• Tiada Hasil Ditemukan

KERAJAAN SELANGOR JABATAN KERJA RAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KERAJAAN SELANGOR JABATAN KERJA RAYA "

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

KERAJAAN SELANGOR JABATAN KERJA RAYA

DOKUMEN MEJA SEBUTHARGA UNTUK

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH

GOMBAK.

NO. SEBUTHARGA: JKR(G)SEL/BGN/018/2016

JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.

(2)

KERJA SEBUTHARGA JKR GOMBAK

SELANGOR DARUL EHSAN

Kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G2 Pengkhususan CE36 yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga di bawah ini.

No. Sebutharga: JKR(G)SEL/BGN/018/2016

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK.

Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun di laman web https://tender.selangor.my/ bermula dari tarikh 3 Mei 2016 hingga 9 Mei 2016

Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Gombak sebelum jam 12.00 tengahari, pada 10 Mei 2016

Nama Pemborong : ……….

Alamat : …...

……….

……….

No. Telefon : ………

(3)

JKR GOMBAK

DOKUMEN MEJA SEBUTHARGA

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA

1 NOTIS SEBUTHARGA

2 ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

3 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

4 BORANG SEBUTHARGA

5 SENARAI KUANTITI

(4)

JABATAN KERJA RAYA DAERAH GOMBAK

NOTIS SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA: JKR(G)SEL/BGN/018/2016

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK.

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G2 Pengkhususan CE36.

2. Dokumen Meja Sebutharga boleh disemak di Kaunter Unit Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Gombak dari tarikh notis ini dikeluarkan.

3. Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun di laman web https://tender.selangor.my/ bermula dari tarikh 3 Mei 2016 hingga 9 Mei 2016

4. Lukisan lampiran boleh diambil di Kaunter Unit Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Gombak.

5. Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Gombak sebelum jam 12.00 tengahari, pada 10 Mei 2016

(5)

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUTHARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA a) Penyediaan Sebutharga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat kekal segala maklumat berikut dengan lengkap:

i) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebutharga, ii) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga, iii) Senarai Kerja Dalam Tangan,

iv) Jadual Kadar Harga (jika ada), v) Butir-Butir Spesifikasi. (jika ada)

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

b) Bagi perolehan bernilai melebihi RM200,000.00 kontraktor dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama Sebutharganya:

i) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan Penyebutharga bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebutharga dan disahkan oleh Cawangan Bank berkenaan.

ii) Laporan bank/institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan Penyebutharga atas format seperti BORANG CA dan CA1 dalam satu sampul berlakri dan ditandatangani oleh pegawai yang ditauliahkan oleh pihak bank berkenaan.

iii) Salinan sijil-sijil (UPEN, CIDB, PKK, MOF dan/atau yang berkenaan) sebagai memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memasuki sebutharga ini.

c) Penyerahan Dokumen Sebutharga

i) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan nombor Sebutharga serta tajuk Sebutharga di bahagian atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga.

ii) Dokumen Sebutharga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang dikhaskan akan menyebabkan Sebutharga ditolak serta merta.

iii) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebutharga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos berdaftar supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

iv) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

d) Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai di jabatan ini untuk penjelasan lanjut.

(6)

3. DASAR KENAAN GST

a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) telah dikuatkuasakan mulai 1 April 2015. Oleh yang demikian , GST yang dikenakan akan dibayar kepada Petender / Penyebut Harga yang berdaftar GST.

b) Bagi tujuan tender/sebutharga ini, Petender hendaklah menawarkan Harga Tender / Sebutharga yang tidak ditambah nilai kenaan GST. Walaubagaimanapun, Petender / Penyebut Harga hendaklah mengambil kira dalam Harga Tender / Sebutharga apa-apa kos yang perlu dibayar kepada pembekal, subkontraktor dan pemberi khidmat apa-apa kos berkaitan dengan kenaan GST yang perlu dibayar oleh Petender / Penyebut Harga kepada pihak-pihak yang membekalkan khidmat kepadanya.

c) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST, Surat Setuju Terima / Inden Kerja berdasarkan harga tawaran dengan tambahan nilai kenaan GST akan dikeluarkan kepada Petender / Penyebut Harga yang berjaya.

d) Sekiranya Petender / Penyebut Harga tidak berdaftar GST, tiada tambahan nilai kenaan GST akan dimasukkan.

e) Sekiranya Petender / Penyebut Harga berdaftar GST semasa kerja sedang berjalan, kontraktor hendaklah memaklumkan status pendaftaran dan memohon pelarasan bagi tambahan kenaaan GST dan menuntut kenaan GST dengan syarat kerja semasa masih berkuatkuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan.

