• Tiada Hasil Ditemukan

View of Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar"

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Google Classrrom Sebagai Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah

Menengah Luar Bandar

(Google Classroom As An M-Learning Platform: Level Of Knowledge And Level Of Readiness Of Rural Secondary School Teachers)

Noor Desiro Saidin1*, Hazrati Husnin1

1 Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: dessyro90@gmail.com Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Google Classroom merupakan satu medium yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu pelantar M-pembelajaran untuk meningkatkan pembelajaran secara berterusan dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah di kawasan luar bandar serta mengetahui perbezaan tahap pengetahuan dan perbezaan tahap kesediaan guru di sekolah menengah luar bandar berdasarkan jantina terhadap pelantar Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Metodologi kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif . Kajian ini melibatkan 262 orang guru daripada 644 orang populasi guru sekolah menengah di daerah Kudat . Data kajian telah dikutip menggunakan borang soal selidik yang diedarkan menggunakan Google Form. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom pada tahap rendah dan kesediaan guru-guru sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M- pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan terhadap pelantar M- pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Kata kunci: Google Classroom, Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru, luar bandar, M- pembelajaran

Abstract: Google Classroom is medium used by the Ministry of Education Malaysia as one of the M-learning platforms to continuously improve learning among students in Malaysia. The purpose of the study was to examine the level of knowledge and readiness of secondary school teachers in rural areas and find out the differences in knowledge level and readiness of teachers in rural secondary schools based on gender on Google Classroom platform in Teaching and Facilitation (PdPc). The methodology of this study is a survey study using a quantitative approach. The study involved 262 teachers from 644 secondary school teacher population in Kudat district. Study data were collected using a questionnaire form distributed using Google Form. The results of this study found that the level of knowledge of rural secondary school teachers on the Google Classroom M-learning platform at a low level and the readiness of rural secondary school teachers on the M-learning platform that is Google Classroom in the process of Teaching and Facilitation (PdPc) is at a high level. The results of this study also found that there is a difference between the level of knowledge and the level of

(2)

readiness of male and female teachers to the M-learning platform that is Google Classroom in the process of Teaching and Facilitation (PdPc).

Keywords: Google Classroom, Level of knowledge and readiness of teachers, rural, M- learning

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sistem pendidikan di negara kita sedang mengalami perubahan daripada pelbagai aspek seperti penggunaan, pendekatan, strategi, kaedah, teknik, alat, serta sumber dalam proses pembelajaran. Kesan paling ketara ialah melalui perkembangan dalam Revolusi Industri 4.0 dunia pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi dalam proses pembelajaran (Rahmi et.

al, 2019). Istilah-istilah dalam dunia pendidikan turut mengalami inovasi bermula daripada d- pembelajaran, e-pembelajaran dan kini kita di fasa m-pembelajaran agar tahap pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat ditingkatkan setanding dengan dunia luar serta meningkatkan tumpuan dan minat murid dalam proses PdPc (Khairunnisa dan Mohd, 2019).

Pemilihan Google Classroom sebagai opsyen pembelajaran alternatif oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memenuhi standard antarabangsa ISTE disamping ianya mudah digunakan kerana mesra pengguna dan majoriti guru-guru telah terbiasa menggunakan ekosistem android kerana banyak menggunakan perkhidmatan dari Google dan sejajar dengan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Sememangnya, pelaksanaan Google Classroom dalam pendidikan adalah sejajar dengan pendekatan yang telah digariskan oleh KPM bagi menyokong PAK-21 selaras dengan anjakan ketujuh dalam PPPM agar mampu menaikkan lagi kualiti sistem pendidikan di negara ini.

Pernyataan Masalah

Teknologi telah mengubah pendidikan menjadi lebih dinamik dari segi pembelajaran dan pengajaran serta memberi kesan kepada hubungan antara guru dan murid (Rahmi et al., 2019).

Perkembangan pesat teknologi telah mempengaruhi kehidupan dan seterusnya pendidikan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep pembelajaran digital menggunakan pendekatan Google Classroom dilihat merupakan salah satu perkembangan pesat dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi selepas kemunculan virus baharu yang telah menggemparkan seluruh dunia iaitu novel coronavirus (Mohamed, 2020).

Kesan pandemik Covid-19 ini menyebabkan pelbagai sektor ditutup untuk menghentikan penularannya. Sektor pendidikan turut menerima impak yang sangat besar apabila sekolah serta institusi pendidikan terpaksa ditutup dan pembelajaran terpaksa dilakukan secara pembelajaran digital (Mohamed, 2020). Pelbagai pendekatan digunakan untuk memastikan pelajar tetap mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan konsep PDPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah menggunakan pelbagai medium salah satunya menggunakan pelantar Google Classroom (Su dan Mohd, 2020).

Meskipun penggunaan Google Classroom ini membawa impak positif kepada pendidikan, penggunaannya masih dianggap rendah dan tidak menyeluruh serta pelbagai kekangan yang timbul semasa penggunaannya (Su dan Mohd,2020). Malah terdapat beberapa isu yang timbul

(3)

seperti terdapat sekolah di kawasan luar bandar yang tidak menggunakan pelantar ini disebabkan oleh kekangan fasiliti yang terdapat di kawasan tersebut seperti masalah capaian jaringan internet, kemudahan komputer yang terhad di sekolah, faktor ekonomi murid, serta tahap pengetahuan dan kesediaan guru untuk mempelajari kemahiran baharu menggunakan Google Classroom. Selain itu juga, terdapat kekangan-kekangan yang sememangnya tidak dapat kita nafikan khususnya bagi murid itu sendiri seperti kurang berpengalaman dengan komputer atau proses dalam talian, kebolehcapaian komputer dan internet serta kekangan infrastruktur teknikal di sesetengah kawasan (Alruwais et. al, 2018).

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malasia untuk menggalakkan pembelajaran maya ini ialah tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru untuk menggunakan pelantar Google Classroom ini. Namun begitu, tidak semua guru yakin dan melihat potensi menggunakan pembelajaran secara atas talian (Heggart dan Yoo, 2018). Penggunaan pembelajaran secara atas talian kelihatan mudah namun untuk melibatkan semua murid serta guru menjadikannya satu cabaran yang besar (Heggart dan Yoo, 2018). Warga pendidik perlu proaktif untuk mengembangkan kemahiran dan professional mereka sendiri agar mampu untuk menunjukkan kemampuan bagi menguasai sesuatu kemahiran (Redman dan Rodrigues, 2014; Heggart dan Yoo, 2018). Kemahiran guru untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dilihat sebagai satu kayu ukur kerana generasi masa kini yang mesra gajet dan alat komunikasi (Maimun, Wan dan Mohd, 2017).

Kajian yang akan dijalankan akan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan dengan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar dalam mengaplikasikan Google Classroom sebagai pelantar M-pembelajaran.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru- guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan tahap pengetahuan serta tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M- pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif berikut:

1) Mengetahui tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.

2) Mengetahui tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.

3) Mengetahui perbezaan tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

4) Mengetahui perbezaan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina

Persoalan Kajian

Berikut merupakan antara persoalan kajian ini iaitu:

1) Apakah tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.

2) Apakah tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses PdPc.

(4)

3) Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

4) Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina.

Hipotesis Kajian

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru berdasarkan jantina

HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru berdasarkan jantina H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru berdasarkan jantina HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru berdasarkan jantina 2. Tinjauan Keperpustakaan

Penggunaan Teknologi, Kelebihan Serta Perkembangannya Dalam Pendidikan

Sistem pendidikan negara kita sedang mengalami perubahan dari segi teknologi yang digunakan serta kurikulum yang direka turut mengambil kira pengalaman pembelajaran dan menggalakkan pelajar meneroka sesuatu dan menyahut cabaran secara kolaboratif dan kompetetif (Nurul dan Md, 2019). Perkembangan teknologi maklumat turut mengubah corak pencarian maklumat yang tidak hanya terbatas kepada bahan bercetak semata-mata tetapi juga melalui jaringan internet (Andri, 2016).

Pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 dilihat dapat membantu dan memantau murid untuk menimba ilmu dan mengaplikasikan cara belajar abad ke-21 serta menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik (Shampa, 2016). Pembelajaran masa kini melibatkan bantuan peralatan moden dan canggih seperti telefon pintar yang memudahkan murid untuk mempelajari sesuatu yang baharu dengan lebih mudah dan pantas. Salah satu kebaikan penggunaan teknologi dalam pendidikan ialah memudahkan komunikasi antara pelajar dengan guru serta memudahkan guru mengagihkan serta menilai tugasan. Keadaan ini menjadikan tugas guru menjadi lebih mudah serta mudah untuk memantau perkembangan murid dengan lebih sistematik dan berterusan. Selain itu juga, manfaat dari perkembangan teknologi khususnya perkomputeran awan telah menggalakkan guru dan murid untuk bekerjasama dari zon selesa mereka dan mengalami pembelajaran yang lebih kreatif untuk mendapatkan ilmu pengetahuan mengikut ruang dan keselesaan masing-masing (Bhat et al., 2018).

Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran menjadikannya tidak hanya terhad apabila waktu pembelajaran telah berakhir (Rahmi et. al, 2019). Proses pembelajaran menjadi lebih fleksible, pengguna boleh mengakses bahan pembelajaran di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Perkembangan dalam bidang pendidikan ini dapat memberikan manfaat kepada guru dan pelajar. Ini kerana penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan dilihat mampu meningkatkan kemahiran guru dan murid dalam proses meneroka ilmu pengetahuan (Rahmi et al., 2019).

Seterusnya, perkembangan dalam teknologi internet turut dilihat banyak membantu menjadikan pembelajaran lebih bersifat menyeluruh. Pembelajaran tidak lagi hanya boleh diperolehi daripada bilik darjah sahaja. Namun kini pembelajaran boleh diakses menggunakan capaian internet dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti Facebook, Blogspot, serta Web 2.0 yang menjadikan komunikasi menjadi pantas, luas, dan secara dua hala melalui perkongsian secara alam maya (Jamaludin dan Suzlina, 2016).

(5)

Google Classroom Dalam Pendidikan

Google Classroom merupakan salah satu aplikasi perkomputeran awan yang menggabungkan teknologi dengan pembangunan berasaskan internet (Ade dan Jumadi, 2018). Kemajuan teknologi dalam pendidikan telah membuka peluang untuk mewujudkan pembelajaran menjadi kreatif dan inovatif serta mewujudkan hubungan baharu antara pelajar dan dunia pengetahuan (Ade dan Jumadi, 2018). Platorm ini membolehkan pengguna mewujudkan kelas secara alam maya (Izwan, Jastini dan Sarah, 2016; Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi, 2018).

Google Classroom dibangunkan dengan pelbagai fungsi untuk membantu pengguna, khususnya golongan pendidik dengan mengintegrasikan aplikasi-aplikasi Google seperti Google Drive, Google Docs, Google Sheets, Google Slide, Google Calender, Gmail dan sebagainya (Bhat et al., 2018; Maheran et al., 2020; Kaviza, 2020). Selain itu juga, aplikasi Google Classroom turut berintegrasi dengan aplikasi-aplikasi lain seperti Youtube, untuk berkongsi bahan pengajaran disamping menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik (Bhat et al., 2018; Lee, 2020). Google Classroom turut menggabungkan aplikasi Quizizz, Kahoot, Quizlet, Plickers, Ed-Puzzle dan sebagainya yang melibatkan fungsi aplikasi sebagai alat perkongsian bahan, menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih interaktif serta penyediaan latihan pengukuhan (Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi, 2018; Ahmad, Wan dan Nor, 2019; Kaviza, 2020).

Antara fitur-fitur dalam Google Classroom yang menjadikannya pilihan dalam bidang pendidikan ialah kebolehannya untuk mewujudkan kelas, memberikan tugasan, menghantar pemberitahuan, mengadakan kelas perbincangan, serta melihat pencapaian murid (Fitriningtiyas, Umamah dan Sumardi,2018).

Dari aspek pembahagian tugasan, tugasan akan disimpan dan dinilai menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Google Classroom dan menyokong kolaborasi antara guru dan murid (Lee, 2020). Guru boleh memantau secara terus tugasan yang dihantar oleh murid. Keadaan ini akan memudahkan guru untuk mengenalpasti murid yang mengikuti aktiviti pembelajaran tersebut. Pemarkahan yang dilakukan dalam aplikasi Google Classroom juga menyokong pelbagai skema pemarkahan (Lee, 2020). Kemudahan ini memudahkan guru untuk menanda tugasan dengan lebih efisien mengikut kesesuaian guru itu sendiri.

Kepentingan menyokong aplikasi yang digunakan dalam bidang pendidikan membawa impak positif kepada perkembangan bidang ilmu (Achmad et al., 2018) disamping dapat meningkatkan kualiti kerja guru tersebut (Shampa, 2016). Google Classroom membolehkan golongan pendidik mencipta bahan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif disamping menyokong perkongsian ilmu antara guru dan murid (Ade dan Jumadi,2018).

Isu Dan Cabaran Guru Mengaplikasikan Teknologi Dalam Pendidikan

Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan teknologi dalam pendidikan, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Antaranya ialah tidak semua guru yakin bahawa penggunaan teknologi dalam pelantar pembelajaran secara atas talian (Heggart dan Yoo, 2018). Ini kerana pelaksanaan pembelajaran secara atas talian yang melibatkan semua murid merupakan salah satu cabaran terbesar. Guru serta murid perlu memiliki persediaan yang cukup menerima corak pembelajaran baharu dengan penerapan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ini kerana guru mungkin menghadapi kekangan dari segi masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk pembelajaran secara atas talian.

(6)

Selain itu, cabaran lain ialah faktor penerimaan guru dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Salah satu faktor pemangkin isu ini ialah tidak semua guru mahir menggunakan teknologi dan perlu latihan untuk menggunakannya (Alruwais et al., 2018). Guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran yang mendalam berkaitan dengan teknologi yang akan digunakan dalam proses pembelajaran agar mampu memberikan dan menyampaikan ilmu dengan berkesan.

Selain guru, cabaran yang harus dihadapi dalam pengaplikasian teknologi dalam pendidikan ialah faktor penerimaan murid terhadap teknologi yang digunakan. Terdapat isu murid tidak mahir menggunakan komputer atau pembelajaran secara atas talian dan perlu menjalani latihan pada peringkat awal pelaksanaannya. (Alruwais et al., 2018). Selain itu juga, terdapat murid yang tidak berkemampuan untuk menyediakan peralatan seperti komputer dan internet bagi tujuan pembelajaran secara atas talian dan menjadi tugas institusi pendidikan (Alruwais et al., 2018). Kesannya, murid terhad hanya dapat menggunakan teknologi itu semasa berada di sekolah dan tidak menyokong matlamat pembelajaran secara atas talian yang menggalakkan pembelajaran secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat.

Tidak dapat lari daripada isu ini, masalah capaian merupakan salah satu faktor pemangkin kepada cabaran dalam mengaplikasikan teknologi dalam bidang pendidikan. Ini kerana kebanyakkan pelantar pembelajaran secara atas talian menggunakan akses internet untuk dicapai (Nirfayanti dan Nurbaeti, 2019). Antara pelantar pembelajaran atas talian yang menggunakan capaian internet ialah Google Classroom, Edmodo, Kahoot, Youtube dan sebagainya. Pembangunan infrastruktur teknikal yang lemah di negara-negara lain menjadikan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan juga sukar untuk dilaksanakan (Alruwais et al., 2018).

Model Penerimaan Teknologi

Davis (1989) mengadaptasi daripada Theory of Reasoned Action dan mengembangkan menjadi Model Penerimaan Teknologi untuk mengetahui sikap serta penerimaan pengguna terhadap sistem informasi. Teori Tindakan Bersebab menyatakan bawaha kepercayaan dapat mempengaruhi sikap dan membawa kepada niat yang kemudiannya diterjemahkan dalam perlakuan (Jamaludin dan Suzlina, 2016). Antara kajian yang menggunakan pendekatan model penerimaan teknologi ialah kajian yang dijalankan oleh Jamaludin dan Suzlina (2016) untuk mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran serta sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam proses pengajaran Bahasa Melayu serta kajian yang dijalankan oleh Sazanah dan Ahmad (2019) untuk mengkaji berkaitan dengan pengaruh tanggapan mudah guna dalam penerimaan terhadap perkongsian video pendidikan berfokus. Pendekatan model penerimaan teknologi yang digunakan dalam kajian ini dilihat sesuai kerana bagi melihat tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sama ada menerima mahupun menolak pengaplikasian Google Classroom dalam PdPc.

Sumber: Suzlina dan Jamaludin (2016)

(7)

3. Analisis Data

Data yang dikumpul menerusi google form dianalisis bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai serta pekali kebolehpercayaan. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat data demografi responden yang seterusnya membantu dalam melihat perbandingan antara jantina ke atas tahap pengetahuan dan tahap kesediaan. Sekiranya nilai min antara 3.35-5.00, ianya merujuk kepada min tinggi, kemudian sekiranya nilai min berada pada tahap 1.68-3.34 maka ia berada di tahap sederhana dan jika nilai min berada pada 1.00- 1.67 ia berada pada rendah.

Proses analisis data melibatkan 5 analisis mengikut peringkat seperti yang berikut:

Peringkat 1: Analisis Kepercayaan (Reliabilit Analysis) ke atas keseluruhan data responden kajian ini.

Peringkat 2: Analisis Kenormalan (Normality Analysis) ke atas keseluruhan data responden kajian ini.

Peringkat 3: Analisis Deskriptif (Descriptive Analysis) ke atas data demografi keseluruhan responden kajian ini.

Peringkat 4: Analisis Deskriptif (Descriptive Analysis) ke atas data tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc melibatkan keseluruhan responden kajian ini.

Peringkat 5: Analisis Ujian Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis) ke atas data untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan jantina melibatkan keseluruhan responden kajian ini.

Analisis Kepercayaan (Realibility Analysis)

Proses ini melibatkan proses kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini, kebolehpercayaan bagi instrumen ditentukan dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Alpha Cronbach. Jadual 1 menunjukkan konstruk dan item yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpercayaan

Bil Konstruk Bilangan

Item

Pekali keboleh percayaan 1 Tahap pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan

pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc

18 0.948

2 Tahap kesediaan guru-guru terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc

15 0.742

Berdasarkan jadual 1, konstruk tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc sebanyak 18 item dengan nilai kebolehpercayaan 0.948. Manakala konstruk tahap kesediaan guru terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc yang merangkumi 15 item menunjukkan pekali kebolehpercayaan 0.742. Keadaan ini menunjukkan instrumen kajian ini telah memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki dan boleh diterima. Nilai alpha Cronbach melebihi 0.60 boleh diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 1990; Borg et.al 1993; Siti Rahaya 2003) dan menurut pandangan Palant (2011) nilai sekecil 0.60 boleh diterima terutamanya jika melibatkan instrumen yang baharu dibina.

(8)

Analisis Kenormalan (Normality Analysis)

Data yang diperoleh perlu melalui proses analisis kenormalan untuk menentukan jenis Ujian Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis) yang sesuai digunakan bagi peringkat analisis yang lain. Analisis ini dilaksanakan juga untuk menentukan bahawa data yang diperolehi bertaburan secara normal. Jadual 2 menunjukkan keputusan Ujian Normaliti bagi data tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc.

Jadual 2: Ujian Normaliti Bagi Data Tahap pengetahuan dan Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Pelantar M-pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc

Constructs N Mean Sd.

Deviation

Skewness Kurtosis Min Max Tahap

Pengetahuan

262 1.373 0.335 0.455 -1.348 1.00 2.00

Tahap Kesediaan

262 4.037 0.346 -0.695 4.957 2.00 5.00

Hasil daripada ujian normaliti ke atas 262 data responden seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2. Terdapat banyak pendapat tentang nilai mutlak bagi ujian normaliti. Salah satunya ialah menurut Bulmer (1979), pengagihan skor pengukuran boleh dipertimbangkan sebagai normal jika nilai “Skewness” antara -1 dan 1.

