• Tiada Hasil Ditemukan

View of Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Pedalaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Pedalaman"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Pedalaman

(The Relationship Between Emotional Intelligence and Job Satisfaction Rural Primary School Teachers)

Celistina Marius1*, Mohd Izwan Mahmud1

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: celistina1995@gmail.com

Accepted: 15 January 2022 | Published: 31 January 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.3.4.30

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Guru di sekolah bukan sahaja melakukan tugas dan tanggungjawab akademik tetapi juga tugas bukan akademik dan ianya telah membebankan guru di era dunia yang sentiasa berubah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja, mengenalpasti hubungan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja serta mengenalpasti perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat. Kajian ini penting dalam membantu pihak pentadbiran untuk mengubah cara dalam pengurusan mengikut kesesuaian khususnya kepada kakitangan atau guru bagi menjamin perkhidmatan cemerlang, meningkatkan prestasi serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian kuantitatif ini adalah menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 217 responden dipilih daripada populasi seramai 254 orang guru dari 29 buah sekolah rendah pedalaman di daerah Tambunan Sabah dengan menggunakan pensampelan rawak berkelompok. Soal selidik yang digunakan ialah Emotional Intelligence Quaestionaire oleh Daniel Goleman (1998) dan Job Descriptive Index oleh Smith Kendall dan Hulin (1969). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Analisis diskriptif mendapati tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru adalah sederhana. Analisis korelasi pearson mendapati terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja. Analisis ANOVA sehala pula mendapati tidak terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat. Kajian ini menyumbang dari segi rujukan kerana kajian berkaitan hubungan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah masih kurang terutama di kawasan pedalaman.

Dapatan kajian ini diharap dapat menyediakan maklumat berguna kepada pihak yang bertanggungjawab dalam mengambil langkah proaktif bagi melahirkan kakitangan guru yang produktif dan inovatif.

Kata kunci: kecerdasan emosi, kepuasan kerja, guru, sekolah rendah

Abstract: Teachers in schools not only perform academic duties and academic responsibilities but also non-academic and it has burdened teachers in an era of world which is constantly changing. This study aims to identify the level of emotional intelligence and job satisfaction, identify the relationship between emotional intelligence and job satisfaction, and identify the differences between emotional intelligence and job satisfaction based on length of service. This study is important in helping the administration to change the way in management according to the suitability especially for staff or teachers to ensure excellent service, improve performance and achieve the set goals. This quantitative study is using survey method. A total

(2)

of 217 respondents were selected from a population of 254 teachers from 29 rural primary schools in the Tambunan district of Sabah by using cluster random sampling. The questionnaires used were the Emotional Intelligence Quaestionaire by Daniel Goleman (1998) and the Job Descriptive Index by Smith Kendall and Hulin (1969). Data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 26 version. Descriptive analysis found that the level of emotional intelligence and job satisfaction of teachers was moderate. Pearson correlation analysis found that there was a positive relationship between emotional intelligence and job satisfaction. One -way ANOVA analysis found that there is no difference between emotional intelligence and job satisfaction based on length of service. This study contributes in terms of reference because studies related to the the relationship between emotional intelligence and job satisfaction of primary school teachers is still lacking especially in rural areas. Hope that the findings of this study provide useful information to those responsible in taking proactive measures to produce productive and innovative teaching staff.

Keywords: emotional intelligence, job satisfaction, teachers, primary school

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Dunia pekerjaan dalam pelbagai bidang pada masa kini berdepan dengan pelbagai perubahan dan cabaran. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dari perubahan dan cabaran yang berlaku.

Situasi ini memerlukan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melakukan pemantauan, penilaian dan penambahbaikan bagi memajukan negara. Penambahbaikan sistem pendidikan perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan iaitu melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam menghadapi perubahan dan cabaran abad ke-21 seiring dengan pendidikan global. Bidang pendidikan merupakan aspek penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya berperanan dalam melahirkan generasi yang dapat mengurus negara dalam pelbagai aspek termasuklah emosi, intelek, social, jasmani dan rohani.

Isu kepuasan kerja dalam dunia pendidikan yang wujud pada masa kini kerana perubahan dari aspek sistem pendidikan, masalah disiplin pelajar, kenaikan pangkat dan sebagainya. Guru merupakan penggerak utama bagi melahirkan insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek bagi menghadapi dan menangani cabaran yang berlaku kerana perubahan pembangunan dan globalisasi. Disebebkan perubahan dalam dunia pendidikan, wujudnya isu kepuasan kerja, adalah penting untuk dikaji dengan menilai kecerdasan emosi para guru atau pendidik agar dapat mencari penyelesaian bagi penyesuaian diri dalam pelbagai aspek. Antaranya, termasuklah dari segi beban kerja, tanggungjawab dan untuk meningkatkan kualiti kerjaya bagi mencapai kepuasan kerja dalam bidang perguruan (Nor Mohamad Zulhairi, 2016). Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab dengan baik seperti yang diinginkan dapat dicapai sekiranya guru atau pendidik mengubah persekitaran mereka ke arah yang positif. Demikian kerana, kepuasan kerja para guru atau pendidik ditentukan oleh kecerdasan emosi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik (Mohammad Chin, Syed Azizi & Ramraini, 2017).

Kecerdasan emosi juga penting dalam meningkatkan kepuasan kerja dimana seseorang guru perlu berkemampuan mengawal emosi semasa melakukan kerja terutamanya apabila berdepan dengan pelbagai kerja serta tugas hakiki. Nada et al. (2019) mengatakan kemampuan mengawal emosi dan menggunakan emosi yang positif dapat membantu meningkatkan intelek dan kecerdasan akal yang seterusnya mampu mengerjakan tugasan dengan lebih baik.

(3)

Dalam bidang pendidikan, banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja tetapi lebih tertumpu kepada pendidik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, guru sekolah menengah dan guru sekolah kebangsaan jenis cina. Kajian berkaitan hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja terhadap guru sekolah rendah masih kurang dan belum dilakukan di lokasi tertentu terutama di kawasan pedalaman.

Hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja merupakan aspek penting dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai serta dapat merialisasikan kecemerlangan (Ajilin Tawan et al., 2020). Oleh itu, dapat disimpulkan melalui huraian diatas bahawa kajian ini dilakukan untuk menilai sejauhmana hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di pedalaman. Dengan kata lain, untuk melihat sejauhmana kecerdasan emosi mempengaruhi tahap kepuasan kerja.

Kecerdasan emosi dan kepuasan kerja boleh dinilai berdasarkan tempoh berkhidmat atau pengalaman mengajar. Tempoh berkhidmat atau pengalaman mengajar memainkan peranan menentukan kecerdasan emosi guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Hal demikian kerana, guru yang telah lama berkhidmat sebagai pendidik akan memiliki pengawalan emosi yang baik berbanding guru yang baru bekerja sebagai pendidik (Mohammad Chin, Syed Azizi & Ramraini, 2017). Terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa guru yang sudah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman mengajar dalam tempoh yang lama memiliki kecerdasan emosi yang tinggi berbanding guru yang baru berkhidmat dalam bidang perguruan (Ajilin Tawan et al., 2020). Namun demikian, terdapat pengkaji yang mengatakan sebaliknya. Maka dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat.

Tambahan pula, prestasi kerja yang cemerlang penting dalam sesuatu organisasi yang boleh dicapai melalui kecerdasan emosi dan kepuasan kerja yang tinggi. Namun persoalannya, apakah tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di pedalaman?

2. Tinjauan Literatur

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi atau Emotional intelligance (EQ) merupakan istilah kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Mayer dan Salovey (1990). Kemudian, Goleman mempopularkan istilah EQ ini pada tahun 1995 dengan mendefinisikannya sebagai kebolehan memotivasi diri dalam menghadapi cabaran atau kegagalan, mengurus emosi serta mengawal emosi dalam kehidupan seharian. Hal ini telah menarik minat penyelidik melakukan penelitian EQ yang memainkan peranan penting dalam memahami dan mengawal perlakuan seseorang individu serta membantu dalam membuat keputusan yang tepat jika dibandingkan dengan IQ. Kecerdasan emosi dikategori kepada lima domain iaitu kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi, empati dan kemahiran sosial (Goleman, 1995).

Kesedaran diri merujuk kepada kebolehan mengetahui perasaan sendiri dan dapat memilih keputusan mengikut keutamaan, kemampuan menilai diri sendiri secara realistik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi (Goleman, 1999). Kesedaran diri membolehkan seseorang individu dalam menyesuaikan diri dari segi tingkah laku berdasarkan konsep diri serta memahami diri dan persekitaran. Seterusanya, pengawalan emosi merujuk kepada kemampuan mengurus emosi agar ianya memudahkan dalam menyelesaikan tugasan dan berhemah dalam mengejar matlamat serta mampu memulihkan tekanan emosi dengan cepat (Goleman, 1999). Menurut Mohammad Azizul (2020), pengawalan emosi diri merupakan

(4)

kemampuan memahami emosi yang dialami dan menggunakan emosi tersebut secara positif bagi mengawal situasi.

Motivasi merujuk kepada kemampuan dalam menggunakan kehendak hati yang utama sebagai panduan seseorang individu untuk mencapai matlamat, mengambil langkah dan berusaha untuk memperbaiki diri serta tetap bersabar apabila berdepan dengan emosi negatif atau masalah (Goleman, 1999). Motivasi juga merujuk kepada kemampuan menggunakan emosi dalam usaha menyelesaikan sesuatu tugas dan mencapai sesuatu matlamat. Empati pula merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memahami atau mengetahui perasaan orang lain, mampu memahami pendapat orang lain serta berkemampuan dalam mewujudkan pergaulan yang mesra dengan individu lain (Goleman, 1999). Manakala, kemahiran sosial merujuk kepada kemampuan dalam mengurus emosi negati dengan berkesan, dapat mentafsir situasi sosial dengan tepat, mahir memujuk, memimpin, berbincang dan menyelesaikan masalah atau konlik untuk mewujudkan kerjasama dan semangat khususnya dalam kumpulan (Goleman, 1999).

Kecerdasan emosi bukan sahaja merujuk kepada kemampuan diri sendiri seseorang dalam mencapai kemajuan diri tetapi dapat mengendali emosi dengan baik dan mengekspresikan empati dalam persekitaran sosial (Fonna Mahdani, Hafasnuddin & Muhammad Adam 2017;

Applewhite 2017; Riza Mutimma Auda 2016). Kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memahami serta menyedari perasaan diri sendiri dan orang lain serta menerapkan kekuatan dalam diri untuk mengendali emosi diri sendiri dan dan juga individu lain (Mohd Juraimy et al., 2016; Norliyana Zakaria, Halimah M., Yusof 2017;

Riza Mutimma Auda, 2016). Individu yang mempunyai kemampuan mengurus tekanan atau emosi negatif yang dihadapi berkeupayaan untuk mengawal kehendak hati, mampu memotivasikan diri dan sentiasa tabah serta positif apabila menghadapi masalah (Norliyana Zakaria, Halimah M. Yusof, 2017; Riza Mutimma Auda, 2016). Seseorang dengan kecerdasan emosi tinggi akan menunjukkan emosi, perlakuan dan cara berfikir yang positif. Pernyataan ini disokong oleh Norliyana Zakaria, Halimah M. Yusof (2017) dan Riza Mutimma Auda (2016) bahawa dengan kecerdasan emosi yang tinggi memudahkan dalam mengurus emosi sendiri, bekerjasama dengan orang lain, dapat menyelesaikan konlik atau sebarang masalah serta mempengaruhi persekitaran sosialnya untuk lebih berfikiran positif.

Kini kecerdasan emosi dikatakan sebagai asas yang kuat terhadap kemampuan individu dalam memotivasikan diri bagi mencapai kualiti kehidupan yang baik dan kemajuan dalam pekerjaan (Amira, Muhammad Ajib, Fatimah, 2016; Riza Mutimma Auda, 2016; Mohd Juraimy et al., 2016). Kecerdasan emosi penting untuk diambil perhatian kerana kecerdasan emosi tinggi memberi kesan positif kepada kebolehan kognitif dan hasilnya mampu meningkatkan tahap motivasi kerja seseorang individu (Mohd Juraimy et al., 2016). Selain itu, Konsep kecerdasan emosi ‘EQ’ Goleman (1995) seterusnya kini dilengkapi dengan dua dimensi baru iaitu dimensi kerohanian (spirituality) dan dimensi kematangan (maturity). Dua dimensi ini merupakan hasil penelitian yang dilakukan oleh Noriah et al. (2002-2004). Hal ini, mengubah konsep Goleman kepada “EQ Goleman-Noriah (2004).

Berdasarkan kepada huraian diatas, kecerdasan emosi setiap individu adalah berbeza-beza dan penting untuk diambil perhatian dalam dunia pekerjaan khususnya dalam profesion perguruan.

Demikian kerana, kecerdasan emosi memberi pengaruh kepada tahap kepuasan kerja seseorang individu. Kecerdasan emosi boleh ditentukan melalui lima dimensi utama yang seterusnya akan menentukan tahap kepuasan kerja. Bersesuaian dengan kajian yang akan mengkaji kecerdasan emosi, maka model Goleman digunakan sebagai rujukan dalam menjelaskan kecerdasan emosi.

(5)

Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai indikator dalam menentukan kejayaan, hala tuju dan matlamat sesebuah organisasi dimana kepuasan kerja kakitangan berkait secara langsung dengan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang (Jabatan akauntan negara Malaysia 2019; Ajilin Tawan et al., 2020). Sehubungan dengan itu, kepuasan kerja merupakan perasaan yang ditunjukkan sama ada positif atau negatif yang dialami oleh seseorang individu terhadap kerjanya. Sikap positif menunjukkan individu tersebut berpuas hati dengan kerjanya manakala sikap negatif menunjukkan individu tersebut tidak berpuas hati dengan kerjanya (Nur Afny et al., 2020; Andi Besse Bayanti, 2016).

Menurut Teori Kepuasan Kerja Existence, Relatedness, and Growth (ERG) Alderfer (1972), keperluan seseorang individu dipenuhi dan diambil perhatian bagi meningkatkan kepuasan kerja kerana kegagalan untuk memenuhi keperluan akan memberi kesan kepada organisasi dalam mencapai misi dan visi yang ditetapkan. Penglibatan dan tanggungjawab individu secara menyeluruh terhadap kerja yang diamanahkan menunjukkan kepuasan kerja yang baik (Bill Argon & Yuyuk Liana, 2020). Pendapat penyelidik terdahulu tentang kepuasan kerja adalah berbeza-beza. Singh dan Kumar (2016) mengatakan kepuasan kerja sebagai salah satu tahap dimana seseorang individu merasa seronok dalam melaksanakan tugas. Dengan demikian, nilai-nilai positif dapat diwujudkan dengan adanya keseronokan melaksanakan tugas atau kerja. Muhammad Firdaus, Haliyana Tonot dan Nurul Nadhirah (2017), Sarah Mahfuz et al.

(2017) dan Locke (1976) mengukuhkan lagi penyataan ini bahawa kepuasan kerja seseorang individu meliputi tingkah laku dan perasaan positif terhadap kerja yang diamanahkan.

Sekiranya tahap kecerdasan emosi seseorang individu berada pada tahap tinggi, maka individu tersebut akan memperoleh kepuasan kerja yang dilaksanakan dengan mudah.

Kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan kepada individu dalam melakukan tigas atau kerja dan mampu mengawal EQ kearah yang lebih positif. Pernyataan ini dipersetujui oleh Noordeyana Tambi dan Siti Zulaika Awang (2019) dalam kajian terhadap 140 orang pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kepuasan kerja mempunyai hubungan yang positif atau dengan kata lain ianya saling berkaitan. Selain itu, tahap kepuasan kerja seseorang individu juga dipengaruhi oleh faktor luaran (Junaidah & Nik Rosila, 2013). Faktor luaran seperti faktor intrinsik dan ekstrinsik yang negatif akan menyebabkan wujudnya emosi negatif yang seterusnya akan menjejaskan kepuasan kerja (Ajilin Tawan et al. 2020). Berdasarkan kepada huraian diatas, kepuasan kerja didorong oleh kecerdasan emosi kerana ianya saling berkait dimana tahap kecerdasan yang tinggi akan menentukan kepuasan kerja pada tahap tinggi. Sebalikny kecerdasan emosi yang rendah akan menentukan tahap kepuasan yang rendah.

3. Metodologi

Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah kuantitatif digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mendapatkan data yang banyak berkaitan dengan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam masa yang singkat. Kajian ini dijalankan di sekolah rendah pedalaman iaitu di daerah Tambunan Sabah kerana pengkaji mendapati kajian berkaitan hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah tersebut belum lagi dilakukan. Berpandukan jadual Krejcie dan Morgan (1970), seramai 217 sampel dipilih dari populasi seramai 549 orang guru yang bertugas di 29 buah sekolah rendah di daerah Tambunan Sabah dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkolompok (cluster random sampling).

(6)

Instrumen kajian ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu bahagian A berkaitan dengan demografi responden termasuklah jantina, umur, bangsa, status perkahwinan dan tempoh berkhidmat. Manakala dua bahagian lain iaitu bahagian B mengandungi 48 item bagi mengukur tahap kecerdasan emosi yang diadaptasi dari Emotional Intelligence Quaestionaire oleh Daniel Goleman (1998). Item yang digunakan dalam bahagian B ini telah digunakan dan ditukar ke bahasa Melayu oleh (Noordeyana & Siti Zulaikha 2019).

Manakala, bahagian C mengandungi 20 item bagi mengukur tahap kepuasan kerja yang diambil daripada Job Discrition Index (JDI) oleh Smith Kendall dan Hulin (1969). Item yang digunakan dalam bahagian C ini telah ditukarkan ke bahasa Melayu oleh Mohd Azizul (2020). Item-item dalam bahagian B dan C ini diukur berdasarkan skala likert lima mata.

Prosedur pengumpulan data merupakan langkah yang paling strategik dalam kajian karena tujuan utama kajian adalah untuk mendapatkan data (Sugiyono 2017). Prosedur pengumpulan data kajian ini melibatkan proses permohonan kebenaran menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkaitan jumlah dan nama sekolah kebangsaan serta jumlah guru yang mengajar di sekolah rendah pedalaman iaitu di daerah Tambunan Sabah. Pengumpulan data menggunakan soal selidik dilakukan melalui google form. Responden diberi masa selama seminggu untuk memberi maklum balas yang boleh dilakukan di mana sahaja.

Kajian rintis telah dilakukan terhadap 30 orang guru yang dipilih secara rawak di sekolah rendah pedalaman iaitu di daerah Tambunan Sabah. Nilai aras kesukaran (F) yang tinggi menunjukkan item yang digunakan adalah senang dijawab. Sebaliknya, nilai aras kesukaran (F) yang rendah menunjukkan item yang digunakan adalah lemah dan sukar dijawab. Menurut Mohd Faizul dan Leow Te Wei (2017), berdasarkan maklum balas daripada pakar terdahulu, nilai aras kesukaran (F) yang baik adalah 60% ke atas. Dalam kajian ini, pengkaji turut menggunakan statistik skewness dan kurtosis bagi menguji normaliti taburan data. Mohd Azizul (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa taburan adalah normal apabila nilai nisbah skewness dan kurtosis berada di antara -2 dan +2. Justeru, ini membuktikan bahawa taburan data kajian adalah normal.

Analisis data merupakan proses secara sistematik dalam mencari dan menyusun data yang diperoleh agar lebih mudah difahami dan dapat dimaklumkan kepada orang lain (Farida Fitriani

& Dedy 2019). Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan program Program Special Package for the Social Statistic (SPSS) Versi 26. Analisis statistik deskriptif, korelasi pearson dan ANOVA sehala digunakan dalam kajian ini. Pendekatan deskriptif ini digunakan untuk memperjelas atau menggambarkan fakta yang terjadi pada variabel yang diteliti iaitu untuk menggambarkan tahap kecerdasan emosi dan tahap kepuasan kerja. Sementara, analisis korelasi pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja. Manakala analisis ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan.

4. Dapatan dan perbincangan

Nilai kebolehpercayaan bagi item kecerdasan emosi ialah (0.69-sederhana) dan kepuasan kerja (0.82-tinggi). Ini bermaksud instrument dalam kajian ini sesuai digunakan. Secara keseluruhanya, nilai skewness dan kurtosis berada pada julat antara -2 dan +2 iaitu -0.18 hingga -0.96. Ini membuktikan bahawa taburan data kajian adalah normal. Keputusan kajian menunjukkan responden lelaki lebih ramai iaitu 125 (57.6%) berbanding dengan responden perempuan iaitu seramai 92 (42.9%). Dari segi umur, golongan umur 36 hingga 40 tahun

(7)

mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 50 (23%) diikuti golongan umur 46 hingga 50 tahun iaitu seramai 45 (20.7%) diikuti golongan umur 31 hingga 35 tahun iaitu seramai 35 (16.1%) diikuti golongan umur 41 hingga 45 tahun iaitu seramai 33 (15.2%) diikuti golongan umur 50 tahun keatas iaitu seramai 27 (12.4%) diikuti golongan umur 26 hingga 30 tahun iaitu seramai 25 (11.5%) dan yang terakhir sekali ialah golongan umur 25 tahun ke bawah iaitu seramai 2(0.9%). Dari segi bangsa, responden yang paling ramai ialah memilih kumpulan bangsa lain-lain iaitu seramai 207 (95.4%) diikuti bangsa Melayu iaitu seramai 8 (3.7%) diikuti bangsa Cina iaitu seramai 2 (0.9%). Dari segi status perkahwinan, responden yang berkahwin lebih ramai iaitu seramai 164 (75.6%) berbanding dengan responden yang berstatus bujang iaitu seramai 53 (24.4%). Manakala, tempoh berkhidmat responden yang paling tinggi ialah 21 tahun ke atas iaitu seramai 77 (35.5%) diikuti tempoh berkhidmat 11 hingga 15 tahun iaitu 53 (24.4%) diikuti tempoh berkhidmat 6 hingga 10 tahun iaitu 39 (18%) diikuti tempoh berkhidmat 16 hingga 20 tahun iaitu seramai 35(16.1%) orang guru dan yang terakhir ialah tempoh berkhidmat 5 tahun ke bawah iaitu seramai 13 (16%) orang guru.

Tahap Kecerdasan Emosi Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Jadual 1 menunjukkan hasil analisis diskriptif yang mendapati bahawa kecerdasan emosi bagi dimensi kesedaran diri (M=2.81, SP= .345), pengawalan emosi (M=2.86, SP= .258), motivasi (M=3.43, SP= .274) dan empati (M=3.61, SP= .264). Keempat-empat dimensi tersebut berada pada tahap sederhana. Manakala dimensi kemahiran sosial pula berada pada tahap tinggi iaitu (M=4.08, SP= .444). Berdasarkan analisis, kecerdasan emosi guru pedalaman secara keseluruannya berada pada tahap sederhana.

Jadual 1: Tahap Kecerdasan Emosi Guru sekolah Rendah Pedalaman N Min (M) Sisihan piawai (SP)

Kesedaran diri 217 2.81 .345

Pengawalan emosi 217 2.86 .258

Motivasi 217 3.43 .274

Empati 217 3.61 .264

Kemahiran sosial 217 4.08 .444

Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Jadual 2 menunjukkan hasil analisis diskriptif yang mendapati bahawa (M=3.24, SP= .231) bagi keseluruhan item kepuasan kerja. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana.

Jadual 2: Tahap Kecerdasan Emosi Guru sekolah Rendah Pedalaman N Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Kepuasan kerja 217 3.24 .231

N Sah (ikut senarai) 217

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan positif bagi kelima-lima dimensi kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja. Jadual 3 menunjukkan dimensi empati mempunyai hubungan yang kuat dengan kepuasan kerja iaitu (r=

0.306, p=.000) diikuti dimensi motivasi (r=0.311, p=.000) didikuti dimensi empati (r=0.306, p=.000) diikuti dimensi kesedaran diri (r=0.228, p=.000) dan dimensi kemahiran sosial (r=0.275, p=.000). Manakala hubungan yang paling kurang ialah dimensi pengawalan emosi

(8)

(r=0.194, p=.002). Keputusan ini membuktikan bahawa terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja.

Jadual 3: Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja Sekolah Rendah Pedalaman

Kecerdasan emosi Kepuasan kerja

Kesedaran diri Pearson, r .228**

Signifikan .000

N 217

Pengawalan emosi Pearson, r .194**

Signifikan .002

N 217

Motivasi Pearson, r .311**

Signifikan .000

N 217

Empati Korelasi Pearson .306**

Signiikan .000

N 217

Kemahiran sosial Pearson, r .275**

Signifikan .000

N 217

** p<0.05

Perbezaan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempoh berkhidmat Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Jadual 4 menunjukkan hasil analisis ANOVA sehala mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan tempoh berkhidmat dengan nilai F [(4, 212)] =1.820, p= .126. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat dengan nilai F [(2, 212)] =1.018, p= .399.

Jadual 4: Perbezaan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempoh berkhidmat Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Jumlah kuasa dua

Darjah kebebasan

Min kuasa

dua Nilai F Signifikan Kecerdasan

emosi

Antara kumpulan

7.793 4 1.948 1.820 .126

Dalam kumpulan

226.876 212 1.070

Jumlah 234.669 216

Kepuasan kerja Antara kumpulan

.219 4 .055 1.018 .399

Dalam kumpulan

11.383 212 .054

Jumlah 11.602 216

Aras signifikan p<0.05

5. Perbincangan

Tahap Kecerdasan Emosi Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Hasil analisis mendapati bahawa kecerdasan emosi secara keseluruhan berada pada tahap sederhana yang dipengaruhi oleh lima dimensi iaitu dimensi kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Keputusan ini membuktikan bahawa terdapat guru sekolah rendah pedalaman yang tidak mengalami perasaan yang tertekan atau mempunyai

(9)

perasaan yang seronok dengan kerjaya tersebut. Dapatan kajian ini tidak selari dengan dapatan kajian Mohd Khairuddin Abdullah, Maspiah Sekong dan Halimah Laji (2017) yang menyatakan bahawa kecerdasan guru sekolah menengah di daerah Keningau Sabah berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan kajian Thiagarajan Kobalan et al. (2020) terhadap guru di Pulau Pinang yang mendapati kecerdasaan emosi guru adalah tahap tinggi. Selain itu, kajian ini tidak menyokong kajian Nur Afny Juati et al. (2020) dimana tahap kecerdasan emosi guru sekolah menengah di daerah Tambunan Sabah berada pada tahap tinggi.

Walaubagaimanapun, kajian ini menyokong kajian Noordeyana Tambi dan Siti Zulaikha (2019) dimana kecerdasan emosi pensyarah di Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Ajilin Tawan et al. (2020) yang menyatakan bahawa kecerdasan emosi guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah berada pada tahap sederhana. Keputusan ini dipercayai adalah kesan pengaruh gaya hidup abad ke-21 yang mana sangat dipengaruhi dengan era teknologi dan digital yang semakin canggih. Mohd Aziziul (2020) menegaskan bahawa perkembangan abad ke-21 secara langsung telah mengehadkan pergaulan antara individu. Masyarakat pada abad ke-21 lebih banyak menghabiskan pergaulan melalui dunia digital. Sebaliknya kurang dari segi pergaulan secara bersemuka.

Kecerdasaan emosi sekiranya tidak ditangani akan menjejaskan prestasi kerja seseorang individu. Kesannya kepada guru akan wujudlah ketidakselesaan terhadap tugas, tempat kerja dan hubungan dengan rakan sekerja. Amira, Muhammad Ajib dan Fatimah (2016) menegaskan bahawa masalah kecerdasan emosi di tempat kerja yang tidak ditangani akan menyebabkan ketidakselesaan terhadap tugas, situasi kerja, tempat kerja dan pergaulan dengan rakan sekerja yang seterusnya akan menyebabkan potensi kendiri tidak dapat berkembang.

Selain itu, kegagalan seseorang individu dalam mengawal emosi juga akan menyebabkan kesukaran dalam berinteraksi atau berkomunikasi dengan individu lain terutamanya guru berdepan dengan masyarakat dan pelajar pelbagai ragam. Hal demikian kerana kegagalan seseorang individu berinteraksi dengan individu lain menyebabkan individu tersebut merasa tertekan dalam melakukan kerjanya. Sekiranya hal seperti ini berlaku, individu tersebut akan dianggap lemah dalam pengurusan emosi. Menurut Zhou et al. (2016), individua tau pekerja yang tidak dapat mengawal emosi dengan baik boleh digolongkan sebagai individu yang gagal dalam kerjaya.

Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Keputusan ini membuktikan bahawa terdapat guru sekolah rendah di pedalaman merasa seronok dan berpuas hati dengan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

Kepuasan kerja guru yang sederhana ini juga mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti jenis kerja itu sendiri, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan atau rakan sekerja.

Namun demikian, perlu dirujuk bahawa masih terdapat guru sekolah rendah pedalaman dengan kepuasaan kerja pada tahap tinggi. Ini bermaksud responden kajian berpuas hati dengan pekerjaan mereka sebagai guru atau pendidik yang dilaksanakan dengan ikhlas dan memilih untuk terus berkhidmat. Kenyataan ini disokong oleh pandangan Alzyoud et al. (2019) yang menjelaskan bahawa kepuasaan kerja datang dari keikhlasan dan kesungguhan pekerja melaksankan sesuatu tugasan.

Dapatan kajian ini tidak selari dengan kajian Ajilin Tawan et al. (2020) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Menurut Mohammad Chin, Syed Azizi dan Ramraini (2017), pekerja dengan tahap kepuasan kerja pada tahap tinggi berpuas hati dengan kerja yang dilaksanakan. Kebiasaannya, pekerja dengan kepuasan kerja tahap tinggi

(10)

akan terus kekal bersama dengan organisasinya. Berbanding dengan individu yang memilih kepuasan kerja tahap sederhana biasanya adalah pekerja baru atau dipertengahan usia perkhidmatan.

Dengan demikian, langkah dalam meningkatkan dan mengekalkan kepuasan kerja guru dilakukan seperti pemberian ganjaran menarik dan penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Pemberian ganjaran dan penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif juga boleh memberi kepuasaan kerja apabila adanya keselasaan bekerja yang seterusnya akan mempengaruhi motivasi guru sebagai penjawat awam untuk terus bekerja dengan baik dan bersemangat. Kenyatan berkaitan penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif ini menyokong Teori Herzberg (1987) yang menegaskan bahawa tempat kerja yang kondusif adalah faktor ‘hygiene’ yang menggalakkan pekerja melakukan kerja dengan bersungguh- sungguh serta dapat mengekalkan prestasi kerja. Lantaran itu, adalah wajar kepada pemimpin khususnya untuk mengusahakan penyediaan persekitaran tempat kerja yang selesa agar prestasi kakitangan atau pekerja dan organisasi dapat ditingkatkan atau dikekalkan serta lebih bermotivasi. Faktor tempat kerja juga dapat mengelakkan perkara-perkara yang negatif daripada berlaku seperti malas bekerja, letak jawatan lebih awal, jenayah dan sebagainya (Mohammad Chin, Syed Azizi & Ramraini, 2017).

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Pedalaman

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat hubungan yang positif antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah pedalaman. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa semakin tinggi tahap kecerdasan emosi, maka tahap kepuasan kerja juga semakin tinggi. Sebaliknya, semakin rendah tahap kecerdasan emosi, maka kepuasan kerja juga akan menurun. Kenyataan ini disokong oleh Shyue Chuan Chong, Mohammad Falahat dan Yin Su Lee (2020), Noordeyana dan Siti Zulaika (2019) dan Sarah Mahfuz et al. (2017) yang menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja yang tinggi dipengaruhi oleh tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Kenyataan ini turut menyokong kajian Nor Azida Mansor et.al (2015) berkaitan dengan faktor kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Pagoh dimana kepuasan kerja yang tinggi adalah hasil daripada kecerdasan emosi yang tinggi.

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Shyue Chuan Chong, Mohammad Falahat dan Yin Su Lee (2020) dan Noordeyana dan Siti Zulaika (2019) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif diantara kesemua dimensi kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja.

Kajian ini menyokong kajian Ajilin Tawan et al. (2020) yang menyatakan terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah. Namun demikian, kecerdasan emosi bagi dimensi kesedaran diri dalam kajian Ajilin Tawan et al. (2020) tidak mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja.

Dengan demikian, kajian ini dapat membuktikan bahawa kecerdasan emosi saling berkaitan dengan kepuasan kerja dimana tahap kecerdasan emosi yang rendah atau tinggi akan menentukan tahap kepuasan kerja. Kecerdasan emosi yang rendah akan mengurangkan tahap kepuasan kerja. Sebaliknya, kecerdasan emosi yang tinggi akan meningkatkan kepuasan kerja yang secara langsung akan meningkatkan prestasi dalam kerjaya seseorang individu.

Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi dan Kepuasan Kerjaguru Seolah Rendah Pedalaman Berdasarkan Tempoh Berkhidmat

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah pedalaman berdasarkan tempoh berkhidmat. Ini bermaksud tidak kira guru yang baru berkhidmat atau guru yang sudah lama berkhidmat lebih

(11)

tenang dan berpuas hati dalam menguruskan pekerjaan berdasarkan pengalaman-pengalaman terdahulu. Kenyataan ini tidak menyokong kajian Mohammad Chin, Syed Azizi dan Ramraini (2017) yang mendapati bahawa pekerja yang berkhidmat bawah 20 tahun masih menyesuaikan diri dan proses mengumpul pengalaman tugasan. Manakala, pekerja yang sudah berkhidmat 20 tahun ke atas pula lebih tenang dalam menguruskan pekerjaan berdasarkan pengalaman- pengalaman terdahulu.

Dapatan kajian ini tidak selari dengan kajian Nur Afny Juati et al. (2020) terhadap guru sekolah menengah di daerah Tambunan Sabah yang mengatakan bahawa terdapat perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan tempoh berkhidmat. Namun demikian, dari segi perbezaan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat dalam kajian ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Nur Afny Juati et al. (2020) kerana kajiannya menyatakan tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat.

Sementara itu, dapatan kajian ini selari dengan kajian Ajilin Tawan et al. (2020) terhadap guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah dimana kajiannya menyatakan tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja berdasarkan tempoh berkhidmat atau pengalaman mengajar. Begitu juga dengan kajian Narahan (2016) terhadap guru di sekolah New Deal yang menyatakan tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja berdasarkan pengalaman mengajar.

Walau demikian, seseorang individu yang sudah lama bekerja dalam sebuah organisasi mempunyai minda yang lebih terbuka untuk menerima dan memahami sebarang perubahan.

Sumaira (2013) dalam Nur Afny et al. (2020) menjelaskan bahawa individu yang sudah lama berada dalam organisasi akan berkesempatan lebih banyak masa untuk menilai hubungan serta dapat mewujudkan hubungan semula jadi dengan organisasi.

Demikian kerana, semakin lama seseorang individu berkhidmat, maka semakin banyak tekanan atau emosi negative yang dihadapi dalam pekerjaannya. Pernyataan ini disokong oleh Syed Salim dan Rohany Nasir (2010) dalam Ajilin Tawan et al. (2020) berkaitan dengan kecerdasan emosi yang menyatakan bahawa keinginan berhenti dari pekerjaan sebagai seorang pendidik disebabkan oleh pengalaman kerja. Sehubungan dengan itu, seseorang individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan lebih berhati-hati dan mempunyai kepekaan dalam pelbagai aspek. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Thiagarajan Kobalan et al. (2020) dimana individu dengan kecerdasan emosi yang tinggi lebih peka dengan persekitaran sosial, mempunyai emosi yang positif, sihat fizikal dan lebih berjaya dalam bidang yang dilakukan.

6. Kesimpulan

Kajian ini memberi focus kepada hubungan kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru sekolah rendah pedalaman iaitu di daerah Tambunan Sabah. Walaupun pemboleh ubah yang dikaji adalah pemboleh ubah popular dan tajuk kelihatan ‘biasa’ tetapi kesan kepada guru atau pendidik khususnya dalam kerajaan Malaysia adalah sangat besar. Sebagai penjawat awam, sekiranya guru gagal menjadi role model kepada masyarakat, maka apa akan jadi kepada Malaysia di masa akan datang? Isu kepuasaan kerja wajar ditangani sepenuhnya kerana guru atau pendidik sebagai penjawat awam adalah benteng pengurusan dan pentadbiran negara.

Demikian, hasil kajian ini harap menjadi rujukan dan memberi sumbangan yang berguna dalam meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan khususnya kepada guru sekolah rendah pedalaman. Pengkaji mencadangkan agar perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sesuai dan konsisten oleh semua pihak yang bertanggungjawab termasuklah Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidkan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menyediakan dan membekalkan sekolah dengan tenaga pendidik yang berkualiti dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan berkebolehan dalam pelbagai aspek. Kajian ini hanya

(12)

berfokus kepada kecerdasan emosi dan kepuasan kerja serta responden kajian terhad kepada guru-guru sekolah rendah di pedalaman sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar kajian lanjutan melihat sejauh mana sebenarnya pengaruh kecerdasan emosi dan kepuasan kerja dalam meningkatkan tahap pendidikan.

Rujukan

Ajilin Tawan, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Mohd Malik Tu & Norlijah Watinin (2020). Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah. Journal of Education and Sciences (IRJES),4(1).

Alderfer, C.P. (1972). Existence relatedness and growth: Human needs in organiational settings. New York: Free Press.

Alzyoud, A. A. Y., Ahmed, U., AlZgool, M. R. H., & Pahi, M. H. (2019). Leaders’ emotional intelligence and employee rention: Mediation of job satisfaction in the hospotality industry. International Journal of Financial Research, 10(3), 1-10.

Amira Wahid, Muhammad Ajib Abd Razak & Fatimah Yusoof (2016). Kecerdasan Emosi dan Motivasi dalam Kalangan Subordinat MARDI. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(2), 52-60.

Andi Besse Bayanti (2016). Pengaruh kecerdasan emosional dan stress kerja terhadap kepuasan kerja karyawan pada kantor pelayanan Wilayah III Perusahaan Daerah Air Minum(PDAM) Kota Makassar. Fakultas Ekonomi Dan Bisnis: Islam UIN Alauddin Makassar.

Applewhite, P. S. (2017). Examining the role of emotional intelligence in the work and life balance of foster care workers. Walden Dissertations and Doctoral Studies. Retrieved from

http://scholarworks.waldenu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=4620&context=dissertation s [14 Disember 2021].

Bill Argon & Yuyuk Liana (2020). Kecerdasan Emosional Terhadap Komitmen Organisasi Melalui Kepuasan Kerja. Jurnal Akuntansi dan Investasi 4(1).

Farida Fitriani Ismail & Dedy Sudarmadi (2019). Pengaruh Sistem Informasi Akauntasi Dan Pengendalian Internal Terhadap Kinerja Karyawan PT. Beton Elemen Persada. Jurnal Akuntansi, Audit dan Sistem Informasi Akuntansi 3(1).

Fonna Mahdani, Hafasnuddin & Muhammad Adam (2017). Pengaruh Motivasi, Kecerdasan Emosional Dan Keadilan Organisasi Terhadap Kepuasan Kerja Serta Implikasinya Pada Kinerja Karyawan Studi Pada Kanwil PT. Bank Rakyat Indonesia (PERSERO) TBK.

Jurnal Magister Manajemen, 1(1), 1-15.

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Books Goleman, D. (1999). Emotional Competence. Executive Excellence, 16 (4): 19.

Goleman, D. (2004). What makes a leader? Harvard Business Review 82: 82-91.

Herzberg, F. I. (1987). One more time: How do you motivate employees? Harvard Business Review, 65(5), 109-120.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (2019). Laporan hasil kajian kepuasan bekerja warga jabatan akauntan negara Malaysia (JANM) tahun 2019. Laporan kajian kepuasan bekerja 2019.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28, 102-115.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurements, 30(3), 607–610.

Locke Edwin A. (1976). The nature and causes of job satisfaction. In Dunnette, M. D. (Ed.), Handbook of the Industrial and Organizational Psychology, 1297-1349, Chicago: Rand

(13)

McNally.

Mayer, J.D & Salovey, P. (1990). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition and Personality.

Mohammad Chin, Syed Azizi Wafa & Ramraini Ali Hassan (2017). Niat Untuk Meninggalkan Organisasi, Sistem Kenaikan Pangkat Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Penjawat Awam Persekutuan Yang Dilantik Di Bawah Skim Perkhidmatan Tertutup Di Sabah. Retrieve https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JAAAB/article/view/1273

Mohd Azizul, R. K. (2020). Tahap Kecerdasan Emosi Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Kota Kinabalu: Satu Tinjauan Awal. Project Paper: Open University Malaysia.

Mohd Juraimy Kadir, Jegak Uli, Ahmad Azan Ridzuan, Noor Azmi Mohd Zainol & Mohd Hamran Mohamad (2016). Emotional Intelligence and Its Relationship With Stress Among Members Of Malaysian ARMY. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 1(2), 01-06.

Mohd Khairuddin Abdullah, Maspiah Sekong & Halimah Laji (2017). Kecerdasan Emosi dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) © 2017 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial 2017, 1, 42–52.

Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, Haliyana Tonot, & Nurul Nadhirah Shahabudin (2017). Pengaruh Kecerdasan Emosi Terhadap Kepuasan Kerja dalam Kalangan Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017), 15(9), 967-978.

Nada, P. K., Victor, P. K. L. & Yantje, U. (2019). The Influence Of Emotional Intelligence, Work Satisfaction and Employee Empowerment To Organizational Commitment at PT.

Pegadaian(PERSERO) Kanwil Manado. Jurnal EMB, 7(3), 4007- 4016.

Noordeyana Tambi & Siti Zulaikha Awang (2019). The Relationship between Work and Emotional Intelligence Stress on Job Satisfaction among Lecturer in the Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal of Social Sciences and Humanities, 16(5), 1-19.

Nor Azida Mansor, Jamaludin Mohd Ali, Zarina Samin & Ab. Rahim Ma’sum (2015). Faktor kepuasan kerja dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Pegoh. 1st National Conerence on Business & Innovation (NCBI 2015).

Nor Mohamad Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab & Ruzita Md Hassan. 2016.

Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 49-54.

Noriah, M. I. & Azliza, A. (2002). Kecenderungan menghadapi tekanan dan implikasinya terhadap kesihatan mental guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profesion perguruan 2002. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noriah, M. I., Syed Najmuddin, S. H. & Syafrimen (2004). Guru dan kepintaran emosi:

Implikasi ke atas kebolehan guru dalam menangani sosial pelajar. Prosiding seminar kebangsaan ke-3 psikologi dan masyarakat. Bangi: Pusat penerbitan dan teknologi pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noriah, M. I., Zuria, M., Siti Rahaya, A. &Manisah, M. A. (2003). Hubungan antara Tanggungjawab Kepada Diri, Pelajaran, Pelajar dan masyarakat di kalangan Guru-guru.

Prosiding seminar kebangsaan profesion perguruan 2003. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norliyana Zakaria & Halimah Mohd Yusof (2018). The relationship between Big Five Personality towards Career Success among Employees. Proceedings of the international Conference on Industrial Engineering and Operations Management Bandung, Indonesia, 6-8.

(14)

Nur Afny Juati, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Jumadi Musa & Hujaimah (2020). Hubungan antara Kepuasan Kerja, Kecerdasan Emosi, Motivasi Komitmen Organisasi di Kalangan Guru-guru SekolahMenengah di Daerah Tambunan. International Journal of Education Psychology and Counselling (IJEPC), 5 (36), 70-93.

Riza Mutimma Auda (2016). Pengaruh Kecerdasan Emosional Terhadap Komitmen Organisasi Melalui Kepuasan Kerja Sebagai Variabel Mediasi pada Bank DKI Kantor Cabang Surabaya. Jurnal Bisnis Dan Manajemen, 8 (2).

Sarah Mahfuz, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Fatimah Omar & Zainah Ahmad Zamani (2017). Pengaruh Faktor Pekerjaan Terhadap Presenteeism dan Kepuasan Kerja. Jurnal of social science and Humanities, 3(2007), 006.

Shyue Chuan Chong, Mohammad Falahat & Yin Su Lee. 2020. Emotional Intelligence and Job Performance of Academicians in Malaysia. International Journal of Higher Education, 9(1).

Singh, B., & Kumar, A. (2016). Effect of Emotional Intelligence and Gender on Job Satisfaction of Primary School Teachers. European Journal of Educational Research, 5(1), 1-9.

Smith, P.C., Kendall, L. M. & Hulin, C. L. (1969). The measurement of satisfaction in Work and Retirement. Chicago: Rand McNally.

Sugiyono (2017). Metode Penelitian Kuantitatif, kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta.

Sumaira Naz, Sumaira Rekman & Humaira Saqib (2013). The Relationship Between Job Satisfaction and Personality Trait Among Bank Employees. Dlm Nur Afny Juati, et al.

(penyt.). Hubungan antara Kepuasan Kerja, Kecerdasan Emosi, Motivasi Komitmen Organisasi di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Tambunan. International Journal of Education Psychology and Counselling (IJEPC) 5 (36): 70-93.

Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir (2010). Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja Dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. Dlm Ajilin Tawan, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Mohd Malik Tu & Norlijah Watinin. (penyt.). Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah. Journal of Education and Sciences (IRJES), 4(1).

Thiagarajan, K., Mohd Faiz, M. Y., Mat Rahimi, Y., Hapini Awang, Mohd Sofian, O. F. &

Hareesol, K. I. (2020). Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stres dalam Kalangan Guru di Pulau Pinang. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1 (1), 2020.

Zhou, Q., Martinez, L. F., Ferreira, A. I., & Rodrigues, P. (2016). Supervisor support, role ambiguity and productivity associated with presenteeism: A longitudinal study. Journal of Business Research, 69(9), 3380-3387.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu persoalan kajian ini adalah apakah tahap personaliti lima faktor dan dalam kalangan guru jika dibandingkan antara guru yang berkhidmat di SBT (Sekolah Rendah

Bagi memandu kajian ini, objektif berikut telah dibentuk : (a) menentukan sejauh mana aplikasi Teori Dua Faktor dalam kalangan anggota Polis di Ibu Pejabat Polis

Hasil analisis korelasi yang ditunjukkan mendapati hubungan di antara tahap kecerdasan emosi dengan motivasi kerja dalam kalangan kakitangan MARDI yang berada di Gred

Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah daerah Ledang berada pada tahap tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja guru

Ujian regrasi yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan dengan pengurusan personal dan sosial kecerdasan emosi dalam kalangan

Secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru sekolah menengah adalah di tahap yang sederhana dan terdapat hubungan yang positif antara elemen- elemen komunikasi yang diamalkan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dan nilai kerja bagi guru lelaki dan perempuan walaupun kekuatan hubungan masih di