• Tiada Hasil Ditemukan

View of SEJARAH PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA ZAMAN KOLONIAL BRITISH DI NEGERI PERAK, 1874-1941

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of SEJARAH PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA ZAMAN KOLONIAL BRITISH DI NEGERI PERAK, 1874-1941"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

30

SEJARAH PENDIDIKAN VERNAKULAR CINA

ZAMAN KOLONIAL BRITISH DI NEGERI PERAK, 1874-1941

(THE HISTORY OF CHINESE VERNACULAR EDUCATION DURING

THE BRITISH COLONIAL PERIOD IN THE STATE OF PERAK, 1874-194)

1Phun Lee Lee

2Hairi bin Ariffin, Ph.D

1Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

2Universiti Pendidikan Sultan Idris

1 Corresponding author:umphunlily8@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejarah pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak antara 1874-1941. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk menggunakan kaedah analisis dokumen. Sumber primer yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia yang terdiri daripada fail-fail kolonial British iaitu Laporan Tahunan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Laporan Tahunan Tambahan Kerajaan Perak Gazette, Pejabat Tanah Jajahan, laporan tahunan dan fail-fail kerajaan Perak manakala sumber sekunder adalah dikumpul daripada buku, jurnal, kertas kerja seminar, tesis, koleksi keratin akhbar dan majalah sekolah. Perbincangan ditumpukan kepada sejarah latar belakang masyarakat Cina di negeri Perak dan perkembangan pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak. Dapatan kajian juga menunjukkan dasar kolonial British terhadap pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kejayaan orang Cina menubuhkan sekolah-sekolah vernakular Cina tanpa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan kolonial British sebelum melaksanakan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 di negeri Perak. Implikasi kajian menunjukkan orang Cina bergiat aktif dalam memperjuangkan pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak di antara tahun 1874 hingga 1941.

Kata Kunci: Sejarah, pendidikan, vernakular Cina, British, Perak.

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the history of Chinese vernacular education during the British colonial period in the state of Perak, 1874-1941. This research was qualitative in nature using document analysis. First hand references sourced in National Archives of Malaysia are British colonial files for example, Federated Malay States annual report, Supplements to the Perak

(2)

31

Government Gazette-annual report, Colonial Official Records, annual report and Perak Government files. Whereas second hand references sourced were collection from books, journal, paper work seminar, thesis and collection from newspaper cuttings and school magazines. The discussion focuses on the background history of the Chinese society in state of Perak and the development of Chinese vernacular education during British colonial period in the state of Perak.

Research findings show that the policy of British colonial on Chinese vernacular education during the British colonial period in the state of Perak. Conclusions of the research show that Chinese people succeeded to build Chinese vernacular schools without any monetary assistant from the British colonial government before the implementation School Registration Enactment 1920 in the state of Perak. The implications of the research show that Chinese people were very active in fighting for Chinese vernacular education during British colonial period in the state of Perak between 1874 until 1911.

Keywords : History, education, Chinese vernacular, British, Perak.

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Negeri Perak mula ditadbir oleh pihak kerajaan kolonial British dengan cara rasmi pada tahun 1874.

Kemasukan orang Cina beramai-ramai ke negeri Perak menyebabkan pendidikan vernakular Cina berkembang dengan pesat. Pendidikan dianggap sangat penting bagi orang Cina demi masa depan anak generasi mereka. Sebelum kedatangan British pendidikan Cina yang wujud di negeri Perak adalah berbentuk tradisional ataupun tidak formal, namun pendidikan vernakular Cina berkembang dengan pesat semasa kedatangan ramai pelombong Cina ke negeri Perak pada zaman kolonial British, 1874-1941.

Sebelum tahun 1900 sekolah Cina di negeri Perak adalah sealiran coraknya dengan sekolah- sekolah di negara Tanah Besar China. Ini dapat dibuktikan bahawa kerana sifat ketaatan terhadap negara Tanah Besar China dan juga sokongan yang kuat daripada pihak kerajaan negara Tanah Besar China terhadap pendidikan Cina. Tumpuannya ialah kepada ajaran-ajaran klasik Cina dan juga belajar secara hafalan (Purcell Victor, 1948, pp.224-225). Selain itu, semua kurikulum yang diajar di negeri Perak adalah berkaitan dengan negara Tanah Besar China dan tiada sedikitpun yang berkaitan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu khususnya di negeri Perak. Pendidikan vernakular Cina yang dibawa masuk ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu khususnya di negeri Perak menjelang akhir kurun yang kesembilan belas dijelaskan oleh Purcell, Victor seperti berikut:

(3)

32

Pelajaran sekolahnya mengandungi kegiatan menghafal buku-buku falsafah agamanya, dan kegiatan menulis berbagai-bagai bentuk huruf bahasa Cina sebagai latihan mental pada peringkat asasnya. Latihan menulis ini kononnya memberikan latihan pergerakan tangan yang diabaikan sahaja di negara-negara Barat. Pada peringkat kedua, murid- murid menterjemahkan buku ke dalam bahasa pertuturan (misalnya membaca) serta mengikut pelajaran mengarang.

Pada peringkat ketiga pula, diadakan pelajaran surat menyurat serta mengarang cerita. Murid-murid menghafal pelajarannya secara kuat (suatu pelajaran melatih konsentrasi apabila semua murid lain menjalankan kegiatan yang sama dengan menggunakan buku lain, ataupun menggunakan buku yang sama tetapi di bahagian yang berlainan), dan membacanya secara kuat dengan membelakangkan gurunya sebagai satu cara menguji hafalannya apabila seseorang murid itu telah bersedia (Purcell Victor, 1936, pp.18-19).

Pernyataan Masalah

Kolonial British telah memperkenalkan sistem pendidikan sekular di Tanah Melayu termasuk di negeri Perak. Sistem pendidikan sekular terbahagi kepada pendidikan vernakular Melayu, pendidikan vernakular Cina, pendidikan vernakular Tamil dan sekolah Inggeris di negeri Perak.

Pada awal tahun sebelum 1920, kerajaan kolonial British tidak mempedulikan bidang pendidikan langsung kerana berpendapat bahawa pendidikan vernakular Cina tidak membawa apa-apa keuntungan. Pihak kolonial British menganggap bahawa orang Cina merupakan golongan yang tinggal sementara sahaja dan tidak perlu memberi pendidikan kepada mereka. Pelombong Cina tidak tinggal lama di negeri Perak dan akan balik ke negara asal mereka.

Walau bagaimanapun, pendidikan vernakular Cina telah dilaksanakan dengan baik oleh orang Cina sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada pihak kolonial British. Selepas tahun 1920, kerajaan kolonial British telah meminta semua sekolah vernakular Cina supaya didaftarkan. Jika sekolah vernakular Cina didaftarkan maka sekolah tersebut akan dapat bantuan kewangan daripada kerajaan kolonial British di negeri Perak. Namun begitu, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 masih gagal untuk mengawal perkembangan sekolah-sekolah vernakular Cina di negeri Perak.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:-

(4)

33

i. Melihat latar belakang dan perkembangan pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak, 1874-1941.

ii. Melihat dasar kerajaan kolonial British terhadap pendidikan vernakular Cina di negeri Perak bagi tempoh tahun 1874-1941.

Soalan Kajian

Antara soalan kajian adalah seperti yang berikut :-

i Bagaimanakah latar belakang dan perkembangan pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak, 1874-1941 ?

ii Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kolonial British yang mempengaruhi pendidikan vernakular Cina di negeri Perak bagi tempoh 1874-1941?

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap boleh membantu dan mampu memberitahu generasi yang akan datang untuk mengetahui perjuangan dan memartabatkan pendidikan vernakular Cina yang diperjuangkan oleh nenek moyang orang Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak iaitu bermula sejak pada tahun 1874 sehingga 1941. Hasil daripada penyelidikan ini dijadikan sebagai panduan atau rujukan kepada ilmuan atau ahli akademik sama ada di dalam atau luar negara supaya mereka boleh lebih memahami dan mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah perkembangan pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British di negeri Perak, 1874 hingga 1941.

Batasan Kajian

Batasan kajian yang utama adalah memberi fokus mengenai sejarah perkembangan pendidikan vernakular Cina di negeri Perak sahaja pada zaman kolonial British, 1874-1941. Pemilihan tahun 1874 sebagai tahun permulaan kajian adalah kerana pada tahun tersebut kerajaan kolonial British telah mula campur tangan di negeri Perak dengan menanganinya Perjanjian Pangkor dan bermulalah pentadbiran kolonial British di negeri Perak.

Selain itu, kajian ini adalah dalam lingkungan pendidikan vernakular Cina sahaja.

Merangkumi segala aspek-aspek yang berkaitan terhadap pendidikan vernakular Cina pada zaman kolonial British. Kajian ini juga hanya memberi fokus terhadap isu-isu dalam pendidikan vernakular Cina dan implikasi terhadap kepentingan politik, ekonomi dan sosial masyarakat Cina zaman kolonial di negeri Perak sahaja bermula pada tahun 1874 sehingga 1941.

(5)

34

TINJAUAN LITERATUR

Tinjauan literatur yang berkaitan dengan pensejarahan di negeri Perak adalah amat kurang berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu. Ini adalah kerana tinjauan literatur mendedahkan tidak mempunyai kajian yang banyak diadakan tentang pensejarahan di Tanah Melayu apatah lagi kajian yang khusus bagi sesebuah negeri seperti negeri Perak.

Khairi Ariffin (2009) dalam tesisnya yang bertajuk Dasar kolonial British terhadap pendidikan Melayu di Tanah Melayu, 1900-1957 telah membincangkan dengan teliti tentang dasar kolonial British yang mewujudnya pendidikan sekular di Tanah Melayu. Penulis bukan sahaja membincangkan mengenai dasar kolonial British terhadap pendidikan Melayu di Tanah Melayu pada tahun 1900 hingga kemerdekaan secara mendalam dan juga menjelaskan dengan dasar kolonial British terhadap pendidikan Melayu di Tanah Melayu dengan lengkap. Penulis menggunakan pelbagai sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder yang amat mencukupi.

Selain itu, penulis juga menyentuh dasar kolonial British terhadap pendidikan yang lain seperti pendidikan vernakular Cina, pendidikan vernakular Tamil dan sekolah Inggeris di Tanah Melayu.

Perbincangan yang mengikut kronologi yang tersusun dengan baik iaitu bermula dengan dasar kolonial British, pendudukan Jepun dan sehingga pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu. Tesis beliau dengan adanya kronologi yang lengkap telah memberi banyak manfaat dan ilmu pengetahuan kepada penyelidik mengenai sedikit sebanyak tentang sejarah pendidikan vernakular Cina di Tanah Melayu dengan jelas.

Sia Keng Yek (2003) dalam tesisnya yang bertajuk Kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, 1956–2000membincangkan kewujudan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina semasa penjajahan British. Perbincangan juga menjurus kepada pembiayaan dan pembangunan fizikal sekolah Cina serta pengurusan dan pentadbiran fizikal sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dilaksanakan di Tanah Melayu pada tahun 1956 hingga 2000. Seterusnya, penulis juga membincangkan isu-isu yang timbul sejak sistem persekolahan Cina yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu, penulis memberi fokus kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dalam sistem pendidikan, 1956-2000. Penulis membincangkan sistem persekolahan Cina dalam jangka masa sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan.

Buku tentang Orang-orang Cina di Tanah Melayu yang ditulis oleh Victor Purcell (1948) terjemahan oleh Nik Hasnaa Nik Mahmood telah turut membincangkan orang-orang Cina di negeri- negeri Melayu sehingga tahun 1900. Dalam bukunya, beliau telah banyak membincangkan aspek- aspek yang penting mengenai isu agama, hubungan di antara pihak kerajaan kolonial British dengan

(6)

35

orang Cina, pertubuhan kongsi gelap Cina, masalah sosial, buruh Cina penghijrahan, pertubuhan- pertubuhan politik, sistem pendidikan Cina, perindustrian dan juga orang Cina selepas pendudukan Jepun. Isu-isu yang amat lengkap boleh dikatakan yang ditulis oleh Victor Purcell. Tulisan Victor Purcell yang amat mantap dan memberi penjelasan dengan teliti ia merupakan sebuah sumber buku yang amat bersesuaian sebagai rujukan asas bagi orang-orang Cina yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang maklumat nenek moyang orang Cina yang berada di Tanah Melayu pada tahun 1900.

Penyelidik juga mendapat banyak maklumat daripada buku beliau yang dikatakan amat lengkap mengenai orang Cina pada zaman kolonial British di Tanah Melayu.

The Politics Of Chinese Education in Malaya 1845-1961, tulisan Tan Liok Ee (2005) pula banyak menjelaskan mengenai sejarah perkembangan pendidikan Cina dalam menerima pendidikan di negara Tanah Besar China dan juga di Tanah Melayu. Penulis menulis dasar pendidikan yang digunakan oleh pihak kerajaan kolonial British pada mulanya mendapat tentangan yang hebat oleh orang Cina. Namun begitu, dasar pihak kerajaan kolonial British terhadap pendidikan vernakular Cina tidak dapat membentuk satu dasar pendidikan yang dapat menjamin konsep bernegara selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ketelitian perbincangan mengenai pendidikan Cina oleh beliau turut secara langsung atau tidak langsung membantu penyelidik mengkaji tentang maklumat berkenaan.

Dalam buku Tan Yao Sua (2005) yang bertajuk Pendidikan Cina di Malaysia Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan,penulis mendokumentasikan tekad usaha serta masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik Cina dalam mempertahankan sistem pendidikan Cina di Malaysia. Penulis menonjolkan dilema yang dihadapi oleh kumpulan minoriti dalam membangunkan sistem pendidikannya dalam masyarakat majmuk yang didokumentasi kumpulan majoriti berdasarkan wacana tentang peranan pendidikan sebagai alat pembinaan negara bangsa.

Ruang lingkupnya mencakupi sejarah perkembangan, percaturan politik dan gerakan perjuangan.

Dari segi sejarah perkembangan, penulis turut menelusuri asal usul pendidikan Cina serta kedudukannya dalam konteks penggubalan dasar bahasa dan pendidikan di Malaysia. Sementara itu, dari segi percaturan politik, penulis juga membincangkan usaha pendidik Cina untuk memobilisasikan sokongan parti politik bagi mempertahankan sistem pendidikan Cina menerusi strategi perjuangan poitik yang berlainan. Selain itu, penulis meninjau gerakan perjuangan pendidik Cina yang berkisar pada isu pengiktirafan bahasa serta isu perkembangan dan pembangunan sistem pendidikan Cina. Sehubungan itu, penyelidik telah mendapat banyak maklumat dan ilmu daripada buku beliau mengenai pendidikan Cina di Malaysia.

(7)

36

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dengan menekankan analisis dokumen dan manuskrip dalam membuat tinjauan dan ulasan yang komprehensif terhadap dokumen primer dan sekunder yang relevan dengan tema penyelidikan dan juga dapat mengutip data-data sumber primer dan sumber sekunder mengenainya. Dalam menjalankan penyelidikan ini, sumber primer memainkan peranan yang sangat penting kerana sumber primer adalah penting bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat. Sumber-sumber utama tersebut termasuklah fail-fail kerajaan seperti fail-fail dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan fail-fail daripada jabatan, surat-menyurat pelbagai pihak, penerbitan kerajaan, laporan tahunan sesuatu jabatan, memoir, buku harian, catatan, surat, akhbar, majalah, sumber lisan dan sebagainya yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Perak dan Muzium Negeri Perak.

Selain itu, sumber-sumber primer juga didapati dalam bentuk mikrofilem yang terdapat di Arkib Negara Malaysia dan juga Perpustakaan Universiti Malaya. Perpustakaan yang penyelidik telah dikunjungi ialah Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Zaba’ Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Awan Negeri Perak, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Muzium Negara dan Perpustakaan Muzium Perak. Memandangkan penulisan ini merupakan satu kajian sejarah, maka penyelidik menentukan metodologi atau kaedah kajian yang sesuai dan praktikal serta berkesan bagi memastikan objektif dan matlamat kajian ini tercapai. Penekanan kepada pensejarahan yang berpandukan kepada sumber khasnya.

Selain itu, sumber-sumber yang dianalisis oleh penyelidik adalah seperti Perak State Council (Minutes), Perak Government Gazette, Kinta Land Office, Federaced Malay States Gazette, Annual Report of Federated Malay States, Annual Report Perak, Annual Report of Education, Colonial Office -C/O, akhbar-akhbar dan memorandum iaitu dokumen yang merakamkan syarat- syarat perjanjian.

Di samping itu, metodologi kajian yang digunakan lebih banyak tertumpu kepada analisis dokumen yang melibatkan penggunaan sumber khususnya rekod, dokunen dan file. Di samping itu, penyelidik juga menggunakan dokumen primer seperti Laporan Pelajaran yang telah ditulis oleh pegawai-pegawai kerajaan kolonial British yang melaporkan mengenai perjalanan dasar pelajaran di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan juga Tanah Melayu amnya. Tidak lupa juga penyelidik menggunakan akhbar, surat-surat persendirian dan juga memorandum yang dapat mengemukakan

(8)

37

persoalan dasar pendidikan khususnya di negeri Perak. Penyelidik juga merujuk kepada bahan- bahan bacaan yang sedia ada yang telah dikaji oleh penyelidik ataupun penulis-penulis lain sama ada dalam negeri ataupun luar negeri.

DAPATAN KAJIAN

Sejarah perkembangan sistem pendidikan vernakular Cina di negeri Perak telah bermula sejak penghijrahan kemasukan orang Cina pada awal abad ke-19 (Lin Yuanhui & Zhang Yinglong, 1991, pp. 94-140). Imigran Cina bukan sahaja membawa bersama-sama dengan adat istiadat, kepercayaan, agama, kebudayaan dan sistem pendidikan mereka ke negeri Perak. Selain mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka untuk mendidik kanak-kanak Cina agar anak- anak mereka dapat mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina (Tan Yao Sua, 2005, p.65). Jelas terbukti, masyarakat Cina yang begitu mementingkan pendidikan dan memberi penghormatan yang sangat tinggi kepada pendidikan demi masa depan anak-anak mereka.

The immigrants therefore established schools for their children in Malaya and supported them from their own resources since the government at first accepted no financial responsibility (Paul Chang Ming,1975, p.15).

Oleh kerana sayang dan hormatnya dari segi tradisional terhadap pembelajaran, orang Cina telah mengambil inisiatif mendirikan sekolah-sekolahnya sendiri (Paul Chang Ming, 1975, p.15).

Untuk menyelesaikan masalah pendidikan kepada anak-anak orang Cina. Sekolah-sekolah vernakular Cina didirikan melalui usaha orang perseorangan yang kaya, masyarakat Cina sendiri atau pengusaha lombong Cina sendiri (Kementerian Pelajaran Malaysia,1980, p.3). Mereka sanggup mendirikan sekolah vernakular Cina melalui usaha orang perseorangan atau persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat penempatan orang Cina. Bentuk sekolah yang ditubuhkan mengalami perubahan seperti yang berlaku di negara Tanah Besar China, iaitu daripada bentuk sekolah lama kepada bentuk sekolah moden (Tan Yao Sua, 2005, p.65). Guru-guru kebanyakannya tidak mempunyai latihan. Guru-guru mempunyai pekerjaan lain seperti menilik nasib dan menulis surat. Jelas terbukti, orang yang boleh membaca dan menulis pada masa itu adalah dianggap cukup berkelayakan untuk mengajar di sekolah Cina (Paul Chang Ming, 1975, p.15).

Orang Cina menekankan bahawa penggunaan bahasa pengantar Cina diutamakan berbanding dengan bahasa pengantar Inggeris. Pelajar lelaki dan perempuan Cina yang dihantar ke sekolah-sekolah Inggeris lebih cenderung ke arah pandangan bersifat malayan manakala mereka

(9)

38

yang belajar di sekolah vernakular Cina lebih menganggap diri mereka sebagai orang Cina (Purcell Victor,1997, p.241). Terdapat tiga faktor utama telah membawa kepada perkembangan sistem sekolah. Faktor-faktor itu iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha-usaha wakil sukarela perwakilan Kristian mengenai pendidikan dalam Bahasa Inggeris terutamanya pendidikan bagi kanak-kanak perempuan dan minat serta usaha masyarakat mengenai pendidikan dalam bahasa Cina dan ketiadaan suatu dasar pendidikan yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap (Paul Chang Ming, 1975, p.15).

Negeri Perak menerima seorang Residen British pada tahun 1874 telah menyebabkan dasar pentadbiran pihak kerajaan kolonial British yang diamalkan dalam urusan kehidupan masyarakat dalam konteks politik, ekonomi, dan sosial. (Philip Loh Fook Seng,1975, p.60). Perkara yang dilarang dalam konteks pentadbiran kerajaan kolonial British adalah mencampuri urusan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama dan juga istiadat orang Melayu (Philip Loh Fook Seng,1975, p.60).

Pengenalan sistem pentadbiran British telah membawa dimensi baru kepada masyarakat di negeri Perak khususnya dalam konteks menerima pendidikan asas seperti pengetahuan membaca, menulis dan mengira (Report of Education In The Federated Malay States,1902, p.2).

Pentadbiran pendidikan pihak kerajaan kolonial British di negeri Perak adalah mengikut dasar laissez faire. Akibat daripada dasar ini, telah wujud empat jenis aliran bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris dalam empat jenis sekolah yang berasingan. Sistem persekolahan yang berbeza-beza telah mengasingkan berbagai-bagai kaum dan menyebabkan perkembangan semangat perkauman yang menebal di antara kaum di negeri Perak.

Pada tahun 1920, pihak kerajaan kolonial British mengkanunkan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 untuk mengawal selia perkembangan sekolah vernakular Cina di negeri Perak.

Sehubungan itu, sesetengah sekolah vernakular Cina terpaksa ditutup atas penglibatan guru dan pelajar dalam aktiviti politik di negeri Perak (Report of Education In The Federated Malay States,1902 :2). Walaupun Ordinan ini dibantah oleh masyarakat Cina, namun tetap dilaksanakan dan dipinda sebanyak empat kali untuk mengenakan syarat yang lebih ketat dalam mengawal selia perkembangan sekolah vernakular Cina di negeri Perak. Umpamanya, pindaan pada tahun 1925 memberikan kuasa tambahan lagi oleh pihak kerajaan kolonial British untuk mengawal tindakan terhadap guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti subvertif serta mengharamkan buku teks yang dianggap tidak sesuai digunakan di sekolah vernakular Cina di negeri Perak (Report of Education In The Federated Malay States,1902, p.2).

(10)

39

Dasar pihak kerajaan kolonial British dalam pendidikan vernakular Cina mempunyai taksiran dasar yang jelas. Kawalan yang lebih efektif dilakukan terhadap sekolah-sekolah vernakular Cina di negeri Perak. Pihak kerajaan kolonial British cuba melakukan dasar menyekat perkembangan sekolah-sekolah vernakular Cina dengan menggunakan kaedah politik (CO 717/74/4 : Chinese Vernakular Education in Malaya). Pada tahun 1930, sekolah-sekolah vernakular Cina dikehendaki menghantar segala maklumat mengenai operasi pentadbiran sekolah vernakular Cina.

Berikut ialah butir-butir yang diperlukan oleh pihak kerajaan kolonial British bagi tujuan pendaftaran sekolah-sekolah vernakular Cina. Borang No.1 dinamakan Registration of Overseas Chinese Schools, “Board of Directors”, yang mengandungi butir-butir seperti yang berikut:

Jadual 1

Borang Permohonan Sekolah Pendidikan Vernakular Cina Full Name :

Sex : Age : Nationality : Qualification :

Election of School Directors : Present Occuoation :

Appointment : Duty :

Tenure of Office :

Date of Assumption of Office :

Date of becoming a Kuomintang Member : Reference :

Explaination :

Sumber: CO717/74/4 Chinese Vernakular Education in Malaya

Merujuk kepada Jadual 1 yang mengenai borang permohonan sekolah pendidikan vernakular Cina di sekolah vernakular Cina. Butiran-butiran adalah perlu diisi dan dihantar kepada pihak kerajaan kolonial British. Penubuhan sekolah-sekolah vernakular Cina yang baru tidak akan menerima bantuan kewangan daripada pihak kerajaan kolonial British.

Dasar pendidikan baru ini menegaskan bahawa sekolah-sekolah yang menggunakan selain daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar tidak akan menerima bantuan kerajaan lagi (Mala Selvaraju, 2001, p.95).

Pelaksanaan dasar baru dalam menghalang perkembangan sekolah vernakular Cina di negeri Perak didapati tidaklah begitu berkesan. Oleh itu, Sir Cecil Clementi yang menjawat sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu yang sebenarnya merupakan satu aspek penting bahawa sekolah vernakular Cina berkembang pada peringkat awal sebenarnya tidak sangat memerlukan

(11)

40

bantuan pihak kerajaan kolonial British. Jelas terbukti, terdapat banyak kritikan terhadap dasar Sir Cecil Clementi dalam sekolah-sekolah vernakular Cina di negeri Perak.

Langkah Sir Cecil Clementi untuk memberhentikan pemberian bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah bukan Melayu merupakan satu langkah yang tidak tepat pada waktunya. Sekolah- sekolah vernakular Cina selama ini tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan kolonial British kerana mereka dibantu oleh komuniti Cina dari segi kewangan dan dikawal serta ditadbir oleh guru-guru yang dilantik oleh Parti Nasional Guru (Mala Selvaraju, 2001, p.95).

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dasar pentadbiran oleh pihak kerajaan kolonial British di negeri Perak yang dijalankan selama 67 tahun sehingga dikalahkan oleh orang-orang Jepun dalam tahun 1942. Pihak kerajaan kolonial British yang selama ini adalah mengutamakan berdasarkan kepada bidang ekonomi (Paul Chang Ming Phang,1975, p.1). Sistem pendidikan bagi pihak kerajaan kolonial British tidaklah penting kerana lebih memberatkan kepentingan politik penjajahan daripada kepentingan pendidikan vernakular Cina di negeri Perak (Kementerian Pelajaran Malaysia,1979, p.5).

Pada tahun 1920an, sekolah-sekolah vernakular Cina yang tidaklah menjadi masalah dalam pengurusan dan pentadbiran yang perlu diambil berat oleh pihak kerajaan kolonial Barat. Namun begitu, apabila pengenalan Kod Pelajaran (Education Code) Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 telah membawa perlantikan pegawai-pegawai berbangsa Eropah untuk menguruskan sekolah- sekolah vernakular Cina di negeri Perak.

Pentadbiran sekolah-sekolah vernakular Cina adalah sukar untuk diuruskan dan ditadbir di bawah pihak kerajaan kolonial British. Faktor ini disebabkan keengganan pentadbir-pentadbir sekolah vernakular Cina bekerjasama dengan pentadbiran pihak kerajaan kolonial British. Oleh itu, pihak kerajaan kolonial British hanya dapat mengadakan lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah vernakular Cina sebagai tugas harian mereka sahaja di negeri Perak.

RUJUKAN

Sumber Primer

Annual Reports of Colonies Federated Malay States, 1910-1939.

CO 420/1-06: Supplements To the Perak Government Gazette-30 June,1905 (Administration Report, 1904) Kuala Lumpur: F.M.S. Government Printing Office, 1905.

(12)

41

CO 420/01-06: Federated Malay States-Supplements To The Perak Government Gazette 1905-8 Sept, 1905 (Constents-Annual Reports, 1904).

CO 717/53/14: Education Policy in Malaya

CO 717/74/4: Chinese Vernakular Education in Malaya.

Federated Malay States-Perak, Administration Report for the year 1910 by R.G. Watson, Acting British Resident. (1911). Kuala Lumpur: Federated Malay States Government Printing Office.

Penyata Tahunan Residen-Jeneral, Negeri-negeri Melayu Bersekutu. (1901). dalam Report in the Federated Malay States, 1901, Cd. 1297, London, H.M.S.O

Report of Education In The Federated Malay States, 1902.

Letter Appointing W.E. Maxwell To Be A Member Of Perak State Council, 1878.

Supplements to The Perak Government, Gazete, 1904-1908.

Sumber Sekunder

Abdul Rashid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1, 09.

Abdullah Abdul Kadir.(1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore:

Malayan Publishing House.

Abdullah Zakaria Ghazali. (1997). Pasir Salak: Pusat gerakan menentang British di Perak. Ipoh:

Yayasan Perak.

Aminudin Baki. (1953). The national school of Malaya-Its problems proposed curriculum and activities. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Butcher, J.G. (1975). A social history at British in Malaya. 1880-1941 with special reference to the Federated Malay State. (Unpublished Doctoral Thesis). University of Hull.

Chai Hon Chan. (1964). The Development of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Francis Wong Hoy Kee & Eee Tiang Hong. (1971). Education in Malaysia. Kuala Lumpur:

Heinmann Educational Books (Asia).

Gullick, J. M. (1963). Malaya. London: Ernest Benn Ltd.

Kamus Dewan. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1980). Pelajaran Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(13)

42

Khairi bin Ariffin. (2009), Dasar kolonial British terhadap pendidikan melayu di Tanah Melayu, 1900-1957. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Koh Eng Kiat. (1960). A comparative study of American colonial educational policy in the Philippines and that of the British in Malaya during the period 1898-1935. (Unpublished M.A Thesis).University of London.

Lin Yuanhui & Zhang Yinglong. (1991). Xinjiapo Malaixiya huaqiaoshi (Sejarah Huaqiao di Singapore dan Malaysia). Guangdong: Guangong Higher Education Press.

Mala Selvaraju. (2001). Dasar Pendidikan Sir Clementi Smith dalam Malaysia dari segi Sejarah.

Persatuan Sejarah, Bil. 29. Kuala Lumpur.

Paul Chang Min Phang. (1973). Educational development in a plural societies :A Malaysian Case Study. Petaling Jaya: Malaya Pub. Printing.

Paul Chang Ming Phang. (1975). Perkembangan pelajaran dalam masyarakat berbilang kaum:

Kajian kes Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Philip Loh Fook Seng. (1975). Seeds of separatism educational policy in Malaya 1874-1940. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Purcell, V. (1936). Problems of Chinese education. London: Kegan Paul, Trubner.

Purcell. V. (1948). The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press.

Sia Keng Yek. (2003). Kedudukan sekolah rendah jenis kebangsaan (CINA) dalam sistem pendidikan kebangsaan,1956-2000. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sufean Husin. (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Swettenham, F. (1929). British Malaya. London: The Bodley Mead Ltd.

Tan Liok Ee. (1997). The politics of Chinese education in Malaya, 1945-1961. Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

Tan Yao Sua. (2005). Politik Dongjiaozong dalam pendidikan vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan Yao Sua. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia sejarah, politik dan gerakan perjuangan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tredonning. K. G. (1964). A history of modern Malaya. London: Eastern Universities Press.

Winstedt, R. (1962). Malaya and Its history. London: Hutchison University Library.

Xu Yunqiao. (1982). Zhonghua Minzhi Malaiban kao (Sejarah penempatan orang Cina di Semenanjung Tanah Melayu). Dalam Buku Cenderamata Sempena Ulangtahun ke-54 Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

(14)

43

Yen Ching-Hwang. (1986). A social history of the Chinese in Singapore and Malaya, 1800-1911.

New York: Oxford University Press.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Menurut pengkaji, „…daripada istilah-istilah yang digunakan seperti lord, vassals, vassalage, baron, homage, feudal authority, feudal chief, feudal war dan

Dalam banci penduduk 10 tahun kemudian yang diterbitkan pada tahun 1901 dalam British North Borneo Herald (Jld.19(18), 1 hb Oktober, 1901), kita dapat melihat perubahan berbanding

PERSOALAN KAJIAN Bersesuaian dengan tajuk tesis “Dasar Kerajaan British terhadap Latihan dan Perkhidmatan Perguruan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941”, kajian ini

hingga 1937, PKM telah melakukan penentangan terhadap pentadbiran kerajaan kolonial British di Tanah Melayu secara terbuka, melalui pelbagai tindakan mogok secara besar-besaran

Sehubungan dengan itu, pengkaji akan memilih bahan yang bersesuaian dengan tajuk pengkaji terutamanya dokumen- dokumen kerajaan negeri Selangor, minit mesluarat, surat

Pengaruh sebenar Marx adalah dalam bentuk kelahiran kelompok pendokong aliran atau ideologi Marxisme berpusatkan Eropah yang berpengaruh dalam penulisan sejarah dunia, dari

Perubahan sistem pemilikan tanah yang diperkenalkan oleh pihak British (1909-1941) tidak menghalang wanita Melayu Kedah untuk memohon tanah dari Pejabat Tanah Negeri dan Daerah untuk

Beliau telah membincangkan berkenaan sistem pemilikan tanah British berdasarkan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1913 di Kedah, telah membuka