Berdasarkan jadual 2, nilai “Skewness” adalah antara 0.455 bagi tahap pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc.

Manakala, nilai “skewness” bagi tahap kesediaan guru-guru terhadap penggunaan pelantar M- pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc adalah antara -0.692. Berdasarkan kedua- dua nilai ini, ujian normaliti menunjukkan data bertaburan normal, maka ujian parametrik boleh diteruskan.

Analisis Deskriptif Ke Atas Demografi Responden (Descriptive Analysis)

Sampel kajian melibatkan 262 orang guru sekolah menengah di daerah Kudat. Analisis responden melibatkan demografi seperti jantina, umur, bangsa, tempoh perkhidmatan, tahap kemahiran responden menggunakan perkakasan serta aplikasi teknologi dalam pendidikan serta fasiliti internet.

Jadual 3: Profil Responden Kajian

Demografi Kategori responden Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki

Perempuan

114 148

43.5 56.5

Umur 20 – 30 Tahun

31 – 40 Tahun 41 – 50 Tahun 51 Tahun dan ke atas

53 98 82 29

20.2 37.4 31.3 11.1

Bangsa Melayu

Cina

Bumiputera Sabah

47 21 194

17.9 8.0 74.0 Tempoh perkhidmatan 5 tahun ke bawah

5 – 10 tahun 11 – 20 tahun 21 – 30 tahun 31 tahun dan ke atas

54 59 94 52 3

20.6 22.5 35.9 19.8 1.1 Tahap kemahiran Lemah

Sederhana Baik

7 109 117

2.7 41.6 44.7

(9)

Sangat baik 29 11.1 Kawasan sekolah saya

memiliki capaian internet yang baik untuk membolehkan sesi PdPc Google Classroom

Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

9 35 43 166 9

3.4 13.4 16.4 63.4 3.4 Kawasan kediaman saya

memiliki capaian internet yang baik untuk membolehkan sesi PdPc menggunakan aplikasi Google Classroom.

Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

13 68 40 127 14

5.0 26.0 15.3 48.5 5.3

Responden kajian melibatkan 114 orang guru lelaki dengan peratusan (43.5%) dan 148 orang guru perempuan dengan peratusan (56.5%). Bagi umur responden pula, 53 orang guru dengan peratusan (20.2%) berumur antara 20 – 30 tahun, 98 orang guru dengan peratusan (37.4%) berumur antara 31 – 40 tahun, 82 orang guru dengan peratusan (31.3%) berumur antara 41 – 50 tahun dan 29 orang guru dengan peratusan (11.1%) berumur 51 tahun dan ke atas. Bagi bangsa responden pula, 47 orang guru berbangsa Melayu dengan peratusan (17.9%), 21 orang guru berbangsa Cina dengan peratusan (8.0%) dan 194 orang guru berbangsa Bumiputera Sabah dengan peratusan sebanyak (74.0%). Bagi tempoh perkhidmatan pula, sebanyak 54 orang guru berkhidmat 5 tahun ke bawah dengan peratusan sebanyak (20.6), 59 orang guru berkhidmat 5 – 10 tahun dengan peratusan sebanyak (22.5%), 94 orang guru berkhidmat 11 – 20 tahun dengan peratusan sebanyak (35.9%), 52 orang guru berkhidmat 21 – 30 tahun dengan peratusan sebanyak (19.8%), dan 3 orang guru berkhidmat 31 tahun ke atas dengan peratusan sebanyak (1.1%). Bagi tahap kemahiran responden menggunakan perkakasan serta aplikasi teknologi dalam pendidikan pula 7 orang guru dengan peratusan (2.7%) tahap kemahiran pada tahap lemah, 109 orang guru dengan peratusan (41.6 %) pada tahap sederhana, 117 orang guru dengan peratusan (44.7%) pada tahap baik dan 29 orang guru dengan peratusan (11.1%) pula pada tahap sangat baik. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa 9 (3.4%) orang guru menyatakan capaian internet di kawasan sekolah sangat lemah , 35 (13.4%) lemah, 43 (16.4%) sederhana, 166 (63.4%) baik dan 9 (3.4%) sangat baik untuk membolehkan sesi PdPc Google Classroom. Seterusnya, berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa 13 (5.0%) orang guru menyatakan capaian internet di kawasan kediaman sangat lemah, 68 (26.0%) lemah, 40 (15.3%) sederhana, 127 (48.5%) orang guru baik dan 14 (5.3%) sangat baik untuk membolehkan sesi PdPc Google Classroom.

Analisis Deskriptif Ke Atas Data Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc Bahagian ini akan menjawab objektif kajian iaitu apakah tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah di daerah kudat terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan interprestasi.

Jadual 4, menunjukkan analisis tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah di daerah Kudat terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc.

(10)

Jadual 4: Analisis Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Luar bandar Terhadap Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom

Bil Konstruk Min Sisihan

piawai

Tahap 1. Tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah

luar bandar terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam PdPc.

1.37 0.456 Rendah

2. Tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah luar bandar terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam PdPc.

4.03 0.726 Tinggi

Analisis Ujian Perbandingan Purata (Mean Comparison Test Analysis)

Bahagian ini akan menjawab objektif kajian iaitu mengetahui perbezaan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru di sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom berdasarkan jantina. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan interprestasi.

Jadual 5 menunjukkan analisis tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru sekolah menengah terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan jantina.

Jadual 5: Analisis Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam Proses PdPc

Berdasarkan Jantina.

Guru Lelaki (N= 114) Guru Perempuan (N= 148)

Min (M)

Sisihan Piawai (SD)

Tahap Min

(M)

Sisihan Piawai (SD)

Tahap Tahap

Pengetahuan

1.379 0.338 Rendah 1.369 0.333 Rendah

Tahap Kesediaan

3.999 0.413 Tinggi 4.066 0.283 Tinggi

Berdasarkan jadual 5, tahap pengetahuan guru lelaki (M=1.379, SD=0.338) adalah lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan (M=1.369, SD=0.333) sekolah menengah di kawasan luar bandar dan kedua-dua min tersebut pada tahap rendah terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan jantina. Dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah luar bandar berada pada tahap rendah dalam kajian ini. Manakala, tahap kesediaan guru lelaki (M=3.999, SD=0.413) adalah lebih rendah berbanding dengan guru perempuan (M=4.066, SD=0.283) sekolah menengah di kawasan luar bandar dan min bagi tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan ialah tinggi terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapat disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan berada pada tahap tinggi bagi sekolah menengah luar bandar dalam kajian ini.

(11)

Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam Proses Pdpc Berdasarkan Jantina.

Jadual 6: Ujian T-Sampel Bebas Bagi Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Guru-Guru Sekolah Menengah Luar Bandar Terhadap Penggunaan Pelantar M-Pembelajaran Google Classroom Dalam

Proses PdPc Berdasarkan Jantina.

Ujian-t bagi persamaan min Ujian Levene’s t df p Perbezaan

min

Min ralat Piawai

99% selang keyakinan bagi

perbezaan

F Sig Bawah Atas

Perbezaan Min Tahap

Pengetahuan

0.097 0.755 0.230 260 0.818 0.01 0.0418 -0.072 0.092

Perbezaan Min Tahap Kesediaan

6.252 0.013 -1.55 260 0.122 -0.066 0.043 -0.151 0.018

Berdasarkan keputusan ujian Levene’s (F=0.097, p=0.818) pada jadual 6, keputusan ujian t- sampel menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc [t(260)=0.230, p=0.818] berdasarkan jantina. Justeru Ha1 telah gagal ditolak. Dapat disimpulkan bahawa min pengetahuan guru lelaki lebih tinggi berbanding guru perempuan di sekolah menengah luar bandar terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc dengan perbezaan min iaitu 0.01.

Bagi tahap kesediaan pula, berdasarkan keputusan ujian Levene’s (F=6.252, p=0.013), keputusan ujian t-sampel bebas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min kesediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar terhadap penggunaan pelantar M- Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc [t(260)=-1.55, p=0.122] berdasarkan jantina. Oleh itu, Ha2 telah gagal ditolak. Dapat disimpulkan bahawa min kesediaan guru lelaki lebih rendah jika dibandingkan dengan min guru perempuan di sekolah menengah luar bandar terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc dengan perbezaan min -0.066.

4. Perbincangan

Kajian ini telah menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah pada tahap rendah dengan min keseluruhan sebanyak 1.37.

Tahap pengetahuan yang rendah dapat dilihat min 1.11 yang dapat dilihat melalui tahap pembacaan guru berkaitan dengan aplikasi Google Classroom dan guru-guru yang menggunakan aplikasi Google Classroom dalam PdPc. Hasil kajian ini telah menyokong kajian lepas yang dilakukan oleh Rahmi et. al (2019) iaitu latihan dapat mendorong guru meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berkaitan proses pembangunan LMS-Google Clasroom, guru dapat membuat LMS-Google Classroom sehingga memuat naik bahan pengajaran dan penilaian menggunakan Google Form, serta guru mampu meningkatkan ketrampilan dalam mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran menggunakan LMS- Google Classroom. Guru-guru perlu untuk sentiasa menggunakan pelantar ini agar dapat membantu mereka meningkatkan tahap pengetahuan bagi meningkatkan lagi bidang pendidikan di negara kita.

(12)

Tahap kesediaan guru sekolah menengah terhadap penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah pada tahap tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.03. Tahap kesediaan yang tinggi ini menunjukkan bahawa, guru di luar bandar turut bersedia untuk menerima perubahan dari kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan tradisional kepada kaedah pengajaran menggunakan bantuan teknologi. Namun, terdapat cabaran yang dihadapi iaitu sebelum pelaksanaan aplikasi Google Classroom, pihak Kementerian harus memberikan Kursus atau bengkel yang cukup kepada guru-guru. Salah satu faktor penghalang ialah kefahaman serta kesediaan guru-guru untuk mengadaptasi kaedah pembelajaran yang baharu.

Seterusnya, berdasarkan analisis tahap pengetahuan guru lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan di sekolah menengah luar bandar dan min tahap pengetahuan berada pada tahap rendah terhadap penggunaan pelantar M-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc berdasarkan jantina. Dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar berada pada tahap rendah dalam kajian ini. Tahap kesediaan guru lelaki adalah lebih rendah berbanding dengan guru perempuan di sekolah menengah luar bandar dan min bagi tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan ialah tinggi terhadap penggunaan pelantar m-Pembelajaran Google Classroom dalam proses PdPc. Dapat disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan berada pada tahap tinggi bagi sekolah menengah luar bandar dalam kajian ini. Hasil kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Fatimah dan Hasmadi (2019) yang mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru lelaki dan guru perempuan terhadap penggunaan VLE1BestariNet.

Implikasi Kajian

Tuntasnya, daripada hasil kajian ini dapat kita lihat bahawa pelaksanaan terhadap penggunaan pelantar m-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam PdPc ini perlu diperhalusi lagi pelaksanaannya dengan mengambil kira pelbagai aspek agar golongan pelaksana dapat menjalankan kewajipan dengan baik. Kemunculan pelbagai aplikasi berasaskan m- pembelajaran dan Google telah melancarkan aplikasi Google Classroom yang dilihat mampu meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan (Andri,2016).

Secara dasarnya, guru-guru perlu memiliki pengetahuan tentang pelaksanaan bahawa pelaksanaan terhadap penggunaan pelantar m-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan tahap kesediaan guru-guru bergantung dengan persediaan yang dilakukan oleh pihak atasan dalam memberikan pendedahan kepada guru-guru serta kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut. Ini dapat dilihat apabila terdapat sebilangan guru tidak biasa menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran dan memerlukan latihan untuk yakin menggunakannya (Alruwais et. al, 2018) Melalui kursus dan bengkel dilihat mampu untuk memberikan kefahaman kepada guru untuk melaksanakan penggunaan pelantar M-pembelajaran iaitu Google Classroom dalam PdPc.

Selain itu juga, guru perlu menguasai kemahiran teknologi agar mampu memastikan pelaksanaan Google Classroom dijalankan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar agar mampu mengurangkan jurang perbezaan antara tahap pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar.

(13)

Cadangan Penyelidikan Masa Depan

Bagi penyelidikan masa akan datang, dicadangkan kajian dilakukan dengan menggunakan sampel yang lebih luas dan besar meliputi semua guru sekolah menengah di kawasan luar bandar di Malaysia bagi memastikan data yang diperolehi merangkumi seluruh kawasan serta dapat membantu meningkatkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu juga, pada masa akan datang dicadangkan supaya membuat satu kajian tentang tahap pengetahuan guru tentang cara pembangunan serta penggunaan fitur-fitur dalam Google Classroom dalam kalangan guru untuk melihat secara lebih mendalam tentang kesediaan guru terhadap pelaksanaan Google Classroom. Selain itu juga, kajian ini juga boleh dikembangkan lagi dengan mengkaji skop yang lebih besar dan meluas kepada murid seperti mengkaji hubungan antara faktor ekonomi murid dengan tahap penguasaan murid terhadap Google Classroom agar mampu untuk melihat lebih banyak aspek lagi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tahap pengetahuan dan persediaan guru sekolah menengah di kawasan luar bandar merupakan salah satu faktor penggunaan pelantar Google Classroom sukar diaplikasikan di kawasan tersebut. Namun kerjasama pelbagai pihak perlu untuk memastikan semua murid mendapat akses pendidikan yang menyeluruh lebih-lebih lagi pada masa pandemik yang mencabar ini. Warga pendidik perlu menguasai sesuatu ilmu agar mampu menyampaikan dengan baik kepada pelajar. Dunia pendidikan kini semakin mencabar dari tahun ke tahun khususnya pada masa pandemik Covid-19 ini yang telah melihatkan sekolah terpaksa ditutup. Oleh itu, penggunaan pelantar M-pembelajaran secara atas talian seperti Google Classroom sangat penting agar pembelajaran mampu dilaksanakan secara berterusan dan melibatkan semua murid di Malaysia.

Rujukan

Achmad Supriyanto, Burhanuddin, Aditya Chandra Setiawan dan Erika Mei Budiarti. (2018).

Social Media Diffusion of Google Classroom in Teaching and Learning. Advance in Social Science, Education and Humanities Research, Volume 285.

Ade Cyntia Pritasari, dan Jumadi. (2018). Development of Science Learning Toolm Based on Problem Learning with Google Classroom to Improve Argumentation Skill.

Biosaintifika Journal of Biology, & Biology Education 10 (2).

Ahmad Fakrudin Mohamed Yussof, Wan Norina Wan Hamat dan Nor Khayati Basir. (2019).

Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Mata Pelajaran UMUM (MPU) di Politeknik. E-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 16, No.5 (1-13)

Andri Wijaya. (2016). Analysis of Factors Affecting the Use of Google Classroom to Support Lectures. The 5th ICIBA 2016, International Conference on Information Technology and Engineering Application: Palembang-Indonesia.

D.A Fitriningtiyas, N. Umamah dan Sumardi. (2019). Google Classroom : As a Media of Learning History. ICEGE IOP Conf. Series : Earth and Environmental Science 243 Fatimah Binti Abdul Rashid dan Hasmadi Bin Hassan (2019). Analisis Perbezaan Tahap

Kesediaan Guru Terhadap 1BestariNet Dari Aspek Jantina, Bangsa dan Usia.

International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Issue 6, Vol 1 (31-39).

Izwan Nizal Mohd Shaharanee, Jastini Mohd Jamil dan Sarah Syamimi Mohd Rodzi. (2016).

The Application of Google Classroom as a Tool for Teaching and Learning. Journal of Telecommunication, Electronic and Computer Engineering, Vol 8, No 10.

Jamaludin Badusah dan Suzlina Hilwani Baharuddin. (2016). Tahap Pengetahuan, Kemahiran

(14)

dan Sikap Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, Vol 6, Bil 2 : 33-43 Keith Heggart dan Joanne Yoo. (2018). Getting the Most from Google Classroom : A

Pedagogical Framework for Tertiary Educators. Australian Journal of Teacher Education, Vol 43, 3.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairunnisa Binti Mohd Subri dan Mohd Jasmy Abd Rahman. 2019. Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), Revolusi Industri 4.0 dari Perspektif, Selangor : Penerbit Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Lee Bih Ni. (2020). Blended Learning Through Google Classroom. World Academy of Science and Technology International Journal of Educational and Pedagogical Sciences, Vol 4, No 4.

Maheran Zakaria, Khamisah Abd Manaf, Hasnun Anip Bustaman dan Rahayu Abdul Rahman.

(2020). Exploring Benefits and Challenges of Adopting Google Classroom in the Perspective of Higher Institution’s Learners, TEST Engineering & Management , ISSN: 0193-4120.

M. Kaviza. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 5, Issue 4

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah. 2017.Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam.

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1 (1) January 2017, 1-13.

Mohamed Nazul Ismail (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi kepimpinan Jilid III.

Nirfayanti dan Nurbaeti. (2019). Pengaruh Media Pembelajaran Google Classroom Dalam Pembelajaran Analisis Real Terhadap Motivasi Belajar Mahasiswa. PROXIMAL : Jurnal Penelitian Matematika dan Pendidikan Matematika, Volume 2, Nomor 1.

Nuha Alruwais, Gary Wills dan Mike Wald. 2018. Advantages and Challenges of Using e- Assessment. International Journal of Information and Education Technology, Vol 8, No 1.

Nurul Syuhuda Mohd Yunos dan Md Yusoff Daud (2019). Revolusi Industri 4.0 dan Kaitannya dalam Pendidikan, Revolusi Industri 4.0 dari Perspektif, Selangor : Penerbit Pendidikan. Fakulti Pendidikan

Rahmi Ramadhani, Ermayanti Astuti dan Titin Setiawati. (2019). The Implementation of LMS- Google Classroom to Improving Competence Skill of Senior High School Teachers’ in Industrial Revolution 4.0. Amaliah : Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat Volume 3, No. 2.

Sathyendra Bhat, Ragesh Raju, Athokpam Bikramjit dan Rio D’Souza. (2018). Leveraging E- Learning Through Google Classroom : A Usability Study. Journal of Engineering Education Transformations, Volume 31, No. 3.

Sazanah Md Ali dan Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2019). Pengaruh Tanggapan Mudah Guna dalam Penerimaan Terhadap Laman Perkongsian Video Pendidikan Berfokus. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, Vol 8, No 1.

Shampa Iftakhar. (2016). Google Classroom : What Works and How? . Journal of Education and Social Sciences, Vol 3.

(15)

Su Wan Jen dan Mohd Effendi @Ewan Mohd Matore (2020). Keberkesanan Penggunaan Google Classroom dalam Pendidikan: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 2, No 4, 39-53.

Rahmi Ramadhani, Rofiqul Umam, Abdurrahman Abdurrahman dan Muhamad Syazali.

(2019). The Effect of Flipped-Problem Based Learning Model Integrated with LMS- Google Classroom for Senior High School Student. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 7 (2), 137-158.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran guru sekolah luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam pendidikan STEM adalah pada tahap yang rendah iaitu secara

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap perlaksanaan pembelajaran sosial dan emosional guru pendidikan khas Program Pendidikan Khas

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan, kemahiran pedagogi dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru RBT sekolah rendah

Jadual 4.12 di atas menujukkan hasil data analisis regresi iaitu nilai R-square adalah 0.140 atau bersamaan dengan 14% dalam analisis regresi yang

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap kualiti guru dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor

Aspek-aspek ini dinilai oleh 602 orang guru dari sekolah- sekolah tersebut dan mendapati bahawa secara keseluruhannya menurut penilaian guru mereka bertuju bahawa tahap

4.4 Mengenal Pasti Perbezaan Persepsi Murid Terhadap Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Berkaitan Rukun Solat Menerusi KBS Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar