• Tiada Hasil Ditemukan

View of Memperkasa Usahawan Wanita Menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Memperkasa Usahawan Wanita Menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Memperkasa Usahawan Wanita Menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan Keusahawanan di Kolej

Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (The Empowerment of Women Entrepreneurs through Vocational Education and Training (TVET) and Enterpreneurship at Community

College, Ministry of Higher Education, Malaysia)

Sarimah Che Hassan1*, Aidah Abdul Karim2, Norlizah Che Hassan3

1 Kolej Komuniti, Hulu Langat, Malaysiaa

2 Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi, Malaysia

3 Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sarimah@kkhl.edu.my Accepted: 15 September 2020 | Published: 30 September 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dunia hari ini menyaksikan pengembangan peranan dan kuasa wanita yang semakin hebat dalam dunia keusahawanan pada peringkal glokal dan global. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cadangan penambahbaikan bagi mengukuhkan peranan kolej komuniti dalam memperkasakan usahawan wanita. Kajian ini menggunakan kaedah kajian pustaka secara sistematik bagi memperolehi data sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kejayaan usahawan wanita dipengaruhi oleh sikap mereka yang bijak mengambil peluang, apatah lagi dalam dunia sekarang yang dikuasai teknologi dan perniagaan digital.

Dapatan kajian juga menunjukkan kursus-kursus PSH kolej komuniti telah berjaya menarik penyertaan usahawan wanita di seluruh negara. Kajian ini juga telah mencadangkan empat penambahbaikkan dibuat dalam kolej komuniti bagi mengukuhkan lagi peranan kolej komuniti dalam memperkasakan usahawan wanita. Penambahbaikan tersebut meliputi data lengkap usahawan wanita di Malaysia yang mana ianya penting sebagai sumber untuk meganalisis profil usahawan, mengangkat kolej komuniti sebagai hub PSH yang menjadi pusat pendidikan kemahiran dan pengembangan ilmu, mewujudkan pelan pengukuhan dan tindakan kepada usahawan wanita, dan menyediakan projek simulasi perniagaan. Kajian ini seterusnya mencadangkan satu kajian tinjauan dijalankan bagi mengenalpasti profil usahawan wanita. Kajian tinjauan yang dicadangkan ini adalah penting bagi menyediakan program pendidikan sepanjang hayat yang lebih berkesan dan menepati keperluan usahawan wanita. Data daripada kajian tinjauan yang dicadangkan ini boleh menjadi sumber rujukan utama pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan dalam merancang pakej-pakej bantuan pendidikan dan kewangan yang berfokus kepada usahawan wanita dan seterusnya membantu penubuhan Malaysia Negara Keusahawanan 2030.

Kata kunci: Memperkasa, Usahawan Wanita, Pendidikan Teknik dan Latihan Voaksional (TVET), Keusahawana, Kolej Komuniti

Abstract: The world today is witnessing the expansion of the role and power of women in the world of entrepreneurship at the glocal and global level. This study aims to identify proposed improvements to strengthen the role of community colleges in empowering women entrepreneurs. This study uses the systematic literature review method to obtain secondary data. The findings of the study show that the success of women entrepreneurs is influenced by

(2)

their wise attitude of taking opportunities, let alone in today's world dominated by technology and digital business. The findings of the study show that the success of women entrepreneurs is influenced by their wise attitude of taking opportunities, let alone in today's world dominated by technology and digital business. The findings of the study also show that community college PSH courses have successfully attracted the participation of women entrepreneurs across the country. This study has also suggested four improvements made in community colleges to further strengthen the role of community colleges in empowering women entrepreneurs. The improvements include complete data on women entrepreneurs in Malaysia which are important as a source to analyze the profile of entrepreneurs, elevate community colleges as a PSH hub as a center for skills education and knowledge development, establish strengthening plans and actions for women entrepreneurs, and provide business simulation projects. This study further suggested that a survey study be conducted to identify the profile of women entrepreneurs. This proposed survey study is important to provide a more effective lifelong education program and meet the needs of women entrepreneurs. The data from this proposed survey study can be the main source of reference for the government and related agencies in planning education and financial assistance packages focused on women entrepreneurs and further assist in the establishment of Malaysia Entrepreneurship Nation 2030.