4. TEMPOH SIAP KERJA MAKSIMA

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi EMPAT ( 4 ) minggu.

5. ANGGARAN JABATAN (TANPA KENAAN GST)

Bagi meningkatkan ketelusan Jabatan serta member peluang yang saksama kepada semua penyebutharga, anggaran jabatan bagi sebutharga ini adalah sebanyak RM500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Sahaja). Ini adalah bertujuan untuk membantu penyebutharga menawarkan harga yang munasabah. Pihak kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap harga ini. Penyebutharga bebas dan bertanggungjawab untuk mengemukakan harga masing-masing.

6. BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen Sebutharga ini dijual dengan harga RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima puluh sahaja)

7. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.

8. TEMPOH SAH SEBUTHARGA

Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebutharga.

Penyebutharga tidak boleh menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh sah Sebutharga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh sah Sebutharga.

(7)

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2. BON PELAKSANAAN DAN INSURANS 2.1 Bon Pelaksanaan

2.1.1 Bon Pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi perolehan bernilai melebihi RM200,000.00 mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuatkuasa.

2.1.2 Rujukan Surat Arahan KPKR Bil 19/2015.

(i) Sekiranya kontraktor memilih WJP sebagai kaedah Bon Pelaksanaan, amaunnya adalah berdasarkan 5% dari harga kontrak.

(ii) Potongan WJP dalam setiap bayaran interim adalah 10% daripada bayaran disyorkan sehingga mencapai 5% dari harga kontrak (WJP telah termasuk kenaan GST).

(iii) Bagi tujuan pelepasan, Perakuan Pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan adalah seperti di Lampiran L. Perakuan ini menunjukkan jumlah WJP yang perlu dipulangkan kepada kontraktor serta jumlah kenaan GST yang ada pada WJP tersebut.

2.2 Insurans

2.2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja.

Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).

3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA

3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Pelan-pelan, Butir-butir Kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

3.2 Kerja-kerja Elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak diperenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh :

(i) Suruhanjaya Tenaga

(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik (iv) Jabatan Bomba dan Penyelemat

(v) Pihak Berkuasa Tempatan

(8)

4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

5. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain.

Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

6.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.

7. RINGKASAN SEBUTHARGA

7.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga Sebutharga.

7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja denagn sempurnanya.

7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai-cukai kerajaan, samaada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap tidak berubah.

7.6 Sekiranya Sebutharga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebutharga diselaraskan.

(9)

8. PERCANGGAHAN DAN PENCUKUPAN DOKUMEN SEBUTHARGA

8.1 Dokumen Sebutharga adalah dikira sebagai saling jelas menjelas antara satu sama lain.

Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebutharga pada keseluruhannya samaada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu.

8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan (e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

10. BAYARAN KEMAJUAN

Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.

11. KERJA PERUBAHAN

11.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebutharga ini.

11.2 Semua kerja perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/

Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan.

(10)

12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebutharga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti keatas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.

12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebutharga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa- apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada Kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/ Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/ mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/ Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perkauan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.

14. PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan sebaik sahaja Kontraktor telah memperbaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa- apa jua kerosakan lain.

16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.

(11)

17. KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

17.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

17.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana- mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia 2009(Akta 694)

17.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

17.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang mebuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

18. LAD (GANTIRUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN)

Pengiraan LAD adalah: BLR terkini/365 x 100% x Harga Kontrak.

(12)

SURAT AKUAN PEMBIDA

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK.

No. Sebutharga: JKR(G)SEL/BGN/018/2016

Saya ________________________________________ (Nama Wakil Syarikat), nombor MyKad:

______________________________ yang mewakili _______________________________________

(Nama Syarikat) nombor pendaftaran ______________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JKR Gombak atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JKR Gombak atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebutharga dia atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran.

Yang Benar,

______________________________

(Tandatangan)

(Nama dan No.MyKad):

Cop Syarikat:

(13)

BORANG SEBUTHARGA

Sebutharga Bil : JKR(G)SEL/BGN/018/2016

PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA GOMBAK,

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES,

SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan,

SEBUTHARGA UNTUK:

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK.

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Am Sebutharga, Spesifikasi kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak;

Ringgit Malaysia: ________________________________________________ (RM) _______________

2. Saya bersetuju melaksanakan perkhidmatan ini dalam masa _______________ (___) minggu dari tarikh mula perkhidmatan seperti yang diarahkan oleh Pegawai Pengusa.

Bertarikh pada __________ haribulan __________ tahun __________

______________________________ ______________________________

(Tandatangan) (Tandatangan Saksi)

Nama Penuh: ____________________ Nama Penuh: ___________________

No. K/P: ________________________ No. K/P: _______________________

Alamat: ________________________ Alamat : _______________________

______________________________ ______________________________

______________________________ ______________________________

______________________________ ______________________________

No. Telefon: _____________________ No. Telefon:_____________________

___________

(Cop Syarikat)

Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap. Jika tidak diisi dengan lengkap, tawaran tuan tidak akan dipertimbangkan.

(14)

SENARAI KUANTITI

SEBUTHARGA NO.: JKR(G)SEL/BGN/018/2016

CADANGAN KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN KERJA TANAH BAGI PEMBINAAN JALAN MASUK KE MAHKAMAH SYARIAH DAN KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK.

Peringatan.

Kontraktor dikehendaki membuat lawatan dan memahami tapak kerja sebelum membuat tawaran. Sebarang kesulitan, kesukaran dan kelewatan menyiapkan kerja disebabkan kurang pengetahuan mengenai tapak adalah menjadi

tanggungjawab Kontraktor sendiri.

Di bawah ini disenaraikan butir-butir kerja yang perlu diteliti, difahami dan diisi.

Bil. Butir-butir Unit Kuantiti Kadar (RM) Harga (RM)

1

2

3 4 5 6

7 8

9

10

11

All Provisional

As per drawing DFA/043/KIDG/IG&S/01 As per drawing DFA/043/KIDG/IG&S/02 As per drawing DFA/043/KIDG/IG&S/03 As per drawing DFA/043/KIDG/IG&S/04

CONTRACTUAL REQUIREMENTS Insurances

Insurance of the Works including Insurance Against Personal Injuries and Damage to Properties SOCSO / Workmen Compensation Insurance

S.O’S REQUIREMENTS

Setting out, leveling and checking of all Works under the contract accordance with the Specification by Registered Licensed Surveyor including survey equipment.

Progress report and photograph Maintenance of existing drains Final cleaning

As-built drawing including periodic updating as specified

SITE CLEARANCE

Mobilization and demobilization of all machineries and equipments for the works

Clearing the site to the extent shown on drawing DFA/043/KIDG/IG&S/01 as described of all structure undergrowth bushes, shrubs or other obstruction which interface with the execution of the contract works and remove all debris from the site

Cutting down trees (irrespective of girth) which interface with the execution of the contract works and removing stumps and grubbing up their roots and remove all debris from site

EARTHWORKS EXCAVATING

Excavate to required level shown on drawing

DFA/043/KIDG/IG&S/01 as described. Deposit and spread in making up new level where directed within the site and remainder load and cart away including grading to falls and chambers, rolled and compacted to form sub grade as describe with 10 tonne roller to achieve min CBR of 5%

Extra over excavation for excavating in rock.

L/S

L/S

L/S L/S L/S L/S

item item

item

m3

m3

21,000

2,100 Jumlah dibawa ke halaman 15

(15)

Bil. Butir-butir Unit Kuantiti Kadar (RM) Harga (RM) 12

13

Jumlah dibawa dari halaman 14 Cut and excavate slope to get slope profile as per drawing and all necessary all in accordance with the specification and as directed by S.O

TURFING Close Turfing

200mm x 200mm turfing as specified to sloping surfaces of soil with reinforcement matting complete with all necessary watering, rolling, tending until firmly established

m3

m2

4,000

2,000

Jumlah dibawa ke halaman Borang Sebutharga

Ringgit Malaysia: ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Tarikh: ____________________

Tandatangan: ____________________

Cop Syarikat: ____________________

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana, Kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaan kenaikan pangkat time-based

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatau sebut

Selangor Darul Ehsan. 2.3.4 Penyebut Harga dimestikan mengisi dengan sempurna borang- borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini dan tidak dibenarkan

(b) LPHS akan mengisi kadar harga mengikut tafsiran pejabat sekiranya Kontraktor gagal memenuhi ruang tersebut.. SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG DAN KERJA-KERJA

Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut atau dalam masa yang dilanjutkan oleh Pegawai yang diberikuasa secara bertulis serta pelbagai kesalahan

Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut atau dalam masa yang dilanjutkan oleh Pegawai yang diberikuasa secara bertulis serta pelbagai kesalahan

Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang beralamat di Negeri Selangor Sahaja, yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang