• Tiada Hasil Ditemukan

View of Hubungan Antara Keterlibatan Ibu Bapa Dengan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Mukah, Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Hubungan Antara Keterlibatan Ibu Bapa Dengan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Mukah, Sarawak"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Hubungan Antara Keterlibatan Ibu Bapa Dengan Prestasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Mukah,

Sarawak

(The Relationship Between Parental Involvement and Mathematics Performance of Secondary School Students In Mukah, Sarawak)

Ngien Hock Wuong1, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore1*

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: effendi@ukm.edu.my Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak dilihat amat penting samada pembelajaran di rumah ataupun di sekolah. Banyak kajian lepas telah menunjukkan keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan berupaya mempengaruhi prestasi matematik anak mereka. Namun begitu, perbincangan secara spesifik tentang jenis skop keterlibatan ibu bapa yang mempengaruhi prestasi matematik anak mereka di Malaysia jarang dibincangkan dalam kajian lepas. Justeru, tujuan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di daerah Mukah, Sarawak. Jenis keterlibatan ibu bapa dibahagikan kepada 3 skop utama iaitu keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi. Seramai 510 orang pelajar tingkatan empat di daerah Mukah, Sarawak terlibat dalam kajian ini dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapat maklum balas pelajar tentang keterlibatan ibu bapa mereka di rumah. Markah skor ujian matematik Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2019 digunakan sebagai data untuk mengukur prestasi matematik.

Dapatan kajian menunjukkan tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah adalah sederhana.

Analisis korelasi yang dilakukan turut menunjukkan tahap keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan terhadap prestasi matematik, manakala tahap keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi mempunyai hubungan positif yang lemah dan signifikan terhadap prestasi matematik. Namun, analisis korelasi juga melaporkan tahap keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan mempunyai hubungan negatif yang lemah dan signifikan terhadap prestasi matematik di Mukah. Analisis Regresi Berganda juga mendapati ketiga-tiga jenis keterlibatan ibu bapa iaitu melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi secara bersama mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap prestasi matematik pelajar dengan menyumbang sebanyak 57.8% variasi perubahan dalam prestasi matematik. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa ketiga-tiga jenis keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi mempunyai peranan dalam mempengaruhi prestasi matematik pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengambil kira dan menimbang aspek keterlibatan ibu bapa dalam merangka dasar dan program yang berkaitan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar.

Kata kunci: keterlibatan ibu bapa; prestasi matematik

Abstract: Parental involvement in children's learning is seen as very important whether learning at home or at school. Many past studies have shown that parental involvement in

(2)

education can influence their child's mathematical performance. However, the specific discussion on the type of scope of parental involvement that affected their child's mathematical performance in Malaysia are rarely discussed in the previous studies. Thus, the aim of the study was to identify the relationship between parental involvement with mathematical performance of secondary school students in Mukah district, Sarawak. The type of parental involvement been divided into 3 main scope namely parental involvement through discussion, monitoring and communication. A total of 510 Form Four students in Mukah District, Sarawak were involved in the study and instruments in this study are using questionnaires and mathematics test scores of Form Three Assessment (PT3) in 2019. Findings from the study show that the mean score of parental involvements level are moderate. The correlation analysis also showed that the mathematics performance has strong and significant positive relationship with parental involvement through discussion, as well as has a weak and significant negative relationship with parental involvement through monitoring and has a weak and significant positive relationship with the parental involvement through communication. The Multiple Regression analysis also found that the three types of parental involvement through discussion, monitoring and communication together have a significant influence on students’ mathematics performance by contributing 57.8% variation in changes of mathematics performance. The findings of this study suggest that all three types of parental involvement through discussion, monitoring and communication have a role in influencing students' mathematics performance.

Therefore, it is important for the stakeholder to consider aspects of parental involvement in formulating relevant policies and programs in effort to further improve students’ academic performance.

Keywords: parental involvement; mathematics performance

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Matematik adalah satu subjek yang sukar dipelajari dan dikuasai terutama bagi murid yang berada di luar bandar. Oleh itu, pencapaian yang rendah dalam matematik selalu membimbangkan ibu bapa masa kini. Keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak dilihat amat penting samada pembelajaran di rumah ataupun di sekolah. Banyak kajian lepas telah menunjukkan keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan berupaya mempengaruhi prestasi matematik anak mereka.

Vukovic et al. (2013) mendefinasikan keterlibatan ibu bapa sebagai satu tingkah laku dan sikap yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mempengaruhi kesejahteraan pendidikan murid. Terdapat banyak kajian lepas menunjukkan kesan positif terhadap keterlibatan ibu bapa dalam prestasi matematik pelajar seperti Duppong et al. (2017), Fernández Alonso et al. (2017), Gintautas Silinskas & Eve Kikas (2017), Abah et al. (2018), Ashim & Ahmed (2018), Denner et al.(2018), Wong et al. (2018), Yulianti, Denessen & Droop (2018), Li & Hamlin (2019), Lui et al. (2019) dan Midori Otani (2019). Namun begitu, perbincangan secara spesifik tentang jenis skop keterlibatan ibu bapa yang mempengaruhi prestasi matematik anak mereka di Malaysia jarang dibincangkan dalam kajian lepas.

Penyataan Masalah

Berdasarkan statistik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 telah menunjukkan terdapat kemerosotan peratus kelulusan prestasi Matematik jika dibandingkan dengan tahun 2018 bagi mata pelajaran yang sama. Seterusnya, mengikut analisis keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Matematik sekolah menengah di daerah

(3)

Mukah menunjukkan bahawa peratus kelulusan prestasi Matematik (PT3) dalam 6 tahun yang terdekat ini adalah kurang memberangsangkan.

Keterlibatan ibu bapa telah memberi impak positif dalam peningkatan prestasi akademik anak (Fernandez-Alonso et al. 2017), meningkatkan komunikasi di antara keluarga dan sekolah serta mengurangkan masalah disiplin anak (Carpenter et al. 2016). Namun, Carmichael &

MacDonald (2016) melaporkan keterlibatan ibu bapa bukan hanya memberi impak yang positif tetapi juga memberi impak negatif kepada pencapaian akademik pelajar. Walaupun banyak kajian lepas telah menunjukkan bahawa keterlibatan ibu bapa berhubungkait dengan pencapaian akademik pelajar, namun kajian di sekolah luar bandar seperti di Mukah, Sarawak masih terhad dan terbatas. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan di antara keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di daerah Mukah, Sarawak. Kajian ini bakal menyumbang kepada pembangunan akademik yang lebih baik bagi pelajar-pelajar di daerah Mukah, Sarawak yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar di Malaysia.

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

Objektif kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif untuk mengenal pasti hubungan di antara keterlibatan ibu bapa terhdap prestasi matematik. Berikut adalah objektif kajian yang dijalankan:

(1) Mengkaji tahap keterlibatan ibu bapa dalam kalangan pelajar di daerah Mukah.

(2) Mengenal pasti sama ada wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

Persoalan Kajian

1) Apakah tahap keterlibatan ibu bapa dalam kalangan pelajar di daerah Mukah?

2) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

3) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

4) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

5) Adakah wujudnya pengaruh yang signifikan bagi keterlibatan ibu bapa melalui (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) terhadap prestasi matematik pelajar sekolah

menengah di Mukah?

2. Kajian Lepas

Majoriti penyelidikan telah menunjukkan kesan positif terhadap keterlibatan ibu bapa dalam prestasi akademik anak-anak (Rivera & Li 2019; Kafoussi, Chaviaris & Moutsios-Rentzos 2019; Ramalingam et al. 2019; Veas et al. 2019). Banyak kajian lepas telah menunjukkan bahawa keterlibatan ibu bapa di rumah (termasuk ibu bapa membantu secara langsung dalam kerja rumah anak-anak) serta terlibat aktif dalam aktiviti di sekolah didapati mempunyai impak yang positif terhadap prestasi akademik pelajar (Wong et al. 2018; Garbacz et al. 2018; Liu et al. 2019).

(4)

Aryn dan Elizabeth (2016) menunjukkan keterlibatan ibu bapa dapat mempertingkatkan keterlibatan tingkahlaku dan kognitif pelajar dalam pembelajaran dan akhirnya memberi sumbangan kepada prestasi akademik remaja di Amerika Syarikat. Sementara itu, kajian oleh Wong et al (2018) terhadap murid sekolah rendah di Hong Kong telah menunjukkan dengan adanya sokongan daripada ibu bapa terhadap kerja rumah dan aktiviti sekolah dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengkaji-pengkaji lain seperti Duppong Hurley et al.

(2017); Yulianti, Denessen & Droop (2018) dan Gulce Kalayci & Huseyin Oz (2018) turut menegaskan bahawa keterlibatan ibu bapa dalam sokongan kerja rumah dapat memberi impak yang positif kepada prestasi akademik pelajar.

Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan, kebanyakan hasil kajian telah menunjukkan kesan positif terhadap keterlibatan ibu bapa dalam prestasi akademik pelajar. Namun begitu, ada hasil kajian lepas juga menunjukkan kesan negatif kepada pencapaian akademik pelajar. Carmichael

& MacDonald (2016) telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan murid sekolah rendah di Australia dan mendapati dengan bantuan ibu bapa dalam kerja rumah matematik lebih dari lima malam seminggu akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi matematik murid.

Manakala Angran Li & Daniel Hamlin (2019) bersetuju bahawa keterlibatan ibu bapa membantu secara langsung dalam kerja rumah anak mereka memberi impak yang negatif kepada prestasi akademik.

Bagi segi keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan dan kawalan di rumah, Eunjoo Jung &

Yue Zhang (2016) melaporkan terdapat kesan yang negatif terhadap prestasi akademik murid di Amerika Syarikat. Dapatan kajian yang sama telah ditemui oleh Fernandez et al. (2017) di mana tahap keterlibatan dari segi kawalan dan pemantauan yang tinggi oleh ibu bapa di rumah akan memberi kesan yang negatif kepada akademik pelajar di Sepanyol. Walaupun banyak kajian lepas telah menunjukkan keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan dapat mempengaruhi prestasi akademik anak mereka, namun perbincangan secara spesifik tentang jenis skop keterlibatan ibu bapa yang mempengaruhi prestasi akademik anak mereka masih kurang dibincangkan dalam kajian lepas. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis skop keterlibatan ibu bapa yang mempengaruhi prestasi matematik bagi pelajar sekolah menengah di Mukah. Kajian ini mampu menyumbang kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan para pengkaji memperolehi maklumat yang lebih mendalam dan jelas terhadap peranan keterlibatan ibu bapa dalam meningkatkan prestasi matematik pelajar.

3. Metodologi Kajian 3.1 Instrumen Kajian

Jenis reka bentuk kajian tinjauan yang digunakan adalah kajian rentas (cross sectional survey) dengan menggunakan teknik soal selidik yang dibangunkan oleh Campell (1994) untuk meninjau maklumat tentang hubungan di antara keterlibatan ibu bapa dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah, Sarawak.

3.2 Ujian Kesahan Kandungan.

Dari segi kesahan item, pengkaji telah menjemput dua orang pakar untuk mengesahkan instrumen. kedua-dua pakar jemputan mempunyai berkelulusan PhD dalam pendidikan Matematik dan mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan matematik lebih daripada 20 tahun. Selepas kedua-dua pakar menilai, pengkaji mengira nilai persetujuan setiap item instrumen daripada pakar menggunakan SPSS-25 untuk mencari skor Indeks pekali Cohen Kappa. Menurut Dawson & Trapp (2004), nilai pekali cohen kappa lebih besar daripada 0.81 hingga 1.00 dianggap satu kriteria kebolehpercayaan yang sangat baik. Dalam konteks kajian

(5)

ini, nilai pekali cohen kappa yang dipilih sebagai nilai penerimaan melebihi 0.81 iaitu dalam kategori sangat baik.

3.3 Ujian Kebolehpercayaan Instrumen

Dari segi kebolehpercayaan item pula, pengkaji telah melakukan kajian rintis terhadap 50 orang pelajar yang serupa dari segi umur, latar belakang dan budaya dengan kajian sebenar di sebuah sekolah menengah di luar daerah Mukah untuk mengkaji kebolehpercayaan instrumen dalam kajian ini. Dalam konteks kajian ini, nilai alfa Cronbach yang dipilih sebagai nilai penerimaan ialah melebihi 0.8 iaitu dalam kategori baik.

3.4 Pensampelan Kajian

Kaedah pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah pensampelan kelompok (Cluster Sampling) yang melibatkan 510 orang pelajar tingkatan empat di daerah Mukah, Sarawak.

3.5 Analisis Data

Bagi menganalisis data yang telah diperolehi, kajian ini menggunakan SPSS versi 25. Analisis deskriptif iaitu frekuensi, min dan peratusan telah digunakan bagi memerihalkan dapatan demografi latar belakang responden kajian, tahap prestasi matematik responden dan tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah, manakala analisis inferensi yang digunakan adalah melibatkan ujian parametrik iaitu korelasi Spearman’s Rho dan Regresi Berganda. Ujian kolerasi dijalankan berdasarkan tahap keterlibatan ibu bapa dengan prestasi matematik.

Disamping itu, ujian regresi berganda dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh tahap keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik. Soal selidik yang digunakan mengandungi lima bahagian utama yang terdiri daripada tiga item latar belakang responden, dua item tahap sosioekonomi keluarga (SSE) dan keputusan matematik PT3 (2019), 30 item bagi tiga pemboleh ubah yang dikaji. Jadual 1 menunjukkan pecahan soal selidik mengikut bahagian secara terperinci.

Jadual 1: Pecahan item soal selidik

Bahagian Pemboleh Ubah Konstruk Bilangan Item Sumber

A Demografi Maklumat latar belakang

responden 3 -

B Tahap SSE keluarga &

prestasi matematik

1.Pendapatan keluarga 2.Keputusan matematik

PT3 (2019)

2

-

C Tahap keterlibatan ibu bapa Melalui perbincangan 8 Campell (1994) D Tahap keterlibatan ibu bapa Melalui pemantauan 9 Campell (1994) E Tahap keterlibatan ibu bapa Melalui komunikasi 13 Campell (1994)

Jadual 2 menunjukkan ringkasan kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan persoalan kajian, jenis analisis dan kaedah statistik.

Jadual 2: Ringkasan kaedah analisis yang digunakan

Persoalan Kajian Jenis Analisis Kaedah Statistik

1) Apakah tahap keterlibatan ibu bapa dalam kalangan pelajar di daerah Mukah?

Deskriptif Skor min 2) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan

ibu bapa melalui perbincangan dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

Inferensi Korelasi

3) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

Inferensi Korelasi

(6)

4) Adakah wujudnya hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

Inferensi Korelasi

5) Adakah wujudnya pengaruh yang signifikan bagi keterlibatan ibu bapa melalui (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

Inferensi Regresi Berganda

4. Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada taburan maklumat responden dan analisis data. Di bahagian taburan maklumat responden, ia terbahagi kepada jantina, bangsa dan keputusan PT3 pada tahun 2019 mengikut kategori. Selain itu, analisis data terbahagi kepada tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah, pengujian hipotesis dalam persoalan kajian dan tahap keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar. Kesemua data dan nilai hasil daripada analisis SPSS akan dinyatakan dalam bahagian dapatan kajian ini.

4.1 Taburan Maklumat Responden

Berdasarkan Jadual 3, kajian ini melibatkan sampel kajian seramai 510 orang pelajar iaitu 254 orang pelajar lelaki sebanyak 49.8% dan 256 orang pelajar perempuan sebanyak 50.2%.

Sampel kajian ini merangkumi 38 orang pelajar berbangsa Melayu (7.4%), 52 orang pelajar berbangsa Cina (10.2%), 249 orang pelajar berbangsa Melanau (48.8%), 157 orang pelajar berbangsa Iban Dayak (30.8%) dan 14 orang pelajar yang berbangsa lain-lain (2.8%). Bagi segi keputusan PT3 (2019), seramai 330 orang pelajar (64.7%) gagal dalam PT3 diikuti dengan 72 orang pelajar (14.1%) mencapai tahap minimum (Gred E), 48 orang pelajar (9.4%) mencapai tahap Memuaskan (Gred D), 29 orang pelajar (5.7%) mencapai tahap Baik (Gred C), 17 orang pelajar (3.3%) mencapai tahap Kepujian (Gred B) dan akhir sekali, hanya 14 orang pelajar (2.8%) mencapai tahap Cemerlang (Gred A) sahaja. Secara keseluruhannya, tahap pencapaian PT3 (2019) bagi mata pelajaran matematik di daerah Mukah adalah rendah.

Jadual 3: Frekuensi dan Peratusan Responden

Maklumat Kategori Frekuensi Peratus (%)

Jantina Lelaki 254 49.8%

Perempuan 256 50.2%

Bangsa Melayu 38 7.4%

Cina 52 10.2%

Melanau 249 48.8%

Iban Dayak 157 30.8%

Lain-lain 14 2.8%

Keputusan PT3 (2019)

Gred A (Cemerlang) 14 2.8%

Gred B (Kepujian) 17 3.3%

Gred C (Baik) 29 5.7%

Gred D (Memuaskan) 48 9.4%

Gred E (Mencapai tahap minimum) 72 14.1%

Gagal 330 64.7%

Kesemua data yang dikumpul telah dimasukkan dalam perisian SPSS untuk dianalisis. Menurut Chua (2012), data yang dianalisis adalah bertaburan normal jika mempunyai aras signifikan yang lebih daripada 0.05. Ujian kenormalan data nilai diambil daripada bacaan Kolmogorov- Smirnov kerana bilangan sampel kajian adalah lebih daripada 50 orang responden. Nilai kenormalan bagi keputusan PT3 (2019) adalah 0.00 dan membuktikan data adalah bertaburan tidak normal. Dari segi kesahan kandungan item, nilai pekali cohen kappa hasil daripada analisis ialah 1.00 menunjukkan kesahan kandungan item berada pada tahap yang sangat baik

(7)

(Dawson & Trapp, 2004). Seterusnya, bagi kebolehpercayaan instrumen kajian dianalisis menggunakan kaedah konsistensi dalaman. Nilai pekali alfa Cronbach hasil daripada analisis ialah 0.897 menunjukkan konsistensi dalaman instrumen berada pada tahap yang baik (Cronbach, 1951). Justeru, hasil daripada analisis data yang telah dikumpul menunjukkan data kajian yang diperolehi adalah bertaburan tidak normal dan item yang digunakan adalah bersifat tekal.

4.2 Tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah.

Jadual 4 menunjukkan analisis deskriptif yang menganalisis tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah, Sarawak. Mengikut analisis, nilai min keseluruhan yang ialah 3.583.

Diantaranya, nilai min yang didapati oleh jenis skop keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan ialah 2.959, jenis skop keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan ialah 3.465 dan jenis skop keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi ialah 4.048. Merujuk kepada Nunally (1978), julat skor min di antara 3.01 hingga 4.00 adalah pada tahap yang sederhana tinggi.

Maka, secarakeseluruhannya, tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah adalah pada tahap yang sederhana tinggi.

Jadual 4: tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah, Sarawak.

Jenis Keterlibatan N Purata Sisihan piawai

Perbincangan 510 2.959 0.776

Pemantauan 510 3.465 0.886

Komunikasi 510 4.048 0.744

Keseluruhan 510 3.583 0.466

4.3 Pengujian Hipotesis.

4.3.1 Pengujian Hipotesis dengan Ujian Spearman’s Rho

Kajian analisis menunjukkan data dalam kajian ini adalah bertaburan tidak normal, maka Ujian Spearman’s Rho digunakan untuk menguji hipotesis pertama hingga ke tiga berdasarkan persoalan kajian. Rumusan hasil keputusan ujian hipotesis adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis

Bilangan Hipotesis Pekali

korelasi

Tahap kekuatan

Sig. (2- tailed)

Hasil kajian 1. H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di

antara keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

+0.754 Kuat 0.00 H01 ditolak.

2. H02 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

-0.291 Lemah 0.00 H02 ditolak.

3. H03 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

+0.243 Lemah 0.00 H03 ditolak.

(8)

4.3.2 Pengaruh keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi terhadap prestasi matematik.

Ujian regresi berganda dijalankan untuk melihat sejauh mana pengaruh keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi terhadap prestasi matematik pelajar.

Persoalan Kajian kelima: Adakah wujudnya pengaruh yang signifikan bagi keterlibatan ibu bapa melalui (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah?

H04: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan bagi jenis keterlibatan ibu bapa melalui (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di Mukah.

Bagi menjawab persoalan ini, analisis regresi berganda telah digunakan bagi tujuan untuk menilai kemungkinan terdapatnya sumbangan yang signifikan di antara tiga pemboleh ubah peramal iaitu jenis keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, melalui pemantauan dan melalui komunikasi terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi matematik. Jadual 6 dan Jadual 7 menunjukkan keputusan analisis regresi berganda yang telah dilakukan.

Jadual 6: Ringkasan Model Regresi

R R2 R2 terlaras

Model 1 0.734a 0.538 0.537

Model 2 0.750b 0.563 0.561

Model 3 0.761c 0.578 0.576

a. Peramal: (Pemalar), Perbincangan

b. Peramal: (Pemalar), Perbincangan, Pemantauan

c. Peramal: (Pemalar), Perbincangan, Pemantauan, Komunikasi Jadual 7: Analisis varians model regresi

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Regresi 98111.028 3 32704.009 231.448 0.000

Residual 71498.607 506 141.302

Jumlah 169610.635 509

Jadual 8: Analisis pekali regresi berganda kajian

Model Sisihan piawai β t Nilai-p/Sig

Pemalar -13.289 -3.240 0.001

Perbincangan 15.981 0.679 22.710 0.000

Pemantauan -3.439 -0.167 -5.648 0.000

Komunikasi 3.105 0.127 4.325 0.000

Analisis yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya model regresi adalah signifikan di mana F(3,506)=231.448, p< 0.001 dan R2 = 0.578. Perbincangan (b=15.981, t=22.710, p<

0.001), Pemantauan (b=-3.439, t= -5.648, p< 0.001) dan komunikasi (b=3.105, t=4.325, p<

0.001) merupakan penyumbang atau peramal yang signifikan terhadap prestasi matematik dalam kajian ini. Model regresi daripada analisis yang dijalankan ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, keterlibatan melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi dapat menerangkan 57.8% daripada variasi perubahan dalam prestasi matematik (R2=0.578). Oleh yang demikian, H07 di tolak.

Secara keseluruhannya pula, sumbangan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas kajian iaitu perbincangan, pemantauan dan komunikasi terhadap variasi perubahan dalam prestasi

(9)

matematik ini juga boleh dibentuk melalui model persamaan regresi. Berdasarkan dapatan analisis yang diperoleh dalam Jadual 8, model persamaan regresi untuk kajian ini dapat dibentuk seperti yang berikut:

Prestasi Matematik = -13.289 + Perbincangan (15.981) + Pemantauan (-3.439) + Komunikasi (3.105)

Daripada persamaan ini, dapat diringkaskan bahawa bagi setiap pertambahan satu unit perbincangan, maka prestasi matematik pelajar juga akan bertambah sebanyak 15.981 unit manakala bagi setiap pertambahan satu unit pemantauan, maka prestasi matematik akan berkurangan sebanyak 3.439 unit dan bagi setiap pertambahan satu unit komunikasi, maka prestasi matematik pelajar juga akan bertambah sebanyak 3.105 unit.

5. Perbincangan

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara keterlibatan ibu bapa (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) dengan prestasi matematik pelajar di daerah Mukah, Sarawak. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua jenis keterlibatan ibubapa (Perbincangan, Pemantauan Dan Komunikasi) yang dicatat menyumbang secara signifikan sebanyak 57.8% kepada prestasi matematik. Hubungan regresi ditulis sebagai

Prestasi Matematik = -13.289 + Perbincangan (15.981) + Pemantauan (-3.439) + Komunikasi (3.105)

5.1 Hubungan di antara keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan terhadap prestasi Matematik

Hasil dalam kajian ini mendapati keputusan PT3 mempunyai hubungan positif yang signifikan di tahap yang kuat dan signifikan dengan keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, rs (508)

= +0.754, p < 0.05. Ini bermaksud semakin tinggi tahap keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, semakin tinggi prestasi matematik. Penemuan ini selari dengan kajian lepas yang telah menunjukkan keterlibatan ibu bapa di rumah (termasuk ibu bapa membantu secara langsung dalam kerja rumah anak-anak) dan serta terlibat aktif dalam aktiviti di sekolah didapati mempunyai impak yang positif terhadap prestasi akademik pelajar (Wong et al 2018;

Garbacz et al 2018; Liu et al 2019).

5.2 Hubungan di antara keterlibatan ibu bapa melalui pemantaun terhadap prestasi Matematik

Hasil dalam kajian ini mendapati keputusan PT3 mempunyai hubungan negatif yang signifikan di tahap yang lemah dan signifikan dengan keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan, rs (508)

= -0.291, p < 0.05. Ini bermaksud semakin tinggi tahap keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan, semakin rendah prestasi matematik. Hasil kajian ini selari dengan kajian Levpuscek & Zupanic (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat impak yang negatif terhadap kawalan daripada ibu bapa di rumah dengan prestasi matematik anak mereka dan penemuan mereka telah disokong oleh pengkaji lepas yang melaporkan hasil sama (Karbach et al. 2013).

Begitu juga, gangguan ibu bapa dengan kerja rumah (Gonida & Cortina 2014) dan konflik yang berkaitan dengan kerja rumah (Dumont et al. 2012), memeriksa kerja rumah (Strayhorn 2010), kawalan kerja rumah (Nunez et al 2015) atau bantuan secara langsung dengan kerja rumah (Altschul 2011) didapati mempunyai hubungan negatif dengan prestasi akademik pelajar juga.

(10)

5.3 Hubungan di antara keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi terhadap prestasi Matematik

Hasil dalam kajian ini mendapati keputusan PT3 mempunyai hubungan positif yang signifikan di tahap yang lemah dan signifikan dengan keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi, rs (508)

= +0.243, p < 0.05. Ini bermaksud semakin tinggi tahap keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi, semakin tinggi prestasi matematik. Penemuan ini selari dengan kajian Carpenter et al. (2016) yang menunjukkan bahawa keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi telah memberi impak positif dalam peningkatan prestasi akademik anak.

Hasil kajian ini menyokong kajian McNeal (2012) yang mendapati bahawa ibu bapa yang selalu berkomunikasi dengan anak mereka akan meningkatkan prestasi akademik anak dan mengurangkan masalah disiplin anak contohnya ponteng sekolah. Tahap komunikasi yang tinggi akan meningkatkan pencapaian pelajar (r = 0.13) dan mengurangkan kes ponteng sekolah (r = -0. 20) bagi pelajar Gred 8 di Amerika Syarikat. Hasil kajian ini juga menyokong kajian-kajian lepas yang menumpukan kepada skop berkomunikasi dengan anak yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah telah memberi impak yang positif terhadap prestasi akademik anak mereka (Otani 2020; Assefa & Sintayehu 2019; Kafoussi et al. 2019; Li &

Hamlin 2019; Ramalingam et al. 2019; Rivera & Li 2019; Veas et al. 2019; Garbacz et al.

2018; Cabus & Aries 2017).

5.4 Pengaruh keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantuan dan komunikasi terhadap prestasi matematik dalam kalangan pelajar

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua jenis keterlibatan ibu bapa (perbincangan, pemantauan dan komunikasi) yang dicatat menyumbang secara signifikan sebanyak 57.8%

kepada keputusan PT3. Hubungan regresi ditulis sebagai

Prestasi Matematik = -13.289 + Perbincangan (15.981) + Pemantauan (-3.439) + Komunikasi (3.105)

Daripada persamaan ini, dapat diringkaskan bahawa bagi setiap pertambahan satu unit perbincangan, maka prestasi matematik pelajar juga akan bertambah sebanyak 15.981 unit manakala bagi setiap pertambahan satu unit pemantauan, maka prestasi matematik akan berkurangan sebanyak 3.439 unit dan bagi setiap pertambahan satu unit komunikasi, maka prestasi matematik pelajar juga akan bertambah sebanyak 3.105 unit.

Penemuan ini selari dengan kebanyakan kajian lepas yang telah menunjukkan kesan positif terhadap keterlibatan ibu bapa dalam prestasi akademik anak-anak (Rivera & Li 2019;

Kafoussi, Chaviaris & Moutsios-Rentzos 2019; Ramalingam et al. 2019; Veas et al. 2019).

Banyak kajian lepas telah menunjukkan bahawa keterlibatan ibu bapa di rumah (termasuk ibu bapa membantu secara langsung dalam kerja rumah anak-anak) serta terlibat aktif dalam aktiviti di sekolah didapati mempunyai impak yang positif terhadap prestasi akademik pelajar (Wong et al. 2018; Garbacz et al. 2018; Liu et al. 2019).

Penemuan ini juga menyokong hasil daripada kajian oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Duppong Hurley et al. (2017); Yulianti, Denessen & Droop (2018) dan Gulce Kalayci &

Huseyin Oz (2018) yang menegaskan bahawa keterlibatan ibu bapa dalam sokongan kerja rumah dapat memberi kesan yang positif kepada prestasi akademik pelajar. Penemuan ini turut menyokong kajian Levpuscek & Zupanic (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat impak yang negatif terhadap kawalan daripada ibu bapa di rumah dengan prestasi matematik anak mereka dan penemuan mereka telah disokong oleh pengkaji lepas yang melaporkan hasil sama

(11)

(Karbach et al. 2013). Begitu juga, gangguan ibu bapa dengan kerja rumah (Gonida & Cortina 2014) dan konflik yang berkaitan dengan kerja rumah (Dumont et al. 2012), memeriksa kerja rumah (Strayhorn 2010), kawalan kerja rumah (Nunez et al 2015) atau bantuan secara langsung dengan kerja rumah (Altschul 2011) didapati mempunyai hubungan negatif dengan prestasi akademik pelajar juga.

6. Cadangan Kajian

Berdasarkan batasan penyelidikan ini, beberapa cadangan dimasukkan dalam kajian ini untuk penggunaan kajian masa depan. Pertama, sampel kajian ini kecil dan hanya terhad kepada 510 pelajar Tingkatan 4 di daerah Mukah. Oleh itu, kajian masa depan digalakkan agar kajian lanjutan di bidang ini dilaksanakan di kedua-duanya kawasan luar bandar dan bandar di seluruh negara untuk mendapatkan lebih banyak sampel kajian dengan berbeza latar belakang demografi.

Kedua, penyelidikan ini hanya tertumpu pada keterlibatan ibu bapa. Oleh itu, kajian masa depan harus mengambil kira faktor lain yang mungkin mempengaruhi pencapaian Matematik seperti usia, bahasa, budaya latar belakang, kecekapan pendidik dalam pengajaran, suasana bilik darjah dan iklim sekolah. Ketiga, penyelidikan ini hanya menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan data. Pengkaji masa depan disarankan untuk memperbaiki kaedah yang digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temu bual dan pemerhatian) untuk mengetahui lebih jelas tentang persepsi responden. Di samping itu, penyelidik masa depan juga harus merangkumi guru dan ibu bapa dalam kajian ini untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap keyakinan diri pelajar dan iklim sekolah untuk mengesahkan hasil kajian.

7. Kesimpulan

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis keterlibatan ibu bapa iaitu melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi mempunyai peranan dalam mempengaruhi prestasi matematik pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengambil kira dan menimbang aspek keterlibatan ibu bapa dalam merangka dasar dan program yang berkaitan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar.

Rujukan

Bora, A., & Ahmed, S. (2018). Parents' Socioeconomic Status and Pupils' Mathematics Achievement: Stepwise Multiple Regression Analysis Approach. Online Submission, 4(11), 316-322.

Baranovich, D.L., Fong, P.C., & Hutagalung, Fonny. (2017). Parental Scaffolding in Mathematics Homework Among Malaysian Private Preschoolers: a Case Study.

International Journal of Science and Mathematics Education. 17. 10.1007/s10763-017- 9850-2.

Campbell, F. A., & Ramey, C. T. (1994). Effects of early intervention on intellectual and academic achievement: a follow‐up study of children from low‐income families. Child development, 65(2), 684-698.

Carmichael, C., & MacDonald, A. (2016). Parental influences on primary school children's mathematics achievement: insights from the Longitudinal Study of Australian

(12)

Carpenter, B. W., Young, M. D., Bowers, A., & Sanders, K. (2016). Family involvement at the secondary level: Learning from Texas Borderland Schools. NASSP Bulletin, 100(1), 47-70.

Cronbach, L. J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. psychometrika, 16(3), 297-334.

Kafoussi, S., Chaviaris, P., & Moutsios-Rentzos, A. (2020). Investigating Parental Influences on Sixth Graders’ Mathematical Identity in Greece: A Case Study. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0572. DOI:

https://doi.org/10.29333/ iejme/6279

Liu, J., Peng, P., & Luo, L. (2019). The relation between family socioeconomic status and academic achievement in China: a meta-analysis. Educational Psychology Review, 1- 28.

Kafoussi, S., Chaviaris, P., & Moutsios-Rentzos, A. (2019). Investigating Parental Influences on Sixth Graders’ Mathematical Identity in Greece: A Case Study. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0572.

Vukovic, R. K., Roberts, S. O., & Green Wright, L. (2013). From parental involvement to children's mathematical performance: The role of mathematics anxiety. Early Education & Development, 24(4), 446-467.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi menjawab persoalan ketujuh yakni adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepimpinan instruksional, kesediaan pensyarah dan perlaksanaan PBE mengikut

Sejauh Manakah Terdapat Hubungan Di Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Komponen-komponen Konteks Keluarga Dalam Pendidikan Anak-anak Di Sekolah Menengah. Interaksi

Pengkaji menggunakan lima pangkalan data elektronik yang terkenal untuk mencari artikel jurnal yang dikaji bermula dari tahun 2015 hingga 2020 (tempoh enam tahun) iaitu

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah

Keputusan Analisis Regresi Linear Berbilang Berhierarki menunjukkan bahawa wujud hubungan yang sangat signifikan pada tahap 0.001 di antara maklumat berkualiti

Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif dan lemah yang signifikan antara persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti

Dengan menggunakan Ujian Chi Kuasa Dua, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan bererti di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan literasi komputer

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan antara ujian diagnostik dengan prestasi pencapaian pelajar dalam kursus matematik pada semester satu, dua, tiga dan empat.. Bahan