Keywords: Empowering, Women Entrepreneurs, Technical Education and Vocational Training (TVET), Entrepreneurship, Community Colleges

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Jumlah penglibatan wanita dengan perniagaan di Malaysia dan di luar negara telah meningkat dari tahun ke tahun. Memandangkan perkembangan ini merupakan sesuatu yang positif dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai bantuan dan sokongan disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan wanita yang berminat dan telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Peluang untuk golongan wanita menceburkan diri dalam bidang keusahawanan terbuka dengan luas kerana setiap individu mempunyai peluang menjadi usahawan (Ab. Aziz Yusof, 2009). Antara lain, Agensi kerajaan dan swasta telah memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan, termasuk agensi dari kementerian pendidikan yang berperanan memperkasakan modal insan menerusi pendidikan kerana pendidikan keusahawan dan kemahiran keusahawanan dianggap sebagai kunci kejayaan usahawan (Romy Ab Kadir & Azhar Hashim, 2017). Salah satu agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha memperkasakan usahawan wanita menerusi pendidikan ialah kolej komuniti yang merupakan pengamal Technical Vocational Eduction and Training (TVET) melalui pendidikan sepanjang hayat yang ditawarkan oleh institusi ini.

Pemerkasaan Usahawan Wanita

Menurut Siba (2019), lima puluh peratus populasi kebanyakan negara adalah terdiri daripada wanita dan lima puluh peratus daripadanya adalah tenaga kerja yang berpotensi. Di Malaysia, saiz penduduk wanita telah bertambah dari 14.4 juta pada tahun 2013 kepada 15.9 juta (Jabatan Perangkaan Negara, 2020). Ini bermakna wanita akan terus menjadi sumber utama dalam mempengaruhi generasi akan datang serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara (Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani & Nor Asiah Omar).

Pada tahun 2017, bagi tujuan pemerkasaan sosio-ekonomi, seramai 364,050 usahawan wanita telah mendapat manfaat daripada pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian

(3)

Pembangunan Usahawan. Insentif ini diberi bagi menyokong sebanyak 186,930 perusahaan milik wanita yang menguasai 20% daripada keseluruhan perusahaan di Malaysia (Buku Dasar Keusahawanan National 2030). Sehubungan itu, Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM) 2013 - 2017 telah disediakan bagi merangka kesejahteraan kumpulan sasar seperti wanita, keluarga dan kanak-kanak.

Pelan strategik ini membantu menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita di Malaysia khususnya dalam sosio-ekonomi serta membantu wanita mencapai potensi mereka sepenuhnya. Selain itu pelan strategik ini turut membantu mempertingkatkan bilangan wanita dalam bidang keusahawanan.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, dunia perniagaan hari ini berdepan dengan fenomena berbeza iaitu kewujudan usahawan-usahawan secara dalam talian. Pemerkasaan usahawan wanita melalui ICT antaranya merupakan strategi yang disusun kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kalangan wanita dan pada masa yang sama mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidaksetaraan berdasarkan jantina (Syed Shah Alam et al. 2011). Ini bermakna dunia keusahawanan wanita masa kini berdepan dengan cabaran menggunakan ICT dalam perniagaan. Justeru, wanita perlu didedahkan dengan pendidikan ICT. Sehubungan ini dalam konteks ini pendidikan sepanjang hayat adalah penting kepada usahawan wanita terutama dalam membantu menghadapi cabaran dan masalah.Selain itu faktor pendidikan juga adalah dikenalpasti sebagai salah satu faktor pendorong kepada penglibatan usahawan wanita (Thuaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin, Syahrizatul Noorizwan, 2007).Walaupun masa ini usahawan wanita muda terdiri daripada golongan yang berpendidikan (Siba, 2019) namun tidak semua wanita mampu melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tertinggi. Maka, program pembelajaran sepanjang hayat adalah laluan utama untuk usahawan wanita menambah ilmu dan pengetahuan dalam usaha memperkasakan diri dan sosio ekonomi mereka.

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)

Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional atau Technical Vocational and Education Training (TVET) terdiri daripada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional secara sepenuh masa. Selain itu TVET juga terdiri daripada pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan kepada individu pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Ini bermakna Pendidikan TVET adalah sebuah laluan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi dan mampu menghadapi saingan dan risiko-risiko pada peringkat global dan serantau selaras dengan keperluan semasa sekaligus meletakkan negara pada prestasi yang kukuh bagi pembangunan masa depan (Mohammad Affendy, 2019).

Amerika Syarikat telah mula mengamalkan pendidikan TVET ini sejak tahun 1971 (SamuaI, 2015). Sistem ini menyediakan kemahiran berkaitan kaedah penyelesaian masalah dalam industri, pertanian, dan meningkatkan perkembangan ekonomi dengan menggunakan perdagangan, teknologi, dan sains pada tahap sub-profesional. Negara-negara membangun mula mempraktik sistem pendidikan TVET ini setelah melihat hasil positif impak TVET terhadap perkembangan ekonomi. Di Malaysia, TVET menjadi semakin penting, bukan hanya memberikan ilmu pengetahuan tentang teknikal malah lebih dari itu kerana melibatkan semua aspek ilmu pengetahuan seperti ilmu keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan sejajar dengan kehendak globalisasi masa kini. TVET berkait rapat dengan Pendidikan Keusahawanan dan sangat penting dalam proses melahirkan modal insan yang berkemahiran (Mohammad Affendy, 2019; Romy Abd Kadir & Azhar Hashim, 2017). Salah

(4)

satu institusi TVET di Malaysia ialah kolej komuniti. Walaupun pendidikan TVET ini adalah elemen penting dalam sistem pendidikan negara, namun pendidikan TVET sentiasa berdepan dengan cabaran kos pengurusan institusi dan kualiti tenaga pengajar yang tiada atau kurang pengalaman kemahiran yang diperlukan.

Kolej Komuniti

Kolej komuniti adalah salah sebuah institusi TVET yang telah ditubuhkan selepas persetujuan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 2000. Pada Jun 2001, jumlah kolej komuniti di seluruh negara adalah sebanyak 10 buah. Manakala pada tahun 2011 telah meningkat kepada 72 buah. Jumlah ini merangkumi 44 buah kolej induk dan 28 buah kolej cawangan. Pada tahun 2012 jumlah kolej komuniti di seluruh negara telah bertambah menjadi 82 buah (Abdul Halim, Yahya, Mohd Foad, Mohamad Sukeri & Yaakob Daud, 2012), dan pada tahun 2019 jumlah kolej komuniti di seluruh negara telah bertambah kepada 95 buah. Kolej komuniti juga telah dibangunkan di lebih 90 buah kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Matlamat penubuhan adalah untuk memudahkan komuniti setempat mendapat akses ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mudah.

Pertambahan kolej komuniti ini menggambarkan betapa dekat kolej komuniti dengan masyarakat dan juga tanda masyarakat memerlukan satu bentuk institusi pendidikan yang baru (Abdul Halim et al. 2012). Kolej komuniti memberikan lanskap baru dalam pendidikan negara di mana insitusi ini telah dibangunkan di kawasan penempatan penduduk bagi memudahkan akses kepada masyarakat. Pada peringkat awal penubuhan kolej komuniti, visi utama yang ditetapkan ialah menjadi sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, perniagaan dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan negara, manakala misi kolej komuniti ialah mewujudkan peluang , membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.

Memorandum Menteri Pendidikan No. 398/2225/00 menyatakan bahawa peranan utama kolej komuniti ialah menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi di kawasan setempat. Sebagai Institusi TVET, kolej komuniti juga berperanan melahirkan pekerja mahir selaras dengan konsep K-Ekonomi dan peningkatan ilmu serta memenuhi masa lapang melalui kursus pendek. Objektif kolej komuniti seperti yang tercatat dalam memorandum Menteri Pendidikan itu juga turut menyatakan bahawa kolej komuniti perlu menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan menganjurkan dan mewujudkan laluan alternate kepada lepasan menengah, menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (K- Comunities). Kolej juga perlu menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat. Selain itu memorandum ini turut menggariskan bahawa objektif kolej komuniti adalah menyediakan rangkaian strategik (strategik networking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi dalam kalangan pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder) serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). Buat masa ini pelbagai kursus kemahiran telah ditawarkan oleh kolej komuniti dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mereka bagi melahirkan usahawan dari kalangan pelajar sepenuh masa di kolej komuniti.

(5)

2. Ulasan Kajian Lepas

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti

Di Malaysia terdapat banyak institusi yang menawarkan PSH dengan tumpuan berbeza. Kolej komuniti adalah salah sebuah institusi yang menyediakan program pada peringkat sijil sepenuh masa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kolej komuniti juga menyediakan program PSH berbentuk kursus pendek untuk semua peringkat umur, selain program berasaskan kerja (workbased learning) pada peringkat diploma bagi yang bekerja. Manakala Politeknik pula menawarkan pembelajaran berasaskan kerja sehingga peringkat diploma lanjutan (PPPM 2015-2025(PT). Dalam tahun 2002-2013, Kolej komuniti telah merekodkan bilangan PSH paling tinggi, iaitu seramai 1.3 juta pelajar PSH, peningkatan daripada 1800 orang pada 2002 kepada 277.080 pada 2013.

Pelaksanaan kursus-kursus di bawah Jabatan PSH ini menjadikan kolej komuniti institusi paling dekat dengan komuniti dan sebagai agen penting dalam membentuk komuniti bermodal insan yang tinggi dan berkualiti (Nabil Fikri, 2014). Berasaskan kedudukan ini, kolej komuniti juga dianggap berpotensi sebagai pusat bimbingan keusahawanan untuk komuniti. Melihat kepada kepentingan memiliki ahli masyarakat berminda kelas pertama, pihak kerajaan terus berusaha mengangkat kepentingan PSH. Ini dapat dilihat menerusi pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) di mana Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat ditempatkan pada lonjakan ke tiga. Kepentingan penghayatan PSH ini membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH diyakini mampu menggembleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat [Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi)].

Melalui PSH komuniti dapat mempelajari pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bagi mengembangkan bakat dan kemampuan masing-masing. Di samping itu, melalui pelaksanaan kursus pendek, komuniti dapat memperoleh pelbagai pengalaman, kemahiran, pengetahuan dalam proses membangunkan komuniti. Dengan segala ilmu pengetahuan, sudah pasti ahli-ahli komuniti mampu meningkatkan keberkesanan dalam mengatasi masalah dan meningkatkan taraf hidup komuniti (Yufiza & Siti Saleha Abd Azis, 2014). Pelaksanaan kursus-kursus di bawah Jabatan PSH ini menjadikan kolej komuniti institusi paling dekat dengan komuniti dan sebagai agen penting dalam membentuk komuniti bermodal insan yang tinggi dan berkualiti (Nabil Fikri, 2014). Berasaskan kedudukan ini, kolej komuniti juga dianggap berpotensi sebagai pusat bimbingan keusahawanan untuk komuniti.

Berdasarkan taburan jantina peserta PSH di kolej komuniti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, kursus yang dianjurkan oleh kolej komuniti mendapat sambutan hangat daripada komuniti.

Para usahawan terutama usahawan kecil seperti yang menjalankan perniagaan dari rumah atau homemade, penjaja, penggerai atau yang menjalankan perniagaan online mengambil peluang mempelajari dan menambah ilmu dan kemahiran mereka dengan menjadi peserta kursus PSH. Jadual 1 juga menunjukkan bahawa berbanding usahawan lelaki, usahawan wanita lebih ramai menyertai kursus PSH. Berdasarkan data ini, kolej komuniti perlu memastikan bahawa kursus yang dilaksanakan dalam PSH boleh membantu usahawan wanita memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang dapat memperkasakan diri mereka dalam bidang keusahawan.

(6)

Jadual 1: Taburan jantina usahawan yang menyertai PSH di Kolej Komuniti KPT Tahun Lelaki Perempuan Jumlah

2019 864 1785 2649

2018 1701 3614 5315

2017 2592 4775 7367

Sumber: Jabatan PSH JPKK 2019

Peranan Kolej Komuniti dalam Memperkasakan Usahawan Wanita PSH

Usahawan wanita berdepan dengan pelbagai cabaran hidup. Mereka bukan hanya bergelar peniaga atau usahawan, tetapi mereka juga memegang tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak atau mungkin juga ibu tunggal. Di sebalik kegigihan mereka, banyak permasalahan hidup turut dipikul. Ada sebahagian usahawan wanita berdepan kesukaran menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana halangan jarak yang jauh, kesukaran meninggalkan perniagaan, dan kesukaran meninggalkan anak-anak yang kecil. Ada juga terdapat halangan suami atau mempunyai halangan kewangan. Namun dengan adanya kolej komuniti, kesukaran menambah ilmu dalam kalangan usahawan wanita dapat dikurangkan. Selain itu yuran yang dikenakan oleh kolej komuniti bagi setiap kursus juga adalah sangat rendah.

Pada 17 Mei 2010, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah menubuhkan Pusat Pembangunan Usahawan (PUSKOM) untuk membantu pihak Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) mengendalikan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajarnya dengan terarah dan terancang. PUSKOM bertindak sebagai badan induk yang mengawal perancangan serta pelaksanaan program keusahawanan yang menyeluruh di kolej komuniti dalam melahirkan usahawan tekno. Bagi menyelaras perancangan PUSKOM, setiap kolej komuniti perlu bangunkan pusat keusahawanan masing-masing yang dikenali sebagai E-Tech centre. Etech Centre yang diuruskan oleh beberapa orang pegawai yang terdiri daripada pensyarah kolej akan membantu melaksanakan perancangan pengurusan ibu pejabat, Antara program yang dijalankan ialah melaksanakan program pembudayaan keusahawanan dalam kalangan staf, pelajar dan masyarakat melalui program-program inovatif dan kreatif. E-tech juga diharapkan dapat membantu pihak KPT membangunkan dasar dan polisi keusahawanan di kolej komuniti, Selain itu jaringan strategik turut dijalankan melalui perkongsian bestari (smart partnership) menerusi strategi laut biru dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan usahawan dan orang perseorangan. Kemudahan yang disediakan ini memberi banyak manfaat dari segi pembudayaan, pengukuhan dan jaringan perniagaan kepada usahawan wanita yang bijak mengambil peluang (Pelan Pengukuhan Keusahawanan JPPKK 2013-2015).

Kelebihan kursus pendek dengan masa yang fleksible merupakan kemudahan yang diperoleh usahawan wanita di kolej komuniti. Selain daripada mendapat kemudahan pembelajaran di kolej komuniti, usahawan wanita juga boleh membawa kepakaran dari kolej komuniti ke tempat mereka, terutama bagi yang berkumpulan. Telah menjadi kebiasaan kepada pensyarah-pensyarah kolej komuniti untuk turun hingga ke kawasan pendalaman bagi menyebarkan ilmu dan kemahiran. Sehubungan itu, penerimaan usahawan wanita terhadap kursus -kursus PSH yang disediakan oleh kolej komuniti adalah baik. Seramai 1785 orang usahawan wanita menyertai kursus ditawarkan pada tahun 2017. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, jumlah tersebut telah meningkat kepada 3614 pada tahun 2018 dan 4775 pada tahun 2019.

(7)

Rajah 1: Graf bilangan penyertaan usahawan wanita PSH di Kolej Komuniti KPT Sumber: Jabatan PSH JPKK

Ilmu pengetahuan dan kemahiran merupakan aset utama dalam kejayaan keusahawanan (Romy & Azhar 2017). Dalam konteks ini kolej komuniti menyediakan kemudahan pendidikan secara tidak formal bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam apa sahaja bidang yang mereka inginkan. Terdapat beberapa kursus yang mendapat sambutan hangat daripada usahawan wanita di kolej komuniti seluruh Malaysia. Jadual 2 menunjukkan bahawa Program Transformasi Minda, Keusahawanan, Pemasaran dan Jualan dan Aa_Program Actyvate 2018 & Program Motivasi Diri Keusahawanan U-Boleh: Fast Track Marketing adalah antara program yang telah mendapat sambutan daripada usahawan wanita di kolej komuniti.

Jadual 2: Senarai Kursus yang dihadiri oleh Usahawan Wanita PSH

Sumber: Data PSH, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat JPPKK 2017-2019

Banyak kisah kejayaan atau perubahan pendapatan dan kehidupan yang dilalui oleh pelajar PSH di kolej komuniti. Sebagai contoh, kajian Mariam Bee Mustaffa dan Ahmad Shaharil Hj Jamaludin (2014) terhadap peserta Kursus Membaik Pulih Telefon Bimbit di Kolej Komuniti Bayan Baru menunjukkan selepas menghadiri kursus rata-rata peserta mampu memperoleh pendapatan melebihi RM1000 sebulan. Malah kursus tersebut terus mendapat sambutan positif daripada peserta untuk terus menambah ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan dalam bidang berkaitan. Kajian ini juga mendapati ilmu dan

Kolej Komuniti Nama Program/ aktiviti Bilangan

Kolej Komuniti Jempol Program Transformasi Minda (Usahawan Mikro) Siri 1 239 Kolej Komuniti Jempol Program Transformasi Minda (Usahawan Mikro) Siri 2 238 Kolej Komuniti Jempol Program Transformasi Minda (Usahawan Mikro) Siri 3 237 Kolej Komuniti Sungai

Petani

Keusahawanan, Jualan Dan Pemasaran 128

Kolej Komuniti Bayan Baru

Aa_Program Actyvate 2018 & Program Motivasi Diri Keusahawanan U-Boleh: Fast Track Marketing

