve-year-old girl commits suicide after cyber- bullying. Available at: https://www.thesun.co.uk/fabulous/7609464/mallory- grossman-suicide-12/ (Accessed: 5 August 2019).

Perren, S., & Gutzwiller-Helfenfinger, E. (2012). Cyberbullying and traditional bullying in adolescence: Differential roles of moral disengagement, moral emotions, and moral values. European Journal of Developmental Psychology, 9(2), 195–209.

Safeguard Children from Cyber Bullying, Cyber Security, 2014

(7)

Schrock, A., & Boyd, D. (2008). Online threats to youth: Solicitation, harassment, and problematic content: Literature review prepared for the Internet Safety Technical Task Force

Shariff, S., & Johnny, L. (2007). Cyber-libel and cyber bullying: Can schools protect student reputations and free expression in virtual environments? McGill Journal of

Education, 16, 307−342.

Shiying, C. C., & Chern, L. T. (2017, May 4). ‘Cremate my body. No need tombstone and funeral. Goodbye’. The Star. Retrieved from

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/04/cremate-my-body-no-need- tombstone-and-funeral-goodbye/

Tang Ruxyn. (2017, May 5) Student in Penang Left A Suicide Note On Facebook Before Jumping To His Death. Retrieved from https://says.com/my/news/taruc-student-left- a-suicide-note-on-facebook-before-jumping-off-penang-flat.

Tajudin, A (2020, October 11) Does Malaysia Have a Cyberbullying Problem? Retrieved from https://theaseanpost.com/article/does-malaysia-have-cyberbullying-problem Tariq, Q. (2013, April 10). Man Charged with Raping 13-year-old Girl He Befriended on

Facebook. The Star. 10 April 2013. Retrieved from

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/04/10/Mancharged-with-raping- 13yearold-girl-he-befriended-on-Facebook/ Accessed on 12/4/2017.

The Star Online (2017) https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/04/11/on-the-alert- for-cyberbullying#K3p98sAi9I5hEKaO.99

The Star. (2016) https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2016/03/16/protecting-children- from abuse/#h2y0qwW6Sm8PyREP.99Nowadays

The Star. (2014, May 28). Girl Raped by Facebook Friend. The Star. Retrieved from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/04/10/Man-charged-with-raping- 13yearold-girl-hebefriended-on-Facebook/

Umesh, B., Ali, N. N., Farzana, R., Bindal, P. & Aminah, N. N. (2018). Student and teachers perspective on cyber-bullying. Journal of Forensic Psychology.

Ybarra, M. L., Diener-West, M., & Leaf, P. J. (2007). Examining the overlap in Internet harassment and school bullying: Implications for school intervention. Journal of Adolescent Health, 41(6), S42-S50.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Salah satu dari masalah menggunakan internet secara global ialah undang-undang siber yang tidak menyeluruh?. (a) What does it mean by

30) “Katakanlah(wahai Muhammad)kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara

Permasalahan kajian ini bertujuan untuk menunjukkan kekurangan undang-undang yang jelas berkaitan dengan piawaian pelancongan halal dan tempatnya di dalam perundangan

Berdasarkan peningkatan jumlah kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme di Malaysia dan dasar kerajaan yang menerima golongan ini untuk bersekolah, maka penting untuk

Ianya seperti mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak, meningkatkan hubungan dengan rakan sebaya anak-anak serta ibubapa mereka (mengalakkan melakukan aktiviti di rumah,

Selepas undang-undang tatacara jenayah syariah yang khusus digubal, peruntukan tersebut dimansuhkan dan hukum syarak dijadikan sebagai rujukan muktamad sebagaimana

Barangan tidak tersenarai adalah barangan yang boleh digunakan dalam sesuatu aktiviti yang dilarang tetapi tidak dikelaskan sebagai barangan strategik di bawah

Sekiranya kecederaan parah itu disebabkan oleh penggunaan senjata merbahaya seperti alat untuk menembak, menikam atau memotong, atau apa jua alat yang boleh