94 Kolej Komuniti Sarikei Kursus / Bengkel Pembudayaan Keusahawanan 68 Kolej Komuniti Rompin Latihan Khas - Bengkel Integriti Usahawan 50 Kolej Komuniti Kuala

Terengganu

Kursus Terokai Dunia Digital Bersama E - Usahawan Kkcht 45 Kolej Komuniti Kuala

Langat

Asas Keusahawanan - Perniagaan Peruncitan 40

(8)

kemahiran yang diperoleh terus digunakan oleh peserta kursus. Ada peserta yang dahulunya hanya menjual telefon, telah menambah cabang perniagaan kepada membaik pulih telefon.Data peserta PSH Kolej Komuniti Hulu Langat (2019) mencatatkan perubahan pendapatan usahawan wanita PSH antara RM1000 hingga RM2000 hasil kursus jahitan yang mereka ikuti. Malah dengan ilmu dan kemahiran ini turut mendorong peserta kursus mengembangkan aktiviti mereka dari hanya mengambil tempahan dari jiran tetangga, hingga mereka mampu membuka kedai jahit atau butik. Begitu juga dengan pelajar kelas masakan, ada yang mencatat perubahan pendapatan lebih RM3000.

Bukan sekadar memberi bimbingan pengetahuan dan kemahiran, usahawan wanita boleh mendapat latihan yang diperlukan dari kolej komuniti. Sebagai contoh, kerjasama yang dijalankan antara Kolej Komuniti Hulu Langat dengan Petronas dan penduduk wanita Hulu Langat dalam projek keusahawanan sosial untuk perusahaan roti. Begitu juga dengan Kolej Komuniti Kuala Langat kisah kejayaan usahawan wanita dalam penghasilan produk inovasi coklat tempe. Kolej Komuniti Jitra dengan kisah kejayaan penghasilan produk mee kuning, Idea usahawan wanita ini dikembangkan dan dibawa ke pertandingan inovasi sehingga ramai yang memenangi anugerah.

3. Perbincangan

Penambahbaikan dan Usaha Kolej Komuniti dalam Memperkasakan Usahawan Wanita

Penambahbaikan secara berterusan terhadap PSH di kolej komuniti yang boleh dilaksanakan bagi memastikan peranan kolej komuniti selari dengan misi untuk memperkasakan usahawan wanita ialah yang pertama, keperluan bagi memperolehi data lengkap usahawan wanita di Malaysia. Walaupun golongan wanita merupakan golongan usahawan paling ramai berbanding kaum lelaki, namun tidak terdapat data yang lengkap tentang usahawan wanita.

Sehingga tahun 2020 terdapat 95 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia menyediakan kursus PSH kepada usahawan wanita yang mana ianya dapat menyediakan data lengkap mereka di Malaysia. Data ini sangat penting sebagai sumber untuk menganalisis profil usahawan wanita yang boleh menjadi panduan bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita lebih-lebih lagi dalam teknologi digital. Analisis profil mereka dapat membantu kolej komuniti menyediakan kursus-kursus PSH bagi melengkapkan ilmu dan kemahiran dalam mengharungi selok-belok perniagaan dan seterusnya membantu ke arah tertubuhnya Malaysia Negara Keusahawanan 2030.

Kedua, peranan kolej komuniti perlu diangkat kepada hub PSH negara di mana seharusnya menjadi pusat pendidikan kemahiran dan pengembangan ilmu dan bakat komuniti. Namun masih ramai ahli komuniti yang tidak memahami peranan PSH di kolej komuniti serta manfaat yang boleh didapati. Dalam konteks ini Pihak kolej komuniti, terutama para pensyarah perlu memberi keutamaan yang sama terhadap peserta PSH dan pelajar sepenuh masa. Kesedaran pentingnya peranan para pensyarah dalam PSH adalah penting untuk dibangunkan dan dimantapkan. Pihak kementerian juga perlu membuat penjenamaan semula bagi mempromosi peranan PSH di kolej komuniti kerana manfaatnya sangat besar terhadap negara.

Ketiga, kolej komuniti perlu mempunyai pelan pengukuhan keusahawanan yang lengkap untuk PSH. Walaupun terdapat pelan tindakan pengukuhan usahawan di kolej komuniti di masa ini, namun pelan tindakan tersebut hanya melibatkan pelajar sepenuh masa. Oleh itu

(9)

pelan pengukuhan dan tindakan yang menyeluruh untuk PSH perlu dibangunkan dengan mengambil kira penglibatan usahawan wanita.

Keempat, kolej komuniti perlu menyediakan projek simulasi perniagaan bagi memudahkan usahawan wanita PSH memulakan perniagaan di tapak lapangan perniagaan. Usahawan PSH boleh menjual produk yang mereka hasilkan dari kelas kemahiran PSH di kiosk-kiosk yang disediakan. Kerjasama dari pusat pembangunan keusahawanan kolej bagi menjayakan projek simulasi perniagaan ini. Tujuan projek ini adalah untuk kolej komuniti memantau dan membimbing usahawan wanita untuk mengaplikasikan kemahiran yang mereka telah perolehi dalam kursus-kursus kemahiran PSH yang telah mereka hadiri. Projek simulasi perniagaan ini boleh menjadi penunjuk arah atau memberi hala tuju yang jelas kepada kemahiran yang telah diperolehi oleh usahawan wanita dari kursus-kursus PSH yang mereka telah ikuti (Nabil Fikri, 2014).

Sebagai kesimpulan, usahawan wanita PSH perlu diberi pendedahan pendidikan, latihan dan pengalaman keusahawanan sebagaimana yang diperolehi oleh usahawan pelajar sepenuh masa. Bagi memastikan kolej komuniti signifikan dengan peranan sebagai penyampai maklumat, pembimbing dan pemerkasa usahawan termasuk usahawan wanita PSH, maka pihak pengurusan kolej komuniti harus menyediakan satu model hala tuju dalam pemerkasaan usahawan wanita PSH. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2, Kolej Komuniti harus mengambil peluang untuk benar-benar komited untuk membantu kerajaan dalam melahirkan dan memperkasa usahawan, terutama usahawan wanita. Bermula dengan penggubalan modul keusahawanan yang bersesuaian, latihan dan kemahiran yang menepati keperluan semasa dan juga membantu membina jaringan dengan agensi atau usahawan lain, kolej komuniti perlu berperanan sebagai mentor, khidmat konsultasi, sokongan kewangan dan lain-lain kepada usahawan wanita. Usaha ini akan menyumbang kepada pembinaan jati diri keusahawanan, keyakinan atau efikasi kendiri yang tinggi dan seterusnya membina kekuatan dan daya tahan untuk usahawan wanita untuk mengamalkan budaya usahawan berprestasi tinggi.

Rajah 2: Model Pemerkasaan usahawan Wanita PSH Kolej Komuniti Sumber: SCH, adaptasi Model Pengukuhan Usahawan Pelajar JPKK

Berdasarkan kertas kerja ini, satu kajian tinjauan terhadap usahawan wanita PSH di kolej komuniti telah dicadangkan. Kajian tinjauan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk

(10)

mengenalpasti profil usahawan wanita. Antara objektif kajian yang dicadangkan adalah seperti di bawah:

i. Mengenalpasti latar belakang usahawan wanita PSH kolej komuniti ii. Mengenalpasti jenis perniagaan usahawan wanita PSH kolej komuniti iii. Mengenalpasti persepsi usahawan wanita terhadap kursus kemahiran yang

diperoleh dari kolej komuniti

iv. Mengenalpasti faktor sokongan usahawan wanita PSH Kolej Komuniti v. Mengenalpasti faktor cabaran dan halangan usahawan wanita PSH Kolej

Komuniti

Kajian tinjauan yang dicadangkan ini adalah penting bagi menyediakan program pendidikan sepanjang hayat yang lebih berkesan dan menepati keperluan usahawan wanita. Kajian ini juga boleh menjadi sumber rujukan utama pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan untuk merancang pakej-pakej bantuan pendidikan dan kewangan yang fokus kepada keperluan usahawan wanita dalam rangka kerja menubuhkan Malaysia Negara Keusahawanan 2030.

Pakej yang berfokus ini bakal memperkasa usahawan wanita di Malaysia untuk terus berdaya tahan dan berkembang hingga ke peringkat global.

4. Kesimpulan

Kolej komuniti mempunyai peranan yang besar untuk memperkasakan usahawan wanita.

Namun untuk mengukuhkan peranan tersebut, pihak kolej komuniti perlu menambahbaik penyimpanan, pengurusan dan analisis data usahawan wanita, membina model pengukuhan keusahawan yang berkesan untuk usahawan wanita, menyediakan tapak simulasi perniagaan dan mewujudkan pendidikan keusahawanan merentas kurikulum dengan mengambilkira keperluan usahawan wanita. Seandainya penambahbaik untuk aspek-aspek di atas dilaksanakan oleh kolej komuniti, ianya akan menjadi dekat dengan komuniti usahawan wanita dan berakar umbi dalam masyarakat setempat sebagai pusat tapisan pertama program sokongan keusahawanan. Para usahawan yang telah melepasi tahap tapisan pertama ini seterusnya akan disalurkan kepada agensi latihan dan sokongan lain yang berperanan pada tahap yang lebih khusus seperti pihak Institut keusahawanan Negara (INSKEN).

Rujukan

Ab Aziz Yusof, 2009. Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks Pembangunan Negara.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.

Abdul Halim, Yahya, Mohd Foad, Mohamad Sukeri dan Yaakob Daud. 2012. Kajian Impak Program Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Utara malaysia.

Data Usahawan Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 - 2019, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dasar Keusahawanan National 2030. Malaysia Negara Unggul 2030. Kementerian Pembangunan Keusahawanan.

http://www.medac.gov.my/admin/files/med/image/portal/Dasar%20Keusahawanan%

20Nasional%20(DKN)%202030.pdf

Mariam Bee Mustaffa dan Ahmad Shaharil Hj Jamaludin, 2014. Kajian Keberkesanan Kursus Pendek Membaiki Pulih Telefon Bimbit di Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Mohammad Affendy Omardin (2019). Mengarus Perdana Program TVET Aras Tinggi

(11)

Transformasi Minda Berkemahiran Tinggi.

http://news.ump.edu.my/index.php/experts/mengarus-perdana-progam- tvet-aras- tinggi-transformasi-minda-berkemahiran-tinggi

Nabil Fikri Abu Haniffa. 2014. Pembangunan Modal Insan menerusi Pendidikan Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Parks, S. 2006.How To Be An Entrepreneur :The six Secrets of Self-Made Success. New York: Pearson Practice Hall.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi). 2015-2025.

Pelan Pembangunan Keusahawanan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi 2013-2015.

Romy Abd Kadir dan Azhar Hashim. 2017. Model Vokasional Keusahawanan (VOCENT) dalam kalangan usahawan lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional : Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Teknokrat II Jilid XIX Disember 2017.

Samual, Ideozu. 2015. Managing Technical Vocational Education Training (TVET) for Economic Diversification. Federal College of Education (Technical) Omoku, Building Department, Rivers State Nigeria.

Siba. E., 2019. Empowering Women Entrepreneurs in Developing Countries : Why current programs fall short? Policy Brief. Africa Growth Initiative.

Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani and Nor Asiah Omar. 2011. An Empirical Study of Success Factors of Women Entrepreneurs in Sothern Region in Malaysia.

International Journal of Economic and Finance. Vol. 3, No. 2:May 2011.

www.ccsenet.org/ijef

Thuaibah Abu Bakar, Azlah Md Ali., Rozeyta Omar, Hishamuddin Md Som, Syahrizatul Noorizwan Mukhtar. 2007. Penglibatan kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Negeri Johor : Kajian terhadap factor-faktor kritikal kejayaan dan kegagalan pengendali perniagaan . Vot 7508. Phd tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Yufiza Mohd Yusof dan Siti Saleha Abd Azis, 2014 . Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Pencetus Kemahiran Secara Holistik Dalam Membangunkan Komuniti. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Ini bermaksud faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet dan pemilikan komputer bukan faktor yang

Hasil kajian diharapkan dapat memberi manfaat terhadap tahap pengetahuan, pemikiran dan kemahiran keusahawanan pelajar bagi menyediakan atau menambahbaik kaedah

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan awal program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan pensyarah kolej matrikulasi menggunakan Model Logik Berfokus

Masalah pengetahuan asas dan kemahiran keusahawanan yang kurang dalam kalangan usahawan wanita telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada kegagalan mereka dalam

Dalam konteks Malaysia, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ditakrifkan sebagai proses pendemokrasian pendidikan menerusi penguasaan ilmu, keterampilan dan kemahiran

Kemudahan fasiliti golongan OKU di Kolej Komuniti ini seharusnya diberi penekanan oleh pihak kerajaan kerana mereka telah menyediakan akses yang lebih luas

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mereka bentuk Model Standard Kompetensi Pensyarah Kolej Vokasional Malaysia khusus untuk Pensyarah Kursus Teknologi Pembinaan..

“Saya berharap program-program keusahawanan seperti Program SME@USM ini (mailto:SME@USM ini) dapat membantu melengkapi para usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran